proposal kjian kwn kakda repaired

24
[KAJIAN TINDAKAN] 2014 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan khas merupakan salah satu bahagian dalam sistem operasi pendidikan yang memerlukan formula sistem pembelajaran yang khas dan bersesuaian mengikut keperluan kanak-kanak istimewa. Untuk itu semua guru yang terlibat dengan pendidikan khas kanak-kanak istimewa perlu mempunyai kelayakan dan latihan yang professional demi memastikan corak pengajaran yang disampaikan bersesuaian dengan kanak-kanak istimewa. Langkah ini diambil untuk menyediakan peluang latihan professional kepada guru-guru dan mereka yang berminat dalam pendidikan khas kerana sedar kurangnya peluang-peluang seperti ini ditawarkan. Ianya diharap dapat menyumbang kepada pendedahan kepada guru khasnya dan masyarakat tentang pendidikan khas kanak-kanak istimewa. 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Selain berkomunikasi secara lisan ataupun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis ini mengabungkan aspek-aspek visual, motor dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercor, Lenz dan Hoffman (1991) tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan 1

Upload: zul-helmi

Post on 26-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

YUFGUFUTX

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan khas merupakan salah satu bahagian dalam sistem operasi pendidikan yang

memerlukan formula sistem pembelajaran yang khas dan bersesuaian mengikut keperluan kanak-

kanak istimewa. Untuk itu semua guru yang terlibat dengan pendidikan khas kanak-kanak

istimewa perlu mempunyai kelayakan dan latihan yang professional demi memastikan corak

pengajaran yang disampaikan bersesuaian dengan kanak-kanak istimewa. Langkah ini diambil

untuk menyediakan peluang latihan professional kepada guru-guru dan mereka yang berminat

dalam pendidikan khas kerana sedar kurangnya peluang-peluang seperti ini ditawarkan. Ianya

diharap dapat menyumbang kepada pendedahan kepada guru khasnya dan masyarakat tentang

pendidikan khas kanak-kanak istimewa.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Selain berkomunikasi secara lisan ataupun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi

melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi

dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang

melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis ini mengabungkan aspek-aspek visual,

motor dan keupayaan membentuk konsep-konsep.

Menurut Hughes, Mercor, Lenz dan Hoffman (1991) tulisan juga adalah saluran

utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran

akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai

media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis

dahulu dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan

orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa

1

Page 2: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

Kebanyakkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan

mekanis ataupun tulisan mentalis.

Penemuan kepada masalah ini bermula apabila saya memulakan pengajaran kelas

dengan menjalankan pengajaran pertama berkenaan dua kemahiran utama iaitu membaca

dan menulis terhadap murid-murid kelas Harmony Enam. Pada 13 Julai 2014, penyelidik

menjalankan pengajaran tersebut kepada kesemua ahli kelas iaitu seramai enam orang.

Semasa peringkat awal pengajaran tersebut, semua murid dapat mengikuti pengajaran

dan pembelajaran dengan baik, namun apabila tiba pada langkah yang ketiga dalam

pengajaran tersebut iaitu menulis, dua orang murid ini mula menunjukkan kelemahan.

Murid mula menulis huruf secara terbalik dan bentuk huruf yang ditulis tidak sama

seperti yang ditulis oleh rakan-rakan lain. Selain daripada itu, pada bahagian nama di

muka surat hadapan lembaran kerja yang diberikan, nama yang ditulis adalah terbalik

daripada nama asal mereka. Sebagai guru, saya ingin memastikan masalah yang yang

dihadapi oleh kedua-dua orang murid ini untuk mencari penyelesaian yang secepat

mungkin. Saya meneruskan eksperimen kedua saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut

mengenai masalah yang dihadapi oleh dua orang murid saya ini yang bernama Auni dan

Izzati. Pada 3 Ogos 2014, penyelidik mengajar tajuk tulisan dan mengariskan kemahiran

mengenal, menekap suku kata dan huruf dengan betul kepada semua murid kelas

Harmony Enam ini. Dengan menggunakan kad imbasan pada langkah pertama,

penyelidik menggunakan kaedah pandang sebut dan semua murid boleh menyebut dan

mengenal huruf dengan baik. Apabila diminta menyalin semula huruf yang terdapat pada

2

Page 3: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

kad imbasan pada langkah kedua, dua orang murid iaitu Auni dan Izzati gagal berbuat

demikian. Berdasarkan pemerhatian penyelidik terhadap mereka, mereka menghadapi

masalah dalam motor halus dan koordinasi mata dengan tangan. Mereka tidak dapat

menterjemahkan apa yang mereka lihat pada kad imbasan untuk menulis di atas sekeping

kertas yang kosong dihadapan mereka. Penyelidik perlu melakukan sesuatu agar dapat

menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini sekurang-kurangnya mereka

dapat membentuk huruf dengan baik dan betul.

