pusat servis spanco

28
Berita SPANCO Jilid 2 2005 Pusat Servis SPANCO BARU, LUAS DAN MODEN PP 10548/8/2005

Upload: dinhtram

Post on 31-Dec-2016

313 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Servis SPANCO

Berita SPANCO Jilid 2 2005

Pusat Servis SPANCOBARU, LUAS DAN MODEN

PP 10

548/

8/20

05

Page 2: Pusat Servis SPANCO

Panduan memeriksa danmembayar saman trafik

Kini anda boleh menyemak sama ada anda mempunyai saman tertunggak tanpa perlu

ke balai polis atau kaunter JPJ.

SAMAN POLIS■ Hubungi POLISinfoLINE di talian 600-857-999 ■ Hantar pesanan SMS ‘PDRM’ ke 21999 (pelanggan 013/019) ■ Layari laman web www.rilek.com.my, www.eservices.com.my,

www.myeg.com.my

Anda juga boleh bertanya kaunter PDRM di pusat beli-belahberikut di seluruh negara:

Angsana (Johor Bahru) Giant (Johor Bahru) Mahkota Parade (Melaka) Terminal One (Seremban) MegaMall (Prai) JayaJusco (Ipoh) 1-Utama (Petaling Jaya) JayaJusco (Klang) The Mines (Seri Kembangan) Karamunsing (Kota Kinabalu) Prangin Mall (Penang)

Mereka yang mahu menyelesaikan saman dengan membayardenda boleh berbuat demikian di mana-mana balai polis. Jumlahyang perlu dibayar ada tertera pada notis kesalahan lalu lintas.

SAMAN JPJUntuk memeriksa sama ada anda atau kenderaan andadisenaraihitamkan oleh JPJ, lakukan langkah berikut:

■ Hantar pesanan SMS ‘JPJ’ ke 22700 (pelanggan 013/019) ■ Hantar pesanan SMS ‘JPJ RN <nombor kenderaan>’

ke 2000 (pelanggan 016) ■ Kunjungi www.jpj.gov.my/blacklist

Saman JPJ boleh dibayar di mana-mana Pejabat JPJ Negeri,Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ serta melalui perkhidmatan e-Services.

Bayaran dengan kad kredit boleh dibuat kepada tigakonsortium yang dilantik melalui laman webwww.rilek.com.my, www.eservices.com.my danwww.myeg.com.my

Penggunaan kad kredit di semua kaunter outletpembayaran trafik dan outlet pembayaran lain juga sedang

dilaksanakan.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

Layari laman web untuk urusan saman■ www.rilek.com.my■ www.eservices.com.my■ www.myeg.com.my■ www.jpj.gov.my/blacklist

Page 3: Pusat Servis SPANCO

Jilid 2, 2005 April – Jun

PENAUNG

Dato’ Hamzah Mohd Salleh

SIDANG PENGARANG

Rozita Dawan

Mohd Wazir Ahmad Kassim

Rusman Bassri

Sharon Ng

PERUNDING PENERBITAN

Executive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PENCETAK

Percetakan Lai Sdn. Bhd.

Sila alamatkan maklum balas,

komen dan sumbangan anda ke:

SIDANG REDAKSI

PRIHATIN-BERITA SPANCO

SPANCO Sdn Bhd (172957-U)

2, Jalan Murai Dua

51100 Kuala Lumpur

Tel : 03-6253 2888

Fax : 03-6253 6230

emel : [email protected]

Kami bersedia menerima sebarang bentuk

sumbangan karya untuk dipaparkan dalam

majalah PRIHATIN-Berita SPANCO.

Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali

dengan nama, alamat dan nombor telefon

penulis. Sidang Redaksi berhak melakukan

penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PrihatinPrihatinBERITA SPANCO

kandunganPERUTUSAN

4 Mempertingkatkan khidmatdan komitmen kepada pelanggan

KORPORAT6 Pusat Servis SPANCO:

Baru, luas dan moden10 Kos kemalangan fleet

konsesi: Lebih RM3 ribu baiki kerosakan setiap kes

12 SPANCO Fleet Online: Meningkatkanperkhidmatan dengan maklumat masa sebenar

KHABAR PRIHATIN14 Lawatan Tahunan 2005

disambut baik

PENJAGAAN KERETA16 Petua menjaga transmisi

automatik18 Menukar minyak enjin:

Langkah penting menjaga kenderaan anda

KESELAMATAN20 KEJARA berkuat kuasa:

Pesalah trafik mula dikenakan penggantungan lesen

22 Bagaimana mengelak keganasan jalan raya

TEKNOLOGI24 Kenderaan NGV:

Pengangkutan alternatif masa depan

PERLINDUNGAN25 eCover Note – Cepatkan

urusan pembaharuan cukai jalan

KESIHATAN26 Petua pemanduan selamat

untuk warga emas – Penglihatan, pendengaran dan tempoh tindak balas

6

12

22

20

Page 4: Pusat Servis SPANCO

KESELAMATAN

4 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

SEJAJAR hasrat kami untukmempertingkatkan pengurusanfleet profesional, Pusat Servis

SPANCO yang beroperasi di Segambutakan berpindah ke lokasi yang lebihbesar dan sesuai. Bermula 15 Julai ini,pelanggan dialu-alukan untuk meng-hantar kenderaan mereka ke PusatServis Wilayah yang barudi Batu Caves, Selangor.

Penempatan semula itutepat pada masanyamemandangkan lokasisedia ada tidak lagimampu menampung fleetyang semakin bertambah.Selain itu, kesesakan lalulintas menyukarkan pe-langgan apabila berurusandi sana.

Apa pun, langkah memindahkan pusatservis merupakan komitmen dansebahagian daripada strategi kamiuntuk meningkatkan keupayaansyarikat. Harapan kami supayapelanggan menikmati faedah melaluikhidmat yang lebih selesa dan lancartanpa gangguan, di bawah satubumbung.

Selain penempatan semula, laman webrasmi SPANCO juga telah diperbaharuibagi menyediakan perkhidmatan dalamtalian yang interaktif. Melalui FleetOnline, pelanggan kini boleh mengaksesmaklumat masa sebenar mengenai fleetmereka pada bila-bila masa dan di manasaja.

Mengenai prestasi fleet konsesi pula,statistik kami menunjukkan jumlahkemalangan tahunan pada kadar 37 kesbagi setiap 100 buah atau 37 peratusuntuk 2004. Ia masih jauh mengatasikadar kemalangan yang dicatatkan diperingkat kebangsaan iaitu 2.37 peratus(sumber: Pusat Penyelidikan Keselamatan

Jalan Raya, UniversitiPutra Malaysia).

Sementara itu, pu-rata kos membaikikerosakan akibatkemalangan adalahmelebihi RM3,000setiap kes. Kajiankami mendapati an-tara faktor yangmenyumbang kepadakos yang tinggi itu

ialah tahap kerosakan dalam sesetengahkes didapati sangat serius danmemerlukan perbelanjaan besar.

Kami bimbang jika trend ituberterusan, pihak insurans akanmengenakan caj bebanan terhadap fleetkonsesi dan seterusnya premiuminsurans akan meningkat. Kesuda-hannya kos operasi dan penyenggaraanfleet Kerajaan akan bertambah.

