qgk3013-tugasan 2 (ulasan)

Upload: maimanah-binti-murad

Post on 15-Oct-2015

937 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

QGK3013-TUGASAN UPSI PJJ

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

1

2

3

4

5

JUMLAH

QGK 3013KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

TAJUK :

ULASAN ARTIKEL DIGITAL ILMIAH - OBESITI

KUMPULAN :UPSI01 (A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH :NAMANO. IDNO. TELEFON

NOOR AZMILI BIN MOHD PITTLID20102040971019-4232907

Nama Tutor E-Learning: PROFESOR MADYA DR. MOHD SANI BIN MADON

Tarikh Serah: 4 MEI 2014

ISI KANDUNGAN

1.0Pengenalan32.0Ulasan Artikel Digital Ilmiah32.1Ulasan Artikel Digital Ilmiah 142.2Ulasan Artikel Digital Ilmiah 252.3Ulasan Artikel Digital Ilmiah 362.4Ulasan Artikel Digital Ilmiah 472.5Ulasan Artikel Digital Ilmiah 583.0Kesimpulan84.0Rujukan10

11

1.0PENGENALAN

Secara umumnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan aktiviti fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obesiti adalah masalah yang kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu, kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan. Mereka yang tergolong dalam obesiti biasanya mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Mereka ini juga mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya. Selain itu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetis serta mereka yang gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri.

2.0ULASAN ARTIKEL DIGITAL ILMIAH

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), ulasan bermaksud huraian, kupasan atau tafsiran tentang sesuatu seperti buku, jurnal dan sebagainya. Dalam tugasan ini, pelajar dikehendaki membuat ulasan lima artikel digital ilmiah mengenai obesiti dikalangan kanak-kanak. 2.1ULASAN ARTIKEL DIGITAL ILMIAH 1

Jurnal pertama bertajuk Penilaian Media Bercetak untuk Pendidikan Pemakanan Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan dan Obes merupakan jurnal yang ditulis oleh Ruzita Abd Talib, Lim Shi Han, Hanee Fakhrurazi, Siti Sabariah Buhari & Poh Bee Koon. Jurnal ini diterbitkan oleh Jurnal Sains Kesihatan Malaysia II (2) pada tahun 2013, muka surat 55 62. Dalam kajian yang telah dibuat menyatakan bahawa media bercetak sangat berperanan dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak. Di mana, kanak-kanak yang menerima buku kecil dan poster memahami isi kandungan serta inti pati buku tersebut. Kajian ini telah disokong oleh kajian lain iaitu dari Griffin et al. (2003), Hoffmann dan Worrall (2004), Tagtow dan Amos (2000), dan Ruzita dan Rasyedah (2001). Dalam kajian ini, didapati pengkaji tidak menyertakan definisi obesiti dan definisi media bercetak secara amnya. Ini perlu supaya pembaca lebih memahami maksud frasa media bercetak.

Di sini disertakan definisi media bercetak iaitu bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Media bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kadkatalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Semua media bercetak dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. (Tuan Syed Hadzir B Syed Husin et. al, 2011)

Sumber media bercetak ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu, ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yangmenyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenaldan selalu digunakan. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada media bercetak ini. Kebiasaaannya media bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

Oleh yang demikian, kanak-kanak kajian berminat dan memahami inti pati kandungan buku kecil dan poster disebabkan oleh susun atur kandungan yang tersusun, gambarajah yang berwarna-warni, laras bahasa yang mudah serta jenis dan saiz tulisan yang digunakan adalah standard dengan pengetahuan kanak-kanak seolah rendah.

2.2ULASAN ARTIKEL DIGITAL ILMIAH 2

Dalam jurnal kedua yang bertajuk Persepsi dan Pemilihan Makanan Berkalori Tinggi Dikalangan Pelajar Sekolah Rendah di Kota Kinabalu, Sabah ditulis oleh Ong Por Lim, seorang graduan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dalam kajian beliau, ada menekankan tentang akibat pemilihan makanan yang tidak seimbang dan berkalori tinggi yang ditunjukkan melalui hasilan lukisan. Didapati keenam-enam sekolah kajian menggunakan sekolah kategori Bandar di mana murid-murid Bandar kebiasaannya memang terdedah dengan pelbagai input pengetahuan berbanding murid-murid luar Bandar. Dicadangkan agar kajian akan datang melibatkan perbezaan antara sekolah kategori Bandar dengan luar Bandar. Selain itu, tidak dinyatakan maksud obesiti dan makanan seimbang dalam kajian beliau.

Obesiti adalah penumpukan lemak yang berlebihan ataupun abnormal yang dapat mengganggu kesihatan (WHO, 2011). Makanan seimbang pula didefinisikan sebagai makanan yang harus dimakan untuk memastikantubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Kebaikan daripada makanan seimbang ini antaranya ialah pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal, memberikan vitamin yang cukup kepada badan, mampu mengawal kadar obesiti, dan perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Oleh itu, pengambilan makanan seimbang sangat penting. Bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. Tepuk dada tanya selera.

