qawaidh fiqh keyakinan tidak hilang dgn keraguan

26
PENGENALAN Kaedah : KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN Huraian Kaedah Kaedah tersebut bermaksud sesuatu perk ara yang tela h diyakini ber laku, sebarang keragu an yang datang kemudian untuk meragui keyakina n itu tidak diambil kira. Ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga. Ertinya apabila telah sabit sesuatu perkara atau keadaan yang yakin kemudian dengan tiba- tib a timbul syak ten tang wujud ses uatu yan g mengh ila ngkan nya , mak a perkara yang telah diyakini itulah yang diambilkira hinggalah sabit benar- benar sebab yang menghilangkan nya 1 . Iaitu perkara asas dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan sebarang syak atau keraguan. Dalam ertikata lain, pada prinsipnya, yakin tidak akan diketepikan hukumnya den gan semata- mata syak. Antara lain ia diba wa den gan lafaz kaed ah ; tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin 2 .  Dalil Kaedah 1. Al-Quran “ Dan kebanya kkan mereka tidak menurut , melainkan suatu sangkaan sahaj a (pa dahal) sesungg uhnya sangkaan it u ti dak dapat memenuhi kehendak sesuatu kebenaran (iktiqad) ” ( Surah Yunus : 36 ) Maka al-haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin . 2. As-Sunnah Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a bahawa beliau berkata baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda, 1  Mustafa Ahmad al-Zarqa’ op.cit., jld.3, hal. 967 2  Ibrahim Ahmad Mahmud al-Hariri, al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, hal 78

Upload: abdul-hadi-ps

Post on 28-Oct-2015

628 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

qaw

TRANSCRIPT

Page 1: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 1/26

PENGENALAN

Kaedah : KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGANKERAGUAN

Huraian Kaedah

Kaedah tersebut bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku,sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidakdiambil kira. Ia boleh hilang dengan yakin sepertinya juga. Ertinya apabilatelah sabit sesuatu perkara atau keadaan yang yakin kemudian dengan tiba-

tiba timbul syak tentang wujud sesuatu yang menghilangkannya , makaperkara yang telah diyakini itulah yang diambilkira hinggalah sabit benar-benar sebab yang menghilangkannya1. Iaitu perkara asas dan yang yakin itutidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan sebarang syak atau keraguan.

Dalam ertikata lain, pada prinsipnya, yakin tidak akan diketepikan hukumnyadengan semata-mata syak. Antara lain ia dibawa dengan lafaz kaedah ;tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali denganyakin2.

 

Dalil Kaedah

1. Al-Quran

“ Dan kebanyakkan mereka tidak menurut , melainkan suatu sangkaan sahaja(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak sesuatu kebenaran (iktiqad) ” 

( Surah Yunus : 36 )

Maka al-haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin .

2. As-Sunnah

Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a bahawa beliau berkata baginda NabiMuhammad s.a.w bersabda,

1 Mustafa Ahmad al-Zarqa’ op.cit., jld.3, hal. 9672 Ibrahim Ahmad Mahmud al-Hariri, al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, hal 78

Page 2: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 2/26

” Apabila salah seorang kamu merasai sesuatu dalam perutnya kemudian timbul keraguan ke atasnya, adakah telah keluar sesuatu darinya atau tiada , maka

 janganlah dia keluar dari masjid (jangan berhenti dari sembahyangnya ) sehinggalahdia mendengar suara atau merasai angin keluar “ 

(Muslim)

Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata baginda Rasulullah s.a.w bersabda,

“Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dalam solatnya, tidak diketahui lagi berapa (rakaatkah) yang telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklahbuangkan yang syak (ragu-ragu), itu dan tunaikanlah atas apa yang telahdiyakini”.

(Muslim)

Hadis tersebut membawa maksud, jika seseorang itu merasa ragu-ragu di dalammengerjakan sembahyang dan tidak tahu berapa rakaatkah ia telahsembahyang, iaitu apakah ia telah mengerjakan tiga atau empat rakaat,hendaklah ia menghilangkan keraguan itu dan tetapkanlah dengan apa yangmeyakinkan, dengan mengira tiga rakaat sahaja. Untuk itu, apa yang

dimaksudkan dengan keyakinan di sini ialah tiga rakaat kerana tiga rakaat itusebelum empat.

Daripada Abd Rahman bin ‘Auf 12, sabda Rasulullah s.a.w ,

“ Sekiranya salah seorang di antara kamu lupa dalam sembahyangnya hingga iatidak mengetahui ia telah sembahyang satu atau dua rakaat, hendaklah ia kirasatu rakaat. Jika ia tidak yakin dia telah sembahyang dua atau tiga rakaat,kiralah dua rakaat. Dan jika ia tidak mengetahui dia telah sembahyang tiga atauempat rakat, kira lah tiga rakaat dan hendaklah dia sujud dua kali sebelum

salam” 

Kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil hadis dan kaedah tersebut di atas dapatdijelaskan di sini, yang mana segala sesuatu yang telah di dapati meyakinkan itusama sekali tidak dapat diubah atau dirosakkan oleh sesuatu yang meragukanyang muncul selepasnya. Ia dikecualikan apabila keraguan itu dibina ataskeyakinan. Oleh itu , segala perbuatan dan tindakan seseorang hendaklahberdasarkan apa yang diyakini dan keyakinannya.

3. Dalil Akal

Maka jelas sekali rasionalnya yakin itu lebih kuat dari syak, kerana padayakin itu wujud hukuman yang putus (qat’iy) dan pasti maka ia tidak akan tanggaldengan syak sahaja.

12 Ibid

2

Page 3: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 3/26

Kaitan kaedah

Sebenarnya kaedah asas tersebut dibawa dengan bentuk lafaz yang

berbagai-bagai oleh ulama mujtahid. Apa yang pentingnya pengertian danmaksudnya adalah sama hampir atau sama , walaupun ibarat berlainan .

 Antaranya ialah :

1. al-Zarkasyi dalam kitabnya al-Manthur fi al-Qawa’id membawa denganlafaz kaedah ( ) .

Maksudnya : Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkandengan yakin.

2. Ibn Abd al-Barr dalam kitabnya al-Tamhid membawa dengan lafaz kaedah( ) .

Maksudnya : Yang yakin tidak dihilangkan oleh syak dan tidak bolehdihilangkannya melainkan dengan yakin.