2.0 FOKUS KAJIAN

Langkah seterusnya yang perlu diambil ialah menulis tinjauan dan analisis masalah. Bab kedua

ini akan membingcangkan secara lebih terperinci lagi mengenai permasalahan yang dihadapi

oleh murid-murid yang menjadi responden. Selain itu, penerangan tentang kecacatan yang

dialami oleh murid juga turut ditulis.

2.1 Tinjauan Masalah

Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran biasanya mempunyai masalah

menulis. Mercer (1985) yang bersetuju dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan

bahawa punca utama ialah masalah ‘psikomotor’, masalah emosi, kegagalan pengamatan

terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan

tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul, terlalu jarak

atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan berlapis-

lapis.

3

Page 4: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat oleh saya, kebanyakkan

kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran ini tidak menguasai kemahiran

menulis sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis. Tulisan mekanis menekankan

aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca. Tulisan ini diberi tumpuan

pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap

satu sekolah rendah. Tulisan mentalis pula ialah merupakan tulisan yang menunjukkan

penglahiran idea, perasaan, memberi maklumat dan juga bercerita. Merujuk kepada

masalah yang dilihat, kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran

menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah. Mereka

didapati sukar menulis huruf-huruf dengan betul dan juga menulis huruf yang salah.

2.2 Analisis Masalah

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai

melalui pengajaran. Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran,

idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan

menggunakan simbol-simbol atau bentuk grafik iaitu huruf-huruf atau gabungan huruf-

huruf yang mempunyai hubungan dengan bunyi bahasa dalam pertuturan lisan (Juriah

Long et. Al., 1989 : 180-181). Menurut Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul

Aziz, dan Arb’ie Sujud (1996:244), menulis merupakan kegiatan menghasilkan simbol-

simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan

seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.

Masalah yang dihadapi oleh dua orang murid ini ialah penulisan yang tidak kemas

dan tidak tersusun serta sukar difahami oleh orang lain. Mereka tidak dapat membentuk

4

Page 5: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

huruf dengan betul dan kadangkala menulis sesuatu abjad secara terbalik. Selain daripada

itu, murid ini menulis dari kanan ke kiri dan menulis abjad tidak lengkap atau tidak siap.

Gabungan daripada semua kesalahan ketika menulis dilakukan oleh murid-murid ini

akhirnya menghasilkan satu tulisan yang kabur sehingga sukar untuk dibaca.

Masalah khusus bagi kedua-dua murid ini ialah Dysgraphia. Dysgraphia

bermaksud seseorang individu yang menghadapi masalah tulisan yang sangat teruk atau

ketidakupayaan melaksanakan pergerakan motor yang diperlukan untuk menulis. Antara

punca yang dapat dilihat bagi masalah ini ialah dari segi aspek fizikal murid, aspek

pembelajaran, aspek pengamatan dan kesukaran dalam koordinasi mata dan tangan.

Kaedah yang saya ingin aplikasikan kepada murid-murid ini ialah kaedah surihan.

Kaedah ini dapat dilihat dalam Model Pengajaran Fernald yang dipelopori oleh Fernald

G. M (1943) dan Helen B. K (1988). Di dalam model ini menerangkan bahawa murid

perlu melihat huruf, mendengar murid menyebut huruf, murid menyebut huruf, rasa

pergerakan otot semasa membuat surihan huruf, rasa permukaan huruf dengan hujung

jari, melihat pergerakan tangan semasa melakukan surihan dan mendengar sendiri huruf

yang disebut semasa membuat surihan. Kaedah ini sesuai dilakukan pada kedua-dua

murid saya kerana mereka lebih cenderung untuk mendengar arahan guru dan suka

melakukan aktiviti.