Justeru kita perlu saling membantuuntuk menangani cabaran mengu-rangkan kadar kemalangan, downtimedan kos pembaikan. SPANCO danpelanggan mesti bekerjasama memas-tikan ketiga-tiga faktor itu berada padatahap yang minimum.

komitmen kepada pelanggan

PERUTUSAN

4 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

Mempertingkatkan khidmat dan

Bermula 15 Julai ini,pelanggan dialu-alukan

untuk menghantarkenderaan mereka kePusat Servis Wilayah

yang baru di Batu Caves, Selangor

Page 5: Pusat Servis SPANCO

KESELAMATAN

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 5

Kesan langsung kepada pelangganakibat kenderaan yang kerap rosakatau mengalami kemalangan ialahurusan pejabat terganggu dan masa,tenaga serta wang terbuang keranaterpaksa mencari pengangkutanalternatif.

Ke arah mempertingkatkanperkhidmatan dan komitmen kamikepada anda, SPANCO akan terusmemaparkan panduan dan maklumatberguna di dalam majalah PRIHATIN.Ikutilah artikel antaranya petuapenjagaan transmisi automatik,menukar minyak enjin, caramembayar saman dan maklumatterkini sistem KEJARA.

Kami berharap segala usaha yangdilakukan selama ini memanfaatkananda.

Sekian.

Justeru kita perlu saling membantu untuk menangani cabaran

mengurangkan kadar kemalangan, masa rosak dan kos pembaikan.

SPANCO dan pelanggan mesti bekerjasama memastikan ketiga-tiga

faktor itu berada pada tahap yang minimum.

PERUTUSAN

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 5

Dato’ Hamzah Mohd SallehKetua Pegawai Eksekutif

Page 6: Pusat Servis SPANCO

KORPORAT

6 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

DEMI menyediakan per-khidmatan yang lebihcepat, cekap dan ber-

mutu, Pusat Servis WilayahSPANCO (PSW) Segambut akanberpindah ke lokasi baru pada 15Julai ini. Alamat baru ialah diLot 2, Jalan Perusahaan 2,Kawasan Perusahaan BatuCaves, 68100 Batu Caves,Selangor.

Rancangan untuk berpindah kelokasi yang lebih baikdiputuskan setelah mengambil

kira pelbagai faktor yangmembabitkan kepentingan pe-langgan.

Batu Caves dipilih keranalokasi itu mudah dikunjungi olehmajoriti pelanggan SPANCO.Kedudukannya yang strategikmampu menyediakan perseki-taran yang selesa dan mesrapelanggan.

Mercu tanda SPANCO terbaruitu dibina di atas tapak seluaslima ekar dengan anggaran kospelaburan sebanyak RM10 juta.

Baru, luas dan modenPusat Servis SPANCO

MENARIK... Pemandangan bahagianhadapan pejabat dan pusat servismenurut gambaran artis.

HAMPIR SIAP... Pejabat danpusat servis yang masih dalamperingkat pembinaan.

Page 7: Pusat Servis SPANCO

KORPORAT

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 7

Kemudahan dan Lokasi Yang Lebih Baik

Menurut Pengurus Kawalan FleetSPANCO, Encik Peter Lim yangbertanggungjawab terhadap ope-rasi penempatan semula, lokasisedia ada memang diakui agaksesak dengan ruang kerja terhaddan menyukarkan pergerakankenderaan.

Selain itu tempat simpanankenderaan konsesi juga tidakdipusatkan di satu lokasi padamasa ini. Ia sedikit sebanyakmemberi kesan kepada kelancaranoperasi pengurusan fleet.

Dengan saiz fleet akanbertambah melebihi 5,000 unit,lokasi baru yang lebih besar dansesuai amat diperlukan.

Antara kelebihan PSW Batu

Mercu tanda SPANCO

terbaru itu dibina di

atas tapak seluas lima

ekar dengan anggaran

kos pelaburan sebanyak

RM10 juta

TERSERGAM MEGAH...Pemandangan sisi bangunan di mana pejabat dan pusat servisyang baru ditempatkan.

LUAS... Pusat Servis Wilayah BatuCaves menyediakan 30 petak servisdengan 90 kapasiti servis sehari.

MENCUKUPI... Petak letakkereta untuk pelanggan yangberurusan di PSW Batu Caves.

Page 8: Pusat Servis SPANCO

KORPORAT

8 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

Caves ialah segala kemudahanberada di bawah satu bumbungdengan ruang kerja yang luas.Justeru masa perjalanan dapatdipendekkan kerana pusat servis,pejabat pentadbiran, operasi dankhidmat pelanggan, serta tempatsimpanan kenderaan konsesiberada di lokasi yang sama.

Kedudukannya juga sangat sesuai

kerana dihubungkan denganbeberapa lebuh raya untuk laluanmudah daripada pelbagai arahseperti Lingkaran Tengah II(MRR2), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Kuching.

Penempatan semula Pusat ServisWilayah ke lokasi yang lebih luasdan moden ini adalah sejajarkomitmen SPANCO untuk sentiasa

Masa perjalanan dapat dipendekkan kerana pusat servis, pejabatpentadbiran, operasi dan khidmat pelanggan, serta tempat simpanan

kenderaan konsesi berada di lokasi yang sama.

TERKINI... Menggabungkanreka bentuk dan penggunaancahaya yang optimum.

SELESA... Konsepruang kerja yangterbuka.

MESRA... Ruang legar dan bilikperbincangan menyambutkedatangan tetamu dan pelanggan.

Page 9: Pusat Servis SPANCO

KORPORAT

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 9

menyediakan perkhidmatan yangterbaik kepada Kerajaan Perse-kutuan.

Perkhidmatan Yang Lebih Cekap

Encik Lim berkata seramai lebih 70rakan sekerja akan terlibat dalampemindahan itu iaitu 47 orangdaripada PSW Segambut, 5daripada Khidmat Pelanggan, 7daripada Pentadbiran Fleet dan 12daripada Kawalan Penyenggaraan.

Dengan penempatan semulabahagian-bahagian itu di satulokasi, proses kerja akan menjadilebih cepat dan menjimatkan.

Daripada segi keluasan, PSWBatu Caves memiliki luas kawasan130,000 kaki persegi dengankeluasan binaan 24,254 kakipersegi. Ia dilengkapi dengan 30petak servis, 150 petak letak keretaserta peralatan baru terdiridaripada 10 mesin angkut dan duamesin pengisi angin tayar digital.Peralatan sedia ada di PSWSegambut juga akan dipindahkanke sana.

Pusat itu turut direka dengankonsep moden yang terbuka bagikeselesaan pelanggan dankemudahan untuk kakitanganmenjalankan tugas dengan lebih

efisien. Matlamat SPANCO ialahmenyediakan perkhidmatan yanglebih baik dan untuk lebih banyakkenderaan pada masa akandatang.

Semasa kerja pemindahan nanti,SPANCO akan memberi keutamaanterhadap meminimumkan gangguanservis dan akan memilih satuhujung minggu untukmemindahkan peralatan danperkakas. Langkah itu menjaminkesinambungan kerja-kerja pe-nyenggaraan kenderaan sertaoperasi yang lain. PSW Segambutakan ditutup selepas pemindahanselesai.