3. Sebagaimana lafaz kaedah ( ) .Maksudnya : Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkarabaru yang diramal atau diandai.

4. Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Tamhid juga membawa lafaz kaedah :( )

Maksudnya : Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambilkira dan yang yakin diamalkan terhadapnya.

5. al-Khuttabi kitab Ma’alim al-Sunan membawa dengan lafaz kaedah :( )

Maksudnya : Syak tidak menghimpit yang yakin .

Sebagai rumusannya, kaedah-kaedah tersebut membawa maksud segalayang telah tetap itu tidak tercabut dengan kedatangan syak terhadapnya . Hal

itu kerana perkara yakin tidak mungkin dilupuskan dengan perkara yang lebihlemah daripadanya. Namun begitu, yakin itu hanya mungkin dapat dilupuskandengan perkara yang sama taraf dengannya atau yang lebih kuatdaripadanya3.

3 Ibid

3

Page 4: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 4/26

Rumusan Kaedah

Kaedah tersebut dapatlah difahami bahawa seseorang itu dikatakan telahmeyakini sesuatu apabila ia berdasarkan bukti iaitu yang mana ditetapkansamada melalui pancaindera ataupun dalil.

Sebagai contohnya, sseorang yang dapat merasakan terbatal wudhu’nyaatau berhadas dapat diyakini dengan keluar angin daripada duburnya atauterasa pada deria kulitnya atau terdengar pada telinganya atau terhidubaunya melalui hidungnya.

Berdasarkan kaedah asas tersebut, terbentuk daripadanya banyak masalahdan hukum furu’. Di mana Imam as-Suyuti menyatakan bahawa hukum yang

terbentuk daripada kaedah tersebut mencapai ¾ daripada hukum fiqh5

.

Sebagai rumusannya , sesuatu yang sudah yakin tidak dapat dihilangkandengan sesuatu syak atau keraguan. Berdasarkan kaedah tersebut,sekiranya seseorang itu telah meyakini sesuatu perkara dan ditetapkanhukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan terhadapkehilangan yakin tersebut, keyakinan asal itu masih kekal dan tidak bolehberamal atau berpegang dengan perasaan syak yang baru mendatangtersebut.

Perkara itu selaras dengan kaedah yang dibawa oleh Imam al-Qarafi dalamal-Furuq : ( )

Maksudnya : Bahawa setiap yang diragui padanya dijadikan pada taraf seperti tidak ada yang mana diputuskan dengan tiadanya.

5 Ibid

4

Page 5: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 5/26

Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Wahm

Berkaitan dengan tanggapan akal dapat dikategorikan dengan beberapaperingkat. Penjelasan mengenainya menurut pengertian istilah fiqh dan usulfiqh sebagaimana berikut :

1. Yakin menurut istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut iaitu :

• Pengertian al-Jawhari dalam al-Sihah bermaksud : suatu ilmu dandilenyapkan syak.

• Pengertian Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab ialah ilmu danmembuang syak serta hakikat sesuatu perkara dan ia merupakansebalik syak.

• Pengertian oleh Abu al-Baqa’ dalam al-Kulliyyat  ialah peganganyang kukuh, mantap dan tetap serta menepati kenyataan . Ia jugamerupakan penjelasan tentang ilmu yang tetap teguh dalam hati,disebabkan ketetapannya berdasarkan sebab tertentu.

• Pengertian oleh al-Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat fi Gharibal-Qur’an ialah tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman besertatetap hukum. Yakin merupakan sifat yang labih tinggi daripadamakrifah, buktinya ialah dikatakan dengan ilmu al-yakin dan tidakdikatakan dengan makrifah al-yakin.

Di mana ilmu al-yakin ialah ilmu yang tiada sebarang keraguan lagi. Ilmu danyakin ada sedikit perbezaan, yang mana perbezaan antara ilmu dan yakinialah ketetapan. Iaitu ilmu ialah pegangan dan iktiqad terhadap sesuatu yangdiketahui atas dasar kepercayaan. Sedangkan yakin dan keyakinan pula ialahdiam , tenang jiwa serta perasaan juga lapang hati terhadap apa yangdiketahui .

• Yakin ialah sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti( ) . Antara lain, apayang dimaksudkan dengan yakin ialah sesuatu yang manjadi tetap

dengan penglihatan atau dengan adanya dalil6

.

Kesimpulannya, yakin ialah keadaan yang tetap teguh dan tenang tenteramseseorang itu terhadap hakikat sesuatu dengan erti kata tidak ada sdikit punkeraguan. Perkara yang berdasarkan keyakinan diterima sebagai dasar hukum fiqh. Ia dapat dikaitkan dengan lafaz kaedah sebagaimana dijelaskanoleh Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Tamhid  lagi membawa dengan lafaz

6 Ibid

5

Page 6: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 6/26

kaedah ( ) Maksudnya : Kefarduan-kefarduantidak diwajibkan melainkan dengan yakin. Selain itu pula ia dikaitkansebagaimana kaedah ( )

Maksudnya : Sesuatu hukum itu tidak diwajibkan melainkan dengan yakin

yang tidak syak padanya

.

2. ( ) Ghalabah al-Zann menurut pengertian yang dijelaskan olehal-‘Allamah Abu Hilal al-Askari ialah penjelasan dan ibarat tentangketenangan zann .

Iaitu pengukuhan terhadap salah satu daripada dua perkara denganpengukuhan mutlak dengan membuang bersamanya pihak yang satu lagi itu.Yang juga bermaksud pihak yang dibuang itu tidak kekal dalam iktibar danpemerhatian.

Sesetengah ulama menyatakan hukum ghalabah al-zann berada pada tingkat

yang sama dengan yakin. Apa yang penting, harus diasaskan hukum fiqhberdasarkan ghalabah al-zann ketika tidak ada yakin dan selagi iaberasaskan penelitian dan bukti.

3. ( ) Zann menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-Hamawiy dalamSyarh al-Asybah ialah seseorang yang berada dan berhenti di antara duaperkara yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat tarjihkan salah satu diantara keduanya, Cumanya , pihak yang tidak dikukuhkan itu tidak dapatdibuang dan tetap wujud dalam hati dan perasaan .

Konteks lain, ia membawa maksud berat sangka atau sangkaan yang lebih

hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan danghalabah al-zann. Keraguan yang berada pada tahap al-zann harus dibinahukum dan diterima.

