kesan buruk pelaksanaan gst

26
KESAN BURUK PELAKSANAAN GST Tiga masalah pelaksanaan GST di Malaysia Oleh Mohd Iqbal Abdul Wahab IBNU KHALDUN dalam Mukaddimah telah menyebut berkenaan dengan pengenalan cukai terhadap barang-barang di kota yang dikenakan oleh pemerintah sebagai sumber pendapatan dalam negara. Dengan mengaitkan pernyataan ini, sesungguhnya terdapat persamaan peristiwa yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini yang berlaku secara lumrahnya dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini. Usaha kerajaan untuk memperkenalkan Good and Service Tax (GST) atau Value Added Tax (VAT) merupakan salah satu usaha untuk menjana pendapatan negara dengan lebih teratur dan efektif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Dr Wilhem von Siemens, seorang ahli industri Jerman pada tahun 1918. Perancis merupakan negara yang pertama melaksanakan GST pada 1954. Sehingga kini, sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST. Selain itu, semua negara di Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar . Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GST pada tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada 1994. Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi impak besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Namun, dalam konteks semasa, apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang? Menjawab persoalan ini, terdapat tiga penyataan masalah yang harus diteliti. Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST? Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST? Ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi dan realiti. Ketiga-tiga masalah ini harus diperhalusi dalam usaha untuk mengimplimentasi GST secara menyeluruh, malah kajian terperinci harus dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif. Merujuk kepada masalah pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST, Emran dan Stiglitz (2005) mencadangkan bahawa menggantikan VAT bagi cukai yang lebih luas mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki kebajikan kerana negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak formal yang besar. Mereka juga berhujah bahawa masalah utama dengan kesusasteraan yang menyokong penggunaan VAT di negara membangun adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini mempunyai sektor tidak formal yang besar. Bagi masalah kedua pula, menyentuh mengenai masa sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan sistem terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan. 1

Upload: amy-carter

Post on 13-Nov-2015

281 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

DUALISME MALAYAS

TRANSCRIPT

KESAN BURUK PELAKSANAAN GSTTiga masalah pelaksanaan GST di MalaysiaOleh Mohd Iqbal Abdul WahabIBNU KHALDUN dalamMukaddimahtelah menyebut berkenaan dengan pengenalan cukai terhadap barang-barang di kota yang dikenakan oleh pemerintah sebagai sumber pendapatan dalam negara.Dengan mengaitkan pernyataan ini, sesungguhnya terdapat persamaan peristiwa yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini yang berlaku secara lumrahnya dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini.Usaha kerajaan untuk memperkenalkanGood and Service Tax(GST) atauValue Added Tax(VAT) merupakan salah satu usaha untuk menjana pendapatan negara dengan lebih teratur dan efektif.Konsep ini telah diperkenalkan oleh Dr Wilhem von Siemens, seorang ahli industri Jerman pada tahun 1918. Perancis merupakan negara yang pertama melaksanakan GST pada 1954. Sehingga kini, sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST.Selain itu, semua negara di Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar . Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GST pada tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada 1994.Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi impak besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Namun, dalam konteks semasa, apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang?Menjawab persoalan ini, terdapat tiga penyataan masalah yang harus diteliti.Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST? Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST? Ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi dan realiti.Ketiga-tiga masalah ini harus diperhalusi dalam usaha untuk mengimplimentasi GST secara menyeluruh, malah kajian terperinci harus dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif.Merujuk kepada masalah pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST, Emran dan Stiglitz (2005) mencadangkan bahawa menggantikan VAT bagi cukai yang lebih luas mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki kebajikan kerana negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak formal yang besar.Mereka juga berhujah bahawa masalah utama dengan kesusasteraan yang menyokong penggunaan VAT di negara membangun adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini mempunyai sektor tidak formal yang besar.Bagi masalah kedua pula, menyentuh mengenai masa sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan sistem terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan.Begitu juga, dalam tempoh sekarang, tahap ketersampaian maklumat yang lemah menyebabkan kegagalan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif dan membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.Masalah ketiga pula mengenai adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi, secara realitinya menurut Singh (2007), pengenalan GST boleh membawa peningkatan satu masa dalam kos sara hidup,kebarangkalian membawa kepada inflasi yang tidak tinggi.GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga pengguna pada peringkat awal pelaksanaan tetapi GST tidak akan mempunyai kesan besar ke atas inflasi.James danZheshi (2004) menegaskan bahawa apabila VAT diperkenalkan di China pada 1994, ia tidak menyebabkan inflasi apa-apa berbanding pembaharuan cukai pada 1994, perubahan yang dicadangkan VAT jauh kurang kompleks.Adakah Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan menjejaskan golongan miskin dan sederhana? Implementasi Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan memberikan kesan kepada golongan miskin dan sederhana di Malaysia.Negara yang lebih membangun seperti Singapura mampu menyerap cukai ini kerana pendapatan yang lebih tinggi. Cukai Perkhidmatan sudah diguna pakai di Britain, India, Hong Kong, Jepun dan Singapura, namun, ia bukan sebab untuk penguatkuasaannya di Malaysia.Status ekonomi dan cara bagaimana negara tersebut memperoleh pendapatan berbeza dari Malaysia.

Tiga masalah ini merupakan suatu perkara yang memerlukan tindakan penyelesaian dalam merealisasi GST sebagai instrumen yang merangsang pendapatan negara.Antara penyelesaian yang harus difikir dan digerakkan ialah meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat berkenaan kepentingan dan pelaksanaan GST, menubuhkan badan bebas dan berkecuali untuk mengkaji kesan menyeluruh terhadap rakyat apabila GST dilaksanakan dan mengkaji tahap penerimaan rakyat pelaksanaan GST dari sudut kesediaan dan kebolehpercayaan.Tahap penyampaian maklumat seiring dengan pembebasan unsur-unsur negatif dalam pentadbiran dengan penghasilan pengurusan yang telus dan efektif akan mewujudkan kerjasama erat antara kerajaan dengan rakyat.Ini kerana rakyat selaku pendukung suara demokrasi yang meletak kepercayaan penuh terhadap kerajaan untuk menguruskan wang yang disalur melalui cukai kepada kerajaan melalui pengurusan telus dan efektif.Sekurang-kurangnya mereka dapat menilai wang yang disalur itu membawa kehidupan yang lebih baik.Secara keseluruhan, sistem GST dianggap berkesan kerana ia boleh meningkatkan jumlah hasil kerajaan. Bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan satu sistem yang dirancang memandangkan tanpanya sistem GST yang komprehensif tidak akan tercapai.Malaysia mestilah terlebih dahulu mencapai status berpendapatan tinggi atauhigh incomeseperti yang diuar-uar Perdana Menteri. Meningkatkan kadar cukai tanpa meningkatkan pendapatan rakyat hanya membebankan rakyat.Oleh demikian, kerajaan perlu menangguh pelaksanaan dan mengkaji semula kadar permulaan GST kerana ia pasti akan membebankan pengguna.Kerajaan harus memfokus isu kenaikan kos sara hidup dan memperkenal langkah khas untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah bagi mengurangkan kesan buruk GST ke atas mereka.* Mohd Iqbal Abdul Wahab ialah Ketua Bahagian Penyelidikan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN)

Kesan GST kepada Kos Kehidupan Rakyat Malaysiapada 3hb Februari 2014 pukul 7.15 ptgKesan GST kepada Kos Kehidupan Rakyat Malaysia Oleh:Dr. Mohd Nazari Ismail[1]dan Ahmad Nizam bin Samsudin[2]Pengenalan dan LatarbelakangSemasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakanGoods and Services Tax(GST) dan penghapusanSales and Services Tax(SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan kewangan kerajaan adalah tenat. Ini terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah agensi Rating menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif pada bulan Julai 2013.[3] Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan rakyat di masa akan datang.Percukaian di Malaysia SST dan GSTJika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat,akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai dalam bentuk SST yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan semenjak tahun 1972 lagi. Beza antara GST dan SST ialah GST adalah cukai nilai tambahan atau value added tax (VAT) yang dikenakan bagi setiap urusniaga yang berlaku. Kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan menentukan berapa banyak cukai yang ditanggung oleh pengguna.Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST. Semua perkhidmatan atau barangan yang tidak diumumkan sebagai dikecualikan akan dikenakan GST. Walupun GST akan dikenakan pada setiap peringkat urusniaga, namun pada akhirnya pengguna membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisma Input tax credit dimana cukai yang dibayar oleh sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar. Di samping itu, hanya firma yang menjual barang atau perkhidmatan melebihi RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar untuk mengenakan GST.Perbezaan antara GST dan kaedah cukai SST boleh dilihat dalam Jadual berikut:

Secara umumnya pakar-pakar percukaian di Malaysia bersetuju bahawa kaedah GST jika dilaksanakan akan membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukainya dalam jangka panjang. Namun mereka berbeda pendapat berkenaan kesannya kepada pihak pengguna.Alasan utama kepada hujah yang menyatakan GST tidak membebankan rakyat ialah kadar yang dikenakan adalah rendah iaitu 6% sahaja. Di samping itu, 40 kategori barangan asas tidak akan dikenakan cukai langsung. Ini termasuk beras, gula, susu tepung dan gandum. Di samping itu juga perkhidmatan yang diklasifikasikan sebagai penting seperti perkhidmatan kesihatan adalah dikecualikan dari cukai.Lagipun pelaksanaan GST juga bermakna SST akan dihapuskan.Akibatnya bagi sesetengah keluaran harga mungkin akan menurun kerana penghapusan cukai SST. Ini kerana di bawah sistem SST sedia ada, pengguna bukan sahaja membayar cukai jualan, bahkan dalam kes minuman berkarbonat di hotel sebagai contoh, pengguna juga dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula.Sebaliknya masalah cukai berganda ini tidak akan berlaku di bawah sistem GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel.Namun terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa ada beberapa aspek pelaksanaan GST yang akan menghasilkan keadaan di mana harga barangan akan meningkat. Hujah utama mereka ialah dengan pelaksanaan GST, walaupun kadar cukai adalah lebih rendah dan banyak barangan dan keperluan asas adalah dikecualikan dari cukai, namun skop GST adalah lebih besar kerana melibatkan banyak aktiviti urusniaga.Sebagai contoh kos menghasilkan alat keluaran seperti mesin, bahan pembungkusan, elektrik dan lain-lain semuanya akan dikenakan GST. Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos akibat GST ini walaupun ianya melibatkan pengeluaran barangan asas.Dalam erti kata yang lain, walaupun kadar cukai 10% sekarang (iaitu cukai jualan) akan dikurangkan menjadi 6% dibawah GST, hakikatnya sekarang hanya 6-7 perkhidmatan harian yang dikenakan cukai dan hanya 1015 barangan harian yang digunakan dikenakan cukai. Namun di bawah sistem GST nanti 90% dari barangan dan perkhidmatan harian dikenakan cukai, walaupun pada kadar yang lebih rendah. Jadi, bebanan rakyat seharian menjadi semakin tinggi kerana semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai.Kos melaksanakan GST (seperti mencetak invois baru, membayar akauntan, kursus dan lain-lain) dianggarkan mencecah RM15,000 setahun bagi setiap syarikat. Perbelanjaan ini akan dimasukkan di dalam kos yang akan menaikkan harga. Ini akan memberi kesan kepada peningkatan harga sesuatu barang.Akhir sekali apabila GST dilaksanakan nanti, 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai kerana pendapatannya rendah, perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. Malah, mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah.Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada.Berdasarkan perbincangan di atas, tidak hairanlah kenapa wujud perbedaan pendapat berkenaan sama ada GST akan meningkatkan kos kehidupan rakyat atau tidak.Walau bagaimana pun kami berpendapat bahawa pandangan yang menyatakan bahawa pelaksanaan GST tidak akan menghasilkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah tidak meyakinkan. Sebaliknya kami merasakan bahawa kenaikan harga asas masih akan pasti berlaku akibat fenomena kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang menyeluruh di dalam pasaran. Cuma kadar kenaikan harga mungkin tidak berapa tinggibuat masa terdekat memandangkan kadar cukai yang ditetapkan adalah hanya 6% buat masa ini.Di samping itu, sistem GST yang memerlukan pengiraan cukai input dan output yang lebih teliti oleh peniaga akan menyukarkan mereka dalam memberi fokus kepada perniagaan utama mereka. Masalah kurang ketelitian cukai input dan cukai output ini mungkin akan menyebabkan peniaga lebih sukar untuk menganggar kos sebenar perbelanjaan perniagaan mereka dan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka. Tambahan pula kos hal pentadbiran bagi mengurus pelaksanaan GST akan bertambah dan ini juga akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan.Akhir sekali,jika kadar cukai GST dinaikkan lagi (dari kadar 6% sekarang) dan melibatkan banyak lagi kategori barangan dan perkhidmatan, maka kos kehidupan rakyat sudah tentu akan meningkat lagi.RumusanPelaksanaan cukai SST atau GST sebenarnya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kewangan kerajaan serta masalah kenaikan harga barangan. Ini kerana punca kepada masalah adalah kombinasi banyak faktor termasuk sistem Riba yang diamalkan di negara kita serta perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal akibat amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan amalan korupsi yang berleluasa.Oleh kerana itu kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada usaha mengawal perbelanjaannya dengan menghapuskan amalan pembaziran dan amalan korupsi. Disamping itu kerajaan dan rakyat juga mesti mengorak langkah untuk membersihkan segala bentuk amalan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan negara demi kesejahteraan masyarakat dalam jangka panjang.[1]Profesor diJabatan Dasar dan Strategi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya[2]Akauntan Bertauliah (M) dan Pengarah Hazi and Nizam Corporate Services Sdn. Bhd.[3]https://www.fitchratings.com/gws/en/fitchwire/fitchwirearticle/Malaysia-Budget-Signals?pr_id=806210------------------------------------------Unit Penyelidikan IKRAMBagaimana GST akan susahkan hidup rakyatDzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad is a member of the PAS central working committee and ex-MP of Kuala Selangor.Published: 20 October 2013Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai Twin Deficit atau Defisit Berkembar, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.Secara mudahnya, pertama -Defisit Fiskal/Budget kerana Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan dan kedua - Defisit Perdagangan kerana Mengimpot lebih daripada Mengekspot. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan Penarafan Kreditnya atau Sovereign Rating.Terkini, dua hari lalu Fitch Rating sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A daripada Stabil pada Julai kepada Negatif. Implikasi penurunan penarafan harapnya pemimpin negara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki kedudukan fiskal-kewangan negara yang semakin kritikal.Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga islsh kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. Barulah menjadi berteraskan maklumat - knowledge politics.Apa itu cukai GST?Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.Apa bezanya SST dan GST?Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya.Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas jualan dan perkhidmatan tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 5% sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai dikecuali cukai (tax-exempt) atau sifar-cukai (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan.Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan. GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas Nilai Tambah mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.Jelasnya kerajaan akan dapat memungut cukai yang lebih lumayan. Itulah sebabnya kerajaan beriya sangat.Apakah GST akan membebankan rakyat?Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10% dan harga barangan pada kadar 10%. Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60.Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5% atau 6% untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat. Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini.Benar Najib akan menambah pendapatan, tetapi apakah beliau sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat teramai dan keupayaan serta kuasa membeli rakyat dikekang dengan inflasi yang pasti akan berlaku? Bukan pertumbuhan dalam tiga suku yang lalu dipacu oleh permintaan domestik dengan kata lain perbelanjaan isi rumah? Mengapa pula dikekang keupayaan mereka dengan GST? Najib jelasnya celaru serta tidak punya konsistensi dari segi kerangka pemikiran ekonomi kerana tertekan dengan pelbagai ancaman akibat dosa berbelanja dan berhutang besar dahulu.Kalau begitu kenapa kerajaan paksakan juga GST ini kalau jelas membebankan rakyat?Menyambung huraian tadi, mudahnya adalah kerana kerajaan menguruskan kewangan negara dengan tidak pruden atau bijak maka sekarang setelah dibebankan hutang sebanyak RM513 bilion atau 53% daripada KDNK (GDP) sementara menjamin hutang (Contingent Liabilities) oleh pihak GLCs sebanyak RM147 bilion maka kerajaan ini melepasi had hutang 55% yang diizinkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.Tabiat kerajaan Najib pulak sejak 2009 membuat Budget Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 bilion setiap tahun. Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 bilion dan di antara 1992-1995, kerajaan berbelanja kurang daripada yang diperuntukan.Nah, ketika sudah terbeban dengan hutang yang besar seperti ini maka mana lagi sumber yang Najib nampak? Tentunya rakyat. Ini yang dimaksudkan beliau bahawa rakyat didahulukan.Apakah pendirian Pakatan Rakyat tentang GST?Kami tegaskan beberapa kali dan kami berkempen dalam round pertama Tolak GST 1.0 dan mungkin kami akan jalankan kempen GST 2.0 kalau kerajaan hendak laksanakan juga.Hujah kami mudah dan jelas. GST sebagai satu sistem cukai hanya boleh dilaksanakan kalau pendapatan rakyat di negara dapat dipertingkatkan. Buat hari ini hanya 15% daripada 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan iaitu yang melebihi gaji RM2,500 sebulan. Bermakna ramai yang tidak mampu. Mengikut statistiknya secara tepat hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan daripada 6.4 juta yang berdaftar sebagai pembayar cukai.Ini bermakna warga kerja di negara ini mengalami tekanan kenaikan gaji sejak beberapa dekad lamanya seperti yang didedahkan Bank Dunia. Ini berlaku, antara lainya kerana pekerja asing dengan ketrampilan yang rendah atau low-skilled dan dibayar yang murah dan sekaligus industri pembuatan atau pengilangandi negara ini juga kekal tidak berganjak dari membuat produk yang rendah nilai tambahnya.Maka bagaimana hendak mendapat keuntungan dan produktiviti baik yang boleh menghasilkan gaji yang tinggi. Justeru itu kerajaan mesti menangani masalah ini secara serius di segi ketrampilan warga kerja melalui pembangunan modal insan dan pemberian insentif kepada industri khasnya Enterprise Kecil Sederhana (SMEs) dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.Kedua bagi Pakatan Rakyat kami ingatkan kerajaan Najib-BN supaya jangan menipu rakyat. Dulu kata GST tidak akan dilaksanakan sehingga waktunya. Persoalannya ialah apakah ini waktunya setelah rakyat berikan mereka mandat kembali lalu mereka mahu bebankan rakyat sebagai hadiah.Kami tegaskan supaya tutup lubang ketirisan dan kebocoran sama ada dengan menangani rasuah, perbelanjaan boros, tidak berguna dan culas seperti didedahkan setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.Itu sahaja boleh menjimatkan hampir RM10 bilion setahun paling tidaknya. Juga hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Itu juga akan menyelamatkan dana rakyat tidak kurang daripada RM10 bilion setahun berpandukan prestasi negeri Selangor contohnya yang menyelematan 26% dari segi perolehan yang dibuatnya.Bukan GST ini sepatutnya lebih baik dari SST?Daripada sudut koleksi dan komplian atau pengelakkan penipuan daripada segi sistem percukaian memang diakui GST lebih baik. Dua golongan yang sangat suka apabila GST dilaksanakan. Satu, pengekspot mereka sangat suka kerana mereka tidak dikenakan cukai lagi kerana diambil alih oleh GST dan kedua tentunya akauntan kerana servis atau khidmat mereka adalah sangat dihajatkan kerana saya tegaskan sekali lagi GST memang rumit terutama pada mula diperkenalkan.Walaupun GST dikatakan juga sebagai Cukai Penggunaan atau Consumption Tax atau siapa guna dia bayar atau tak guna tak bayar tetapi saudara akan tahu kenapa GST adalah buruk bagi rakyat kalau kita kaji golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.Contohnya seorang yang berpendapatan RM1,000 dan berbelanja sebanyak RM900, kalau dikenakan GST pada 4% maka akan membayar cukai sebanyak RM36 bersamaan 3.6% daripada gajinya. Tetapi seorang yang berpendapatan RM20,000 dan berbelanja RM10,000 akan membayar GST sebanyak RM400 bersamaan dengan 2% gaji pokoknya.Nah jelasnya keluarga yang berpendapatan rendah yang dibebani oleh GST lebih daripada yang kaya. Daripada segi ini GST adalah tidak adil atau Regressive.Dikatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, cukai pendapatan individu dan korporat akan turun?Ini juga satu hal kerana sekali lagi kita nampak ketidakadilan dalam sistem cukai ini. Memang betul banyak negara yang menggunkan sistem cukai GST akan menurunkan cukai individu dan korporat sebab memang lumayan pendapatan kerajaan.Tetapi kalau kita renungi dengan mendalam, kita akan dapati bahawa prinsip cukai ini melakukan ketidakadilan kepada rakyat teramai khasnya golongan berpendapatan rendah kerana golongan ini yang tidak membayar cukai tentunya tidak akan mendapat menafaat dari system penurunan cukai ini.

Apakah pandangan Islam terhadap sistem cukai GST?Sememangnya tidak ada perbahasan di kalangan Fuqaha tentang GST secara khusus di kalangan Fuqaha d ibidang muamalat.Namun sedikit kajian yang saya buat perkara ini mungkin boleh kita fahami kalau dalam perbincangan bab Tauudzif al-Amwal atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini. Tetapi ada beberapa syarat yang tegas. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara dan ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.Cukup dengan tiga syarat ini dahulu pun saudara akan dapat membuat keputusan sendiri apakah wajar atau syarie kerajaan yang berbelanja besar dan bermewah lantas berhutang besar tiba-tiba menekan rakyat untuk membayar GST. Saudara fikrkanlah sendiri dan menjadi lebih tidak adil apabila dipungut daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini sudah songsong daripada prinsip Islam yang menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin. Islam menganjurkan Cukai Progresif dan bukan Regressif seperti ini.Maka saya minta ulama dan ilmuwan Islam mewacanakan topik GST ini. Jangan hanya berpolemik tentang kalimah Allah tidak sudah-sudah tetapi syariat dan muamalat Islam tidak ramai yang mahu peduli sehingga negara diurus boros, tempang dan sarat rasuah - ketirisan sekali gus khianat serta berlawanan dengan tuntutan syariat Allah.Isu tadbir urus adalah aspek yang besar dan penting dalam syariat Islam yang wajar didahulukan daripada segi keutamaan pelaksanaan dan membawa maslahah syariah di segi keadilan agihan kekayaan sekali gus membenteras mafasadah syariah; di segi kebejatan rasuah, ketirisan, pembaziran dan menangani kerakusan dan pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang bersekongkol dengan penguasa politk. 20 Oktober, 2013.* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

