psz:19:16 (pind

102
PSZ:19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSONALITI PELAJAR TINGKATAN DUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK SESI PENGAJIAN : 2005/2007 Saya : YONG CHOOI YEAN Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap 2, JALAN KOTA 8, PROF. MADYA DR. MOHAMED NAJIB TAMAN KOTA, BIN ABDUL GHAFAR 83700 YONG PENG, Nama Penyelia JOHOR Tarikh: …………………… Tarikh: …………………..…. CATATAN * Potong yang tidak berkenaan **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: dodieu

Post on 01-Jan-2017

271 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ:19:16 (Pind

PSZ:19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL: PERSONALITI PELAJAR TINGKATAN DUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

SESI PENGAJIAN : 2005/2007 Saya : YONG CHOOI YEAN Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap 2, JALAN KOTA 8, PROF. MADYA DR. MOHAMED NAJIB TAMAN KOTA, BIN ABDUL GHAFAR 83700 YONG PENG, Nama Penyelia JOHOR Tarikh: …………………… Tarikh: …………………..…. CATATAN * Potong yang tidak berkenaan **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: PSZ:19:16 (Pind

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)”.

Tandatangan : …………………………………

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar

Tarikah : …………………………………

Page 3: PSZ:19:16 (Pind

i

Personaliti Pelajar Tingkatan Dua Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik

YONG CHOOI YEAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Menemui Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 4: PSZ:19:16 (Pind

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan:____________________________

Nama Penulis : Yong Chooi Yean

Tahun : 2007

Page 5: PSZ:19:16 (Pind

iii

DEDIKASI saya yang tidak terhingga kepada:

Ayahanda, bonda, suami dan anak-anak tersayang yang banyak membantu dan

memberi sokongan “semoga semua sihat dan bahagia”.

Page 6: PSZ:19:16 (Pind

iv

PENGHARGAAN Penulis ini ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Prof.

Madya Dr. Mohamad Najib bin Abdul Ghafar atas bimbingan dan dorongan yang

diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengetua, Guru

Penolong Kanan (HEM), Penyelia Petang, guru kaunseling dan murid-murid di

sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Batu Pahat, Johor yang telah

membenarkan dan memberi kerjasama kepada saya semasa menjalankan kajian di

sekolah-sekolah berkenaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih juga saya ucapkan

kepada semua pensyarah dan kakitangan Fakulti Pendidikan UTM yang telah

memberi bantuan dan sokongan selama pengajian saya di UTM.

Akhir sekali ucapan penghargaan istimewa ditujukan kepada suami saya En.

Yan Boon Cheong yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan saya.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada anak-anak saya, Hui Yi, Bo Cheng dan

Hui Xin yang telah menjadi inspirasi dan banyak memberi galakan dan semangat.

Ucapan penghargaan yang tak terhingga ditujukan kepada ibu mertua saya kerana

meringankan beban saya dalam keluarga. Saya juga ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua adik beradik dan ahli keluarga saya.

Page 7: PSZ:19:16 (Pind

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara personaliti pelajar

tingkatan dua dengan pencapaian akademik mereka. Seramai 300 orang sampel

kajian telah dipilih secara rawak kelompok. Sampel kajian adalah terdiri daripada

pelajar-pelajar tingkatan dua di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Batu

Pahat, Johor Darul Takzim. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang

mengandungi 160 item. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Personaliti Sidek.

Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for

Social Science (SPSS) Versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tingkatan

dua di daerah Batu Pahat mempunyai trait-trait agresif, autonomi, bergantung,

ketahanan, kritik diri, menolong, struktur dan pencapaian pada tahap yang tinggi.

Pelajar-pelajar ini mempunyai trait-trait analitikal, ekstrovert, intelektual, introvert,

kepelbagaian, mengawal dan sokongan pada tahap yang sederhana. Analisis

Korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana

di antara trait analitikal dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar ini (r=.528).

Analisis Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

tetapi amat rendah di antara trait-trait intelektual (r=.291), kepelbagaian (r=.166),

mengawal (r=.171) dan pencapaian (r=.103) dengan pencapaian akademik di

kalangan pelajar ini. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa

cadangan yang relevan telah dimajukan.

Page 8: PSZ:19:16 (Pind

vi

ABSTRACT This research aims to look at the relationship between personalitiy of form two

students and their academic achievements. 300 samples have been picked randomly

in this research. They consists of form two students among secondary schools in

Batu Pahat district, Johor Darul Takzim. This research uses one set of questionnaire

comprises 160 items. The research instrument is known as Sidek Personality

Inventory. The data is analysed using Statistical Package for Social Science (SPSS)

Version 11.5. The data showed that form two students in Batu Pahat District have

high scores in the following traits: aggressive, autonomy, dependent, endurance,

self critic, helpful and well-organised. Besides that, the form two students have

average scores in the following traits: analytical, extrovert, intellectual, introvert,

challenging, leadership and supportive. In addition, Pearson Correlation Analysis

shows that there is a significant relationship between analytical trait and academic

performance. However, the relationship is only an average one (r=.528). On the

other hand, Pearson Correlation Analysis also shows there are significant

relationship but a weak one between academic achievement and the following traits:

intellectual (r=.291), challeging (r=.166), leadership (r=.171) and achievement

(r=.103). In respect to the outcome of the research, there are some relevant

suggestions being put forth and carried out.

Page 9: PSZ:19:16 (Pind

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Halaman Kandungan vii

Senarai Rajah xii

Senarai Jadual xiii

Senarai Simbol / Singkatan xiv

Senarai Lampiran xv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Hipotesis 8

1.6 Kekangan Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Definisi Operasional 10

Page 10: PSZ:19:16 (Pind

viii

1.8.1 Definisi Personaliti 10

1.8.2 Definisi Pencapaian Akademik 14

1.9 Kerangka Konsep 14 BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kajian Teori-teori Yang Berkaitan 16

2.2.1 Model Klasikal 17

2.2.1.1 Model Taipologi 17

2.2.1.2 Model Trait 18

2.2.1.2.1 Teori Gordon Allport 18

2.2.2 Model Kontemporari 20

2.2.2.1 Model Psikoanalisis 20

2.2.2.1.1 Teori Psikoanalisis 20

2.2.2.1.2 Teori Perkembangan 23

Psikososial – Erikson

2.2.2.2 Model Humanistik 25

2.2.2.2.1 Teori Konsep Kendiri 25

-- Carl Rogers

2.2.2.2.2 Teori Humanistik 26

– Maslow

2.2.2.3 Model Behaviorisme 27

2.2.2.3.1 Teori-Teori 28

Pembelajaran Sosial

2.3 Kajian Lampau Yang Berkaitan 30

2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti 33

Manusia

2.4.1 Baka 33

2.4.2 Persekitaran 34

2.4.2.1 Keluarga 34

2.4.2.2 Pengalaman Awal 36

Page 11: PSZ:19:16 (Pind

ix

2.4.2.3 Kebudayaan 36

2.4.2.4 Pengaruh Sekolah 37

2.4.2.5 Rakan Sebaya 38

2.4.2.6 Media Massa 39

2.4.2.7 Masyarakat 39 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Populasi, Sampel dan Tempat Kajian 44

3.4 Instrumen Kajian 44

3.4.1 Kajian Rintis 46

3.5 Analisis Kajian 47

3.6 Takwim Penyelidikan 48 BAB IV KEPUTUSAN DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 49

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 49

4.2.1 Jantina Responden 50

4.2.2 Umur Responden 50

4.2.3 Bangsa Responden 50

4.3 Pencapaian Akademik Responden 51

4.4 Pola Trait-Trait Personaliti 51

4.5 Pengujian Hipotesis 53

4.5.1 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 53

Personaliti Bagi Trait Agresif Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.2 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 54

Personaliti Bagi Trait Analitikal Dengan

Page 12: PSZ:19:16 (Pind

x

Pencapaian Akademik

4.5.3 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 54

Personaliti Bagi Trait Autonomi Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.4 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 54

Personaliti Bagi Trait Bersandar Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.5 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 55

Personaliti Bagi Trait Ekstrovert Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.6 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 55

Personaliti Bagi Trait Intelektual Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.7 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 55

Personaliti Bagi Trait Introvert Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.8 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 56

Personaliti Bagi Trait Kepelbagaian Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.9 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 56

Personaliti Bagi Trait Ketahanan Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.10 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 56

Personaliti Bagi Trait Kritik Diri Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.11 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 57

Personaliti Bagi Trait Mengawal Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.12 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 57

Personaliti Bagi Trait Menolong Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.13 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 57

Personaliti Bagi Trait Sokongan Dengan

Pencapaian Akademik

Page 13: PSZ:19:16 (Pind

xi

4.5.14 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 58

Personaliti Bagi Trait Struktur Dengan

Pencapaian Akademik

4.5.15 Tiada Hubungan Signifikan Antara Tahap 58

Personaliti Bagi Trait Pencapaian Dengan

Pencapaian Akademik

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan Tentang Pola Trait Personaliti 61

5.3 Perbincangan Tentang Tahap Pencapaian 63

Akademik

5.4 Perbincangan Tentang Hubungan Antara Trait

Personaliti Dengan Pencapaian Akademik 63

5.5 Rumusan Kajian 66

5.6 Cadangan Kajian 67

5.6.1 Cadangan Kepada Pelajar 67

5.6.2 Cadangan Kepada Guru 67

5.6.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 68

5.6.4 Cadangan Kepada Kerajaan 69

5.7 Cadangan Untuk Kajian Lanjut 69

5.8 Kesimpulan 70 Rujukan 72

Lampiran 75

Page 14: PSZ:19:16 (Pind

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kerangka Konsep Kajian 15

2.1 Personaliti Ekstrovert Vs Personaliti Introvert 19

2.2 Emosi Takut Dipelajari Melalui Pelaziman 28

2.3 Stail Keibubapaan 35

3.1 Rekabentuk Kajian 43

5.1 Pola Trait-Trait Personaliti Pelajar 61

Page 15: PSZ:19:16 (Pind

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Peratus Menguasai PMR Tahun 2006 Daerah 4

Batu Pahat, Negeri Johor

1.2 Peratus Menguasai PMR Tahun 2006 Negeri 5

Johor

1.3 Peratus Pencapaian Kecemerlangan PMR 5

Tahun 2006 Daerah Batu Pahat, Negeri Johor

1.4 Peratus Pencapaian Cemerlang PMR Tahun 6

2006 Negeri Johor

2.1 Personaliti Manusia Mengikut Bentuk Badan 17

3.1 Trait-Trait Personaliti Dan Item-Item Yang 45

Berkaitan

3.2 Nilai Kebolehpercayaan 15 Trait Personaliti 47

3.3 Takwim Penyelidikan 48

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 50

4.3 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Pencapaian 51

Akademik

4.4 Tahap-Tahap Pencapaian Akademik 51

4.5 Tahap Pencapaian Akademik Responden 51

4.6 Pentafsiran Inventori Personaliti Sidek (IPS) 52

4.7 Min, Sisihan Piawai Dan Pola Trait-Trait 53

Personaliti

4.8 Korelasi Trait Personaliti Dengan Pencapaian 59

Akademik

Page 16: PSZ:19:16 (Pind

xiv

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN ≤ -- Kurang Atau Sama Dengan

% -- Peratus

2M -- Membaca dan Menulis

3M -- Membaca, Menulis dan Mengira

Ho -- Hipotesis Nol

KBSR -- Kurikulum Baru Sekolah Rendah

PMR -- Penilaian Menengah Rendah

SMK -- Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM -- Sijil Pelajaran Malaysia

SWOT -- Strength, Weakness, Opportunity and Threat

UPM -- Universiti Putra Malaysia

UPSR -- Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Page 17: PSZ:19:16 (Pind

xv

SENARAI LAMPIRAN Lampiran Tajuk Muka Surat A Borang Soal Selidik 75

Bahagian I : Latarbelakang Responden

dan Pencapaian Akademik

Bahagian II: Soalan Trait Personaliti

Pelajar

B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan 83

Kajian Daripada Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPDP), Kementerian Pelajaran

Malaysia

Page 18: PSZ:19:16 (Pind

xvi

Page 19: PSZ:19:16 (Pind

1

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Semua ibu bapa mahukan anak mereka memperoleh kecemerlangan dalam

peperiksaan. Satu ketika dulu, masyarakat tidak begitu mengambil berat tentang

jumlah A yang diperoleh oleh seorang pelajar, katakanlah dalam peperiksaan ‘School

Certificate’, tetapi hari ini, mereka bertanyakan berapa A dan berapa A1 yang

diperoleh. Semakin hari semakin tinggi tuntutan bagi memperoleh pencapaian yang

baik dalam bidang akademik.

Masyarakat kini meletakkan nilai yang tinggi terhadap kecemerlangan

pencapaian akademik. Ini disebabkan oleh dua perkara penting. Pertama, setiap ibu

bapa inginkan anaknya berjaya dalam bidang pelajaran. Kemudahan dan peluang

luas terbuka, asalkan pelajar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan akademik.

Kedua, pembangunan negara dalam bidang ekonomi, terutamanya, memerlukan

tenaga pekerja yang mahir dan profesional dalam bidang masing-masing. Untuk itu,

pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik khususnya mempunyai peluang yang

amat baik untuk memperoleh pendidikan tinggi. Dengan memperoleh pendidikan

tinggi, seseorang itu boleh mendapat mobiliti sosial secara menegak kerana

hakikatnya, kelulusan akademik mempunyai korelasi yang tinggi dengan pendapatan

dan seterusnya taraf hidup (Hussein, 1993).

Prestasi akademik pelajar sekolah menengah merupakan satu indikator sama

ada seseorang pelajar akan dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS selepas

Page 20: PSZ:19:16 (Pind

2

SPM, menjadi seseorang profesioanl atau pekerja biasa, menjadi seseorang yang

berjaya atau seseorang yang tidak berkeupayaan, dan sebagainya. Maksudnya,

prestasi akademik pelajar dianggap penting sepanjang tempoh pembelajaran pelajar-

pelajar di sekolah menengah. Oleh itu, pelbagai pihak termasuk pihak sekolah,

keluarga, masyarakat dan yang penting sekali, pelajar sendiri, berusaha dalam

meningkatkan lagi prestasi akademik supaya cita-cita pelajar tercapai selari dengan

kehendak sekolah, keluarga, masyarakat dan hasrat negara.

Namun, prestasi akademik pelajar kadang kala tidak dapat dicapai seperti

yang diidamkan. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada pencapaian

akademik pelajar. Faktor-faktor ini termasuk latarbelakang sosial dan ekonomi

(Coleman et al, 1966; Peng, 1987), persekitaran, stail pembelajaran pelajar dan

sebagainya. Adalah dipercayai bahawa personaliti seseorang memainkan peranan

dalam mengukuhkan lagi faktor-faktor tersebut (Che Mah & Mariani, 2001).

1.2 Latar Belakang Masalah Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi

individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Oleh itu, segala usaha dan langkah yang diambil dalam sistem

pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar.

Semenjak dilahirkan, setiap individu pelajar yang normal telah memiliki

potensi dan bakat yang boleh diperkembangkan dan dipertingkatkan. Dewasa kini

mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini

sedikit sebanyak boleh memberi impak dalam perkembangan dan pertumbuhan

fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka.

Pelajar-pelajar sebagai individu-individu yang mempunyai personaliti yang

berbeza, kehendak yang pelbagai dan tahap motivasi yang berlainan bila ditempatkan

di dalam satu situasi yang sama, hasil daripada interaksi, akan menunjukkan respon-

Page 21: PSZ:19:16 (Pind

3

respon tingkah laku yang berbeza dan menghasilkan pandangan yang berbeza.

Dalam situasi ini, konflik akan berlaku disebabkan setiap individu mempunyai cara

pemikiran dan cara penyelesaian masalah yang tersendiri. Oleh itu, penyelidikan

tentang perkembangan pelajar perlu untuk melihat ciri-ciri individu-individu

berdasarkan teori-teori perkembangan pelajar.

Sejak masyarakat kita memberi perhatian dan mengambil berat tentang

pelajaran dan pencapaian anak-anak mereka dalam bidang akademik disebabkan

persaingan bagi mendapat biasiswa dan tempat di sekolah-sekolah yang baik atau di

institusi pengajian tinggi yang difikirkan boleh menjamin pekerjaan yang baik, maka

sekolah-sekolah di negara kita, baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah

memberi fokus utama kepada pencapaian akademik di sekolah. Pembelajaran di

sekolah diorientasikan ke arah peperiksaan (exam-oriented). Pelajar sekolah

menengah masa kini merupakan golongan yang bertuah. Sejak sekolah rendah,

mereka dididik di bawah program KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) yang

menitikberatkan penguasaan 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping

itu, pengajaran guru dalam kelas adalah berpusatkan pelajar. Di luar sekolah, bagi

keluarga yang berkemampuan, anak-anak mereka dihantar ke kelas-kelas tuisyen dan

dibelikan buku-buku rujukan untuk pengayaan sendiri dan ada lagi disediakan

kemudahan internet untuk memperoleh maklumat tambahan bagi melengkapkan

pembelajaran semasa. Sehingga ke sekolah menengah, di samping pihak sekolah

menyediakan program kelas tambahan khususnya bagi kelas-kelas yang akan

menghadapi peperiksaan awam, Program Intervensi 2M Sekolah Menengah untuk

mengatasi masalah murid tidak pandai membaca dan kelas ‘galus’ bagi pelajar-

pelajar yang berkemungkinan gagal atau lulus, bengkel akademik, kem motivasi, dan

kemudahan-kemudahan lain dibekalkan secara berterusan dan dianggap pelajar-

pelajar masa kini tidak akan menghadapi masalah dalam pembelajaran di sekolah.