PETA KE PSW BATU CAVES

Page 10: Pusat Servis SPANCO

KORPORAT

10 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

Lebih RM3 ribu baiki kerosakan setiap kes

Kos kemalangan fleet konsesi:

JUMLAH KOS PEMBAIKAN KEMALANGAN BERBANDING KES (1998 – 2004)

KOS pembaikan kemalangan fleetkonsesi bagi empat bulan pertamatahun 2005 masih pada tahap yang

membimbangkan walaupun usaha-usahauntuk mengurangkannya dilakukan.Maklumat daripada Sistem Pengurusan FleetBerkomputer (SIKOM) menunjukkan 528 keskemalangan dicatatkan setakat April yangmembabitkan kos pembaikan sebanyakRM1.83 juta.

Ini bermakna setiap kemalangan menelanpurata RM3,466 untuk dibaiki, berkurangansedikit berbanding purata keseluruhan 2004iaitu sebanyak RM3,579 setiap kes.

Kos pembaikan itu melibatkanperbelanjaan yang dituntut dan yang tidakdituntut SPANCO kepada pihak insurans.Kos yang dituntut adalah kos yang dibayar

semula oleh pihak insurans terhadap kerja-kerja pembaikan kereta konsesi yangmengalami kemalangan manakala kos yangtidak dituntut pula ialah kos yang ditanggungsendiri oleh SPANCO.

Trend menunjukkan, jumlah kospembaikan kemalangan fleet konsesimengalami penurunan bermula tahun 2002.Pada tahun sebelum itu, jumlah kospembaikan sama ada yang dituntut atau puntidak ialah sebanyak RM8.38 juta, turunkepada RM7.56 juta pada 2002, RM7.12 jutapada 2003 dan RM6.56 juta pada 2004.

Penurunan itu dianggap satuperkembangan yang baik walaupun masihtidak memuaskan kerana purata kos masihtinggi iaitu masih melebihi RM3,000 setiapkes. Angka mencatatkan purata tertinggi

Page 11: Pusat Servis SPANCO

Saman 2005Pemandu terima 15 saman dalam empat bulan

Jumlah Fleet Kerajaan Persekutuan di bawahseliaan SPANCO kini mencecah 4,994 buah(SIKOM, April 2005) dan jumlah dijangka akanterus meningkat pada masa akan datang.

Perangkaan SIKOM juga menunjukkansebanyak 4,011 saman PDRM diterima olehkereta konsesi dalam empat bulan pertamatahun ini sahaja.

Dalam tempoh itu juga, rekod samanterbanyak yang dicatatkan bagi sebuah keretajabatan ialah 15 kesalahan manakala bagi keretarasmi pula ialah 9 kesalahan.

Apa yang menyedihkan ialah kesalahan lalulintas itu masih berlaku walaupun dengan penguatkuasaanSistem KEJARA oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Ia seolah-olah menggambarkan bahawa pemandu danpengguna jalan raya tidak langsung menghormatiperaturan yang sedia ada.

Melalui KEJARA, pesalah akan menerima mata demeritbagi setiap kesalahan lalu lintas. Lesen pemandu bolehdigantung jika mencapai sejumlah mata tertentu.

Di samping itu, SIKOM turut mendedahkan sebanyak

26,003 saman PDRM masih tertunggak dan belumdijelaskan oleh pelanggan SPANCO setakat ini.

Melalui Ops Warta IV fasa kedua yang baru dilancarkan,polis trafik kini melakukan operasi dari rumah ke rumahuntuk mengesan mereka yang masih berdegil untukmenjelaskan saman PDRM.

Pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap perlusegera menyelesaikan saman tertunggak mereka jika tidakmahu ditahan dalam operasi itu.

sebanyak RM4,353 setiap kes atauRM8.38 juta membabitkan 1,925 keskemalangan pada 2001.

Sementara itu, syarikat-syarikat

insurans kini menimbang untukmengenakan caj bebanan terhadappremium insurans kereta konsesijika jumlah tuntutan kos pembaikan

yang tinggi setiap tahun berterusan.Jika dilaksanakan, dikhuatiri kos

caj bebanan tersebut akhirnyaterpaksa diagihkan kepadapelanggan iaitu Kerajaan Malaysia.

Selain caj bebanan yang mungkindikenakan, SPANCO turutmenanggung kos lebihan (excess)yang meningkat setiap tahun akibattahap kerosakan kemalangan yangsemakin serius, melebihi nilaiperlindungan insurans yangdisediakan.

Justeru, SPANCO memohonkerjasama pelanggan untukmengurangkan kadar kemalangandan tahap kerosakan yang dialamiitu. Andalah sebenarnya yangmenentukan sama ada kos operasifleet Kerajaan Persekutuan akanmeningkat atau tidak.

Kos operasi yang tinggi pastimemberi kesan kepada produktivitidan daya maju negara dalammenghadapi saingan global.

KORPORAT

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 11

Perbandingan jumlah kemalangan dan jumlah fleet KerajaanPersekutuan seliaan SPANCO (1998 – 2005)

Saman PDRM (2000 - 2005)

Page 12: Pusat Servis SPANCO

KORPORAT

12 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

SEJAK beberapa tahun kebela-kangan ini terdapat penambahanjumlah perkhidmatan Kerajaan

yang ditawarkan melalui Internet. PotensiInternet untuk meningkatkan lagi caraindividu dan organisasi melaksanakanurusan mereka semakin terbukti.

Seiring perkembangan itu, SPANCOtelah pun mengemaskinikan laman web diwww.spanco.com.my untuk menyedia-kan perkhidmatan dalam talian yanginteraktif kepada Kerajaan Malaysia. FleetOnline memberikan pelanggan SPANCOkemudahan dan fleksibiliti dalammenguruskan fleet kenderaan mereka.

Inisiatif perkhidmatan dalam talianadalah selaras dengan usaha Kerajaanuntuk menghasilkan e-kerajaan tanpakertas melalui aplikasi teknologimaklumat dan komunikasi (ICT).

Sehubungan itu, anda dipelawauntuk melayari laman web kamidan menggunakan kemudahansebaik mungkin. SPANCO sentiasamengalu-alukan komen sertamaklum balas untuk memperbaikidan mempertingkatkan khidmatyang disediakan.

SEPINTAS LALUSPANCO Fleet Online mem-bolehkan pelanggan melihat setiapkereta atau kumpulan kereta yangdisewa dan maklumat yangberkaitan.

Untuk mendapat maklumat,pelanggan perlu mengaksesLaman Web SPANCO(www.spanco.com.my) dan

mempunyai nama pengenalan (ID)pengguna dan kata laluan sah yangdiberikan oleh SPANCO untuk log masuk.

MY PROFILE – Pelanggan boleh memilihMy Profile untuk melihat butiran merekaatau menukar kata laluan semasa.

CHANGE PASSWORD – Untuk menukarkata laluan, pilih Change Password,masukkan kata laluan semasa dantaipkan kata laluan baru sebanyak duakali untuk pengesahan. Kemudian klikSave.

