laporan kem 3p nilam 2011
DESCRIPTION
Laporan ini dihasilkan untuk Malaysia Book of Records...untuk Program Perkasa NILAM tempu hari...TRANSCRIPT
KEM 3P NILAM 2011
PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAKPERINGKAT LARUT MATANG DAN SELAMA
PROGRAM KEM 3P NILAMLAPORAN AKTIVITI
Pada 28 Februari 2011, hari Isnin bertempat di Sekolah Menengah Sains
Raja Tun Azlan Shah, Taiping, telah diadakan program Kem 3P Tokoh Nilam 2011
anjuran Persatuan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Negeri Perak Daerah Larut
Matang dan Selama dengan jayanya. Sejumlah 68 buah sekolah rendah
kebangsaan dan 20 buah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina terlibat ,
manakala 15 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil juga turut serta dalam
program ini. Penglibatan 31 buah sekolah menengah dalam daerah Larut
Matang dan Selama turut memberi impak yang besar dalam kejayaan program
ini. Program dimulakan pada pukul 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran.
Pendaftaran telah dibahagikan kepada enam zon iaitu Zon Taiping, Zon
Kamunting, Zon Batu Kurau, Zon Simpang, Zon Trong dan Zon Selama.
Pendaftaran bagi penyertaan seorang pelajar adalah RM 10.00. Sejumlah 666
orang peserta telah didaftarkan bagi menyertai program ini oleh Jawatankuasa
Pendaftaran dari SK Cangkat Ibul.
KEM 3P NILAM 2011
Pendaftaran juga dilakukan untuk para urusetia, guru pengiring dan juga
hakim. Semasa sesi pendaftaran juga, pihak jawatankuasa telah mengedarkan
tag nama kepada para peserta, hakim dan urusetia. Berikut adalah jumlah
penyertaan peserta berdasarkan pecahan bilangan sekolah.
JENIS SEKOLAH BILANGAN SEKOLAH
BILANGAN PESERTA
SM 31 185
SK 71 384
SJKC 21 59
SJKT 15 38
JUMLAH 138 666
RESPON AKTIVITI
Pendaftaran berjalan dengan lancar namun terdapat beberapa kekangan
kecil, di mana terdapat beberapa sekolah yang baru mula mendaftar sedangkan
borang pendaftaran telah dihantar dua minggu yang lalu. TIndakan segera telah
diambil oleh Jawatankuasa Pendaftaran di mana pendaftaran dijalankan secara
berkomputer bagi memudahkan dan melancarkan proses pendaftaran.
Pengumpulan data maklumat para peserta dapat digarapkan dengan segera.
KEM 3P NILAM 2011
Perkara yang paling penting disentuh dalam slot ini ialah berkaitan ciri-
ciri penulisan yang baik mengikut spesifikasi kriteria pemilihan Tokoh NILAM.
Selain itu, para peserta juga diberi tips-tips isu utama yang bakal dikemukakan
dalam peperiksaan utama sama ada UPSR, PMR atau SPM nanti. Justeru,
peluang sebegini seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh para
guru dan juga peserta yang menyertai program ini.
RESPON AKTIVITI
Slot Penulisan banyak membantu para peserta dari aspek pembinaan
karangan yang baik. Para peserta diberi pendedahan berkaitan tajuk-tajuk
penting untuk karangan, teknik membina perenggan yang praktis, contoh-
contoh penanda wacana yang sesuai dan kesilapan-kesilapan yang biasa
dilakukan oleh para peserta. Seharusnya, peluang ini diambil dengan sebaik-
baiknya oleh mereka dalam usaha menambahbaik pengetahuan mereka dalam
bidang penulisan.