Pembelajaran tanpa batasan ini telah menyediakan peluang-peluang penonjolan

bakat dalam bidang-bidang tertentu untuk generasi muda hari ini. Namun begitu,

penguasaan dalam pembelajaran tidaklah begitu memuaskan dan pencapaian

akademik tidaklah seperti yang dijangka dan diharapkan. Jadual 1.1 berikut

menerangkan pencapaian PMR sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat pada tahun

2006.

Page 22: PSZ:19:16 (Pind

4

Berdasarkan Jadual 1.1, adalah jelas dilihat bahawa selain daripada SMK

Tinggi dan SMK Temenggong Ibrahim yang mana sumber pelajar-pelajarnya adalah

terdiri daripada pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR, sekolah-

sekolah yang lain kebanyakan memperlihatkan pencapaian yang terlalu rendah.

Sebagai contoh, kelulusan PMR SMK Munshi Sulaiman adalah 31.46%. Ini

bermakna daripada 100 orang pelajar yang mengambil PMR pada tahun 2006, hanya

31 orang sahaja yang lulus semua mata pelajaran PMR (Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan

Islam atau Bahasa Cina atau Bahasa Tamil).

Jadual 1.1 : Peratus Menguasai PMR Tahun 2006 Daerah Batu Pahat, Negeri Johor

Bil. Daerah Peratus

(%) 1 SMK DATO’ BENTARA LUAR 78.13 2 SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR 71.91 3 SMK TUN AMINAH 76.45 4 SMK SENGGARANG 57.95 5 SMK SERI MEDAN 52.14 6 SMK DATO SULAIMAN 54.37 7 SMK DATO ONN 57.26 8 SMK RENGIT 72.18 9 SMK SERI GADING 76.07

10 SMK DATIN ONN JAFFAR 46.53 11 SMK DATO’ SETH 60.06 12 SMK PENGHULU SAAT 67.30 13 SMK BANANG JAYA 48.34 14 SMK TINGGI BATU PAHAT 100.00 15 SMK TEMENGGONG IBRAHIM 99.52 16 SMK CONVENT 79.37 17 SMK MUNSHI SULAIMAN 31.46 18 SMK JALAN KOLAM AIR 59.78 19 SMK TUN SARDON 47.74 20 SMK TUN ISMAIL 56.80 21 SMK SEMERAH 64.81 22 SMK DATUK MENTERI 57.30 23 SMK YONG PENG 42.75 24 SMK TUNKU PUTRA 52.00

Daerah Batu Pahat 61.76 Berdasarkan Jadual 1.2, daripada 100 orang pelajar yang menduduki PMR di

daerah Batu Pahat, hanya 60 orang atau 61 orang pelajar sahaja yang lulus. Data ini

amat membimbangkan.

Page 23: PSZ:19:16 (Pind

5

Jadual 1.2 : Peratus Menguasai PMR Tahun 2006 Negeri Johor

Bil. Daerah Peratus (%) 1 BATU PAHAT 61.76 2 JOHOR BAHRU 61.97 3 KLUANG 60.88 4 KOTA TINGGI 59.66 5 MERSING 54.96 6 MUAR 61.09 7 PONTIAN 55.62 8 SEGAMAT 60.63 9 KULAI 57.98 NEGERI JOHOR 60.53

Berdasarkan Jadual 1.3, jelas dilihat bahawa bilangan pelajar yang dapat

mencapai kecemerlangan dalam PMR pada tahun 2006 di daerah Batu Pahat adalah

tersangat rendah, iaitu hanya 4.31%. Ada juga sekolah, iaitu SMK Tunku Putra yang

langsung tidak mempunyai pelajar yang berprestasi cemerlang dalam peperiksaan ini.

Jadual 1.3 : Peratus Pencapaian Kecemerlangan PMR Tahun 2006 Daerah Batu

Pahat, Negeri Johor

Bil. Daerah Peratus (%)

1 SMK DATO’ BENTARA LUAR 6.56 2 SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR 1.69 3 SMK TUN AMINAH 4.10 4 SMK SENGGARANG 1.41 5 SMK SERI MEDAN 0.71 6 SMK DATO SULAIMAN 1.52 7 SMK DATO ONN 1.68 8 SMK RENGIT 0.75 9 SMK SERI GADING 8.26

10 SMK DATIN ONN JAFFAR 0.66 11 SMK DATO’ SETH 0.85 12 SMK PENGHULU SAAT 2.84 13 SMK BANANG JAYA 1.48 14 SMK TINGGI BATU PAHAT 22.41 15 SMK TEMENGGONG IBRAHIM 47.83 16 SMK CONVENT 2.12 17 SMK MUNSHI SULAIMAN 0.33 18 SMK JALAN KOLAM AIR 0.82 19 SMK TUN SARDON 1.01 20 SMK TUN ISMAIL 2.42 21 SMK SEMERAH 3.43 22 SMK DATUK MENTERI 0.84 23 SMK YONG PENG 1.91 24 SMK TUNKU PUTRA 0.00

Daerah Batu Pahat 4.31

Page 24: PSZ:19:16 (Pind

6

Berdasarkan Jadual 1.4, hanya 4.14% pelajar dari negeri Johor yang

mencapai kecemerlangan dalam PMR. Ini merupakan satu angka yang menyedihkan

disebabkan kualiti pembelajaran pelajar adalah rendah walaupun banyak usaha telah

dicurahkan.

Jadual 1.4 : Peratus Pencapaian Cemerlang PMR Tahun 2006 Negeri Johor

Bil. Daerah Peratus (%) 1 BATU PAHAT 4.31 2 JOHOR BAHRU 4.82 3 KLUANG 5.33 4 KOTA TINGGI 4.03 5 MERSING 3.31 6 MUAR 4.09 7 PONTIAN 2.59 8 SEGAMAT 3.42 9 KULAI 1.97 NEGERI JOHOR 4.14

Pelajar yang sering menimbulkan masalah sosial sebahagian besarnya

menunjukkan prestasi akademik yang rendah dan kemudian tercicir dari sekolah.

Mereka juga dilaporkan selalu membuang masa melakukan kegiatan yang tidak

berfaedah contohnya merokok, ponteng sekolah, menunggang motosikal tanpa

tujuan, merayau-rayau hingga lewat malam dan melepak di tempat kegemaran

mereka. Aspirasi pendidikan dan kerjaya untuk masa depan adalah rendah, di

samping itu daya saing antara mereka untuk berjaya juga kurang. Situasi begini

menimbulkan beberapa persoalan berkaitan dengan mengapa pelajar melibatkan diri

dalam kegiatan negatif yang menggugat kesejahteraan sosial. Fenomena ini telah

membawa risiko tinggi terhadap pendidikan dan juga membazir tenaga kerja dalam

jangka masa panjang. Banyak program dijalankan untuk mengawasi dan mengawal

pelajar sekolah yang berisiko tinggi, menyalah guna dadah dan melakukan

kesalahan-kesalahan lain, namun keberkesanan program dan projek yang

dilaksanakan menjadi tanda tanya kerana penglibatan dan penghayatan masyarakat

pelajar sendiri terhadap usaha itu masih rendah.

Adakah ketidakseimbangan terjadi di antara kehendak individu pelajar, ibu

bapa, masyarakat dan pihak sekolah yang menyumbang kepada keciciran pelajar

masa kini atau terdapat kekurangan dari segi sistem pendidikan di sekolah yang tidak

Page 25: PSZ:19:16 (Pind

7

mengambilkira pelbagai jenis personaliti pelajar yang menyebabkan pelajar hilang

minat dalam pembelajaran? Persoalan ini memerlukan satu kajian dijalankan agar

tindakan boleh diambil bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dan seterusnya

dapat menangani masalah keciciran di kalangan pelajar sekolah menengah.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Batu

Pahat memandangkan prestasi akademik pelajar di sekolah-sekolah menengah

kebangsaan semakin menurun. Pelajar-pelajar di sekolah menengah kebangsaan

masa kini mempunyai beberapa persamaan. Paling nyata, tidak nampak budaya

membaca di kalangan mereka. Di kawasan sekolah, sebelum masuk kelas dan

semasa waktu rehat, jarang terdapat pelajar membaca buku, tidak kira buku teks,

buku rujukan, majalah yang berunsur pendidikan atau buku cerita. Di dalam kelas,

semasa perantaraan waktu, pelajar-pelajar asyik berbual atau bermain-main, tiada

seorang pun menggunakan kesempatan itu untuk mengulangkaji pelajaran,

walaupun dari kalangan pelajar yang menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sedih

sekali, setengah daripada kelas-kelas itu tidak menghiraukan guru semasa waktu

pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar daripada kelas-kelas tersebut

membentuk kumpulan masing-masing dan bersembangkan topik sendiri tanpa

memberi kerja sama kepada guru-guru yang sedang mengajar pada ketika itu.

Nasihat guru tidak dihiraukan. Banyak usaha diadakan bagi memotivasikan pelajar

dari segi peningkatan prestasi dalam akademik tetapi kesannya tidak nyata. Oleh itu,

kajian ini sangat diperlukan untuk meninjau adakah terdapat kaitan antara personaliti

pelajar dengan pencapaian akademik. Strategi peningkatan prestasi akademik akan

dirancang selepas kajian supaya bersesuaian dengan perkembangan personaliti

pelajar secara majoriti.

Page 26: PSZ:19:16 (Pind

8

1.4 Objektif Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau adakah terdapat kaitan antara

personaliti pelajar dengan pencapaian akademik mereka. Objektif kajian ini secara

khusus adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti pola trait personaliti pelajar tingkatan dua di sekolah

menengah kebangsaan daerah Batu Pahat.

ii. Mengenalpasti tahap pencapaian akademik pelajar tingkatan dua di sekolah

menengah kebangsaan daerah Batu Pahat.

iii. Mengenalpasti hubungan antara trait personaliti pelajar tingkatan dua dengan

pencapaian akademik.

1.5 Hipotesis Berdasarkan persoalan kajian, lima belas hipotesis telah dibina untuk diuji

sebagai menjawab persoalan kajian. Hipotesis-hipotesis tersebut ialah:

Ho1: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait agresif dengan

pencapaian akademik. .

Ho2: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait analitikal

dengan pencapaian akademik.

Ho3: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait autonomi

dengan pencapaian akademik.

Ho4: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait bergantung

dengan pencapaian akademik.

Ho5: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait ekstrovert

dengan pencapaian akademik.

Ho6: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait intelektual

dengan pencapaian akademik.

Ho7: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait introvert dengan

pencapaian akademik.

Ho8: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait kepelbagaian

dengan pencapaian akademik.

Page 27: PSZ:19:16 (Pind

9

Ho9: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait ketahanan

dengan pencapaian akademik.

Ho10: Tiada hubungan signifikan antara tahap personality bagi trait kritik diri

dengan pencapaian akademik.

Ho11: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait mengawal

dengan pencapaian akademik.

Ho12: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait menolong

dengan pencapaian akademik.

Ho13: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait sokongan

dengan pencapaian akademik.

Ho14: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait struktur dengan

pencapaian akademik.

Ho15: Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait pencapaian

dengan pencapaian akademik. 1.6 Kekangan Kajian Dapatan kajian ini hanya berdasarkan data yang diperolehi daripada 300

orang pelajar tingkatan dua di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Batu

Pahat. Kajan ini hanya mengkaji pemboleh ubah trait-trait personaliti dan pemboleh

ubah pencapaian akademik sahaja. Selain soal selidik, cara pemerhatian dan temu

bual juga digunakan untuk mengkaji personaliti seseorang individu. Walau

bagaimanapun, cara pemerhatian dan temu bual tidak digunakan dalam tujuan kajian

ini disebabkan sampel yang digunakan adalah ramai.

1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada pihak pentadbir sekolah

untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan juga mencari suatu

penyelesaian terhadap masalah sosial pelajar bagi memperkembangkan personaliti

pelajar secara menyeluruh. Ini adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan

Page 28: PSZ:19:16 (Pind

10

Negara yang berusaha memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan maklum balas kepada pihak pentadbir

sekolah, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat tentang punca masalah kemerosotan

akademik supaya semua pihak tersebut berganding bahu memupuk pembentukan

personaliti positif di kalangan pelajar. Selain itu, diharap laporan kajian ini akan

menjadi ‘blue print’ kepada sekolah lain yang menghadapi masalah kemerosotan

pencapaian akademik di kalangan pelajar di sekolah tersebut.

1.8 Definisi Operasional

Dalam bahagian ini, definisi bagi personaliti dan pencapaian akademik akan

dibincangkan berdasarkan tujuan kajian ini.

1.8.1 Definisi Personaliti Menurut Kamus Dewan (2001), personaliti bermaksud keperibadian atau

peribadi.

Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud

topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang

individu. Pelakon yang memakai topeng hero akan melakonkan watak yang baik dan

pelakon yang memakai topeng penjahat akan melakonkan watak yang jahat. Jadi,

personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi, perasaan, persepsi, nilai, sikap,

watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya

dengan perlakuan manusia.

Page 29: PSZ:19:16 (Pind

11

Personaliti selalunya dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang

hanya dapat dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.

Kita tidak akan mengetahui personaliti seseorang tanpa berinteraksi dengannya.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menentukan personaliti

seseorang. Cara yang selalu digunakan ialah pemerhatian dan temu bual. Personaliti

boleh juga diukur dengan ujian ataupun inventori personaliti. Terdapat banyak ujian

atau inventori dalam pasaran. Ada ujian seperti MMPI (Minnesota Multiphasic

Personality Inventory) memerlukan pengguna dengan syarat kelayakan yang

ditetapkan. Ujian teknik Roscharh pula mudah untuk dikendalikan tetapi sukar

untuk diinterpretasi.

Personaliti boleh dirujuk sebagai ciri-ciri luar kita yang boleh diperhatikan

oleh orang lain. Ia sama dengan ‘impression’ kita kepada orang lain. Personaliti

dikaitkan dengan ciri-ciri yang kekal yang ada pada seseorang individu, di mana

personaliti adalah stabil dan boleh diramal. Walaupun kita mengenali seseorang

rakan kita sebagai bersifat tenang pada kebanyakan masa, kita tahu bahawa dia akan

merasa meluap, gugup atau panik pada masa-masa tertentu. Personaliti tidak

bersifat kaku dan tidak boleh berubah tetapi boleh berubah mengikut situasi.

Kebanyakan ahli psikologi personaliti mempersetujui bahawa trait-trait personaliti

dan aspek-aspek yang berubah dalam satu-satu situasi, atau interaksi antara kedua-

dua ini seharusnya dipertimbangkan dalam satu penjelasan yang menyeluruh tentang

sifat manusia (Schultz & Schultz, 1997).

Walaupun terdapat persamaan di kalangan manusia, kita dapat merasai

bahawa setiap kita mempunyai kepunyaan diri yang istimewa yang membezakan

setiap individu kita daripada orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan personaliti adalah

satu rumpun ciri-ciri yang kekal dan unik yang ada pada seseorang yang mungkin

berubah semasa bertindak mengikut situasi-situasi yang berlainan (Schultz & Schultz,

1997).

Personaliti juga merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku

individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara

bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari (Siti Fatimah, 1993:50).

Page 30: PSZ:19:16 (Pind

12

Allport (1961) menyimpulkan personaliti sebagai “suatu organisma sistem

psikologi dan kejasmanian yang dinamik di dalam diri seseorang yang menentukan

penyesuaiannya dengan alam sekeliling dengan cara yang unik”. Ini disebabkan di

dalam diri seseorang itu terdapat sistem psikologi dan sistem jasmani. Sistem-sistem

ini diuruskan dengan cara yang dinamik iaitu mempunyai sifat yang berubah-ubah

daripada satu peringkat kepada satu peringkat perkembangan yang lain walaupun

sifat keseluruhan masih dikekalkan.

Personaliti adalah sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang

merangkumi cara dia berfikir, berasa, bertingkahlaku dan cara berhubungnya dengan

alam sekitar (Kagan, 1988). Personaliti adalah apa yang sebenarnya terdapat dalam

diri seseorang (Gordon, 1973: 14-15). Personaliti merupakan organisasi dinamik

sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkahlaku dan

fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku

di dalam kualiti tingkahlaku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi

bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya pujuk adalah saling berkait.

Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan

emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai

asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan. Menurut Ee, Ah Meng (1997:131),

personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara

keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,

kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa

personaliti merujuk kepada perwatakan dan tindakan individu bergantung kepada

keadaan, situasi dan juga persekitaran. Personaliti manusia boleh diperhati, dikenal

pasti dan seterusnya boleh diperihalkan (Asmah & Herman, 1995:29).

Inventori Personaliti Sidek (IPS) membahagikan personaliti manusia kepada

15 jenis trait. Trait-trait ini adalah agresif, analitikal, autonomi, bersandar, ekstrovert,

intelektual, introvert, kepelbagaian, ketahanan, kritik diri, mengawal, menolong,

sokongan, struktur dan pencapaian. Penerangan tentang trait-trait personaliti ini

adalah seperti berikut:

Page 31: PSZ:19:16 (Pind

13

a. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait agresif adalah individu

yang suka mengkritik orang lain dan selalu hendak menang sehingga

mengabaikan perasaan dan pendapat orang lain. Individu ini cenderung

bertindak dahulu sebelum berfikir.

b. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait analitikal adalah individu

yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri

mahupun situasi. Individu jenis ini juga suka membuat pemerhatian,

penyelidikan dan analisis.

c. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait autonomi adalah individu

yang sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat

mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.

d. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait bersandar adalah individu

yang suka bergantung kepada orang lain dan selalu meminta orang lain

menunjuk arah. Individu jenis ini cenderung mengharapkan pendapat dan

nasihat orang lain terutama yang berautoriti untuk membuat keputusan.

e. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait ekstrrovert adalah individu

yang sosial, suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping

merasa tidak selesa duduk bersendirian.

f. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait intelektual adalah individu

yang sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Individu

ini berasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan

aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.

g. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait introvert adalah individu

yang tidak sosial dan selalu mengelak situasi yang memaksanya

berkomunikasi.

h. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait kepelbagaian adalah

individu yang suka kepada pengalaman baru, suka perubahan dan selalu suka

mencuba sesuatu yang baru.

i. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait ketahanan adalah individu

yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Individu ini

akan menghabiskan semua tugas yang telah dimulakan. Individu ini juga

sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.

