prihatinprihatinp pp 10548/8/2004 rihatin - spanco · keselamatan sikap buruk pemandu ... •...

24
Prihatin Prihatin Prihatin Prihatin PP 10548/8/2004 Berita SPANCO Januari 2004 CABARAN 2004 Mej Jen (B) Dato’ Osman Mohd Zain PENGERUSI 2004: SPANCO tingkat servis ikut ISO MS 17 Sari Peristiwa 2003 MS 12

Upload: nguyenkien

Post on 28-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

PrihatinPrihatinPrihatinPrihatinPP 1

05

48/8

/20

04

Berita SPANCO Januari 2004

CABARAN 2004

Mej Jen (B) Dato’ Osman Mohd Zain

PENGERUSI

2004: SPANCO tingkat servis ikut ISO MS 17Sari Peristiwa 2003 MS 12

Page 2: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja
Page 3: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

RENCANA KHASCabaran dan tindakan 2004: Tingkat mutu servis jadi keutamaan

KESELAMATANSikap buruk pemandu kekal punca utama nahas jalan raya

PENJAGAAN KERETA15 penjagaan kenderaan jamin pemanduan selamat

PERLINDUNGANTahun 2003: Kecurian kenderaan bertambah burukKereta SPANCO turut jadi mangsa banjir

SARI PERISTIWA

KHABAR PRIHATIN1,500 naskhah Prihatin edisi khas merdeka untuk sekolahSPANCO serah RM33,000 kepada balu mangsa kemalangan

SERVISTeknologi canggih kenderaan jadi cabaran SPANCO2004: SPANCO tingkat servis ikut ISOPerancangan 2004 Servis: Pemantauan PSD dipertingkatkan

KESIHATANProstat: Ancaman kronik tidak disedari lelaki

TEKNOLOGIPerdana V6 baru lebih bergaya, harganya lebih rendah

RELAKS

4

6

8

1011

12

1415

161718

19

20

22

KANDUNGANPrihatinJanuari 2004

Sila alamatkan segala pandangan, komen dan sumbangan anda ke :Sidang Redaksi Prihatin - Berita SPANCOSPANCO Sdn Bhd (172957-U)2, Jalan Murai Dua, Kompleks Batu, 51100 Kuala LumpurTel : 03-6253 2888 Fax : 03-6253 6230emel : [email protected]

PENAUNGHamzah Mohd Salleh

PENGARANGRozita Dawan Mohd Wazir Ahmad Kassim

PRIHATIN – BERITA SPANCO bersedia menerima sebarang bentuk sumbangan karya sama ada rencana ataukartun. Tips pemanduan dan penjagaan kereta adalah sangat dialu-alukan.

Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon penulis. Sidang Redaksiberhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

Sidang redaksiPERUNDING PENERBITANExecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PENCETAKPercetakan Lai Sdn Bhd

TANPA keupayaan menahan, tahun 2003berlalu meninggalkan kita. Bagi wargane-gara Malaysia, peralihan kuasa pucukkepemimpinan negara adalah kemuncak

peristiwa 2003. Proses itu berjalan lancar tanpa masalahsekali gus menunjukkan kematangan politik pemimpinnegara ini.

Membuka tirai tahun baru, ucapan Perdana Menteri,Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada MajlisPerdana Perkhidmatan Awam Kelima di InstitutTadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, pada 9Januari 2004 adalah tepat sekali pada masanya.

Dalam amanat dan azam tahun baru itu, beliau meru-muskan lima budaya kerja cemerlang yang perlu dite-ladani untuk mencapai matlamat perkhidmatan awamyang bertaraf antarabangsa iaitu:• pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang

baik;• kedua, merintis perubahan minda dan sikap

positif dalam usaha mencapai kecemerlangan;• ketiga, meningkatkan pembangunan sumber

manusia untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan berilmu pengetahuan;

• keempat, menggalakkan budaya kerja berteraskan prestasi; dan

• kelima, sentiasa berpegang kepada etika moral yang tinggi dalam menjalankan tugas.

Walaupun ditujukan khusus untuk seluruh jenterasektor awam namun sektor swasta seperti SPANCOturut mahu mengambil teladan daripada amanat berke-naan. Justeru, sama-samalah kita berusaha memprak-tikkan saranan Perdana Menteri itu dalam amalan dankerja seharian kita ke arah mencapai Wawasan 2020yang diilhamkan oleh kepemimpinan sebelum ini.

Mengenai majalah PRIHATIN - Berita SPANCO,perubahan susun atur dilakukan seperti yang pembacadapat lihat pada keluaran kali ini. Ia bagi menyuntiksemangat baru pada pembaca dan majalah ini. Kamicuba sedaya akan memaparkan rencana yang lebihterkini terutama berkaitan dunia pemotoran serta pelba-gai panduan untuk dimanfaatkan oleh pembaca semua.

Sama-sama kita berdoa semoga 2004 memberi ruangkehidupan yang harmoni, selamat dan makmur.

Perutusan DaripadaKetua EksekutifSPANCO

5 BUDAYA CEMERLANG PERLU DITELADANI

HamzahMohd Salleh

Page 4: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

KERAJAAN memutuskan untukmengkaji semula perjanjian kons-esi berhubung pengendalian pen-gurusan fleet oleh SPANCO Sdn

Bhd yang ditandatangani menjangkau 10tahun.

Dalam berhadapan dengan isu kajian semu-la itu, SPANCO memberi reaksi terhadap per-mintaan Kerajaan dengan menyesuaikansemula perkhidmatan yang disediakan.Memandangkan perkhidmatan sepanjang 10tahun itu dirasakan adalah yang terbaik yangdiberikan kepada Kerajaan, SPANCO tidakperlu bimbang dan berputus asa kerana kamisudah cukup bersedia menghadapi apa juakeputusan yang bakal ditentukan kelak.

Sementara menunggu keputusan itu, SPAN-

CO tidak hanya berpeluk tubuh dan mendi-amkan diri. Cabaran mendatang harusdihadapi selain tahap servis yang terbaikditeruskan.

PRIHATIN mengimbas cabaran yang bakaldihadapi dan pelan tindakan 2004.

Cabaran utama ialah mengkaji tindakanSPANCO sebagai susulan kajian semula per-janjian konsesi yang mana tindakan bakaldilaksanakan mesti bersesuaian dengan per-mintaan Kerajaan, di samping memberi faedahkepada kedua-dua pihak.

Selain itu, SPANCO perlu mengopti-mumkan peluang untuk berkembang kesandaripada perjanjian Kawasan PerdaganganBebas Asean (AFTA). Perdana Menteri, Dato’Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, awal 2004

mengumumkan struktur harga baru keretaimport yang melenyapkan ketidakpastiankalangan pemain industri automotif sebelumitu.

Pengumuman struktur harga terbaru itusemestinya memberi kesan besar kepada peng-guna dan syarikat yang terbabit dalam industriautomotif seperti SPANCO.

Sementara itu, SPANCO terus cergas mem-bantu Kerajaan menangani peningkatan kadarkemalangan yang kini menjadi antara isuutama semua pihak. Justeru, SPANCO akanmenjalin kerjasama lebih erat dengan badankeselamatan seperti Majlis Keselamatan JalanRaya, Jabatan Pengangkutan Jalan dan polisdalam menangani masalah itu.

Kursus Pemanduan Berhemah yang pernah

4 PRIHATIN • Januari 2004

Tingkat mutu servisCabaran dan tindakan 2004

jadi keutamaan

RENCANA KHAS

Page 5: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

Januari 2004 • PRIHATIN 5

RENCANA KHAS

dilaksanakan oleh SPANCO sebelum ini akandikaji semula supaya ia memberi lebih impakkepada peserta iaitu pelanggan SPANCO.Seterusnya, program itu diharap membantumelengkapkan usaha Kerajaan dalam mengu-rangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Sebagaimana entiti dan sektor lain, SPAN-CO turut menghadapi cabaran dalammeningkatkan mutu khidmat yang dibekalkanterutama mutu kereta. Untuk itu, SPANCOakan memaklumkan kepada pengilang (PRO-TON) mengenai maklum balas yang diterimadaripada pengguna iaitu pelanggan SPANCOdalam usaha meningkatkan kualiti kereta yangdibekalkan.