USER LOGIN – Taipkan ID penggunadan kata laluan yang sah seperti yangterpapar pada skrin dan klik Login. Namadan kata laluan log masuk adalah pekahuruf besar/kecil.

Meningkatkan perkhidmatandengan maklumat masa sebenar

SPANCO Fleet Online

Muka depan danlog masuk lamanweb rasmiSPANCO.

Perkhidmatan dalam talian yang cepat, mudah dan selamatmeningkatkan lagi servis yang ditawarkan kepada pelanggan

Page 13: Pusat Servis SPANCO

KORPORAT

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 13

VEHICLE INFOMembolehkan pelanggan melihatmaklumat tentang kereta sepertiberikut:■ Pesanan Kenderaan (VO)■ Kenderaan (Sewa, Option-To-

Purchase [OTP], Pembaikan & Penyenggaraan, Pelupusan)

■ Pengguna Kenderaan■ Saman

Untuk mengakses maklumat kereta,pelanggan boleh memilih jenis modegelintar/carian:■ Nombor Siri VO ■ Nombor Pendaftaran Kereta■ Nombor Pendaftaran Kereta

Lama■ Nama Pengguna Kenderaan

FLEET INFOMembolehkan pelanggan melihatmaklumat berikut bagi kumpulankereta mengikut kementerian ataujabatan:

Senarai PenghantaranMemaparkan senarai kereta yangdihantar dalam julat Tarikh MulaSewa yang dipilih.

Senarai SamanMemaparkan semua kesalahantrafik PDRM atau MajlisPerbandaran yang tertunggak

mengikut Kementerian / Jabatanyang dipilih.

Kelompok UKK Memaparkan senarai keretakelompok Unit Kemudahan Kereta(UKK) dengan status masing-masing (sama ada ‘BolehDigunakan’, ‘Sedang Digunakan’atau ‘Tiada / Pemeriksaan’).

Senarai OTPMemaparkan senarai pembeliankereta oleh pegawai kerajaan yanglayak untuk OTP dan statuskemajuannya.

Program PenggantianMemaparkan senarai kereta denganTarikh Tamat Sewa dalam julat tarikhyang dipilih (termasuk semua keretaSemasa atau Ditamatkan), bersertaNombor Siri VO gantian yang baru.

Saiz FleetMemaparkan senarai fleet semasayang disewa. Pelanggan juga bolehmemilih untuk mengeksport keformat yang boleh diubahsuai untuktindakan susulan.

Penamatan AwalMemaparkan senarai kereta yangdicadangkan untuk Penamatan Awaldan tarikh pemprosesannya.

Penyata AkaunMemaparkan jumlah tertunggakpenghutang mengikut usia.

Senarai Status Pesanan KenderaanMemaparkan senarai PesananKenderaan diterima daripadaKerajaan yang tertunggak dan tidakdihantar.

Kerugian Menyeluruh KonstruktifMemaparkan senarai kereta semasayang terlibat dalam ConstructiveTotal Loss dan status kemajuannya.

Maklumat SewaMemaparkan senarai kereta semasadengan caj terkumpul (sewa,pembaikan & penyenggaraan dan adhoc) sejak Tarikh Mula Sewa.

REPORTSPANCO akan memuat naik laporanyang disediakan dalam perisian MS-Excel atau MS-Word dalam opsyenini dan pelanggan boleh memilihuntuk melihatnya secara dalamtalian atau muat turun untuk tujuansemakan atau manipulasi.

Selain itu, skop perkhidmatandalam talian akan diperluaskan darisemasa ke semasa bergantungkepada keperluan dan permintaanpelanggan. Manakala versi FleetOnline bahasa Melayu akanmenyusul selepas SPANCOmenerima maklum balas terhadapversi Inggeris yang disediakanketika ini.

SPANCO Fleet Online membolehkan pelangganmelihat setiap kereta atau kumpulan keretayang disewa dan maklumat yang berkaitan

Laman untuk menukar kata laluan. Pelanggan boleh menggunakan pelbagai modecarian untuk mendapatkan maklumat kenderaan.

Maklumat kenderaan yang terperinci.

Page 14: Pusat Servis SPANCO

KHABAR PRIHATIN

14 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

Lawatan Tahunan 2005Disambut Baik

Lawatan Tahunan diteruskan dengan kunjungan wakil SPANCO ke jabatan dankementerian di seluruh negara bermula Mac 2005. Program meliputi pelbagaiaktiviti seperti taklimat pengurusan fleet serta penjagaan asas kenderaan, kunjunganKetua-Ketua Jabatan, kunjungan ke Pusat Servis Diiktiraf (PSD) dan pemeriksaankereta-kereta konsesi. Lawatan mendapat sambutan yang baik dan dalam sesiperbincangan, beberapa maklum balas diterima dan penjelasan dibuat. WakilSPANCO seterusnya akan membuat lawatan ke Pahang pada Jun, Sabah (Julai),Melaka dan Negeri Sembilan (Ogos), serta Terengganu dan Kelantan (September).

Wakil-wakil dari kementerian dan jabatan, termasuk anggota keselamatan yang menghadiri taklimat di Politeknik Permatang Pauh,Seberang Prai, Pulau Pinang pada 30 Mac.

Page 15: Pusat Servis SPANCO

KHABAR PRIHATIN

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 15

Kunjungan ke IPK Kedah di Alor Setar pada 28 Mac. Dari kiri: ASP Bakar Osman, SAC IIDato’ Husin Abu Seman, dan SAC II Ahmad Kathran Iskandar, Mohd Suhaimi Hashim,Rohana Abdullah dan Rozita Dawan.

Antara pegawai dan pemandu yang menghadiri taklimat di Markas Armada Tentera LautDiraja Malaysia, Lumut, Perak pada 1 April.

Pegawai dan pemandu yang diketuai oleh Sarjan Mejar Othman Senawi (lima dari kanan)bergambar semasa kunjungan rakan sekerja SPANCO ke Bengkel CawanganPengangkutan IPK Perlis pada 27 Mac.

Antara wakil-wakil kementerian yang mendengartaklimat yang diadakan di Kuching pada 16 Mei.

Pelanggan SPANCO dari PDRM, Pertahanan,Hospital, Mahkamah dan kementerian sertajabatan yang lain mendengar taklimat di Sibu,Sarawak pada 17 Mei.

Page 16: Pusat Servis SPANCO

PENJAGAAN KERETA

16 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

Petua menjaga

BAGI kenderaan jenis automatik, penukarangear dilakukan oleh sistem transmisi secaraautomatik. Transmisi automatik yang

dilengkapi pengubah kilas menggantikan flywheel,klac dan kotak gear biasa yang terdapat padakenderaan jenis manual.

Secara ringkas, transmisi automatikmenyediakan nisbah gear jenis boleh berubahyang menyelaras secara automatik kepadakeadaan operasi kenderaan. Oleh itu pemandutidak perlu menukar gear mengikut kelajuankenderaan.

Begitu pun, bergantung kepada kenderaan,sistem transmisi automatik menyediakan 3, 4atau 5 kelajuan. Dengan transmisi 4 dan 5kelajuan, gear tertinggi ialah Overdrive (OD) yangmenghasilkan penjimatan minyak yang lebih baikdi lebuh raya.

