program latihan bola tampar murid sekolah rendah

8
Program Latihan Bola Tampar Murid Sekolah Rendah Mata pelajaran : GERKO Tunjang : Kemahiran Tajuk : Permainan Bola Tampar Kemahiran : Menyangga Tarikh : O3 Oktober 2014 Masa : 7.30 am – 9.30 am Tahun : Tahun 6 Bilangan Murid : 18 orang(9 orang lelaki, 9 orang perempuan) Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat; 1. Psikomotor: Melakukan kemahiran menyangga bola menggunakan teknik yang betul pada jarak 3 meter dan menyangga bola kepada rakan 2. Kognitif : Menyatakan perbezaan melakukan kemahiran menyangga dengan betul dengan menyangga menggunakan kaedah yang salah. 3. Afektif :Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. Kemahiran Berfikir : Membuat ramalan. Pengalaman Lepas : Murid-murid telah mempelajari kemahiran asas manipulasi alatan. Penerapan Nilai : Menghargai berkeyakinan.

Upload: kenny-odukz

Post on 13-Sep-2015

419 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

blo

TRANSCRIPT

Program Latihan Bola Tampar Murid Sekolah RendahMata pelajaran :GERKOTunjang:KemahiranTajuk:Permainan Bola TamparKemahiran:MenyanggaTarikh:O3 Oktober 2014Masa:7.30 am 9.30 amTahun:Tahun 6Bilangan Murid:18 orang(9 orang lelaki, 9 orang perempuan)

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;1. Psikomotor: Melakukan kemahiran menyangga bola menggunakan teknik yang betul pada jarak 3 meter dan menyangga bola kepada rakan

2. Kognitif : Menyatakan perbezaan melakukan kemahiran menyangga dengan betul dengan menyangga menggunakan kaedah yang salah.

3. Afektif:Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.

KemahiranBerfikir: Membuat ramalan.PengalamanLepas: Murid-murid telah mempelajari kemahiran asas manipulasi alatan.PenerapanNilai: Menghargai berkeyakinan.Penggabungjalinan : Komponen kecergasanAlatan :10 biji Bola Tampa

Bahagian /masaAktiviti Butiran MengajarOrganisasi Alatan/catatan

Permulaan (10 minit)Pemanasan badan Lari ulang alik 10 meter.

Regangan

1. Kepala2. Tangan3. Badan dan pinggang4. Kaki dan peha Larian ulangan pertama,lari sambil menepuk tangan keatas kepala Larian ulangan kedua, berlari sambil mengangkat peha separas pinggang. Larian ulangan ke tiga,berlari sambil tangan membuat bualatan besar disisi, tangan kanan membuat bulatan kedepan, kemudian membuat bulatan kebelakang. Larian ulangan ke empat, lari pecut 10 meter, dan berjalan sambil menarik nafas 10 meter.

Alatan:4 sketel

Bahagian/masaAktiviti Butiran mengajarOrganisasi Catatan

Pengembangan Kemahiran

Langkah 1 5 minit1.Menyangga statik ke arah kawan dengan tepat Berdiri dalam keadaan sedia, satu kaki di depan, satu kaki lagi di hadapan. Lutut kaki di depan dibengkokkan sedikit Tangan dihalakan kehadapan, siku diluruskan. Tapak tangan diletakkan bertindih antara satu sama lain, dan letakkan kedua ibu jari di atas tapak tangan. Badan menghadap arah bola Mata memerhatikan bola. Bila menyangga, pastikan bola terkena di antara pergelanggan tangan dan lengan. Tangan dibengkokkan semasa menyangga, sambil lutut dihenjut sedikit.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.Setiap kumpulan mengambil 1 bola.Dalam kumpulan, murid membentuk bulatan.Satu gelung rotan diletakkan di tengah bulatan.Seorang pelajar berada di tengah bulatan, di dalam gelung rotan, bertindak sebagai penghantar bola kepada rakan yang akan menyangga.Murid yang berada di tengah bulatan akan menghantar bola kepada setiap ahli kumpulannya.Bila habis satu pusingan, murid yang ke dua pula mengambil alih untuk menghantar bola. Aktiviti diulang sehingga semua murid telah keluar sebanyak 3 kali ke tengan bulatan.

Alatan bola

Langkah 25 minit

Langkah 35 minit

Langkah 410 minit

Menyangga dinamik ke sisi kiri dan kanan

Menyanggah bola melepasi jaring

Permainan kecil untuk pengukuhkan kemahiran

Berdiri dalam keadaan sedia, kaki mestilah selari untuk memudahkan bergerak ke sisi. Lutut hendaklah bengkokkan sedikit. Badan condongkan kehadapan sedikit. Murid akan menyangga kekiri dan kekanan

Murid akan mengulangi kaedah menyangga seperti langkah 1 dan 2, tetapi terdapat halangan jarring hadapan. Murid akan menyangga secara static atau dinamik sehingga melepasi jarring

Dalam dua kumpulan yang dibentuk sama bilangannya Seorang daripada pasukan menjadi server dan lain akan menyanggah. Setiap penyangga mesti menyangga dengan betul. Penyanggah sentiasa bersedia dari segi kaki tangan. Jika penerima servis tidak dapat menyanggah dan menghantar semula ke kawasan lawan akan dikeluarkan dari gelanggang. Ahli pasukan yang melakukan kesalahan semasa menanggah sehingga 2 kali akan dikeluarkan Kedua-dua pasukan melakukan servisberselang-seli menggunakan servis bawah tangan. Permainan diteruskan sehingga semuapemain satu pasukan disingkirkan atau mengikut masa yang ditetapkan,pasukan yang mempunyai pemain yanglebih ramai dikira menang. Masih lagi dalam dua kumpulan. Bentuk satu barisan memanjang. Seorang akan menjadi penghantar bola dihadapan. Penghantar akan menghantar bola sama ada ke kiri atau kanan. Penyangga mestilah pantas dan tangkas menyanggah bola yang diberikan.

Dalam satu kumpulan, seorang murid akan berada di gelanggang bertentangan dengan murid lain yang akan menyangga. Murid ini akan bertindak sebagai penghantar bola. Murid yang akan menyangga, dikehendaki menyangga sehingga melepasi jaring. Selepas murid menyangga, murid akan mengambil tempat di gelanggang yang bertentangan sebagai penghantar bola pula.

Permainan kecil

Alatan: Dua biji bola

Alatan:Jaringbola

Penutup 5 minit Penyejukan badan Pelajar berjalan dengan perlahan sambil menyejukkan badan Murid berdiri dalam satu barisan. Murid berjalan dengan perlahan dalam barisan sambil mengelilingi gelanggang bola tampar Sambil berjalan, kepala digerakkan ke kiri dan ke kanan. Pergelangan tangan juga dihayun. Sambil berjalan dan melakukan aktiviti kenduran, murid menarik nafas, dan menghembuskan dengan kuat. Tarik nafas dan tahan selama 3 saat, dan hembus.