pra3110-refleksi

Upload: lyne

Post on 04-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Pra3110-refleksi

    1/2

    PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

    JURNAL REFLEKTIF

    Tugasan ini sedikit sebanyak telah mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada

    saya untuk mengetahui langkah-langkah penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang

    berkaitan dengan perlesenan dan kebenaran. Tugasan ini juga akan menumpukan kepada

    pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal dari segi perancangan pengurusan, dan

    pelaksanaan kurikulum, masa, ruang, sumber, inventori, personel, dan pemakanan agar

    perlaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Perancangan yang

    berstruktur akan memastikan pengurusan pengendalian program tindakan mencapai matlamat

    yang dikehendaki secara efisien dan tersusun. Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung

    kepada bagaimana pengurusan prasekolah itu dirancang secara keseluruhannya. Akta

    Pendidikan !!" telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan

    pendidikan prasekolah ke dalam #istem Pendidikan Kebangsaan. Kesedaran masyarakat

    terhadap perlunya pendidikan di peringkat awal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan

    penubuhan pusat-pusat prasekolah yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang.

    Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua

    aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

    persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah. $alau bagaimanapun secara

    umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah merupakan tempat kanak-kanak mula

    belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. %i mana mereka

    berpeluang berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan

    menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi.

    %alam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu difikirkan ialah

    adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan prasekolah. Penentuan lokasi perlu

    mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak bangunan prasekolah. &engikut Akta

    '"( )Perancangan* $ilayah Persekutuan !+' #eksyen !* sesebuah bangunan yang akan

    dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai

    atau klinik. #etiap bangunan pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan,rekabentuk, struktur dan juga keselamatan. &emandangkan di &alaysia kemudahan

    prasekolah adalah berbea, maka pihak berkuasa tempatan telah menetapkan beberapa

    kategori bangunan yang digunakan sebagai prasekolah. Aspek pengurusan juga penting, saya

    dapat mengenal pasti enam bidang pengurusan sekolah iaitu Pentadbiran am, Pengurusan

    1

  • 7/21/2019 Pra3110-refleksi

    2/2

    PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

    kurikulum, Pengurusan guru, Pelaksanaan kurikulum, Pelaksanaan kokurikulum dan

    Penyeliaan.

    &enurut ric A /anushek, pengelolaan sekolah menjadi tidak efektif kerana tidak wujud

    sebarang pertalian yang konsisten antara variasi-variasi yang terdapat dalam sumber sekolah

    dengan pencapaian pelajar. /al ini merangkumi nisbah antara guru dengan murid, kelayakan

    guru, pengalaman, gaji, perbelanjaan perkapita, input pentadbiran dan kemudahan fiikal.

    Pembelajaran tentang pengurusan pendidikan prasekolah amat penting bagi menjamin

    kesejahteraan kanak-kanak. Pengurusan yang baik dapat memberi kesan dan pengalaman

    yang mantap kepada kanak-kanak ini. %i usia inilah mereka sangat kritikal, kemantapan

    pengurusan memberi peluang kepada mereka menjadi insan yang terbilang dan cemerlang.

    Kelancaran dalam pengurusan prasekolah dapat memberi ruang kepada guru untuk

    menambahbaik pengajaran dan pembelajaran sebagai seorang guru prasekolah.

    #aya bersyukur kerana dapat memantapkan pengetahuan mengenai bab Pengurusan

    Prasekolah. 0ni amat penting untuk persediaan saya bagi menempuh peperiksaan pada akhir

    semester nanti. #aya dapat mengetahui cara dan kriteria sebenar yang perlu ada untuk

    menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak. 0ni adalah penting untuk memastikan bahawa

    guru prasekolah adalah guru yang serba boleh. #aya juga dapat mengetahui tentang

    penubuhan dan pengurusan prasekolah dengan lebih mendalam secara kreatif dan inovatif.

    Kerja kursus ini telah membantu saya membuka minda serta memantapkan ilmu pengetahuan

    saya sebagai seorang guru dan pendidik dalam bidang dan kerjaya yang saya ceburi sekarang.

    %engan itu. pengetahuan saya terhadap kriteria penubuhan prasekolah dan perlaksanaan

    aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak semakin jelas difahami. #aya telah berjaya

    mendapat pelbagai manfaat.

    #etinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada ncik $an &ohamad &adehi 1in

    $an Ali, selaku pensyarah matapelajaran di atas bimbingan dan penerangan beliau yang cukup

    terang dan jelas tentang kehendak tugasan. #aya juga mengucapkan ribuan terima kasih

    kepada rakan seperjuangan yang telah memberi pendapat, perbincangan dan kerjasama

    kepada saya untuk menjana idea bagi menghasilkan tugasan ini. 1uat keluarga yang tercinta,

    terima kasih kerana memberi sokongan moral dan motivasi kepada saya untuk terus berjuang.#ekian, terima kasih.

    ) "22 patah perkataan*

    2