4. ( ) Syak  ialah keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadapsesuatu perkara iaitu keraguan itu tidak dapat ditarjihkan mana satu yanglebih kuat.

Dalam konteks lain ia bermaksud keraguan atau perasaan berbelah bagiserta sama banyak antara keyakinan dan keraguan. Keraguan yang beradataraf syak tidak diterima dalam hukum fiqh.

5. ( ) Wahm ialah keraguan yang dialami oleh seseorang yang manaantara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidakkukuh. Konteks lain, wahm itu merupakan suatu bayangan atau lintasan padahati dan diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan yang meleset atausangkaan salah terhadap sesuatu perkara . Keraguan yang berada padatingkatan wahm juga tidak diterima dalam hukum fiqh.

7  Ali Ahmad al- Nadwi al-Qawaid Fiqhiyyah al-kuliyyah

6

Page 7: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 7/26

Jenis-jenis Syak

Berdasarkan syak atau keraguan sebagaimana yang dijelaskan di atas,menurut pendapat al-Syeikh Abu Hamid al-Isfiraini, syak dapat

diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu:

1. Keraguan atau syak yang lahir daripada atau sumber yang haram.

Sebagai contoh ialah binatang sembelihan yang di dapati dalam negarayang mana penduduknya bercampur antara Islam dengan Majusi atauWathani , binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal, sehinggalahdiyakini manakah binatang sembelihan orang Islam. Hal tersebut keranaasalnya daripada yang haram atau diragui atau syak berkaitan dengansembelihan yang halal dimakan, kecualilah di negara tersebutsembelihannya dilakukan oleh orang Islam. Yang mana ia menunjukkann

keadaan yang jelas harus memakannya .

2. Keraguan yang terbentuk atau lahir daripada asal atau dasar yang harus

. Sebagai contoh seseorang mandapati air yang berada dalam sesuatubekas telah berubah dan perubahan ada dua kemungkinan, iaitukemungkinan ia disebabkan najis atau disebabkan lama tidak digunakanatau tidak mengalir. Konteks tersebut, ia boleh bersuci dengan menggunaair tersebut berdasarkan anggapan atau ijtihad bahawa air itu padaasalnya adalah suci dan tidak bernajis.

3. Keraguan atau syak yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya,samada yang haram atau harus.

Sebagai contohnya, seseorang yang berurusan dengan orang yang manamajoriti sumber pendapatannya daripada sumber yang haram, namuntidak dapat dipastikan serta tidak dapat dibezakan juga tidak jelas samadawang atau harta yang diambil daripadanya itu sumber yang haram atauhalal. Lantaran itu , berurusan dengannya adalah harus, namun makruhhukumnya kerana dibimbangi terjerumus kepada yang haram.Walaubagaimanapun, mereka yang warak lebih suka menjauhinyadengan alasan bimbang terhadap sumber yang haram8.

8 Ibid

7

Page 8: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 8/26

Hukum Furu’

Di antara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah , khasnya dalammasalah yang berkaitan dengan syak serta zann ialah :

1. Seandainya seseorang itu ragu yang mirip kepada syak berkaitan denganbinatang yang ia sembelih, iaitu apakah binatang tersebut masih adatempoh hidup yang berterusan , iaitu hayat mustaqirrah ( )atau sudah tidak ada. Hukum sembelihan tersebut adalah haramdimakan. Sekiranya keraguan itu adalah mirip kepada zann, iaitu lebihkukuh kepada masih ada hayat mustaqirrah, ia halal dimakan.

2. Seseorang yang menggunakan barang milik orang lain, seandainya ia syakbahawa pemiliknya merelakan atau tidak, hukumnya ia harammenggunakan. Sekiranya ia zann dan menduga pemiliknya merelakan,hukumnya adalah harus menggunakannya.

3. Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin menunaikan ibadathaji, namun ia syak samada selamat atau tidak di perjalanan, tidak wajibhukumnya ia menunaikan haji tahun tersebut. Sekiaranya ia zann selamatdi perjalanan, wajib ia menunaikan haji pada tahun tersebut.

Pengecualian daripada Kaedah

Di antara hukum furu’ yang terkecuali daripada kaedah ialah :

1. Seseorang yang menyapu khuf merasa syak apakah tempoh yangdiharuskan masih ada atau telah habis, ia wajib membasuh kakinya, iaitudikira tempohnya telah tamat.

2. Seseorang syak samada ia menyapu khuf katika bermukim ataubermusafir, ia hendaklah mengira ketika menyapu sewaktu bermukim.

3. Seseorang yang musafir syak samada ia telah sampai di tempat iabermukim atau belum, ia tidak boleh mengambil rukhsah sepertisembahyang qasar dan jama’.

4. Seseorang musafir yang takbiratul ihram dengan berniat qasar dibelakang imam yang ia tidak mengetahui sama ada imam tersebutmusafir atau bermukim. Maka ia tidak boleh qasar sembahyangnya,sebaliknya sembahyang sempurna.

5. Perempuan istihadah yang tidak dapat membezakan di antaradarah istihadah atau haid, ia wajib mandi setiap kali hendak mendirikansembahyang.

8

Page 9: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 9/26

6. Seseorang yag terkena najis pada badan atau pakaiannya, namunia tidak pasti di bahagian mana, ia hendaklah membasuh atau mandiseluruh badan.

7. Seekor kucing kencing dalam air yang mencapai dua kolah,

selepas itu seseorang mendapati air tersebut berubah, tetapi ia tidak pastisamada perubahan itu disebabkan najis kencing kucing tersebut ataubenda lain. Dalam keadaan ini , air itu dikira najis.

8. Seseorang yang bertayammum serta melihat sesuatu, tetapi iatidak tahu apakah yang ia lihat itu air atau sekadar fatamorgana.Tayammumnya terbatal, walaupun yang dilihat itu benar-benar fatamorgana sahaja.

9. Seorang pemburu melepaskan anak panah atau tombak yangmengenai sasaran binatang buruan, tetapi binatang tersebut melarikan dirike kawasan curam.. Kemudian ia menemui binatang tersebut mati dan ia

syak samada binatang itu mati kerana senjatanya atau terjatuh dari atasbukit. Binatang tersebut tidak halal dimakan.

