psz 19:16(pin. 1/97) universiti teknologi malaysia€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan...

22
PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP KOMPETENSI PENGAJARAN GURU PELATIH KIMIA SESI 2003/04 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya : FADHILAHANIM ARYANI BINTI ABDULLAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) a TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :LOT 1511, KG.SG.PINANG PM DR. ABU HASSAN 16040, PALEKBANG, BIN KASSIM KOTA BHARU, KELANTAN Nama Penyelia Tarikh : MAC 2004 Tarikh : MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). hanim

Upload: others

Post on 04-Dec-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

PSZ 19:16(Pin. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : TAHAP KOMPETENSI PENGAJARAN GURU PELATIH KIMIA SESI 2003/04 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya : FADHILAHANIM ARYANI BINTI ABDULLAH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) a TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :LOT 1511, KG.SG.PINANG PM DR. ABU HASSAN 16040, PALEKBANG, BIN KASSIM KOTA BHARU, KELANTAN

Nama Penyelia

Tarikh : MAC 2004 Tarikh : MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

hanim

Page 2: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan;

Ijazah Sarjana Muda Sains dan komputer serta pendidikan (kimia)”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABU HASSAN BIN KASSIM

Tarikh : __________MAC 2004__________________

Page 3: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

TAHAP KOMPETENSI PENGAJARAN GURU PELATIH KIMIA SESI 2003/04

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FADHILAHANIM ARYANI BINTI ABDULLAH

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :……………………………..

Nama Penulis :Fadhilahanim Aryani binti Abdullah

Tarikh 12 MAC 2004 :………………………...

hanim

Page 5: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

DEDIKASI

…khas buat ayahanda dan bonda tercinta,

Encik Abdullah bin Othman dan Che Mariam Che Abdullah…

…juga adik-adik yang disayangi,

Mohd Fazli, Faizal Bunyamin dan Intan Norliana…

Teman yang teristimewa…..

Mohd. Aidil Afizie bin Daud

A very thank you for all of you …….

Teman-teman seperjuangan,

Yus,sarah,mama fizah,shima,mas,aryue,jemiey,bad,ery,pijan …….

perhatian dan bantuan kalian tersemat kukuh dalam memori…

Page 6: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia tesis iaitu

PM Dr Abu Hassan bin Kassim di atas segala bimbingan, perbincangan, tunjuk ajar

pertolongan dan peluang yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Ucapan kasih sayang yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa dan adik-adik

yang sentiasa memberi sokongan moral dan kewangan sepanjang saya menyiapkan tesis

ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada mahasiswa mahasiswi Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah banyak membantu saya dan sudi

menjadi responden terhadap kajian ini.. Tidak ketinggalan, jutaan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang memberikan ilham dan sokongan semasa penulisan tesis

ini dilakukan.

Akhir kata, segala jasa baik dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan dan

hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi kalian.

Page 7: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

ABSTRAK

Kompetensi pengajaran merupakan elemen yang amat penting dalam

menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru kompetensi pengajaran

haruslah dikuasai sepenuhnya oleh guru mahupun bakal guru. Kajian ini dijalankan

bertujuan meninjau tahap kompetensi pengajaran guru pelatih Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) sesi 2003/2004. Kajian ini khususnya berobjektifkan mengenalpasti

tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam empat aspek yang utama iaitu

perancangan, pelaksanaan, penilaian dan kemahiran interpersonal. Kajian ini berbentuk

deskriptif dan melibatkan 78 orang guru pelatih sebagai sampel kajian. Kajian hanya

melibatkan guru pelatih jurusan kimia yang telah mengikuti latihan mengajar. Instrumen

kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan

mengira kekerapan dan peratus menggunakan perisian Microsoft Excell For Windows

versi ME. Secara keseluruhannya, dalam kajian ini,tahap kompetensi pengajaran guru

pelatih berada pada tahap yang sederhana. Kajian hanya melibatkan guru pelatih jurusan

kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi

pengajaran guru pelatih dalam perancangan pengajaran adalah sederhana (70%),

pelaksanaan pengajaran ditahap lemah (45%), manakala dalam aspek penilaian (tahap

lemah=43%) dan kemahiran interpersonal dalam pengajaran (sederhana=72%).