KEM 3P NILAM 2011
SLOT 2 : KEMAHIRAN MEMBACAPENCERAMAH : SR DAN SM
EN ROSNAN BIN MAHMOOD ZAHIDIN(SMK TAMAN PANGLIMA, TAIPING, PERAK)
Slot Kemahiran Membaca bagi kategori sekolah rendah bermula pada
pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Manakala bagi
kumpulan peserta sekolah menengah pula, telah diadakan pada pukul 8.30
hingga 10.00 pagi. Penceramah jemputan bagi slot ini ialah Encik Rosnan bin
Mahmood Zahidin. Dalam slot ini, peserta didedahkan mengenai teknik-teknik
asas membaca. Antara teknik membaca yang diberikan kepada para peserta
ialah teknik skimming, scanning dan reseptif. Peserta-peserta juga dibantu
secara praktis dari segi sebutan intonasi suara yang betul. Beliau juga
menjelaskan kepada para peserta berkenaan beberapa kelemahan yang sering
dilakukan oleh mereka semasa proses membaca. Di samping itu, En Rosnan
juga tidak lokek untuk sama berkongsi pengalaman dalam mengenal pasti cara-
cara untuk mengatasi kelemahan dalam proses membaca.
KEM 3P NILAM 2011
RESPON AKTIVITI
Pendedahan berkenaan teknik kemahiran membaca dari aspek
‘scanning’, ‘skimming’ dan ‘reseptif’ kepada para pelajar sekolah rendah dan
sekolah menengah banyak memberi manfaat dan pengetahuan baru kepada
para peserta. Para peserta memberi perhatian berkaitan pengetahuan baru
yang diketahui mereka. Kemahiran ini mampu meningkatkan tumpuan mereka
dalam aspek pembacaan sama ada untuk pemilihan Tokoh NILAM mahu pun
membantu mereka dalam pembelajaran di sekolah nanti. Jumlah peserta yang
terlalu ramai untuk sesi sekolah rendah agak sukar untuk dikendalikan dan
penyampaian isi penting tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya. Terdapat
permintaan agar ada program pengukuhan sambungan daripada program sedia
ada untuk memantapkan lagi pengetahuan para peserta berkaitan
KEM 3P NILAM 2011
SLOT 3 : BENGKEL PENGUCAPAN AWAMPENCERAMAH : SR DAN SM
PN HASNI BINTI ANDUL RAHMAN(SMK SERI KURAU, BAGAN SERAI, PERAK)
Program ini dilaksanakan pada 10 hb Februari 2011, bertempat di
Dewan Kuliah, SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping. Slot ini telah berlangsung
dari pukul 2.30 petang hinggalah ke pukul 5.00 petang. Pn Hasni binti Abdul
Rahman, Guru Cemerlang Bahasa dari SMK Seri Kurau, Bagan Serai, Perak telah
dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan teknik-teknik yang baik
untuk pengucapan awam. Pendedahan awal diberikan kepada semua Guru
Perpustakaan dan Media daerah Larut Matang dan Selama. Hal ini digerakkan
agar para GPM akan kembali ke sekolah dan mengajar pula anak-anak murid
yang dipilih untuk merealisasi slot Pengucapan Awam dalam Program Kem 3P
NILAM nanti. Seterusnya, mampu mencipta rekod dalam ‘The Malaysia Book of
Records’ untuk acara Pengucapan Awam Terbesar di Malaysia.
KEM 3P NILAM 2011
SLOT 3 : ACARA PENGUCAPAN AWAMPENYELARAS : PN KHARIYAH CHIK BINTI MAJOR MOHAMED KHALID
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1,PUSAT KEGIATAN GURU BATU KURAU.
Majlis kemuncak pada hari ini ialah slot Pengucapan Awam. Program
pengucapan awam ini dapat dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records
sebagai The Largest Participation in a Public Speaking Event dengan jumlah
penyertaan keseluruhan sebanyak 666 orang peserta daripada sekolah-sekolah
rendah dan menengah Daerah Larut Matang dan Selama. Semua peserta
dibahagikan kepada kumpulan iaitu 22 kumpulan untuk kategori sekolah rendah
dan 9 kumpulan kategori sekolah menengah. Penilaian serta penentuan
pemenang adalah berdasarkan markah keseluruhan yang dikumpul oleh
kumpulan tersebut. Seramai 31 orang hakim terlibat dalam penilaian peserta.
