prosa tradisional latih tubi

14
PROSA TRADISIONAL Set 1 Pelayaran yang Penuh Peristiwa Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu. Sungguhpun dalam hatinya ingin mengatakan bahawa puteri ini mungkin anak saudaranya, tetapi hatinya masih merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak ramai. “Sila anakanda ke balairung seri.” “Baiklah, ayahanda. Tetapi anaknda hendak ke gelanggang sabung terlebih dahulu.” Di gelanggang, disuruhnya Bujang Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab penghulu gelanggang, “Bermain di sini beradat juga, encik.” “Bolehkah menyeru tuah ayam di dalam gelanggang?” tanya Bujang Selamat lagi. “Semuanya boleh, encik. Yang tidak boleh hanya mencabut keris di pinggang, membuang tengkolok di kepala, menyingsing lengan dan menyerukan anak lelaki.” (Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peris tiwa”, diselenggarakan oleh Matlob, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) 1. Berikan maksud rangkai kata adat bergelanggang? (2 markah) 2. Berdasarkan petikan, mengapakah rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang Sulung? (3 markah) 3. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat? (4 markah) Antologi HARGA REMAJA mgt1430bm2011

Upload: mahathir-bin-samingoon

Post on 03-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

Set 1

Pelayaran yang Penuh PeristiwaBaca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.

Sungguhpun dalam hatinya ingin mengatakan bahawa puteri ini mungkin anak saudaranya, tetapi hatinya masih merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak ramai.

“Sila anakanda ke balairung seri.”“Baiklah, ayahanda. Tetapi anaknda hendak ke gelanggang sabung terlebih dahulu.” Di gelanggang, disuruhnya Bujang Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab

penghulu gelanggang, “Bermain di sini beradat juga, encik.”“Bolehkah menyeru tuah ayam di dalam gelanggang?” tanya Bujang Selamat lagi.“Semuanya boleh, encik. Yang tidak boleh hanya mencabut keris di pinggang, membuang

tengkolok di kepala, menyingsing lengan dan menyerukan anak lelaki.”

(Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peris tiwa”, diselenggarakan oleh Matlob, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Berikan maksud rangkai kata adat bergelanggang? (2 markah)2. Berdasarkan petikan, mengapakah rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang

Sulung? (3 markah)3. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam

masyarakat?(4 markah)

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 2: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

Merah SiluBaca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaya itu, “Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

Selelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka, “Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu.”

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghembuskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencari-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Apakah maksud rangkai kata sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong? (2 markah)

2. Mengapakah Raja Ahmad terlalu marah dengan Merah Gajah? (3 markah)3. Pada pendapat anda, mengapakah peperangan mendatangkan banyak keburukan berbanding

kebaikan? (4 markah)

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 3: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

Hikayat Indera NataBaca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan maka tersebutlah perkataannya Indera Nata berjalan itu. Maka ia pun bertemulah dengan sebuah bukit terlalu amat tinggi daripada segala bukit yang lain itu. Maka ia pun naiklah ke atas gunung itu. Maka Indera Nata pun melihat sebuah rumah terlalu tingginya itu.

Maka ia pun fikir di dalam hatinya itu, “Rumah apakah gerangan ini yang terlalu tingginya dan besarnya. Entah rumah jinkah atau rumah syaitankah atau rumah rasaksakah itu?”

Maka ia pun segeralah pergi mendapatkan rumah itu serta sampai maka ia pun melihat beberapa pakaian yang keemasan. Setelah itu maka ia pun melihat pula pada sebelah rumah itu, ada sebuah mahligai terlalu tingginya dan terlalu amat indah-indah perhiasannya itu.

Maka Indera Nata pun segera naik ke atas mahligai itu, serta sampai maka ia melihat tuan puteri tujuh orang. Maka Indera Nata pun hairan melihat kekayaan Tuhan seru akam sekalian.

Sebermula maka sekalian puteri itu pun terlalu suka hatinya melihat seorang lali-lakidatang itu dan terlalu elok parasnya.

Maka kata tuan puteri ketujuhnya itu, “Hai orang muda, siapakah nama tuan hamba ini dan betapa pekerjaan tuan hamba datang ke mari atau jin atau syaitan tiada berani ke mari kerana takut ia dimakan oleh raksas!”