Implikasi dan cadangan kajian lanjutan turut dibincangkan.

Page 8: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

ABSTRACT

Teaching competency is one of the most important in learning and teaching

process. Hence, teaching competency should be master by teachers and for those who

will be a teacher in the future. The aim of the this study is to survey the level of teaching

competency among UTM trainee teachers.for 2003/2004 session. The objective of this

study is to identify the level of teaching competency among the trainee teachers base on

four main aspects such as planning, implementing, evaluating and interpersonal skills.

This is descriptive study and involved 78 respondent. Who from chemistry course . The

questionares was distributed and the data was obtained. Analysis of the frequency and

the percentage was done using the software of Microseft Excell equipped with ME

version. It was found that teaching competency among trainee teachers was in the

middle level. The study was carried out that the level of teaching competency for

planning was 70%, implementry was 45%, evaluating (43%) and for interpersonal skill

was 72%. The solutions of this findings in increasing competency level among trainee

teachers are discussed.

Page 9: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Skop Kajian 10

1.7 Batas kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Kompetensi 11

1.8.2 Pengetahuan dan Kemahiran 11

1.8.3 Persepsi 12

1.8.4 Guru Pelatih Kimia 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 1

2.2 Kompetensi 14

2.3 Kompetensi dalam pengajaran 15

2.5 Kompetensi Guru Dalam Pengajaran 16

Page 10: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

2.5.1 Kompetensi Dalam Perancangan 19

Pengajaran

2.5.2 Kompetensi Dalam Pelaksanaan 20

Pengajaran

2.5.3 Kompetensi Dalam Penilaian 21

Pengajaran

2.5.4 Kompetensi Dalam Kemahiran 22

Interpersonal

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 23

3.3 Populasi dan Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Prosedur Kajian 26

3.6 Kajian Rintis 26

3.7 Analisis Data 27

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan 29

4.2 Bahagian A:

4.2.1 Latar belakang responden 30

4.2.2 Analisis data berdasrkan latar belakang 31

responden

4.3 Bahagian B

4.3.1: Data berdasarkan persoalan kajian 33

Page 11: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

4.2.1.1 Analisis data dalam aspek perancangan 34

pengajaran

4.2.1.2 Analisis data dalam aspek pelaksanaan 37

pengajaran

4.2.1.3 Analisis data dalam aspek penilaian 40

pengajaran

4.2.1.4 Analisis data dalam aspek kemahiran 43

interpersonal pengajaran

4.4 Penutup 45

BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

LANJUTAN

5.0 Pengenalan 46

5.1 Kesimpulan 46

5.2 Implikasi Kajian 48

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 50

5.4 Penutup 51

RUJUKAN 52

LAMPIRAN 58

Page 12: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

xiv

SENARAI RAJAH

TAJUK MUKA SURAT Rajah 4.1 40

Rajah 4.2 42

Rajah 4.3 43

Rajah 4.4 46

SENARAI JADUAL

TAJUK MUKA SURAT Jadual 1.1 3

Jadual 1.2 6

Jadual 3.1 30

Jadual 3.2 32

Jadual 4.1 38

Jadual 4.2 39

Jadual 4.3 41

Jadual 4.4 43

Jadual 4.5 45

Page 13: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dewasa ini sering didedahkan di akhbar-akhbar dan pelbagai media yang

lain, rencana-rencana yang mempertikaikan profesionalisme bidang perguruan di

Malaysia. Tidak seperti musim yang lepas, bidang perguruan merupakan pilihan

profesyen yang dikagumi dan dipandang mulia oleh keseluruhan masyarakat.

