soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

SOALAN LATIH TUBI KAEDAH PENYELIDIKAN

P a g e | 1
SOALAN LATIH TUBI KAEDAH PENYELIDIKAN
Bil. Soalan Jawapan
1. Ciri-ciri penyataan
masalah
Ciri-ciri penyataan masalah adalah terdapatnya masalah yang hendak dikaji dan menerangkan tentang
kepentingan untuk membuat kajian dan kesannya jika dibiarkan dan juga kena memastikan bahawa
masalah yang dikaji adalah sesuai untuk dikaji.
Penyelidik juga harus memastikan masalah kajian adalah praktikal di mana ianya sesuai untuk dikaji
dan dianalisis datanya.
Penyelidik juga perlu menerangkan variable utama dan sasaran, mengenalkan latar belakang dan
membuktikan masalah kajian dengan bukti yang sah.
2. Perbezaan tujuan kajian
dan objektif kajian
Tujuan kajian:
Tujuan kajian perlu dinyatakan setelah mengenal pasti masalah dan menerangkan hasrat utama kajian
serta menghuraikan secara umum berkaitan tujuan kajian dalam bentuk matlamat kajian.
Objektif kajian:
Manakala objektif kajian adalah untuk mengariskan skop kajian, memberikan gambaran berkaitan
cara-cara untuk melakukan kajian dan hasil yang akan diperolehi. Penyelidik juga perlu
memperkenalkan subjek yang dipilih untuk membuat kajian.
3. Nyatakan dua objektif
kajian dan dua persoalan
kajian
Objektif kajian:
1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat
pelajar.
2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan
penglibatan pelajar.
Persoalan kajian:
1. Bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar?
3. Adakah penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan
pelajar?

P a g e | 2
4. Nyatakan jenis pendekatan
penyelidikan yang sesuai
dan sebab.
Kualitatif:
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/ data yang bersifat kualitatif. Data
kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk
mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian kualitatif ini lebih kecil berbanding dengan
kajian kuantitatif.
Jenis-jenis kajian kualitatif:
1) Kajian tindakan
2) Kajian kes
3) Kajian lapangan
4) Analisis dokumen
Kuantitatif:
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/data yang bersifat kuantitatif. Data
kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal
selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding dengan kajian kualiataif.
Jenis-jenis kajian kuantitatif:
1) Kajian deskriptif
2) Kajian korelasi
3) Causal comparative
4) Kajian eksperimental
5. Senaraikan kata kunci bagi
tajuk penyelidikan
Persepsi, Hubungan, Pekaitan
6. Pemilihan laporan
penyelidikan blog, surat
khabar, analisis jabatan
polis, dan artikel. Pilihan
yang mana sesuai dan
mengapa?
Artikel ialah bahan yang paling sesuai digunakan kerana kebolehpercayaannya yang tinggi dan
mempunyai ketepatan data.

P a g e | 3
7. Bezakan kaedah
penyelidikan kuantitatif
dan kualitatif
Kuantitatif Kualitatif
Kaedah
Eksperimental Interpretif
Data numerika Penghuraian
Ujian statistik Kajian lapangan
Kajian sejarah
Kajian kes
Data verbal
Triangulasi data
Konsep utama
Variabel Makna
Operasional Esei
Hipotesis kebolehpercayaan Pemahaman
Kesahan Pembentukan fenomena
Signifikan Konteks
Triangulasi
Tujuan
Menguji teori Melengkapkan teori
Membina fakta Meningkatkan kefahaman
Menunjukkan perbezaan Menghuraikan kenyataan
Menunjukkan perhubungan Menyatakan kejadian semula jadi
Meramal tingkah laku Menerangkan kejadian secara verbal
Menerangkan kejadian secara
statistik
Reka bentuk kajian
Eksperimental Pemerhatian
Kuasi-eksperimental Pemerhatian perserta
Temu bual berstruktur Temu bual tidak berstruktur
Pemerhatian berstruktur Rujukan maklumat dokumentasi
Tinjauan Kajian kes

P a g e | 4
Sampel
Saiz sampel besar Saiz sampel kecil
Kaedah persampelan
kebarangkalian
Persampelan bukan kebarangkalian
Pemilihan rawak Pemilihan bertujuan
Kumpulan kawalan
Berlapis
Data
Kuantiti Penghuraian deskriptif
Bilangan Nota pandangan
Pengukuhan Catatan verbal
Statistik Rakaman pemerhatian aau temu
bual
Maklumat dari bahan dokumentasi
Analisis data
Deduktif Tertutup
Statistik Jangka masa panjang
Mendalam
Instrumen
Formal Tidak formal/ lebih bebas
Spesifik Tidak berstruktur
Berstruktur Tidak ditetapkan
Skala Item sedikit
Item banyak Tidak mempunyai cadangan
jawapan Mempunyai cadangan jawapan
untuk dipilih
Generalisasi
Tujuan untuk generalisasi tinggi Tujuan generalisasi terhad