Dalam usaha meningkatkan mutu servis,SPANCO menumpu kepada aspek peralatan,

lokasi, tahap keselesaan dan hubungan pelang-gan selain memperketatkan pemantauan ter-hadap rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD).

Dari segi peralatan, kelengkapan pusatservis dipertingkatkan seiring dengan perkem-bangan teknologi pemotoran. Manakala darisegi lokasi pula, peta taburan PSD akan dikajidan disusun semula supaya lebih tertumpu kekawasan yang mempunyai kepadatan pelang-gan yang tinggi seperti di Lembah Klang danPutrajaya.

Sementara itu, SPANCO turut membuat per-ancangan memindahkan operasi ke BatuCaves bagi menyatukan Ibu Pejabat dan PusatServis Wilayah (PSW) di bawah satu bum-bung. Integrasi dua bahagian utama itu danpemindahan PSW Puchong ke Bangi pada

Disember 2003 bertujuan memberi lebihkemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.

Daripada penguraian di atas, jelaslah SPAN-CO sudah cukup bersedia menghadapi 2004dengan jayanya. Pengerusi SPANCO, Mej Jen(B) Dato’ Osman Mohd Zain berkata: "Kamikini cukup yakin dapat menangani apa juacabaran yang bakal dihadapi tahun ini danmengekalkan tahap perkhidmatan cemerlangkami kepada Kerajaan."

Ketua Eksekutif, Encik Hamzah MohdSalleh menambah: SPANCO akan terusmeningkatkan pencapaian bagi menjaminmutu servis selaras Rancangan PeningkatanBerterusan ISO termasuk selepas pengikti-rafan ISO 9001:2000 yang diperoleh lebihsetahun lalu.

SPANCO akan terus meningkatkan pencapaianbagi menjamin mutu servis selaras RancanganPeningkatan Berterusan ISO termasuk selepasmemperoleh pengiktirafan ISO 9001:2000.

Page 6: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

ANGKA Ops Sikap V menunjukkankempen mulai 20 November 2003iaitu sebelum Aidilfitri, tidakmenampakkan kesan positif.

Berdasarkan statistik Majlis Keselamatan JalanRaya Malaysia (MJKR) Bahagian Darat, keretaadalah kenderaan utama menyumbang kepadakemalangan kerana jumlahnya semakinmeningkat.

Begitu juga nasib kenderaan SPANCO yangtidak terlepas daripada tragedi berkenaan.Sepanjang tempoh Ops Sikap V dilancarkansehinggalah tamat, sebanyak 20 kes kemalan-gan dilaporkan membabitkan kenderaan SPAN-CO. Daripada 20 kes itu, dua kenderaandicadangkan untuk dilupuskan kerana mengala-mi kerosakan teruk pada struktur kerangkaselepas masing-masing terbabas (OD) danmelanggar kenderaan yang lain (TPP).

Kebanyakan jenis kemalangan yang diadukanoleh pengguna kenderaan SPANCO dalamlaporan polis adalah seperti berikut:

Own Damage (OD)

Parking Damage (PD)Third Party Property (TPP)Knock For Knock (KFK)

Membuat LaporanSekiranya pemandu terbabit tidak mengalamisebarang kecederaan teruk atau kematian, diahendaklah MELAPORKAN SENDIRIkemalangan itu dalam tempoh 24 jam.

Beberapa maklumat berikut perlu diambil kiraketika membuat aduan polis: · Tarikh, masa dan tempat kejadian (tanda

nyata atau 'landmark' boleh digunakan bagimenggambarkan tempat kejadian).

· Pihak yang terbabit (catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan).

· Kerosakan kenderaan, kecederaan mangsa yang terbabit (termasuk kematian) dan kerosakan harta awam.

· Maklumat yang diperolehi hasil pengamatankelima-lima pancaindera pengadu sebelum,semasa dan selepas kejadian (Jangan sama sekali membuat andaian).

· Diingatkan supaya setiap pemandu tidak membuat sebarang pengakuan liabilitimengenai kejadian tersebut.

· Jika melibatkan kecederaan parah/teruk atau kematian terhadap pemandu, LiaisonOfficer (LO) atau pegawai yang berkenaanhendaklah membuat laporan polis. Pemandu itu boleh membetulkan laporan polis yang dibuat oleh LO atau pegawai berkenaan apabila beliau berupaya berbuatdemikian supaya lebih lengkap dan sempurna.

Mengikut Seksyen 104 Akta PengangkutanJalan 1987, setiap kes kemalangan jalan rayasama ada serius atau tidak, adalah menjaditanggungjawab pengadu untuk memaklumkankejadian itu kepada syarikat insurans bagimembolehkan tuntutan dibuat di bawah sesuatupolisi.

Secara umumnya, kemalangan jalan rayaberlaku mungkin berpunca daripada beberapasebab utama seperti struktur jalan, kerosakanmekanikal kenderaan, sistem jalan raya dankemanusiaan. Bagaimanapun, nampaknya

6 PRIHATIN • Januari 2004

oleh Nor Azhan Haji Abdul

Sikap buruk pemandukekal punca utama nahas jalan rayaTragedi tetap berlaku sepanjang sambutanAidilfitri lalu, apabila bilangan kemalangan yang tinggi dicatatkan iaitu 751 kes, dengan 210 kes kemalangan maut sepanjang tempoh Ops Sikap Vdi seluruh negara.

KESELAMATAN

Page 7: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

sejak kebelakangan ini punca kemalangandaripada aspek kemanusiaan melebihi dari-pada punca lain.

Sebenarnya sebilangan besar pemandu kitaberhemah dan mematuhi peraturan jalanraya. Tetapi itu tidak memadai kerana bilan-gan mereka yang tidak berhemah dan seringmelanggar peraturan juga masih ramaisehingga mengancam pengguna lain. Ramaiakur bahawa masalah utama di jalan rayaadalah tingkah laku serta sikap buruk peman-du kenderaan itu sendiri. Kemalangan mem-babitkan sebuah bas sekolah dan sebuah basekspres di Kilometer 68 Jalan Kuala Lipis-Merapoh, amat tragis dan memilukan apabila14 penumpang terkorban. Ia harus membukamata dan minda semua pihak bahawa kecua-ian atau tabiat buruk memandu boleh mence-tuskan tragedi!

Bagi menyokong usaha Kerajaan mengu-rangkan kadar kemalangan, beberapa langkahperlu diambil oleh setiap pemandu yang diper-tanggungjawab mengendalikan sesebuahkenderaan, antaranya:

· Kikis sikap terburu-buru.· Kikis sikap mementingkan diri sendiri.· Kikis sikap menunjuk lagak dan seolah-

olah 'akulah raja jalan raya'.· Tumpuan yang lebih ketika memandu.· Memandu mengikut peraturan dan bukan

perasaan.· Pastikan diri cukup bersedia untuk melalui

sebarang perjalanan jauh.· Sentiasa memandu di lorong sebelah kiri

sekiranya tidak memotong.

Jika sikap dan persediaan itu gagal diikutioleh seseorang pemandu, maka matlamatKerajaan untuk mengurangkan kadar kemalan-

gan di jalan raya tidak akan tercapai sekali gusstatistik kemalangan tidak akan menurun.

Jika diteliti dari sudut undang-undang,Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987, memperuntukkan hukuman penjaraantara dua dan 10 tahun serta lesen memandudigantung bagi pemandu yang disabitkankesalahan memandu secara berbahayasehingga menyebabkan kematian. Pemanduitu juga boleh didenda antara RM5,000 danRM20,000.