Justeru, kita sebagai warga pendidik seharusnya menggembeling tenaga dan idea ke

arah meningkatkan tahap profesional bidang perguruan. Salah satu daripadanya

ialah melatih guru yang kompeten dan komited dengan tugasnya. Harus diingat,

kualiti pelajar diukur berdasarkan pencapaian mereka dalam peperiksaan yang

secara tidak langsung berkait rapat dengan kualiti pengajaran guru. Justeru, aktiviti

pengajaran guru seharusnya bermakna dan mencapai tahap kompetensi yang tinggi.

Guru perlu mempunyai kompetensi dan keiltizaman yang tinggi dalam

mengendalikan tugas harian yang sangat mencabar, mempunyai pengetahuan yang

luas mengenai isi pelajaran, bersedia sebelum masuk ke bilik darjah, ‘mengetahui

kemasukan’ (iaitu pengetahuan sedia yang berkait dengan topik yang akan diajar)

dan memilih kaedah terbaik bagi membantu pembelajaran murid

Page 14: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

2

(Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1999). Proses ini tidak dapat dilaksanakan dengan

hanya mengeluarkan arahan, mencetak panduan atau sukatan pelajaran, atau

mengadakan bahan-bahan bantu mengajar yang baru. Ianya harus dikaitkan dengan

usaha membangunkan guru sebagai seorang yang mempunyai sifat-sifat tertentu

(Fullan dan Hargreaves, 1992). Justeru, pelaburan yang lebih bermakna untuk

membangunkan epistemology pengajaran yang kompeten ialah dengan

menumpukan ke arah membangunkan guru sebagai ‘….reflektif professionals (who)

recognize that adult development is voluntary’ (Capel, 1996). Pembangunan ini

harus bermula diperingkat awal iaitu sejak latihan perguruan lagi.

1.2 Latar belakang masalah

Dalam satu ucapannya, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir

Mohamad pernah berkata, “mata pelajaran Sains diangggap menarik di negara maju

tetapi di Malaysia ia lebih dianggap membosankan dan menakutkan. Ahli-ahli Sains dan

pendidik hendaklah berusaha menjadikan ilmu Sains sebagai ilmu yang boleh disenangi

oleh orang biasa dan bukan untuk segelintir manusia sahaja. Di negara ini, Sains masih

merupakan perkara asing bagi sebahagian besar anggota masyarakat yang memandang

disiplin itu sebagai bidang yang susah, penuh misteri dan hanya untuk orang yang otak

mereka bergeliga sahaja”.

(Berita Harian, 10 Oktober 1983: 5)

Seruan daripada Perdana Menteri Malaysia ini seharusnya diberi perhatian yang

sewajarnya dan para pendidik perlu menggunakan kaedah pengajaran yang paling

menarik dan mudah diterima oleh pelajar bagi menarik perhatian pelajar mempelajari

sains. Kecekapan mengajar atau keberkesanan pengajaran seseorang guru itu bukanlah

semata-mata bergantung kepada faktor semulajadi tetapi dengan usaha yang berterusan,

dalam menguasai dan mempertingkatkan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa

(Brown, 1975; Moore, 1989). Kepincangan pengajaran guru memberi pelbagai kesan

khususnya dalam proses pembelajaran. Kadar kegagalan dan keciciran pelajar bukan

sahaja disebabkan kekurangan kemudahan pelajaran tetapi juga disebabkan oleh sikap

Page 15: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

3

kebanyakan guru yang menjalankan tugas sambil lewa (Ornstein dan Horenstein, 1999).

Tambahan dengan wawasan kerajaan yang ingin mewujudkan negara ini sebagai negara

sains dan teknologi, guru khususnya guru sains telah diberi mandat penting untuk

menjayakan hasrat yang murni ini. Justeru, guru sains perlu mempunyai asas

pengetahuan sains yang kukuh.

