pengaplikasian teori konstruktivisme dalam · pdf filepengajaran dan pembelajaran mata...

26
PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA NOOR AZIZAH BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongthuan

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA

NOOR AZIZAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

PSZ 19: 16 (Pind. 1/ 97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHA D, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGAPLIKAS IAN TEORI KONSTRUKTIVIS ME DALAM PROS ES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA.

SES I PENGAJIAN: 2005/2006

Saya : NOOR AZIZAH BINTI AHMAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* in i disimpan d i Perpustakaan Universiti Teknolog i Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universit i Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelid ikan d ija lankan)

TIDAK TERHAD ________________________________ ___________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

A lamat tetap: No. 28, Kampung Daleh,

Jalan Sungai Korok, EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB 06150 Alor Setar, Nama Penyelia Kedah Darul Aman.

Tarikh : _________________ Tarikh : _________________

Page 3: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penyelia : EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB

Tarikh : ........................................................

Page 4: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA

NOOR AZIZAH BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ......................................................

Nama Penulis : NOOR AZIZAH BINTI AHMAD

Tarikh : ........................................................

Page 6: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

iii

DEDIKASI

Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Buat Emak & Abah tersayang,

Yang senantiasa mendoakan kejayaan & kesejahteraan anakmu ini

Doa kalian bagaikan pemangkin semangat mengiringi perjuangan hidupku

Buat ahli keluarga yang dikasihi,

Yang telah banyak memberi nasihat dan kepercayaan terhadapku sepenuhnya

Buat pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang diberikan tidak akan kulupai

Buatmu insan yang sentiasa dirindui,

Sokongan dan doronganmu tidak kulupakan. Kejayaan ini kan kita kongsi bersama

Untuk teman seperjuangan yang dihormati,

Jasa kalian akan tetap ku kenang selagi hayat dikandung badan

Page 7: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Alah S.W.T. kerana dengan limpah

kurnia-Nya, Projek Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan

penghargaan tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Azlan bin

Abdul Latib yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga membimbng dan

memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang saya menyempurnakan kajian ini. Tanpa

bantuan dan bakti beliau, adalah agak sukar bagi saya menghasilkan projek ini

dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh

Allah S.W.T.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat pengetua, guru penolong kanan,

guru-guru terutamanya En Abd Wahab bin Yahaya dan pelajar-pelajar sekolah yang

terlibat dengan memberikan kerjasama yang baik. Tidak lupa juga kepada rakan-

rakan seperjuangan di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat

samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.

Wassalam.

Page 8: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian

Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka

Cipta di 4 (empat) buah daerah di Negeri Kedah. Tumpuan kajian adalah kepada 5

(lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasa-

fasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula

idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan kembali. Seramai 133 orang pelajar

dari SMK Tunku Abd Aziz, SMK Dato` Syed Omar, SMK Ayer Hitam, SMK Gurun

dan SMK Kubur Panjang yang mewakili daerah Kota Setar, daerah Kubang Pasu,

daerah Padang Terap dan daerah Kuala Muda, Kedah telah dipilih sebagai sampel

kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang soal selidik

yang terbahagi kepada 2 (dua) bahagian. Bahagian A adalah berkaitan latar belakang

responden dan Bahagian B pula berkaitan 30 item yang digunakan untuk menilai

tahap pengaplikasian yang dibincangkan. Data yang diperolehi dianalisis

menggunakan kaedah Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12 dan

dikemukakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian

menunjukkan bahawa aspek-aspek konstruktivisme dilaksanakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Walau bagaimanapun, fasa

penggunaan idea didapati berada pada tahap terendah. Berdasarkan dapatan kajian,

beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk memastikan bahawa objektif

pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Page 9: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

vi

ABSTRACT

This study was carried out to identify the status of the implementation of the

constructivism concept of teaching and learning process in Reka Cipta in 4 (four)

district at Negeri Kedah. This study is focused on 5 (five) aspects according to

Needham`s 5-Phase Constructivisme Model. The phases are orientation, idea

initiation, idea restructure, idea usage and reflection. 133 students from SMK Tunku

Abd Aziz, SMK Dato` Syed Omar, SMK Ayer Hitam, SMK Gurun and SMK Kubur

Panjang in district of Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda and Padang Terap were

selected as respondents for this study. A set of questionaires that contained two parts

were used as instrument to conduct this study. The first part is regarding the

respondent`s personal background while the second which consists of 30 items for

assesing the implementation of the the above phases. The data collected was

analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0 and the

data obtained is based on the frekuensi, percentage and mean. The result of this

study shows that the concept of Constructivisme in learning and teaching Reka Cipta

had been practiced. However, the idea usage phase was identified at the lowest rate.

Based on the findings, some suggestions were made to ensure that the objective of

teaching and learning Reka Cipta is fully implemented.

Page 10: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

Page 11: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

viii

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Terminologi 11

1.8.1 Pengaplikasian 11

1.8.2 Teori Konstruktivisme 11

1.8.3 Pengajaran 12

1.8.4 Pembelajaran 12

1.8.5 Reka Cipta 13

1.8.6 Fasa Orientasi 13

1.8.7 Fasa Pencetusan Idea 13

1.8.8 Fasa Penstrukturan Semula Idea 14

1.8.9 Fasa Penggunaan Idea 14

1.8.10 Fasa Renungan Kembali 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 KurikulumReka Cipta 16

2.3 Penyelesaian Masalah 17

2.4 Teori Konstruktivisme 18

2.5 Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran

Secara Konstruktivisme 20

2.6 Pendekatan Pembelajaran Secara

Konstruktivisme 23

2.7 Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham 24

2.8 Peranan Guru dan Pelajar dalam

Pembelajaran Konstruktivisme 26

2.9 Strategi Pengajaran & Pembelajaran

Berdasarkan Teori Konstruktivisme 27

2.9.1 Permulaan Kelas 29

2.9.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar 30

Page 12: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

ix

2.9.3 Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar 31

2.9.4 Kaedah Penyoalan 33

2.9.5 Kaedah Perbincangan 34

2.9.6 Pengalaman Dalam Pembelajaran 36

2.10 Kelebihan Pembelajaran Secara

Konstruktivisme 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 41

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Prosedur Kajian 45

3.7 Kajian Rintis 45

3.8 Analisis Data 476

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Keputusan Analisis Bahagian A 50

4.2.1 Taburan Nama Sekolah 50

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 51

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama 52

Page 13: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

x

4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 53

4.3.1 Pengaplikasian Fasa Orientasi 54

4.3.2 Pengaplikasian Fasa Pencetusan Idea 57

4.3.3 Pengaplikasian Fasa Penstrukturan

Semula Idea 60

4.3.4 Pengaplikasian Fasa Penggunaan Idea 63

4.3.5 Pengaplikasian Fasa Renungan Kembali 66

4.4 Perbandingan Nilai Purata Keseluruhan

Peratusan Dan Purata Min 68

BAB 5 PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan 71

5.3 Perbincangan 75

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 75

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 77

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 79

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 81

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 83

5.4 Cadangan 85

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.6 Kesimpulan 86

BIBLIOGRAFI 87-92

LAMPIRAN

Lampiran A – H 93-107

Page 14: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Perbandingan Model Dan Strategi

Pengajaran-Pembelajaran. 2

2.1 Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham 25

3.1 Senarai Sekolah Serta Bilangan Responden Kajian 42

3.2 Taburan Nombor Item Mengikut Aspek Yang Dikaji 43

3.3 Pengkelasan Skala Likert 44

3.4 Tahap Aplikasi Berdasarkan Nilai Min 47

3.5 Kategori Skala Pemeringkatan Likert 48

4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Sekolah 50

4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina 51

4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Bangsa 51

4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Agama 52

4.5 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi

Pengaplikasian Fasa Orientasi 54

4.6 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian

Fasa Pencetusan Idea 57

4.7 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian

Fasa Penstrukturan Semula Idea 60

4.8 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian

Fasa Penggunaan Idea 63

4.9 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian

Fasa Renungan Kembali 66

4.10 Perbandingan Nilai Purata Min Dan Purata Keseluruhan 68

Page 15: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Konsep Pembelajaran Mengikut

Teori Konstruktivisme 18

2.2 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 38

Page 16: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 90

B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 96

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah 98

D Surat Pengakuan Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. 99

E Surat Memohon Kebenaran Kepada Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah Untuk Menjalankan Kajian 100

F Pengesahan Isi Instrumen Kajian 102

G Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Reka Cipta Di Empat Buah Daerah Negeri Kedah 103

H Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi

Kreicie, R.V. & Morgan, D. W. (1970) 104

Page 17: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung

kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut

Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-

kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi

mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan.

Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan

pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan

berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan

guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu

pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran. Jadual

1.1 menunjukkan beberapa ringkasan perbandingan mengenai model dan strategi

pengajaran pembelajaran ( Arends, R.I., 1997).

Page 18: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

2

Jadual 1.1: Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran

( Sumber: Terjemahan daripada: Arends, R. I. 1997. Classroom Instruction And

Management, hal. 12 ).

Merujuk kepada penjelasan di atas, salah satu teori pengajaran dan pembelajaran

yang boleh digunakan ialah teori pembelajaran Konstruktivisme. Pembelajaran secara

Konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan. Pembentukan

pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu dengan

persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, guru

merekabentuk situasi pembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka

sendiri terhadap tugasan pembelajaran tersebut (Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D., 1998).

Perkara Pengajaran langsung

Pembelajaran kooperatif

Pembelajaran penyelesaian

masalah

Perbincangan Strategi pembelajaran

Fahaman teori

Psikologi tingkahlaku; teori pembelajaran sosial

Teori pembelajaran sosial; Teori konstruktivisme

Teori kognitif; teori konstruktivisme

Teori kognitif; teori interaksi sosial

Teori pemprosesan maklumat

Pelopor utama

Bandura; Hunter

Dewey; Vygotsky; Slavin

Dewey; Vygotsky

Bruner; Cazden; Vygotsky

Bruner; Ausubel; Vygotsky

Hasil pengajaran

Penerangan pengetahuan asas; kemahiran akademik

Kemahiran akademik dan sosial

Kemahiran akademik dan inkuiri

Kemahiran berbincang dan berfikir

Kemahiran kognitif dan metakognitif

Kaedah pengajaran

Bahan pembentangan dan demontrasi yang jelas dan objektif tingkahlaku

Kerja kumpulan dengan manfaat kooperatif dan struktur tugas

Projek berasaskan inkuiri yang dilaksanakan dalam kumpulan

Perbincangan dalam kumpulan

Pengajaran explisit , pengajaran dua hala

Ciri-ciri persekitaran

Struktur yang erat, pengajaran berpusatkan guru

Fleksibel, demokrasi, pengajaran berpusatkan pelajar

Fleksibel, pengajaran berpusatkan inkuiri

Refleksi, penekanan terhadap perbualan terbuka

Refleksi, penekanan terhadap cara belajar

Page 19: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

3

Menurut Sharifah Maimunah (2001), pembelajaran konstruktivisme ini bertitik

tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang

mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap

berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada

tidak tahu kepada tahu. Hal ini, kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran

Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini

adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur

mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat

yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini

akan diterima begitu juga sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran

Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina

sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Menurut Arends, R. I. (1997), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh

didefinisikan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau

konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Lev Vygotsky,

seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa pelajar yang bijak adalah individu yang

berhadapan dengan benda baru dan menggunakan pengalaman serta mereka bersungguh-

sungguh untuk menghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut.

Manakala mengikut Sushkin, N. (1999) pula, beliau menyatakan bahawa teori

Konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada

guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta

memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, pelajar

membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi serta

inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkkan.

Page 20: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

4

Dalam era di mana ledakan ilmu yang berlaku dengan begitu cepat, kita telah

menyaksikan tamadun dan budaya hidup masyarakat dunia sekarang telah berkembang

pesat dari masa lampau. Menurut Sulaiman dalam Chen, Hwe Min (2004), kemajuan

dalam bidang sains dan teknologi telah menjadi pemangkin kepada pembangunan

ekonomi, fizikal, robotik dengan begitu meluas dan pantas. Kemajuan ini jelas dapat

diperhatikan di negara-negara maju. Dalam konteks ini, Malaysia turut tidak terlepas

daripada mengalami dan menyedari akan perubahan-perubahan tersebut.

Justeru itu, menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2000), mata pelajaran

bercorak teknologi memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, seterusnya menyahut cabaran Wawasan 2020. Salah satunya

adalah pengenalan kepada kurikulum Reka Cipta di sekolah-sekolah di Malaysia.

Kurikulum ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif

dan inventif. Pelajar boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan

teknologi semasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan teknologi negara

melalui penghasilan sesuatu reka cipta.

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta dalam Subjek Kemahiran

Hidup (KH) Sekolah Menengah Rendah Tingkatan 1, 2 dan 3, Reka Cipta didefinisikan

sebagai penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau pengubahsuaian dalam

bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang.