P a g e | 5
8. Contoh-contoh bagi
persampelan
kebarangkalian dan bukan
kebarangkalian
Persampelan kebarangkalian:
1) Persampelan Rawak Mudah
2) Persampelan Sistematik
3) Persampelan Rawak Berlapis
4) Persampelan Kawasan Pelbagai Lapisan
5) Persampelan Kelompok
Persampelan bukan kebarangkalian:
1) Persampelan Secara Kebetulan
2) Persampelan Bertujuan
3) Persampelan Kuota
4) Persampelan Bola Salji
5) Persampelan Dimensional
6) Persampelan Kes Kritikal
7) Persampelan Variasi Maksimum
9. Tentukan jenis skala
darjah persetujuan,
pendapatan, senarai
keutamaan strategi
pembelajaran, satu pilihan
kereta dari senarai.
Skala pengukuran
Darjah persetujuan: ordinal, likert
Pendapatan: sela
Senarai keutamaan strategi pembelajaran: nominal
Satu pilihan kereta dari senarai: nominal
10. Terangkan dua jenis reka
bentuk eksperimental dan
kuasi-eksperimental
REKA BENTUK KAJIAN EKSPERIMENTAL:
Variabel adalah kaedah mengajar jantina, markah ujian, sikap dan sebagainya (daripada perkataan
bahasa inggeris “Variable”). Contohnya variabel “jantina” mempunyai dua nilai; iaitu lelaki dan
perempuan, dan mungkin lazimnya diberi angka 1 untuk “lelaki” dan angka 2 untuk “perempuan”.
Bagi variabel “markah ujian” ianya mempunyai nilai 0 hingga 100 atau 0 hingga 50 dan sebagainya.
Reka bentuk kajian eksperimental merupakan reka bentuk penyelidikan positiviti yang dilakukan
untuk memahami perhubungan variabel-variabel melalui pengenalpastian dan pengukuran yang tepat

P a g e | 6
dan teliti. Reka bentuk kajian eksperimental dilakukan dengan melakukan perubahan ke atas variabel
bebas dan memerhatikan kesan perubahannya pada variabel bersandar.
Dalam sesuatu eksperimen terdapat beberapa jenis varisbel yang penting iaitu variabel bebas dan
variabel bersandar.
Variabel bebas: ialah variabel yang dimanupulasi oleh penyelidik yang diandaikan membawa
perubahan kepada variabel bersandar. Terdapat dua jenis variabel bebas iaitu variabel rawatan
dan variabel kawalan.
(i) Variabel rawatan
Variabel rawatan (treatment variable) ialah yang dijangka akan menyebabkan perubahan secara
sistematik kepada variabel bersandar. Ia merupakan sebab yang akan mengakibatkan kesan pada
variabel bersandar dalam perhubungan sebab-akibat (cause-effect relatioship). Reka bentuk
eksperimental juga boleh di reka supaya kajian mempunyai lebih daripada satu variabel bebas.
Sebagai contoh, dalam kajian di atas, dua variabel bebas yang mungkin dimanipulasi dan
dijadikan sebagai sebab dalam perhubungan sebab-akibat ialah jenis imej (berwarna, tidak
berwarna) dan corak imej (komik atau gambar foto). Dalam kes ini, pengkaji perlu mengenal
pasti kesan daripada setiap variabel bebas ke atas variabel bersandar.
(ii) Variabel kawalan
Variabel kawalan (control variable) adalah variabel bebas lain yang bukan menjadi objektif kajian
yang mungkin akan memberi kesan ke atas perubahan variabel bersandar. Variabel-variabel ini
termasuk jantina, umur, pencapaian akademik, tahap IQ dan latar belakang pendidikan. Dalam
reka bentuk eksperimental, semua variabel kawalan perlu dikawal iaitu disamakan dalam kedua-
dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Variabel bersandar: ialah akibat daripada sesuatu eksperimen dan tidak boleh dimanipulasi.
Variabel yang secara tidak sengaja wujud dan mengganggu perhubungan antara variabel bebas
dan variabel bersandar. Variabel-variabel seperti ini perlu diambil perhatian secara serius
supaya dalam kajian eksperimen perubahan pada variabel bersandar (motivasi membaca)
hanya disebabkan oleh variabel bebas yang dimanipulasikan (bentuk buku sains).