Konklusinya, berdasarkan pemerhatian dan rujukan yang dibuat ini dapat

membantu saya lebih memahami masalah tulisan mekanis yang dihadapi oleh murid-

murid ini. Selain faktor kecacatan yang dialami, kaedah pengajaran yang diterapkan

selama ini juga kurang membantu mereka menguasai tulisan dengan baik.

5

Page 6: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

Sorotan literatur (berdasarkan refleksi)

Program Integrasi Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia disediakan untuk

kanak-kanak kurang upaya termasuklah terencat akal minima, autisme, hiperaktif,

masalah bahasa dan pertuturan dan kurang upaya dalam pembelajaran. Ia adalah selaras

dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan pendidikan ( Pendidikan Khas 1997

Bahagian 113(2) ) yang menyediakan pendidikan khas dan kemudahan-kemudahan untuk

murid bermasalah penglihatan dan perdengaran manakala pendidikan khas integrasi pula

adalah untuk mereka yang bermasalah pembelajaran.

Berdasarkan perkara di atas, ternyata program ini telah lama di wujudkan bagi

membantu golongan kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Salah satu komponen yang

di ajar di sekolah ialah kemahiran menulis kanak-kanak ini sendiri. Apakah sebenarnya

yang dimaksudkan dengan tulisan itu sendiri? Juriah Long et. al, 1989 menyatakan

bahawa tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan ke dalam

bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses

memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-

bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Tulisan ialah bahasa yang bertulis

dengan lambang-lambang bunyi (Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, dan

Arb’ie Sujud, 1996). Mereka juga menyatakan peranan tulisan ialah untuk mendirikan

asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta

perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Selain itu, tulisan membolehkan kanak-kanak

menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi

dalam kelompok masyarakat. Peranan yang paling penting mengenai tulisan ini ialah bagi

menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak

6

Page 7: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira

merupakan sebahagian daripada asas utama keperluan hidup pada masa kini.

Wiederholt, Hammill dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah

memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan

(mekanis). Berdasarkan cadangan ini amatlah berkait rapat dengan permasalahan yang

dihadapi oleh murid-murid penyelidik. Jika semua guru dapat menjalankan atau mengikut

cadangan yang dikemukakan oleh Wiederholt, Hammill dan Brown ini, maka murid-

murid berkeperluan khas ini dapat menguasai kemahiran tulisan ini dengan lebih bagus

lagi. Sebagai seorang guru, penyelidik akan memikirkan suatu kaedah yang dibantu

dengan alat bantu mengajar untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran

menulis secara berperingkat-peringkat.

Secara tuntasnya pada bab yang pertama ini menerangkan bagaimana penyelidik

telah menemui masalah yang ingin dikaji. Tindakan seterusnya adalah untuk mengariskan

satu fokus kajian yang baik supaya kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik berjaya

dicapai dan dapat membantu murid-murid khas ini berjaya menguasai kemahiran menulis

dengan baik.

7

Page 8: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Reka Bentuk Kajian

Saya telah memilih Model Reka Bentuk Laidlaw sebagai rujukan untuk melaksanakan

kajian tindakan ini. Model ini telah diperkenalkan pada tahun 1992.Terdapat lima fasa yang

digariskan dalam model ini bagi menjana reka bentuk kajian, iaitu mengenal pasti isu,

merancang tindakan, perlaksanaan tindakan, mengumpul data dan membuat analisis dan yang

terakhir adalah membuat refleksi. Secara tuntasnya, model ini akan menjadi panduan kepada

saya sepanjang melaksanakan kajian ini untuk mencapai segala objektif yang telah ditetapkan

serta memperolehi dapatan kajian yang terbaik.

Rajah 1 : Model Laidlaw (1992)

8

Fasa 1Mengenal Pasti Isu

Fasa 2Merancang Tindakan

Fasa 3Perlaksanaan

Tindakan

Fasa 4 Mengumpul Dan

Menganalisis Data

Fasa 5Refleksi

Page 9: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

1. Fasa 1 (Mengenalpasti Isu dan Masalah)

Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam melaksanakan kajian adalah mengenalpasti

terlebih dahulu amalan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas dan

membuat tinjauan terhadap masalah yang menjadi fokus kajian. Tinjauan awal masalah juga

dibuat melalui perbualan secara tidak langsung bersama guru-guru Pendidikan Khas di kelas

tersebut. Pada masa yang sama, saya juga akan menentukan kumpulan sasaran yang terlibat

sebagai subjek kajian. Selepas itu barulah saya akan menentukan kaedah atau langkah mengatasi

yang paling sesuai untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti.