Justeru, pemandu kenderaan sendirilah yangdapat menentukan nasib diri dan penumpangyang dibawa sama ada selamat atau mengalaminahas di jalan raya!

Januari 2004 • PRIHATIN 7

TRAGIS... Bagi 2003, dua kemalangan mautmelibatkan kenderaan SPANCO yang meragutenam nyawa iaitu tiga di Jalan Saratok-Sarikeidan tiga di Kilometer 425.2 Lebuh Raya PLUS.

Kemalangan membabitkan sebuah bas sekolah dan sebuah bas ekspres di Kilometer 68 Jalan Kuala Lipis-Merapoh, amat tragis dan memilukan apabila 14 penumpang terkorban.

KESELAMATAN

Page 8: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

8 PRIHATIN • Januari 2004

Kenderaan yang diselenggara denganbaik adalah antara jaminanpemanduan selamat. Malah,kebanyakan negara juga menetapkanhukuman bahawa memandukenderaan bermasalah adalah satukesalahan besar.Pemasangan peralatan keselamatancanggih seperti beg angin dan brekanti-kunci pula tidak sama sekaliboleh dijadikan alasan untukpemandu mengabaikan sikapberhemah dan beretika di jalan raya.

15 Penjagaan kenderaan jamin pemanduan selamat

1Selalunya kuasa bateri akan cepat habisdalam cuaca sejuk atau lembap.Kenderaan mungkin tidak dapat dihidup-kan sekiranya anda mengabaikan penja-gaan bateri.

Cecair pembersih adalah lebih berkesanjika dibandingkan dengan air biasa untukmembersihkan cermin hadapan daripadadebu, garam, gris dan kotoran apabilamemandu dalam cuaca buruk.

Memandu dengan tangki minyak yangpenuh adalah lebih selamat jika inginmelakukan perjalanan jauh atau meman-du di kawasan yang anda kurangpasti. Ia juga dapat menji-matkan masa jika anda sesatatau tidak dapat mencari stesenminyak.

Bateri

Pembersih cermin hadapan

Tangki minyak setengah atau lebih

Penyah kabus

Lampu hadapan / belakang

Penting dalam cuaca sejuk yang bolehmengakibatkan bahagian dalam cerminberkabus. Alat penyah kabus membantupemanduan yang selesa.

Lampu yang terang dapat menjaminkeselamatan terutama pada waktumalam. Ia membantu anda melihat jalandi hadapan dan pemandu lain melihatanda.

Kabel loncatAmat mustahak sekiranya bateri andamati. Ia membantu mengecas bateridan menghidupkan kenderaan. Pasangkabel dengan tertib dan pada posisiyang betul untuk mengelak letupanatau kebakaran: sambungkan kabelmerah dari terminal positif bateri yangtidak bercas ke terminal positif bateriyang bercas. Kabel hitam pula disam-bungkan dari terminal negatif bateriyang bercas ke terminal negatif bateriyang tidak bercas.

PENJAGAAN KERETA

2

3

4

5

6

Page 9: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

Tayar

Anti beku/penyejuk

Pastikan angin tayar mencukupi. Tayar yangterlebih atau kurang angin akan mengurangkankecekapan, kuasa cengkaman dan kestabilankenderaan ketika bergerak. Tayar ganti jugamesti dalam keadaan baik.

Lampu isyarat dan brek yang berfungsi denganbaik akan mengurangkan risiko kemalangan.Lampu isyarat membantu pemandu lain meli-hat arah pergerakan kenderaan anda. Lampubrek pula memberitahu pemandu lain bahawaanda sedang memperlahankan kenderaan.Justeru, ia memberi masa untuk kenderaan dibelakang menjarakkan kenderaan mereka.

Bahan penyejuk yang tidak mencukupi bolehmenyebabkan enjin terlampau panas dalamcuaca yang tidak menentu. Pastikan andamemeriksa radiator hanya apabila enjinkenderaan berada dalam keadaan sejuk. Tahapbahan penyejuk mesti antara paras minimumdan maksimum pada tangki simpanan.

Lampu isyarat dan brek

Lampu kecemasan

Pengelap cermin

Januari 2004 • PRIHATIN 9

Lampu kabus

Kit kecemasan

Periksa pengelap cermin anda tiga bulan sekali danpastikan ia berfungsi dengan baik terutama padawaktu hujan lebat.

Hidupkan lampu kecemasan jika anda berhenti dilorong kecemasan.

Ia adalah alat penting seki-ranya berlaku kecemasan.Pastikan anda menyimpansenarai nombor kecemasanseperti polis, trak penunda,kelab motor dan sebagainya.Talian bebas tol 24 jamSPANCO ialah 1-800-88-6999.

Sistem Brek anti kunci (ABS) mengelakkan tayardaripada terkunci apabila membrek secara menge-jut. ABS mengepam brek secara automatik sehing-ga 18 kali sesaat apabila pemberhentian kece-masan dilakukan. Apabila pemandu menekanpedal brek dengan kuat, sistem ini secaraautomatik menyelaraskan modul brek, atau mem-beri tindakan 'mengepam' kepada setiap tayaruntuk mengelakkan tayar terkunci. Ia mem-bolehkan kenderaan diberhentikan dengan baik.

Posisinya yang lebih rendah daripada lampu hada-pan menjadikan lampu kabus begitu penting untukmemberikan penglihatan jalan raya yang lebihbaik. Jangan gunakan lampu cerah atau tinggi apa-bila melalui kawasan berkabus kerana kabus akanmemantulkan cahaya, seterusnya menyilaukanpenglihatan.

Pastikan anda mempunyai satu kit kecemasan didalam kenderaan seperti peralatan perubatan,lampu suluh, bateri, mancis, lilin dan sebagainya.

Telefon selular

Brek anti kunci

PENJAGAAN KERETA

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Page 10: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

10 PRIHATIN • Januari 2004

KENDERAAN kepunyaan SPANCO

tidak terkecuali daripada menjadi

sasaran pencuri. Berdasarkan rekod

kecurian membabitkan kenderaan

SPANCO sepanjang 2003, lima kes berlaku

membabitkan empat kes Proton Perdana V6 dan

satu kes Proton Wira 1.5GL i (M).

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh

pengadu, tiga kes kenderaan hilang selepas

diletakan di hadapan rumah manakala satu di

tempat letak kereta di pekarangan pejabat kera-

jaan dan satu lagi di tempat letak kereta awam.

Ada beberapa tempat dikenal pasti kerapberlaku kes kecurian kenderaan:• Tempat letak kereta awam.

• Kompleks beli-belah.

• Di hadapan rumah dan tepi jalan.

• Tempat letak kereta di hotel.

Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor berlaku kecurian kenderaan, antaranya:• Kenderaan tidak dikunci.

• Tiada kunci tambahan.

• Meletakkan kenderaan di tempat

terpencil atau gelap.

• Meninggalkan barang berharga di dalam

kenderaan.

Justeru, langkah pencegahan perlu diambiloleh pengguna bagi mengelakkan kenderaanmereka dicuri, termasuk:

• Jangan sekali-kali meninggalkan

kenderaan dengan enjin masih hidup

walaupun sebentar. Cabutkan kunci dan

simpan.

• Pasangkan alat pencegah kecurian dan

pastikan ia berfungsi dengan sempurna.

• Mengukir (sandblasting) nombor

kenderaan pada cermin depan, belakang dan

tingkap.

• Kunci semua pintu dan tutup cermin

kereta setiap kali meninggalkannya

walaupun sekejap.

• Keluarkan semua barang berharga dari

dalam kenderaan atau simpan di tempat

menyimpan barang supaya tidak

kelihatan dari luar.

• Elakkan meletak kenderaan di tempat

terpencil atau gelap.

• Jangan tinggalkan tiket ’parking’ dalam

kenderaan ketika diletakkan di tempat

meletak kenderaan di pusat beli-belah,

pasar raya atau di mana-mana saja.