PELAKSANAAN GST DI LUAR NEGARA : ISU PERBANDINGANJAMINAN kerajaan untuk tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga sistem percukaian itu diterima rakyat merupakan satu pengumuman yang sangat dialu-alukan kerana ia masih baru di negara ini dan rakyat juga masih kurang mempunyai kefahaman menyeluruh mengenainya.Bagaimanapun, bagi mereka yang pernah melawat ke negara-negara luar yang telah melaksanakan cukai ITU yang dikenali juga sebagai VAT (cukai nilai tambah), perkara itu bukan satu yang asing kerana pelaksanaan GST atau VAT telah memberi kelebihan kepada mereka sebagai pembeli ketika membeli-belah di negara-negara tersebut.Ini kerana sebagai pelancong, mereka diberi pengecualian GST/VAT terhadap barangan yang dibeli dan boleh menuntut barangan balik GST/VAT dari pejabat kastam di lapangan-lapangan terbang negara berkenaan.Pelaksanaannya di kebanyakan negara di seluruh dunia itu membuktikan sistem percukaian ini lebih baik kerana ia membabitkan percukaian yang lebih menyeluruh dalam sistem pengeluaran sesuatu barangan berbanding dengan sistem cukai sedia ada yang hanya membabitkan pembeli akhir.GST/VAT diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Laur untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.Kini lebih 140 negara di seluruh dunia melaksanakan GST atau VAT kerana ia merupakan sistem percukaian yang menjadi antara penyumbang terbesar atau penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan negara kerana cukainya lebih menyeluruh dan tidak hanya dikenakan ke atas pengguna akhir barangan.Pelaksanaan sistem percukaian ini didapati tidak membebankan pengguna seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan sebagai contoh di Australia yang telah melaksanakan GST pada 2000, kadar cukai pendapatan peribadi, cukai perbankan, cukai pemborong persekutuan dan beberapa cukai minyak mengalami pengurangan yang seterusnya menyebabkan rakyat negara itu tidak membayar apa-apa tambahan cukai.Walaupun terdapat pihak-pihak di negara itu mendakwa kesan negatif daripada pelaksanaan GST seperti dikatakan sektor hartanah terkena tempiasan GST selepas harga rumah naik lapan peratus tetapi keadaan sebenarnya adalah kenaikan itu disebabkan daripada peningkatan permintaan tinggi sektor hartanah dari tahun 2002 hingga 2004.Di Australia juga, beberapa barangan dan perkhidmatan adalah bebas GST dan antara barangan itu ialah makanan, pendidikan, kesihatan, eksport, aktiviti-aktiviti kebajikan, penjagaan kanak-kanak dan perkhidmatan keagamaan.Kanada yang memperkenalkan GST pada 1991 bagi menggantikan cukai jualan pengeluar juga tidak mengenakan GST pada barangan seperti barangan runcit, sewa kediaman, perkhidmatan perubatan dan perkhidmatan kewangan.Di negara itu, barangan eksport juga dikecualikan cukai dan individu yang berpendapatan rendah boleh mendapatkan rebat GST yang melibatkan pelepasan cukai individu.Manakala di New Zeland yang memperkenalkan GST pada 1986, kesemua jenis produk makanan dikenakan kadar cukai yang sama tetapi ia memberi pengecualian kepada beberapa jenis aktiviti seperti kadar sewa kediaman, keluli tertentu, perkhidmatan kewangan dan sumbangan.Mengikut undang-undang negara itu, kesemua harga barangan mesti dikenakan GST, kecuali perniagaan yang berasaskan aktiviti pemborong berasaskan pelanggan.Bagi negara-negara Kesatuan Eropah, GST dikenali sebagai 'output VAT' (cukai output kepada pengeluar) dan 'input VAT' (cukai yang dibayar syarikat selepas menerima barangan). Syarikat yang layak boleh menuntut kembali pembayaran cukai daripada kerajaan.Berdasarkan pelbagai kaedah percukaian GST atau VAT yang dilaksanakan di lebih 140 negara di seluruh dunia itu, Malaysia telah menjalankan kajian mendalam mengenai kesan pelaksanaannya kepada rakyat, syarikat dan kedudukan kewangan negara.Bagi kerajaan, pelaksanaan GST sekitar 4 peratus dijangka mampu menjana perolehan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun yang seterusnya wang itu boleh digunakan untuk pelbagai projek pembangunan bagi faedah rakyat.Bagi rakyat pula, mereka boleh mendapat manfaat serta-merta daripada pelaksanaan GST kerana dapat menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang, terutama barangan keperluan dan berkaitan makanan.Sebagai contoh, rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan yang lebih tinggi dikenakan sekarang.Kos perniagaan juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain. Dengan itu, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai.Bagaimanapun, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat juga barangan tertentu yang akan mengalami sedikit kenaikan atau kekal pada harga asal. Mengenai perkara itu, kerajaan telah berjanji akan berusaha berbincang dengan pasar raya - pasar raya besar agar mereka mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan.Kesimpulannya, asas percukaian yang lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar melalui pengenalan GST akan memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem tersebut dan ia juga mudah difahami rakyat berbanding cukai masa kini yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan.Malaysia kini juga dalam pertimbangan memperkenalkan GST menggantikan SST kerana sistem percukaian itu terbukti telah memberi manfaat kepada penduduk di lebih 140 buah negara di seluruh dunia.Maklumat lanjut mengenai cukai dan GST boleh diperoleh dihttp://www.treasury.gov.my- Bersambung di minggu depaNCabaran pelaksanaan GST JKMKSHR BHKUALA LUMPUR: Cabaran utama dilalui kerajaan selaras pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini adalah bagi memastikan kestabilan harga barangan dan perkhidmatan pada kadar berpatutan.Ia juga bagi mengawasi secara teliti supaya manipulasi harga tidak berlaku oleh peniaga hingga memberi tekanan kepada kos hidup rakyat.Itu antara yang diambil perhatian dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat (JKMKSHR) bilangan 1/2015 yang berlangsung di Bangunan Parlimen, hari ini.Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut bersetuju kerjasama padu dan tindakan secara menyeluruh di antara kementerian dan agensi berkaitan diperlukan dalam menghadapi situasi semasa pelaksanaan GST.Mesyuarat juga dimaklumkan mengenai trend harga barangan pengguna hasil pemantauan oleh Majlis Harga Barang Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).Hasil pemantauan itu mendapati perubahan harga barangan dan perkhidmatan tidak hanya bergantung kepada perubahan harga minyak saja.Faktor lain juga mempengaruhi perubahan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran.Contohnya kenaikan harga komoditi agromakanan, berpunca daripada beberapa faktor seperti perubahan cuaca, manipulasi orang tengah yang menguasai sehingga 30 peratus pulangan ke atas setiap ringgit harga pengguna dan permintaan yang tinggi pada masa bekalan terhad, kata sekretariat JKMKSHR dalam satu kenyataan hari ini.Turut hadir pada mesyuarat itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Melek serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datu Seri Mohd Shafie Apdal.Pada mesyuarat sama, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) juga telah membentangkan kertas strategi dan perancangan bagi menangani kenaikan harga produk segar.Strategi itu katanya, dijangka akan memberi impak kepada penstrukturan semula sistem pemasaran dan seterusnya meningkatkan jaminan pengeluaran dan bekalan makanan.Antara strategi dilaksanakan termasuk pengedaran dan pemasaran produk segar secara terus kepada pengguna melalui pasar tani, pusat pengumpulan, ladang kontrak dan pasar rakyat.(Selain itu) Program Belanja Dapur yang menawarkan 32 jenis barangan yang mampu memberi penjimatan sehingga 20 peratus daripada harga pasaran, katanya.Dalam pada itu, JKMKSHR juga bersetuju supaya satu kertas kajian yang komprehensif mengenai cadangan untuk menambahbaik peranan koperasi dan mengintegrasikan koperasi dari pelbagai sektor sebagai pusat pemasaran dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.ISU DAN PERLAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah VAT) dan Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Laur, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai kredit cukai input.

Bekalan yang dikecualikan cukai

Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya. ST : Cabaran Malaysia Berdepan DuniaKUALA LUMPUR, 16 Sept - Seminar Antarabangsa mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bertajuk 'Dasar kepada Amalan -- Pengalaman dari Seluruh Dunia', berakhir dengan kejayaan dan pelbagai pengajaran diperoleh mengenai cabaran yang dihadapi oleh negara yang melaksanakan sistem percukaian itu.

Satu perkara penting yang diluahkan oleh pakar cukai dari Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Thailand dan Singapura ialah GST atau cukai nilai tambah (VAT) terbukti satu kutipan cukai yang cekap walaupun ada masalah pada peringkat awal pelaksanaan.

Daripada peningkatan perolehan hasil GST, kerajaan dapat mengagihkan semula pendapatan itu untuk kemudahan masyarakat selain menurunkan cukai pendapatan individu dan korporat manakala ekonomi negara pula semakin kompetitif.

Tidak dapat dinafikan bukan tugas mudah untuk membolehkan GST diterima oleh rakyat Malaysia dan sektor perniagaan, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan berada di landasan yang tepat untuk memastikan semua pihak menerimanya.

Sememangnya tidak ada ruang berpatah balik kerana GST sudah sedia untuk dilaksana bermula 1 April 2015, justeru tidak ada gunanya menunggu hingga saat-saat akhir untuk mendaftar seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan seminar.

Setakat 14 Sept, hanya 35,998 syarikat daripada lebih 300,000 yang perlu mengambil bahagian dalam GST, telah mendaftar.

Hanya tinggal kira-kira enam bulan lagi dan memang jelas masa semakin suntuk, namun syarikat masih ragu-ragu akan keperluan untuk tampil dan mendaftar serta bertanya tentang apa yang mereka perlu lakukan, sedangkan 160 negara sudah melaksanakan GST atau VAT.

Pada seminar yang menerima sambutan hebat peserta itu, penceramah memperincikan bagaimana GST atau VAT berkembang daripada peringkat dasar kepada pelaksanaan yang turut menyaksikan pelbagai masalah, terutama pada tahun-tahun awal serta cabaran besar yang dihadapi.

Dialog berterusan antara sektor perniagaan dan pihak berkuasa, penerbitan dokumen untuk maklum balas masyarakat serta penguatkuasaan peruntukan perundangan secara konsisten akan membantu melancarkan pelaksanaan VAT, kata Pengurus Kanan Perkhidmatan Hasil bagi VAT Afrika Selatan Lesley O' Connell Xego.

"Interaksi seperti dialog umum akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana pihak berkuasa perlu tahu apakah pandangan sektor perniagaan dan begitu juga sebaliknya," katanya.

Pihak berkuasa juga katanya perlu menerbitkan dokumen bagi mengumpulkan maklum balas.

"Adalah amat penting untuk melibatkan pihak-pihak yang perlu bagi meningkatkan kefahaman tentang komen yang diterima serta cuba mencapai persetujuan dan pada masa yang sama menyampaikan rasional polisi," katanya.

Thailand pula melaksanakan beberapa langkah seperti sistem pengkomputeran sepenuhnya dan mewajibkan nombor pengenalan pada kedua-dua invois, penjual dan pembeli, sebagai usaha menangani penipuan dalam VAT.

Negara itu menyaksikan banyak kes syarikat menggunakan invois palsu untuk membuat tuntutan semula VAT, menyebabkan kerugian kira-kira RM10 bilion, kata Pakar Kanan bagi Pembangunan Sistem Cukai Kementerian Kewangan Thailand, Sumalee Satitchaichareon.

Thailand memperoleh kira-kira 592 bilion baht (RM59.1 bilion) menerusi VAT tahun lepas, merosot berbanding 659.8 bilion baht pada 2012, katanya.

Thailand melaksanakan VAT sejak 1992 dengan kadar semasa pada tujuh peratus.

Pengarah Cukai bagi Pihak Berkuasa Hasil Dalam Negeri Singapura Hoe Ee Hui berkata pelaksanaan GST yang berkesan akan membantu kerajaan menurunkan cukai pendapatan individu dan korporat.

Katanya rakyat akan dapat melihat pengurangan dalam cukai langsung manakala peningkatan pendapatan hasil GST akan membantu kerajaan mengagihkan semula peruntukan yang lebih tinggi untuk kemudahan awam.

Bagi mengimbangi keregresifan cukai, Hoe berkata kerajaan Singapura memperkenalkan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan 'regresif' akibat GST.

Antara pengagihan semula yang dicapai ialah peningkatan subsidi untuk mengimbangi GST perlu dibayar, kepada pendidikan dan pengenalan Faedah Pengangguran Automatik, langkah menaikkan gaji bagi kumpulan pekerja berusia dan golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, Prof Madya Dr David White dari University of Wellington mengingatkan tentang masalah-masalah yang akan timbul dalam tempoh beberapa tahun pertama pelaksanaan GST.

"Tiga tahun pertama sangat sibuk. Itu tempoh pelarasan," kata White yang bercakap mengenai pengalaman New Zealand.

Beliau berkata cukai New Zealand sangat komprehensif, meliputi semua perkara dan mempunyai nilai ambang yang sangat rendah.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula memuji usaha pembaharuan fiskal Malaysia dengan meluaskan asas cukai menerusi pelaksanaan GSTPenasihat Jabatan Hal Ehwal Fiskal Kiyoshi Nakayama berkata perubahan sumber pendapatan daripada sumber semula jadi dan pendapatan korporat untuk turut meliputi GST adalah dasar hala tuju yang penting bagi mengekalkan kemampanan fiskal jangka panjang Malaysia.Katanya cukai mesra pertumbuhan kurang menjejaskan untuk pengembangan ekonomi berbanding cukai pendapatan.Beliau yang memuji persediaan Malaysia ke arah melaksanakan GST, berkata strategi komunikasi menggunakan media sosial yang dilaksana oleh Kementerian Kewangan dan kastam sangat inovatif.KESAN GST KEPADA PENGGUNA

WRITTEN BY DEIVIGARANI KRISHNA

THURSDAY, 19 MAY 2011 11:03

Kerajaan tetap dengan pendirian untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Namun terdapat segolongan rakyat Malaysia yang risau dengan pendirian kerajaan kerana beranggapan pelaksanaan GST akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

Apabila GST dilaksanakan, kerajaan telah memberi jaminan akan mengurangkan cukai pendapatan individu. Pengurangan ini membantu pengguna yang terpaksa membayar cukai pendapatan, dan dalam masa yang perlu membayar GST.