2.3ULASAN ARTIKEL DIGITAL ILMIAH 3

Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Tadika Berumur 4 Hingga 6 Tahun Di Sekitar Kota Kinabalu merupakan jurnal ketiga yang ditulis pada tahun 2005 oleh Malikha Sadiyah bt. Gholib Santosa. Beliau merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian beliau mensasarkan bilangan kekerapan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun yang bersekolah di Tadika KEMAS, Kota Kinabalu yang mengalami masalah obesiti.

Didapati hanya segelintir kanak-kanak tersebut mengalami masalah berat badan berlebihan tetapi belum mencapai tahap obesiti. Ini merupakan amaran awal kepada pihak ibu bapa, pengurusan tadika serta kerajaan bahawa kanak-kanak tadika juga berpotensi untuk mengalami obesiti. Kebanyakan kanak-kanak tadika tidak mengalami masalah berat badan disebabkan gaya hidup mereka yang sangat aktif. Namun begitu, kekurangan nutrisi perlu diberi tekanan disebabkan kanak-kanak masih dalam proses tumbesaran dari segi fizikal mahupun mental. Ibu bapa serta pihak pengurusan tadika perlu diberi penerangan betapa pentingnya pengambilan makanan seimbang dan gaya hidup sihat. Ini bagi menyeimbangkan antara tumbesaran, keaktifan dan keperluan nutrisi kanak-kanak tersebut. Perkembangan fizikal serta mental kanak-kanak juga perlu diambil berat agar sebarang masalah dapat dikenal pasti dan diambil tindakan yang sepatutnya.

2.4ULASAN ARTIKEL DIGITAL ILMIAH 4

Jurnal keempat pula ditulis oleh Azimah binti Ahmad yang diterbitkan pada tahun 2007 dan bertajuk Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar. Dalam kajian ini, beliau mensasarkan lima faktor utama penyebab obesiti di kalangan pelajar sekolah menengah luar Bandar. Faktor-faktor tersebut adalah faktor keturunan, faktor amalan pemakanan, faktor aktiviti fizikal, faktor pengaruh persekitaran dan faktor pengaruh televisyen. Hasil daripada analisis beliau, dapat dilihat bahawa faktor yang mencatat min paling tinggi adalah faktor pengaruh televisyen iaitu sebanyak 2.150. Kemudian diikuti oleh faktor aktiviti fizikal dengan nilai min 2.025 dan amalan pemakanan, min 1.625. bagi faktor pengaruh persekitaran, nilai min adalah 1.550 manakala faktor terakhir iaitu keturunan mempunyai nilai min 1.2.

Nilai ini tidak banyak perbezaan dengan faktor yang kedua iaitu faktor aktiviti fizikal. Pengaruh televisyen menjadi faktor utama adalah kerana ketika menonton televisyen mengambil masa yang lama bagi setiap individu. Penggunaan masa yang lama ini menyebabkan individu memilih untuk melakukan aktiviti seperti makan dan menyiapkan kerja di hadapan televisyen. Tambahan pula dengan pengambilan makanan yang tidak sihat atau seimbang di hadapan televisyen. Pengambilan makanan yang tidak sihat ini akan menyumbang kepada obesiti. Makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan diketahui umum mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit dan pengambilan yang berlebihan terutama ketika menonton televisyen akan menyumbang kepada obesiti.

Oleh itu, pengetahuan dalam pengambilan makanan yang sihat perlu dipunyai oleh setiap ibu bapa. Ini akan menyebabkan anak-anak memilih untuk makan makanan yang berkhasiat dan kurang kalori. Pengaruh daripada ahli keluarga dan masyarakat juga boleh menyebabkan ataupun mengurangkan obesiti. Masyarakat yang mementingkan kesihatan akan bersama-sama berusaha dalam mengatasi masalah obesiti ini seperti melakukan senaman secara beramai-ramai bagi menggalakkan kanak-kanak untuk bersenam bagi membakar kalori dalam badan. Selain daripada itu, sokongan yang kukuh diperlukan bagi memberi semangat kepada individu yang ingin menurunkan berat badan.2.5ULASAN ARTIKEL DIGITAL ILMIAH 5

Jurnal terakhir di tulis pada tahun 2011 oleh Baby S Nayak & H. VinodBhat dan bertajuk Prevalence of Overweight / Obesity among School Children In Karnataka, South India. Dalam kajian mereka mendapati bahawa BMI yang lebih tinggi ditemui di kalangan kanak-kanak di usia 10-12 tahun dan lebih ramai di kalangan kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Perbezaan jantina dalam BMI mungkin disebabkan oleh gaya hidup yang tidak kanak-kanak perempuan dan juga perubahan kedewasaan. Hasil kajian ini adalah disokong dengan kajian yang sama. Dalam pembolehubah kajian ini seperti kawasan tempat tinggal, asal keluarga, bilangan ahli dalam keluarga dan agama tidak dikaitkan dengan BMI kanak-kanak. Walau bagaimanapun dalam kajian ini, kanak-kanak yang tinggal di bandar dan bersekolah di sekolah persendirian berkadaran mempunyai berat badan berlebihan lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang tidak obes.