10. Imam al-Haramain menyatakan, sekiranya seseorang itu syak ataumeragui tentang tamatnya waktu sembahyang Jumaat, ia tidak perlusembahyang Jumaat. Walaupun asalnya masih ada waktu.

11. Sekiranya seseorang yang berwudhu’ namun ia syak samada ia telahmenyapu kepala atau belum , menurut pendapat yang lebih tepat wudhu’itu dikira sah.

12. Seseorang yang sembahyang zohor atau Asar serta memberi salamkeluar dari sembahyang, namun ia syak samada dia telah mendirikansembahyang tiga atau empat rakaat . Menurut pendapat yang lebih tepat,sembahyang itu tetap sah.

13. Seseorang yang melihat mani pada tilam atau pakaian yang mana iaseorang sahaja yang menggunakannya, serta ia tidak mengetahui atautidak ingat bilakah ia bermimpi keluar mani. Menurut pendapat yang lebihtepat, ia hendaklah walaupun asalnya tidak ada kewajipan mandi13.

14. Orang mustahadah dan berpenyakit dedas yang berwudhu’. Namunselepas itu ia syak samada penyakitnya telah sembuh atau belum, tetapiia harus mendirikan sembahyang dengan wudhu’ tersebut,sembahyangnya tidak sah.

9

Page 10: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 10/26

PECAHAN KAEDAH KEDUA

Terdapat 13 pecahan kaedah yang termasuk dibawah kaedah

“ Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Keraguan ” 

Pecahan-pecahan kaedah yang dimaksudkan ialah :

1. Kaedah

“Kekal sesuatu masalah berdasarkan apa yang asal” 

Huraian Kaedah

Kaedah ini bermaksud sesuatu masalah itu kekal keadaannya mengikut apa yangada sebelumnya sehingga terdapat dalil yang merubahnya. Ia juga bermaksud

sesuatu perkara yang telah diyakini tentang keadaannya, tidak akan berubahdaripada asalnya sehingga terdapat sesuatu yang diyakininya seperti itu juga. Ia juga bermaksud kekal sesuatu yang berlaku pada masa lampau mengikut ketetapanpada masa lalu samada ia dalam bentuk ketetapan atau penafian4.

Rumusan Kaedah

Kaedah ini hampir sama maksudnya dengan kaedah yang ertinya “perlu dikekalkankeadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan dalamsemua waktu sehinggalah sabit terputusnya atau bertukarnya” 5 . Ataupun terdapatkeputusan baru atau ketetapan baru seperti dalil yang menguatkannya.

Contoh Kaedah

a) Seseorang yang yakin taharahnya, kemudian timbul syak samada dia dia masihdalam keadaan bersuci ataupun tidak, maka ia dianggap sebagai masih dalamkeadaan taharah, begitu juga sekiranya dia yakin bahawa ia berada dalamkeadaan berhadath dam kemudian timbul keraguan samada ia masih dalamkeadaan berhadath atau taharah, maka ia dianggap berada dalam keadaantaharah.

b) Seseorang yang sedang mandi wajib kemudian timbul syak samada ia telahmembasuh bahagaian belakang badan atau tidak, dalam hal ini, ia dianggapsebagai masih belum membasuh bahagian belakang badan kerana pada

asalnya ia berhadath dan masih belum membasuh bahagian belakang badan.

c) Seseorang yang membeli makanan kemudian mendapati makanan itumengandungi najis cicak dan berhasrat untuk memulangkan semula kepadapenjual, dalam hal ini pengakuan penjual adalah diterima kerana pada asalnyamakanan tersebut adalah suci.

4 Perbahasan kaedah-kaedah fiqh, m/s 1025 Pengantar syariat Islam, m/s 216

10

Page 11: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 11/26

2. Kaedah

“Asal seseorang itu bebas daripada tanggungjawab” 

Huraian Kaedah

Zimmah itu pada bahasa bermaksud janji serta amanah sementara padaistilah bermaksud sifat atau sesuatu syarat yang dikenakan terhadapseseorang yang menerima tanggungjawab atau kewajipan6. Ini bermaksudseseorang itu pada asalnya bebas daripada tanggungjawab dan apa-apaperkara yang dipertanggungjawabkan keatasnya adalah dirujuk kepada saksi,sumpah dan sesuatu yang boleh diterima sebagai persaksian.

Rumusan Kaedah

Menurut Ibn Abd al-Barr mengatakan bahawa tanggungjawab atau bebanan

itu pada asalnya bebas dan terlepas serta tidak ditetapkan satu pun.Kecualilah dengan ada yakin atau hujah.7 Oleh sebab itu apabila berlakuperselisihan atau pertentangan terhadap bebanan itu maka hendaklah dibuatpengukuhan atau tarjih. Tarjih itu boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

i. Merujuk kepada yang asal atau yang zahir.ii. Menggunakan hujah syarak seperti sumpah dan persaksian

Contoh Kaedah

a) Pencuri yang mengatakan kepada seseorang “ dahulu saya telah

mencuri motor awak” lalu tuan punya motor mengatakan “tidak, awak jugamencuri akseosori kereta saya” penafian pencuri terhadap kehilanganakseosori kereta adalah diterima kerana pada asalnya ia bebas daripadatanggungjawab terhadap akseosori itu.

b) Dalam kes pendakwaan dimana pendakwa gagal untukmenyediakan bukti atau keterangan terhadap apa yang didakwanya.Dalam hal ini terdakwa perlu bersumpah terhadap apa yang didakwakankepadanya, namun begitu terdakwa hanya mendiamkan diri. Tidak bolehdijatuhkan hukuman berdasarkan berdiam itu kerana asalnya ia bebasdari tanggungjawab dan sumpah itu perlu dikembalikan kepada orangyang mendakwa tadi.

3. Kaedah

6 Perbahasan kaedah-kaedah fiqh, m/s 1087 Ibid

11

Page 12: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 12/26

“Asal segala perkara yang baru muncul itu tidak ada” 

Huraian Kaedah

Telah umum diketahui bahawa tiada itu mendahului yang ada. Ini bermaksudsegala sesuatu itu pada asalnya tidak ada. Sementara benda yang didakwaada sebelum dibuktikan, adalah diragui sedangkan keyakinan sesuatuperkara tidak boleh dihilangkan dengan zan lawannya sahaja.