Projek yang dihasilkan oleh pelajar adalah daripada idea sendiri atau ubahsuaian dan

berpotensi untuk dipasarkan.

Selain itu, menurut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta Tingkatan 4 (2002 )

pula, objektif pembelajaran subjek reka cipta diperkenalkan adalah untuk membolehkan

murid mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan bidang rekabentuk dan teknologi

pembuatan dalam pembinaan produk yang inovatif dan bernilai komersial. Selain itu, ia

Page 21: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

5

juga bermatlamat agar pelajar dapat berkomunikasi dengan berkesan, mengamalkan

sikap yang positif terhadap isu, perkembangan dan hala tuju bidang teknologi serta

memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, berdaya saing, bekerjasama dan

menyedari keagungan Tuhan.

1.2 Latar belakang Masalah

Ucapan Y.A.B Perdana Menteri di Persidangan Malaysian Business Council

Held (1991) yang bertajuk “ The Way Foward” telah menegaskan bahawa pembangunan

sumber manusia adalah berkait rapat dengan sistem pendidikan negara. Sumber tenaga

yang cekap dan mencukupi merupakan aset penting untuk pembangunan dan kemajuan

negara. Negara berhasrat untuk menjadi bukan sahaja sebagai negara pengguna kepada

teknologi baru malah menjadi penyumbang utama kepada penghasilan teknologi baru

tersebut. Hal ini dinyatakan dalam cabaran yang keenam dalam rangka mencapai

Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan kehadapan,

yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi tetapi juga penyumbang kepada

tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Berdasarkan aspirasi nasional yang ingin menghasilkan sumber manusia yang

kreatif dan inovatif, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan

kurikulum Reka Cipta di 14 buah sekolah perintis pada tahun 1995. Reka Cipta adalah

mata pelajaran elektif bercorak teknologi yang ditawarkan di tingkatan 4 dan 5 sekolah

menengah (Zuria, 2002). Reka Cipta memerlukan pelajar menjana idea yang kreatif dan

kritis dalam mencetuskan idea untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki.

Aspek penting yang perlu ada dalam pembelajaran Reka Cipta ini ialah strategi

Page 22: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

6

pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu bertindak sebagai fasilitator, bersikap terbuka,

imaginatif, kreatif, inovatif dan inventif. Guru hendaklah menggalakkan murid supaya

sentiasa terus mencuba walaupun menemui kegagalan. Dalam penyediaan projek, murid

diberi kebebasan merangka dan membuat projek berdasarkan pengetahuan, kemahiran

dan pengalaman mereka daripada pelbagai bidang ilmu yang lain.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta dalam Subjek Kemahiran Hidup

(KH) Sekolah Menengah Rendah Tingkatan 1, 2 dan 3, antara strategi pengajaran dan

pembelajaran Reka Cipta yang dicadangkan oleh KPM adalah pemikiran analitikal,

pemikiran lateral, lawatan dan rujukan ilmiah. Selain itu, tunjuk cara juga mesti

dilakukan di mana guru perlu mendemonstrasi kepada pelajar cara yang betul dan

selamat dalam penggunaan pelbagai alat dan bahan untuk merekacipta. Satu kumpulan

dinamik iaitu pembahagian kelas kepada beberapa kumpulan kecil sebaiknya

dilaksanakan di dalam kelas selain sumbangsaran di mana satu perbincangan secara

intensif untuk penjanaan idea atau mencari idea dilakukan dengan menggalakkan

penglibatan semua ahli dalam kelas dan seterusnya ceramah boleh juga diaplikasikan

dalam subjek ini untuk memberi maklumat dan gambaran yang terbaik kepada pelajar.

Brooks, J.G. dan Brooks, M.G. ( 1999 ), menyatakan bahawa persekitaran bilik

darjah berdasarkan pendekatan konstruktivisme harus dibina di mana idea dan pendapat

pelajar mesti dihargai, aktiviti dalam kelas perlu mencabar minda pelajar, guru

menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran kepada pelajar,

pengajaran dan pembelajaran di bina berdasarkan konsep asas dan utama serta

pengajaran dan pembelajaran di nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

harian.

Page 23: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

7

Menurut Osman Arshad (1998), walaupun terdapat pelbagai strategi pengajaran

dan pembelajaran yang dicadangkan oleh kementerian, namun masih belum terdapat

satu strategi, pendekatan, kaedah atau teknik tertentu yang paling sesuai digunakan

dalam situasi pengajaran dan pembelajaran hari ini. Manakala menurut Noriah (2000)

pula, biarpun keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerap diketengahkan dan diperkatakan, namun pengaplikasian dan

pengamalan pendekatan konstruktivisme di kalangan guru-guru di Malaysia secara

amnya adalah masih kurang. Guru harus sedar tentang strategi pengajarannya dan perlu

berfikir tentang cara untuk meningkatkan proses pengajarannya.

Hasil daripada pengamatan dan perbincangan dengan Guru Kanan Teknik dan

Vokasional yang juga guru Reka Cipta SMK Ayer Hitam, En. Ab Wahab B. Yahaya

menyatakan bahawa mata pelajaran Reka Cipta yang telah diperkenalkan ini

menghadapi pelbagai masalah dalam perlaksanaannya. Antara masalah yang telah

dikenalpasti ialah pelajar sukar mengeluarkan idea sendiri dan terlalu bergantung kepada

guru semata-mata di samping kemahiran belajar di kalangan pelajar yang rendah

terutamanya dalam menyelesaikan masalah. Beliau menyatakan bahawa masalah yang

diberikan kepada pelajar juga merupakan masalah yang perlu difikirkan oleh guru.

Selain daripada itu, masalah lain yang wujud ialah kesukaran pelajar untuk menguasai

topik-topik yang memerlukan asas pengetahuan yang tinggi seperti asas sains dan

teknologi. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang

berkesan.

Menurut Chen, Hwe Min (2004), jikalau situasi pembelajaran tidak menarik,

kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau

keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar.

Kaedah pembelajaran yang kurang cekap akan menyebabkan proses pembelajaran

menjadi kurang efektif.

Page 24: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

8

1.3 Pernyataan Masalah

Teori Konstruktivisme bukanlah satu teori yang baru dalam bidang pendidikan

malah telah lama dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya

Sains KBSM. Prisip-pronsip yang terdapat dalam teori ini sebenarnya boleh diterapkan

dalam mata pelajaran lain juga. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran

secara konstruktivisme, pelajar membina struktur pengetahuan mereka sendiri dan

pengkaji melihat bahawa Konstruktivisme ini merupakan satu kaedah terbaik yang boleh

diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta juga.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat aplikasi konstruktivisme dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah untuk:

i. mengenalpasti aplikasi fasa orientasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

ii. mengenalpasti aplikasi fasa pencetusan idea dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

iii. mengenalpasti aplikasi fasa penstrukturan semula idea dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

iv. mengenalpasti aplikasi fasa penggunaan idea dalam proses pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

v. mengenalpasti aplikasi fasa renungan kembali dalam proses pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

Page 25: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

9

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan

seperti berikut:

i. Apakah fasa orientasi diaplikasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

ii. Apakah fasa pencetusan idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

iii. Apakah fasa penstrukturan semula idea diaplikasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

iv. Apakah fasa penggunaan idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

v. Apakah fasa renungan kembali diaplikasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian mengenai pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Reka Cipta ini bukan sahaja memberi kepentingan kepada guru yang

mengajar subjek Reka Cipta dalam memperkemaskan mutu pengajarannya malah

mendatangkan kesan yang positif terhadap peningkatan prestasi pembelajaran di

kalangan pelajar yang mengambil subjek Reka Cipta ini. Para pelajar pada hari ini

sering mengharapkan sesuatu yang menarik, berkesan dan tidak membebankan. Dengan

mengetahui aspek yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keberkesanan

Page 26: PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM · PDF filepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta noor azizah binti ahmad universiti teknologi malaysia . psz 19: ... 3.2

10

proses pembelajaran Reka Cipta maka pelajar akan menjadi lebih prihatin dan

bertindak lebih cepat untuk merancang matlamat pendidikan mereka. Mereka akan lebih

yakin terhadap diri sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah.

Guru-guru pula boleh mengambil manfaat dengan membuat pemantauan diri

terhadap peranan mereka sebagai seorang penyampai ilmu pengetahuan agar setiap

pengajaran benar-benar dirancang dan dapat membawa faedah kepada para pelajar. Di

samping itu, kajian ini diharap dapat membantu pihak KPM dalam usaha menggubal

semula sukatan mata pelajaran Reka Cipta dengan memberi penekanan kepada

penerapan aspek-aspek konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah kelak.