Fokus utama dalam pengajaran sains ialah membolehkan pelajar-pelajar

memahami konsep dan hubungan saintifik yang penting. Jika seseorang mempunyai

konsep sains yang betul dan kukuh, maka dia dapat mengaitkan konsep yang sedia ada

dengan konsep yang baru (Tuan Maziyah, 2003). Namun, jika guru kurang pengetahuan

dan kemahiran dalam subjek yang diajar; secara tidak langsung, guru tersebut tidak

dapat menjalankan proses pengajarannya dengan berkesan. Di samping itu, pelajar juga

tidak berupaya memberikan penerangan kembali terhadap pengajaran guru (Veenman,

1984). Masalah ini boleh menyebabkan pelajar tidak memperolehi pencapaian yang

cemerlang contohnya seperti Jadual 1.1 di bawah.

Jadual 1.1: Analisis keputusan peperiksaan SPM (Kimia) MRSM Jasin

1998 2002 SKOR Bilangan pelajar peratus

SKOR Bilangan pelajar Peratus

A1 65 17.1 1A 145 33.5 A2 137 36.0

53.1 2A 100 23.1

56.6

C3 96 25.3 3B 76 17.6 C4 51 13.4

38.7 4B 46 10.6

28.2

C5 19 5.0 5C 35 8.1 C6 12 3.2

8.2 6C 13 3.0

11.1

P7 - - 7D 15 3.4 P8 - -

- 8E 3 0.7/TD>

4.1

9G - - - JUMLAH 380 100 100 433 100 100

Page 16: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

4

Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian pelajar Maktab Rendah Sains Mara Jasin dalam

peperiksaan SPM bagi tahun 1998 dan 2002. MRSM Jasin dipilih kerana kedudukannya

sebagai antara sekolah yang terpilih di Malaysia dalam bidang akademik. Daripada

Jadual 1.1 di atas, didapati hanya lebih kurang 53% pelajar MRSM Jasin mendapat

keputusan cemerlang iaitu mendapat markah A1 dan A2. Terdapat juga pelajar yang

mendapat markah yang agak lemah iaitu 7D dan 8E sedangkan MRSM Jasin merupakan

salah sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia. Fenomena ini menunjukkan masih ada

kelemahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Persoalannya,

mengapakah hal ini berlaku? Jika keputusan sebegini berlarutan, dapatkah kita sebagai

warga pendidikan memenuhi amanat kerajaan untu mewujudkan masyarakat sains dan

teknologi? Oleh sebab itu, punca dan penyelesaiannya harus dicungkil.

Faktor yang dikenalpasti menyebabkan fenomena di atas berlaku ialah faktor guru

dan pelajar tidak kompetan dengan tugas masing-masing. Pelajar dikatakan memiliki

konsep asas yang terlalu kabur dan tidak dapat menguasai beberapa kemahiran asas yang

diperlukan (Gilbert dan Hughes, 1979). Dalam konteks ini, kebanyakan guru yang

mengajar mata pelajaran Sains amnya dan Kimia KBSM khususnya tidak berusaha

untuk mengembangkan kemahiran saintifik pelajar dengan baik di mana proses

pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah dilaksanakan secara teori sahaja (Abu

Hassan,1999).

Kebanyakan guru-guru Sains khususnya guru Kimia, mengabaikan beberapa

eksperimen yang sepatutnya dilakukan dan terkandung dalam sukatan mata pelajaran

disebabkan rasa takut dan kurang pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan

eksperimen tersebut (Dewan Masyarakat, 2003). Justeru, kita sebagai warga pendidikan

semestinya memberi perhatian yang sepatutnya dan tindakan harus diambil pada

peringkat awal pendidikan guru.