Penilaian dibuat berdasarkan kriteria pemarkahan pengucapan awam peringkat
kebangsaan.
KEM 3P NILAM 2011
SLOT 1 : PENULISAN (SEKOLAH RENDAH)PENCERAMAH : SR PN RAHEELA BEE BT ALI
(SK SRI SELAMA, SELAMA, PERAK)SM PN SORMON A/P NAI LIEW
(SMK DATO’ KAMARUDDIN, BATU KURAU)
Slot bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Slot ini
dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi sekolah menengah yang diadakan di
Dewan Kuliah SERATAS dan sesi sekolah rendah yang diadakan di Dewan Besar
SERATAS. Penceramah jemputan ialah Puan Sormon A/P Nai Liew dan Puan
Raheela Bee binti Ali. Dalam slot ini, pelbagai jenis teknik pembinaan perenggan
pendahuluan, pengembangan isi dan kesimpulan diberikan kepada para pelajar.
Pelajar diberi pendedahan tentang penggunaan penanda wacana, peribahasa,
frasa-frasa menarik sebagai satu teknik yang betul yang dapat digunakan oleh
pelajar dengan berkesan dalam aspek penulisan nanti. Peserta juga didedahkan
dengan beberapa contoh penulisan bermutu.
KEM 3P NILAM 2011
Semua peserta dihimpunkan di dalam Dewan Besar, SERATAS, lokasi di
mana peristiwa bersejarah ini akan berlangsung. Pn Khariyah Chik bt Major
Mohamed Khalid selaku Penyelaras Slot Pengucapan Awam ini memberi
taklimat ringkas berkaitan tatacara pelaksanaan program kepada semua
peserta. Respon yang diterima daripada semua pelajar sangat baik dan disiplin
amat terkawal. Para peserta disusun dalam bentuk urutan nombor agar di
dalam sesebuah kumpulan itu tidak akan ada peserta dari sekolah yang sama.
Setiap peserta diberi masa selama tiga minit bagi menyampaikan
pengucapan awam masing-masing. Setiap peserta akan menyampaikan
pengucapan awam masing-masing di dalam kumpulan yang telah dibentuk.
Penilaian didasarkan kepada hujahan isi yang menepati tajuk, kepetahan
berbahasa, dan kebolehan berucap dalam masa yang diperuntukkan. Setiap ahli
dalam kumpulan akan menyampaikan satu tajuk berdasarkan undian yang telah
dilakukan.
KEM 3P NILAM 2011
Tajuk-tajuk bagi kategori sekolah rendah ialah “Keluarga Saya”, “Hobi
Saya” dan “Pengalaman Semasa Cuti Sekolah”. Manakala tajuk-tajuk yang
ditetapkan untuk kategori sekolah menengah ialah “Bumi Hijau”, “Amalan
Membaca” dan “Satu Malaysia”. Acara dimulakan tepat pada pukul 2.30 petang
dengan laungan ‘MULAKAN’ daripada Penyelaras Slot iaitu Puan Khariyah.
Acara pengucapan awam terbesar ini dijalankan serentak oleh 666 orang
peserta untuk mencapai matlamat mencipta rekod ‘The Malaysia Book of
Records’ bagi kategori Pengucapan Awam Terbesar di Malaysia. Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, Datin Siti Zaleha binti Abdullah Sani
turut bersama-sama ahli jawatankuasa persatuan menyaksikan detik-detik
bersejarah rekod tercipta.
KEM 3P NILAM 2011
Acara ini dijalankan secara terus-menerus selama dua jam dan ditamatkan pada pukul 4.30 petang. Pengucapan awam yang melibatkan 666 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah berjaya diselesaikan tanpa menghadapi sebarang masalah yang rumit.