• Jangan tinggalkan kunci kenderaan

kepada pencuci atau penjaga kereta.

Hantar kereta kepada bengkel yang

dikenali untuk dibaiki.

• Bunyikan alat penggera kenderaan

setiap kali terjaga pada waktu malam

sebagai tanda anda sentiasa mengawasi

kenderaan itu.

w Ketika membuat aduan di balai polismengenai kes kecurian, pengaduan mestidibuat dengan padat dan lengkap. Antarafakta penting yang diperlukan ialah:• Apakah kes atau kejadian yang hendak

dilaporkan.

• Nyatakan tarikh dan masa berlaku kejadian itu.

• Nyatakan tempat kejadian seperti nama

bandar, kampung, jalan dan nombor

rumah.

• Nyatakan maklumat orang terbabit atau

disyaki sekiranya ada saksi yang melihat

dan sebagainya. Adakah mereka dikenali

atau tidak.

• Nyatakan cara atau bagaimana kes itu

berlaku atau jenayah itu dilakukan.

• Nyatakan akibat daripada kes itu seperti

kerosakan, kerugian dan kecederaan

yang dialami.

Oleh itu, sama-samalah kita membendung

jenayah ini daripada terus berlaku. Ingat, sikap

berhati-hati dan berwaspada serta langkah

keselamatan yang diambil mampu mengu-

rangkan kes kecurian kenderaan.

oleh Nor Azhan Haji Abdul

Kecurian kenderaan makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dankenderaan mewah terus menjadi sasaran utama pencuri. Tidak kira di mana

kenderaan diletakkan, ia tetap menarik perhatian penjenayah.

TAHUN 2003 Kecurian kenderaanbertambah buruk

PERLINDUNGAN

Page 11: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

Januari 2004 • PRIHATIN 11

DALAM kesibukan menanganimasalah kemalangan dan kecuriankenderaan, kita terlupa mengenaikejadian alam yang mengundang

bencana iaitu banjir. Pada 10 Jun 2003 lalu, warga Kuala Lumpur

bagai 'berpesta air' apabila kebanyakan lokasidan jalan utama di ibu kota ditenggelami ban-jir. Puluhan ribu orang terjejas kerana kender-aan awam dan persendirian terkandas dalambanjir berkenaan.

Tarikh itu juga menunjukkan betapa ben-cana banjir mampu menggugat sistem pen-gairan dan saliran di sekitar Kuala Lumpur.Dalam kejadian itu juga dilaporkan banyakkenderaan pengangkutan awam danpersendirian terkandas atau ditenggelami ban-jir termasuk enam kes yang dilapor mem-babitkan kenderaan SPANCO.

Ini menjadikan jumlah kes bertambah kepa-da tujuh bagi sepanjang 2003 yang mana satukes pada 1 Februari 2003 di Kuching,Sarawak. Daripada tujuh kes itu, tiga kender-aan dilupuskan kerana ditenggelami air lebihdaripada dua hari.

Rekod SPANCO menunjukkan, kes itumembabitkan tiga model kenderaan iaitu empatunit Proton Wira 1.5GLi (M), dua unit ProtonPerdana V6 dan seunit Wira 1.6XLi (A).Kebanyakan kenderaan SPANCO berkenaandiletakan di tempat letak kereta bawah tanah(basement parking) yang alat pam air gagalberfungsi ketika banjir berlaku dan ditambahlagi hari itu adalah cuti hujung minggu.

Kejadian itu dapat dielakkan sekiranyapengguna mengambil berat mengenai:• Peka kepada keadaan cuaca semasa.• Peka kepada nasib kenderaan di bawah

penyeliaannya.• Mengubah kenderaan ke tempat lebih

selamat jika berlaku hujan lebat.• Mengenal pasti tempat yang sering dinaiki

air.• Jangan meredah jalan yang dinaiki air.• Elakkan kereta terendam di dalam air

(minta bantuan untuk menolak kereta keluar dari dalam banjir).

Kebanyakankenderaan SPANCOberkenaan diletakandi tempat letak keretabawah tanah(basement parking)yang alat pam airgagal berfungsiketika banjir berlakudan ditambah lagihari itu adalah cutihujung minggu.

Sentiasa mengunci kenderaan walaupunmeninggalkannya sekejap.

Ukir nombor pendaftaran pada cermindepan, belakang dan tingkap.

Kunci gear sebelum meninggalkankenderaan.

PENGUNCI STERENG... satu lagi alat antikecurian yang mudah dipasang.

TIPS LANGKAHBERWASPADA PERLINDUNGAN

Kereta SPANCO turut jadi mangsa banjir

Page 12: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

SARI PERISTIWA

TAHUN 2003 melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai periti-

wa dan kenangan pahit manis kepada kita semua. SPANCO tidak

terkecuali apatah lagi pada 2003 kerajaan mengambil keputsan

untuk mengkaji semula perjanjian konsesi yang

ditandatangani dan dipersetujui bersama SPANCO pada 1994.

Walaupun kajian semula diputuskan namun SPANCO tetap meneruskan

aktivitinya terutama yang membabitkan kepentingan dan keselesaan

pelanggan. Berikut ialah antara aktiviti yang sempat dirakamkan oleh

lensa kami sepanjang 2003.

12 PRIHATIN • Januari 2004

Cawangan Khas PDRM membuat lawatan ke Ibu Pejabat dan PusatServis SPANCO pada 7 Mei 2003.

Encik Azahari Md Lazim, Penolong Pengurus Unit Kawalan Penyenggaraansemasa taklimat di Kompleks Kewangan, Putrajaya pada 20 Mac 2003.

Taklimat Pengurusan Fleet di Kementah kali keduapada 15 Februari 2003.

Taklimat di Jabatan Pertanian pada 15 April 2003.

Cawangan Khas PDRM melawat Pusat Servis SPANCOsemasa Taklimat Pengurusan Fleet.

PDRM mendengar penerangan Unit Kawalan Penyenggaraan semasalawatan.

Page 13: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

SARI PERISTIWA

Januari 2004 • PRIHATIN 13

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Yaacob Wan Ibrahim (duduk tengah)dan kakitangannya bergambar bersama rakan sekerja SPANCO sempena kunjungan kepejabat itu pada 29 Ogos 2003.

Masni Abu Bakar, balu kepada Allahyarham LansKoperal Khalid Suhaili menerima sumbangan di majlispenyerahan cek di Kuching, Sarawak pada 9 Ogos2003.

Taklimat Pengurusan Fleet kali pertama di Kementah pada 25 Januari 2003.

Eksekutif Khidmat Pelanggan – BahagianOperasi, Puan Salini Idris (kanan) bergambarbersama Dato’ Paduka Abdul Kadir Haji SheikhFadzir di Majlis Sambutan Aidilfitri KementerianKebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yangdiadakan di Istana Budaya pada 6 Disember2003.

Rakan sekerja SPANCO bergambar kenangan bersama Menteri PerpaduanNegara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Hajah Siti Zaharah HajiSulaiman di majlis sambutan hari raya kementeriannya yang diadakan di PWTCpada 7 Disember 2003.

Page 14: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

14 PRIHATIN • Januari 2004

SPANCO tidak ketinggalan dalamusaha membantu kerajaan menye-marakkan semangat patriotisme den-gan mengedarkan 1,500 naskhah

majalah PRIHATIN EDISI KHAS MERDE-KA kepada sekolah di Wilayah PersekutuanKuala Lumpur.

Ketua Eksekutif SPANCO, Encik HamzahMohd Salleh, menyerahkan secara rasminaskhah majalah itu kepada PengarahPendidikan Wilayah Persekutuan, Encik YaacobWan Ibrahim, dalam satu majlis sederhana diibu pejabat jabatan itu, 29 Ogos 2003.

Beliau berkata, harapan SPANCO ialahsupaya PRIHATIN EDISI KHAS MERDEKAitu dapat sekurang-kurangnya memberikesedaran pelajar mengenai sejarah pahit-getirperjuangan negara menuntut kemerdekaan.