Pelaksanaan GST juga turut mengurangkan cukai korporat. Mengikut kajian apabila cukai korporat dikurangkan akan menjemput syarikat luar negara untuk melabur di Malaysia.Dalam pelaksanaan GST beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti sayur-sayuran, beras, garam, minyak masak, tepung, telur, ikan, ayam, daging, 200 unit pertama elektrik dan 35 meter padu pertama air tidak dikenakan GST.

GST adalah sistem percukaian yang dikutip pada setiap peringkat. Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit.

Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dikuatkuasakan mulai April 2011. Tujuan utama Akta ini adalah untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga barang atau caj perkhidmatan yang melambung tinggi. Akta ini mencegah peniaga daripada mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah sehingga menjejaskan kepentingan pengguna.

Apabila GST dilaksanakan, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 memainkan peranan penting dalam melindungi pengguna daripada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang atau caj perkhidmatan pada paras yang tidak munasabah.

Deivigarani KrishnaPusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Kerajaan Sedia Hadapi Cabaran Selepas Pelaksanaan GST ChuaPosted on Mar 18, 2015 inBahasa,GeneralPUTRAJAYA, 17 Mac (Bernama) Penipuan tuntutan semula kredit input cukai merupakan antara cabaran yang mungkin dihadapi selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.Beliau berkata penipuan ini merupakan kebimbangan utama yang dialami negara-negara yang telah melaksanakan GST seperti Singapura, yang sering kali berdepan dengan peniaga yang membuat tuntutan palsu lebih tinggi daripada yang sepatutnya.Helah tuntutan palsu diketahui selepas mengadakan perbincangan dengan negara-negara yang telah pun melaksanakan GST. Kementerian sedang melakukan persediaan rapi bagi mengelak perkara ini berlaku.Semua kesalahan dan cabaran yang tulen akan diselesaikan secara baik agar perkara itu tidak diulangi, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan wakil-wakil persatuan penjual kenderaan dan motosikal terpakai di pejabatnya, di sini hari ini.GST bakal dilaksanakan pada 1 April ini pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.Menurut Chua, antara cabaran lain yang dijangka dihadapi oleh syarikat ialah kesalahan dalam pelaksanaan perisian GST, kesilapan dalam pengiraan cukai dan isu-isu berkaitan.Cabaran ini ternyata bukan hanya satu perubahan cukai, malah perubahan yang memberi kesan kepada perniagaan harian. Itu sebab kerajaan menggesa syarikat mendaftar sebelum pelaksanaan GST bagi melayakkan mereka tempoh nasihat itu, katanya.Mengenai gesaan pelaksanaan GST ditangguhkan, Chua berkata kerajaan sudah bersedia sepenuhnya pelaksanaan regim percukaian baharu itu sejak Oktober 2013, yang sudah dilaksanakan dengan jayanya di 169 negara.Mengenai perjumpaan itu, Chua berkata harga kenderaan terpakai akan menjadi murah berikut kelonggaran pelepasan barang terpakai (skim margin) yang diluluskan oleh kerajaan hari ini.Katanya keputusan itu dicapai berikutan aduan daripada kira-kira 4,000 ahli persatuan dan peniaga kenderaan motosikal terpakai yang menghadapi masalah permohonan Skim Margin ditolak awal bulan ini.Kelonggaran ini dapat menyelesaikan bebanan kos yang dihadapi peniaga dan syarikat serta tanggungan harga yang tinggi oleh pengguna.Sekiranya tiada skim margin ini, ia boleh meningkatkan kos barang yang dijual serta mewujudkan ketidakseimbangan pada harga kenderaan terpakai.Contohnya, mungkin kos kenderaan RM100,000 dan dijual pada RM150,000. Tanpa skim ini, peniaga akan mengenakan GST enam peratus ke atas RM150,000, namun menerusi skim ini, mereka hanya perlu mengenakan GST ke atas RM50,000 sahaja, katanya.Belanjawan 2015: Defisit, hutang dan perbelanjaan kerajaan Amin AhmadPublished: 16 October 2014 10:01 AMJumaat lalu perdana menteri merangkap menteri kewangan membentangkan belanjawan bagi 2015. Sebelumnya, ketua pembangkang mengumumkan belanjawan alternatif yang dicadangkan untuk pertimbangan kerajaan.Dua peristiwa ini untuk saya penting. Pertama, sejak beberapa tahun lalu, khususnya apabila muncul apa yang kini dikenali ramai sebagai Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia berpeluang melihat persaingan sihat, bukan sahaja dalam konteks undi semasa pilihan raya, tetapi juga dalam aspek idea dan hujah.Pembentangan belanjawan adalah amalan biasa dibuat pentadbiran yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Menurut Kamus Dewan, belanjawan bermaksud butiran ringkas anggaran pendapatan dan perbelanjaan. Dalam hal ini, ia merujuk kepada belanjawan kerajaan dalam tempoh setahun, iaitu sepanjang 2015.Apa yang menarik kali ini ialah PM merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.Beliau menyatakan, "Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil

Defisit dan hutangSebelum membincangkan dengan lebih lanjut, eloklah dijelaskan dahulu perbezaan maksud defisit dan hutang.Defisit bermaksud kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan (baca: cukai yang dikutip). Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain bagi menampung belanjawan. Defisit ditunjuk dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi jumlah defisit terkumpul daripada tahun-tahun sebelumnya.Sejak 1970 hingga 2014, Malaysia mengamalkan belanjawan defisit sebanyak 43 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada 2013.Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2014/2015, dinyatakan hutang domestik negara, sehingga akhir Jun 2014, berada pada kadar RM552.652 billion, sementara hutang luar negeri bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, sehingga tempoh yang sama, berada pada kadar RM335.572 billion (termasuk hutang swasta).Sejak 2010, faedah yang dikenakan terhadap pinjaman bersih dalam dan luar negeri berjumlah antara RM15 billion hingga RM22 billion setahun. Kerajaan menjangkakan defisit pada kadar 3.5 peratus bagi 2014 dan menurun pada kadar 3.0 peratus bagi 2015. Persoalan yang wajar ditanyakan ialah berapa banyakkah faedah yang perlu dibayar sepanjang 43 kali belanjawan defisit ini?Untuk rekod, kerajaan persekutuan belum pernah gagal mengemukakan belanjawan tambahan sejak dipimpin Datuk Sri Najib.Perbelanjaan kerajaanMeskipun ada beberapa langkah yang diambil kerajaan wajar disokong dan dipuji, namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi.Untuk tulisan ini, saya hanya akan memberikan fokus kepada perbelanjaan kerajaan.Ramai yang mahu kerajaan melakukan itu dan ini, namun jarang ditanyakan dari manakah sumber pendapatan kerajaan yang ingin dibelanjakan itu. Ya, jawapannya tepat orang ramai. Ramai yang menyangka kehidupan mereka ditanggung kerajaan walhal sebenarnya kerajaan yang ditanggung semua orang. Selain itu, kerajaan juga dijadikan alat untuk sesetengah pihak hidup melalui hasil usaha pihak lain.Berdasarkan rekod yang ada, belanja mengurus terus berada pada paras yang tinggi dan belanja untuk pembangunan pula menyusut.Pada 2009, perbelanjaan pembangunan berada pada tahap 25.9 peratus. Ia meningkat pada kadar 27.8 peratus pada 2010, sebelum turun pada kadar 23.9% pada tahun berikutnya, 2011. Ia terus menyusut kepada 22.0% pada 2012, 19.1% pada 2013, 16.9% pada 2014 dan menokok sedikit kepada 17.8% pada 2015. Data-data ini tidak mengambil kira tambahan belanjawan yang dikemukakan kemudian.Perlu diingatkan, peningkatan belanja mengurus dan penyusutan belanja pembangunan ini berlaku dalam situasi belanjawan negara terus meningkat dari tahun ke tahun. Jika dikaitkan dengan defisit dan hutang, ternyata masalah yang perlu diselesaikan ialah nafsu berbelanja kerajaan.Sudah tentu, perbelanjaan kerajaan boleh dijustifikasi melalui beberapa aspek. Misalnya, menurut Adolph Wegner, ahli ekonomi Jerman (1835-1917), belanja kerajaan meningkat lebih cepat daripada ekonomi kerana tuntutan kian bertambah. Beliau percaya kerajaan perlu memulakan sejumlah inisiatif pembangunan seperti jalanraya dan juga sekolah.William J. Baumol, Profesfor Emeritus dalam bidang ekonomi pula mengatakan perbelanjaan kerajaan seharusnya meningkat selaras dengan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar agar tahap perkhidmatan bagi setiap individu dapat dikekalkan.Pandangan Wegner dan Baumol dipersoal Gordon Tullock, mantan profesor ekonomi dan undang-undang di Universiti George Mason, juga pengasas bersama Teori Ekonomi Pilihan Awam. Pandangan Wagner misalnya, dibuktikan sebaliknya dalam tempoh 40 tahun selepas beliau menyatakan pendapat tersebut sekitar dekad 1880-an. Baumol juga tidak dapat menjelaskan situasi sebelum 1929 di mana tidak ada peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan, termasuk dekad awal selepas 1953.Tullock menyatakan ahli-ahli ekonomi masih tidak dapat menjelaskan secara saksama mengapakah perbelanjaan kerajaan perlu meningkat tinggi. Beliau berpendapat, aktiviti merentir (rent-seeking, antara masalah utama ekonomi Malaysia seperti yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MBE)) adalah punca utama peningkatan tersebut. Ia merujuk kepada aktiviti sesetengah pihak yang melobi kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah kekayaan kepada mereka.John Maynard Keynes, tokoh besar ekonomi pula berpendapat perbelanjaan kerajaan akan menyuntik kuasa beli dalam ekonomi, terutama ketika ekonomi suram. Ini sering dinamakan sebagai rangsangan ekonomi.Namun, jarang ada yang menyebut, sebelum kematiannya, Keynes mengingatkan prestasi ekonomi akan terjejas sekiranya perbelanjaan kerajaan melebihi 25% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bahkan, pemuka-pemuka teori Keynesian mengingatkan perbelanjaan kerajaan perlu dikurangkan apabila ekonomi mula berkembang bagi mengelakkan inflasi.William Arthur Niskanen (1933-2011), mantan profesor ekonomi di Universiti California, disebut sebagai arkitek kepada program ekonomi di bawah Presiden Ronald Reagan, pula menyumbang dalam Teori Pilihan Awam dengan membangunkan Model Memaksimumkan Belanjawan melalui bukunya, Bureaucracy and Representative Government yang diterbitkan pada 1972.Menurut Niskanen, pertumbuhan perbelanjaan kerajaan didorong kepentingan birokrat yang mahu memaksimumkan utiliti mereka sama ada dalam bentuk gaji, kuasa, prestij, faedah dan sebagainya.Teori lain yang boleh dilihat ialah Keluk Rahn (Rahn Curve) yang menyatakan ekonomi menguncup sekiranya kerajaan tumbuh terlalu besar (baca: belanja terus meningkat).Lakukan apa yang betulNajib, dalam pembentangannya juga turut menegaskan Kita mesti lakukan apa yang tepat untuk ekonomi Malaysia, bukan yang popular.Sehingga kini, meskipun ahli ekonomi tidak sepakat mengenai had perbelanjaan kerajaan, umumnya mereka bersetuju peningkatan perbelanjaan kerajaan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi kerana ia mengalihkan sumber produktif ke sumber kurang produktif sekaligus rantaian kesannya termasuk peningkatan kadar faedah yang boleh menjejaskan pelaburan.Ini mungkin kelihatan seperti hanya berteori. Namun, jangan dilupakan teori lazimnya hanya akan terbentuk melalui pelbagai ujian di lapangan, di samping pengalaman yang dilalui. Teori bukanlah cakap-cakap kosong tanpa asas seperti mana yang sering ditanggapi ramai.Jika mahukan bukti, sesungguhnya pengalaman belanjawan berimbang pada dekad 1990-an adalah contoh yang boleh diambil untuk menunjukkan sesebuah ekonomi boleh bertumbuh dengan baik tanpa defisit.Untuk saya, kita seharusnya mempopularkan yang betul. Kos menanggung sesebuah kerajaan tidak boleh mengatasi manfaat yang patut diperolehi daripadanya. 16 Oktober, 2014.* Penulis ialah Pengurus di Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives.* Beliau juga adalah Pengarah Pengasas, Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) dan Founding Associate, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/belanjawan-2015-defisit-hutang-dan-perbelanjaan-kerajaan-amin-ahmad#sthash.OunykT3B.dpuf

defisitDATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 10 April 2015.

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P)Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion1998 RM103 bilion1999 RM112 bilion2000 RM125 bilion2001 RM145 bilion2002 RM164 bilion2003 RM188 bilion2004 RM216 bilion2005 RM232 bilion2006 RM247 bilion2007 RM274 bilion2008 RM317 bilion2009 RM376 bilion2010 RM405 bilion2011 RM465 bilion2012 RM501 bilion2013 RM546 bilion(Sumber International Monetary Fund)2014 RM677 bilion2015 RM847 bilion(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinanKerajaan sembunyi hutang, belanja luar kerangka tak masuk dalam belanjawan10 Oktober 2014