2. Fasa 2 (Merancang Tindakan)

Pada fasa kedua pula, saya akan merancang pelan tindakan terhadap kajian yang saya

akan laksanakanberdasarkan maklumat dan masalah yang telah ditentukan. Perancangan yang

dilakukan meliputi pemilihan instrument kajian untuk mengumpul maklumat dan merekod data

kajian, penyediaan prosedur dan jadual kerja pelaksanaan, serta anggaran kos kajian.

Perancangan yang rapi akan melicinkan lagi kerja-kerja mengkaji serta memastikan bahawa

dapatan kajian lebih tepat dan mempunyai kesahan yang jitu. Selain itu, perancangan tindakan

ini perlulah dirancang dengan teliti serta melibatkan pemikiran yang kritis agar dapat mencari

idea dan kaedah penyelesaian yang terbaik dan berkesan. Oleh itu, saya akan meneliti kajian-

kajian lepas yang berkaitan dengan kajian saya untuk dijadikan sebagai rujukan dan pencetus

idea.

9

Page 10: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

3. Fasa 3 (Pelaksanaan Tindakan)

Selesai merancang, saya akan melaksanakan pelan tindakan dengan apa yang telah

direncanakan. Pelaksanaan melibatkan proses tertentu seperti melaksanakan ujian pra dan ujian

pos, pemerhatian senarai semak, pengaplikasian kaedah yang dicadangkan serta kerja-kerja

merekod data menggunakan instrument yang sesuai. Setiap dapatan perlu direkod dengan

sistematik untuk memudahkan saya membuat analisis dan penulisan laporan akhir.

4. Fasa 4 (Pengumpulan Data)

Setelah pelaksanaan prosedur kajian disempurnakan, segala rekod dapatan akan dikumpul.

Dapatan kajian akan digunakan untuk menganalisis setiap perubahan dan perkembangan antara

ujian pra dan ujian pos bagi menguji keberkesanan kaedah yang dipilih dalammengatasi masalah.

Melalui analisis juga, saya akan dapat mengenalpasti langkah seterusnya yang akan saya ambil

untuk memperbaiki mutu kajian saya. Segala dapatan akan didokumentasikan dalam bentuk graf

dan rajah yang sesuai untuk memudahkan pembaca memahami dan mentafsirkanya.

KUMPULAN SASARAN

10

Page 11: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

Kajian ini melibatkan dua orang murid dari kelas Harmony Enam Program Khas

Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Meranti. Kedua-dua murid ini adalah

perempuan. Prestasi akademik bagi kedua-dua murid ini adalah sama iaitu tidak dapat

menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jenis kecacatan yang dialami oleh responden

pertama ialah sindrom down dan responden yang kedua pula mengalami kecacatan

autisme. Antara ciri-ciri murid sindrom down ialah mempunyai iras wajah yang sama,

mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking yang membengkok ke dalam serta

mereka mempunyai otot yang lemah memyebabkan mereka lembik dan lewat

perkembangan motor kasar. Melalui pemerhatian yang dibuat, koordinasi mata dan

tangan kedua-dua murid ini juga lemah serta keupayaan motor halus yang agak terhad.

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

Bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik, penyelidik

akan menggunakan kaedah surihan. Kaedah ini adalah gabungan pendekatan pengalaman bahasa

dan pembelajaran yang berasaskan pendekatan deria (VAKT).

Langkah-Langkah Tindakan

I. Membelah udara

Aktiviti yang pertama untuk kaedah surihan ini ialah membelah udara. Penyelidik

akan menulis huruf b, k dan z dengan saiz yang besar pada kad manila dan

menampalnya pada papan putih yang terdapat di dalam kelas. Penyelidik akan

11

Page 12: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

menunjukkan bagaimana untuk menyurih huruf tersebut diikuti oleh murid.

Semasa melakukan surihan, murid harus mengikut pergerakan dan sebutan yang

dilakukan oleh penyelidik. Surihan di udara ini akan dilakukan mengikut jarak

yang berbeza dari tempat murid berdiri dengan papan putih di dalam kelas.

II. Sutera Lutcahaya

Aktiviti yang kedua ini dinamakan sutera lutcahaya. Mengapa penyelidik

menamakan aktiviti ini dengan nama tersebut? Penyelidik menggunakan kertas

surih untuk membantu murid-murid menulis huruf b, k dan z ini dengan lebih baik

dan betul. Bagi menjimatkan kos serta memudahkan murid memadam semula

huruf yang ditulis pada kertas surih, kertas surih tersebut akan di laminate dan

murid akan dibekalkan dengan sebatang pen marker setiap seorang. Bagi

permulaan aktiviti ini murid diminta menekap dan menyambung titik-titik seperti

garisan zig zag, berombak dan bentuk-bentuk asas. Kemudian, murid akan

diberikan kertas A4 yang mengandungi tulisan huruf b, k dan z. Dengan

menggunakan kertas surih, murid menulis huruf-huruf tersebut mengikut bentuk

dan saiz yang betul.

III. Udang di Sebalik Batu

Udang di sebalik batu merupakan aktiviti yang ditingkatkan daripada aktiviti

membelah udara dan sutera lutcahaya. Penyelidik akan menyediakan sebuah buku

yang mempunyai helaian kertas surih dan A4 yang disusun secara berselang seli.

Pada helaian A4 tersebut akan mengandungi huruf b, k dan z pelbagai saiz. Buku

yang disediakan ini akan memudahkan murid untuk terus menulis di atasnya

12

Page 13: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

tanpa sebarang gangguan. Selain itu, penyelidik juga akan menyediakan satu lagi

buku iaitu buku petak-petak bagi memudahkan murid untuk meniru semula huruf

b, k dan z yang ditulis oleh guru.

Cara Mengumpul Data

Ujian Pra dan Pos

Memperoleh keputusan yang cepat dan tepat memerlukan kaedah yang

bersesuaian dengan perkara yang ingin di uji. Sebelum memulakan pengajaran

kaedah surihan ini, penyelidik terlebih dahulu perlu mengetahui tahap pencapaian

murid ini mengenai tulisan. Penyelidik akan menjalankan ujian pra untuk

memperoleh data awal mengenai masalah yang dihadapi oleh murid dan ujian pos

pula akan dijalankan selepas selesai sahaja penyelidik mengaplikasikan kaedah

surihan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menjalankan kedua-

dua ujian ini untuk memudahkan penyelidik membuat perbandingan dan

mengukur sejauh mana keberkesanan kaedah surihan ini untuk murid-murid

berkeperluan khas menguasai kemahiran menulis.

Temu Bual

“Perbualan di antara dua pihak melalui inisiatif penemubual dengan tujuan

memperoleh maklumat yang relevan untuk kajian dan difokus olehnya, sesuatu

kandungan spesifik ditentukan seperti objektif deskripsi, ramalan atau huraian

dengan secara sistematik. Definisi panjang lebar ini telah diterangkan mengikut

Cannell dan Kahn (1968). Melihat penerangan ini, maka kajian temu bual

merupakan sesuatu yang unik kerana ia melibatkan pungutan data melalui lisan

13

Page 14: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

dalam pertemuan di antara dua pihak secara langsung. Tambahan pula, kaedah

temu bual ini adalah amat berguna, terutamanya apabila responden yang ditemu

bual tidak tahu membaca dan menulis. Terdapat tiga konsep temu bual yang

utama, Kitwood (1977). Konsep yang pertama ialah temu bual dirupakan sebagai

sesuatu cara yang berupaya memindah maklumat yang tulen. Sesuatu jenis

transaksi pula merupakan konsep temu bual yang kedua. Hal ini kerana akan

terkandung unsur berat sebelah yang tidak dapat dielakkan, dan perlu dikenal

pasti dan dikawal. Perkara seumpama ini berlaku kerana proses temu bual

melibatkan interaksi di antara dua individu atau sekumpulan individu yang

mempunyai perbezaan emosi, sikap, percayaan dan konsep kendiri masing-

masing. Konsep temubual ketiga ialah dipandang sebagai pertemuan sosial yang

merangkumi perkongsian pelbagai aspek kehidupan harian.

Penyelidik akan menemu bual kedua-dua responden secara individu pada masa

yang berlainan bagi setiap murid. Kaedah temubual yang akan dijalankan

terhadap murid-murid ini akan dianalisa untuk mendapatkan respon mereka

terhadap aktiviti surihan yang dibuat. Menerusi kaedah temu bual ini, penyelidik

boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid ketika atau selepas proses

pengajaran dan pembelajaran. Setiap jawapan yang diberikan oleh murid akan

dicatatkan dalam buku catatan sebagai bukti pengumpulan data maklumat

daripada hasil jawapan murid. Penyelidik turut menggunakan rakaman pita untuk

merakamkan perjalanan sesi temu bual antara penyelidik dan murid. Selain itu,

penyelidik juga akan menggunakan transkripsi untuk mencatatkan data bagi

mengurangkan masalah kehilangan dan kesalahan tafsiran data daripada rakaman

14

Page 15: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

pita. Didalam transkripsi, penyelidik akan mencatatkan setiap kata responden,

intonasi, suara, nada, hentian, kesenyapan, perasaan, laju, penjelasan, gangguan

dan sebagainya.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan salah satu jenis kaedah soal selidik yang digunakan untuk

memungut data kajian. Menurut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan

sebagai pengawasan atau penelitian. Secara spesifiknya, pengamatan adalah sama

maksud dengan perkataan persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau

fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), atau tanggapan.

Penyelidik akan menggunakan kaedah pemerhatian sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah surihan ini.

Penyelidik akan sediakan satu senarai semak sebagai garis panduan ketika

menjalankan proses pemerhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Senarai semak ini turut digunakan untuk mengenalpasti kemahiran-

kemahiran yang telah dikuasai murid dan akan dilakukan disetiap peringkat

aktiviti surihan. Bagi melancarkan kerja ini, penyelidik akan meminta pertolongan

daripada rakan guru pelatih untuk membuat pemerhatian ketika proses pengajaran

dan pembelajaran sedang berlangsung. Penyelidik juga akan menggunakan

perakam video untuk merakam perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran

yang akan dijalankan nanti. Tujuan utama kaedah pemerhatian ini dijalankan

adalah untuk melihat dan menilai keberkesanan kaedah surihan ini sama ada

berjaya atau sebaliknya dalam usaha meningkatkan penguasaan murid untuk

menulis huruf konsonan b, k dan z. Selain itu, kaedah pemerhatian ini dijalankan

15

Page 16: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

juga adalah untuk melihat respon dan tingkah laku murid terhadap aktiviti surihan

yang telah disusun untuk mereka.

Penelitian Dokumen atau Data

Kaedah ini akan digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan data daripada

dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuan penyelidik menggunakan penelitian

dokumen ini adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada. Data daripada

dokumen boleh diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak fail murid.

Cara Menganalisis Data

Data akan dianalisis berdasarkan kaedah atau cara pengumpulan data dibuat.

Antara kaedah yang digunakan oleh penyelidik ialah ujian pra dan pos,

pemerhatian dan juga temubual. Data-data yang dikumpul akan dianalisis untuk

memperoleh keputusan dan melihat sejauh mana keberkesanan kaedah surihan ini

kepada murid-murid bekerperluan khas menguasai kemahiran menulis dengan

lebih baik.

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

16

Page 17: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

Instrumen pengumpulan data pertama yang akan digunakan adalah ujian bertulis yang

terbahagi kepada ujian pra dan ujian pos. Analisis keputusan ujian pra dan ujian pos akan

ditunjukkan dalam Jadual Satu.

Bil. Nama Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

1. Responden 1

2. Responden 2

Jadual Satu

Analisis Temu Bual

Apabila data daripada temubual dipungut, analisisnya akan dibuat dengan

menggunakan teknik enkod. Secara lazimnya, analisis data merangkumi beberapa

peringkat berikut:

i. Mendengar temu bual secara keseluruhan.

ii. Menimbang peruntukan unit-unit yang bermakna

iii. Mengeluarkan data berlebihan.

iv. Mengeklasifikasi, mengkategori dan menyusun urutan unit-unit dengan

bermakna.

v. Menstrukturkan deskripsi kandungan temu bual.

vi. Menginterpretasi data temu bual.

Analisis Pemerhatian

17

Page 18: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

Instrumen yang digunakan untuk pemerhatian ini ialah borang senarai semak

semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Pemerhatian yang

dibuat ini terbahagi kepada dua iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Pemerhatian

berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang

disediakan. Antara aspek yang diperhatikan ialah masa dan tempat pemerhatian

dijalankan, keadaan tempat pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan refleksi daripada

saya ataupun pemerhati lain. Bagi memudahkan lagi proses pemerhatian ini dijalankan,

bantuan daripada rakan guru amatlah diperlukan. Selain itu, data yang berjaya dikumpul

berkemungkinan akan berlaku perbezaan dan sebagai manusia biasa, saya mungkin juga

akan terlepas pandang sesuatu yang mungkin menganggu murid saya ketika pengajaran

dan pembelajaran berlaku.