"Secara ringkas, edisi khas ini memupuk

perasaan cinta dan harmoni rakyat berbilangkaum terhadap negara," katanya.

Encik Hamzah berkata, sumbangan ituadalah selaras dengan visi syarikat iaitu seba-gai rakan dalam pembangunan negara danwarga korporat yang prihatin serta bertang-gungjawab.

PRIHATIN EDISI KHAS MERDEKA men-gandungi maklumat mengenai sejarah sebelumkemerdekaan dan perjuangan menuntutkemerdekaan daripada British. Selain itu, iamemaparkan maklumat mengenai kemajuandan pencapaian Malaysia sehingga menempanama di persada antarabangsa.

Bahagian akhir majalah itu mendedahkanserba sedikit mengenai SPANCO dan bagai-mana syarikat pengurusan fleet kerajaan itumemainkan peranan dalam menyumbang kearah pembangunan negara.

1,500 naskhah Prihatinedisi khas merdeka untuk sekolah

PRIHATIN EDISI KHASMERDEKA mengandungimaklumat mengenaisejarah sebelumkemerdekaan danperjuangan menuntutkemerdekaan daripadaBritish. Selain itu, iamemaparkan maklumatmengenai kemajuan danpencapaian Malaysiasehingga menempa nama dipersada antarabangsa.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Yaacob Wan Ibrahim (kiri) menerimanaskhah khas PRIHATIN dari Ketua Eksekutif SPANCO, Encik Hamzah Mohd Salleh, sambildiperhatikan oleh Pengurus Operasi Puan Rozita Dawan dan Eksekutif Fleet, Encik AhmadHurais Mohd Hanifah.

Edisi Khas Merdeka 2003

KHABAR PRIHATIN

Page 15: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

SPANCO menyerahkan tiga cek berni-lai RM11,000 setiap satu kepada tigabalu mangsa kemalangan maut yangberlaku pada Mei 2003 lalu.

Sumbangan cek diserahkan oleh KetuaEksekutif SPANCO, Encik Hamzah MohdSalleh, kepada Ketua Pegawai Polis Sarawak,Dato' Mohd Fauzi Shaari, yang menerima bagipihak balu mangsa kemalangan pada satumajlis di Mess Pegawai Kanan Polis DiRajaMalaysia, Kuching, Sarawak, Ogos 2003.

Encik Hamzah berkata, kehilangan nyawaadalah tragedi yang sangat memilukan dantiada yang dapat menggantikannya.

"Namun kami berharap supaya sumbanganyang kecil ini setidak-tidaknya dapatmeringankan beban yang dialami oleh keluargamangsa," katanya.

Cek kemudian disampaikan kepada balu duaanggota polis dan seorang ketua kerani PolisDiRaja Malaysia yang terkorban apabilakenderaan yang mereka naiki bertembungsebuah lori askar di Jalan Saratok-Sarikei, pada27 Mei 2003.

Balu yang menerima sumbangan itu ialahMasni Abu Bakar, isteri kepada AllahyarhamLans Koperal Khalid Suhaili, 34; SaniahDahalan, isteri kepada Allahyarham Lans

Koperal Hipni Fozi, 34 dan Rokia Iren, isterikepada ketua kerani Allahyarham RoslanBujang Ibrahim, 40.

SPANCO, kata Encik Hamzah, membelipolisi insurans kemalangan pemandu danpenumpang kereta SPANCO yang berjumlahhingga RM10,000 setahun untuk maksimumlima orang. Tambahan RM1,000 lagi yangditerima oleh balu mangsa adalah untukmenanggung kos pengebumian.

Setakat ini, SPANCO membekalkan lebih4,600 kenderaan yang semuanya dilindungipolisi insurans kemalangan.

Selain sumbangan balu mangsa kemalanganJalan Saratok-Sarikei, SPANCO turut menghu-lurkan bantuan kepada waris tiga mangsakemalangan di Kilometer 425.2 Lebuh RayaUtara-Selatan yang berlaku pada 24 Disember

2003.Sumbangan cek dengan nilai yang serupa

diserahkan kepada Noor Rizal Zakaria, suamikepada mangsa Allahyarhamah Noor JunaizarZakaria; Noorsariza Saad, balu kepadaAllahyarham Shahrul Hafizi Hashim, danAisyah Abdullah, balu kepada AllahyarhamMohd Kamal Mamat.

Dalam kejadian itu, sebuah Toyota Unserdari arah Ipoh telah terbabas sebelum melam-bung dan menghempap Proton Wira yang bera-da di laluan bertentangan.

Ketiga-tiga mangsa yang berada dalam kere-ta milik SPANCO itu adalah anggota UnitPenguat kuasa Maritim Jabatan PerdanaMenteri (JPM) di Lumut, Perak dan sedangdalam perjalanan pulang setelah menjalankantugas di Kuala Lumpur.

Januari 2004 • PRIHATIN 15

SAYU... Tiga balu mangsa kemalangan maut Jalan Saratok-Sarikei yang hadir di majlis peny-erahan cek.

KHABAR PRIHATIN

SPANCO, kata Encik Hamzah, membeli polisiinsurans kemalangan pemandu danpenumpang kereta SPANCO yang berjumlahhingga RM10,000 setahun untuk maksimumlima orang.

SPANCO serah RM33,000kepada balu mangsa kemalangan

Rokia Iren, balu kepada Allahyarham RoslanBujang menerima sumbangan cek SPANCOyang disampaikan oleh Ketua Pegawai PolisSarawak, Dato' Mohd Fauzi Shaari.

Page 16: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

KENDERAAN era kini yangmenggabungkan teknologi keju-ruteraan automotif serta teknolo-gi maklumat dan komunikasi

serba canggih, menjanjikan cabaran besarkepada rakan sekerja SPANCO.

Justeru, untuk memenuhi keperluan itu,khidmat berkualiti daripada SPANCOmemerlukan tenaga pekerja mahir dan senti-asa menguasai ilmu terbaru dalam bidangdiceburi.

Menyedari hakikat itu, ProgramPembangunan Kemahiran Teknikal dilak-sanakan oleh SPANCO bagi mempert-ingkatkan kemahiran rakan sekerja secaraberkala dari semasa ke semasa.

Kemahiran rakan sekerja SPANCO perludipertingkatkan sesuai dengan perkembanganteknologi pemotoran yang begitu pesat.

SPANCO setakat ini menyediakan pelbagailatihan dalaman mahupun luaran untuk mem-bangunkan kemahiran rakan sekerja sepertiKursus Majlis Latihan VokasionalKebangsaan (MLVK) dan kelas teknikal yangdianjurkan secara berjadual.

Aktiviti MLVK setakat ini hanya terbukakepada rakan sekerja SPANCO mulai 2000.

Sehingga 2003, empat kumpulan berjayamenjalani Kursus MLVK Tahap I yang dik-endalikan di Pusat Servis Wilayah (PSW) diSegambut, Kuala Lumpur.

Kumpulan keempat terdiri daripada tujuhmekanik iaitu enam dari PSW Segambut danseorang dari PSW Puchong.

Dengan tamatnya kumpulan keempat itumenjalani kursus, 90 peratus mekanik SPAN-CO kini mempunyai sijil MLVK Tahap I. Inimembuktikan komitmen yang diberikan olehSPANCO dalam meningkatkan tahap kualitiperkhidmatan kepada kerajaan.

Bagi aktiviti 2004, dijadualkan rakan sek-erja yang berjaya menjalani Kursus MLVKTahap I sebelum ini akan meneruskan penga-

jian seterusnya iaitu Tahap II. Di samping kursus itu, SPANCO akan

meneruskan kelas bimbingan untuk kumpulankakitangan teknikal. Kelas yang dikendalikandua kali sebulan itu meliputi kemahiran diag-nostik iaitu mengenal pasti kerosakan.