Mengetahui masalah sebelum bertambah teruk• Periksa kebocoran atau tompokan minyak dibawah kereta. Jika sentiasa terdapat kebocorankemerahan yang anda pasti datang daripadakereta anda, periksa sama ada ia berpuncadaripada transmisi. • Jika paras bendalir transmisi di bawahminimum, kerosakan transmisi yang teruk bolehberlaku.• Periksa keadaan bendalir: Biasanya iakelihatan bersih dan lut sinar manakala yangbaru berwarna kemerahan. Setelah beberapalama ia bertukar menjadi kecoklatan.

Memeriksa bendalir transmisi automatik1. Hidupkan enjin sehingga suhu naik ke parasoperasi biasa. Letakkan kereta di permukaanyang rata. Masukkan tuil transmisi ke setiapposisi dan kemudian masukkan ke ‘N’ (Neutral).Biarkan enjin melahu.2. Keluarkan tongkat pengukur bendalirtransmisi dan lap menggunakan kain bersih ataukertas tisu. Kemudian masukkan kembali. 3. Tarik semula dan periksa paras bendalir. Iasepatutnya berada di paras HOT (Tanda COLDhanya sebagai rujukan dan digunakan semasaenjin sejuk).4. Periksa warna dan bau bendalir. Warnabendalir tidak sepatutnya hitam.5. Jika berbau seperti terbakar bermakna bendalirdicemari partikel halus daripada berus dan bahangeseran. Hantar segera ke pusat servis keranarombak rawat transmisi mungkin diperlukan.6. Semasa mengisi bendalir, gunakan hanyabendalir transmisi yang ditetapkan seperti didalam manual. AWAS: Bendalir yang tidakmenetapi spesifikasi boleh merosakkantransmisi.7. Tambah sedikit bendalir melalui paip tongkatpengukur dan jangan mengisi terlalu penuh.Tunggu beberapa minit untuk bendalir mendakke bawah. Hidupkan enjin dan periksa semulaparas bendalir.

Transmisi AutomatikGear automatik memberi kemudahan dan keselesaankepada pemandu namun penjagaannya juga lebih teliti

Bendalir transmisi automatik yang masihberkeadaan baik berwarna kemerahan danboleh diperiksa dengan menggunakantongkat pengukur.

Page 17: Pusat Servis SPANCO

PENJAGAAN KERETA

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 17

Bagaimanakah cara menggunakan suis OD? Semasa pemanduan biasa, suis OD perlu ditekan, iaitu

lampu petunjuk pada panel instrumen terpadam.

Dengan OD diaktifkan, penukaran gear dilakukan

secara automatik dari gear 1 hingga 4 jika tuil transmisi

diletakkan pada ‘D’ (Drive).

Secara perbandingan, fungsi OD adalah bersamaan

gear 5 pada gear manual, yang digunakan untuk

pemanduan jarak jauh untuk faedah penjimatan minyak

serta mengurangkan haus dan kerosakan enjin.

Anda boleh memilih untuk mematikan OD, iaitu

lampu petunjuk menyala, semasa menaiki atau

menuruni bukit untuk mendapat lebih kuasa atau daya

brek enjin.

Adakah saya perlu pilih mode ‘AUTO’ atau ‘HOLD’?Terdapat dua mode pemanduan untuk Perdana iaitu

‘AUTO’ dan ‘HOLD’. Apabila anda menekan suis,

petunjuk ‘HOLD’ akan menyala pada panel instrumen

dan begitulah sebaliknya.

Pilih ‘AUTO’ untuk pemanduan biasa. Kenderaan

anda beroperasi dengan penggunaan minyak yang

menjimatkan apabila pedal minyak ditekan secara

sederhana, dan bergerak dengan lebih berkuasa

apabila ditekan kuat.

Hanya pilih ‘HOLD’ apabila bermula di permukaan

licin. Kenderaan akan bermula pada gear kedua, iaitu

lebih ringan dan mudah bergerak dalam keadaan licin,

jika anda meletakkan tuil transmisi pada gear selain ‘L’

(Low).

Kenapakah perlu menukar bendalirtransmisi dan apakah tempoh selangnya?Penukaran bendalir transmisi adalah perlu untuk

mengeluarkan kotoran dan partikel yang terkumpul.

Jika tidak, kotoran akan mengurangkan keberkesanan

bendalir dan mengakibatkan haus serta kerosakan

yang lebih teruk pada transmisi.

Bagi kenderaan fleet konsesi bertransmisi automatik,

SPANCO akan menukar bendalir transmisi automatik

setiap 20,000km, serta kedua-dua bendalir dan

penapis setiap 40,000km, seperti yang disyorkan

pengeluar.

Soalan kerap ditanya

Suis OD

SuisAUTO/HOLD

Mode HOLDdiaktifkan

ODdimatikan

Kedudukan suis Overdrive dan AUTO/HOLD pada tuil transmisiautomatik kenderaan Perdana.

Bacaan pada panel instrumen untuk memberitahu pemandumengenai kedudukan OD dan AUTO/HOLD.

Page 18: Pusat Servis SPANCO

PENJAGAAN KERETA

18 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

Langkah penting menjaga kenderaan andaMenukar minyak enjin

Minyak enjin, minyak hitam ataupun pelincir. Biar apa pun namayang diberi, namun fungsinya tetap penting dalam memastikankenderaan bebas daripada masalah

TUGAS utama minyak enjinadalah sebagai pelincir –mengurangkan kerosakan

akibat permukaan komponen enjinyang bergesel, membebaskan habayang dihasilkan daripada geseranitu dan menyingkirkannyadaripada kitaran pembakaran.

Di samping itu, minyak enjinperlu membawa bersama produksampingan pembakaran bahan apiyang merosakkan seperti silikadan asid serta membersihkan enjindaripadanya.

Justeru, penukaran minyakenjin secara berjadual adalahaspek penting dalam penjagaanenjin anda. Melakukannya dapatmengurangkan banyak masalah lain.

Memeriksa minyak enjinPeriksa minyak enjin dengankerap dan patuhi sarananpengeluar. Biasanya anda bolehmenemui spesifikasi jenis minyakenjin yang sesuai untuk keretaanda pada tukup minyak ataubuku manual.

Mekanik sedang melakukanpenukaran minyak enjin terhadapsebuah kereta konsesi. PROTONmenyarankan minyak enjin danpenapis perlu ditukar setiap10,000 km.

Page 19: Pusat Servis SPANCO

PENJAGAAN KERETA

Prosedur:■ Letakkan kereta anda pada

tempat yang datar dan matikan enjin.

■ Tunggu sebentar untuk membolehkan minyak enjin mendap. Tarik keluar tongkat pengukur minyak enjin.

■ Lap menggunakan kain atau tisubersih. Kemudian masukkan kembali ke tempat asal.

■ Tarik semula tongkat pengukur dan periksa tahap minyak enjin.Paras perlu berada tidak kurangdaripada minimum dan tidak lebih daripada maksimum.

■ Periksa keadaan minyak: Ia perlu ditukar jika terlalu hitam.

Menambah minyak enjinTambah pelincir yang samaspesifikasi sahaja. Tunggu sebentarsupaya minyak mendap ke bawahsebelum memeriksa semula parasmenggunakan tongkat pengukur.