P a g e | 7
REKA BENTUK KAJIAN KUASI-EKSPERIMENTAL
Terdapat tiga reka bentuk yang biasa digunakan dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan.
Mengikut Chua (2011), tiga reka bentuk kajian kuasi-eksperimental yang biasa digunakan ialah:
1) Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-Kumpulan Tidak Sembang
2) Reka Bentuk Regresi Tidak Bersambungan
3) Reka Bentuk Siri Masa
1) Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-Kumpulan Tidak Sembang
Merupakan reka bentuk yang paling popular digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang
pendidikan. Reka betuk ini terdiri daripada dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam reka
bentuk kajian ini, analisis ujian-t dan ujian ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan
antara kedua-dua kumpulan responden.
2) Reka Bentuk Regresi Tidak Bersambungan
Biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan kumpulan khas. Misalnya, menilai
keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan program kaunseling ke atas sikap
pelajar bermasalah disiplin. Pemilihan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan adalah
berdasarkan mata pemisahan yang dibuat oleh pengkaji. Contohnya, pengkaji menetapkan mata
pemisah ialah 35. Mana-mana subjek kajian yang memperoleh mata yang kurang daripada 35 akan
dikelompokkan dalam kumpulan rawatan. Subjek kajian yang memperoleh mata pemisahan lebih
daripada 35 akan dikelompokkan dalam kumpulan kawalan. Namun begitu, mengikut Godberger
(2008), untuk mencapai kesahan yang sama, reka bentuk ini memerlukan bilangan responden 2.75
kali lebih ramai berbanding reka bentuk eksperimental benar. Analisis ujian regresi digunakan
untuk melihat keberkesanan sesuatu kaedah atau program.

P a g e | 8
3) Reka Bentuk Siri Masa
Berbeza dengan reka bentuk kuasi-eksperimental yang lain, reka bentuk siri masa melibatkan
beberapa pengukuran yang sama ke atas variabel bersandar pada tempoh masa yang berlainan
sebelum dan selepas rawatan diberikan. Ia merupakan kajian jangka masa panjang yang
memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Pengukuran yang berulangan sebanyak beberapa kali
sebelum dan selepas rawatan diberikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan rawatan
meningkatkan kebolehpercayaan reka bentuk ini. Dua jenis bentuk siri masa, iaitu:
(i) Reka bentuk siri masa gangguan sementara
(ii) Reka bentuk siri masa gangguan tetap
11. Ciri-ciri kesahan dalaman
yang mudah
Ciri-ciri kesahan dalaman:
Tidak dapat menentukan hubungan sebab-akibat yang sebenar dalam variabel dalam sesuatu
faktor yang dikaji.
Tidak dapat menentukan sejauh mana dapatan sesuatu penyelidikan dapat diinterprestasi
dengan tepat.
Contohnya, jika alat kajian dibina untuk mengukur kemahiran berfikir (nilai sebenar), tetapi
item-item yang dibina sebenarnya mengukur keupayaan menumpukan perhatian, maka alat
kajian tersebut mempunyai kesahan yang rendah.
12. Dua sebab mengapa
kesahan dalaman rendah
dalam kajian
eksperimental
Sebab mengapa kesahan dalaman rendah dalam kajian eksperimental:
Penyelidik tidak mengawal variabel-variabel yang mempengaruhi sesuatu fenomena.
Contohnya, penyelidik perlu pastikan bahawa setiap variabel luaran terkawal sebelum
menjalankan eksperimen
Pemilihan popuasi tidak dijalankan secara rawak.
13. Langkah-langkah
penyelidikan deskriptif
Langkah-langkah penyelidikan deskriptif:
Menyatakan masalah dengan tepat dan jelas.
Menentukan populasi dan variabel yang berkaitan dengan tepat dan jelas.
Mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Membentuk atau memilih alat bagi mengumpul maklumat.
Mereka bentuk kaedah pengumpulan maklumat yang paling berkesan bagi mencapai objektif
kajian.

P a g e | 9
14. Bezakan kaedah kuantitatif
dan kualitatif dalam
penyelidikan deskriptif
Kaedah kuantitatif Kaedah kualitatif
Untuk mendapatkan fakta menggunakan
objektif dan analisis statistik data numerika
untuk memahami dan menjelaskan sesuatu
perkara atau fenomena yang boleh dijadikan
panduan kepada amalan dan polisi
Untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci dan mendalam di satu kawasan
dan tempat yang kecil ianya melibatkan
individu dalam kawasan berkenaan
sahaja.
Mengutamakan ‘kuantiti’:
Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-
angka, data-data numerikal atau statistik.
Berasaskan ‘kualiti’:
Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada
penghuraian ‘makna’ perkara-perkara
yang dikaji.
Menggunakan eksperimen yang melibatkan
data-data yang membolehkan penggunaan
analisis statistik.
Data dikutip melalui teknik pemerhatian,
temu bual, penulisan dari data analisis
dokumen.
Pengiraan-pengiraan seperti min, median,
mod, peratusan, sisihan piawai.
Penyelidik tidak terlibat secara langsung Penyelidik tidak turut terlibat dalam
kajian
Contoh:
- Kajian eksperimental
- Kajian kuasi-eksperiemnetal
- Kajian tinjauan
- Kajian korelasi
Kurang berstruktur, terbuka dan lebih.
Bentuk
Data berbentuk angka yang boleh diukur Data berbentuk perkataan atau ayat yang
dikumpul melalui temu bual, gambar atau
video.