Analisis Penelitian Dokumen Dan Fail

Lembaran-lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid akan dikumpulkan oleh guru

dan dimasukkan dalam satu fail yang khas. Hal ini akan memudahkan saya untuk

membuat perbandingan dari semasa ke semasa. Penelitian dokumen adalah merangkumi

seperti jurnal, surat khabar, hasil kerja murid, latihan penulisan, surat-surat dan dokumen

yang berkaitan digunakan untuk menganalisis data kajian. Perkara-perkara seumpama ini

boleh di dapati di dalam internet,fail peribadi murid dan juga latihan-latihan secara

berkala oleh guru.

18

Page 19: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil. Aktiviti Tarikh Catatan

1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. 3 Mac 2014

2. Menulis proposal kajian. 20 Mac 2014

3. Perbentangan proposal kajian 25 April 2014

4. Ujian Pra 4 Julai 2014

5. Melaksanakan tindakan – Membelah Udara 6 Julai 2014

6. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 7 Julai 2014

7. Melaksanakan tindakan – Sutera Lutcahaya 12 Julai 2014

8. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 13 Julai 2014

9. Melaksanakan tindakan – Udang Di Sebalik Batu 19 Julai 2014

10. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 20 Julai 2014

11. Ujian Pos 25 Julai 2014

12. Refleksi kajian 28 Julai 2014

13. Menulis laporan kajian 9 Ogos 2014

14. Pembentangan dapatan kajian 19 September 2014

*Tertakluk kepada pindaan tarikh.

19

Page 20: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

2.3 Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos

1 Kertas A4 1 X RM 13.00 RM 13.00

2 Kertas Surih 4 X RM 0.50 RM 2.00

3 Buku Surihan 4 X RM 1.50 RM 6.00

4 Pen Marker 4 X RM 2.00 RM 8.00

5 Kad Manila 3 X RM 0.70 RM 2.10

6 Photostat Bahan &

Laporan Kajian

RM 50.00

Jumlah RM81.10

KESIMPULAN

Kemahiran menulis sangat penting kepada kanak-kanak kerana ia dapat mengambarkan

perasaan dan kematangan mereka. Lebih-lebih lagi kepada murid yang berkeperluan khas

ini, mereka sentiasa inginkan perhatian daripada guru untuk membantu mereka dalam apa

jua keadaan. Saya telah membaca banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh orang-

orang yang ternama dan telah lama di dalam bidang pendidikan khas ini. Berdasarkan

pembacaan saya itu, saya merasakan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas

memerlukan bantuan dan mereka ini boleh dibentuk supaya dapat menikmati hidup yang

lebih berjaya di masa hadapan kelak. Melalui kaedah surihan yang dibuat oleh saya ini,

harapan agar murid-murid yang menjadi responden saya dapat menguasai tulisan mekanis

sekurang-kurangnya dapat membentuk huruf dengan betul dan mudah difahami oleh

20

Page 21: Proposal Kjian Kwn Kakda Repaired

[ ] 2014

orang lain. Tuntasnya, terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama

kepada saya untuk menyiapkan proposal kajian ini.

RUJUKAN

Goh Yin Soon, Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori (2006) Kemahiran Menulis., Selangor.

PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Jamilah Ahmad (1999) Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR &

KBSM., Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor.

Zainal Kasan & Suhaila Abdullah (2010) Pendidikan Disleksia. Selangor Darul Ehsan .,

Penerbitan Multimedia

Mok Soon Sang (2010) Penyelidikan Dalam Pendidikan: Perangcangan Dan Pelaksanaan

Penyelidikan Tindakan., Ipoh, Perak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008), Pengurusan Bimbingan & Kaunseling, Puchong. Penerbitan

Multimedia. Sdn. Bhd.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar (2009), Amalan Pengajaran

Berkesan, Selangor Darul Ehsan. Karisma Publications Sdn. Bhd.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md.Yusoff (2006), Kaedah Mengajar &

Kemahiran Interpersonal Guru., Selangor. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

21