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata”, diselenggarakan oleh Wahyunah Abd. Gani, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Berikan maksud rangkai kata mahligai terlalu tingginya dan terlalu amat indah-indah

perhiasannya itu. (2 markah)2. Apakah yang membuat Indera Nata mengkagumi rumah yang baru dilihatnya? (3 markah)3. Pada pendapat anda, wajarkah Indera Nata memasuki kawasan rumah yang tidak diketahui

pemiliknya? (4 markah)

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 4: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

Hikayat Khoja MaimunBaca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata Tiung itu maka ia pun terlalu marahnya, serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya seraya katanya, “Tak kusangka engkau tiada menaruh kasihan rupanya sama perempuan!” Maka Tiung itu pun matilah.Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainal membunuh tiung itu tiada dengan semena-mena, maka ia pun mendiamkan diri berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah mendapatkan bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun pura-pura terkejut seraya berkata “Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan maka datang malam-malam buta ini?” Maka datang ujar Bibi Zainal, “Hai Bayan, berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia! Betapakah bicaramu?

Setelah Bayan mendengar kata isteri Khoja Maimun itu lalu ia fikirseketika di dalam hatinya. “Jikalau demikian, kuturutkan kehendaknya kalau-kalau akudiperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taalaperempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau!” Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya, “Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok ynag memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan jikalau kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan tiada yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat handal berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh di dalam dunia ini melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada martabat raja atau anak raja itu tetapidengan ikhtiar juga maka sempurna adanya. Baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar.demikianlah adanya!

(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oleh Abdul Rahman Kaeh, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Berikan maksud serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya sebagaimana

terdapat dalam petikan. (2 markah)2. Mengapakah Bayan berpura-pura tidur setelah melihat peristiwa Bibi Zainal dan Tiung?

(3 markah)3. Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu? (4 markah)

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 5: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

Set 2

Pelayaran yang Penuh PeristiwaBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Ampun Tuanku,” kat aketua-ketua lanun itu, “harapdapat dibuang isi geliung ini kerana patik hendak mengisikan wang dinar emas di dalamnya.”

Setelah penuh sarat geliung itu dengan wang dinar emas diisikan oleh lanun-lanun itu, mereka pun bermohon kembali ke bahtera masing-masing.

Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikan seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.

Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.

Apabila jurumudi dengan Mualim sudah sedia di depan tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!”

Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung , mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?”

“Kerana mata ayahanda sudah kabur dengan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah ayahanda berkta demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?”

(Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peris tiwa”, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Terangkan maksud tua cendawan makin tua makin busuk yang digunakan dalam petikan di atas.(2

markah)

2. Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan ayahandanya seperti tua cendawan makin tua makin busuk?Nyatakan dua sebab. (2 markah)

3. Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri Dayang Seri jawa dengan jurumudi?Nyatakan empat alas an anda. (4 markah)

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 6: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

Merah SiluBaca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan dengan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dengan sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dengan pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu deng Merah Hasum berdua saudaradeng saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasun itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlang ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada member manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”

Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlang. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Berikan maksud rangkai kata putus bicara berdasarkan petikan di atas. (1

markah)

2. Nyataka tiga kesan yang berlaku selepas tragedy peperangan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad? (3 markah)

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangan? Nyatakan empat cara. (4 markah)

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 7: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

Hikayat Indera NataBaca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta msks Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”

Maka Indera Nata pun berceterakan hal ehwalnya daripada permulaannya datang kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis mendengar cetera anaknya itu serta katanya, “Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah bonda ini tuan!”

Maka Indera Nata pun terlalu kasihan mendengar kata bondanya itu,. Sebermula maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun bercintakan ayah bondanya. Seketika maka iapun menangis pula bersama-sama dengan bonda Indera Nata itu. Setelah sampailah kepada tengah malam tiadalah beroleh tidur. Adapun tangisannya itu dua perkara suatu sebab bertemu dengan anakanda Indera Nata dan kedua tangisnya itu sebab bercerai dengan ayahandanya. Setelah itu maka hari pun sianglah, maka tuan puetri yang ketujuh orang itu pun berdiamlah ia bersama-sama dengan Tuan Puteri Cenderawati.

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata”, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Nyatakan dua perkara yang ditanyakan oleh Tuan Puteri Cenderawati ketika Indera Nata

menyembah serta sujud kepadanya. (2 markah)

2. Berikan dua sebab tujuh orang puteri dan bonda Indera Nata menangis sehingga tengah malam?(2

markah)

3. Jika anda Indera Nata, apakah tindakan yang akan anda lakukan setelah melihat bonda dan tujuh orang puteri itu menangis sehingga tengah malam?Kemukakan empat tindakan yang akan anda lakukan. (4 markah)

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 8: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

Hikayat Khoja MaimunBaca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula adapun adapun akan isteri saudagar itu, telah ia melihat kelakuan raja demikian itu, maka katanya, “Hai Raja, kepada hati raja, hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba mengerjakan pekerjaan yang sedemiakan itu dan lagi tiada di perkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada pada segala makhluk, muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab tatkala di Padang Mahsyar di hadapan penghulu hamba yang Maha Mulia itu. Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan masyhur juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya. Syahadan lagi jikalau perempuan yang tiada berbudi lagi hina zahil akanya itu redalah ia dapat malu dianya, tiada takut azab Allah Taala di dalam neraka jahanam lima ratus ribu tahun lamanya itu, tiadalah ia takut asal ia dapat. Demikianlah hamba dengar perihal orang-orang menduakan suaminya itu. Adapun raja jikalau hamba hendak berbuat khianat atas hamba raja dapat hamba perikan dia itu.”