Selain menjalani kelas bimbingan, merekaakan turut dihantar ke Akademi Saga darisemasa ke semasa bagi mengemas kinikemahiran teknikal sejajar dengan kepesatanperkembangan teknologi pemotoran sepertiyang diperkatakan sebentar tadi.

16 PRIHATIN • Januari 2004

Teknologi canggih kenderaan

jadi cabaran SPANCO

AKTIVITI 2004... Rakan sek-erja yang berjaya menjalanikursus MLVK Tahap I akanmeneruskan pengajian keTahap II.

Di samping kursusMLVK, SPANCO akanmeneruskan kelasbimbingan untukkumpulan kakitanganteknikal. Kelas yangdikendalikan dua kalisebulan itu meliputikemahiran diagnostikiaitu mengenal pastikerosakan.

SERVIS

Page 17: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

SPANCO akan terus meningkatkanpencapaian bagi menjamin mutuservis selaras dengan RancanganPeningkatan Berterusan ISO terma-

suk selepas sebagaimana pengiktirafan melaluiISO 9001:2000, demikian tekad dan azamsyarikat untuk sepanjang 2004.

Antara langkah yang akan diambil ialahmemperkenalkan sistem tempahan melaluiSMS bagi memudahkan pelanggan SPANCOmenetapkan waktu penyenggaraan kenderaanmereka. Khidmat SMS itu adalah lanjutan dari-pada sistem tempahan yang diperkenalkan olehSPANCO di Pusat Servis Wilayah.

Selain itu, SPANCO akan melakukan kajiselidik terhadap tahap perkhidmatan yangdiberi kepada pelanggan. Melalui kaji selidikyang akan dilakukan oleh sebuah badan bebasitu, tahap servis dapat dinilai sama ada pelang-gan berpuas hati atau sebaliknya.

SPANCO juga akan menelefon pelangganselepas tiga hari servis dilakukan bagi menda-patkan maklum balas.

Dalam usaha berkaitan, SPANCO WorkshopFloor System (SWFS) akan diperkenalkanselaras dengan Rancangan PeningkatanBerterusan ISO.

SWFS adalah satu sistem yang melicinkantugasan pembaikan dan penyenggaraan keretadi pusat servis melalui penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT).SWFS akan dihubungkan dengan Sistem

Integrasi Maklumat Berkomputer (SIKOM)iaitu sebuah sistem pengurusan fleetbersepadu yang digunakan sejak 1996 yangmenggabungkan operasi kewangan,penyenggaraan, insurans kereta terpakai danpajakan.

Dengan penggabungan SWFS dan SIKOM,SPANCO kini maju setapak lagi dalam peng-gunaan peralatan analisis yang mampu mem-bekalkan maklumat menyeluruh kereta konsesisecara 'real time'.

Matlamat muktamad SPANCO ialah supayapelanggan dapat menikmati perkhidmatanbermutu melalui penggunaan ICT.

SPANCO berjaya memperbaharui tarafpengiktirafan daripada ISO 9002:1994 kepadaISO 9001:2000 sejak lebih setahun lalu.Berbeza ISO 9002, ISO 9001 lebih meliputikeperluan dan kepentingan pelanggan.

Bagi 2003, badan pengiktirafan kualiti duniaitu menjalankan dua audit sistem kualiti diPusat Servis Wilayah SPANCO di Segambutiaitu pertama pada 2 Jun dan kedua pada 10Disember.

Apa yang membanggakan, SPANCO lulusdalam kedua-dua audit itu. Wakil badanpengiktirafan ISO, United Kingdom, UKASQuality Management berpuas hati dengantahap perkhidmatan yang disediakan olehSPANCO dengan memenuhi semua kriteriaditetapkan.

Januari 2004 • PRIHATIN 17

2004: SPANCO tingkat servis ikut ISO

SPANCO WORKSHOPFLOOR SYSTEM... SWFSmenyediakan maklumatstatus kerja pembaikankenderaan di pusat servissecara serta-merta.

SERVIS

Antara langkah yang akan diambil ialahmemperkenalkan sistem tempahan melalui SMS bagimemudahkan pelanggan SPANCO menetapkan waktupenyenggaraan kenderaan mereka. Khidmat SMS ituadalah lanjutan daripada sistem tempahan yangdiperkenalkan oleh SPANCO di Pusat Servis Wilayah.

Page 18: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

MELAKA 7

JOHOR 27

PAHANG 20

14 KELANTAN

NEGERI SEMBILAN 15

SELANGOR 24

WP. KUALA LUMPUR 12

PERAK 21

KEDAH 22

11

PULAU PINANG

4 PERLIS

PUSAT Servis Diiktiraf(PSD) di seluruh negaraakan disusun semulamengikut taburan fleet

sekurang-kurangnya pada tahap 80peratus, demikian antara rancanganBahagian Servis SPANCO untuk2004. Melalui penyusunan semula itubermakna kebanyakan PSD mestidipilih dari kawasan di mana pelang-gan tertumpu.

Bahagian Servis juga merancangmenerbitkan buku panduan PSDsekurang-kurang dua kali setahuniaitu pada Mac dan September bagimembekalkan senarai PSD yanglengkap serta terkini kepada pelang-gan.

Rancangan ketiga 2004 ialahmemperketat kriteria pemilihan PSD iaitu darisegi kepakaran dan kemahiran selaras denganperkembangan kemajuan teknologi pemotoran.

Selain itu, SPANCO menetapkan PSDsupaya memiliki lesen perniagaan sah di samp-ing perlu menyediakan insurans yang melin-dungi harta pelanggan sekali gus kenderaanpelanggan yang diletakkan di premis PSD akanlebih terjamin.

Perkara kelima yang dirancang pada 2004ialah pegawai kanan SPANCO akan melakukanlawatan ke PSD secara berkala dan akan diper-tingkatkan bagi memantau mutu perkhidmatan

yang disediakan kepada pelanggan SPANCO.PSD ialah pusat servis terpilih yang dilantik

oleh SPANCO sebagai ejen untuk mengenda-likan kerja pembaikan kenderaan fleet konsesi.

Setakat November 2003, terdapat 241 PSD diseluruh Malaysia. Bagi menyediakan khidmatyang cekap dan prihatin kepada kerajaan,SPANCO sejak ditubuhkan sentiasa melakukanpemantauan terhadap tahap kualiti perkhid-matan PSD terbabit.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah rakansekerja melakukan lawatan kerja ke PSD darisemasa ke semasa.

Selain itu, SPANCO mengan-jurkan program Konvensyen PSD dimana wakil PSD dari seluruh negaradijemput melawat Pusat ServisWilayah SPANCO di Segambut.

Sambil melawat, rakan sekerjaSPANCO dan wakil PSD dapatbertemu serta beramah mesra sekaligus dapat meningkatkan hubungankerja dan silaturahim sesama mere-ka.

Bagaimanapun, berikutan kajiansemula yang dilakukan olehKerajaan terhadap perjanjian kons-esi, pihak pengurusan SPANCOmengambil langkah untuk menggan-tung aktiviti bersama PSD bagi2003.

Namun begitu, walaupun kajiansemula sedang dilaksanakan, SPANCO tidakberkompromi dalam membekalkan servis yangbermutu tinggi kepada semua pelanggan.

Lawatan ke PSD di seluruh negara masihdilakukan tetapi tidak sekerap seperti tahunsebelumnya. Kebanyakan lawatan dilakukanoleh Bahagian Operasi SPANCO di mana pro-gram bersua pelanggan disatukan dengan aktiv-iti melawat PSD.

Konvensyen PSD pula dihentikan samasekali bagi penyusunan semula strategi setelahkeputusan kajian semula perjanjian konsesidiketahui kelak.

SARAWAK 20

SABAH 25

WP LABUAN 6

Pemantauan PSDdipertingkatkan

Perancangan 2004 Servis:

TABURAN PSD TERKINI...Untuk kemudahan pelanggan,pelantikan PSD tertumpu dikawasan kepadatan fleetSPANCO yang tinggi.