3.0KESIMPULAN

Dapat disimpulkan di sini bahawa masalah obesiti dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berjaya mencapai matlamat. Ini kerana matlamat yang perlu dicapai oleh guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan amatlah jelas dan mereka perlu melaksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin. Pelajar akan lebih peka kepada kesihatan mereka sekiranya mereka mempunyai ilmu kesihatan yang berkesan. Daripada ilmu yang mereka peroleh, akan timbul kesedaran dalam diri pelajar terbabit untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila pelajar peka pada tahap kesihatan, maka akan berlaku perubahan tingkah laku. Mereka akan lebih mengutamakan kesihatan dan sanggup mengubah status sosial mereka demi kesihatan sepanjang hayat.

Di sinilah, kita nampak tugas para pendidik Pendidikan Kesihatan amat penting dan mereka perlu berikan ilmu yang berkesan tentang kesihatan. Setelah penyampaian ilmu berlaku dengan berkesan adalah tidak mustahil masalah obesiti dalam kalangan pelajar dapat diatasi. Ini jelas kerana para pelajar akan mengutamakan pemakanan seimbang dan cara hidup yang sihat. Mana mungkin, dengan amalan gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang pelajar akan menghadapi masalah obesiti. Tambahan pula masalah obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing-masing. Gemuk bukan bermakna sihat, malah boleh mengancam nyawa dan kesihatan individu berkenaan.

Pastikan kita mengambil makanan yang perlu sahaja dengan kuantiti yang sesuai dengan perkembangan kesihatan seseorang. Dalam kajian yang dijalankan bahawa terjadinya pelbagai penyakit adalah disebabkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi toksin yang boleh menyerang tubuh badan manusia secara senyap. Makanan segera merupakan penyumbang utama ke arah obesiti yang ketara yang melanda negara-negara membangun seperti Malaysia.

Bagi golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah, obesiti sedikit sebanyak menganggu emosi dan sosial mereka. Mereka akan berasa rendah diri dan tidak menjadikan fizikal mereka sebagai halangan untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang. Akibat daripada itu tentunya akan merugikan individu,bahkan prodaktiviti negara juga turut terjejas. Sedangkan golongan inilah yang diharapkan menjadi kesinambungan kepada kepimpinan dan tenaga kerja pada masa yang akan datang.

4.0RUJUKAN

1) Azimah binti Ahmad. (2007). Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar. UPSI. Tanjong Malim. Dicapai dari : http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=kvjmbcbvodwdcv45ouiveshsrjikupjd20091103202458445

2) Baby S Nayak & H. VinodBhat. (2011). Prevalence of Overweight / Obesity among School Children In Karnataka, South India. International Journal of Public Health Research Special Issue 2011, pp (180-184). Dicapai dari : http://journalarticle.ukm.my/3552/1/special%2520issue%25202011_25.pdf

3) Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

4) Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus Pelajar Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

5) Malikha Sadiyah bt. Gholib Santosa. (2005). Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Tadika Berumur 4 Hingga 6 Tahun Di Sekitar Kota Kinabalu. Penerbitan UMS. Sabah. Dicapai dari : http://eprints.ums.edu.my/7057/1/ae0000001348.pdf

6) Ong Por Lim. (2009). Persepsi dan Pemilihan Makanan Berkalori Tinggi Dikalangan Pelajar Sekolah Rendah di Kota Kinabalu, Sabah. Penerbitan UMS. Sabah. Dicapai dari : http://eprints.ums.edu.my/4148/1/ae0000000558.pdf

7) Ruzita Abd Talib, Lim Shi Han, Hanee Fakhrurazi, Siti Sabariah Buhari & Poh Bee Koon. (2013). Penilaian Media Bercetak untuk Pendidikan Pemakanan Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan dan Obes: Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 11 (2) 2013: 55-62. Dicapai dari : http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&ved=0CC8QFjAB&url=http%3A%2F%2Fejournals.ukm.my%2Fjskm%2Farticle%2Fdownload%2F5337%2F2636&ei=xcdgU6uuEY2C8gWys4KwCg&usg=AFQjCNEtguDRyRXOR5usgLsqIYY5D92ZEg&bvm=bv.65636070,d.c2E

8) Tuan Syed Hadzir B Syed Husin et. al. (2011). Modul EDU3015 Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. IPGM : Cyberjaya.

9) WHO. (2011). World Health Statistics 2011. WHO Press : Switzerland. Dicapai dari http://www.who.int/whosis/whostat/EN_WHS2011_Full.pdf