Jangan lupa untuk memasukkansemula tongkat pengukur danmenutup tukup pengisi minyakapabila selesai.

Menukar minyak enjinApabila menukar minyak enjin padaatau sebelum tempoh yangdisyorkan pengeluar, bermaknaanda menukar sebelum ‘karbonasi’berlaku. Justeru enjin kekal bersihdan mendapat perlindungan sebaikselepas diisi dengan minyak yangbaru.

Di samping itu penapis minyakjuga perlu diganti setiap kalimenukar minyak enjin.

Anda juga perlu periksa tempatletak kereta untuk kebocoran. Jikaanda menemui kebocoran, baikisebelum ia mengakibatkan masalahyang lebih teruk.

Tanda aras penukaran danklasifikasi minyak enjin

Bagi kenderaan fleet konsesi,minyak enjin dan penapis akanditukar setiap 10,000km sepertiyang disarankan pengeluar.PROTON turut mengesyorkanminyak API SG, gred SAE 20W-50untuk semua kenderaan fleet.

API SG adalah piawai mutu bagipelincir untuk enjin petrol tahun

1993 atau lebih tua, yang memenuhiketetapan American PetroleumInstitute (API), sebuah pertubuhanantarabangsa yang mewakiliindustri petroleum.

SAE 20W-50, menandakanminyak berbilang gred, di mana 20ialah kelikatan pada suhu sejuk dan50 pada suhu panas. Kadar gredditetapkan oleh Society ofAutomotive Engineers (SAE), danmenerangkan fungsi minyak danstandard kelikatan.

Apakah yang akan berlaku jika terlupa menukar minyak enjin?Apabila anda terlupa menukar minyak enjin, deposit karbon mula terkumpul danmengurangkan bahan pelinciran serta meningkatkan geseran. Mampatan enjin menjadikurang dan enjin mula haus dengan lebih cepat.

Apakah yang akan berlaku jika saya gagal memeriksa paras minyak enjin?Memandu dengan paras minyak enjin yang amat rendah, iaitu kurangdaripada minimum atau dengan lampu amaran tekanan minyakrendah menyala pada panel instrumen akan menyebabkankerosakan enjin yang serius.

Kenapa minyak enjin perlu kerap ditukar?Jangka hayat minyak enjin adalah terhad – ia mula hilang ciri pelinciran dan menjadiberkarbon selepas tempoh tertentu.Apabila ini terjadi, deposit karbon akanmencemari dan memendekkan hayatenjin.

Fakta penting

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 19

Logo API yang memaparkanspesifikasi minyak enjin.

Page 20: Pusat Servis SPANCO

KESELAMATAN

20 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

Pesalah trafik mula dikenakanpenggantungan lesen

KEJARA berkuat kuasa

KEJARA atau ‘Sistem PenaltiMata Demerit KesalahanJalan Raya’ adalah satu

sistem yang memberi mata demeritkepada pemandu yang disabitkankesalahan sama ada melaluibayaran kompaun JPJ atau Polis,atau denda mahkamah.

Ia berfungsi di bawah AktaPengangkutan Jalan 35, 35A, 37 dan38 dan juga Kaedah-kaedahKenderaan Motor (Mata Demerit)1997. Rekod pesalah KEJARA

diwujudkan melalui notis samanyang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan seperti yang terdapat didalam jadual.

Di bawah sistem KEJARA, merekayang tidak menghiraukan notis danenggan membalas jawapan surattunjuk sebab dalam masa 14 hariakan digantung lesen. Mata demeritmaksimum yang mengakibatkanpenggantungan dan pembatalanlesen ialah 10 mata bagi pemeganglesen ‘P’ dan 15 mata bagi pemegang

Lesen Memandu Kompeten (LMK).Fasa pertama tindakan Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadappesalah trafik bermula awal Macdengan 16,000 orang pemandu danpenunggang motosikal menerimanotis tunjuk sebab sebelummenggantung lesen memandumereka.

Pesalah trafik itu dijejaki melaluiOps Warta IV dan mereka adalahkumpulan pertama yang meng-hadapi penggantungan lesen dibawah sistem KEJARA.

Surat balasan kepada notistunjuk sebab hendaklah bertarikhdan bertandatangan sertamengandungi nama penuh pesalahtrafik dan alamat terkini. Jikabalasan itu tidak memuaskan, JPJakan meneruskan penggantunganatau pembatalan lesen memandumereka.

Ketua Pengarah JPJ, DatukEmran Kadir berkata, mereka yangditangkap masih memandu selepaspenggantungan atau pembatalanlesen boleh didenda sehinggaRM2,000 atau dipenjarakan selamaenam bulan.

"Walaupun undang-undang mem-benarkan kami menggantung lesendi antara enam bulan sehingga duatahun, jabatan boleh memper-timbangkan untuk menggantunglesen selama tiga bulan sahaja bagipesalah yang mengumpulkan matademerit maksimum," kata DatukEmran.

Penguatkuasaan KEJARA ber-makna pelanggan SPANCO perlu

BERINGAT... Setiap kesalahan lalu lintas boleh dikenakan mata demerit dan lesenmemandu boleh digantung jika melebihi jumlah mata tertentu.

Page 21: Pusat Servis SPANCO

KESELAMATAN

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 21

lebih berhati-hati untuk me-mastikan lesen memandu merekatidak digantung. Ini kerana merekabertanggungjawab terhadap kende-raan konsesi termasuk setiap notissaman yang diterima.

Bermakna walaupun seseorangitu tidak memandu kereta tersebutpada masa kesalahan trafikdilakukan, namun beliau tetap

menerima mata demeritKEJARA jika notis samandikeluarkan atas namamereka. Kes sedemikianboleh berlaku terhadappegawai-pegawai liaison(LO) yang nama merekadidaftarkan kepada bebe-rapa buah keretajabatan.

KESALAHAN MATA DEMERIT

KESALAHAN-KESALAHAN TERJADUAL DAN MATA DEMERIT YANG DIBERIKAN

■ Memandu atau mengawal kenderaan motor semasa berada di bawah 15 MATA DEMERIT

pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.

■ Memandu dengan melulu atau membahayakan. 15 MATA DEMERIT

■ Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa. 15 MATA DEMERIT

■ Pertandingan atau dugaan kelajuan 15 MATA DEMERIT

■ Tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas, darah 15 MATA DEMERIT

atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis.