Rumusan Kaedah

Kaedah ini hampir sama lafaznya dengan “asal pada sifat atau perkaramendatang tiada” dan “sesuatu yang tiada itu mendahului daripada sifat ada” .

Contoh Kaedah

a) Dalam perniagaan atas dasar perkongsian untung dan rugi iaitumudharabah, pelabur telah mendakwa bahawa terdapat keuntungandaripada projek perniagaan manakala pengusaha perniagaan menafikanbahawa tidak terdapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan.Dalam hal ini penafian pengusaha adalah diterima kerana pada asalnyatidak terdapat sebarang keuntungan.

b) Ahmad berhutang dengan Faiz dan Ahmad menyatakan bahawa dia telahmelangsaikan hutang tersebut. Faiz menafikannya. Dalam hal ini penafianFaiz diterima kerana pada asalnya hutang itu tidak ada pelunasan.

4. Kaedah

12

Page 13: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 13/26

“Asal setiap yang berlaku diambil kira masa yang paling hampir” 

Huraian Kaedah

Kaedah ini membawa maksud bahawa apabila berlaku perselisihan danpercanggahan berkaitan dengan tarikh berlaku sesuatu peristiwa atausesuatu perkara. Untuk itu apa yang lebih kukuh atau lebih kuat daripadatiap-tiap sesuatu peristiwa atau kejadian itu dinisbahkan dan disandarkan darisudut kiraan waktunya adalah yang paling hampir atau waktu yang terdekatberlakunya peristiwa itu.8

Contoh Kaedah

a) Jika seseorang yang melihat kesan air mani pada pakainannyasedangkan ia tidak pasti bilakah ia telah bermimpi, maka wajiblah ia

menggantikan semua solat fardhunya sejak kali terakhir ia tidur.

b) Seseorang telah menjadi wakil kepada seseorang untuk membelikansesuatu barang, selepas bebarapa hari, barang tersebut telah didapatirosak. Tuan punya barang telah meminta ganti rugi kepada wakil tadi,namun wakil tadi menafikan. Dalam hal ini, penafian wakil tadi adalahditerima. Ini kerana kemungkinan barang tersebut rosak disebabkanperkara lain iaitu sepanjang ia berada dengan tuannya, bukan disebabkanoleh wakil tadi.

c) Seorang lelaki telah memukul perut wanita hamil lalu perempuan itu

melahirkan anak tersebut. Anak tersebut didapati hidup. Selepasbeberapa hari, anak tersebut meninggal dunia. Dalam hal ini, lelaki taditidak dikenakan sebarang diat (gantian) kerana pada asalnya mungkinbayi tadi mati disebabkan oleh faktor lain.

d) Kassim menggunakan barang Ahmad, selepas sahaja ia menggunakanbarang tersebut, Ahmad mendapati barang tadi telah rosak. Dalammasalah ini Kassim perlulah menggantikan barang tersebut kerana padamasa terhampir barang tersebut rosak adalah ketika Kassimmenggunakannya.

5. Kaedah

8 Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, m/s 117

13

Page 14: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 14/26

“Asal sesuatu itu adalah harus” Huraian Kaedah

Ini adalah kaedah yang telah disediakan oleh Imam Syafi’ie berbeza pula kaedahdengan kaedah yang telah disediakan oleh Imam Hanafi. Imam Syafi’ie meyatakanbahawa hal ini adalah merujuk kepada hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan olehal-Bazzar dan al-Tabrani yang bermaksud:

“Apa yang dihalalkan oleh Allah adalah halal dan apa yang diharamkan oleh Allahadalah haram dan apa yang tidak dinyatakan, maka ia dimaafkan. Maka terimalahkemaafan daripada Allah kerana Allah tidak lupa walau sesuatu pun” 

Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Abu Majah yangbermaksud :

“Sesuatu yang halal adalah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya,sesuatu yang haram adalah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya dan

apa apa yang tidak dinyatakan maka ia dimaafkan” 

Rumusan Kaedah

Rumusan daripada kaedah ini ialah apa-apa perkara yang telah dinyatakan oleh Allah dalam kitabNya mengenai halalnya, maka hukumnya adalah halal. Apa-apayang diharamkan oleh Allah maka hukumnya adalah tetap haram dan tidak bolehdiubahkan bentuk hukum yang lain. Meskipun begitu, apa-apa yang tidakdinayatakan oleh Allah, samada mengenai halal atau haramnya, maka hukumnyaadalah harus.

Ini kerana Allah ingin memberi keringan kepada hambaNya, mengenai sesuatu

perkara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Tidak mungkin Allah mempunyaisifat pelupa sehingga terlupa untuk menghukumkan sesuatu perkara samada iaadalah halal ataupun haram.

Contoh Kaedah

a) Apa-apa jenis tumbuhan yang tumbuh di dalam hutan, ataupun binatang yanghidup di daratan, udara ataupun air, jika tidak terdapat dalil yang khususmengenai halal ataupun haram, ataupun mempunyai dalil yang samar-samar,maka ia adalah harus untuk dimakan.

b) Menurut pendapat Imam al-Subki mengatakan bahawa Zirafah adalah harus

dimakan kerana ia tidak bertaring, serta tidak ada dalil yang khusus mengatakanbahawa binatang itu haram dimakan.

c) Seekor burung merpati memasuki sangkar milik seseorang, sedangkan ia ragu-ragu samada burung merpati tersebut miliknya atau milik orang lain. Menurutpendapat Imam Nawawi, pemilik sangkar tersebutlah lebih berhakmemanfaatkan burung merpati itu. Alasannya kerana asalnya ia diharuskan.

6. Kaedah

14

Page 15: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 15/26

“Asal kemaluan perempuan itu adalah haram” 

Huraian Kaedah

 Antara lain kaedah pecahan tersebut membawa maksud, hukum asal padadasarnya dalam masalah yang berkaitan dengan hubungan sex sertapersetubuhan dengan wanita adalah haram, sehinggalah ada sebab tertentuyang jelas menghalalkannya. Iaitu samada melalui akad nikah ataupunpertuanan terhadap hamba.

Rumusan Kaedah

 Apabila berlaku pertentangan diantara hukum harus atau halal dan haramterhadap seorang wanita, hukum haram itulah yang didahulukan dandimenangkan. Alasannya ialah kerana asalnya adalah haram.

Contoh Kaedah

a) Seseorang yang ingin berkahwin dengan perempuan yang tidak diketahuisamada ia adalah mahramnya atau ajnabi, adalah haram dikahwininyaberdasarkan hukum asal iaitu haram.

b) Seseorang mewakilkan orang lain supaya membeli hamba perempuanuntuknya dengan menyatakan sifat-sifat tertentu. Wakil tersebutmembelikan hamba yang disifatkan itu, namun ia meninggal duniasebelum sempat ia menyerahkan kepada pewakil. Orang yang

mewakilkan haram untuk menyutubuhi hamba tersebut, walaupun ciri-ciriyang ia kehendaki terdapat pada hamba itu. Alasannya, kemungkinanwakil tadi membeli hamba itu untuknya serta asalnya juga adalah haram.

c) Jika dinyatakan kepada seseorang lelaki bahawa disebuah kampungtertentu terdapat seorang wanita yang haram dikahwininya, namun iatidak dapat mempastikan mana satu wanita yang dimaksudkan itu.Berdasarkan kaedah tersebut, ia tidak dapat mengahwini semua wanitayang tinggal dikampung itu, sehinggalah ia dapat mempastikan mana satuwanita yang tidak dapat dikahwininya.

7. Kaedah

15

Page 16: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 16/26

“Asal perkataan itu diambil kira maknanya yang hakiki” 

Huraian Kaedah

Kalimah al-haqiqah pada bahasa bermaksud hak terhadap sesuatu apabila iatetap. Menurut pengertian istilah ialah, makna asli yang diberikan kepadasesuatu lafaz ucapan, samada ia menurut istilah percakapan seperti:penggunaan lafaz membunuh ialah menghilangkan atau melenyapkan nyawaatau roh atau sebagainya.

Rumusan Kaedah

Hakiki  adalah sebalik daripada makna majazi , iaitu pengertian yang tidak jelas atau berbeza daripada pengertian biasa. Namun begitu, kadangkalamajazi  dengan hakiki  masih ada hubungan. Iaitu apabila diantara kalimah

tersebut mempunyai qarinah atau tanda yang menunjukkan kepada erti yangbukan hakiki.

Justeru itu, berdasarkan kaedah tersebut pengamalan dan perlaksanaansesuatu ucapan orang yang bercakap itu samada ia bertindak sebagai orangyang melaksanakan akad, pewakaf atau orang yang bersumpah dan lainnya.Ia hendaklah dibawa lafaz itu kepada maknanya yang hakiki terlebih dahulu,kecualilah kiranya disana terdapat tanda atau pengucap itu maksudkan ialahmakna majazi.

Contoh Kaedah

a) Seseorang yang bersumpah tidak akan membeli. Tetapi jika iamewakilkan kepada orang lain untuk membeli maka ia tidak dikenakankaffarah kerana ia tidak dinggap sebagai melanggar sumpah. Namunbegitu jika seseorang itu kebiasaan hidup sehariannya memerintah oranglain atau orang lain yang sentiasa melakukan bagi pihaknya seperti sultanatau pemimpin, ia dikira melanggar sumpah jika mewakilkan kepadaorang lain dan akan dikenakan kaffarah.

 b) Seseorang yang bersumpah tidak akan masuk kerumah Majid. Tidakdikira melanggar sumpah sekiranya ia masuk kerumah yang disewa olehMajid. Ini kerana rumah sewa tersebut bukan milik mutlak Majid.

c) Sekiranya sseorang memberikan atau hibah barang kepada kawannya sesuatubarang. Kemudian kawan tadi mengambilnya. Selepas itu ia mendakwa yang iamaksudkan atau inginkan ialah pemberian jual beli menurut majazi. Maksudnyaia inginkan ia dibayar harga pada barang itu. Untuk itu tidak diterima dakwaandan kata-katanya. Kerana asalnya sesuatu ucapan ialah yang hakiki dan hakikatucapan pemberian atau hibah adalah hak pemilikan tanpa apa-apa tukaran.

8. Kaedah

16

Page 17: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 17/26

“ Apa yang ada semenjak dahulu, dibiarkan atas kedahuluannya.” 

Huraian kaedah

 Apa yang dimaksudkan dengan al-Qadim ialah sesuatu yang tidak ada orangmengetahui mengenai awal mulanya sesuatu. Ia antara lain membawamaksud segala sesuatu dan hak penggunaan yang telah ada pada diriseseorang semenjak dahulu atau sedia kala, iaitu daripada sesuatu kaedahyang dikira tetap atau disahkan oleh syara’ tetap adanya seperti sedia kala.Hal itu ia dikira sebagai satu dalil atau bukti di mana ia berhak sebagaimanayang ditetapkan oleh syara’.

Rumusan kaedah

Kaedah tersebut menjelaskan bahawa apabila berlaku pertentangan dan

perselisihan dalam sesuatu perkara, di mana apabila ia adalah perkara lamaatau sejak dahulu lagi maka keputusannya hendaklah diraikan menurutasalnya yang lama itu tanpa ada sebarang tambahan, pengurangan,perubahan, atau pindahan.

Dalam keadaan lain, tidak harus diubahkan perkara yang ada semenjak lama itudaripada hal keadaan tersebut tanpa mendapat keizinan daripada tuan atau pemilikatau orang yang berhak ke atas sesuatu itu. Hal ini seandainya perkara yang berlakudan semenjak lama itu berdasarkan penyaksian dan syara’, kecualilah diubahdengan cara syara’ juga.

Justeru, kaedah pecahan tersebut dapat dibataskan atau diberikan pengecualian

dengan kaedah lain, iaitu :

i) Sesungguhnya yang sedia ada semenjak lama itu akan berubah apabilaterdapat dalil yang menyalahinya.

ii) Sesungguhnya yang sedia ada semenjak lama yang menyalahi syara’ tidakdiiktibarkannya, bahkan ia dihapuskan apabila terdapat padanyakemudaratan yang keji.

Contoh kaedah

a) Apabila seseorang itu mempunyai hak atau diberikan

kebenaran mengguna jalan di hadapan rumah orang lain sejak dari dahulu,pemilik tanah tersebut tidak berhak menegahnya walaupun ia tidakmengetahui sejarah asal mulanya.

b) Seseorang yang dibenarkan mengairi sawahnya denganmenggunakan terusan yang ada di dalam tanah orang lain yang telah berlakusejak sekian lama. Tuan tanah tersebut tidak berhak menegah pengairanwalaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya.

9. Kaedah

17

Page 18: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 18/26

“ Asalnya apa yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan keyakinan, menolak keraguan serta tidak mengambil yang 

berdasarkan kebiasaan atau dikuasai oleh dugaan. ” 

Huraian kaedah

Sebenarnya kaedah ini adalah sampingan dan ada kaitan dengan kaedahpecahan (asal seseorang itu adalah bebas daripada tanngungjawab)

Kaedah itu meluas di kalangan ulama Syafie’. Ia berasal daripada kata-kataImam as-Syafie’ sendiri yang membawa maksud ikrar itu hendaklahdidasarkan kepada keyakinan atau hakikat dan tidak boleh didasarkankepada syak dan simbolik.

Untuk itu seandainya sesuatu itu didasarkan kepada syak atau majaz yang

tidak ada qarinah, ketika itu ia tidak boleh dipegang lagi. Semua itu dijelaskanoleh Imam al-Harawi mengikut apa yang didasarkan kepada apa yang pernahdinyatakan oleh Imam as-Syafie’, “ Apa yang wajib dipegang dalam hal yang berkaitan dengan ikrar ialah keyakinan dan perkara yang maklum atau zannyang kuat. Ia tidak boleh didasarkan kepada syak atau sangkaan semata-mata sebab asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungjawab. ” 

Contoh kaedah

a) Seseorang hakim telah membuat ikrar atau pengakuan tentang sesuatu.

Sekiranya ia membuat ikrar tersebut dalam keadaan memberi keputusanatau kehakiman, ikrarnya diterima. Jika ia berikrar ketika dalam keadaanorang biasa atau bercerita tentang perkara lalu, ia tidak boleh diterimasebagai keputusan.

b) Seseorang bapa berikrar terhadap sesuatu barang untuk anaknya.Ikrarnya itu dapat diletakkan pada kedudukan sebagai jual beli. Yangmana ia merupakan sebab kukuh yang menjadikan ia tidak boleh menariksemula kata-katanya supaya ‘membeli’ (menghadiahkan) barang tersebutuntuk anaknya. Ia juga dapat diletakkan pada hibah atau pemberian, yangmerupakan sebab tidak menegah ia menarik semula daripada anaknyaitu. Dalam keadaan tersebut, Imam al-Harawi berpendapat, juga disokongoleh Imam an-Nawawi, pendapat yang lebih tepat ialah ikrar tersebutdiletakkan pada kedudukan atau ditafsirkan…

10. Kaedah

18

Page 19: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 19/26

“ Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengankekalnya begitu selagi tiada dalil menyalahinya. ” 

Huraian kaedah

Sebenarnya kaedah itu mempunyai kaitan yang kukuh serta hampir samadengan kaedah (asal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya).

 Antara lain kaedah itu merupakan suatu kaedah yang seharusnyadipraktikkan sebelum beramal dengan al-Istishab. Ini bermakna, “ Sesuatuhukum dan dalil yang boeh diamalkan semenjak zaman lampau danditeruskan perlaksanaanya sampai sekarang sehinggalah ada dalil yangmerubahnya. ”

 Apa yang dapat difahami daripada kaedah tersebut ialah sesuatu peristiwaatau perbuatan itu yang mana ia ditetapkan hukumnya pada sesuatu masa.

Untuk itu, hukum tersebut ditetapkan perlaksanaannya selagi tidak ada dalilyang menunjukkan perubahannya.

Contoh kaedah

a) Sekiranya seseorang memiliki atau mendapat hak milik sesuatu melaluicara perwarisan, barang tersebut kekal menjadi milik atau berada ditangannya. Justeru, tidak diterima dakwaan atau kata-kata andaianbahawa dikeluarkan barang itu daripada hak miliknya dengan menjualhibah.

Seandainya telah tetap sesuatu itu telah terlepas atau terkeluar daripadahak miliknya, dalam keadaan tersebut tentunya didapati ada dalil yangmenunjukkan hilang pemilikannya. Lantaran itu, maka sesuatu yang kekaldalam pemilikannya dihukum dengan luput hak milik.

b) Seseorang yang telah berwuduk, untuk urusan berikutnya seperti solatisya’ dengan wuduk solat maghrib, maka ia dikira masih berwuduk atautidak perlu berwuduk sekali lagi selagi tidak ada tanda meyakinkanwuduknya terbatal.

c) Seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama ada matiatau hidup, maka harta pemilikannya tidak boleh diwarisi sesuka hatikerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia keluar daripada rumahdahulu sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya.

11. Kaedah

19

Page 20: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 20/26

“ Apabila sesuatu lafaz sukar diertikan secara hakiki, maka ia dipindahkankepada pengertian majazi. ” 

Huraian kaedah

Dalam keadaan lain, kaedah ini dapat dikaitkan dengan beberapa lafazkaedah lain iaitu :

i) Asal pada ucapan ialah hakikat, dan apabila terdapat keuzuran padahakikat ia berpindah kepada pengertian majaz.

ii) Asal lafaz-lafaz ucapan ialah hakikat ketika dalam bentuk mutlak, dankadang kala ia bertukar kepada pengertian majaz dengan sebab niat.

iii) Asal pada ucapan ialah hakikat ketika keadaan mutlak, dan ia tidak

boleh dibawa kepada pengertian majaz melainkan dengan ada dalil.

Kaedah tersebut bermaksud apabila pengertian hakiki itu tertegah, sukar,tidak dapat difahami, atau tidak dapat dilaksanakan, maka pada waktu ituhendaklah ia dibawa kepada pengertian majazi.

Rumusan kaedah

Sebagaimana yang dijelaskan, setiap pengucapan dan kalimah itu diberihaknya serta pelaksanaanya dari sudut hakikat dan kesahihannya. Selain itu,apabila terdapat sesuatu lafaz yang mana pada dasarnya ia seharusnya

diamalkan atau dilaksanakan menurut pengertiannya yang hakiki dan itulahkaedah asalnya iaitu, “ Hak pengucapan itu bahawa ia dibawa atauditanggung terhadap hakikatnya.” Walau bagaimanapun dalam keadaanpengertiannya yang hakiki itu tidak dapat dilaksanakan, maka ketika itupengertian dan perlaksanaannya akan berpindah kepada pengertian majazi.Hal tersebut adalah jalan penyelesaian atau ikhtiar untuk melaksanakansesuatu ungkapan itu, dan menghindari semampu yang boleh daripadamengabaikannya.