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Di sebalik penurunan defisit kepada tiga peratus dalam Belanjawan 2015, kerajaan sebenarnya menyembunyikan jumlah hutang dan perbelanjaan yang amat besar yang tidak dimasukkan dalam belanjawan.Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, berbanding angka yang dibentangkan, tipu-helah yang berlaku di sebaliknya adalah lebih membimbangkan.Dalam pembentangannya hari ini, Najib dengan bangga menyatakan penurunan defisit dalam Belanjawan 2015 dari 3.5 kepada 3 peratus, dengan kata lain perbelanjaan kerajaan dijangka menurun dari RM37.7 bilion kepada RM35.2 bilion untuk tahun 2015.Angka yang dilihat nampak bagus sebenarnya menutup hakikat bahawa kebanyakan perbelanjaan berkaitan kerajaan dibuat di luar kerangka belanjawan.Ini bermakna kerajaan ada ruang untuk memanipulasi perakaunan inovatif (bagi menyembunyikan angka sebenar) untuk terus berbelanja besar dan menghabiskan berbilion ringgit dengan hutang tambahan, tanpa mengubah peratusan defisit dalam belanjawan rasmi, kata Pua.Mengulas lanjut beliau berkata, ia dapat dilihat melalui tahap beban bergantung (contingent liability) melalui hutang oleh syarikat milik kerajaan.Ini merujuk kepada hutang tersembunyi yang tidak termasuk dalam hutang rasmi, tetapi kerajaan bertindak sebagai penjamin kepada hutang tersebut, katanya.Tambah Pua, hutang tersebut meningkat dari RM84.3 bilion pada tahun 2009 ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, kepada RM157.5 bilion sehingga Disember 2013.Bermakna, hutang tersembunyi kerajaan meningkat sebanyak 86.8 peratus sepanjang Najib mula mengetuai pentadbiran negara.Malah katanya, angka itu dijangka bertambah berikutan pelbagai projek infrastruktur yang dikendalikan syarikat milik kerajaan seperti MRT Corp dan Syarikat Prasarana Negara Bhd.Tahun lalu, kerajaan menjamin RM6.5 bilion untuk projek pembinaan MRT, yang mencatat peningkatan daripada jangkaannya pada tahun 2012, iaitu RM2.4 bilion.Malah ia dijangka akan meningkat tahun ini kerana kos fasa pertama MRT yang masih berlangsung sahaja melebihi RM22 bilion, kata Pua.Ujarnya, peningkatan besar dalam beban bergantung menunjukkan peratusan defisit dalam belanjawan rasmi jauh berbeza daripada defisit sebenar yang ditanggung.Ia juga menunjukkan perwakilan yang salah (under-representation) tentang hutang tersembunyi, kerana kebanyakannya secara tersirat dijamin oleh kerajaan, katanya lagi.Kes utama: Hutang 1MDBBeliau memberikan contoh badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad, yang kini menanggung hutang terkumpul melebihi RM36 bilion.Kerajaan secara rasmi hanya menjamin RM5 bilion daripada jumlah itu. Namun institusi kewangan memahami hakikat bahawa jika berlaku default (kegagalan membayar hutang atau faedah mengikut jadual), seluruh jumlah itu akan ditanggung kerajaan, kerana ia milik penuh Kementerian Kewangan.Ini sama seperti yang berlaku dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), di mana kerajaan terpaksa bail out projek berjumlah RM4.6 bilion itu, walaupun tidak menjadi penjamin rasmi, kata Pua. Roketkini.comHutang Negara Malaysia Terus Melonjak Tinggi RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan!85BYSTAFF BERITA SEMASAON SEP 12, 2014BERITA EKONOMI

Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan : Sebelum iniTokoh Wartawan Negara pernah mencadangkan (DI SINI) hujung tahun lepas tahun 2013 iaitu kepada Najib Razak supaya memberikan peluang dan ruang kepada isterinya, Rosmah Mansor untuk menjadi menteri bagi menggantikan menteri yang kurang berpotensi. Sampai begitu sekali? Terbaru.Terbaru, atas nama sayangkan bangsa dan negara lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman 22 tahun beliau menjadiPerdana Menteri Malaysia selama tempoh 22 tahun, Tun Dr Mahathir pulamengambil tempat untuk memberikan nasihat dan peringatan kepada Najib Razak yang buat diibaratkan sebagai anaknya yang mana mahu mengharapkananaknya itu berpandangan jauh, berdisiplin dan mampu buat keputusan yang betul, jalankan tanggungjawab dan tegur apa yang dirasakan Tun Dr Mahathir tidak betul.Sebelum ini, Mahathir telah bertindak drastik apabila telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Najib Razak sebagai pemimpin negara. Semuanya atas sebab-sebab berdasarkan laporan Berita Semasa di bawah ini :BACA SINI : Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak (Lemah, Sokongan Teruk, Ekonomi & Perpaduan Kacau-Bilau & jenayah Berleluasa). Najib Razak Letak Jawatan?Tidak cukup dengan itu, Tun Dr Mahathir yang dilihat mempunyai karisma yang tersendiri apabila mengeluarkan kata-kata dan pandangannya kelihatan lembut dan tidak perlu menjerit-jerit ketika mengeluarkan butir-butir perkataan daripada mulutnya tetapi AWASLenggok bahasa politik yang digunakan cukup sinikal yang sehingga mampu membuatkan ramai ketawa sendirian dan ada juga yang menahan luka mendengar sindiran dan kata-kata pedas yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir. Terbaru..Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Mahathir Nasihat Letak Jawatan?Tun Mahathir menemplak 1Malaysia Development (1MDB) boros berbelanja1Malaysia Development (1MDB) dilihat berdiri megah atas nama Dana Kekayaan Negara, apabila membelanjakan duit negara seolah-olah Malaysia mempunyai terlalu banyak lebihan wang untuk dibelanjakan. Sedangkan hakikatnya, duit yang dibelanjakan adalah hutang yang dibuat berbilion ringgitApabila terlalu banyak hutang, Malaysia tidak akan terlepas menjadi muflis seperti ArgentinaSedangkan pelbagai hutang ditambah menyebabkan hutang negara terus melambung tinggiHutang perlu dibayar dan dikurangkanTetapi apabila bajet defisit yang dibentangkan setiap tahun, mana mungkin Malaysia boleh bayar hutang negaraNasihat Tun Mahathir kepada Najib Razak dan anak buahnya supaya apabila pembentangan Bajet 2015 dan seterusnya mestilah mengikut had siling hutang negara yang telah diputuskan secara rasmi di Dewan RakyatJikalau beliau menjadi Perdana Menteri sekarang, pastinyabeliau akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysiadan berundur jikalau melihatkan corak pentadbiran kerajaan malaysia sekarangKerajaan malaysia & Putrajaya dilihat gagal menunjukkan kepimpinan yang kuat dan meletakkan Malaysia ke landasan yang betul dalam aspek pembangunan MalaysiaPeringatan Tun Dr MahathirBerdasarkan semakan Berita Semasa laporan yang dikeluarkan oleh Sarah Fowler dari Oxford Economic meletakkan kedudukan ekonomi Malaysia adalah paling berisiko di Asia.Ini kerana Malaysia dilihat terus kekal mempunyai hutang negara kepada KDNK melebihi paras 50% untuk 5 tahun seterusnya.Sedangkan pada ketika ini, hutang negara Thailand, Korea Selatan dan juga Indonesia kepada KDNK negara mereka masih tidak lagi mencecah kepada paras 33%.Dan inilah antara sebab utama, Fitch Rating terus mengekalkan pendirian dan laporan mereka Malaysia hanya layak dberikan rating A- pada Julai 2014 yang lalu.Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK) Terkini?Semakan Berita Semasa terhadap portal The Economist menunjukkan hutang negara sudah hampir mencecah RM700 bilion.

BACA SINI LAPORAN BS JUN 2014 : Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion Langgar Had Siling 55%. Kadar Faedah Hutang Melonjak Tinggi. Alternatif Pendapatan? GST 6%!

Dan Boston Consulting Group telah memberikan peringatan, bagaimana sesebuah negara yang mana ekonomi negara mereka boleh jatuh menjadi krisis yang buruk jika hutang negara tidak diuruskan dengan baik daripada sekarang.Hakikatnya, hutang negara sekarang berada pada paras RM692 Bilion dan angka dilihat akan ini terus meningkat. melihatkan trend hutang negara yang tidak pernah menyusut malah terus melonjak dan meningkat naik.KLIK SINI : Hutang Malaysia Menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) Terus Naik RM549.267 Bilion! Uruslah Dengan Baik Hasil Negara Wahai Kerajaan!Persoalan, di mana iltizam kerajaan Malaysia untuk menurunkan hutang negara Malaysia? Berapa lama lagi rakyat Malaysia dijamu dengan kenaikan hutang negara yang pastinya beban akan dipulangkan kepada rakyat Malaysia. Apa respon anda pula?

20