■ Gagal mematuhi lampu isyarat. 10 MATA DEMERIT

■ Melebihi had laju yang ditetapkan pada sesuatu jalan atau kenderaan

i. melebihi 40 km/j 10 MATA DEMERITii. melebihi 26 km/j - 40 km/j 8 MATA DEMERITiii. melebihi 1 km/j - 25 km/j 6 MATA DEMERIT

■ Kesalahan-kesalahan berhubung memotong dan halangan 8 MATA DEMERIT

semasa memotong (termasuk memotong 'Q')

■ Gagal memberi laluan kepada ambulans atau kereta bomba atau 8 MATA DEMERIT

kenderaan polis atau kenderaan kastam atau kenderaan JPJ

■ Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu di lintasan pejalan kaki 8 MATA DEMERIT

■ Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pemanduan di sebelah kiri jalan 8 MATA DEMERIT

■ Gagal berhenti di persimpangan 8 MATA DEMERIT

■ Cuai mengawal dengan wajar pergerakan kenderaan 8 MATA DEMERIT

(termasuk pengunaan telefon bimbit)

■ Menggunakan kenderaan motor di jalan yang disekat 5 MATA DEMERIT

■ Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalu lintas 5 MATA DEMERIT

■ Menggunakan tayar botak 5 MATA DEMERIT

■ Memotong di garisan kembar (garisan tidak putus) 5 MATA DEMERIT

■ Gagal mematuhi syarat-syarat yang dilampirkan pada lesen

memandu percubaan (kaedah 15A) Kaedah-kaedah kenderaan motor

(lesen memandu) 1992 :

i. gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya 5 MATA DEMERITsemasa memandu

ii. gagal mempamerkan tanda pengenalan di tempat yang mudah 10 MATA DEMERITdilihat mengikut gambar rajah dalam jadual keenam kaedah-kaedah

tersebut

iii. gagal memastikan bahawa kandungan alkohol dalam nafas, 5 MATA DEMERITdarah atau air kencingnya adalah pada tahap 0.00

Page 22: Pusat Servis SPANCO

KESELAMATAN

22 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

PERNAHKAH anda mengalami hariyang serba-serbi tidak kena?Kemudian ada pula pengguna jalan

raya ‘kurang sopan’ yang membuat andamarah? Keadaan demikian bolehmencetuskan keganasan di jalan raya danhampir semua orang pernahmengalaminya.

Kemungkinan untuk dua pemandu yangsama-sama dalam keadaan marahbertembung di jalan raya memang sentiasawujud. Situasi itu boleh mencetuskanketegangan dan pertukaran isyarat tanganserta taktik pemanduan yang bahaya,sehingga akhirnya membawa kepadakeganasan fizikal.

Sebenarnya, yang membezakan seorangpemandu berhemah dan samseng jalanraya ialah cara mereka menanganiperasaan itu. Oleh itu, setiap pemanduperlu belajar mengawal emosinya. Jikaanda marahkan seseorang di jalan raya –biarkan perasaan itu berlalu.

Jika anda menjadi mangsa keganasan

jalan raya, anda perlu bertindak segerauntuk melindungi diri anda. Palingpenting ialah jangan memandangpemandu yang sedang marah. Hanyadengan berbalas pandang sahaja bolehmenjadikan perasan amarah pemandu itusemakin meluap-luap.

Kemudian beredarlah secepat mungkin,dan pilih jalan alternatif menuju destinasianda. Jika perlu, berhenti sebentar ditempat awam yang selamat untukmenenangkan perasaan sebelummeneruskan perjalanan.

Jika pemandu yang marah cubamengekori anda, tahap keganasanberkemungkinan akan meningkat. Janganpulang ke rumah dahulu, sebaliknyapergilah ke balai polis berhampiran danbuat laporan apabila tiba di sana.

Pada masa yang sama, janganbahayakan diri anda semasa cubamengelak samseng jalan raya. Pandulahdengan mematuhi had laju dan ikutisemua peraturan lalu lintas.

Bagaimana mengelakkeganasan jalan raya

WASPADA... Dalamkeadaan trafik yangsesak, kemungkinanuntuk berlakupergaduhan sentiasawujud.

Page 23: Pusat Servis SPANCO

KESELAMATAN

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 23

SEBAB TERCETUS KEGANASAN JALAN RAYA

Tiada kaedah yang dapat meramal-kan tindakan pemandu terhadapsesuatu keadaan. Bagaimanapunantara tingkah laku yangmencetuskan keganasan jalan rayatermasuklah:

• Mengikut kenderaan lain terlalu rapat

• Membelok tanpa isyarat • Memandu terlalu perlahan • Memotong terlalu rapat• Menghalang laluan semasa

mengambil atau menurunkan penumpang

• Kerap membrek

Melakukan perbuatan di atassama ada dengan sengaja atautidak, boleh mencetuskan kemara-han terutama kepada pemanduyang beremosi.

Keganasan yang semakinberleluasa di jalan raya sebenarnyaboleh dielakkan jika pemanduMalaysia tidak mengamalkanpemanduan ‘kurang sopan’ yangdisenaraikan. Selain menimbulkankemarahan, tabiat itu menyalahiperaturan lalu lintas danmembahayakan pengguna jalanraya lain.

Selain itu, pastikan andamenyimpan nombor telefon pentingseperti balai polis dan ambulansdalam telefon bimbit anda supayasenang dihubungi jika keadaanmemaksa.

NOMBOR TALIAN MUSTAHAK

Pusat Kawalan Bukit Aman:03-2262 7555 03-2262 6555

Negeri Sembilan: 06-768 2222

Melaka:06-285 1999

Johor:07-225 4459

Pulau Pinang:04-269 1999

10 PETUA BERGUNA

■ Jangan bertindak balas atau cuba menandingi pemandu lain.

■ Jangan bertentang mata pemandu yang sedang marah.

■ Jangan memperjudikan nyawa hanya kerana perselisihan yang kecil.

■ Bersopan dan bertimbang rasa walaupun orang lain tidak bersikap begitu.

■ Sentiasa menganggap bahawa pemandu lain tidak sengaja melakukan kesilapan.

■ Jika anda diganggu atau diekori, jangan terus pulang ke rumah. Pergilah ke balai polis berhampiran.

■ Jangan gopoh dan cuba bertenang walaupun menghadapi suasana tegang.

■ Jangan ambil sikap acuh tak acuh terhadap keupayaan pemandu lain membuat kacau.

■ Kurangkan tekanan memandu dengan memberi masa yang mencukupi untuk sampai ke destinasi anda.

■ Ingatlah! Anda tidak boleh mengawal pemandu lain, tetapi anda boleh mengawal bagaimana mereka mempengaruhi perasaan anda.

Page 24: Pusat Servis SPANCO

GAS asli adalah bahan bakaryang berpotensi menggantikanpetroleum dan diesel sebagai

sumber tenaga utama. Ia amat bersihdan selamat serta digunakan secarameluas dalam sektor industri danutiliti. Bagaimanapun penggunaannyadalam sektor pengangkutan masihkurang.

Komposisi NGVGas asli adalah campuranhidrokarbon yang terdapat secarasemula jadi dalam perut bumi.Komponen paling utama ialah gasmetana selain etana, propana,butana, karbon dioksida dannitrogen. Di samping itu terdapatjuga air dan bahan lain.

Istilah umum untuk gas asli yangdigunakan sebagai bahan bakarkenderaan adalah NGV. Ia muladigunakan secara komersial diMalaysia sejak 1991. Terdapat lebih10,000 teksi, lori dan basmenggunakannya setakat ini.

Kategori kenderaan NGVKenderaan NGV dan kenderaan

biasa kelihatan serupa namunperbezaan hanya pada enjin.Terdapattiga jenis kenderaan NGV padaketika ini iaitu:

Dua sistem bahan bakarKenderaan ini dilengkapi dua sistembahan bakar iaitu petrol dan NGVtetapi hanya satu sistem bolehberfungsi pada satu masa. Lazimnyaia diubahsuai daripada kenderaanberenjin petrol dengan menambah kitNGV pada sistem pembakaran.