Proses melatih guru-guru khususnya guru pelatih, memerlukan teknik dan

pendekatan mengajar yang sistematik (Hasyim, 1989). Ini bertujuan untuk

melengkapkan guru-guru pelatih ini dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang

Page 17: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

5

diperlukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah nanti, di

samping mendorong mereka meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik kuliah. Berdasarkan inilah, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) telah menggariskan satu set kemahiran asas mengajar yang perlu dikuasai oleh

setiap guru pelatih UTM yang dikenali sebagai ‘Tahap Kemahiran Minimum Mengajar’

atau minimum cempetency sebelum dibenarkan oleh fakulti menjalani program latihan

mengajar di sekolah-sekolah (Esah dan Md Nor, 2001).

Langkah ini diharapkan dapat mengawal kualiti guru pelatih yang menjalani

latihan mengajar di sekolah-sekolah (Esah dan Md Nor, 2001). Guru pelatih perlu

menguasai kaedah pengajaran teori dan amali yang mantap bagi menghasilkan

pengajaran yang menarik dan berkesan. Perkaedahan pengajaran yang berkualiti akan

memberi kekuatan terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah.

Justeru, kompetensi dalam pengajaran tidak harus diabaikan begitu saja; sebaiknya,

haruslah dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh semua guru, khususnya guru pelatih

(Juriah, 1994). Guru pelatih perlu menguasai kaedah pengajaran amali dan teori yang

mantap bagi menghasilkan pengajaran yang menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran

yang berkualiti akan memberi kekuatan terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar di

dalam bilik darjah (Juriah, 1994). Banyak teknik-teknik pengajaran yang berkesan telah

diwar-warkan, malah turut terkandung dalam kurikulum kursus perguruan, namun ramai

di kalangan guru pelatih memandang enteng mengenai perkara tersebut (Hazil dan

Zainal Abidin, 2001). Sebagai akibatnya, aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran

murid tidak dapat dijalankan dengan optimum.

Suatu pengajaran yang berkesan merupakan satu proses yang merangkumi

aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Fenomena di

mana kebanyakan guru pelatih kurang merancang dan mengolah pengajarannya dengan

teliti merupakan satu faktor yang boleh mengganggu keberkesanan aktiviti pengajaran.

Misalnya, banyak hasil kajian menunjukkan guru pelatih masih lemah terutama dalam

penguasaan isi pengajaran, merancang kaedah atau teknik dalam amali dan penggunaan

kaedah atau pendekatan pengajaran (Abu Hassan, 1999). Guru pelatih mesti

Page 18: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

6

berkeyakinan dan berkebolehan untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran di

mana kebolehan dan keyakinan ini boleh diperoleh apabila seseorang guru itu

mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dalam pengetahuan dan kemahiran mengenai

sesuatu subjek. Kebolehan dan keyakinan ini penting terutama dalam proses pengajaran

dalam bilik darjah di mana, guru sememangnya bertanggungjawab penuh terhadap

pengajarannya pada masa tersebut (Saedah, 1982). Namun begitu, tidak dapat dinafikan,

kebanyakan guru pelatih masih lemah dan kurang mahir dengan teknik untuk mengajar.

Sebagai contoh, Jadual 1.2 dibawah menunjukkan statistik markah latihan mengajar

yang diperolehi oleh guru pelatih tahun akhir jurusan pendidikan kimia, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM).

Jadual 1.1 : Statistik keputusan latihan mengajar guru pelatih UTM bagi

semester 2 sesi 2002/2003

Gred Bilangan pelatih Peratus Tahap

pencapaian

A 8 0.76

A- 136

144

12.36

13.65 Cemerlang

B+ 386 36.59

B 363 34.41

B- 123

872

11.60

82.65 Baik

C+ 35 3.32

C 0 0.00

C- 1

36

0.09

3.41 Sederhana

D+ 0 0.00

D 0

0

0.00

0.00 Lulus

E 9 9 0.85 0.85 Gagal

Jumlah 1055 100.00%

(Sumber: Fakulti Pendidikan UTM pada Ogos 2003)

Page 19: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

7

Jadual 1.2 menunjukkan statistik markah guru pelatih tahun akhir Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam latihan mengajar yang telah

dijalani pada akhir semester 2002/2003. Di dapati hampir 83% guru pelatih mendapat

markah yang baik iaitu di antara B- hingga B+. Ini bermaksud secara keseluruhannya,

guru pelatih Fakulti Pendidikan UTM mempunyai tahap pengajaran yang baik sahaja

dengan hanya beberapa guru pelatih mendapat markah cemerlang (A dan A-) iaitu 14 %.

Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua markah tersebut yang dapat

menjelaskan pelbagai implikasi dalam membincangkan masalah ini. Fenomena ini

menunjukkan masih ada kelemahan dari segi pengajaran dan pembelajaran guru pelatih

di sekolah. Antara sebab yang mungkin ialah guru kurang kompeten semasa pengajaran

di dalam kelas (Muhammad Hamid Al-Afendi dan Nabi Ahmed Baloch,1980).

Guru pelatih yang bakal menjadi seorang guru harus memastikan diri mereka

berkeupayaan dan berkualiti tinggi. Mereka perlu meneliti kemahiran, pengetahuan dan

kepakaran yang ada pada diri sendiri. Refleksi kendiri boleh dibuat untuk memastikan

mereka memiliki keupayaan dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran (Mohd Kamal, 1998).

Keberkesanan pengajaran guru mempengaruhi pencapaian pelajar. Namun,

terdapat anggapan yang mengatakan prestasi cemerlang seseorang pelajar seringkali

dikaitkan dengan kerajinan pelajar atau pelajar tersebut sememangnya telah sedia

pandai. Manakala, pencapaian yang tidak memuaskan seringkali dikaitkan dengan sikap

pendidik yang tidak bersungguh atau tidak kompetan serta komited semasa menjalankan

tugas. Benarkah tuduhan yang dilemparkan ini? Justeru satu kajian perlu dilakukan

untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru-guru dalam pengajaran mereka dan kajian

ini perlu bermula dari peringkat awal latihan perguruan itu sendiri iaitu semasa guru

masih sebagai guru pelatih.

Kompetensi dalam pengajaran adalah merupakan satu aspek yang tidak dapat

dipertikaikan lagi. Tanpa kompetensi, seseorang guru tidak dapat menyampaikan isi

pengajaran dengan berkesan. Kekurangan kompetensi di kalangan guru di Malaysia ini

Page 20: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

8

telah menyebabkan berlakunya beberapa fenomena yang bakal menggugat visi dan misi

pendidikan negara. Kajian yang dijalankan mendapati ramai di kalangan guru-guru sains

mengabaikan beberapa eksperimen yang sepatutnya dilakukan dan terkandung didalam

sukatan mata pelajaran disebabkan oleh rasa takut dan tiada keyakinan serta kemahiran

untuk melakukan eksperimen tersebut (Tuan Maziyah, 2003). Fenomena ini

menunjukkan masih ada kelemahan dari segi proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Antara faktor yang dikenal pasti ialah sikap guru di sekolah. Hasil kajian

menunjukkan hampir semua guru yang mengajar Kimia KBSM, misalnya tidak berusaha

mengembangkan kemahiran saintifik pelajar iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan secara teori sahaja (Abu Hassan,1999).

Kompetensi guru pelatih yang diukur berdasarkan proses pengajaran

menekankan beberapa aspek utama iaitu perancangan pengajaran, pelaksanaan

pengajaran, penilaian pengajaran seterusnya penerapan nilai kemahiran interpersonal

dalam proses pengajaran. Perancangan yang rapi dan teratur perlu dibuat oleh guru

supaya proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Pelaksanaan pengajaran

yang berkesan akan membantu pelajar menguasai isi pelajaran dengan baik, seterusnya

dapat meningkatkan pencapaian mereka. Kejayaan pelaksanaan sesuatu proses

pengajaran boleh dinilai melalui kejayaan penilaian terhadap hasil pembelajaran.