Contoh kaedah

a) Seorang lelaki bersumpah tidak akan memakan pokok durian. Menurutpengertian hakiki dia tidak akan makan batang dan dahannya. Namunpengertian hakiki tersebut sukar serta tidak dapat dilaksanakan. Padawaktu itu perlaksanaanya berpindah kepada pengertian majazi iaitu iatidak akan makan buah durian.

20

Page 21: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 21/26

Hal tersebut sebagai contohnya ketika anak-anak Nabi Yaakubmenyatakan ucapan dan pengakuan mereka di hadapan bapa mereka.Firman Allah di dalam al-Quran :

Dan bertanyalah kepada penduduk negeri ( Mesir ) yang kami telahtinggal padanya dan kepada orang-orang kafirlah yang kami balik bersertanya.

 Apa yang mereka maksudkan dengan perkataan al-Qaruyah ialahpenduduk negeri Mesir, bukannya negeri Mesir. Ini bermakna bertanyalahwahai bapaku kepada penduduk dan ahli Mesir sana mengenai keadaansebenar.

21

Page 22: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 22/26

12. Kaedah

“ Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, iadianggap belum melakukannya.” 

Huraian kaedah

Kaedah ini antara lain bermaksud sesiapa yang ragu-ragu atau syak apakahdia telah melakukan sesuatu itu atau belum lagi melakukannya maka hukumyang lebih kuat dan kukuh dalam keadaan tersebut ia dikira belum lagimelakukannya.

Contoh kaedah

a) Jika seseorang syak adakah ia meninggalkan salah satu rukun sewaktusolat atau ibadat wajib lain maka hukumnya ia mestilah mengulangi apa

yang disyaki atau dirasakan belum melakukannya.

b) Jika seseorang syak sama ada ia telah berwuduk atau belum, ia mestilahberwuduk kerana pada asalnya ia belum berwuduk.

c) Seseorang yang syak sama ada telah bersujud sahwi atau belum, iahendaklah melakukan sujud sahwi.

d) Seseorang yang syak sama ada telah berihram haji berserta umrah iaitusyak berniat haji Qiran. Apa yang dikira dan sah ialah haji sahaja keranakemungkinan ihram umrah yang disertakan dalam ihram haji itu tidak sah.

22

Page 23: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 23/26

13. Kaedah

“ Sesiapa yang yakin melakukan sesuatu amalan, namun ragu-ragu tentang sedikit atau banyaknya, dikira yang sedikit kerana ia lebih meyakinkan. ” 

Huraian kaedah

Kaedah ini sebenarnya merupakan kaedah sampingan atau kaitan dengankaedah pecahan ke-12 tadi. Ia membawa maksud apabila ada keraguan yangmuncul selepas seseorang melakukan amalan, sama ada ia telahmenunaikannya kurang atau lebih, banyak, atau sedikit. Masalah ituhendaklah dikira pada kadar yang kurang atau sedikit kerana yang sedikit

 jumlahnya itulah yang diyakini.

 Antara lain dalam konteks tersebut dapat dirujuk serta disokong kepadakaedah lain sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam as-Syafie’ dengan lafaz

kaedah,“ Sesungguhnya apa yang tetap berdasarkan sesuatu yang meyakinkan, iatidak dapat diubah melainkan dengan ada sesuatu yang jugameyakinkannya.” 

Contoh kaedah

a) Seseorang yang syak sama ada ia telah membasuh 2 atau 3x muka,maka ia hendaklah mengira yang paling sedikit serta membasuh sekalilagi untuk ketiga kalinya.

b) Seseorang suami yang syak sama ada telah menceraikan isterinyadengan talak satu atau lebih maka hendaklah ia mengira yang palingsedikit.

 

23

Page 24: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 24/26

PENUTUP

Kesimpulan daripada tajuk “Al-Yaqinu La Yuzalu Bi Syak”” atau keraguan tidakdisingkirkan semata-mata syak ini telah memberi pengetahuan kepada kitabahawa sesuatu perkara yang telah kita yakini keadaannya tidak akan diabaikansemata-mata timbul syak atau keraguan. Ini kerana syak itu adalah sesuatu yangkita tidak pasti sedangkan yakin itu adalah sesuatu perkara yang kita telah yakinikeadaannya.

Sebagai contoh seseorang yang yakin dalam keadaan berhadath, kemudiantimbul keraguan samada dia masih dalam keadaan berhadath atau telah bersuci.Dalam keadaan ini maka ia masih dianggap berhadath.

Bagi seseorang yang tidak mengetahui keadaan ini ( ilmu ini), maka sudah tentu

syaitan amat mudah untuk mempermainkan keraguannya. Maka sebab itukaedah ini berserta kaedah yang lainnya amatlah penting untuk dipelajari dandiamalkan dalam kehidupan seharian kerana kita sebagai manusia tidak lari daridari menghadapi situasi-situasi yang pelbagai.

24

Page 25: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 25/26

RUJUKAN

1) Al-Quran al-Karim

2) Pengantar Syariat IslamMohd Saleh Haji AhmadEdisi pertama, 1994Pustaka Haji Abdul Majid.

3) Perbahasan Kaedah-Kaedah FiqhUstaz Ab. Latif b. Muda danUstazah Rosmawati Ali @ Mat Zin

4) Ibrahim Ahmad Mahmud al-Hariri,

al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah,

5) Abu Daud,Kitab al-solah, bab saf al-Nisa’

6) Ali Ahmad al- Nadwial-Qawaid Fiqhiyyah al-kuliyyah

25

Page 26: Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

7/14/2019 Qawaidh Fiqh Keyakinan Tidak Hilang Dgn Keraguan

http://slidepdf.com/reader/full/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-keraguan-563108845b0f1 26/26

NOTE

This assignment, title “ Al-Yakinu La Yuzalu Bi Syak – KeyakinanTidak Dapat Disingkirkan Dengan Keraguan ” has been done as a

group assignment.

The instructor for this subject, Qawaidh Fiqh (FIQ 301) was Mrs.Ustazah Siti Azura Nasarudin.

Members :

1. Mohd Nazri Zainal2. Mohamad Ali Jalil

3. Rakbi Che Husin