Sistem bahan bakar berkembarBerbanding enjin petrol, enjin dieseltidak boleh ditukar kepada NGVkerana sistem pembakaran yangberbeza. Bagaimanapun ubahsuaiboleh dilakukan terhadap enjin dieselseperti menambah palam pencucuhdan menukar nisbah mampatan.Hasilnya ialah kenderaan yang bolehmenggunakan bahan bakar NGV dandiesel sekali gus dalam satu masa.

NGV khusus (monogas)Kenderaan monogas dikeluarkanoleh pengilang untuk menggunakan

100 peratus NGV. Casis dan enjindibangunkan khusus untukmengoptimumkan penggunaanbahan bakar tersebut. Enjin NGVmemberi kuasa pacuan yangmemuaskan selain mengeluarkanemisi ekzos yang minimum danmenjimatkan berbanding kende-raan NGV yang diubahsuai.

Kebanyakan kenderaan NGV diMalaysia adalah daripada kategoridua sistem bahan bakar. Teksi disekitar Lembah Klang dan JohorBahru paling banyak dalamkategori itu. Penggunaan duasistem bahan bakar memudahkankerana pemandu boleh memilihpetrol sebagai persediaankecemasan jika NGV tidakdiperolehi.

Selain itu, populariti NGVsemakin meningkat kerana lebihmenjimatkan terutama dengankenaikan harga petrol dunia yangmendadak. Dengan pembinaanlebih banyak prasarana NGV, tidakmustahil kenderaan NGV menjadipengangkutan alternatif palingpopular masa depan.

TEKNOLOGI

24 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

Alat pengawal atur (regulator) pada kenderaan NGV yangdiubahsuai daripada enjin petrol.

Tangki silinder di mana NGV diisi terletak di dalam but.

Kenderaan NGVPengangkutan alternatif masa depan

Salah sebuah stesen minyak yang menjual NGV.

Page 25: Pusat Servis SPANCO

Cepatkan urusan pembaharuan cukai jalaneCover Note Inisiatif IT oleh JPJ membolehkan penghantaran dan pengesahanbutiran insurans untuk pendaftaran kenderaan secara dalam talian

MULAI 1 Januari 2005, hanyanota perlindungan elek-tronik atau eNota Per-

lindungan sahaja akan dikeluarkanoleh syarikat insurans kepada pemilikkenderaan yang memperbaharuiinsurans kenderaan bermotor mereka.

Dengan penggunaannya, notaperlindungan fizikal tidak lagi diakuioleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ). Pelaksanaan penuh berkuatkuasa selepas eNota Perlindungandigunakan selari bersama notaperlindungan konvensional selamatiga bulan.

Melalui sistem komputer yangdipertingkatkan, JPJ kini memilikisistem pendaftaran kenderaan yanglebih mantap yang membolehkankenderaan baru didaftarkan dalammasa beberapa minit sahaja,berbanding beberapa harisebelumnya. Sistem itu juga

menyelaraskan status dan rekodkenderaan untuk memastikan semuadata adalah betul dan terkini.

Inisiatif itu adalah selaras denganpengenalan E-insurans oleh Kerajaanseterusnya menghapuskan notaperlindungan dan polisi palsu yangbanyak terjadi di Malaysia.

Pemegang polisi insurans motordan cukai jalan dinasihatkanmemperbaharui semula lebih awal.Mereka dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membeli insuransdaripada ejen insurans haram.Pembaharuan cukai jalan tidakdibenarkan tanpa pautan elektronikke JPJ melalui syarikat insurans.

Cara membaharui insurans motordan cukai jalan

Pemilik kenderaan membaharui insurans motor mereka dengan ejen atau

cawangan insurans. Ejen atau cawangan akan menghantar eNota Perlindungan,yang mengandungi maklumat insurans motor ke JPJ melalui pautan elektronik. JPJ akan mengesahkan eNota Perlindungan (contohnya nombor pendaftaran kenderaan, no. KP atau no. pendaftaran syarikat, no. enjin atau casis) dan membalas pengesahan.Jika jawapan pengesahan OK, pemilik kenderaan boleh meneruskan untuk membaharui cukai jalan mereka di JPJ atau pejabat pos.

Proses dilaksanakan dalam masasebenar dan pengesahan resit daripadaJPJ akan dikembalikan ke komputerejen dalam masa beberapa minitsahaja.

1

2

3

4

Nota perlindungan elektronik,eCover Note hanya bolehdiuruskan oleh syarikat atauejen insurans yangmempunyai pautan dengansistem komputer JPJ.

PERLINDUNGAN

JILID 2 2005 ¥ PRIHATIN 25

Page 26: Pusat Servis SPANCO

26 PRIHATIN ¥ JILID 2 2005

KESIHATAN

MEMANG tidak dinafikanbahawa pemandu yangberumur mempunyai kele-

bihan pengalaman memandu yangmembantu mereka membuatkeputusan yang bijak. Walaubagaimanapun penurunan tahappenglihatan, pendengaran dantempoh tindak balas disebabkan olehpeningkatan umur boleh men-datangkan bahaya keselamatan.

Sebagai contoh, pemanduan waktumalam adalah mencabar sesiapasahaja terutama sekali warga emas.Dianggarkan 90 peratus tindak balaspemandu bergantung kepadapenglihatan dan ia amat terhad diwaktu malam. Persepsi jarak,pengenalan warna dan penglihatansisi berkurangan terutama sekali bagimereka. Pemandu berumur 50 tahunmungkin memerlukan jumlah cahayadua kali ganda berbanding pemanduberumur 30 tahun.

Justeru, bagi mengurangkanbahaya memandu di waktu malam,ikutilah langkah-langkah berikut:

■ Bersihkan lampu depan anda selalu dan pastikan ia dihalakan dengan betul.

■ Nyalakan lampu kereta ketika memandu di waktu senja.

■ Kurangkan kelajuan dan tingkatkan jarak dengan kenderaan lain.

■ Semasa mengekori kenderaan lain, turunkan lampu hadapan kenderaan anda.

■ Jika kenderaan yang datang tidak menurunkan lampu hadapannya, elakkan silau dengan melihat bahu kiri jalan, sebagai panduan arah yang hendak dituju.

■ Berhenti dengan kerap; jangan memandu dalam keadaan letih.

PETUA TAMBAHAN■ Memandulah secara defensif

dan perhatikan pemandu lain di sekeliling anda.

■ Semasa hujan, memandulah dengan perlahan dan berhati-hati terutama di selekoh: jangan membelok tajam atau membrek terlalu kuat.

■ Jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu.

■ Perlahankan kenderaan di kawasan pembinaan jalan.

■ Jika kereta anda rosak, segera bawa ke tepi.

■ Pakai tali pinggang keledar pada sepanjang masa.

■ Jangan memandu jika mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan anda mengantuk.

Penglihatan, pendengaran dan tempoh tindak balas

Petua pemanduan selamat untuk warga emas

WARGA EMAS... Tahap penglihatan,pendengaran dan tindakbalas berkurangan seiringusia yang meningkat.

Page 27: Pusat Servis SPANCO
Page 28: Pusat Servis SPANCO