Penilaian pengajaran penting untuk menilai sama ada pengajaran tersebut berjaya atau

tidak. Penilaian ini termasuklah penilaian formatif dan sumatif. Hubungan interpersonal

yang baik antara pelajar dengan guru dapat membantu penyampaian pelajaran dengan

lebih berkesan. Melalui hubungan tersebut, tiada jurang akan wujud antara guru dan

pelajar, seterusnya guru dapat menyampaikan segala isi pengajaran dengan lebih

berkesan.

Page 21: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

9

1.3 Pernyataan masalah

Sebelum seorang pelatih ditauliahkan sebagai guru, kemampuannya untuk

mempraktikkan segala teori, kaedah, starategi, pendekatan, kemahiran dan pengetahuan

yang dipelajari di dalam bilik kuliah akan digilap melalui program latihan mengajar.

Melalui program latihan mengajar, guru pelatih berpeluang menimba pengetahuan dan

kemahiran baru dalam bidang perguruan. Pengetahuan dan kemahiran ini amat berguna

untuk dijadikan panduan dalam menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan. Bakal

guru kimia, khususnya, berpeluang mempelajari pelbagai teknik dan pendekatan

pengajaran mata pelajaran Kimia seperti aktiviti di dalam makmal atau di dalam bilik

darjah. Justeru guru pelatih seharusnya mengambil peluang ini untuk memaksimumkan

pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di mana mereka akan bertindak sebagai

aperentis yang menjalani latihan di bawah seliaan guru terlatih dan pensyarah

pembimbing (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1999). Penilaian yang dijalankan oleh

penyelia akan menunjukkan tahap pencapaian dan keberkesanan input pengetahuan dan

kemahiran yang diperolehi dalam pengajaran di kalangan guru pelatih. Penilaian yang

dijalankan merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan serta penilaian pengajaran.

Dalam konteks kajian ini, jika dirujuk berdasarkan Jadual 1.2, didapati secara

purata tahap pencapaian guru pelatih UTM semasa menjalani program latihan mengajar

yang dijalani adalah pada peringkat baik. Persoalannya: Adakah dapatan tersebut boleh

dijadikan bahan ukuran yang sebenar dalam menentukan tahap kompetensi guru pelatih

dalam pengajaran mereka? Sehubungan itu, kajian diperlukan bagi meninjau pandangan

atau persepsi bakal guru –guru kimia terhadap tahap kompetensi (pengetahuan dan

kemahiran) yang dikuasai dalam proses pengajaran berdasarkan pengalaman mereka

yang telah mengikuti latihan mengajar. Kajian yang telah dijalankan berpandukan

kepada persoalan berikut:

Page 22: PSZ 19:16(Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · kimia yang telah mengikuti latihan mengajar .Hasil kajian mendapati tahap kompetensi pengajaran guru pelatih dalam perancangan

10

1) Sejauh manakah tahap kompetensi pengajaran yang telah dicapai oleh

guru pelatih jurusan pendidikan kimia UTM dalam proses pengajaran

khususnya dalam aspek;

i. Perancangan pengajaran?

ii. Pelaksanaan pengajaran ?

iii. Penilaian pengajaran ?

iv. Kemahiran interpersonal?

1.4 Objektif kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kompetensi guru pelatih jurusan

pendidikan kimia Universiti Teknologi Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi

pengajaran guru pelatih kimia UTM dari aspek:

i. Perancangan pengajaran.

ii. Pelaksanaan pengajaran.

iii. Penilaian pengajaran.

iv. Kemahiran interpersonal.

1.5 Kepentingan kajian

Kajian ini akan dapat memberikan data mengenai persepsi guru pelatih terhadap

kompetensi pengajaran yang dikuasai mereka. Hasil kajian ini diharapkan dapat

digunakan sebagai: