lmck 1531 kepimpinan & kreativiti · web view... kami dibawa melawat ke sebuah lagi kilang iks...

8
LAPORAN PROGRAM SISWI TURUN SAWAH JAWATAN : PESERTA PROGRAM NAMA : NUR AZILAH BAHARUDDIN (A 148328) Saya mendapat tahu mengenai program ini melalui poster yang disebarkan melalui laman sosial. Setelah itu, saya

Upload: truonghuong

Post on 27-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM SISWI TURUN SAWAH

JAWATAN : PESERTA PROGRAM NAMA : NUR AZILAH BAHARUDDIN

(A 148328)

Saya mendapat tahu mengenai program ini melalui poster yang disebarkan melalui laman sosial. Setelah itu, saya terus menghubungi nombor yang disediakan untuk mendaftarkan diri. Saya berminat untuk mengikuti program ini untuk meningkatkan sifat kepimpinan dan kerjasama dalam diri disamping mencari pengalaman baru.

TENTATIF PROGRAM:

3 DISEMBER,8.30 - 10.00 P.M~ Saya dan para peserta yang lain diminta menghadiri perjumpaan untuk diberikan taklimat mengenai perjalanan program. Antara isu yang dibincangkan ialah:

- pendaftaran peserta proram- penerangan mengenai tentatif program- pembahagian ahli mengikut rumah keluarga angkat- cabutan undi untuk persembahan malam penutupan

TENTATIF PROGRAM UNTUK PESERTA

5 DISEMBER (JUMAAT)

~ Saya dan para peserta diminta berkumpul di perkarangan kafe Kolej Keris Mas pada pukul 6.30 a.m. Kami mula bertolak ke Kampung Sekinchan sekitar pukul 7.00 a.m menggunakan bas yang telah disediakan. Kami tiba di kampung tersebut pada pukul 10.30 a.m. Lawatan kami dimulakan dengan melawat sebuah kilang IKS tempatan yang menjalankan perniagaan membuat kuih bahulu. Di situ, kami telah ditunjukkan cara-cara membuat kuih bahulu serta kuih-kuih yang lain.

PENERANGAN OLEH PEMILIK KILANG BAHULU

Lawatan kami diteruskan lagi dengan melawat ke sawah padi yang berdekatan. Di sana, kami diterangkan mengenai proses-proses pembuatan beras dari penuaian padi, pemotongan padi dan sebagainya. Sebahagian daripada kami juga berpeluang untuk menaiki sendiri jentera memotong padi.

AKTIVITI DI SAWAH PADI

Seterusnya, kami dibawa melawat ke sebuah lagi kilang IKS iaitu yang menjalankan pembuatan Nata de Coco. Ia dihasilkan dengan proses-proses seperti memerap air perisa Nata de Coco dan menapis air yang masam. Disamping diajar mengenai proses pembuatannya, kami juga diberi peluang untuk merasa Nata de Coco yang telah dihasilkan.

A KTIVITI DI KILANG NATA DE COCO

Pada pukul 12.30 p.m, kami pun bergerak ke Homestay Ayer Manis. Setelah tiba di homestay tersebut, para peserta diberi waktu rehat sehingga pukul 4.30 p.m. Waktu itu telah digunakan oleh para peserta untuk makan tengahari, solat serta merehatkan diri. Aktiviti pada petang tersebut diteruskan dengan bermain layang-layang di pantai berdekatan homestay tersebut. Para peserta diberikan masa selama 1 jam untuk bermain sebelumbertolak pulang ke homestay.

Pada malamnya, majlis perasmian program berlangsung dan ianya telah dirasmikan

oleh wakil rakyat daerah tersebut iaitu Y.B Mohd Fakeh Bin Mohd Fasiah. Semasa majlis berlangsung, kami para peserta telah mempersembahkan dikir barat dan juga sketsa pendek. Cenderahati juga diberikan kepada keluarga angkat para peserta sebagai tanda kenang-kenangan. Apabila majlis berakhir, para peserta pun pulang mengikut keluarga angkat masing-masing.

PERASMIAN PROGRAM OLEH Y.B MOHD. FAKEH

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

6 DISEMBER (SABTU)

~ Program dimulakan dengan aktivit senamrobik dan seterusnya aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka yang dijalankan berunsurkan permainan kampung. Antara sukaneka yang dijalankan ialah bowling kampung dan memukul sarang tebuan.

AKTIVITI SENAMROBIK

AKTIVITI SUKANEKA

Aktiviti seterusnya ialah mengagau ikan keli. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama untuk kebanyakan peserta, ia tidak menghalang kami para peserta untuk mencuba aktiviti ini. Para peserta juga berpeluang mandi kolam di kolam buatan sendiri yang terdapat di bahagian belakang homestay.

Sebelum bertolak balik ke UKM, kami makan tengahari di homestay tersebut dan melawat ke Masjid Jin yang terletak berdekatan homestay tersebut. Pada pukul 3.00 p.m, kami pun bergerak pulang ke UKM.

GAMBAR KENANGAN BERSAMA KELUARGA ANGKAT & PEMILIK HOMESSTAY