P a g e | 10
Instrumen
Soal selidik/ ujian pencapaian Penyelidik adalah instrumen dalam
kutipan data dan terlibat sama
Reka bentuk kajian
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dikutip Reka bentuk berbentuk fleksibel
Peserta kajian
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta
kajian adalah sampel kajian yang dipilih
menggunakan teknik persampelan.
Penyelidik adalah peserta kajian.
Maklumat diperoleh dan peserta kajian
secara langsung
Metodologi kajian
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel
yang mewakili populasi. Saiz sampel besar.
Saiz sampel kecil dipilih secara bertujuan
dan tidak berasaskan kebarangkalian.
15. Huraikan satu contoh
penyelidikan kualitatif
Contoh penyelidikan kualitatif ialah mengkaji usaha seorang mahasiswa yang buta dan pekak yang
telah melanjutkan pengajian di universiti dan seterusnya memperoleh ijazah. Data dalam penyelidikan
kualitatif dipungut melalui kaedah temu bual aau pemerhatian yang teliti dan mendalam.
Kaedah pengumpulan data yang boleh digunakan termasuk temu bual berstruktur, pemerhatian dan
soal selidik yang berbentuk esei. Dalam penyelidikan kualitatif, triangulasi data perlu digunakan untuk
meningkatkan kebolehpercayaan kajian.
Triangulasi kaedah penyelidikan bagi melihat fenomena dari pelbagai sudut dan aspek yang
menggunakan kaedah yang berbeza-beza untuk satu tujuan yang sama dalam menyelesaikan masalah.
Data dikumpul melalui 3 aspek yang berbeza (masa, ruang, individu yang berlainan).
16. 4 sebab mengapa
penyelidikan penting
Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada “ketidakpastian”. Penyelidikan digunakan
sebagai:
Alat untuk memperoleh sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, iaitu sumber
pengetahuan yang saintifik dan logik.
Alat untuk memungut bukti kepada keraguan, iaitu memberi jawapan kepada keraguan dan
masalah yang timbul.
Alat untuk membetulkan stereotaip, tradisi dan kepercayaan yang tidak benar.

P a g e | 11
Alat ramalan iaitu untuk meramalkan kewujudan suatu fenomena.
Alat penerangan iaitu untuk menerangkan keadaan sebenar dalam sesuatu fenomena seperti
perbezaan, perhubungan dan sebagainya.
17. Persamaan penyelidikan
kuantitatif dan kualitatif.
Senaraikan.
Persamanya:
Keduanya mengikuti langkah dalam proses penyelidikan yang sama.
Format melapor masalah kajian adalah sama.
Keduanya mempunyai langkah-langkah pengumpulan data.
18. Apakah tujuan literatur
dalam kajian kuantitatif?
Tujuannya:
Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji
Menemui variabel yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baharu.
Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan
mendapat perspektif baru dalam topik yang sama.
Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yang hendak
dijalankan.
Mendapatkan maklumat untuk istilah baharu yang diperlukan dalam penyelidikan yang akan
dijalankan
Memahami struktur latarbelakang subjek penyelidikan yang dijalankan.
Menggabungkan idea dan teori dengan amalan berkaitan sesuatu topik penyelidikan.
Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan
masalah penyelidikan yang akan dijalankan.
19. Apakah maksud reka
bentuk kajian? Apakah maksud reka bentuk kajian?
Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai penduan untuk memastikan
objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian.
Blueprint untuk mengumpul, mengukur dan analisis data.
Plan dan struktur penyelidikan yang digunakan untuk menjawab soalan penyelidikan
Schema atau program keseluruhan dari menulis hipotesis, implikasi operasional sehingga
kepada analisis data.
Reka bentuk mengungkapkan struktur perhubungan antara pemboleh ubah dan plan
penyelidikan untuk mengumpul data empirik berkaitan dengan masalah yang dihadapi.
Reka bentuk kajian terbahagi kepada tiga iaitu:

P a g e | 12
1) Reka bentuk secara kuantitatif
Eksperimental kajian- kajian bandingan kumpulan
Kuasi-eksperimental- menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan
dan eksperimen.
Korelasi – membandingkan keputusan peperiksaan murid-murid dalam dua mata pelajaran
Tinjauan- cross-sectional/ digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap,
pendapat atau kepercayaan semasa. Reka bentuk longitudinal pula digunakan untuk mengkaji
individu-individu dalam jangka masa tertentu.
2) Reka bentuk secara kualitatif
Teori grounded- memerlukan pencerapan dan juga temu bual
Etnografi- boleh mengenal pasti satu kumpulan orang untuk dikaji, melawat setiap kumpulan
ini, mencatatkan bagaimana mereka bertingkahlaku dan berinteraksi dengan orang lain.
Naratif- menceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya (kajian
individu)
3) Gabungan kuantitatif dan kualitatif
Kaedah bercampur- satu tatacara untuk mengutip kedua-dua jenis data iaitu data kualitataif dan
kuantitatif dalam satu kajian.
20. Senaraikan ciri-ciri kajian
kuantitatif
Kajian kuantitatif merupakan satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan permasalahan fakta
menggunakan pengukuran objek dan analisis secara numerika untuk memahami dan menjelaskan
sesuatu fenomena yang boleh dijalankan panduan kepada analisis dan
Ciri-ciri bagi kajian kuantitatif adalah:
Menyelidik hubungan, sebab dan kesan
Dibentuk sebelum kajian dijalankan.
Deduktif dan menguji teori.
Menggunakan alat-alat piawai.
Menggunakan sampel yang besar.
Analisis statistik secara data numerik.