Page 32: PSZ:19:16 (Pind

14

j. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait kritik diri adalah individu

yang bermasalah. Individu ini selalu rasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah

dan tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya.

k. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait mengawal adalah individu

yang suka mengawal dan memimpin orang lain.

l. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait menolong adalah individu

yang suka membantu dan membuat kebajikan kepada orang lain.

m. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait sokongan adalah individu

yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati.

n. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam trait struktur adalah individu

yang suka kepada perkara-perkara yang berstruktur, rutin dan terperinci.

o. Individu yang mempunyai mempunyai skor tinggi dalam trait pencapaian

adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai

sesuatu matlamat.

1.8.2 Definisi Pencapaian Akademik Dalam kajian ini pencapaian akademik yang dimaksudkan ialah keputusan

peperiksaan pertengahan tahun 2007 pelajar tingkatan dua di mana purata diambil

berdasarkan 8 mata pelajaran PMR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam atau

Bahasa Cina, atau Bahasa Tamil.

1.9 Kerangka Konsep Pembentukan personaliti seseorang individu dipengaruhi oleh baka dan

persekitaran. Ini dipersetujui oleh ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada

pendekatan masing-masing. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan rangka konsep kajian

yang diamalkan pengkaji berdasarkan pandangan ini.

Page 33: PSZ:19:16 (Pind

15

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

Trait-Trait Personaliti

●Agresif ●Analitikal ●Autonomi

●Bergantung ●Ekstrovert ●Intelektual

●Introvert ●Kepelbagaian ●Ketahanan

●Kritik-diri ●Mengawal ●Menolong

●Sokongan ●Struktur ●Pencapaian

Pencapaian Akademik Pelajar

Pencapaian dalam

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Teori-Teori Personaliti

Model Model Klasikal Kontemporari ●Pendekatan ●Pendekatan Taipologi Psikoanalisis ●Pendekatan ●Pendekatan Trait● Humanistik ●Model Behaviourisme

Page 34: PSZ:19:16 (Pind

16

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan Bab ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama akan

menerangkan teori perkembangan personaliti dari beberapa aspek. Bahagian kedua

akan menerangkan personaliti manusia daripada pandangan sarjana masa kini.

Bahagian ketiga pula menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan

personaliti.

2.2 Kajian Teori-Teori Yang Berkaitan Terdapat dua model kajian personaliti iaitu model klasikal dan model

kontemporari. Terdapat dua pendekatan dalam model klasikal iaitu pendekatan

taipologi dan pendekatan trait. Dalam model kontemporari pula, terdapat tiga

pendekatan iaitu pendekatan psikoanalisis, pendekatan humanistik dan model

behaviorisme.

Page 35: PSZ:19:16 (Pind

17

2.2.1 Model Klasikal 2.2.1.1 Model Taipologi

Model yang pertama sekali mengenai personaliti atau perwatakan telah

dikemukakan oleh Hippocrates dan Valen di Greek kuno. Menurut Hippocrates dan

Valen dalam teori temperamen mereka, perwatakan manusia boleh dikelaskan

kepada 4 kategori iaitu ‘sanguine, choleric, melancholic dan phlegmatic’.

Berdasarkan pendapat itu, Alfred Adler pada awal abad ke 20-an mendapati

personaliti yang sihat ialah ‘sanguine’ kerana orang yang berpersonaliti ini dapat

menangani masalah dengan baik dan dapat bekerja sama dengan orang lain. Orang

yang berpersonaliti ‘choleric’ pula ialah orang yang suka mengarah dan biasanya

mereka adalah agresif, tegas dan aktif. ‘Melancholic’ pula ialah orang yang suka

mengelak dan mereka menyelesaikan masalah dengan tidak berhadapan dengannya.

Golongan yang ‘phlegmatic’ pula selalunya mengharapkan orang lain memenuhi

kehendak dan keperluan mereka.

Empat jenis personaliti tersebut lebih menerangkan gaya bekerja, cara

menghadapi masalah dan cara membuat keputusan pada seseorang. Namun,

manusia dilahirkan dan dibesarkan dengan membawa lebih banyak ciri daripada itu.

Secara ringkas, personaliti manusia adalah lebih kompleks daripada itu.

Sheldon pula pada tahun 1940 telah cuba untuk menerangkan personaliti

manusia mengikut bentuk badan. Tiga jenis personaliti mengikut bentuk badan ialah

endomorfik, mesomorfik dan ektomorfik. Penerangan mengenai personaliti ini

adalah seperti seperti Jadual 2.1 berikut.

Jadual 2.1 : Personaliti Manusia Mengikut Bentuk Badan

Endomorfik Mesomorfik Ektomorfik Bentuk Badan Lembut & bulat Kuat & berisi Kurus & lemah

Perawakan Suka kesenangan, sentimental, mengejar keseronokan dan bersosial

Aktif, bertenaga, agresif dan bermatlamat

Sensitif, intelektual dan mengelak diri

Sumber: Sheldon (1940)

Page 36: PSZ:19:16 (Pind

18

Terdapat batasan dalam pendapat Sheldon disebabkan bentuk badan

dipengaruhi oleh baka, persekitaran dan juga kesihatan seseorang. Selain itu,

bentuk badan akan berubah mengikut umur. Misalnya, seseorang bila sampai ke

peringkat dewasa, biasanya mempunyai bentuk badan yang lebih bulat jika

dibandingkan dengan bentuk badan semasa lebih muda.

2.2.1.2 Model Trait Trait ialah ciri yang agak kekal dan tekal yang digunakan oleh manusia

dalam perlakuan mereka. Antara traitt yang selalu dikaji ialah ekstrovert-introvert,

dominant, kejujuran dan kebijaksanaan. Trait dapat dikaji secara sistematik dan

objektif. Han Eyesenk telah membina ujian bagi mengukur introvert dan ekstrovert

yang dinamakan sebagai Inventori Personaliti Eyesenk.

Trait dikatakan boleh diukur dengan objektif kerana ia dikatakan sebagai

tekal. Walau bagaimanapun, trait yang diamalkan oleh individu berbeza mengikut

situasi. Sebagai contoh, murid dikatakan jujur juga pernah berbohong dan murid

yang dikatakan suka berbohong juga adakalanya berkelakuan jujur.

2.2.1.2.1 Teori Gordon Allport Allport ialah ahli psikologi yang menentang penggunaan kaedah ideografik

iaitu kajian yang menggunakan sebilangan kecil manusia. Bagi Allport, kaedah

kajian ideografik kurang dari segi kesahan. Beliau mencadangkan personaliti dikaji

dengan menggunakan kaedah nomotetik iaitu mengggunakan saiz sampel yang

sesuai dan besar. Oleh kerana Freud dan Erikson menggunakan kaedah ideografik,

maka, Allport mempertikaikan kesahan teori yang dikemukakan oleh mereka.

Bagi Allport, ada dua komponen perlakuan iaitu komponen penyesuaian

(adaptive) dan komponen pemaparan (expressive). Komponen penyesuaian

merangkumi fungsi untuk bertindak manakala komponen pemaparan mendorong

individu itu untuk bertindak. Komponen pemaparan adalah sumber bagi memahami

Page 37: PSZ:19:16 (Pind

19

proses pembentukan sahsiah. Perlakuan yang dihasilkan oleh komponen pemaparan

merangkumi trait individu. Contoh perlakuan pemaparan ialah suara, tulisan tangan

dan gaya muka seseorang.

Allport bersama Vernon pernah mengkaji perlakuan pemaparan ini dan

mendapatinya tekal dan stabil. Mereka juga mendapati ada tiga kumpulan faktor

perlakuan pemaparan. Kumpulan pertama ialah ‘areal’, kumpulan kedua ialah

‘centrifugal’ dan kumpulan ketiga pula ialah ‘emphasis’. Allport hanya memberi

penekanan kepada kumpulan kedua, iaitu ‘centrifugal’. Kumpulan faktor

‘centrifugal’ ini diinterpretasikan sebagai introvert dan ekstrovert oleh Carl Jung

(1993) dan Hans J. Eyesenck (1967). Eyesenck seterusnya mencipta ujian

personaliti yang mengukur ekstrovert dan introvert.

Personaliti bagi orang yang introvert dan ekstrovert adalah saling

bertentangan. Penerangan bagi kedua bentuk personaliti ini adalah seperti dalam

gambar rajah di bawah. Kedua bentuk personaliti ini adalah dalam satu kontinum.

Abu, seperti dalam Rajah 2.1 berada dekat dengan ekstrovert dan Raju pula

berpersonaliti menghampiri introvert.

Rajah 2.1 : Personaliti Ekstrovert vs Personaliti Introvert INTROVERT---------------------X---------------------X------------------EKSTROVERT Abu Raju ►Lambat marah ►Cepat marah ►Memendam perasaan ►Meluah perasaan ►Sukar berkawan ►Cepat berkawan ►Mementingkan diri ►Pentingkan ahli ►Suka bersendiri ►Suka bersantai ►Serius ►Ceria ►Suka aktiviti dalaman ►Suka aktiviti luaran ►Mudah gusar ►Lambat tercabar

Sumber: Eyesenck (1967) Ramai guru yang beranggapan personaliti ini ada kaitannya dengan potensi

akademik seseorang murid. Guru selalunya akan membuat kesimpulan bahawa

murid yang ekstrovert adalah murid yang bakal gagal. Walau bagaimanapun, kajian

Page 38: PSZ:19:16 (Pind

20

yang dibuat oleh Eyesenck dan Cookson (1961) di kalangan pelajar sekolah rendah

telah membuktikan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah pelajar

yang mempunyai personaliti ekstrovert.

2.2.2 Model Kontemporari 2.2.2.1 Model Psikoanalisis

Model ini mengambil kira keperluan individu dengan persekitaran. Manusia

dikatakan dilahirkan dengan naluri semula jadi. Untuk memenuhi keperluan naluri

ini, manusia perlu mengambil kira nilai dan norma masyarakat. Mekanisme ini

menyebabkan personaliti manusia berkembang mengikut peringkat yang tertentu.

Model ini banyak menghasilkan teori-teori personaliti. Teori yang dikemukakan

oleh Sigmund Freud yang dinamakan psikoseksual. Kemudian Erikson pula

mengemukakan teori psikososial.

2.2.2.1.1 Teori Psikoanalisis Freud (1939) merupakan pengasas teori psikoanalisis perkembangan moral.

Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri

seseorang individu iaitu tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain.

Personaliti ini termasuklah tingkah laku, penggerakan, tindak balas, pemikiran,

khayalan, sifat mempertahankan diri dan konsep kendiri. Perkembangan struktur

personaliti manusia dalam teori Freud dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu Id,

Ego dan Superego. Ketiga-tiga sistem ini bukanlah sesuatu yang konkrit. Ketiga-

tiganya merupakan proses-proses yang berinteraksi di antara satu sama lain bagi

menghasilkan tingkah laku tertentu yang dengannya kita simpulkan sebagai

personaliti seseorang itu. Id, oleh Freud, dianggapnya sebagai komponen biologi,

Ego sebagai komponen psikologi, manakala Superego pula sebagai komponen sosial

dan nilai-nilai moral masyarakat.

Page 39: PSZ:19:16 (Pind

21

a) Komponen Id Subsistem personaliti yang bersifat semula jadi atau diwarisi. Ia merupakan

dorongan naluri atau biological dari paras pemikiran yang rendah atau bawah sedar.

Id inilah yang menjadikan kemahuan asas naluri termasuk rangsangan seks, lapar,

dahaga dan kepuasan yang lain. Freud manyatakan Id sentiasa mencari keseronokan,

kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya, undang-undang, adat sosial atau

keperluan orang lain.

Setelah sesuatu tindakan diambil oleh Id, ketegangan yang dirasai akan

hilang. Ia merasa lega, puas dan seronok. Tidak lagi tegang. Di dalam keadaan

sebegini, tenaga jiwa tadi akan kembali berada di dalam keadaan imbang atau

homoestatik, dan tidak perlu digunakan untuk mencapai apa-apa kepuasan lagi

sehingga timbul keinginan atau dorongan baru.

b) Komponen Ego

Subsistem personaliti yang dibentuk melalui pengalaman dalam realiti.

Komponen ini terletak di antara dunia sebenarnya dengan Id. Ego mula terbentuk

apabila kanak-kanak mendapati tidak semua yang dikehendaki dalam Id dapat

dipenuhi. Pada masa ini Ego wujud bagi mencari alasan dan rasionalnya terhadap

masalah itu. Ego berfungsi sebagai mengasimilasikan maklumat daripada

persekitaran dan memberi taakulan, pemikiran dan penyelesaian masalah. Sebagai

eksekutif personaliti ia terpaksa menanggung beban dan tanggungjawab yang amat

berat, kerana ia terpaksa menjadi orang tengah di antara desakan-desakan Id,

penentuan-penentuan Superego dan keadaan-keadaan persekitaran. Untuk

melaksanakan tugas-tugas ini dengan baik dan jayanya, ia haruslah berfikiran waras,

logik dan rasional. Ia wujud bagi mengendalikan urusan-urusan Id dengan alam

nyata, serta memberi perhatian kepada penentuan-penentuan superego. Apabila Ego

telah gagal dalam memuaskan Id maka wujudlah konflik dan ketegangan. Freud

menganggap tindakan selaku konsep ‘mekanisma bela diri’ mula wujud. Sebahagian

besar tindakan Ego adalah dalam paras kesedaran.

Page 40: PSZ:19:16 (Pind

22

c) Komponen Superego

Subsistem personaliti yang terbentuk dan berkembang secara berterusan

dalam kanak-kanak. Komponen ini biasanya menggabungkan moral dan nilai-nilai

masyarakat sebagai identifikasi individu. Mengikut Eugene (1967), Superego

seseorang dibentuk oleh ibu bapa mereka sejak bayi lagi. Ajaran ibu bapa akan

menjadi pegangan moral dan etika hidup kanak-kanak ini. Superego ini boleh

disamakan dengan perasaan moraliti dan kesedaran batin. Superego berfungsi

berlandaskan nilai-nilai moral, keagamaan dan realiti. Freud menjelaskan bahawa

Superego memainkan peranan yang penting bagi seseorang individu memahami

dengan apa yang perlu dilakukan atau ‘betul’ dan apa yang tidak boleh dilakukan

atau ‘salah’. Individu yang tidak menurut peraturan moral atau arahan Superego

maka dia akan berasa salah atau malu. Perasaan ini akan timbul konflik atau risau

dalaman individu tersebut. Pendek kata, fungsi-fungsi utama Superego ialah (1)

menyekat desakan-desakan Id, terutama sekali yang berbentuk seks, kerana

desakan-desakan ini amat dicemuhi masyarakat, (2) memujuk Ego untuk

menggantikan matlamat realistik dengan matlamat moral dan (3) berusaha ke arah

mencapai kesempurnaan.

Menurut Freud, perkembangan personaliti manusia terbentuk dalam lima

peringkat yang berturutan. Setiap peringkat ini dihubungkan dengan bahagian-

bahagian tertentu pada tubuh manusia. Semasa setiap peringkat, keinginan untuk

mendapatkan kepuasan menjadi konflik dengan nilai moral yang ditentukan oleh ibu

bapa, kemudiannya oleh Superego.

Peringkat pertama ialah peringkat oral (0 - 1½ tahun). Aktiviti diarahkan

untuk mendapatkan kepuasan melalui mulut seperti menghisap, menggigit dan

menelan. Peringkat kedua ialah peringkat anal (1½ - 3 tahun) yang bermula apabila

kanak-kanak berupaya mengawal dirinya. Kepuasan diperolehi daripada aktiviti

pembuangan najis. Kanak-kanak akan berusaha untuk berdikari sebagaimana yang

dilatih agar mendapat penerimaan dan kasih saying daripada ibubapanya.

Page 41: PSZ:19:16 (Pind

23

Peringkat ketiga dikenali sebagai peringkat falik (3 – 5 tahun). Pada

peringkat ini kanak-kanak mendapat keseronokan pada organ kejantinaan. Anak

lelaki dan perempuan mula tertarik kepada mereka yang berlainan jantina. Anak

lelaki memasuki fasa oedipus, lebih tertarik kepada ibunya, manakala anak

perempuan memasuki fasa elektra, lebih tertarik kepada bapanya.

Peringkat keempat merupakan peringkat pendaman (5 – 12 tahun) di mana

keinginan seksual semakin bertambah dan kanak-kanak mula ambil tahu mengenai

rakan sebaya yang berlainan jantina. Perasaan kasih mula dialihkan kepada orang

lain selain keluarganya. Seseorang itu mula menguasai nilai-nilai moral.

Peringkat yang terakhir ialah peringkat kejantinaan (12 tahun dan ke atas) di

mana remaja mula berminat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina (Decay,

1996:29). Mengikut Freud, inilah permulaan era kasih sayang dan era suka bekerja,

kerana melalui kasih sayang dan bekerja, mereka boleh mendapat kepuasan.

Kepuasan sebegini amat penting bagi mereka di dalam memberikan kestabilan dan

rasa selamat. Malah pada ketika inilah mereka telah mula membuat perancangan dan

persediaan bagi zaman dewasa kelak.

Teori Psikoanalisis menekankan bahawa personaliti seseorang berdasarkan

pengalaman sewaktu dia masih kanak-kanak. Jika seorang kanak-kanak sering

mengalami kekecewaan, dilayan dengan kejam, tidak mendapat kasih sayang yang

mencukupi, perkembangannya akan terjejas. Ini menyebabkan individu itu

berkelakuan kurang matang dan abnormal.

2.2.2.1.2 Teori Perkembangan Psikososial – Erikson Pelopor bagi teori perkembangan psikososial ialah Erik Erikson. Kajian

beliau terhadap beberapa orang ternama dari beberapa buah negara menunjukkan

bahawa perkembangan sahsiah manusia adalah hasil daripada interaksi antara baka

dan persekitaran. Menurut Erikson, hidup manusia dari mula lahir hingga

kematiannya melalui lapan tahap perkembangan. Dalam semua tahap, seseorang itu

Page 42: PSZ:19:16 (Pind

24

perlu menghadapi krisis perkembangan. Cara seseorang itu menghadapi dan

menyelesaikan krisis itulah akan memberi kesan terhadap sahsiah diri dan pandangan

masyarakat terhadapnya. Cara penyelesaian yang tidak baik terhadap sesuatu krisis

dalam suatu tahap perkembangan akan memberi kesan negatif dalam keseluruhan

perkembangan hidupnya walaupun kadangkala kesalahan yang dilakukan boleh

dibaiki pada tahap-tahap berikutnya (Woolfork, 1993).

Dalam tahap pertama hingga keempat, seseorang individu itu melalui tahap

kelahiran hingga berumur 12 tahun. Dalam tahap ini, seseorang itu mula

menyayangi dan mempercayai pihak-pihak tertentu. Seseorang itu juga mula

memperlajari perkara-perkara baru, lebih berinisiatif dan mempelajari banyak

kemahiran. Galakan dan pujian akan menambahkan keyakinan mereka sebaliknya

jika keinginan mereka dihalang akan menyebabkan mereka berasa rendah diri,

merasai kegagalan dan ketidakmampuan.

Dalam tahap perkembangan yang kelima (12 – 18 tahun), seseorang individu

itu memasuki alam keremajaan. Dalam tahap ini, seseorang ingin mencapai

identitinya sendiri dan kadangkala tidak mahu akur pada peraturan-peraturan yang

ditentukan oleh pihak sekolah atau guru. Mereka menganggapnya sebagai menyekat

kebebasan mereka dan adakalanya melanggar beberapa peraturan yang telah

ditetapkan. Dalam peringkat ini, ibu bapa dan guru haruslah memahami keperluan

remaja agar suatu sahsiah yang sihat akan terbentuk.

Dalam tahap keenam, seseorang individu akan memasuki alam dewasa.

Dalam tahap ini, seseorang terpaksalah mewujudkan perhubungan yang akrab

(intimacy) dengan orang-orang lain. Kegagalan dibuat demikian akan

mengakibatkannya menghadapi pengasingan (isolation). Ini bermakna, ada kalanya

seseorang itu terpaksa menurut atau melakukan sesuatu yang dilakukan oleh kawan-

kawannya untuk membolehkan dirinya menyertai kumpulan itu dan mengelakkan

pengasingan (Mohamad Daud, 1994).

Page 43: PSZ:19:16 (Pind

25

Dalam tahap ketujuh pula, seseorang itu memasuki alam pertengahan

kedewasaan. Di sini, setiap orang dewasa akan mencari jalan untuk memuaskan dan

menyokong generasi yang berikutnya.

Seseorang memasuki alam kedewasaan dalam tahap kelapan. Seseorang

akan melakukan refleksi kendiri dengan mengingat kembali kejayaan atau kegagalan

yang dialaminya di peringkat awal. Pada tahap ini, seseorang yang berjaya akan

menerima dirinya sendiri dan berasa puas hati dan seseorang yang mengalami

kegagalan akan merasa putus asa.

2.2.2.2 Model Humanistik

Manusia menurut model ini adalah aktif dan berfikiran positif. Matlamat

utama manusia ialah menyempurnakan kendiri. Oleh itu, model ini berpendapat

personaliti ialah pembinaan imej kendiri. Dua penghalang besar bagi pembinaan

kendiri ialah pertama, syarat dan sekatan yang dikenakan untk pembinaan kendiri

dan kedua, ketidakselarasan di antara apa yang ditanggap dengan apa yang dialami.

Carl Rogers adalah ahli personaliti yang berorientasikan humanistik.

2.2.2.2.1 Teori Konsep Kendiri – Carl Rogers

Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai persepsi diri

sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat persepsi orang lain

terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Kendiri adalah persepsi yang dipelajari

dan penaakulan moral yang mencukupi dari segi nilai-nilai, sikap dan nilai

masyarakat. Konsep kendiri positif adalah percaya dan yakin kepada diri sendiri

secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif. Konsep

kendiri negatif pula mempunyai sifat-sifat yang terlalu sensitif, rendah diri dan

sentiasa menjauhi diri dari orang lain.

Carl Rogers mempunyai pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii

manusia. Baginya, manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika

Page 44: PSZ:19:16 (Pind

26

wujud perasaan percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai dan

dialami. Beliau menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh

dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Beliau

menolak anggapan dan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong,

diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diurus hidupnya oleh orang lain. Beliau

yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai suatu

kecenderungan dan keupayaan semula jadi untuk berkembang peringkat demi

peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaan-keadaan yang

sesuai. Bagi beliau, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif

dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu yang pertama,

kejujuran, keikhlasan dan kebenaran, kedua, penerimaan tanpa syarat dan perasaan

ambil berat dan yang ketiga kefahaman yang mendalam.

Carl Rogers berpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model

yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang

dewasa dan dirinya sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini

akan membentuk konsep kendiri yang positif. Selain itu alam sekitar memainkan

peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan

penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku. Akhirnya penilaian individu

terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan, fizikal, kasih sayang dan

penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.

Cara-cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan,

bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan

hasil kanak-kanak dan memberi pujian atau ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk

nilai moral dan agama di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka kecil.

2.2.2.2.2 Teori Humanistik – Maslow Abraham Maslow (1970) telah memberi sumbangan besar menerusi kajian

mengenai perkembangan personaliti manusia. Teori Humanistik menyatakan

bahawa gangguan emosi akan berlaku jika potensi individu tidak berkembang atau

keperluannya tidak dipenuhi. Keadaan ini sudah tentu mengganggu konsep

Page 45: PSZ:19:16 (Pind

27

kendirinya (Rohayati et al, 1991). Keperluan seseorang jarang-jarang dapat dipenuhi

sepenuhnya. Ini bermakna, pembaikan sentiasa boleh dilakukan. Dengan itu,

seseorang selalu dimotivasikan oleh keperluannya.

Menurut Maslow, manusia mempunyai tujuh hierarki keperluan yang perlu

disempurnakan. Empat keperluan peringkat bawah iaitu keperluan untuk hidup,

keperluan untuk keselamatan daripada bahaya dan ancaman persekitaran, keperluan

untuk pengumpulan harta dan kasih sayang dan keperluan pencapaian diri.

Keempat-empat keperluan ini disebut ‘deficiency needs’. Manakala tiga peringkat di

atas yang dipanggil ‘being needs’ terdiri daripada keperluan terhadap pengetahuan

dan kefahaman, keperluan terhadap estetik dan yang paling atas adalah keperluan

terhadap pencapaian hasrat diri iaitu potensi dan kebolehan (Woolfork, 1980:340).

Di sekolah, pelajar-pelajar mempunyai pelbagai keperluan dan akan berusaha

memenuhi keperluan-keperluan itu. Kegagalan mereka memenuhi keperluan tertentu

akan mengakibatkan mereka menghadapi kesukaran semasa berada dalam satu

peringkat keperluan lagi dan dengan ini gangguan emosi terjadi. Pelajar yang

menghadapi gangguan emosi biasanya tidak dapat menumpukan perhatian dalam

pelajaran dan oleh itu, pencapaian akademik mereka tidak memuaskan.

2.2.2.3 Model Behaviorisme Oleh kerana model ini mengkaji perlakuan, maka aspek personaliti yang

diberikan tumpuan ialah emosi. Watson pernah mengutarakan bahawa hanya tiga

jenis emosi yang ada pada manusia iaitu suka, takut dan sayang. Watson juga

mengatakan bahawa emosi boleh dilazimkan. Dalam kajiannya, Watson mendapati

Albert yang pada mulanya tidak takut pada warna putih, apabila sahaja dia

memegang tikus belanda (warnanya putih), bunyi yang menakutkan dimainkan.

Akhirnya Albert takut bukan sahaja tikus belanda tetapi juga semua benda yang

berwarna putih. Ini ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Page 46: PSZ:19:16 (Pind

28

Rajah 2.2 : Emosi Takut Dipelajari Melalui Pelaziman

Tikus putih (Rangsangan terlazim) Bunyi kuat Emosi takut (Rangsangan semulajadi) (Gerak balas semulajadi yang kemudian menjadi gerakbalas terlazim)

Selain emosi, model ini juga berpendapat bahawa perlakuan yang ditonjolkan

oleh manusia dipanggil tabiat. Tabiat ini adalah akibat daripada peneguhan dan

peniruan model.

Model ini tidak begitu popular kerana personaliti bukan semata-mata emosi

sahaja. Ia adalah satu fenomena yang kompleks dan tidak dapat dikaji dengan hanya

menggunakan perlakuan.

2.2.2.3.1 Teori-Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura adalah seorang daripada arkitek Teori Pembelajaran Sosial

yang menekankan pengaruh model pada perkembangan sosial. Bandura memanggil

ini pembelajaran secara pemerhatian. Ini bermakna kanak-kanak mendapat

maklumat daripada pemerhatian orang lain, perkara-perkara, dan peristiwa-peristiwa

yang berlaku di sekelilingnya (Decay:1996: 42). Beliau menunjukkan bukti

bahawa pembelajaran berlaku melalui pemerhatian, membendung pemerhatian,

menghasilkan tingkahlaku yang dibendung serta peneguhan dan motivasi terhadap

tingkahlaku yang dihasilkan.

Teori-teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa tingkahlaku dipelajari.

Kanak-kanak biasanya mengikuti tingkahlaku orang-orang di sekitarnya. Proses ini

menjadi lebih cepat jika mereka diberi galakan dan peneguhan. Sebagai contohnya,

jika seseorang pelajar dipuji kerana dapat menghasilkan lukisan yang bermutu, maka

Page 47: PSZ:19:16 (Pind

29

ada kemungkinan besar pelajar itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk

menghasilkan lukisan yang lebih bermutu pada masa akan datang.

Tetapi jika seseorang kanak-kanak itu berhadapan dengan keganasan dan

tingkahlaku yang agresif di rumah, kemungkinan besar kanak-kanak itu mempelajari

tingkahlaku itu. Ini bermakna, faktor-faktor persekitaran seperti keluarga, sekolah

dan rakan sebaya boleh mempengaruhi tingkahlaku seseorang.

Dalam menjelaskan teorinya, Bandura telah menyatakan empat elemen utama

pembelajaran melalui pemerhatian serta harus diberi penekanan iaitu perhatian,

pembendungan, penghasilan, peneguhan dan motivasi.

Perhatian adalah elemen pertama pembelajaran. Bagi kanak-kanak, perhatian

mereka lebih terhadap ibu bapa, abang dan kakak atau guru-guru. Bagi pelajar-

pelajar yang lebih tua, perhatian mereka lebih banyak diberi kepada rakan sebaya

yang popular, penyanyi dan pelakon atau watak-watak utama televisyen.

Pembendungan merupakan tahap kedua dalam pembelajaran. Ini boleh

berlaku dengan cara mengingati perbuatan-perbuatan yang diperhatikan.

Pembendungan menjadi kukuh dengan berfikir tentang itu berulangkali atau melatih

perbuatan yang diperhatikan.

Penghasilan adalah tahap ketiga dalam pembelajaran. Ini bermakna

seseorang itu melakonkan apa yang dipelajarinya dalam kehidupan seharian. Ini

memerlukan latihan supaya penghasilannya licin tanpa sebarang masalah.

Tahap keempat dalam pembelajaran adalah pembelajaran melalui motivasi

dan peneguhan yang boleh menyebabkan sesuatu yang diperhati dan dipelajari

dipertunjukkan.

Page 48: PSZ:19:16 (Pind

30

Teori ini sangat sesuai diaplikasikan dalam konteks sekolah. Pelajar-pelajar

cenderung mempelajari daripada guru-guru yang mengajar mereka. Sekiranya guru-

guru di sekolah dapat memaparkan contoh yang baik dalam aktiviti harian di sekolah,

pembentukan personaliti pelajar akan lebih cenderung kepada ciri-ciri yang sihat dan

baik. Rakan sebaya memainkan peranan yang paling besar dalam mempengaruhi

pembentukan personaliti pelajar. Oleh itu, budaya sekolah yang sihat amat

digalakkan dalam persekitaran sekolah.

2.3 Kajian Lampau Yang Berkaitan Banyak pendapat menyatakan bahawa pencapaian akademik seseorang

pelajar berkait rapat dengan faktor kecerdasan mental pelajar. Walau bagaimanapun,

peranan faktor lain seperti faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi

dan sosiologi juga menyumbang kepada prestasi pencapaian akademik.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa orang ahli psikologi telah

membuktikan bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam mempengaruhi

pencapaian akademik seseorang pelajar (Lynn, 1959; Eysenck & Cookson, 1969;

Finlayson, 1970; Elliot, 1972; Jensen, 1973; Behren & Vernon, 1978).

Banyak kajian dijalankan tentang hubungan antara personaliti individu

dengan pencapaian akademik. Satu daripadanya adalah “The Role of Trait

Emotional Intelligence in Academic Performance and Deviant Behavior At School”

oleh Petrides, Norah dan Furnham, 2002. Kajian ini mendapati trait kecerdasan

emosi dapat menyeimbangkan hubungan antara keupayaan kognitif dengan

pencapaian akademik seseorang individu. Di samping itu, pelajar yang mempunyai

skor yang tinggi dalam trait kecerdasan emosi tidak berkecenderungan ponteng

sekolah ataupun dibuang sekolah. kesimpulannya pembentukan kecerdasan emosi

memberi kesan terhadap pencapaian akademik dan juga tingkah laku luar biasa di

sekolah.

Page 49: PSZ:19:16 (Pind

31

Menurut Ackerman dan Heggested (1997), individu mempunyai ciri

personaliti, kebijaksanaan dan minat dalam vokasional yang berbeza untuk berjaya di

dalam peperiksaan. Fagan dan Squitiera (2000) dalam kajiannya dengan pelajar

undang-undang, mendapati terdapat hubungan di antara ciri personaliti dengan

pencapaian akademik. Turban dan Dougherty (1994) mengesahkan hubungan di

antara ciri personality seperti kawalan lokus dan konsep kendiri dengan kejayaan

kerjaya. Wessell, Engle dan Smidchens (1978) mendapati pelajar yang agak awal

membuat cadangan dalam matlamat pendidikan adalah lebih menonjol di sekolah

berbanding dengan pelajar yang tidak merancang jadual akademik. Menurut M

Afzalur dan Zubir (1987), institut akademik sepatutnya menggalakkan kemasukan

pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang baik dan sifat ketidaksabaran

atau cepat marah yang rendah. Menurut Premuzic dan Furnham (2003), ciri

personaliti yang tinggi mempunyai hubungan yang signifikan dengan gred

peperiksaan. Coover & Murphy (2000) menguji hubungan di antara identiti diri

dengan pencapaian akademik dan mendapati konsep kendiri antara dimensi yang

lebih positif berkait dengan pencapaian akademik. Menurutnya identiti diri boleh

berubah melalui interaksi sosial dan komunikasi antara lain yang mana boleh

meninggikan pencapaian. Selain daripada itu, Digman dan Takemoto-Chock (1981)

dalam kajian mereka mengenai perasaan tanggungjawab pelajar, keazaman dan

ketekunan melaporkan yang ciri-ciri ini berkaitan dengan pencapaian akademik

seperti nilai purata gred (GPA).

Satu kajian yang mengaitkan ciri personaliti dan pencapaian telah dijalankan

di UPM. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara ciri personaliti dengan

pencapaian akademik di kalangan pelajar UPM. Dalam kajian ini ciri personaliti

diwakili oleh 7 dimensi iaitu motivasi, keyakinan, konsep kendiri, perhubungan

dengan orang lain, kebimbingan, fokus dan emosi (Rosini et al, 2005). Dapatan

kajian menunjukkan secara keseluruhan terdapat hubungan yang positif dan

signifikan tetapi rendah (r = 0.292) antara personaliti dengan pencapaian. Dimensi

motivasi, konsep kendiri, kebimbingan dan fokus menunjukkan hubungan yang

positif dan signifikan tetapi rendah dengan pencapaian.

Page 50: PSZ:19:16 (Pind

32

Satu kajian juga dijalankan untuk meninjau hubungan antara konsep kendiri

dan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih Institut Perguruan Darulaman

(Najeemah, 1997). Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang

signifikan tetapi sederhana di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik

guru pelatih (r = 0.58, p < .01). Selain daripada itu, secara perbandingan, konsep

kendiri aspek sosial didapti mempunyai hubungan yang paling tinggi dengan

pencapaian akademik guru pelatih perempuan (r = 0.66, p < .01). Bagi guru pelatih

lelaki pula, konsep kendiri aspek psikologikal didapati menunjukkan sifat hubungan

yang sama (r = 0.60, p < .01).

Terman dan rakan-rakan (1930) telah mengkaji perkembangan kanak-kanak

pintar cerdas dengan menggunakan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-

Binet Tests) yang telah diubahsuai. Kajian awal oleh Terman ini mendapati pelajar

pintar cerdas lebih mudah mesra, lebih popular dan gemar bergaul dengan rakan

sebaya. Sifat ini boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas sering

dikaitkan dengan personaliti ekstrovert di mana pelajar-pelajar ini suka bergaul,

cepat mengeluarkan idea, mudah mesra dan bersikap terbuka. Kajian yang dibuat di

kalangan pelajar sekolah rendah di Staffordshire oleh Eysenck dan Cookson (1961)

menunjukkan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah pelajar yang

mempunyai personaliti ekstrovert.

Kajian Johnson (1997) menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara

faktor personaliti dengan pencapaian akademik.

Kajian-kajian tersebut menunjukkan terdapat hubungan ciri-ciri personaliti

dengan pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah dan

pelajar pintar cerdas sahaja. Kajian ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah

diperlukan bagi mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh tentang hubungan

personaliti dengan pencapaian akademik. Dengan ini, satu kajian yang mengaitkan

trait-trait personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar tingkatan dua

Page 51: PSZ:19:16 (Pind

33

sekolah harian biasa dijalankan di daerah Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk

meninjau hubungan personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar

tingkatan dua di daerah Batu Pahat, Johor.

2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Manusia Pembentukan personaliti seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka

dan persekitaran.

2.4.1 Baka

Faktor baka akan mempengaruhi personaliti secara langsung. Kesemua unsur

yang terkandung dalam baka memberi kesan kepada perkembangan personaliti

seseorang.

a. Saiz badan. Saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang melakukan

sesuatu aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan

nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Ini menyebabkan seseorang itu

diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya.

Harga diri yang meningkat akan membentuk personaliti yang sihat.

b. Penyakit. Melalui baka, kemungkinan seseorang itu mewarisi penyakit

seperti lelah dan kencing manis. Kanak-kanak yang kurang bertenaga dan

kerap sakit akan menyukarkannya menyertai aktiviti sosial. Ini menyebabkan

perkembangan sosialnya terganggu. Hubungan dengan rakan-rakan yang lain

juga kurang. Individu ini akan kesunyian. Perkembangan personaliti

individu ini akan menjadi tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan

emosi terjejas.

c. Kecerdasan. Perbezaan kecerdasan yang diwarisi antara individu adalah

suatu kanyataan. Kecerdasan membantu seseorang individu menyelesaikan

Page 52: PSZ:19:16 (Pind

34

masalah sehari-hari dan masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan

dalam peperiksaan dan membentuk personaliti yang menyakinkan dalam

bilik darjah. Sebaliknya seseorang yang kurang kecerdasan menyebabkan

sukar untuk menyelesaikan tugasan akademik dan sering mendapat keputusan

yang kurang baik dalam peperiksaan. Ini akan menyebabkan seseorang itu

menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi pemalu.

d. Temperamen (Sifat semulajadi). Temperamen seseorang individu boleh

mempengaruhi interaksinya dengan individu-individu lain. Dibandingkan

dengan seseorang yang pemarah, seseorang yang stabil emosi serta boleh

mengawal kekecewaannya menyenangkan orang lain menghampiri dan

bergaul dengannya. Seseorang yang kurang sabar dan suka mengkritik orang

lain biasanya akan dijauhi oleh orang lain.

2.4.2 Persekitaran Faktor-faktor persekitaran seperti keluarga, pengalaman awal, kebudayaan,

pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa dan masyarakat mempunyai pengaruh

yang besar ke atas pembentukan personaliti seseorang individu.

2.4.2.1 Keluarga i. Suasana rumah. Oleh kerana manusia pertama yang ditemui dan dipelajari

perlakuannya ialah ibu dan bapa, maka, cara mereka dididik boleh mempengaruhi

personaliti seseorang. Terdapat empat dimensi penjagaan yang akhirnya boleh

menghasilkan beberapa personaliti. Dimensi ini ialah autonomi, kawalan, kasih

sayang dan kekasaran. Sahsiah yang dibentuk akibat daripada interaksi dimensi ini

ialah seperti Rajah 2.3 berikut. Ini bolehlah dijadikan panduan untuk mengasuh anak.

Page 53: PSZ:19:16 (Pind

35

Rajah 2.3 : Stail Keibubapaan

Autonomi ●Bebas

Renggang● ●Demokratik Tak Kisah●

Abaikan● ●Kerjasama Menolak● ●Menerima

Kekasaran Kasih Sayang ●Over Indulgent

Demanding● Antagonistic

●Protective Indulgent

Authoritarian Dictatoria● ●Kawalan ●Mengawal Ketat

Kawalan

Sumber: Othman et al (1995)

Dalam ikatan sosial keluarga, terdapat sifat kasih sayang, saling menghormati

dan pelaksanaan tanggungjawab oleh setiap ahli keluarga, di mana ayah menjadi

penanggungjawab keluarga. Ayah berperanan memenuhi segala keperluan hidup,

memberi perlindungan dan mengembangkan sahsiah anggota keluarga. Ibu pula

memainkan peranan tersendiri dalam pembentukan sahsiah anak-anak dalam sesuatu

keluarga. Biasanya, ibu merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak,

bermula daripada kelahirannya ibulah yang mengasuh, menyusu dan melindunginya.

Suasana dan cara perhubungan dalam keluarga memberi kesan terhadap

perkembangan personaliti seseorang individu. Perkembangan personaliti terancam

apabila ibu bapa bercerai dan keluarga retak. Ibu bapa yang bersikap demokratik

akan dapat membantu anak-anak dalam proses membuat keputusan. Keadaan

keluarga yang mesra dan harmoni memupuk perkembangan personaliti secara positif

dan dapat meningkatkan konsep kendiri individu.

ii. Pemakanan. Walaupun saiz badan seseorang individu ada kaitannya dengan

saiz badan ibu dan bapa, pemakanan memainkan peranan penting dalam

mengoptimumkan pertumbuhannya. Jika pemakanan yang diambil adalah seimbang,

pertumbuhan yang optimum dapat dicapai. Jika pemakanan tidak seimbang,

pertumbuhan mungkin akan terbantut ataupun mungkin akan keterlaluan. Anak yang

Page 54: PSZ:19:16 (Pind

36

gemuk, selain daripada peranan perwarisan, adalah disebabkan oleh pemakanan yang

tidak dikawal. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh personaliti seseorang

individu memerlukan pemakanan yang seimbang. Kekurangan zat-zat makanan

akan menyebabkan seseorang individu cepat berasa letih dan mudah dijangkiti

penyakit. Individu yang kurang sihat tidak akan belajar dengan penumpuan yang

sepenuhnya dan tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum dengan penglibatan yang

menggalakkan. Ini akan menjejaskan perkembangan jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial individu tersebut.

iii. Taraf Sosioekonomi Keluarga. Keadaan kewangan keluarga akan

menentukan tahap pendedahan seseorang individu terhadap kemudahan-kemudahan

pembelajaran yang ada. Individu yang datang dari keluarga yang mempunyai taraf

sosioekonomi sederhana dan ke atas biasanya dilengkapi dengan bahan pembelajaran

tambahan seperti komputer dan bahan rujukan. Mereka juga diberi pendedahan

dalam muzik dan kemahiran melukis. Individu yang datang dari keluarga miskin

biasanya tidak mempunyai kemudahan-kemudahan tersebut dan mereka biasanya

kekurangan keyakinan pada diri dan berasa rendah diri.

2.4.2.2 Pengalaman Awal

Perkembangan personaliti seseorang individu dipengaruhi oleh pengalaman

awal. Kanak-kanak yang cenderung merasa bimbang dan bersalah adalah kanak-

kanak yang selalu dihukum ketika melakukan kesilapan. Kanak-kanak yang tidak

pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan merasa rendah diri serta

terancam apabila tidak boleh mengenal huruf dan nombor. Keadaan ini menjejaskan

harga diri serta konsep kendiri kanak-kanak tersebut.

2.4.2.3 Kebudayaan

Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yang

berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu

akan mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang individu juga. Contohnya,

jika budaya sesebuah keluarga mementingkan unsur agama, maka individu yang

Page 55: PSZ:19:16 (Pind

37

dibesarkan akan menjaga nilai-nilai agama. Sebaliknya, keluarga yang menekankan

kekayaan dan kebendaan sebagai nilai penting dalam hidup, maka individu yang

dibesarkan akan bersifat materialistik.

2.4.2.4 Pengaruh Sekolah

Pengalaman di rumah tidak sama dengan pengalaman di sekolah. Kedua-dua

pengalaman ini saling Bantu-membantu dalam perkembangan personaliti seseorang

individu. Di sekolah, pengalaman kegagalan, kejayaan, persaingan, kerjasama,

kekitaan dan pelbagai lagi pengalaman dalam kehidupan akan dilalui.

Sekolah adalah agen sosialisasi yang beroperasi secara formal. Ianya

mengandungi struktur pentadbiran dalam mengurus program pengajian. Kuasa di

sekolah terletak kepada orang tertentu seperti pengetua, guru penolong kanan, guru

disiplin dan lain-lain lagi. Stail kepemimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi

perkembangan personaliti seseorang individu.

Pengetua sekolah yang tegas akan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan

pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif, kurang inovatif dan

tidak berani menerima cabaran. Guru yang penyayang akan membentuk emosi

pelajar yang stabil. Guru yang suka mendera pelajar akan melahirkan personaliti

pelajar yang kurang baik. Ini disebabkan guru merupakan agen sosialisasi yang

berpengaruh (Keith, 1979).

Persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan perkembangan

sikap positif terhadap rakan dan sekolah, kerana pelajar adalah produk sekitarnya.

Persekitaran sekolah yang baik akan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah

yang sempurna. Bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan memainkan

peranan yang penting dalam membentuk hubungan sosial antara pelajar.

Page 56: PSZ:19:16 (Pind

38

2.4.2.5 Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh dibahagi kepada dua iaitu pengaruh yang positif

dan pengaruh yang negatif. Rakan sebaya adalah pelengkap bagi perkembangan

personaliti. Tanpa rakan sebaya seseorang itu tidak menguji personalitinya. Juga

tanpa rakan sebaya, seseorang itu tidak akan mendapat maklum balas tentang

kesesuaian personalitinya. Sifat-sifat seperti berani, jujur, buruk sangka, bersaing,

bergaduh dan mengambil hati hanya dapat dipelajari daripada rakan sebaya.

Clark (1969) melaporkan terdapat empat corak budaya pelajar. Sub-budaya

keseronokan mengutamakan kecantikan rupa, sukan, berkelah dan sebagainya tanpa

menghargai nilai-nilai akademik. Sub-budaya akademik berorientasikan pelajaran

dan aktiviti-aktiviti bercorak akademik. Kumpulan delinkuen adalah pelajar yang

suka memberontak, menentang sekolah dengan nilai dewasa dan ponteng sekolah.

Kumpulan keempat tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mereka cenderung

mengasingkan diri, tidak mengambil tahu apa pun yang berlaku di sekeliling mereka

(Mohamed Nor, 1990:50).

Glidewell (1966) mendapati tiga keadaan utama pelajar-pelajar akan

dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka.

i. Pelajar-pelajar ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka.

ii. Pelajar-pelajar terpengaruh denan kepemimpinan dan kemampuan rakan

mereka.

iii. Mereka ingin membuktikan kebolehan dan memperolehi pengakuan dan

penghargaan rakan.

Selaras dengan pengaruh-pengaruh tersebut, Rose (1970) telah membuat

kesimpulan seperti berikut, “It is a matter of gaining acceptance from desirable

peers as belonging in the group, which later ripens into the conception of the

popular teenager.”

Page 57: PSZ:19:16 (Pind

39

2.4.2.6 Media Massa

Dunia semakin sempit dengan perkembangan teknologi telekomunikasi.

Pelajar-pelajar hari ini dapat tahu apa yang berlaku di seluruh dunia dengan melayari

internet. Selain daripada pengetahuan, budaya juga dapat diimpot dengan segera.

Pengaruh media massa amat ketara hari ini di kalangan remaja.

Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting bagi

perkembangan personaliti yang sihat. Pelajar yang didedahkan dengan program-

program yang berunsur penyampaian maklumat dan pengetahuan melalui televisyen

dan radio akan membantu dalam perkembangan intelek. Sebaliknya tayangan filem

dan video yang memaparkan keganasan, pergaduhan dan kezaliman akan

menyebabkan pelajar berkecenderungan menunjukkan tingkah laku yang agresif.

Media massa sedikit sebanyak mempengaruhi cara seseorang individu berfikir,

bertingkah laku, membentuk sikap dan memperoleh kemahiran. Guru dan ibu bapa

terpaksa menerima cabaran daripada media massa untuk membangkitkan motivasi

dan minat seseorang individu terhadap pelajaran sekolah.

2.4.2.7 Masyarakat

Masyarakat mempunyai cara yang tertentu bagi mempastikan yang ahli-ahli

di dalam generasi yang baru itu akan menjadi ahli-ahli masyarakat. Proses ini

keseluruhannya dikenal sebagai proses pemasyarakatan. Ahli-ahli masyarakat

mempunyai sistem ganjaran dan dendaan bagi membentuk kanak-kanak supaya

menjadi ahli masyarakat yang baru yang mempunyai tingkah laku yang dipersetujui

oleh masyarakat.

Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi

seseorang individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang

sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan

sedia berkorban untuk menolong orang lain.

Page 58: PSZ:19:16 (Pind

40

Masyarakat yang mementingkan kakayaan dan harta benda dengan

mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanak-

kanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar harta benda dan

kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi mencapai tujuan tersebut,

anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh dan

mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh

menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini.

Page 59: PSZ:19:16 (Pind

41

BAB III

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, pengkaji memberi huraian tentang beberapa aspek yang

berkaitan dengan pengkaedahan dan prosedur kajian. Tujuan kajian ini adalah untuk

mengenal pasti hubungan personaliti pelajar dengan pencapaian akademik di

kalangan pelajar tingkatan dua di sekolah menengah kebangsaan daerah Batu Pahat.

Dihuraikan juga kaedah dan tatacara kajian termasuk rekabentuk kajian, pemilihan

sampel, instrumentasi, prosedur pengumpulan data dan teknik penganalisaan data.

3.2 Rekabentuk Kajian Untuk memulakan kajian ini, proses pertama ialah menentukan skop kajian

yang meliputi tajuk, masalah dan andaian membabitkan pemboleh ubah. Seterusnya,

objektif ditetapkan dengan jelas dan berfokus. Selepas itu, dengan merujuk kepada

analisis SWOT, maklumat awal disenaraikan. Maklumat latar belakang tajuk, data

dan penjadualan diperoleh daripada pelbagai sumber seperti dokumen kerajaan,

jurnal, buku, abstrak, internet dan lain-lain lagi. Apabila keperluan sumber, staf,

masa, kewangan dan persampelan ditentukan, maka cara tinjauan dipilih. Kaedah

kutip data tinjauan adalah tadbir sendiri. Selepas ini, kajian rintis dijalankan untuk

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Rajah 3.1 menunjukkan

rekabentuk kajian ini.

Page 60: PSZ:19:16 (Pind

42

Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferensi, dijalankan dalam bentuk

tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Tinjauan ini dijalankan ke atas pelajar-

pelajar tingkatan dua untuk mendapat maklum balas daripada responden.

Abdul Aziz (1995) berpendapat bahawa penggunaan soal selidik adalah satu

cara yang baik dalam kajian analisis disebabkan cara ini mampu memberi banyak

maklumat.

Proses pengumpulan data dilakukan sendiri oleh pengkaji. Sebelum proses

pengumpulan data dilakukan pengkaji mendapatkan kebenaran menjalankan

penyelidikan dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan

Pengetua-Pengetua sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Batu Pahat.

Pengkaji mentadbir sendiri alat kajian. Borang soal selidik disampaikan

sendiri oleh pengkaji kepada responden dan pada ketika itu menerangkan kepada

responden tujuan penyelidikan ini dijalankan. Responden juga diyakini bahawa soal

selidik ini bukanlah ujian, tetapi yang dipentingkan ialah pandangan mereka

terhadap pernyataan item soal selidik. Pelaksanaan dilakukan dengan kaedah

kumpulan. Pelajar-pelajar yang lemah dalam pemahaman item akan diberi

penerangan yang lebih lanjut supaya mereka dapat menjawab secara tepat. Ini dapat

mempastikan kesahan yang tinggi dalam pelaksanaan kajian ini.

Page 61: PSZ:19:16 (Pind

43

Rajah 3.1 : Rekabentuk Kajian

10. Pilih kaedah proses data

11. Kajian rintis

12. Ubah suai soal selidik dan persampelan

16. Tinjauan UTAMA

2. Tentukan maklumat yang dikehendaki

3. Kumpul maklumat awal: Penjadualan ,analisis program dan sampel

7. Pilih cara tinjauan

6. Tentukan persampelan

8. Bina soal selidik

17. Suntingan dan pengekodan, tentukan penjadualan sebenar

9. Struktur dan pernyataan soalan

13. Temubual ringkas

15. Hantar surat peringatan

14. Sertakan surat penerangan untuk tinjauan melalui pos

19. Laporan / tesis

18. Penjadualan dan analisis data

4. Sorot maklumat dan penulisan terkini mengenai topik dan bidang

5. Tentukan keperluan sumber: staf, masa dan kewangan

1. Tentukan objektif

Sumber: Mohamad Najib (2003)

Page 62: PSZ:19:16 (Pind

44

3.3 Populasi, Sampel dan Tempat Kajian Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua di daerah

Batu Pahat. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mengumpul maklumat

daripada setiap orang ahli populasi. Oleh itu, kaedah persampelan digunakan.

Persampelan merupakan strategi penyelidikan di mana penyelidik boleh

mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi berdasarkan sebilangan individu

yang menganggotai populasi tersebut (Mohd. Majid, 2000).