Setelah didengar oleh raja kata isteri saudagar itu, maka raja pun tersenyum lalu bertitah, “Hai ibuku, bahawa sesungguhnya telah taubatlah hamba daripada pekerjaan yang jahat ini!” Maka emas yang dibawanya itu pun habislah diberi kepada isteri saudagar itu. Hari itu juga raja itu kembali ke negerinya diiringkan oleh orangnya yang empat orang itu.

(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Berikan maksud rangkai kata akan masyhur juga akhirnya. (2 markah)

2. Berdasarkan petikn, nyatakan tiga akibat jika isteri saudagar itu menduakan suaminya.(3 markah)

3. Mengapakah keperibadian isteri saudagar itu wajar dicontohi?Berikan tiga sebab anda berpendapat sedemikian (4 markah)

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 9: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

PANDUAN JAWAPAN

Set 1Pelayaran yang Penuh Peristiwa

1. Maksud rangkai kata adat bergelanggang ialah peraturan pertandingan.2. Rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang Sulung kerana gigi Awang Sulung

yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.3. Pada pendapat saya, aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat kerana

perbuatan itu dianggap menganiayai binatang. Selain itu, unsure perjudian terdapat dalam aktiviti ini dan dalam Islam perkara ini adalah dilarang.

Merah Silu1. Maksud rangkaikata sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepada

Puteri Betong kerana Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut bersama-sama akarnya yang terletak di kepala Puteri Betong.

2. Raja Ahmad terlalu marah dengan Merah Gajah kerana Merah Gajah telah menyebabkan baginda kehilangan anakandanya, iaitu Puteri Betong setelah rambutnya yang berwarna keemasan dicabut oleh Merah Gajah.

3. Pada pendapat saya, peperangan mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikankerana peperangan akan menyebabkan banyak nyawa terkorban. Selain itu, peperangan juga mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan kestabilan Negara terancam.

Hikayat Indera Nata1. Maksud rankai kata mahligai terlalu tingginya dan terlalu amat indah-indah perhiasannya itu

ialah istana yang tersergam indah ditempat tinggi dan kelengkapannya amat menarik.2. Indera Nata mengagumi rumah yang baru dilihatnya kerana rumah itu terlalu besar dan terletak

di tempat yang tinggi. Selain itu, Indera Nata tertanya-tanya tentang pemilik rumah tersebut sam ada milik jin, syaitan atau raksasa.

3. Pada pendapat saya, Indera Nata wajar memasuki rumah tersebut kerana Indera Nata harus mengambil risiko dengan menyiasat pemilik rumah berkenaan dalam pengambaraannya untuk mencari gading gajah. Selain itu, Indera Nata ingin mengetahui pemilik rumah yang begitu hebat sehingga tiada tandingannya. Seterusnya, dalam pegembaraan mencari sesuatu yang dihjati memerlukan keberanian dalam semua perkara agar hasrat tercapai.

Hikayat Khoja Maimun1. Maksud serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya sebagaimana yang terdapat

dalam petikan adalah ditarik dengan kuat dari dari kurungannya lalu dilempar dengan kuatnya.2. Bayan berpura-pura tidur setelah melihat peristiwa Bibi Zainab dan Tiung kerana tidak mahu

menerima nasib yang sama seperti tiung yang telah dibunuh oleh Bibi Zainab. Selain itu, Bayan tidak mahu Bibi Zainab mengetahui bahawa Bayan melihat peristiwa Tiung dibunuh oleh Bibi Zainab.

3. Pada pendapat saya. Bibi Zainab tidak wajar menemui anak raja itu kerana Bibi Zainab telah bersuami dan tidak wajar seorang isteri menemui lelaki lain. Selain itu, Bibi Zainab tidak wajar menduakan suaminya kerana perbuatan itu dilarang oleh agama.

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011

Page 10: Prosa Tradisional Latih Tubi

PROSA TRADISIONAL

PANDUAN JAWAPAN

Set 2Pelayaran yang Penuh Peristiwa

1.4. .

Merah Silu

Hikayat Indera Nata4.

Hikayat Khoja Maimun1. Bermaksud – akan tersebar juga nanti.2. – tidak tahu hendak

Antologi HARGA REMAJAmgt1430bm2011