latih tubi kata_adjecktif

17
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 1 KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif 1. Kata adjektif sifatan / keadaan Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong 2. Kata Adjektif Warna Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu 3. Kata Adjektif Ukuran Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil 4. Kata Adjektif Bentuk Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok 5. Kata Adjektif Jarak Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris 6. Kata Adjektif Waktu Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu, 7. Kata Adjektif Perasaan Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu 8. Kata Adjektif Cara Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering 9. Kata Adjektif Pancaindera Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik

Upload: kathleen-ong

Post on 16-Apr-2017

1.244 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

1

KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,

garang, buas, condong

2. Kata Adjektif Warna

Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

3. Kata Adjektif Ukuran

Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

4. Kata Adjektif Bentuk

Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif Jarak

Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

6. Kata Adjektif Waktu

Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

7. Kata Adjektif Perasaan

Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

8. Kata Adjektif Cara

Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

9. Kata Adjektif Pancaindera

Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik

Page 2: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

2

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

A cair

B putih

C pekat

D merah

2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

A ketat

B besar

C singkat

D longgar

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.

A kelat

B enak

C manis

D masam 4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

A tajam

B kasar

C kesat

D tumpul

Page 3: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

3

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

A jernih

B hitam

C kotor

D bersih

6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

A kecil

B tebal

C besar

D panjang

7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

A sejuk

B damai

C panas

D nyaman

8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.

A baik

B cergas

C nyaman

D indah

Page 4: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

4

9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

A Indah

B Muram

C Kelam

D Sayup

10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.

A baik

B malu

C takut

D patuh

11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.

A pilu

B mahu

C cemas

D gembira

12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________

A tinggi

B besar

C kontot

D panjang

13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.

A hapak

B hanyir

C tengik

D hancing

14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh

daripada penonton.

A serak

B garau

C merdu

D nyaring

Page 5: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

5

15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

A sombong

B senang

C ramah

D kasar

16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.

A kegelapan

B kedinginan

C kemalapan

D kepanasan

17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

A bengkok

B bengkak

C botak

D lekuk

18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

A lengang

B senyap

C muram

D suram

19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.

A pedas

B lebam

C pedih

D panas

20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.

A luas

B sempit

C senang

D besar

Page 6: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

6

21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

A menggelupas

B menggerutu

C melecur

D melecet

22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.

A geli

B haru

C kelam

D gundah

23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.

A kesat

B telap

C telus

D kalis

24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .

A terkilan

B runsing

C murung

D sengsara

25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .

A pelik

B gawat

C runsing

D rencam

26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu .

A busuk �tengik

B hanyir� wangi

C hapak � harum

D hancing �mersik

Page 7: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

7

27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu .

A ghairah

B asyik

C tekun

D leka

28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .

A becak

B lembik

C lembap

D bengkok

29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.

A serong

B bengkok

C bongkok

D condong

30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan .

A jauh

B cepat

C dekat

D nyaris

31

Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.

A sedih

B hairan

C terkejut

D gembira

32 �Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,� kata Ghani.

A lazat

B busuk

C kelat

D harum

Page 8: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

8

Soalan 33 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.

A pantas

B cepat

C deras

D kencang

34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.

A teliti

B lemah

C sopan

D lembut

35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

A baru

B antik

C retak

D runtuh

36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.

A sibuk

B damai

C serabut

D gembira

Page 9: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

9

37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________

A hapak

B tengik

C hamis

D haring

38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.

A tertib

B gopoh

C pantas

D cermat

39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.

A pilu

B gusar

C geram

D marah

Soalan 40 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.

A kelajuan

B kelalaian

C keberanian

D kesibukan

41 Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.

A masuk

B muat

C muak

D mual

Page 10: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

10

42 Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu.

A menjadikan

B mengecilkan

C mengecutkan

D menguruskan

43 Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.

A baru

B lama

C segar

D layu

44 Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu

A tumpul

B tajam

C tebal

D nipis

45 Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.

A laju

B petah

C bising

D pandai

46 Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya.

A masam

B masin

C manis

D manja

47 Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.

A kuat

B lebat

C hebat

D renyai

Page 11: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

11

48 Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________.

A laju

B tajam

C cepat

D lambat

49 Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya.

A baik

B keras

C kejam

D waras

50 Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati.

A kecil

B baharu

C usang

D elok

51 Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.

A pahit

B masin

C manis

D masam

52 Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi.

A tegang

B gelap

C pulih

D pilu

53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer.

A geliga

B cekap

C petah

D fasih

Page 12: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

12

54 Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.

A kelat

B pahit

C manis

D masam

55 Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.

A senyap

B sunyi

C diam

D riuh

56 Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya .

A lebar

B buncit

C sendat

D runcing

57 Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.

A luas

B tinggi

C rimbun

D panjang

Soalan 58 berdasarkan Gambar 5

Gamabar 5

58 Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam.

A hari

B larut

C gelap

D nampak

Page 13: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

13

59 Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.

A laju

B rata

C licin

D lekuk

60 Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja.

A nipis

B tebal

C berkilat

D berwarna

61

Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.

A jauh

B cetek

C dalam

D dangkal

62 Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.

A kaya

B papa

C cerdik

D peramah

63 Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

A kuat

B tajam

C lemau

D garing

64

Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport.

A nipis

B tebal

C kesat

D keras

Page 14: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

14

65 �Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,� kata Cikgu Siti Noridah.

A bijak

B malas

C cerdik

D pandai

66 Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.

A asyik

B tekun

C sering

D kurang

67 Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan.

A hangit

B tengik

C busuk

D basi

68 Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran.

A kuat

B kasar

C tinggi

D kesat

69 Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________.

A pahit

B masin

C masam

D manis

70 Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.

A tebal

B nipis

C berkilat

D berwarna

Page 15: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

15

71 Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.

A pantai

B curam

C dalam

D rendah

72 Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.

A mentah

B lembik

C hangit

D tengik

73 Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah.

A aneh

B boros

C buruk

D bosan

74 Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.

A elok

B lazat

C hebat

D basi

75 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya tetap ramai.

A murah

B tinggi

C mahal

D rendah

76 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur.

A sarat

B sendat

C sumbat

D sendal

Page 16: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

16

77 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .

A rangup

B lemau

C rapuh

D hangit

78 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.

A kesat

B basah

C comot

D compang

79 Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .

A kuat

B patuh

C cekal

D berani

80 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak .

A kesian

B hampa

C hancur

D resah

Page 17: Latih tubi kata_adjecktif

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

17

Kata Adjektif

1 D 31 A 61 C 2 A 32 A 62 A 3 B 33 C 63 C 4 D 34 A 64 D 5 C 35 C 65 B 6 A 36 B 66 A 7 A 37 C 67 B 8 C 38 C 68 C 9 A 39 A 69 A

10 D 40 B 70 A 11 D 41 B 71 B 12 D 42 D 72 B 13 B 43 A 73 D 14 C 44 A 74 B 15 C 45 B 75 C 16 B 46 A 76 A 17 B 47 B 77 A 18 A 48 A 78 C 19 C 49 C 79 C 20 B 50 B 80 B 21 D 51 A 22 A 52 C 23 D 53 B 24 B 54 A 25 B 55 B 26 C 56 B 27 B 57 B 28 A 58 B 29 D 59 C 30 D 60 B