RESPON AKTIVITI
Berdasarkan temubual dengan para peserta, slot pengucapan awam telah memberi mereka satu pengalaman baru di mana mereka dapat membina keyakinan diri dalam kebolehan berucap di hadapan umum. Di samping itu, mereka juga telah diberi pendedahan awal oleh guru media masing-masing berkaitan tatacara teknik pengucapan awam yang betul.
KEM 3P NILAM 2011
MAJLIS PENUTUP KEM 3P NILAMDisempurnakan oleh
Yang Berbahagia Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah SaniPengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia
Majlis bermula pada pukul 4.30 petang serentak dengan pengumuman
ketibaan Yang Berbahagia Datin Dr. Siti Zaleha bt Abdullah Sani, Pengarah BTP
Malaysia diiringi Puan Rahimah binti Mohd Sura, Yang diPertua Persatuan Pusat
Sumber Sekolah-Sekolah Negeri Perak Daerah Larut Matang dan Selama, En
Mohamad Yusof b K.Mohamad, Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak, En Mohd
Dan bin Mahat, TImbalan Pegawai Pendidikan Daerah LMS dan barisan dif-dif
kehormat yang lain masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan nyanyian
lagu ‘Negaraku’ dengan iringan pasukan pancaragam SERATAS.
KEM 3P NILAM 2011
Pasukan pancaragam dari SM Sains Raja Tun Azlan Shah memainkan muzik untuk
nyanyian lagu ‘Negaraku’.
Barisan dif-dif kehormat turut sama menyanyikan lagu ‘Negaraku’
KEM 3P NILAM 2011
KEM 3P NILAM 2011
Pada hari tersebut, upacara majlis penutup dikendalikan oleh dua orang
pengerusi majlis iaitu En Rosnan b Mahmood Zahidin dari SMK Taman Panglima
dan Pn Sormon a/p Nai Liew dari SMK Dato’ Kamaruddin. Majlis dimulakan
dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Humaizi b Abdul Wahab dari SM Sains Raja
Tun Azlan Shah (SERATAS). Setelah selesai bacaan doa tersebut, majlis dimulakan
dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Rahimah bt Mohd Sura selaku Pengerusi
Persatuan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Negeri Perak Daerah Larut Matang dan
Selama.
KEM 3P NILAM 2011
Majlis penutup dirasmikan oleh Datin Siti Zaleha bt Abdullah Sani, iaitu
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Deklarasi
Pengucapan Awam Terbesar di Malaysia diumumkan oleh wakil daripada The
Malaysia Book of Records iaitu Encik Zulhairi bin Mohd Zain. Sebelum majlis
berakhir, cenderamata disampaikan kepada Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani
dan Encik Zulhairi bin Mohd Zain atas kesudian menghadirkan diri ke majlis ini.
Hadiah juga disampaikan kepada pemenang-pemenang daripada setiap
kategori.Bagi kategori sekolah rendah, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan
14, tempat kedua Kumpulan 13 dan tempat ketiga Kumpulan 9. Manakala bagi
kategori sekolah menengah, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan 6, tempat
kedua Kumpulan 3 dan tempat ketiga Kumpulan 2. Majlis berakhir pada pukul 6
petang.
KEM 3P NILAM 2011
KEM 3P NILAM 2011
Program ini turut mendapat liputan daripada pihak akhbar iaitu wakil NST,
Sinar dan Utusan. Sidang akhbar dengan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Datin Dr. Siti Zaleha telah diadakan di
perpustakaan SERATAS. Dalam temuramah tersebut, Datin Dr. Siti Zaleha
menerangkan tentang peri pentingnya program Kem 3P NILAM dalam melahirkan
tokoh-tokoh NILAM yang berketrampilan pada masa akan datang.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
.................................... .............................................(HASNIDA BINTI MAT ISA) (RAHIMAH BINTI MOHD SURA)Guru Perpustakaan dan Media Pengerusi,SMK DATO’ KAMARUDDIN PSSPN Daerah Larut Matang dan Selama
KEM 3P NILAM 2011
KEM 3P NILAM 2011
KEM 3P NILAM 2011