PUSAT SERVIS DIIKTIRAF... PSD adalah pusat servis yang dilan-tik oleh SPANCO untuk mengendalikan kerja-kerja pembaikankenderaan fleet.

18 PRIHATIN • Januari 2004

13 TERENGGANU

SERVIS

Page 19: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

RAMAI lelaki tidak tahu kedudukansebenar kelenjar prostat merekakecuali hanya disedari apabila ia'menggugat' ketenteraman hidup

terutama ketika seseorang lelaki mencecah'usia emas'. Keadaan lebih buruk apabila rata-rata beranggapan masalah prostat sebahagianproses penuaan.

Sebenarnya, masalah prostat sebagai sejenispenyakit yang boleh dirawat dan komp-likasinya dapat dicegah. Namun lazimnyapesakit lewat mendapatkan rawatan selepasberdepan pelbagai komplikasi termasuk kega-galan buah pinggang atau pundi kencingberfungsi serta mengalami jangkitan kumansecara berulang, kencing berdarah atau komp-likasi batu karang.

Di Asia, dianggarkan 50 hingga 59 peratuskes prostat membabitkan warga tua.

Tiga masalah utama kelenjar prostat ialahBenign hyperplasia prostate (BPH); barah pro-stat; dan radang prostat.

Benign prostatic hiperplasia (BPH)Ketika seorang bayi baru dilahirkan, saizprostatnya hanya sebesar kacang tanah.Tumbesaran kelenjar ini bermula pada per-ingkat baligh, sehingga individu terbabitmencecah usia 20-an. Ia kekal dengan saizyang sama dalam tempoh beberapa tahun.Bagaimanapun, berlaku perubahan hormonsetelah individu terbabit melangkau usia 40-apabila kelenjar prostat mula membesar.

Ketika itu, saiznya yang sebesar sebijilangsat menjadi sebesar ciku. Keadaan ini lebihdikenali sebagai benign prostatic hyperplasia(BPH).

Benign adalah satu keadaan yang bermaksudbukan barah. Hyperplasia bermaksud pembe-saran secara berlebihan sekali gus mengaki-

batkan diameter uretra menjadi sempit dan ali-ran air kencing terganggu.

Penghidapnya berasa tidak selesa dan men-galami beberapa gejala seperti sukar mem-buang air kecil; terpaksa meneran apabilamembuang air kecil; aliran kencing tidak lan-car atau terputus-putus; kencing tidak lawas;dan tidak berupaya membuang air kecil.

Rawatan BPH bergantung kepada tahapkeseriusannya. Bagi yang sederhana, memadaidengan ubat-ubatan. Rawatan pembedahansecara teropong hanya dilakukan untuk kesyang serius.

Barah prostat (cancer prostat)Tidak seperti BPH yang mana tumbesarankelenjar ini bersifat setempat, dalam seseten-gah kes barah ini boleh merebak ke bahagiantubuh lain. Sesetengah pesakit dikesan melaratke tulang hingga membahayakan nyawa.Masalah ini dapat dirawat sekiranya barahbersifat setempat. Justeru, pengesanan awalpenting bagi menangani masalah ini.

Radang prostat (prostatitis)Jangkitan dikatakan berpunca daripada kumanyang menyebabkan prostat mengalami radang.Selain ketidaklancaran air kencing, pesakitmengalami demam, seram sejuk, sakit ketikakencing serta sakit antara buah zakar dandubur.

Rawatan banyak bergantung kepada punca.Sekiranya disebabkan jangkitan kuman akut,rawatan segera dan secara agresif dengan ubatantibiotik perlu dilakukan. Jika dibiarkan, iaboleh membahayakan nyawa kerana kumandikhuatiri merebak ke dalam darah (septi-caemia). Ubat-ubatan antibiotik, mengawalradang dan kaunseling antara strategi untukmenangani radang prostat kronik.

Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing dan bersebelahan rektum. Fungsinya cukup besar. Ia jarang menimbulkan masalah pada usia muda dan satu-satunya kelenjar yang membezakan seorang lelaki dengan wanita. Ia sebahagian daripada organ sistem reproduktif dan sistem kencing lelaki.

Penghidapnya berasa tidakselesa dan mengalamibeberapa gejala sepertisukar membuang air kecil;terpaksa meneran apabilamembuang air kecil; alirankencing tidak lancar atauterputus-putus; kencingtidak lawas; dan tidakberupaya membuang air kecil.

ProstatKESIHATAN

PUNDI

P R O S T A T

URETRA

ZAKAR

TESTIKEL

SISTEM PEMBIAKAN LELAKI

Ancaman kronik tidak disedari lelaki

Januari 2004 • PRIHATIN 19

Page 20: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

20 PRIHATIN • Januari 2004

SEKALI imbas memang saling tidak

tumpah apabila ramai peminat kereta

membuat perbandingan Proton

Perdana V6 ’face-lift’ dengan ’Alfa

Romeo’ kereta sport Itali yang terkemuka itu.

Perbandingan yang dimaksudkan adalah

logo Proton yang menyerupai paruh Alfa

Romeo di bahagian muncung kereta.

Bagaimanapun, kita boleh membuat rumusan

bahawa ia sebenarnya hasil evolusi Proton di

alaf baru, bermula dengan Waja hingga kepa-

da Perdana V6 versi sebelum ini.

Perdana V6 baru mengambil masa 18 bulan

untuk dibangunkan dan dilaporkan menelan

kos beberapa juta ringgit. Pembaharuan ter-

tumpu kepada penalaan semula sistem gantun-

gan yang dilakukan oleh Lotus Engineering,

anak syarikat PROTON.

Selain pengubahsuaian pada sistem gantun-

gan, ciri kejuruteraan Perdana V6 pada asasnya

tidak berubah. Perubahan umumnya dari segi

kosmetik yang mana komponen baru dis-

esuaikan dengan ruang sedia ada seperti lampu

depan dan belakang, selain perubahan pada

kemasan.

Sumber memberitahu, ada 25 perubahan

pada Perdana V6 baru iaitu 12 di bahagian luar,

11 di dalam dan dua pada sistem gantungan.

Seperti dikatakan, muncung Perdana V6

mengingatkan kita pada paruh Alfa, yang

mana logo mematuk ke bawah hingga mem-

benam ke dalam bampar. Reka bentuk itu

menonjolkan gaya yang lebih berani sesuai

dengan imej sporti V6.

Sementara bampar yang baru pula lebih

lebar dan rendah, untuk bentuk lebih aerodi-

namik. Bagi mengurangkan kesan calar pada

bampar akibat geselan dengan tembok, tiang

atau kenderaan lain, lapisan pelindung terdap-

at pada setiap bucu.

Selain itu, tayar 16 inci dipadankan dengan

rim sport 5-jejari yang berbeza daripada rim

sport pada model terdahulu.

Bahagian belakang memenuhi cita rasa trend

masa kini. Tiga mentol dalam bekas lampu

masing-masing berfungsi sebagai lampu

belakang, brek dan isyarat. Di tengah-tengah

pula ialah kemasan yang mana lampu undur

terletak selain tulisan ’PERDANA’ warna krom

BARULEBIH BERGAYA, HARGANYA LEBIH RENDAH

Muncung berbentuk paruhdan bampar yang lebih lebarmenonjolkan gaya sporti V6.

Perdana V6 standard: Selainnodel standard terdapat jugaversi V6 Eksekutif.

Bahang persaingan industri automotif tempatan kian terasa apabila PROTON mengumumkanakan melancarkan tiga model baru untuk 2004, menggantikan model-model terdahulu.Sementara menunggu pelancaran yang dinanti-nantikan itu, PRIHATIN berbicara tentangsalah satu model popular kereta nasional itu dengan lebih mendalam.

TEKNOLOGI

Page 21: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

Januari 2004 • PRIHATIN 21

dipamerkan.