P a g e | 13
21. Senaraikan ciri-ciri kajian
kualitatif
Ciri-Ciri Kajian Kualitatif:
Bersifat deskriptif- menerangkan satu fenomena yang berlaku dengan meneroka pengalaman
dan fenomena.
Analisis data- dari spesifik kepada umum
Data kajian berbentuk naratif
Dapatan kajian berbentuk rekod rasmi, gambar, pita rekod dan kerja lapangan
Pengumpuan data berterusan- proses, hasil kajian
Soalan secara umum & luas
Pilihan sampel bertujuan
Data dirumus secara subjektif
Melibatkan kawasan kajian yang kecil
Pengkaji sebagai akat ukur
Instrumen- pemerhatian
Matlamat kualitatif- melengkapkan teori & membina kesimpulan
Reka bentuk kajian – sejarah, kajian kes, etnografi
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul temu bual atau yang dimaksud dalam
bentuk gambar atau video.
Penyelidik adalah instrumen utama memungut data.
Reka bentuk bersifat mutlak
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara
langsung daripada peserta kajian.
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.
Apakah yang dimaksudkan
dengan idea utama dalam
penyelidikan?
Kehidupan seharian/pengalaman
Isu-isu praktikal yang memerlukan penyelesaian/ penyelidikan lalu
Teori-teori sedia ada.
Maksud idea utama dalam penyelidikan ialah :
untuk menguji idea mengenai aspek tertentu,
untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah dan
untuk mengetahui dengan lebih lanjut kejadian sesuatu dalam kajian yang dijalankan.

P a g e | 14
22. Senaraikan jenis data base
yang digunakan untuk
pencarian data.
Data base merupakan salah satu sumber untuk mencari terbitan jurnal dan boleh didapati sama ada
dalam bentuk cakera padat (CD-ROM) atau pun dalam bentuk bahan bercetak.
Terdapat 5 jenis data base yang menawarkan cara mudah untuk mendapatkan jurnal dan juga dokumen
berkaitan dengan jurnal pendidikan.
ERIC – boleh diakses menerusi internet, cakera padat dan jurnal.
Abstrak psikologi (Psychological Association of America (APA) 1927) serta perisian CD-
ROM versi Psytl.it dan Psyc INFO merupakan sumber-sumber yang menempatkan pelbagai
artikel penyelidikan berkaitan dengan bidang psikologi.
Abstrak sosiologi (Sociological Abstrak inc. 1953) dapat diperoleh di perpustakaan dalam
bentuk cakera padat.
The Social Science Citation Indeks (SSIC) (Institute for Scientific information (ISI) 1969) dan
versi cakera padat Social Science Citation Indeks (ISI), 1989).
Abstrak Disertasi “University Microfilms International UMI, 1935-1965/66” dan versi cakera
padat Dissertation Abstract Ondisc.
23. Apakah maksud pemboleh
ubah?
Pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstrak yang diselidiki oleh penyelidik (Gay & Airasian, 2000)
iaitu ciri-ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan yang berubah-ubah dari segi kuantiti dan kualiti.
Misalnya, pencapaian akademik pelajar-pelajar di sebuah kelas apabila dirujuk sebagai suatu
pemboleh ubah akan mempunyai kuantiti yang berubah-ubah.
24. Senaraikan ciri-ciri semua
jenis skala.
Nominal Ordinal Sela Nisbah
Bentuk data numerik numerik numerik numerik
Kontinum X / / /
Nilai maths X
Magnitude X
Operasi matematik X X X /
Sela jarak X X Tetap Tetap
Nilai sifar mutlak X X X /
Ujian statistik parametrik X X X

P a g e | 15
25. Apakah maksud pemboleh
ubah yang dimanipulasi
dan berikan contoh
Pemboleh ubah dimanipulasi atau pemboleh ubah tidak bersandar merupakan pemboleh ubah yang
dijangka akan mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain yang digelar pemboleh ubah bersandar.
Dalam penyelidikan berbentuk eksperimen, pemboleh ubah dimanipulasi merupakan rawatan yakni
diubah secara sistematik oleh penyelidik.
Contohnya,
Dalam kajian A, pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang sama diagihkan secara rawak ke dalam
dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan responden diberi ujian prestasi pada awalnya, kemudian
kumpulan 2 diberi rawatan (program pembelajaran berdasarkan masalah). Selepas tiga bulan, kedua-
dua kumpulan responden tersebut diberi ujian prestasi semula untuk melihat sama ada terdapat
perbezaan prestasi antara kedua-dua kumpulan responden tersebut. Jika prestasi kumpulan 2 lebih
baik, maka pengkaji akan membuat keputusan bahawa program pembelajaran berdasarkan masalah
meningkatkan prestasi pelajar.
Pemboleh ubah bersandar
Prestasi pelajar
Pemboleh ubah dimanipulasi
(bebas)
Program pembelajaran berdasarkan
masalah

P a g e | 16
26. Apakah beza hipotesis
penyelidikan dan hipotesis
nul?
Hipotesis penyelidikan Hipotesis nul
Merupakan pernyataan ramalan pengkaji tentang
perhubungan antara variabel-variabel.
Ia boleh dinyatakan dalam bentuk:
Tidak berarah:
Terdapat perbezaan kepuasan kerja antara guru
lelaki dan guru perempuan sekolah rendah
Berarah:
Guru perempuan mempunyai kepuasan kerja
lebih tinggi berbanding guru lelaki
Diperkenalkan oleh fisher yang berpendapat
bahawa kita tidak dapat membuktikan bahawa
suatu perkara benar, sebaliknya kita boleh
membuktikan bahawa suatu perkara palsu.
Ia menyatakan bahawa:
Tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja antara
guru lelaki dan guru perempuan sekolah rendah.
Hipotesis nul diuji oleh ujian statistik
27. Apakah fokus utama
kajian kualitatif?
Di dalam alam dunia yang sebenar, banyak perkara tidak dapat dijelaskan hanya dengan merujuk pada
data numerika dalam penyelidikan kuantitatif sahaja. Terdapat kes-kes khas yang memerlukan
pemerhatian yang teliti.
Sebagai contoh, motif seorang pelajar yang sering ponteng sekolah. Peristiwa ini tidak difahami
dengan hanya menggunakan data kuantitatif (frekuasi, peratusan, kadar dan sebagainya), sebaliknya
memerlukan data-data kualitatif yang dipungut melalui kaedah temu bual atau pemerhatian yang teliti
secara mendalam. Banyak unsur seperti emosi, motivasi dan empati yang berkaitan dengan keadaan
semula jadi individu atau kumpuan tertentu adalah lebih sesuai diselidik melalui kajian kualitatif.
28. Apakah maksud
persampelan “bola salji”
dan apakah jenis
penyelidikan ini?
Persampelan Bola Salji:
Persampelan bola salji ini juga dikenali sebagai persampelan Snowball. Persampelan Snowball adalah
teknik persampelan bukan kebarangkalian yang digunakan oleh penyelidik untuk mengenal pasti
subjek yang berpotensi dalam kajian di mana subjek sukar untuk dicari. Prosedur persampelan ini
digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi
yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan
kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal
selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang

P a g e | 17
mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji
memperoleh semua responden yang dikehendaki.
Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh,
terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif atau tidak dibenarkan oleh pihak-
pihak tertentu. Pengkaji akan mengumpul data dari beberapa sampel dalam sesebuah populasi yang
telah dikenal pasti dan meminta responden yang telah dikenal pasti itu untuk memberitahu maklumat
yang diperlukan untuk mengesan ahli-ahli lain yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kajian
penyelidik. Sebagai contoh, penyelidik mengkaji mengenai punca-punca yang mempengaruhi remaja
meminum minuman keras. Melalui tinjauan yang dilakukan, penyelidik berjaya menemui seorang
remaja yang meminum minuman keras dan mula menemu bual remaja tersebut. Setelah itu, penyelidik
meminta agar remaja tersebut memperkenalkan kepadanya rakan-rakan remaja tersebut yang turut
meminum minuman keras. Proses ini akan berterusan sehingga nama-nama remaja yang sama di rujuk
berulang kali. Terdapat tiga jenis persampelan snowball:
1) Linear Snowball Sampling
2) Exponential Non-Discriminative Snowball Sampling
3) Exponential Discriminative Snowball Sampling
29. Apakah yang digambarkan
oleh nilai r bagi skor yang
diberikan oleh dua orang
penilai?
i) r adalah simbol bagi korelasi
ii) Nilai r merujuk kepada nilai/pekali korelasi
iii) Katakanlah 2 orang penilai memberikan skor masing-masing:
- Pengkaji ingin menilai apakah terdapat hubungan antara kedua-dua skor dengan
menggunakan analisis korelasi.
- Antara teknik yang boleh digunakan adalah pekali korelasi Pearson, Spearman,
Kendaff tau dan Point Bisenal (mengikut jenis data yang dikaji)
- Terdapat beberapa ciri hubungan:
a) Positif (bermaksud jika pemboleh ubah A meningkat, pemboleh ubah B juga akan
meningkat).
b) Negatif (bermaksud jika pemboleh ubah A meningkat, pemboleh ubah B akan
menurun).
c) Tiada hubungan atau non-linear.
- Nilai dan kekuatan hubungan

P a g e | 18
a) Julat adalah di antara -1 hingga 1
b) Keteguhan sesuatu hubungan bar
c) Bergantung kepada nilai, seperti contoh di bawah:
Nilai pekali korelasi Hubungan
0.2- 0.35 Hubungan lemah
0.35-0.65 Hubungan sederhana
0.65-0.85 Hubungan/peramal yang baik
>0.85 Sangat baik dan boleh digunakan untuk
kesahan konstruk atau test-
kebolehpercayaan
30. Bezakan pemboleh ubah
bersandar dan bebas
beserta contoh.
Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar
1) Pemboleh ubah yang dijangka akan
mempengaruhi pemboleh ubah
bersandar
Pemboleh ubah yang menerima kesan daripada
pemboleh ubah bebas
2) Contoh penyelidikan eksperimen-
pemboleh ubah yang menerima rawatan
atau yang dimanipulasi
Pemboleh ubah hasil atau pemboleh ubah
kriteria
Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar Mempengaruhi
- Sebab
- Manipulasi
- Rangsangan
- Peramal
- Rawatan
- Akibat
(hasil yang diukur)
- Gerak balas
(aspek yang diramal /
keputusan)

P a g e | 19
Contoh:
Bil. Tajuk kajian Variabel Bebas Variabel Bersandar
1. Kesan program pembelajaran berdasarkan
masalah (PBM) ke atas prestasi pelajar
Program pembelajaran
berdasarkan masalah
Prestasi pelajar
2. Hubungan antara tahap penggunaan
Bahasa Inggeris dan minat dalam aktiviti
pembelajaran sains
Tahap penggunaan
Bahasa Inggeris
Minat dalam aktiviti
3. Pengaruh program kaunseling individu
terhadap motivasi pelajar yang bermasalah
pembelajaran
Program kaunseling
individu
Motivasi pelajar
4. Kesan program pendidikan pemulihan
khas terhadap kemahiran membaca
pelajar-pelajar yang lemah
Program pendidikan
pemulihan khas
Kemahiran membaca
31. Mengapa penyelidikan
kualitatif menggunakan
bilangan sampel yang
sedikit?
Oleh sebab bilangan responden adalah sedikit, maka bentuk kualitatif membantu kajian sesuatu isu
dapat dijalankan secara mendalam, terperinci dan terbuka. Selain itu, bilangan sampel yang sedikit
dapat mengaitkan pengalaman dan pelajaran yang dimilikinya dengan kesukaran pengerahuan terkini.
Hal ini akan menghasilkan kefahaman yang menyeluruh berkaitan sesuatu isu.
32. Apakah kelemahan kaedah
temu bual?
Terdapat dua kaedah temu bual iaitu temu bual bersemuka dan temu bual tidak bersemuka.
Kelemahan temu bual bersemuka (secara individu atau kumpulan)
Masa yang panjang diperlukan
Kewujudan pengkaji mungki menyebabkan responden segan atau tidak ingin menyatakan
pendapat yang sebenar.
Wujud pengaruh ahli kumpulan.

P a g e | 20
Individu yang banyak akan menjejaskan peluang individu yang lain.
Peluang menjawab setaip individu tidak sama.
Data sukar dianalisis.
Kelemahan temu bual tidak bersemuka (telefon atau bantuan komputer)
Memerlukan nombor telefon setiap responden.
Soalan mesti pendek dan mudah difaham.
Sukar membina hubungan yang baik dengan responden.
Responden mungkin tidak mahu menjawab soalan sebab merasakan gangguan ‘privacy’.
Responden mungkin kurang mahir menaip, kurang yakin untuk menjawab, kurag baik dalam
bahasa
Mungkin menggunakan ejaan yang salah.
33. Senaraikan ciri
penyelidikan eksperimen
Pemilihan secara rawak
- Sampel mempunyai kemungkinan dipilih menjadi sebahagian kumpulan rawatan atau
kumpulan kawalan yang akan dibandingkan.
Kawalan pemboleh ubah luaran
Pasangan
- Subjek boleh dipadankan mengikut sesuatu ciri pemboleh ubah.
34. Berikan pembahagian nilai
r dalam korelasi.
Nilai
< 20 Hubungan sangat rendah
21-40 Hubungan rendah
41-70 Hubungan sederhana
71-90 Hubungan teguh
>91 Hubungan sangat teguh