Bagi tujuan pemilihan sampel, kaedah persampelan rawak kelompok

digunakan. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan tempat untuk memenuhi kehendak

kajian supaya memudahkan kaedah kajian (Mohamad Najib, 2003). Ia dilakukan

dengan andaian sampel mewakili populasi.

Pemilihan sekolah untuk tujuan kajian ini dilakukan dengan membahagikan

daerah Batu Pahat kepada kawasan Bandar dan luar Bandar. Jumlah responden yang

dipilih dari sekolah-sekolah menengah kebangsaan bandar Batu Pahat ialah 150

orang (50%) dan jumlah responden yang dipilih secara rawak dari sekolah-sekolah

menengah kebangsaan luar bandar Batu Pahat ialah 150 orang (50%). Jadi, subjek

kajian adalah terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan dua di daerah Batu Pahat.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrument Soal Selidik Personaliti Sidek Mohd

Noah yang menguji 15 trait personaliti.

Soal selidik ini mengandungi dua bahagian.

Bahagian I : Latar belakang responden dan Pencapaian Akademik.

Bahagian II: Soalan trait personaliti pelajar terdiri daripada 160 item di mana 150

item digunakan untuk menguji 15 trait personaliti (10 item untuk setiap

trait) dan 10 item untuk menguji tahap ketidakjujuran semasa memilih

Page 63: PSZ:19:16 (Pind

45

jawapan bagi item-item yang disediakan.

Para pelajar yang terlibat dalam kajian ini dikehendaki memberikan

pandangan mereka terhadap tiap-tiap pernyataan berdasarkan Ya (Y) atau Tidak (T).

Responden hanya perlu menandakan √ pada Y sekiranya pernyataan item itu

menerangkan diri pelajar. Jadual 3.1 berikut digunakan untuk mencatatkan

pemilihan jawapan pelajar dengan membulatkan item-item pilihan pelajar (dari soal

selidik). Seterusnya kadar skor bagi setiap jenis trait pelajar dijumlahkan dan

dicatatkan dalam ruangan kadar skor.

Jadual 3.1 : Trait-Trait Personaliti dan Item-Item Yang Berkaitan Bil. Trait Personaliti dan Item-Item Yang Berkaitan Kadar

Skor

1 Agresif 1 17 33 49 65 81 97 113 129 145

2 Analitikal 2 18 34 50 66 82 98 114 130 146

3 Autonomi 3 19 35 51 67 83 99 115 131 147

4 Bergantung 4 20 36 52 68 84 100 116 132 148

5 Ekstrovert 5 21 37 53 69 85 101 117 133 149

6 Intelektual 6 22 38 54 70 86 102 118 134 150

7 Introvert 7 23 39 55 71 87 103 119 135 151

8 Kepelbagaian 8 24 40 56 72 88 104 120 136 152

9 Ketahanan 9 25 41 57 73 89 105 121 137 153

10 Kritik diri 10 26 42 58 74 90 106 122 138 154

11 Mengawal 11 27 43 59 75 91 107 123 139 155

12 Menolong 12 28 44 60 76 92 108 124 140 156

13 Sokongan 13 29 45 61 77 93 109 125 141 157

14 Struktur 14 30 46 62 78 94 110 126 142 158

15 Pencapaian 15 31 47 63 79 95 111 127 143 159

KETIDAKJUJURAN 16 32 48 64 80 96 112 128 144 160

Item-item soal selidik dibentuk dengan mengambil kira bahawa tiada

persoalan sensitif yang boleh menyinggung perasaan individu atau mana-mana pihak,

serta tiada unsur menghasut dan mengkritik sesuatu dasar didapati dalam mana-mana

pernyataan item.

Page 64: PSZ:19:16 (Pind

46

3.4.1 Kajian Rintis

Kajian rintis diperlukan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan

instrumen kajian yang digunakan. Kesahan merujuk kepada ‘menguji apa yang ingin

diuji’ iaitu tahap kefahaman pelajar terhadap arahan dan ayat-ayat yang disusun bagi

setiap item. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan keputusan kajian iaitu

sesuatu tahap yang diperoleh oleh pengkaji melambangkan tahap kemahiran dalam

kajian tersebut (Mohamad Najib, 1999).

Pengkaji akan menjalankan satu ujian rintis untuk menjamin kesahan dan

kebolehpercayaan soal selidik yang akan digunakan. Data yang diperoleh dianalisis

dengan menggunakan ujian ‘Equal-length Spearman-Brown’ (kaedah pemisahan

separa) yang diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS.

Melalui kaedah ini, item-item dalam ujian trait agresif (no. 1, 17, 33, 49, 65,

81, 97, 113, 129 dan 145) dipisahkan kepada dua kumpulan item (dua bahagian)

dengan meletakkan item-item yang mengukur konsep yang sama dalam kumpulan

berpasangan dan seterusnya memisahkannya ke dalam dua kumpulan item. Jumlah

skor bagi kedua-dua bahagian item tersebut kemudian dikira, dan seterusnya nilai

korelasi di antara kedua-dua kumpulan skor tersebut dianalisis. Jika nilai korelasi

bagi kedua-dua skor tersebut tinggi, maka item-item ujian tersebut dikatakan

mempunyai kebolehpercayaan dalaman yang tinggi. Nilai pekali korelasi antara .75

hingga .95 menunjukkan kebolehpercayaan yang memuaskan. Selepas itu, nilai-nilai

pekali korelasi bagi trait-trait yang lain dianalisis dengan cara yang sama.

Page 65: PSZ:19:16 (Pind

47

Jadual 3.2 : Nilai Kebolehpercayaan 15 Trait Personaliti

Bil. Trait Pekali Korelasi

1 Agresif .895

2 Analitikal .876

3 Autonomi .908

4 Bergantung .887

5 Ekstrovert .938

6 Intelektual .827

7 Introvert .892

8 Kepelbagaian .810

9 Ketahanan .879

10 Kritik diri .836

11 Mengawal .830

12 Menolong .767

13 Sokongan .812

14 Struktur .882

15 Pencapaian .868

3.5 Analisis Data

Data yang dikumpul akan diproses dengan menggunakan program ‘Statistical

Packages For Social Sciences (SPSS) 11.5 For Windows’. Data terkumpul dianalisis

menggunakan kaedah saintifik deskriptif dan inferensi sejajar dengan objektif kajian.

Setiap item dalam soal selidik yang berhubung dengan trait personaliti diuji

dengan nilai kekerapan, peratusan dan min untuk mengetahui pola trait personaliti

dan pencapaian akademik di kalangan pelajar tingkatan dua.

Selain itu, Analisis Inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis pada aras

signifikan p≤ .05 sebagai asas untuk menerima atau menolak sesuatu hipotesis.

Page 66: PSZ:19:16 (Pind

48

Ujian Korelasi Pearson akan digunakan untuk menguji hubungan 15 trait personaliti

dengan pencapaian akademik untuk mempastikan sama ada wujudnya hubungan

signifikan di antara setiap trait personaliti dengan pencapaian akademik.

3.6 Takwim Penyelidikan

Jadual 3.3 : Takwim Penyelidikan

TARIKH TINDAKAN

Tahun: 2007

Januari-Mac

Membina cadangan dan sorotan penulisan

Mac-April Lawatan ke sekolah-sekolah menengah kebangsaan

daerah Batu Pahat untuk mendapatkan kebenaran dan

kerjasama bagi melaksanakan kajian

Mei-Jun Menyediakan soal selidik dan melaksanakan kajian rintis

Julai Tadbir soal selidik I

Julai Analisis data

Ogos Pelaksanaan latihan

Ogos Tadbir soal selidik II

September Analisis dan tafsir data

September-Oktober Laporan kajian

November Pembentangan

Page 67: PSZ:19:16 (Pind

49

BAB IV

KEPUTUSAN DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membentangkan dapatan-dapatan kajian tentang personaliti pelajar

tingkatan dua dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Analisis dibuat

menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan

menghuraikan latar belakang diri responden. Statistik korelasi Pearson digunakan

untuk menguji hipotesis.

Penganalisaan data dilakukan berdasarkan soal selidik yang telah lengkap

dijawab oleh 300 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua di

daerah Batu Pahat.

4.2 Huraian Latar Belakang Responden

Maklumat latar belakang responden terdapat di Bahagian I soal selidik.

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang jantina, umur dan bangsa responden.

Page 68: PSZ:19:16 (Pind

50

4.2.1 Jantina Responden

Jadual 4.1 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Daripada

300 orang responden, 129 orang (43%) adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan 171

orang (57%) adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina bilangan Peratus (%) Lelaki 129 43.00

Perempuan 171 57.00 jumlah 300 100.00

4.2.2 Umur Responden Umur kesemua responden adalah 14 tahun disebabkan tiada seorang pun dari

kalangan mereka pernah melalui kelas peralihan.

4.2.3 Bangsa Responden Jadual 4.2 menunjukkan bilangan responden mengikut bangsa. Didapati

seramai 176 orang pelajar (58.70%) yang menjadi responden terdiri daripada

keturunan Melayu, 117 orang responden (39.00%) terdiri daripada kaum Cina, 6

orang responden (2.00%) terdiri daripada kaum India dan 1 orang responden (0.30%)

terdiri daripada kaum lain.

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Bilangan Peratus (%) Melayu 176 58.70

Cina 117 39.00 India 6 2.00

Lain-lain 1 0.30 Jumlah 300 100.00

Page 69: PSZ:19:16 (Pind

51

4.3 Pencapaian Akademik Responden Jadual 4.3 menunjukkan min bagi pencapaian akademik adalah 61.61, di

mana ia terletak di kategori sederhana, berdasarkan Jadual 4.4. Berdasarkan Jadual

4.5, 80.4% daripada responden adalah berada dalam kategori sederhana dalam

pencapaian akademik. Hanya 10.3% daripada responden adalah daripada pelajar

cemerlang yang berprestasi tinggi. 9.3% daripada responden ini adalah responden

yang menunjukkan prestasi akademik yang rendah.

Jadual 4.3 : Min dan Sisihan Piawai bagi Pencapaian Akademik

Pencapaian Akademik Min Sisihan Piawai Purata Markah 8 Mata Pelajaran Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007

61.61 9.73

Jadual 4.4 : Tahap-Tahap Pencapaian Akademik

Kategori Purata Tinggi 75--100

Sederhana 50 -- 74 Rendah 0 -- 49

Jadual 4.5 : Tahap Pencapaian Akademik Responden

Skor Kekerapan Peratus (%)

Tinggi 31 10.3 Sederhana 241 80.4

Pencapaian Akademik

Rendah 28 9.3 4.4 Pola Trait-Trait Personaliti Berdasarkan Jadual 4.6 dan Jadual 4.7, jelas dilihat bahawa kebanyakan

responden mempamerkan trait-trait agresif, autonomi, bergantung, ketahanan, kritik

diri, menolong, struktur dan pencapaian pada tahap yang tinggi tetapi mempamerkan

trait-trait analitikal, ekstrovert, intelektual, introvert, kepelbagaian, mengawal dan

sokongan pada tahap yang sederhana.

Page 70: PSZ:19:16 (Pind

52

Jadual 4.6 : Pentafsiran Inventori Personaliti Sidek (IPS)

Kategori Skor Tinggi 7 --10

Sederhana 4 -- 6 Rendah 0 -- 3

Bil Trait Skor Kekerapan Peratus Tinggi 145 48.3

Sederhana 138 46.0 1 Agresif

Rendah 17 5.7 Tinggi 92 30.7

Sederhana 179 59.6 2 Analitikal

Rendah 29 9.7 Tinggi 157 52.6

Sederhana 122 40.7 3 Autonomi

Rendah 21 7.0 Tinggi 177 59.0

Sederhana 114 38.0 4 Bergantung

Rendah 9 3.0 Tinggi 88 29.3

Sederhana 149 49.7 5 Ekstrovert

Rendah 63 21.0 Tinggi 68 22.7

Sederhana 170 56.6 6 Intelektual

Rendah 62 20.7 Tinggi 66 22.0

Sederhana 148 49.3 7 Introvert

Rendah 86 28.7 Tinggi 99 33.0

Sederhana 179 59.7 8 Kepelbagaian

Rendah 22 7.3 Tinggi 153 51.0

Sederhana 122 40.7 9 Ketahanan

Rendah 25 8.3 Tinggi 133 44.3

Sederhana 129 43.0 10 Kritik Diri

Rendah 38 12.7 Tinggi 73 24.3

Sederhana 133 44.4 11 Mengawal

Rendah 94 31.3 Tinggi 209 69.7

Sederhana 76 25.3 12 Menolong

Rendah 15 5.0 Tinggi 130 43.3

Sederhana 142 47.4 13 Sokongan

Rendah 28 9.3 Tinggi 192 64.0

Sederhana 97 32.3 14 Struktur

Rendah 11 3.7 Tinggi 212 70.7

Sederhana 77 25.6 15 Pencapaian

Rendah 11 3.7

Page 71: PSZ:19:16 (Pind

53

Jadual 4.7 : Min, Sisihan Piawai dan Pola Trait-Trait Personaliti

Bil. Trait-Trait

Personaliti

Min Sisihan Piawai Tahap Trait

Responden

1 Agresif 6.26 1.69 Tinggi

2 Analitikal 5.73 1.69 Sederhana

3 Autonomi 6.44 1.88 Tinggi

4 Bergantung 6.75 1.66 Tinggi

5 Ekstrovert 5.41 2.13 Sederhana

6 Intelektual 5.16 1.80 Sederhana

7 Introvert 4.84 2.04 Sederhana

8 Kepelbagaian 5.84 1.61 Sederhana

9 Ketahanan 6.43 1.94 Tinggi

10 Kritik diri 6.09 2.05 Tinggi

11 Mengawal 4.68 2.20 Sederhana

12 Menolong 7.21 1.93 Tinggi

13 Sokongan 6.21 1.97 Sederhana

14 Struktur 6.96 1.72 Tinggi

15 Pencapaian 7.13 1.77 Tinggi

4.5 Pengujian Hipotesis Analisis inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis pada signifikan p≤ .05

sebagai asas untuk menerima atau menolak sesuatu hipotesis. Ujian korelasi Pearson

digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan signifikan antara setiap trait

personaliti pelajar tingkatan dua dengan pencapaian akademik mereka.

4.5.1 Ho1 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

agresif dengan pencapaian akademik.

Jadual 4.8 menunjukkan hubungan 15 trait personaliti pelajar tingkatan dua

dengan pencapaian akademik mereka. Untuk mencari hubungan tersebut, paras

signifikan α = 5 peratus atau .05 telah dipilih. Nilai p yang dicatatkan oleh trait

Page 72: PSZ:19:16 (Pind

54

personaliti agresif adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang

menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti

agresif dengan pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti agresif dengan

pencapaian akademik.

. 4.5.2 Ho2 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

analitikal dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang diperolehi bagi trait personaliti analitikal

adalah lebih kecil daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan bahawa

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti analitikal dengan

pencapaian akademik adalah ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan yang wujud antara trait personaliti analitikal dengan pencapaian akademik

pelajar. Nilai Korelasi Pearson, R menunjukkan bahawa trait personaliti analitikal

mempunyai korelasi positif sederhana dengan pencapaian akademik.

4.5.3 Ho3 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

autonomi dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti

autonomi adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti autonomi

dengan pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti autonomi dengan

pencapaian akademik.

4.5.4 Ho4 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

bersandar dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti

bergantung adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

Page 73: PSZ:19:16 (Pind

55

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti bergantung

dengan pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti bergantung dengan

pencapaian akademik.

4.5.5 Ho5 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

ekstrovert dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti

ekstrovert adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti ekstrovert

dengan pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti ekstrovert dengan

pencapaian akademik.

4.5.6 Ho6 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

intelektual dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang diperolehi bagi trait personaliti

intelektual adalah lebih kecil daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti intelektual

dengan pencapaian akademik adalah ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan yang wujud antara trait personaliti intelektual dengan pencapaian

akademik pelajar. Nilai Korelasi Pearson, R menunjukkan bahawa trait personaliti

intelektual mempunyai korelasi positif yang amat rendah dengan pencapaian

akademik.

4.5.7 Ho7 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

introvert dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti introvert

adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan bahawa

Page 74: PSZ:19:16 (Pind

56

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti introvert dengan

pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat

hubungan yang signifikan antara trait personaliti introvert dengan pencapaian

akademik.

4.5.8 Ho8 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

kepelbagaian dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang diperolehi bagi trait personaliti

kepelbagaian adalah lebih kecil daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang

menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti

kepelbagaian dengan pencapaian akademik adalah ditolak. Ini menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan yang wujud antara trait personaliti pencapaian

dengan pencapaian akademik pelajar. Nilai Korelasi Pearson, R menunjukkan

bahawa trait personaliti kepelbagaian mempunyai korelasi positif yang amat rendah

dengan pencapaian akademik.

4.5.9 Ho9 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

ketahanan dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti

ketahanan adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti ketahanan

dengan pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti ketahanan dengan

pencapaian akademik.

4.5.10 Ho10 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

kritik diri dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti kritik

diri adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

Page 75: PSZ:19:16 (Pind

57

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti kritik diri

dengan pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti kritik diri dengan

pencapaian akademik.

4.5.11 Ho11 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

mengawal dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang diperolehi bagi trait personaliti

mengawal adalah lebih kecil daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti mengawal

dengan pencapaian akademik adalah ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan yang wujud antara trait personaliti mengawal dengan pencapaian

akademik pelajar. Nilai Korelasi Pearson, R menunjukkan bahawa trait personaliti

mengawal mempunyai korelasi positif yang amat rendah dengan pencapaian

akademik.

4.5.12 Ho12 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

menolong dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti

menolong adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti menolong

dengan pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti menolong dengan

pencapaian akademik.

4.5.13 Ho13 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

sokongan dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti

sokongan adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

Page 76: PSZ:19:16 (Pind

58

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti sokongan

dengan pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti sokongan dengan

pencapaian akademik.

4.5.14 Ho14 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

struktur dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang dicatatkan oleh trait personaliti struktur

adalah lebih besar daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan bahawa

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti sstruktur dengan

pencapaian akademik adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat

hubungan yang signifikan antara trait personaliti struktur dengan pencapaian

akademik.

4.5.15 Ho15 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti bagi trait

pencapaian dengan pencapaian akademik.

Berdasarkan Jadual 4.8, nilai p yang diperolehi bagi trait personaliti

pencapaian adalah lebih kecil daripada nilai α = .05. Hipotesis nol yang menyatakan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait personaliti pencapaian

dengan pencapaian akademik adalah ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan yang wujud antara trait personaliti pencapaian dengan pencapaian

akademik pelajar. Nilai Korelasi Pearson, R menunjukkan bahawa trait personaliti

pencapaian mempunyai korelasi positif yang amat rendah dengan pencapaian

akademik.

Page 77: PSZ:19:16 (Pind

59

Jadual 4.8 : Korelasi Trait Personaliti Dengan Pencapaian Akademik

Hubungan Pemboleh Ubah

Nilai Korelasi Trait Personaliti dengan Pencapaian Akademik

R

Aras Signifikan

P

Jumlah Responden

N

Agresif .076 .094 300 Analitikal .528** .000 300 Autonomi .041 .240 300 Bergantung .091 .058 300 Ekstrovert .022 .351 300 Intelektual .291** .000 300 Introvert -.047 .210 300 Kepelbagaian .166** .002 300 Ketahanan .087 .067 300 Kritik Diri -.012 .421 300 Mengawal .171** .001 300 Menolong .091 .058 300 Sokongan .007 .454 300 Struktur .088 .065 300 Pencapaian .103** .038 300 Aras Signifikan, α = .05

Page 78: PSZ:19:16 (Pind

60

BAB V

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Kajian ini menganalisis personaliti pelajar tingkatan dua dan hubungannya

dengan pencapaian akademik. Bab ini membincangkan semua hasil daripada analisis

data. Semua dapatan dan keputusan kajian ini diperolehi berdasarkan kejujuran dan

keikhlasan responden semata-mata. Perbincangan dalam bab ini juga merangkumi

rumusan dan cadangan pengkaji berdasarkan analisis dan sintesis data-data yang

diperoleh melalui kaedah tinjauan.

Perbincangan akan menyentuh tiga bahagian, iaitu pola trait personaliti

pelajar tingkatan dua, tahap pencapaian akademik pelajar tingkatan dua dan

hubungan antara trait personaliti pelajar tingkatan dua dengan pencapaian akademik

mengikut aspek-aspek yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Seterusnya rumusan

dan cadangan dibuat melalui analisis dan sintesis data-data yang diperolehi.

5.2 Perbincangan Tentang Pola Trait Personaliti Berdasarkan pentafsiran Inventori Personaliti Sidek, skor yang diperoleh dari

setiap jenis trait personaliti dibahagikan kepada tinggi, sederhana dan rendah. Pola

trait-trait personaliti pelajar adalah seperti Rajah 5.1 berikut:

Page 79: PSZ:19:16 (Pind

61

Rajah 5.1 : Pola Trait-Trait Personaliti Pelajar

Tinggi

Sederhana

Rendah

Agr

esif

Ana

litik

al

Aut

onom

i

Ber

gant

ung

Ekst

rove

rt

Inte

lekt

ual

Intro

vert

Kep

elba

gaia

n

Ket

ahan

an

Krit

ik D

iri

Men

gaw

al

Men

olon

g

Soko

ngan

Stru

ktur

Penc

apai

an

a. Bagi trait agresif, kebanyakan responden menunjukkan skor yang

tinggi. ini bermakna kebanyakan responden mempamerkan sifat yang

suka mengkritik orang lain dan cenderung bertindak sebelum berfikir.

b. Kebanyakan responden menunjukkan skor sederhana bagi trait

analitikal. Ini bermakna kebanyakan responden tidak begitu sensitif

kepada persekitaran atau menganalisis orang lain, diri sendiri

mahupun situasi. Mereka ada kalanya akan membuat pemerhatian,

penyelidikan dan analisis.

c. Kebanyakan responden menunjukkan skor tinggi bagi trait autonomi.

Ini bermakna kebanyakan responden sukakan kebebasan sepenuhnya

dalam segala tindakan. Mereka biasanya dapat mengawal dan

menentukan aktiviti-aktiviti seharian.

d. Kebanyakan responden menunjukkan skor tinggi bagi trait bergantung.

Ini bermakna kebanyakan responden suka bergantung kepada orang

lain dan selalu meminta orang lain menunjuk arah. Mereka

cenderung mengharapkan pendapat dan nasihat orang lain terutama

yang berautoriti untuk membuat keputusan.

e. Kebanyakan responden menunjukkan skor sederhana bagi trait

ekstrovert. Ini bermakna kebanyakan responden berinteraksi dengan

orang lain mengikut keadaan. Kadang-kala mereka suka bersosial dan

kadang-kala mereka memilih untuk mengasingkan diri.

f. Kebanyakan responden menunjukkan skor sederhana bagi trait

intelektual. Ini bermakna kebanyakan responden mempunyai sedikit

Page 80: PSZ:19:16 (Pind

62

minat terhadap keilmuan. Kadang-kala mereka sanggup menerima

cabaran dari segi intelektual.

g. Kebanyakan responden menunjukkan skor sederhana bagi trait

introvert. Ini bermakna kebanyakan responden tidak berapa suka

bersosial. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengelak daripada

berkomunikasi mengikut situasi.

h. Kebanyakan responden menunjukkan skor sederhana bagi trait

kepelbagaian. Ini bermakna kebanyakan responden akan sukakan

pengalaman baru, perubahan dan mencuba sesuatu yang baru bila

diberi galakan.

i. Kebanyakan responden menunjukkan skor tinggi bagi trait ketahanan.

Ini bermakna kebanyakan responden mempunyai ketahanan dari segi

fizikal, mental dan emosi. Mereka biasanya akan menghabiskan

sesuatu tugas yang dimulakan dan bermotivasi untuk melakukan

sesuatu.

j. Kebanyakan responden menunjukkan skor tinggi bagi trait kritik diri.

Ini bermakna kebanyakan responden selalu rasa rendah diri, bimbang,

rasa bersalah dan kurang keyakinan.

k. Kebanyakan responden menunjukkan skor sederhana bagi trait

mengawal. Ini bermakna kebanyakan responden tidak suka

mengawal dan memimpin orang lain kecuali sangat diperlukan.

l. Kebanyakan responden menunjukkan skor tinggi bagi trait menolong.

Ini bermakna kebanyakan responden suka membantu dan membuat

kebajikan kepada orang lain.

m. Kebanyakan responden menunjukkan skor sederhana bagi trait

sokongan. Ini bermakna kebanyakan responden mempunyai

keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati bila

menghadapi sesuatu masalah.

n. Kebanyakan responden menunjukkan skor tinggi bagi trait struktur.

Ini bermakna kebanyakan responden suka kepada perkara-perkara

yang berstruktur, rutin dan terperinci.

o. Kebanyakan responden menunjukkan skor tinggi bagi trait pencapaian.

Ini bermakna kebanyakan responden sangat bermotivasi untuk

bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

Page 81: PSZ:19:16 (Pind

63

5.3 Perbincangan Tentang Tahap Pencapaian Akademik Pencapaian akademik dikategorikan kepada tinggi (75 – 100), sederhana (50

– 74) dan rendah (0 – 49). Purata bagi lapan mata pelajaran PMR diambil kira bagi

memperoleh min pencapaian akademik. Daripada 300 orang responden, 80.4%

mencapai tahap sederhana dalam pencapaian akademik. 10.3% daripada responden

mencapai tahap tinggi dan 9.3% daripada responden mencapai tahap rendah. Ini

bermakna pelajar-pelajar tingkatan dua di daerah Batu Pahat kebanyakannya terdiri

daripada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian prestasi adedemik pada tahap

sederhana, di mana min bagi pencapaian akademik adalah 61.61.

5.4 Perbincangan Tentang Hubungan Antara Trait Personaliti Dengan

Pencapaian Akademik

Dapatan kajian menunjukkan bahawa trait personaliti analitikal, intelektual,

kepelbagaian, mengawal dan pencapaian mempunyai hubungan yang signifikan

dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan dua di daerah Batu Pahat. Nilai

Korelasi Pearson, R menunjukkan bahawa trait personaliti analitikal (r = .528)

mempunyai korelasi positif sederhana dengan pencapaian akademik manakala

hubungan trait personaliti intelektual (r = .291), kepelbagaian (r = ..166), mengawal

(r = .171) dan pencapaian (r = .103) dengan pencapaian akademik adalah amat

rendah.

Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian-kajian yang dilakukan oleh

beberapa orang ahli psikologi yang telah membuktikan bahawa faktor personaliti

memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar

(Lynn, 1959; Eysenck & Cookson, 1969; Finlayson, 1970; Elliot, 1972; Jensen, 1973;

Behren & Vernon, 1978).

Dapatan kajian ini juga selaras dapatan kajian Fagan dan Squitiera (2000) ke

atas pelajar undang-undang yang mengatakan terdapat hubungan di antara ciri

personaliti dengan pencapaian akademik.

Page 82: PSZ:19:16 (Pind

64

Selain itu, dapatan kajian ini dapat menyokong kajian Coover & Murphy

(2000) yang mendapati konsep kendiri antara dimensi yang lebih positif berkait

dengan pencapaian akademik dan kajian Takemoto-Chock (1981) yang melaporkan

ciri-ciri tanggungjawab pelajar, keazaman dan ketekunan berkaitan dengan

pencapaian akademik seperti nilai purata gred (GPA).

Nilai korelasi yang dipamerkan oleh trait personaliti analitikal (r = .528)

dengan pencapaian akademik mempunyai persamaan dengan nilai korelasi yang

dipamerkan oleh hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru

pelatih (r = .58) yang dikaji oleh Najeemah (1997). Kedua-dua kajian ini

menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana antara personaliti

dengan pencapaian akademik.

Nilai korelasi yang ditunjukkan oleh trait personaliti intelektual (r = .291),

kepelbagaian (r = ..166), mengawal (r = .171) dan pencapaian (r = .103) dengan

pencapaian akademik mempunyai persamaan dengan nilai korelasi yang dipamerkan

oleh hubungan antara personaliti dengan pencapaian (r = .292) yang didapati oleh

Rosini et al dalam satu kajian yang mengaitkan ciri personaliti dengan pencapaian

akademik di UPM. Kedua-dua kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan tetapi amat rendah antara ciri personaliti dengan pencapaian akademik.

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

trait-trait personaliti agresif, autonomi, bergantung, ekstrovert, introvert, ketahanan,

kritik diri, menolong, sokongan dan struktur dengan pencapaian akademik.

Dapatan kajian yang menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara trait-trait ekstrovert dan introvert dengan pencapaian akademik ini tidak selari

dengan dapatan kajian oleh Eyesenck dan Cookson (1961) yang menunjukkan

pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah pelajar yang mempunyai

personaliti ekstrovert.

Page 83: PSZ:19:16 (Pind

65

Kajian ini memperlihatkan trait personaliti analitikal mempunyai hubungan

signifikan yang sederhana dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar

tingkatan dua. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai trait

personaliti analitikal, pelajar itu berpotensi menunjukkan pencapaian akademik yang

tinggi. Kajian ini juga memperlihatkan trait-trait personaliti intelektual,

kepelbagaian, mengawal dan pencapaian mempunyai hubungan yang signifikan

walaupun amat rendah, dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar tingkatan

dua. Ini menunjukkan sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai trait-trait

personaliti intelektual, kepelbagaian, mengawal dan pencapaian, pelajar itu akan

berpotensi menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi.

Oleh itu, kita boleh membantu pelajar-pelajar dari aspek personaliti bagi

meningkatkan prestasi pencapaian akademik mereka. Untuk tujuan ini, kita

seharusnya bermula dengan pembentukan personaliti yang bersifat analitikal,

intelektual, kepelbagaian, mengawal dan pencapaian di kalangan pelajar. Usaha ini

memerlukan guru-guru mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran yang dapat

mengukuhkan sifat-sifat personaliti tersebut. Misalnya, kaedah strategi inkuiri dan

penemuan sesuai digunakan disebabkan kaedah ini dapat membangkitkan naluri

ingin tahu pelajar serta menimbulkan minat mereka supaya berusaha mengejar ilmu

pengetahuan selanjutnya. Kaedah ini selari dengan perkembangan trait-trait

personaliti analitikal dan intelektual yang melatih pelajar berfikir secara saintifik dan

rasional supaya menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan

dan generalisasi yang diperolehi. Kaedah kerja kumpulan selain dapat memudahkan

penguasaan kemahiran mengikut kadar pembelajaran yang setimpal dengan

kebolehan pelajar, kaedah ini dapat menyediakan peluang untuk pelajar-pelajar yang

muncul sebagai ketua-ketua kumpulan untuk memimpin ahli-ahli lain bagi

menyiapkan sesuatu tugasan. Dengan ini sifat mengawal dapat dilatih dalam proses

tersebut dan ahli-ahli kumpulan menikmati perasaan pencapaian dalam hasil tugasan

yang diperolehi. Selain kaedah-kaedah tersebut, terdapat banyak lagi kaedah

pembelajaran yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. Guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran

memandangkan sifat personaliti kepelbagaian mempunyai hubungan yang signifikan

dengan pencapaian akademik pelajar.

Page 84: PSZ:19:16 (Pind

66

5.5 Rumusan Kajian Berdasarkan perbincangan di atas, jelas dilihat bahawa pelajar-pelajar

tingkatan dua di daerah Batu Pahat yang menjadi responden dalam kajian telah

menunjukkan satu pola trait personaliti yang dikaitkan dengan pencapaian akademik

mereka. Daripada perbincangan di atas, beberapa rumusan yang merangkumi

objektif dan hipotesis kajian boleh dibuat.

Dapatan kajian menunjukkan trait-trait personaliti yang lebih menyerlah di

kalangan responden adalah trait-trait personaliti agresif, autonomi, bergantung,

ketahanan, kritik diri, menolong, struktur dan pencapaian. Ini bermakna responden-

responden ini cenderung memunjukkan sifat-sifat ini dalam pengurusan kehidupan

harian.

Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pencapaian akademik di kalangan

responden. Pencapaian akademik responden berada pada tahap sederhana, iaitu

minnya adalah 61.61%. Selain itu, kebanyakan responden (80.4%) mencapai tahap

sederhana bagi pencapaian akademik ini.

Hasil pengujian hipitesis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

tetapi sederhana antara trait personaliti analitikal dengan pencapaian akademik

pelajar tingkatan dua di daerah Batu Pahat.

Hasil pengujian hipitesis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

tetapi amat rendah antara trait-trait personaliti intelektual, kepelbagaian, mengawal

dan pencapaian dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan dua di daerah Batu

Pahat.

Hasil pengujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara trait-trait personaliti agresif, autonomi, bergantung, ekstrovert,

introvert, ketahanan, kritik diri, menolong, sokongan dan struktur dengan pencapaian

akademik pelajar tingkatan dua di daerah Batu Pahat.

Page 85: PSZ:19:16 (Pind

67

5.6 Cadangan Kajian Pengkaji seharusnya berhati-hati apabila menterjemahkan keputusan-

keputusan sesuatu kajian yang melibatkan tingkah laku manusia kerana ia lebih

menjurus ke arah memberi cadangan daripada membuat kesimpulan (Nulty & Barrett,

1996). Dengan menggunakan dapatan-dapatan dari kajian sebagai satu landasan,

dikemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik di

kalangan pelajar.

5.6.1 Cadangan Kepada Pelajar Para pelajar perlu diberi kesedaran tentang betapa pentingnya pencapaian

akademik di peringkat sekolah menengah. Untuk tujuan ini, pelajar digalakkan

mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dirancang dan dilaksanakan di

sekolah. Selain itu, pelajar seharusnya mempunyai persepsi bahawa sekolah adalah

satu institusi pembelajaran yang berfungsi menyediakan kemudahan-kemudahan

untuk melengkapkan keperluan pembelajaran pada bila-bila masa. Maksudnya

pelajar menganggap pihak sekolah akan sentiasa bersedia mendidik mereka. Dari

segi personaliti, pelajar seharusnya mengukuhkan lagi trait-trait personaliti yang

dapat menyumbang kepada pencapaian akademik. Pelajar juga digalakkan

memupuk nilai-nilai murni bagi melengkapi diri dengan trait-trait personaliti yang

dapat menyeimbangkan diri dengan persekitaran walaupun trait-trait ini tidak

menyerlah pada diri sendiri.

5.6.2 Cadangan Kepada Guru Guru-guru seharusnya sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan pelajar

dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik yang dapat memotivasikan

pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh. Komunikasi yang efektif akan

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang efektif (Hargreaves, 1996).

Page 86: PSZ:19:16 (Pind

68

Selain itu, guru digalakkan menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan

pembelajaran supaya pelbagai kehendak daripada pelajar-pelajar yang berbeza dapat

dipenuhi.

Guru-guru juga selalu mengambil berat tentang kebajikan para pelajar dan

sentiasa menunjukkan keprihatinan kepada mereka. Guru-guru seharusnya melayan

para pelajar dengan adil supaya tidak memberi kesan negatif di kalangan pelajar.

Guru-guru tidak harus berdendam terhadap pelajar. Kesalahan pelajar dibetulkan

dengan cara yang rasional. Ketegasan yang bersifat positif akan menyebabkan para

guru dihormati oleh pelajar. Adalah wajar mendapatkan maklum balas daripada

pelajar dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengemukakan masalah-

masalah mereka. Guru-guru seharusnya memberi pengukuhan lebih berbentuk

sokongan moral seperti pujian, nasihat dan galakan berbanding dengan kaedah

menghukum dan mendenda. Mereka juga digalakkan mengeksploitasikan kelebihan-

kelebihan yang terdapat pada sikap dan tingkah laku pelajar.

Di peringkat sekolah, kajian tindakan perlu dijalankan untuk mengenalpasti

punca-punca yang menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik dan langkah-

langkah yang berkesan boleh diambil untuk mengatasinya. Guru-guru seharusnya

bertindak secara proaktif dalam mendalami masalah pelajar dan mengesan keperluan

pelajar dalam pengurusan hal ehwal pelajar.

5.6.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa Ibu bapa seharusnya didedahkan kepada pendidikan keibubapaan.

Pendidikan ini membolehkan ibu bapa menguasai cara dan kaedah yang betul untuk

mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Mereka boleh menghadiri ceramah,

forum, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Suasana

pembelajaran diwujudkan di rumah agar anak-anak mereka beranggapan bahawa

pembelajaran adalah penting dan harus diberi keutamaan. Ibu bapa memainkan

peranan yang penting dalam mewujudkan suasana hidup yang sihat dan bahagia

Page 87: PSZ:19:16 (Pind

69

dalam keluarga supaya anak-anak mereka berkembang dengan secara menyeluruh

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Di samping itu, ibu bapa seharusnya berhubung dengan pihak sekolah untuk

membincangkan masalah pembelajaran anak-anak mereka. Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG) memainkan peranan yang sangat berkesan. PIBG seharusnya dijadikan

jambatan yang paling berkesan untuk mewujudkan hubungan yang erat antara pihak

sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

5.6.4 Cadangan Kepada Kerajaan Kementerian Pendidikan seharusnya menjalankan kajian-kajian menyeluruh

tentang masalah prestasi akademik pelajar dari semasa ke semasa untuk

mengenalpasti punca-punca yang menyumbang kepada penurunan prestasi akademik

pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Setiap individu mempunyai satu

rumpun trait personaliti yang lebih menyerlah. Kementerian Pendidikan seharusnya

merancang program-program dalam mengukuhkan lagi trait-trait yang dapat

membantu pelajar meningkatkan lagi pencapaian akademik mereka.

5.7 Cadangan Untuk Kajian Lanjut Dengan merujuk kepada beberapa dapatan dan penemuan kajian yang telah

dianalisis dan diterjemahkan pengkaji merasakan terdapat beberapa sudut yang

memerlukan kajian lanjutan. Kajian-kajian yang perlu disusuli boleh ditumpukan

kepada melihat pencapaian akademik pelajar sekolah menengah dari pelbagai sudut.

Berikut adalah beberapa saranan untuk kajian lanjutan:

1. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sampel yang terhad sahaja iaitu

hanya tiga buah sekolah bandar di daerah Batu Pahat dan tiga buah sekolah

luar bandar di daerah Batu Pahat yang terlibat. Oleh itu, dapatan kajian

Page 88: PSZ:19:16 (Pind

70

hanya terbatas kepada enam buah sekolah sahaja. Kajian lanjut perlu

dijalankan dengan melibatkan lebih banyak sampel dan sekolah sama ada di

sekolah bandar atau luar bandar. Dengan cara ini sahaja gambaran yang lebih

menyeluruh tentang personaliti pelajar tingkatan dua dan hubungannya

dengan pencapaian akademik akan diperolah dengan lebih jelas dan tepat.

2. Kajian ini dijalankan ke atas sampel yang terdiri daripada semua tahap

pencapaian akademik. Kajian lanjut perlu dijalankan dengan berfokus

kepada golongan tahap pencapaian akademik tertentu untuk menguji apakah

trait-trait yang menyerlah di kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai tahap

pencapaian akademik yang hampir sama, misalnya pelajar cemerlang, pelajar

sederhana dan pelajar berprestasi rendah.

3. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Inventori Personaliti Sidek yang

mengandungi 160 item yang menguji 15 trait personliti dan juga

ketidakjujuran pelajar. Bilangan item yang banyak berkemungkinan

menyebabkan dapatan kajian tidak setepat yang diharapkan. Oleh itu, kajian

lanjut yang menguji kaitan antara personaliti dengan pencapaian akademik

boleh dibuat dengan mengubahsuai inventori tersebut atau menggunakan alat

ujian personaliti yang lain.

5.8 Kesimpulan Bab ini telah menerangkan perbincangan kepada personaliti pelajar tingkatan

dua dan hubungannya dengan pencapaian akademik, rumusan kajian, cadangan-

cadangan kajian dan saranan kajian lanjutan.

Secara keseluruhan, terdapat hubungan antara trait-trait personaliti pelajar

tingkatan dua dengan pencapaian akademik. Ini bermakna trait-trait personaliti

tertentu yang terdapat pada seseorang individu pelajar dapat menyumbang kepada

pencapaian akademiknya. Walau bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan untuk

Page 89: PSZ:19:16 (Pind

71

menguji dengan lebih terperinci tentang apakah trait-trait personaliti yang lain yang

seharusnya wujud pada diri seseorang yang akan menyumbang kepada pencapaian

akademik yang lebih cemerlang.

Dengan itu, diharap pada masa akan datang, lebih kajian dibuat tentang

kaitan antara personaliti dengan pencapaian akademik agar para pelajar kita akan

dapat dibantu dan dibimbing melalui saluran-saluran yang memanafaatkan.

Page 90: PSZ:19:16 (Pind

72

RUJUKAN Abd Majid Mohd Isa dan Rahil Mahyuddin (1995). “Psikologi Pendidikan 1 –

Pertumbuhan dan Perkembangan.” Petaling Jaya: Longman.

Ackerman, P. And Heggestad, E. (1997). “Intelligence, Personality, and Interests:

Evidence for Overlapping Traits.” Psychological Bulletin. 12. 219 – 245.

Atan Long (1978). “Psikologi Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon and Nordiana Mohd Nor (2007).

“Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Prestasi Pencapaian Akademik.” Fakulti

Pendidikan UTM (Laporan Kajian).

Azlina Abu Bakar@Mohd (2002). “Psikologi Personaliti Individu.” Shah Alam:

Karisma Publications Sdn. Bhd.

Azmah Tambi (1992). “Konsep Kendiri dan Pencapaian Akademik di Kalangan

Guru Pelatih”. Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Seri Kota (Laporan Kajian

ms. 12 – 18).

Chua, Y. P. (2006). “Kaedah dan Statistik Penyelidikan Asas Statistik dan

Penyelidikan Buku 2.” : Serdang: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Fagan, R. and Squitiera, P. (2002). “The Relationship between Personality

Characteristics and Academic Success in Law School.” Evaluation Research in

Education 16(2): 95 – 103.

Page 91: PSZ:19:16 (Pind

73

Goleman, D. (1995). “Emotional Intelligence.” New York: Bantam Books. Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (1997). “Psikologi Personaliti.” Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Najib Abdul Ghaffar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Skudai: Penerbit

UTM.

Mohamad Najib Abdul Ghaffar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik

Pendidikan.” Skudai: Penerbit UTM.

Mohd. Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Suratman, Basit Abd. Samat,

Abdul Rahman Hamzah dan Abdul Hafiz Abdullah (2004). “Kajian Sahsiah

Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang.” Pusat

Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia

(Laporan Kajian).

Mok, S. S. (2005). “Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K. (Penilaian Tahap

Kecekapan).” Puchong: Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.

Petrides, K. V., Norah Frederickson and Adrian Furnham (2002). “The Role of Trait

Emotional Intelligence in Academic Performance and Deviant Behavior at

School.” UK: Pergamon. Premuzic, T.C. and Furnham, A. (2003). “Personality Traits and Academic

Examination Performance.” European Journal of Personality. 17. 237 – 250.

Rosnaini Sulaiman dan Amla Salleh (2000). “Kesan Pola Personaliti Ke Atas

Keterampilan dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Pelatih.” Jurnal

PERKAMA. 8. 87-99.

Page 92: PSZ:19:16 (Pind

74

Schultz, D. and Schultz, E. S. (1998). “Theories of Personality.” Pacific Grove:

Brooks/Cole Publishing Company.

Schwartz, T. (1982). “Social Factors In Academic Achievement.” New York: The

Free Press.

Tam, Y. K. (1996). “Pendidikan Moral 1 : Konsep dan Program Pendidikan Moral”.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Theresa M. A. (2006). “School Context, Student Attitudes and Behavior, and

Academic Achievement: An Exploratory Analysis.” New York: MDRC.

Varathan Pachaippan (2001). “Persepsi Para Pelajar Terhadap Punca Masalah

Disiplin

Dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasinya – Satu Tinjauan Di Sekolah

Menengah Kebangsaan Skudai, Johor.” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana.

Page 93: PSZ:19:16 (Pind

75

LAMPIRAN A

Soal Selidik

Page 94: PSZ:19:16 (Pind

76

SOAL SELIDIK

PERSONALITI PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK

Responden Yang Budiman,

Soal selidik yang dikemukakan ini bukanlah satu ujian. Soal selidik ini bertujuan

mendapat maklumat tentang trait-trait personaliti anda dan kaitannya dengan

pencapaian akademik. Anda dikehendaki membaca soalan-soalan yang diberikan

dengan teliti dan kemudian menjawab dengan teliti, ikhlas dan jujur. Anda tidak

perlu takut dan bimbang kerana semua jawapan anda akan dirahsiakan. Anda

dikehendaki menjawab semua soalan dan isikannya di ruang yang disediakan.

Kerjasama yang anda berikan sangat dihargai.

………………………….

(YONG CHOOI YEAN)

Universiti Teknologi Malaysia

Skudai, Johor

Page 95: PSZ:19:16 (Pind

77

Soal Selidik Personaliti Pelajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian

Akademik

ARAHAN:

Sila berikan maklumat tentang diri anda dengan tepat dan ikhlas. Tandakan ( √ ) dalam petak yang

berkenaan dan tuliskan jawapan di ruang kosong yang disediakan.

Bahagian I : Latar belakang responden & Pencapaian Akademik

1. Nama Sekolah:_______________________________________

2. Bangsa

Melayu

Cina

India

Lain-Lain

3. Jantina

A. Lelaki

B. Perempuan

4. Umur:__________tahun

5. Tingkatan anda sekarang: Tingkatan 2 _________________

6. Nyatakan keputusan yang anda perolehi dalam Peperiksaan Pertengahan

Tahun:

Mata Pelajaran Markah

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

Sejarah

Geografi

Pendidikan Islam / B. Cina / B. Tamil

Kemahiran Hidup

PURATA

Page 96: PSZ:19:16 (Pind

78

Bahagian II: Soalan trait personaliti pelajar

ARAHAN:

A. Inventori ini mengandungi 160 pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, tandakan √ pada jawapan Y (YA) dan jika tidak menerangkan diri anda, tandakan √ pada jawapan T (TIDAK) yang disediakan.

C. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa.

Contoh:

No. Item Y T

1 Saya suka belajar. √

No. Item Y T 1. Selesa memberitahu kawan-kawan tentang apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran

saya.

2. Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda. 3. Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur yang

telah ditetapkan.

4. Merasa selamat bila saya tahu orang saya percayai berada disamping saya. 5. Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan. 6. Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa sahaja bahan yang saya

baca.

7. Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga. 8. Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah. 9. Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-masalah yang rumit. 10. Selalu mengelak dari bertanya kerana takut akan salah. 11. Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai

pemimpin.

12. Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah. 13. Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari rasa

tertekan.

14. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas. 15. Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat

berjaya.

16. Setakat ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan sesiapa. 17. Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli profesional bila

menghadapi masalah.

18. Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat dan lihat. 19. Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi. 20. Mengelak dari memperkatakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang

lain marah.

21. Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan yang besar. 22. Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar. 23. Seringkali memendam perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang lain. 24. Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang. 25. Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan. 26. Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal keadaan. 27. Selalu membuat keputusan-keputusan penting bersendirian tanpa mengharapkan

bantuan orang lain.

28. Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili.

Page 97: PSZ:19:16 (Pind

79

29. Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang dialami. 30. Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur. 31. Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak

berupaya melakukannya.

32. Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang. 33. Selesa meminta kembali barang-barang yang telah dipinjamkan oleh kawan. 34. Berminat membaca buku-buku bercorak akademik, falsafah dan psikologi. 35. Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian. 36. Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majoriti. 37. Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra. 38. Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang

praktikal.

39. Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan. 40. Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara. 41. Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja yang lain. 42. Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya. 43. Lebih suka menjadi ketua dari pengikut. 44. Sedia memberi pertolongankepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu

dihargai atau tidak.

45. Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain. 46. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang

terperinci.

47. Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja. 48. Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya. 49. Mudah melenting apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi. 50. Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubung dengan

manusia.

51. Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya. 52. Suka menerima pimpinan orang lain. 53. Mudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali. 54. Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan

penyelidikan.

55. Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur terlebih dahulu.

56. Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat. 57. Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya adalah

tipis.

58. Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan peroleh sehingga kini. 59. Suka membuat keputusan untuk kumpulan. 60. Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-kawan yang

memerlukan.

61. Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang lain. 62. Ada jadual makan dan tidur yang tetap setiap hari. 63. Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap pencapaian

cemerlang yang saya perolehi.

64. Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya. 65. Akan berterus terang menyatakan bahawa tingkahlakunya telah menyakitkan hati

saya.

66. Suka menganalisis personaliti individu yang saya temui. 67. Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti. 68. Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak

bersetuju dengan peraturan itu.

69. Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di dalam sesuatu kumpulan.

Page 98: PSZ:19:16 (Pind

80

70. Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstrak. 71. Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain dengan

kawan-kawan.

72. Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya rancangkan. 73. Boleh bekerja dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan

jemu.

74. Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah saya lakukan pada masa lalu.

75. Akan mengambilalih tugas kepimpinan apabila suasana berada dalam keadaan tertekan.

76. Gembira menghabiskan sebahagian dari masa saya membantu menyelesaikan masalah-masalah sosial.

77. Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya kepada kawan-kawan.

78. Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan.

79. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan.

80. Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan. 81. Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas. 82. Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup

masyarakat yang ideal.

83. Suka melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan, persetujuan dan pendapat orang lain.

84. Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.

85. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai. 86. Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang

bercorak akademik.

87. Suka menyendiri melayan fikiran. 88. Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru. 89. Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun saya

tidak suka.

90. Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya. 91. Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi. 92. Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu

yang kurang bernasib baik.

93. Selalu meminta kepastian dari orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakan adalah betul.

94. Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan kemas. 95. Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. 96. Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa 97. Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi. 98. Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah

sosial, politik dan ekonomi.

99. Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata.

100. Lebih banyak bertolak ansur tentang sesuatu perkara berbanding dengan orang lain.

101. Selesa bercakap dengan seseorang walaupun bertemu buat kali pertama. 102. Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel-artikel bercorak

akademik yang saya baca.

103. Merasa gugup bercakap di hadapan khalayak ramai 104. Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangkamasa yang lama. 105. Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain

Page 99: PSZ:19:16 (Pind

81

menarik diri. 106. Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak menggembirakan. 107. Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya. 108. Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri

saya sendiri.

109. Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa sokongan dari kawan-kawan.

110. Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang. 111. Merasakan kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan

lebih bersungguh-sungguh.

112. Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan menggembirakan. 113. Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari membuat kerja

yang disuruh oleh orang lain.

114. Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkah laku dan permasalahan manusia.

115. Selalu bertindak mengikut keyakinan sendiri. 116. Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percaya bagi membentuk

nilai-nilai hidup saya.

117. Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk seorang diri.

118. Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta cara penyelesaiannya.

119. Selalu merasa bimbang bila bertemu orang yang belum saya kenali. 120. Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang lain. 121. Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya

terpaksa bekerja lebih.

122. Merasakan yang diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah.

123. Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan dimana saya bertindak sebagai ketua. 124. Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang. 125. Merasa kecewa bila orang lain tidak menghargai diri saya. 126. Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar. 127. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain. 128. Walaupun rakan-rakan selalu membuatkan saya ternanti-nanti, saya tidak pernah

marah.

129. Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain. 130. Memperuntukan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah-masalah rumit

yang perlu diselesaikan.

131. Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin saya lakukan.

132. Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan masalah saya sendiri.

133. Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi. 134. Merasakan yang diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding

dengan kawan-kawan saya yang lain.

135. Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya. 136. Ingin memcuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali. 137. Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan mengubahnya. 138. Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dari orang

lain.

139. Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoriti. 140. Percaya bahawa kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada

saya.

141. Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain.

Page 100: PSZ:19:16 (Pind

82

142. Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu. 143. Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang mencabar. 144. Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang-ulang. 145. Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah. 146. Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan

lebih baik.

147. Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan oleh diri saya sendiri.

148. Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak berminat untuk melakukannya.

149. Mempunyai ramai sahabat dan kenalan 150. Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea. 151. Akan mengelak situasi-situasi yang memaksa saya berhubung dan berinteraksi

dengan orang ramai.

152. Merasa bosan hidup dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa perubahan.

153. Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya segera.

154. Takut akan kecewa dalam mengharungi hidup. 155. Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk

menyelia.

156. Suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran saya yang sakit. 157. Akan meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi

kebuntuan.

158. Rasa kecewa bila ada sesuatu yang mengganggu perjalanan rancangan saya. 159. Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh. 160. Saya tidak pernah cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi

bermesra dengan orang lain.

Soalan tamat.

Page 101: PSZ:19:16 (Pind

83

LAMPIRAN B

Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Daripada BPPDP

Page 102: PSZ:19:16 (Pind