Perdana V6 baru dijual dengan empat

pilihan warna iaitu Midnight Blue, Silk,Brown Mica dan Deep Red.

BAHAGIAN DALAMDi bahagian kabin, secara keseluruhan

coraknya lebih cerah berbanding Perdana

sebelum ini, seperti panel peralatan yang

putih dan berkonsepkan kemasan titanium

serta kulit.

Bahagian bawah konsol peralatan di ten-

gah-tengah juga terdapat sentuhan titanium

yang mana tuil gear dikelilingi dengan

kemasan itu. Begitu

juga stereng 4-jejari

yang berpusatkan ge-

lang titanium dan logo

Proton terpamer di

situ.

Bahagian pintu pula

berkonsepkan kema-

san perak dan kulit.

Upholsteri kulit ada-

lah standard, lembut

tetapi tidak terlalu

licin. Kulit juga terda-

pat dengan agak

banyak sekali pada

panel pintu dan bahagian kabin lain.

Di bahagian tempat duduk belakang,

sandaran tangan yang baru dilengkapi

bekas pemegang cawan apabila dibuka,

tersedia untuk keselesaan penumpang.

GANTUNGANPerubahan pada gantungan empat roda

bebas dilakukan bagi memperbaiki

kendalian dan imbangan terutama dalam

pergerakan mendadak seperti menukar

lorong. Lotus Engineering, pakar dalam

sistem gantungan diberi tugas oleh PRO-

TON bagi menala sistem gantungan

Perdana baru.

Kejuruteraan Lotus Engineering mampu

menawarkan pengawalan yang lebih baik

seperti dibuktikan dengan Satria GTI suatu

ketika dulu.

Sistem brek pula terdiri daripada ceper

alih udara di depan dan ceper padu di

belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti

Kunci (ABS).

Enjin DOHC V6 menghasilkan kuasa

sebanyak 110kW/150 bhp pada 6750 rpm

dan daya kilas (tork) 179 Nm pada 4000

rpm. Kelajuan maksimum pula adalah 205

km sejam sama seperti model Perdana

sebelum ini.

Pembaharuan sistem

gantungan depan dan

belakang oleh Lotus

Engineering meng-

hasilkan Perdana V6

versi baru dengan pacuan

lebih licin dan stabil

terutama ketika me-

ngambil selekoh.

Pemandu juga dapat

merasakan lebih keyaki-

nan apabila menukar

lorong kerana kestabilan-

nya.

Selain bunyi enjin V6 lebih senyap, ben-

tuk bampar versi baru yang lebih aerodi-

namik dipercayai mengurangkan bunyi bis-

ing disebabkan pergerakan angin dari luar.

Keseluruhannya, pemanduan adalah lebih

senyap dan selesa sesuai dengan imej kere-

ta mewah yang ditampilkan.

Perdana V6 versi baru dijual pada harga

lebih rendah berbanding versi terdahulu

iaitu RM98,961.94 di Semenanjung

Malaysia.

Selain V6 standard, terdapat V6

Eksekutif yang mempunyai sedikit

kelainan iaitu lebih panjang di samping

kemasan dalaman lebih eksklusif dan rim

sport yang lebih menarik.

Sistem gantungan ditalaoleh Lotus Engineering,menghasilkan pengendaliandan imbangan yang lebihmantap.

Panel peralatan berkonsepkan kemasan titanium dan kulit.

Lampu belakang brek dan isyarat memenuhi cita rasa trend masa kini.

Tayar 16 inci dipdankan dengan rim sports 5-jejari.

Tempat dudukkulit dansandaran tangan.

PENGENDALIAN

TEKNOLOGI

Page 22: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

22 PRIHATIN • Januari 2004

RELAKS

Pembaca budiman,Kita bertemu kembali dalam ruangan ini setelah sekian lama menyepi.Teka Silang Kata yang menguji minda pembaca tidak ditampilkan di dalam dua edisi PRIHATIN – BeritaSPANCO sebelum ini kerana tiada ruang diperuntukkan di dalam edisi khas menyambut kemerdekaan danedisi khas menyambut Aidilfitri.Bagaimanapun Teka Silang Kata akan kembali menemui pembaca semula dalam setiap keluaran akan datangjika keadaan mengizinkan. Sidang redaksi akan cuba menyediakan soalan-soalan yang lebih mencabar danmenarik dalam setiap keluaran khusus untuk santapan pembaca-pembaca yang setia bersama majalah ini.Jangan lupa, hadiah misteri menanti 20 peserta pertama yang mengemukakan jawapan yang tepat.

Melintang1. Torque (Bahasa Melayu, dua perkataan).2. Kelenjar prostat adalah sebahagian daripada organ

sistem ___________ lelaki.3. Kemalangan tragis mengorbankan 14 penumpang

yang membabitkan sebuah bas sekolah dan sebuah bas ekspres tahun lepas berlaku di Kilometer 68 Jalan Kuala Lipis-___________.

4. Dalam istilah perubatan, bermaksud bukan barah.5. Khidmat ini adalah lanjutan daripada sistem

tempahan yang diperkenalkan oleh SPANCO di Pusat Servis Wilayah.

6. Berapakah jumlah maksimum individu yang dilindungi oleh polisi insurans kemalangan pemandu dan penumpang kereta SPANCO?

7. Jika ingin memeriksanya pastikan enjin kenderaan berada dalam keadaan sejuk.

8. Pakar dalam sistem gantungan yang diberi tugas oleh PROTON bagi menala sistem gantungan Perdana V6 baru.

9. Untuk menghindar kenderaan daripada terkandas atau ditenggelami banjir, elakkan tempat yang sering___________ air.

Menegak5. PRIHATIN EDISI KHAS MERDEKA mengandungi

maklumat mengenai ___________.10. Pandulah mengikut peraturan dan bukan

___________.11. Alat ___________ penting dalam keadaan cuaca

sejuk yang mengakibatkan cermin dalam berkabus (dua perkataan).

12. Kuasanya cepat habis dalam cuaca sejuk atau lembap.

13. Untuk mencegah kenderaan dari dicuri, jangan tinggalkan benda ini dalam kereta ketika meletakkannya di tempat letak kereta di pusat beli-belah, pasar raya atau di mana-mana saja.

14. Sistem di SPANCO yang melicinkan tugasan pembaikan dan penyenggaraan serta menyediakan maklumat status kerja setiap kenderaan di pusat servis secara serta-merta.

15. Pusat Servis Diiktiraf (PSD) perlu menyediakannya supaya harta pelanggan dilindungi sekali gus kenderaan pelanggan yang diletakkan di premis PSDakan lebih terjamin.

16. Sejak ditubuhkan, SPANCO sentiasa melakukan ___________ terhadap tahap kualiti perkhidmatan Pusat Servis Diiktiraf.

17. Kelas bimbingan untuk kumpulan kakitangan teknikalSPANCO meliputi kemahiran ___________.

teka silang katateka silang kata

BORANG PENYERTAANNAMA:

ALAMAT:

TELEFON:

Tarikh akhir penyertaan ialah

15 Mac 2004.

Alamatkan kepada :

Sidang RedaksiPRIHATINSPANCO SDN BHD(172957-U)

2, Jalan Murai DuaKompleks Batu51100 Kuala Lumpur

1

2

3

5

14

16

17

15

13

4

12

11

9

7

8

6

10

Keputusan adalah muktamad. SidangRedaksi berhak menolak mana-manapenyertaan yang mengandungi butiranyang tidak lengkap atau tidak terang.

Page 23: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja
Page 24: PrihatinPrihatinP PP 10548/8/2004 rihatin - SPANCO · KESELAMATAN Sikap buruk pemandu ... • pertama, mengamalkan ciri kepimpinan yang baik; ... manusia untuk melahirkan tenaga kerja

Jangan biarkan

menimpakeluarga anda

Jadikan Keselamatan Amalan Hidup KitaIkhlas daripada