P a g e | 21
35. Apakah tujuan kajian
mixed method?
Tujuan utama pengkaji menggunakan kajian campuran (gabungan) ini adalah untuk menghasilkan
penyelidikan kualitatif dan kuantittatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian dengan
sepenuhnya berbanding menggunakan kualitatif dan kuantitatif secara sendiri, di samping untuk
memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai
perspektif sama ada kualitatif atau kuantitatif.
Terdapat beberapa sebab atau alasan yang membawa kepada pengkaji menjalankan kaedah campuran
(gabungan) ini ialah:
a) Kesahan
Dari sudut kesahan, kaedah ini digunakan adalah untuk menyokong data yang menggunakan
kaedah kualitatif dan kuantitatif.
b) Keseimbangan
Manakala dari segi keseimbangan pula, kaedah campuran (gabungan) digunakan bagi
menyeimbangkan kelemahan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
c) Melengkapi
Kaedah campuran (gabungan) juga digunakan untuk melengkapi kajian dengan lebih
menekankan data kualitataif atau kuantitatif sahaja.
d) Proses
Dari segi proses pula, kaedah kuantitatif akan menunjukkan keputusan manakala kualitataif
akan menunjukkan proses.
e) Soalan berbeza
Antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif, kedua-duanya akan memberikan jawapan soalan
yang berbeza.
f) Penerangan
Pendekatan kualitatif menerangkan keputusan kuantitatif dan sebaliknya.

P a g e | 22
g) Keputusan di luar jangkaan
Penggunaan kaedah campuran (gabungan) digunakan juga untuk menangani seandainya
terdapat keputusan di luar jangkaan iaitu sesuatu keputusan di luar jangkaan dan mengejutkan
atau penerangan yang berlainan.
h) Pembangunan instrumen
Selain itu, kaedah kualitatif dibentuk untuk mereka reka bentuk instrumen, kemudian
instrumen diuji.
i) Sampel
Kaedah campuran (gabungan) juga digunakan sebagai satu kemudahan pendekatan
persampelan daripada pendekatan yang lain.
j) Kredibiliti
Dari sudut kredibiliti pula, kedua-dua pendekatan menyatakan integrasi dalam kajian.
k) Konteks
Dari segi konteks pula, kualitatif menyediakan penjelasan, manakala kuantitatif dinyatakan
secara umum.
l) Ilustrasi
Melalui ilustrasi, data kualitatif membantu membangunkan bagi data kuantitatif secara
mendalam.
m) Utiliti
Manakala utiliti lebih berguna untuk mengamal kajian/ ‘practitioners’.
n) Mengesahkan
Kajian reka bentuk campuran (gabungan) juga digunakan bagi mengesahkan bahawa kaedah
kuantitatif diuji, manakala kaedah kualitatif menghasilkan hipotesis.

P a g e | 23
Kajian reka bentuk campuran (gabungan) ini amat membantu pengkaji mahupun penyelidik bagi
menjalankan kajian tanpa perlu menghadkan kaedah kajian sama ada kuantitatif ataupun kualitatif.
Pengkaji mahupun penyelidik boleh memiih bentuk atau model yang paling sesuai untuk kajian yang
digunakan.
36. Apakah tujuan kajian
rintis?
Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, satu kajian rintis akan dijalankan oleh penyelidik. Tujuan utama
pelaksanaan kajian rintis adalah untuk menguji pekali kebolehpercayaan setiap item dalam soal
selidik. Menurut Mohd Najib (1997), instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik dan dengan itu
kajian juga adalah berbentuk kajian rintis untuk menguji keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan
alat. Melalui kajian rintis, kebolehpercayaan soal selidik dapat ditentukan dimana kobolehpercayaan
memberikan darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang tekal atau hampir sama setiap kali
digunakan dalam situasi yang setara. (Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Zairi Hj. Alias, Syamsuddin Hussin,
2003).
Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrumen yang telah dibina. Tujuan kajian rintis
dijalankan adalah untuk:
Menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
Menyemak semua item dan arahan agar jeas.
Menggunakan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus diambil kira dalam melaksanakan kajian rintis:
Responden mewakili sampel sebenar kajian.
Bilangan responden: minimum 30 orang.
Data kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen.
Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintis termasuk:
Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menjawab soal selidik?
Adakah arahan jelas?
Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada, nyatakan item mana dan kenapa?
Adakah terdapat mana-mana item yang anda tidak ingin menjawab?
Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditinggalkan?

P a g e | 24
Adakah keseluruhan (layout) soal selidik jelas dan menarik?
Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan?
37. Senaraikan tajuk yang
perlu ada dalam setiap bab
tesis kajian.
Senaraikan tajuk yang perlu ada dalam setiap bab tesis kajian:
1. BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latarbelakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Soalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Kerangka Teori Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Operasional
1.10 Penutup
2. BAB 2: TINJAUAN KEPUSTAKAAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Sumber Primer
2.3 Sumber Sukender
2.4 Sumber Tertiari
3. BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Lokasi Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan instrumen
3.7 Pentadbiran Kajian Sebenar
3.8 Penganalisisan Data
3.9 Penutup

P a g e | 25
4. BAB 4: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
4.2 Dapatan Data Kualitatif
4.3 Dapatan Data Kuantitatif
4.4 Penutup
5. BAB 5: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan Kajian
5.4 Implikasi dan Cadangan
5.5 Cadangan dan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup