pra 3112

146
PRA 3112 Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah TAJUK 1 TEORITIKAL PERSPEKTIF MENGENAI KELUARGA (4 JAM) 1.1 SINOPSIS Kursus ini meliputi teori-teori dan perspektif, matlamat, nilai dan budaya kekeluargaan. Kursus ini juga menyentuh tentang persekitaran keluarga,peningkatan kecemerlangan kekeluargaan, hubungan keluarga, komuniti dan institusi pendidikan. Ia juga menekankan tentang pembentukan disiplin kanak-kanak yang meliputi pelayanan perasaan serta penyelesaian konflik tingkah laku kanak-kanak. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menyatakan tentang definisi sangkutan, kerenah dan kaitannya dengan sangkutan serta ciri-ciri pembentukan sangkutan; 2. menyatakan autonomi serta menangani isu pengawalan dan menangani pengekalan; 3. menerangkan tentang inisiatif, definisi inisiatif, perkembangan konflik, peranan persekitaran dan aplikasi inisiatif kanak-kanak; dan 4. menghuraikan tentang kendiri, persekitaran peningkatan kendiri dan aplikasi kendiri kanak-kanak. KERANGKA TAJUK-TAJUK 1

Upload: noran-nordin

Post on 08-Feb-2016

68 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Rangka Isi Pelajaran

PRA 3112 Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah

TAJUK 1 TEORITIKAL PERSPEKTIF MENGENAI KELUARGA (4 JAM)

1.1 SINOPSISKursus ini meliputi teori-teori dan perspektif, matlamat, nilai dan budaya kekeluargaan. Kursus ini juga menyentuh tentang persekitaran keluarga,peningkatan kecemerlangan kekeluargaan, hubungan keluarga, komuniti dan institusi pendidikan. Ia juga menekankan tentang pembentukan disiplin kanak-kanak yang meliputi pelayanan perasaan serta penyelesaian konflik tingkah laku kanak-kanak.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menyatakan tentang definisi sangkutan, kerenah dan kaitannya dengan sangkutan serta ciri-ciri pembentukan sangkutan;2. menyatakan autonomi serta menangani isu pengawalan dan menangani pengekalan;3. menerangkan tentang inisiatif, definisi inisiatif, perkembangan konflik, peranan persekitaran dan aplikasi inisiatif kanak-kanak; dan4. menghuraikan tentang kendiri, persekitaran peningkatan kendiri dan aplikasi kendiri kanak-kanak.Kerangka Tajuk-TAJUK

1.2PENGENALAN

Murid-murid yang ditempatkan di kelas prasekolah/tadika, mempunyai pelbagai ragam tingkah lakunya. Masalah ini perlu ditangani oleh pendidik pendidikan awal kanak-kanak. Penguasaan ilmu pengetahuan dari aspek perkembangan kanak-kanak dan latar belakang keluarga dapat membantu masalah mendidik yang dihadapi oleh pendidik awal kanak-kanak.Topik ini akan membincangkan perihal sangkutan yang meliputi definisi, kerenah sangkutan, autonomi, isu menangani pengawalan dan pengekalan. Topik ini juga akan membincangkan tentang inisiatif, perkembangan konflik, peranan persekitaran dan aplikasi inisiatif murid-murid serta kendiri, persekitaran peningkatan kendiri dan aplikasi kendiri murid-murid. Jawab soalan-soalan berikut.1.Hubungan sangkutan yang kuat pada zaman kanak-kanak akan memberi kesan jika berlaku perpisahan secara tiba-tiba kerana

(A)menggalakkan mereka berdikari

(B)memupuk sikap suka memencilkan diri

(C)memupuk perkembangan penerimaan diri

(D)mengalami tekanan emosi dan bersikap pasif

2.Menurut Erikson, tahap autonomi kanak-kanak bermula dari umur 18

bulan hingga 3 tahun yang dialami oleh kanak-kanak ialah apabila

mereka

(A)suka melakukan sesuatu tugasan yang baru

(B)merasa sangsi sama ada boleh menangani situasi

(C)mempunyai kekuatan untuk bertindak dengan kekuatan sendiri

(D)memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakan dan ingin melakukan sesuatu sendirian dan sedikit bantuan daripada orang dewasa

3.Berikut adalah ciri-ciri keluarga:

Penyataan di atas merujuk kepada kategori keluarga

(A)kembangan (B)angkat

(C)nuklear

(D)kandung

Bincangkan jenis sangkutan yang dapat dilihat digambar ini.

1.3SANGKUTAN (ATTACHMENT) Colleague 1.3.1 Definisi Sangkutan Terdapat beberapa definisi sangkutan atau perapatan berdasarkan beberapa orang ahli teori ethologi. Kajian ethologi adalah kajian yang berhubung dengan tingkah laku manusia dan haiwan dalam keadaan semulajadi. Berikut adalah pandangan dan definisi sangkutan menurut tokoh-tokoh ahli ethologi. (a) Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka. (b) John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar.

Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain. (c) Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah. Kesannya adalah seperti berikut:

(i) Mempunyai harga diri yang tinggi

(ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga

(iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya

(iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakat Contohnya seorang anak yang terlalu rapat dengan ibunya akan mengalami kesukaran berpisah dengan ibu terutama apabila ingin dihantar ke Prasekolah/ TADIKA.

1.3.2 Karenah dan Sangkutan Sangkutan melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga ,adik beradik dan datuk nenek. Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang kuat mengalami kesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika. Mereka yang kuat sangkutan akan mengalami gangguan emosi tingkah laku atau kerenah. Contohnya anak yang dipelihara oleh datuk dan nenek sejak kecil kemudian diambil oleh ibu bapanya akan mengalami tekanan emosi. Untuk mengatasi masalah ini, pertemuan yang kerap akan mengurangkan kesunyian yang dialami oleh kedua pihak. Peristiwa yang lain seperti masalah rumah tangga, perpisahan di kalangan ibu bapa, kematian, tinggal berjauhan adalah gangguan yang sering terjadi dan menimbulkan masalah dalam sangkutan. Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak-kanak suka merajuk, memencilkan diri atau mengheret ibunya menemaninya ke sekolah. Ini meyebabkan sesetengah ibu bapa terpaksa berhenti kerja demi menemankan anak-anak di sekolah.

1.3.3 Ciri-ciri Pembentukan Sangkutan Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan mengikut keperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah laku yang diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat berdikari dan menyusahkan orang lain. Antara pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut: (a) Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang patut dilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan. Kanak-kanak perlu makan sendiri kalau sudah boleh berbuat demikian. Kanak-kanak hendaklah menepati waktu pergi sekolah dan balik ke rumah apabila selesai hari persekolahan.

(b) Latihan modifikasi tingkah laku boleh menolong kanak-kanak mengurangkan sangkutan yang keterlaluan agar kanak-kanak dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan sebaya di prasekolah atau di persekitaran. (a) Ciri-ciri pembentukan sangkutan

(i) Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan bayi itu lapar.

(ii) Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi.

(iii) Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira reaksi dan kerenah bayi.

(iv) Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi. Bolwlby berpendapat bahawa semua bayi telah bersedia secara biologi untuk membentuk sangkutan yang selamat dengan ibu yang sensitif dan responsif kepada keperluan mereka. (b) Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan

Teori Etologi sangkutan oleh Bowlby menggariskan prinsip-prinsip sangkutan seperti berikut: (i) Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan secara semula jadi.

(ii) Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untuk makan atau menyusu semata-mata. (iii) Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi

dengan mereka secara kerap. (iv) Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalam pembentukan sangkutan.

(v) Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang

manusia iaitu ibu, kerana ibu lebih berpengaruh.

(vi) Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak.

(vii) Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka.

(viii) Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka.

(ix) Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi.

1.4 AUTONOMI 1.4.1 Definisi Autonomi Mengikut Teori Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakannya. Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas diri mereka. Menerusi kefahaman ini, autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lain yang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkan autonomi, mereka mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. Mereka rasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan sangsi memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atas dunia dengan kekuatan sendiri.

AKTIVITI 1.4

1.4.2 Menangani Isu Pengawalan Konsep pengawalan adalah sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak. Selalunya ibu bapa menggunakan perkataan [jangan...jangan...] Ibu bapa kurang memberi alasan kenapa tidak boleh melakukan sesuatu tindakan secara rasional. Alasan yang diberi lebih kepada ugutan dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang yakin kepada diri sendiri dan bergantung kepada orang lain dan kurang berdikari. Ini bermakna kanak-kanak tidak mencapai autonomi. Isu pengawalan adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanak-kanak. Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak akan membuat pemerhatian yang berulang-ulang dan memperoleh maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau teguran dan tegahan daripada orang dewasa. Contohnya perbuatan bersalaman akan menimbulkan keserasian dan membentuk tabiat kepadanya, maka kanak-kanak akan bersalaman apabila diminta berbuat demikian berbanding dengan kanak-kanak yang kurang selesa untuk bersalaman.

1.4.3 Menangani Pengekalan Dalam mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, beberapa langkah boleh diambil oleh orang dewasa dalam membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri mereka.

(a) Terdapat ibu bapa yang memberi hadiah dan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku anak dan ini adalah perbuatan yang menggalakkan. Ini dapat menolong mereka mengekalkan tingkah laku positif. Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk penghargaan kendiri, penerimaan dan penolakan diri. Jika seseorang kanak-kanak merasai kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami perasaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapinya.

(b) Kanak-kanak yang dapat mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif, sanggup berusaha hingga dapat menyempurnakan tugasannya, dapat menyerlahkan bakat dan kebolehannya. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan yang tepat. Manakala kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah biasanya bersikap rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan, dan sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri. Kanak-kanak yang memberi banyak alasan untuk menolak tugasan telah mempamerkan tindakan atau taktik yang menunjukkan mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah dan banyak alasan.

(c) Dalam pengekalan tingkah laku yang positif guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya seperti dorongan dan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh mengekalkan tingkah laku positif. Perkara yang utama perlu dilakukan oleh guru ialah memberi dan menikmati pengalaman kejayaan bersama kanak-kanak. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi pemimpin atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, permainan dalam kumpulan dan sebagainya.

(d) Semua kanak-kanak perlu merasa bangga terhadap diri mereka dan keluarganya. Mereka perlu merasai dirinya dihargai dan merasa berkebolehan dan dapat mencapai sesuatu. Mereka perlu merasa selamat dan yakin kepada diri sendiri.

1.5 INISIATIF 1.5.1 Definisi Inisiatif Perkataan inisiatif bermakna bercita-cita dan bersemangat. Ini menunjukkan kanak-kanak mempunyai tujuan untuk hidup. Kanak-kanak tidak sabar melakukan tugasan baru, menyertai aktiviti bersama rakan sebaya dan menjumpai apa mereka boleh lakukan dengan pertolongan orang dewasa.

1.5.2 Perkembangan Konflik Kanak-kanak selalu berada dalam suasana konflik. Contohnya berebut barang mainan dan tidak mahu berkongsi dengan kawan. Suasana begini selalu berlaku di prasekolah. Keadaan ini melahirkan konflik di kalangan kanak-kanak. Apabila konflik berlaku guru perlu mengelakkan diri daripada terburu-buru membuat keputusan dan menghukum dengan menjelaskan siapa yang salah dan siapa yang benar atau menyalahkan sesiapa. Guru hanya perlu mendengar keterangan yang mereka berikan. Mereka yang menyelesaikan konflik dengan cara yang terbaik untuk menangani situasi konflik tersebut.

Panduan guru dalam menghadapi konflik adalah seperti berikut:

(a) Mendengar kanak-kanak bercerita

(b) Berterima kasih kerana memberitahu apa yang berlaku

(c) Jangan menyalahkan kanak-kanak

(d) Bertanyakan perasaan kanak-kanak sekiranya sesuatu perkara itu berlaku pada dirinya sendiri (e) Bertanyakan kepada kanak-kanak perkara yang patut dibuat supaya

kawannya rasa seronok. (f) Ikut apa yang telah dipersetujui untuk menamatkan konflik.

Kanak-kanak akan belajar cara menghormati hak orang lain dan menjaga maruah orang lain. Guru hendaklah memberi peluang kanak-kanak menguruskan konflik dengan cara yang terbaik. Di samping itu guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan konflik dan membina kemahiran persahabatan. Berikut adalah cara-cara membina persahabatan:

(a) Mengajak kawan-kawan bermain bersama

(b) Berkongsi alat permaian dan barang-barang

(c) Berbual-bual

(c) Menawarkan pertolongan

(d) Bertukar alat mainan

(e) Mendengar kawan membaca buku cerita

(f) Membuat apa yang dibuat oleh kawan

1.5.3 Peranan Persekitaran Keluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah laku ahli-ahlinya. Di antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah seperti berikut:

(a) kawalan tingkah laku seksual

(b) mensosialisasikan anak

(c) memberi sokongan emosi

(d) mengenakan kawalan sosial

(e) memberi jagaan terhadap anak (f) memberi kerjasama ekonomi Aktiviti 1.5 Kajian Murdock (1949) menyatakan ibu bapa sangat mementingkan

kawalan tingkah laku seksual. Kenapa?

Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Memang ada agen sosialisasi lain seperti rakan sebaya, sekolah, media massa. Walau bagaimanapun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

1.5.4 Aplikasi Inisiatif Kanak-kanak Kanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Contohnya kanak-kanak menunjukkan inisiatif melalui aktiviti bermain. Semasa bermain mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang di persekitarannya. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan persahabatan, sangkutan tetapi juga kasih sayang bagi perkembangan yang normal.

1.6KENDIRI 1.6.1 Definisi Kendiri Kendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri. Sukar untuk menentukan bila kanak-kanak mula memahami kewujudan mereka. Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat bertanya kanak-kanak berumur tiga tahun dengan menyoal, Bila kamu sedar yang kamu wujud di dunia ini? Tentunya soalan sebegini sukar dijawab oleh kanak-kanak. Kita memerlukan pendekatan secara tidak langsung. Contohnya menyuruh kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh hidungnya setelah melihat muka di cermin maka kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak mula membina konsep tentang diri mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka, kanak-kanak mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin mendefinisi diri mereka. Kanak-kanak yang mula menyedari konsep diri mereka akan mengatakan Ini saya punya. Mereka juga boleh menjawab soalan tentang nama mereka, siapa ibu dan bapa serta di mana mereka tinggal.

1.6 SEMAK KENDIRI

1. Apakah kualiti kendiri?

2. Apakah kualiti kendiri yang perlu ditingkatkan?

3. Apakah aktiviti yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti kendiri?

1.6.2 Konsep Kendiri Positif dan Negatif Konsep kendiri yang positif adalah pandangan tentang diri yang positif. Contohnya saya rajin, saya pandai, Rambut saya cantik dan seumpamanya. Konsep kendiri yang negatif ialah pandangan yang terlalu kritikal terhadap diri hingga menyebabkan tidak yakin pada diri sendiri. Ini menyebabkan kekecewaan dan kegagalan sebelum mencuba sesuatu. Sifat gembira kalau orang lain ditimpa bencana dan suka memutuskan silatulrahim adalah konsep kendiri yang akan menyebabkan kanak-kanak itu tersingkir dan dipencilkan oleh rakan rakan sebayanya. Kesimpulannya konsep kendiri positif dan negatif adalah sikap kanak-kanak terhadap diri mereka sama ada positif atau negatif. Jadual 1.1: Perbandingan Konsep Kendiri Positif dan Konsep Kendiri Negatif Konsep Kendiri Positif Aspek yang Dilihat Konsep Kendiri Negatif

1. Harmonis dan mementingkan nilai murni contohnya menepati masa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikanSahsiah1. Rasa rendah diri,contohnya mudah merajuk, merungut tentang sesuatu, mengejek, tidak peduli tentang diri sendiri, lambat, tidak menepati masa dan mengabaikan tugas yang diberi

2. Bertimbang rasa, bertolak ansur, fleksibelSikap2. Tidak bertimbang rasa, keras hati dan bertegas tanpa budi bicara

3. Penuh keyakinan untuk berjaya dan sedia untuk mencubaKeyakinan3 Keyakinan kurang, tidak mahu mencuba dan mudah mengaku kalah

4. Pemikiran terbuka contoh menerima teguran ibu bapa, guru dan rakanKesediaan pemikiran4. Tidak mahumenerima kritikan dan teguran kerana menganggap dirinya selalu betul

5. Suka bergaul dengan rakan sebaya dan orang dewasaKomunikasi5. Suka memencilkan diri dan menganggap berkawan itu menyusahkan.

6. Pandangan optimis dan menganggap manusia mempunyai keadilanPandangan 6. Pandangan pesimis dan menganggap manusia semuanya suka menganiaya

7. Selalu bersyukur dan menikmati kejayaan walaupun sedikit dan kecilHati kecil 7. Selalu rasa tidak puas hati dan masih selalu kecewa dan tidak lagi mencuba

8. Selalu meminta pendapat orang lain dan rasa seronokPerasaan 8. Selalu ikut perasaan dan rasa curiga

9. Wajah ceria dan senyumWajah 9. Wajah muram dan bengis (fierce)

10. Asertif-mementing kebaikan diri sendiri dan tidak mencederakan orang lainTingkah laku10. Submisif (Selalu mengalah dan merugikan diri sendiri kerana mementingkan kehendak orang lain dan agresif (mencederakan orang lain dan menyusahkan diri sendiri)

1.6.3 Persekitaran Peningkatan Kendiri Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran seperti didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih sayang dan penerimaan orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep kendiri seseorang kanak-kanak. Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana seseorang bertindak balas kepada elemen-elemen persekitaran. Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang yang sempurna akan membentuk pandangan positif tentang diri, begitu juga sebaliknya.1.6.4 Aplikasi Kendiri Kanak-kanak Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan sikap ibu terhadap anak dalam menerima kehadiran anak, maka anak lebih cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain. Kanak-kanak yang suka menangis dan susah diberi makan ada kaitannya dengan ibu yang risau dan runsing ketika mengandung.

Penghargaan terhadap anak seperti memberi kata manis dan kata pujian boleh meningkatkan rasa senang dan keriangan kepada kanak-kanak.

Keluarga yang stabil memberi ruang kepada kanak-kanak untuk membesar dan mengenali kehidupan yang lebih bermakna daripada kanak-kanak yang tinggal dengan ibu tunggal dan hidup yang kekurangan.

Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam aplikasi kendiri kanak-kanak. Penerimaan orang dewasa terhadap kanak-kanak adalah aplikasi kendiri kanak-kanak yang utama. Ibu bapa perlu menerima kehadiran kanak-kanak dalam keluarganya.

Guru perlu menerima kanak-kanak yang berada dalam kelasnya. Guru sendiri menerima dirinya sebagai seorang guru prasekolah yang mempunyai kualiti untuk membantu kanak-kanak memperkembangkan potensinya ke tahap maksimum

Senarai kualiti konsep kendiri yang positif yang perlu ada pada seorang guru yang boleh diaplikasi kepada kanak-kanak adalah seperti berikut:

Kasih sayang untuk kanak-kanak

Dedikasi untuk mengajar

Kebolehan menyempurnakan tugas hingga selesai Kebolehan menjalin hubungan yang rapat dengan kanak-kanak

Menguruskan unsur jenaka dengan baik dan sopan.

Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak adalah seperti berikut: Mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda boleh menyempurnakan tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul

Mempunyai kemahiran mengurus kanak-kanak

Boleh mengawal perasaan marah

Mengeluarkan bunyi suara yang lunak dan mesra

Keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak.

Anda hendaklah menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas anda tanpa syarat sama ada kanak-kanak itu comot, gemuk, atau agresif. Anda perlu buang jauh-jauh perasaan bias itu.

(a) Harapan Guru

Carta Harapan guru terhadap konsep kendiri kanak-kanak.

Rajah 1.1: Carta harapan guru

(i) Ini bermakna guru memainkan peranan penting dalam memupuk kendiri kanak-kanak. Guru berinteraksi dengan kanak-kanak setiap hari. Guru yang membentuk kumpulan kecil dan memberi arahan yang jelas, menyatakan peraturan kumpulan ketika bermain, guru

yang mendemonstrasi adab-adab yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak dalam interaksi dan cara-cara bertegur sapa dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. Guru memberi ruang untuk kanak-kanak mencetuskan idea dan mengutamakan pengalaman mereka seharian.

(ii) Strategi berpusatkan pelajar perlu diutamakan. Pendekatan guru kepada pendekatan konstruktif, kontekstual dan projek dari ekposisi. Guru memberi galakan kepada kanak-kanak mencuba dan meneroka dunia mereka dengan aktiviti yang sesuai dengan minat dan perkembangan mereka. (iii) Guru perlu memberi penghargaan kendiri, meningkatkan penerimaan dan mengurangkan penolakan diri. (iv) Guru menyediakan aktiviti seperti berikut:

Menyediakan alat permainan yang boleh dikongsi dan

bermain bersama-sama. Alat bermain yang mudah tetapi menarik dan seronok.

Galakkan kanak-kanak menyesuaikan diri dalam situasi

harian seperti main pondok-pondok, jual beli, jamuan majlis

hari jadi, hari perayaan dan lain-lain.

(v) Kanak-kanak memerlukan ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa untuk berkomunikasi. Kanak-kanak akan membentuk kebolehan untuk lebih memahami dunia di sekeliling mereka secara menyeluruh. Kanak-kanak belajar daripada orang lain dan bagaimana bertindak mengikut keperluan dan kefahaman secara berterusan. Kanak-kanak selalu bertanya dan menyelesaikan tugasan yang mudah seperti mengurus diri, adab makan, adab bertemu orang tua, cara bercakap, cara bermain dan belajar tentang menulis, membaca dan mengira. (vi) Rajah 1.2 menggambarkan kanak-kanak sebagai pelajar aktif dan

secara tidak langsung belajar tentang konsep kendiri melalui perkembangan pemikiran, fizikal, emosi dan sosial.

Rajah 1.2: Kanak-kanak sebagai pelajar aktif berdasarkan perkembangan kanak-kanakb)Untuk memudahkan guru membantu kendiri kanak-kanak, guru perlu membuat perhatian yang teliti terhadap tingkah laku kanak-kanak dengan menggunakan senarai semak kendiri berkualiti (rujuk Rajah 1.3).

Nama pelajar:____________________________ Tarikh:____________

BilTingkah Laku Kanak-kanakTandakan ( / )

1 Melihat wajah anda semasa bercakap dengan anda

2 Boleh memperkenalkan nama sendiri

3 Boleh melihat rakan bermain dan main bersama

4 Jarang menunjukkan ketakutan untuk mencuba perkara baru

5 Jarang mempamerkan disruptif dalam aktiviti

6 Selalu senyum dan gembira semasa di sekolah

7 Rasa bangga terhadap pencapaian diri (accomplishments)

8 Berani membetulkan sesuatu yang salah

Rajah 1.3 Contoh Senarai Semak KendiriIni dapat dijalankan dari masa ke semasa supaya aspek yang lemah boleh ditingkatkan melalui aktiviti dalam kelas. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dan selalunya kanak-kanak membuat apa yang diminta oleh guru. Berikut adalah aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam kelas: i) Membacakan buku cerita untuk kanak-kanak. Cerita dalam buku itu menceritakan watak-watak yang mempunyai tindakan dan nilai murni seperti hubungan ibu dan anak, yang menolong ibunya membersihkan rumah, memasak, mengikut ibu ke pasar membeli barang-barang - sesuai untuk kanak-kanak meneliti ke dalam diri mereka sama ada mereka dapat menolong dan menyumbang kepada ibu dan bapa. Cerita Si Tenggang dan cerita Batu Belah, Batu Bertangkup yang anak yang derhaka dan ibu yang merajuk tidak sesuai diceritakan kepada

kanak-kanak kerana ini memberi gambaran sikap ibu yang tidak pemaaf. (c) Tingkah Laku Bukan Lisan

Guru hendaklah menunjukkan penerimaan terhadap kanak-kanak melalui tingkah laku bukan lisan. Kanak-kanak lebih memahami mengenai perasaan anda terhadap mereka dengan cara anda bertindak dan apa yang anda katakan. Bagaimana nada suara anda dalam menenangkan perasaan mereka daripada apa yang anda katakan. Rakamkan suara anda ketika memberi semangat kepada kanak-kanak. Seterusnya anda dengar semula suara anda supaya anda dapat menyesuaikan semula tindakan anda dalam menguruskan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Tingkah laku bukan lisan adalah termasuk ekspresi muka anda. Adakah anda selalu senyum apabila bersama kanak-kanak? Orang dewasa di prasekolah adalah sangat mustahak bertingkah laku dengan tekal, stabil dan mengawal perasaan secara berterusan terhadap kanak-kanak.

Bilik darjah prasekolah perlu ada cermin supaya mereka sentiasa melihat aksi mereka di prasekolah. Kanak-kanak perlu menggunakan cermin bukan sahaja untuk bermain drama tetapi mereka akan melihat diri dan kebolehan mereka di sepanjang aktiviti tersebut. Guru perlu mengambil gambar ketika kanak-kanak membuat akltiviti membina blok, projek sains, aktiviti rombongan, memelihara haiwan kesayangan. Pamerkan gambar tersebut dalam buku skrap peribadi kanak-kanak. (d) Buku bergambar Kanak-kanak di bawah jagaan anda datang daripada pelbagai latar belakang seperti pelbagai budaya, status sosio ekonomi, cacat anggota, pintar cerdas, tingkah laku bermasalah dan lain-lain. Contohnya cerita anak badak air. Guru menggunakan gambar anak badak air yang bertanya kepada ibunya, kenapa haiwan lain cantik tetapi dia hodoh, maka ibu badak pun memberi tahu bahawa badak air ada keistimewaan yang tidak terdapat pada haiwan lain. Dalam erti kata dalam menangani kendiri, kanak-kanak selesa menerima sifat-sifat yang ada pada dirinya dan menerima dirinya seadanya dan tidak merungut kekurangan yang ada pada dirinya.

(e) Membina Kekuatan Kanak-kanak

Guru membantu kanak-kanak mengenali kekuatan yang ada pada diri mereka. Kanak-kanak yang langsang dibenarkan memanjat tetapi perlu kawalan. Kanak-kanak yang pemalu boleh memegang sudu untuk makan bersama kawan-kawan yang sudah dikira mempunyai kekuatan bergaul dengan kawan-kawan. Beri peluang kepada kanak-kanak membuat sandwich dengan menyapu mentega pada roti. Ini adalah satu percubaan membina kekuatan kanak-kanak yang patut dibanggkan. Ini akan membawa implikasi yang sangat besar untuk mereka meneruskan kehidupan berdikari tanpa meminta bantuan orang lain menyediakan makanan untuk sarapan pagi. Kanak-kanak diajar mengikat kasut, menulis nama, mengenakan butang pada baju dan menyapu lantai tadika. Terdapat kanak-kanak yang pemalu, terlalu pasif, merosakkan rasa ingin berjaya dalam apaapa aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan secara menyeluruh yang boleh membina rasa berjaya dalam pengalaman seharian mereka. Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

(i) Menanam bunga

(ii) Beri ikan makan

(iii) Beri arnab makan

(iv) Set meja untuk makan tengah hari

(v) Mengambil surat di pejabat

(vi) Menyusun alat permainan

(vii) Bermain doh

(viii) Operasi komputer

(ix) Menggunakan gergaji dan mengetuk paku (mainan)(x) Membersihkan lantai

(xi) Menuangkan air ke dalam cawan

(xii) Menghidangkan makanan serat untuk kawan-kawan.

(f) Pilihan Aktiviti Kanak-kanak

Perkara penting dalam diri kanak-kanak ialah memperoleh pengalaman berjaya dengan membiarkan kanak-kanak memilih permainan yang mereka minati. Bahanbahan permainan disusun dengan baik dan menarik supaya dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk bermain. Sekiranya permainan itu menjadi tumpuan, maka sediakan kertas giliran untuk digunakan secara bergilir-gilir. Kadang-kadang kanak-kanak datang berulang kali ke tempat permainan yang sama, kita perlu ingat bahawa dalam pembelajaran kanak-kanak melibatkan manipulasi dan masteri yang sangat bermakna kepada kanak-kanak. Hanya kanak-kanak yang tahu bagaimana masa peribadi yang mereka perlukan untuk menyiapkan sesuatu tugasan dalam permainan itu. 1.6 Kanak-kanak bermain menggunakan permainan.

LATIHAN 1. Apakah konsep inisiatif di kalangan kanak-kanak? 2. Apakah konsep autonomi kanak-kanak?

3. Bagaimanakah guru dapat membina kekuatan kendiri kanak-kanak?

4.Bandingan konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.

5. Berikan maksud kendiri .

6.Bagaimana konsep kendiri kanak-kanak terbentuk.

7. Huraikan persekitaran yang menyumbang kepada peningkatan kendiri.

BUKU RUJUKAN

Hamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in

Early Childhood Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc Edgington, M. (2004). The Foundation Stage Teacher In Action Teaching 3, 4 And 5 Year-Olds. UK: Paul Chapman Publishing.

Kail, R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human Development. A Lifespan View. USA: Wadsworth Thomson.TAJUK 2 MATLAMAT, NILAI DAN BUDAYA (4 JAM)

2.1 SINOPSISTajuk ini meliputi definisi, fungsi utama keluarga dan perubahan bentuk keluarga masa kini. Ia juga menyentuh tentang hubungan matlamat dan nilai budaya mendidik anak dengan mengambilkira perbezaan budaya dan nilai, konflik matlamat dan nilai dan aplikasi penyelesaian konflik. Tajuk ini juga menekankan tentang pendidikan nilai, moral dan agama serta proses membuat keputusan dan perkembangan prososial.HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1.menyatakan tentang definisi, fungsi utama keluarga dan perubahan

bentuk keluarga masa kini;2.menerangkan hubungan matlamat dan budaya mendidik anak;3.menerangkan tentang perbezaan budaya dan nilai, konflik matlamat dan

nilai serta aplikasi penyelesaian konflik; dan4. menghuraikan tentang pendidikan nilai, moral dan agama, proses membuat keputusan dan perkembangan prososial.Kerangka Tajuk-TAJUK

2.2KELUARGA2.2.1PengenalanKeluarga adalah merupakan unit asas institusi sosial di dalam sesebuah masyarakat. Setiap bayi dilahirkan ke dunia ini berada di dalam sebuah keluarga. Sekolah juga merupakan salah sebuah institusi sosial penting di dalam masyarakat dan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perdebatan isu keluarga.Ini adalah kerana kanak-kanak disosialisasikan di dalam kedua-dua institusi sosial iaitu keluarga dan sekolah. Kanak-kanak dan keluarga perlu mengadaptasikan diri dengan persekitaran sekolah yang berbeza, dan sekolah pula perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis latar belakang dan kanak-kanak.2.2.2Definisi KeluargaDidefinasikan sebagai satu penyatuan manusia dalam satu kumpulan yang bekerjasama dikalangan ahlinya atau cooperative group, dalam tujuannya untuk menjaga dan membesarkan anak-anak (Macionis 2001). Keluarga dikatakan sebagai satu unit yang dibentuk dua individu atau lebih yang dikaitkan dengan pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat yang hidup bersama. Keluarga dalam hubungannya dengan anak ditakrifkan sebagai tempat pengasuhan yang dapat memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, dan bergerak. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan keluarga bahkan juga komuniti. Begitu juga sebaliknya keluarga dan komuniti memerlukan kanak-kanak untuk melengkapkan kehidupan seseorang manusia.Essa (2003) pula menyatakan bahawa keluarga adalah teras dalam pendidikan awal kanak-kanak. Keluarga merupakan salah satu penghubung yang paling intim dan penting dalam setiap kehidupan setiap manusia termasuklah dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Keluarga boleh dimaksudkan kepada dua atau lebih perhubungan antara manusia yang tinggal dalam satu penempatan (Driscoll & Nagel, 2002). Olson & Defrain (1994) mentakrifkan keluarga sebagai satu atau lebih daripada seorang individu yang komited antara satu sama lain untuk berkongsi kasih sayang, sumber, keputusan dan nilai-nilai.

Manakala Babolz & Sontag (1993) memberi definisi keluarga secara menyeluruh di mana keluarga tidak terhad kepada orang yang mempunyai hubungan darah (nasab), perkahwinan atau pengangkatan. Keluarga adalah kumpulan orang-orang yang memerlukan antara satu sama lain kerana mereka berkongsi matlamat, sumber dan komited untuk jangka panjang.2.2.3Fungsi Utama KeluargaFungsi keluarga adalah bertanggungjawab dalam menjaga dan mengembangkan anggota-anggotanya (Suprihatin, G, dkk., 1992). Antara fungsi utama keluarga ialah seperti berikut: Fungsi Reproduksi Fungsi Keagamaan Fungsi Sosial Budaya Fungsi Kasih Sayang Fungsi Perlindungan Fungsi Pendidikan Fungsi Ekonomi Fungsi Rekreasi Fungsi Status Dan KedudukanFungsi Reproduksi

Fungsi yang merupakan mekanisme untuk melanjutkan keturunan yang direncanakan dapat menunjang terciptanya kesejahteraan manusia di dunia yang penuh iman dan takwa.Fungsi Keagamaan

Didorong dan dikembangkan agar kehidupan keluarga sebagai tempat persemaian nilai-nilai luhur budaya bangsa untuk menjadi insan beragama yang penuh keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa.Fungsi Kasih Sayang

Memberikan landasan yang kukuh terhadap hubungan anak dengan anak, ibu dengan bapa, ibu bapa dengan anaknya serta hubungan kekerabatan antara generasi. Ini penting untuk perkembangan psikologi sihat kepada anak-anak.Fungsi Sosial Budaya

Anak-anak dibesarkan di dalam keluarga dengan nilai dan budaya yang dianuti di dalam keluarga tertentu. Oleh itu, anak-anak mendapat pembudayaan di dalam keluarga.Fungsi Perlindungan

Menambahkan rasa aman dan keakraban pada setiap ahli keluarga. Keluarga memberi perlindungan kepada anak-anak dari segi tempat tinggal yang sempurna serta memberi perlindungan kepada perkembangan emosi anak-anak.Fungsi Pendidikan

Keluarga mendidik anak-anak kemahiran kerja-kerja di dalam rumah, kemahiran kerjaya warisan keluarga seperti kemahiran berniaga, nilai murni dan moral dan spiritual.Fungsi Ekonomi

Di dalam hal ini keluarga akan menyediakan semua keperluan kehidupan seperti makan, minum, barangan dan perkhidmatan kepada anak-anak serta merupakan unsur ketahanan keluarga.Fungsi Rekreasi

Keluarga menyediakan aktiviti rekreasi bersama ahli keluarga seperti berkelah, bersukan, bermain, beriadah dan sebagainya.Fungsi Status Dan Kedudukan

Keluarga memberikan status kepada anak-anak melalui nama keluarga, kedudukan keluarga dari segi ekonomi dan sosial di dalam komuniti.2.2.4Perubahan Bentuk Keluarga Masa KiniPerubahan dari segi ekonomi keluarga yang memerlukan pendapatan lebih seiring dengan pembangunan dunia moden. Jika dahulu kaum ibu hanya duduk di rumah menjaga dan mengasuh anak terutama anak kecil telah beralih kepada bekerja. Masa dahulu segala keperluan, kemudahan, bahan dan perkhidmatan semuanya akan disediakan oleh keluarga. Pada hari ini, perkara sebegini tidak lagi dilakukan di mana segalanya diperolehi dengan cara pembelian. Masa dahulu segala keperluan, kemudahan, bahan dan perkhidmatan semuanya akan disediakan oleh keluarga. Pada hari ini, perkara sebegini tidak lagi dilakukan di mana segalanya diperolehi dengan cara pembelian.Masa lalu keluarga lebih mengamalkan kerja-kerja beribadat di rumah tetapi pada hari ini segala tugas tersebut banyak diberikan oleh sekolah, guru-guru, para alim ulama dan institusi agama.Perubahan yang berlaku kepada sistem kekeluargaan pada masa kini disebabkan pengaruh daripada bentuk perhubungan keluarga yang kompleks serta respon daripada pihak lain pada komuniti di dalam masyarakat itu sendiri.Pada masa ini kasih sayang yang diberikan oleh keluarga kepada anak-anak mereka lebih kepada aspek material bagi menunjukkan kasih sayang mereka berbanding pada masa lalu kasih sayang diberikan dengan sepenuhnya kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.Pada masa ini di Malaysia, sebahagian besar daripada keluarga dibentuk oleh pasangan yang matang dan atau oleh pasangan yang telah berumur. Ini kerana faktor pendidikan dan tuntutan pekerjaan menyebabkan pasangan muda-mudi lewat berkahwin. Dari satu segi, ia merupakan sesuatu yang baik kerana pasangan itu dapat menghadapi alam rumah tangga dengan lebih bersedia untuk menjaga rumah tangga dan anak-anak sama ada dari segi material mahupun dari segi emosi. Akan tetapi, dari sudut yang lain, didapati keluarga yang dibentuk oleh pasangan yang telah "berumur" ini tidak dapat menjalankan fungsi pembiakan (procreative function) dengan berkesan. Tetapi ada juga sebilangan daripada mereka yang berkahwin pada usia muda disebabkan faktor-faktor desakan hidup, berpendidikan rendah, dan sebagainya.

Latar belakang alam perkahwinan yang pelbagai ini sedikit sebanyak mempengaruhi caragaya keibubapaan masyarakat kita dalam menyediakan keperluan yang terbaik kepada perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.

2.2.5. Jenis-jenis Keluarga Keluarga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Keluarga Nuklear, Keluarga Kembangan, Keluarga Tiri, Keluarga Angkat, Keluarga Ibu/Bapa Tunggal, Keluarga Nenek/Datuk, Keluarga Kali Kedua, Keluarga Nuklear

Terdiri daripada ibubapa dan seorang anak atau lebih.

Keluarga kembangan

Terdiri daripada nenek,datuk,makcik, pakcik serta adik-beradik yang lain yang tinggal bersama dalam satu kediaman. Mereka berkongsi satu kefahaman dan tanggung- jawab dalam urusan keluarga. Dalam keluarga ini anak-anak boleh dibimbing atau dididik oleh ahli keluarga yang lain seperti datuk atau nenek.

Keluarga penjaga tunggal Keluarga penjaga tunggal berlaku akibat daripada perceraian

atau salah seorang daripada ibubapa telah meninggal dunia.

Keluarga ini mempunyai hanya seorang ibu atau ayah yang bertanggung- jawab dalam urusan keluarga.

Keluarga Campuran

Keluarga tiri digambarkan sebagai keluarga campuran. Seorang

daripada ibu atau bapa berkahwin semula dan membawa anak-

anak daripada perkahwinan lama ke dalam keluarga baru.

Keluarga ini menghasilkan suatu keluarga yang besar.

Keluarga angkatKeluarga yang menjaga dan mendidik anak-anak yang bukan daripada keturunan mereka sendiri tetapi diambil daripada individu lain dan dipelihara seperti anak sendiri. Keluarga Nenek/datukKeluarga yang terdiri daripada nenek dan datuk yang mendidik serta menjaga cucu. Keluarga Kali Kedua

Keluarga ini terdiri daripada satu atau lebih anak-anak yang telah membesar, iaitu anak-anak mereka sendiri atau anak angkat, mendapat anak semula selepas tempoh masa yang lama. Ini bermakna selepas anak yang pertama dilahirkan, keluarga ini tidak mempunyai anak-anak lain untuk sepanjang tempoh yang lama sehingga mereka membuat keputusan untuk mempunyai anak lagi.2.3Hubungan,matlamat dan budaya mendidik anak2.3.1Perbezaan budaya dan nilai

Setiap individu perlu dan ingin menjadikan budaya masyarakat sebahagian daripada kehidupan mereka, terutama dalam kehidupan keluarga. Terdapat pelbagai budaya dan nilai-nilai tertentu yang diamalkan oleh setiap keluarga di Malaysia. Keluarga merupakan wadah yang sesuai untuk menerapkan budaya dan nilai-nilai tertentu kepada anak-anak. Setiap keluarga berusaha untuk menerapkan budaya dan nilai-nilai tersendiri dalam kehidupan seharian anak-anak mereka. Budaya dan nilai nilai yang diterapkan dalam sesebuah keluarga bergantung kepada tahap pendidikan ibu bapa, tempat tinggal dan jenis keluarga.2.3.1.1Tahap pendidikan ibu bapaTahap pendidikan ibu bapa juga telah meningkat. Jika dahulu, tanggungjawab untuk menyara keluarga terletak pada bahu bapa yang mencari nafkah, tetapi pada masa kini, ibu dan bapa telah bersama-sama mencari rezeki. Tugas menjaga anak telah diserahkan kepada pusat asuhan mahupun pembantu rumah. jika pembantu rumah tersebut adalah warga asing, maka secara tidak langsung anak tersebut akan belajar nilai dan budaya warga asing itu sendiri. Tahap pendidikan ibu bapa juga telah meningkat. Jika dahulu, tanggungjawab untuk menyara keluarga terletak pada bahu bapa yang mencari nafkah, tetapi pada masa kini, ibu dan bapa telah bersama-sama mencari rezeki. Tugas menjaga anak telah diserahkan kepada pusat asuhan mahupun pembantu rumah. jika pembantu rumah tersebut adalah warga asing, maka secara tidak langsung anak tersebut akan belajar nilai dan budaya warga asing itu sendiri. 2.3.1.2Perubahan tempat tinggal

Ibubapa muda telah mula berhijrah dari kampong ke bandar. Ini mungkin kerana di bandar mempunyai lebih pekerjaan dan kemudahan yang lebih selesa. Namun demikian, suasana perumahan di bandar lebih kepada konsep tidak menjaga tepi kain orang oleh yang demikian, apa yang berlaku jika anak-anak melakukan kesilapan di luar pengetahuan ibu bapa, maka, tiada siapa yang akan menegur.2.3.1.3Keluarga nucleusIbubapa muda yang berpisah akan meminta ibubapa mereka untuk menjaga anak-anak. Namun jika di bandar , tiada siapa yang akan menjaga mereka dan menyebabkan anak-anak mereka terbiar. 2.3.2

Konflik, Matlamat Dan NilaiIbubapa dan keluarga bertanggungjawab menjadikan anak-anak mereka berakhlak mulia, beragama matang berfikir serta menghayati nilai-nilai murni tradisi yang diwarisi keluarga. Oleh yang demikian, ibubapa bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan kesihatan, perubatan, pakaian untuk anak-anak.

2.3.2.1Budaya Keluarga

Sebuah keluarga yang baik mempunyai sokongan emosi, menghormati orang lain, bertanggungjawab terhadap segala tindakan. Perbezaan budaya adalah dari segi ekspektasi kanak-kanak , cara menjaga mereka, corak mendewasakan mereka dan juga tahap kepentingan ibubapa terhadap pelajaran. 2.3.3

Aplikasi Penyelesaian KonflikGuru harus memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan konflik didikan dan nilai berkeluarga. Guru perlu memberi peneguhan dan sokongan kepada setiap tingkahlaku kanak-kanak sejajar dengan matlamat dan hasrat pendidikan. Guru memerlukan sokongan dari keluarga dan komuniti dalam menjalankan peranan ini.2.4Pembentuk nilai budaya2.4.1Pendidikan nilai, moral dan agamaKanak-kanak perlu didedahkan dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong menolong, hormat menghormati dan sebagainya selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mahukan perkembangan secara menyeluruh (JERIS). Nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak mereka masih kecil lagi kerana dapat membentuk moral yang baik dalam diri kanak-kanak tersebut. Nilai agama juga perlu diajar kepada kanak-kanak dari kecil lagi. Amalan baik yang diajarkan oleh sesebuah agama hendaklah dilaksanakan oleh keluarga mereka agar dapat menjadi tauladan dan ikutan kepada kanak-kanak. 2.4.2Proses membuat keputusanDefinisi Keputusan adalah pilihan yang dibuat antara alternatif yang ada. Manakala Proses Pembuatan Keputusan pula ialah proses membuat pilihan alternatif yang terbaik untuk mencapai sesuatu objektif.2.4.3Jenis-Jenis Keputusan Keputusan Berprogram adalah: berulang dan rutin; mengikut prosedur atau garis panduan yang telah disediakan. Contohnya pendaftaran kursus setiap semester.Keputusan Tidak Berprogram pula berlaku secara tidak rutin dan keadaan yang tidak biasa. Contohnya: hendak melabur dalam syarikat baru tersenarai di BSKL.

2.4.4Aplikasi Penyelesaian Konflik

Langkah Pertama : Kenalpasti masalah dan peluang :

- Menganalisa punca atau penyebab

- Mengenalpasti kesukaran yang menghalang

pencapaian matlamat

-Mengenalpasti situasi yang menunjukkan peluang- peluang untuk melepasi matlamat yang sedia ada Langkah Kedua :Memikirkan alternatif penyelesaian : - Untuk keputusan berprogram : alternatif hendaklah

mudah dan ketara

- Untuk keputusan tidak berprogram : alternatif yang lebih kreatif dan inovatif

Langkah Ketiga : Pilih alternatif paling sesuaiPerlaksanaan yang berjaya : Berhati-hati ketika merancang;

Sensitif terhadap mereka yang menerima kesanLangkah Keempat : Melaksanakan alternatif yang dipilih

Langkah lima: Dapatkan maklumbalasMembuat tindakan susulan dan menilai hasil daripada keputusan2.5Perkembangan PrososialWrightsman dan Deaux (1981) mendefinisikan perilaku prososial sebagai perilaku seseorang yang mempunyai konsekuensi sosial positif yang ditujukan bagi kesejahteraan orang lain secara fisikal mahupun psikologi. Perkembangan prososial ialah perkembangan seseorang dari segi tingkahlaku yang dapat diterima sosial umum. Kanak-kanak perlu diberi bimbingan tingkahlaku seperti berikut. Membimbing kanak-kanak ke arah membina kawalan diri Menggalakkan kanak-kanak berdikari Membimbing kanak-kanak untuk memenuhi keperluan emosi dan intelek mereka Membina ekspektasi untuk kanak-kanak Merancang tingkahlaku yang sesuai dengan menyusun persekitaran supaya disiplin kendiri dapat dilakukan kanak-kanak Mengubah tingkahlaku kanak-kanak sekiranya perluSeorang kanak-kanak akan meningkat dalam pelbagai perkara seperti perkembangan kognitif, perkembangan bahasa, perkembangan sosial dan lain-lain lagi. Menurut Moss dan Page (dalam Baron & Byrne, 1991), seseorang yang mendapatkan pengukuhan positif pada saat melakukan suatu perilaku prososial maka ia cenderung akan melakukan perilaku itu lagi pada saat yang lain, sedangkan seseorang yang mendapatkan pengukuhan negatif pada saat melakukan suatu perilaku prososial maka akan cenderung menghindari perilaku tersebut pada saat yang lain. Elemen penting dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah memberikan bimbingan yang berkesan kepada kanak-kanak seperti berikut. Mengenali diri Mengetahui perkembangan kanak-kanak Memenuhi keperluan kanak-kanak dengan cara sesuai dari segi berdikari dan bertanggungjawab Menetapkan ekspektasi yang sesuai Menyusun dan memodifikasi persekitaran supaya tingkahlaku dan kawalan kendiri yang diharapkan dapat dibina Menunjukkan model tingkahlaku yang sesuai kepada kanak-kanak Mengelakkan daripada membina atau menggalakkan tingkahlaku bermasalah

Rumahku Syurgaku. Adakah tema ini diguna pakai oleh kebanyakan keluarga di negara kita? (Fikirkan)

Suami isteri bekerja. Anak dijaga pembantu rumah atau nenek dan datuk di rumah. Ada pula yang dihantar ke taman asuhan. Mana lebih baik? Kemukakan pendapat anda.Latihan

Buatkan satu temubual bersama beberapa ibubapa dan guru mengenai kepentingan kerjasama antara pihak ibubapa dan guru terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak? Bincangkan dan nyatakan cadangan ibubapa dan guru untuk menarik mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti prasekolah.Rujukan:

1. Driscoll & Nagel, (2002). Early Childhood Education : Boston : Pearson Education Company

2. Bustam Kamri & Petri Zabariah Megat A. Rahman.(2005). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur :PTS

3. Buku Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2004). Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur

4. Sciarra, D.j. & Dorsey, A (2002). Developing & Administering an Early Chhildhood Center. NJ: Thomson Delmar Learning

TAJUK 3PERSEKITARAN KELUARGA (6 JAM)

SINOPSIS :Topik ini akan membincangkan perubahan pendidikan kanak-kanak dari institusi keluarga ke institusi pengasuhan iaitu di tadika atau prasekolah. Antara aspek yang mempengaruhi perkembangan pembelajaran kanak-kanak seperti persekitaran pengasuhan dari segi institusi taman asuhan, ruang dalam dan luar. HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan persekitaran pengasuhan;

2. Menghuraikan institusi taman asuhan;

3. Menjelaskan peranan ruang dalam dan luar, peralatan dan keselamatan;4. Menjelaskan kualiti pengasuhan dari aspek saiz kumpulan, nisbah kanak-kanak dan orang dewasa serta kelayakkan;

5. Menjelaskan keluarga sebagai sumber sokongan dan hubungan kakitangan dan keluarga serta penglibatan keluarga.KERANGKA TAJUK-TAJUK

3.1 PERSEKITARAN PENGASUHAN

Persekitaran pengasuhan adalah situasi fizikal yang disediakan untuk program pendidikan awal kanak-kanak. Ini termasuk menyediakan ruang aktiviti dan bahan pembelajaran.

3.1.1 Institusi Taman Asuhan Institusi taman asuhan dimaksudkan sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak. Biasanya institusi taman asuhan adalah merujuk kepada taska. Walau bagaimanapun topik ini akan menyentuh tentang taska dan tadika kerana kedua-duanya mempunyai kesinambungan perubahan pendidikan dari keluarga ke institusi. Ibu bapa menghantar anak-anak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan. Pihak pengurusan taska dan tadika perlu secara profesional menyediakan perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh ibu bapa dan keluarga kanak-kanak. Secara profesional pihak pengurusan perlu menjelaskan program yang disediakan. Hal ini penting untuk memberi kefahaman kepada Ibu bapa dan keluarga. Apabila berkomunikasi dengan ibu bapa, pihak pengurusan hendaklah bersedia mendengar cadangan yang dikemukakan oleh ibu bapa. Di samping itu cuba jelaskan program yang akan dilaksanakan. Komunikasi yang baik dapat memberi keyakinan ibu bapa terhadap program yang akan dilaksanakan. Ibu bapa perlu mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar untuk memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak mereka bersesuaian dengan yang mereka ingini.

3.1.2 Ruang Dalam dan Luar Situasi yang kondusif hendaklah disediakan supaya kanak-kanak merasa selesa semasa berada di premis prasekolah. Di prasekolah atau tadika kanak-kanak berada dalam satu keluarga yang besar. Guru hendaklah menyesuaikan kanak-kanak dengan perubahan suasana yang berbeza dengan suasana di rumah mereka sendiri. Ruang dalam dan luar bangunan tadika disediakan untuk tujuan pembelajaran kanak-kanak. Di rumah mereka belajar menerusi ibu bapa dan keluarga. Mereka bebas tanpa mengikut jadual untuk melakukan aktiviti yang digemari. Di tadika mereka belajar secara terancang untuk memenuhi keperluan perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi. 3.1.2.1 Ruang Dalam Susun atur ruang dalam yang dibahagikan kepada beberapa sudut pembelajaran dirancang untuk menggalakkan kanak-kanak belajar. Guru perlu dapat menyesuaikan sudut-sudut pembelajaran dengan mesra pengguna. Setiap bahan dan peralatan mudah diambil dan digunakan oleh kanak-kanak. Secara tidak langsung dengan situasi yang memudahkan ini kanak-kanak akan merasakan tiada jauh perbezaan dengan keadaan di rumah mereka. Kemungkinan berlaku konflik kepada kanak-kanak di peringkat permulaan untuk menyesuaikan dengan keadaan di kelas prasekolah. Di rumah mereka bebas mengguna dan meletakkan peralatan mainan mereka. Di kelas prasekolah mereka perlu diperkenalkan dengan peraturan yang mudah untuk mendidik menggunakan peralatan dan menyimpan peralatan yang telah digunakan. Secara tidak langsung mereka dididik untuk mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap barangan yang digunakan. Aktiviti ruang dalam memberi peluang kanak-kanak berinteraksi untuk meningkatkan perkembangan kognitif, sosial, emosi dan kreativiti. Aktiviti berkumpulan di sudut pembelajaran mendidik mereka bersosial dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Di sudut senyap mereka boleh menjalankan aktiviti sendirian seperti membaca buku bergambar. Di sudut pembelajaran kognitif mereka dapat berbincang dengan rakan sebaya tentang apa yang telah dipelajari. Manakala di sudut kreativiti mereka dapat meluahkan perasaan dan menghasilkan idea kreatif. Peranan guru membimbing dan menggalakkan perkembangan tingkah laku positif di kalangan kanak-kanak. Guru perlu bersikap profesional untuk menangani masalah pembentukan tingkah laku kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti di dalam bangunan. Peranan guru semasa mengendalikan aktiviti di ruang dalam antaranya adalah seperti berikut:

(a) Sedia membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak.

(b) Bersikap sabar setiap kali kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak.

(c) Peka dan perihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.

(d) Memberi arahan yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

(e) Menyediakan peraturan yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

(f) Mendidik kanak-kanak berinteraksi positif dengan rakan sebaya.

(g) Mendidik kanak-kanak sikap bertimbang rasa di antara rakan sebaya. (h) Mendidik kanak-kanak menghormati hak orang lain.

(i) Mendidik kanak-kanak bertanggungjawab dengan peralatan yang digunakan.

(j) Mendidik kanak-kanak mengikut peraturan.

(k) Mendidik kanak-kanak menjaga kebersihan dan persekitaran.

(l) Mematuhi giliran yang ditetapkan semasa menjalankan aktiviti.

Susunatur kelas prasekolah/tadika.

3.1.2.2 Ruang Luar Pihak pengurusan prasekolah atau tadika perlu memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti di luar kelas tadika atau prasekolah. Keadaan ini dapat memberi peluang di kalangan kanak-kanak yang keluarganya tidak berkesempatan kerana kekangan kerjaya keluarga. Situasi ruang di luar rumah juga berbeza dengan situasi ruang luar di prasekolah. Keadaan ruang luar di prasekolah dilengkapi dengan peralatan mainan dan direka khusus untuk perkembangan kanak-kanak. Ruang luar di premis prasekolah atau tadika memberi peluang kanak-kanak meningkatkan perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Guru hendaklah merancang sebelum mengadakan aktiviti di ruang luar. Jangan terlalu mengambil mudah terhadap aktiviti luar dengan menumpukan main sahaja. Aktiviti perkembangan kognitif dapat dijalankan di ruang luar kelas. Guru boleh memikirkan untuk aktiviti perkembangan kognitif selain bermain pasir dan air. Umpamanya menanam bunga dan mengenal tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan ruang luar. Guru juga boleh merancang aktiviti perkembangan fizikal dengan menjalankan aktiviti permainan secara kumpulan atau individu. Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru menjadi pemerhati dan pembimbing untuk memperbetulkan keadaan dan menjaga keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. Di antaranya adalah seperti berikut:

(a) Berada dalam keadaan berhadapan dengan kanak-kanak yang dikawal.

(b) Kedudukan berdekatan dengan peralatan demi keselamatan.

(c) Mengagihkan nisbah kanak-kanak dengan orang dewasa. (d)Menunjukkan cara yang betul membengkok lutut bila melompat dan

merangkak. (e) Mengujudkan suasana kreatif untuk menggunakan bahan disamping

menekankan ciri keselamatan. (f ) Galakkan kanak-kanak untuk memegang tempat bergantung bila memanjat atau berbuai.

(g) Hadkan masa untuk alat permainan yang menjadi kegemaran.

(h) Galakkan trafik satu hala.3.1.3

Peralatan Dan KeselamatanKonsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.Keselamatan termasuk dalam teori hieraki Maslow.Prinsip keselamatan Bahan permainan dan perabot besar dan berbucu bulat. Soket elektrik tidak dapat dijangkau atau ditutup. Pastikan lantai tidak licin. Ruang dapur adalah tempat larangan. Di ruang luar, longkang perlu bertutup, alat permainan perlu dipastikan keselamatannya. Kawasan perlu berpagar. Latihan kecemasan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Prosedur latihan kebakaran pastikan satu kawasan lapang yang agak jauh di luar bangunan untuk kanak-kanak berkumpul. Sediakan pelan arah laluan. Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan bergerak secara tenang apabila berlaku kecemasan.

Fikirkan.

Lihat gambar di bawah. Bincang dan kaitkan dengan apa yang telah

anda pelajari.

Jawab soalan-soalan ini.1. Jelaskan kepentingan taman asuhan kanak-kanak.

2. Huraikan ciri-ciri keselamatan untuk kanak kanak yang perlu ada semasa mereka bermain di ruang luar (taman permainan).3. Lukis pelan lantai taman asuhan kanak-kanak yang telah anda lawati. Tentukan perubahan atau penambahbaikkan yang diperlukan bagi taman asuhan tersebut. Bincangkan.3.2Kualiti PengasuhanPengurusan berkualiti akan menghasilkan perkembangan kanak- kanak yang positif. Oleh itu, kKualiti pengasuhan berkait rapat dengan :

- Kelayakan guru

- Latihan guru

- Pengalaman guru

Maka guru perlu mendapat latihan khusus menerusi institusi yang diiktiraf. Kementerian Pelajaran Malaysia berperanan dalam meningkatkan kualiti ini dengan :

i. Menaikkan taraf guru-guru ke peringkat ijazah, termasuk guru-guru yang mengajar di prasekolah di sekolah bantuan kerajaan.ii. Latihan jangka panjang dan jangka pendek.iii. Mengadakan bengkel dan seminar kepada guru-guru3.2.1Saiz Kumpulan Dan Nisbah Kanak-KanakKementerian Pelajaran Malaysia telah menentapkan bahawa setiap satu kelas di prasekolah perlulah mempunyai seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Nisbah murid ialah maksimum seramai 25 orang bagi satu kelas. Nisbah ini amat penting bagi menjamin kualiti pendidikan di prasekolah. Pembantu pengurusan murid ditugaskan membantu guru untuk menjalankan aktiviti disamping menyediakan makanan dan menjaga kebersihan prasekolah.

Pembantu pengurusan murid juga perlu membantu guru ketika menjalankan aktiviti kumpulan bersama para pelajar. Aktiviti kumpulan kebiasaannya adalah tiga kumpulan dimana setiap satu kumpulan terdiri daripada 7 atau 8 orang kanak- kanak.

3.2.2Kelayakan GuruDi Malaysia, kelayakan guru prasekolah boleh diperolehi daripada kursus yang ditawarkan oleh KPM seperti :

i. Sijil Perguruan dan Pengkhususan Prasekolah (1993)ii. Diploma Pendidikan Pengkhususan Prasekolah (1996)iii. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)iv. Sijil KSPK Pengkhususan Prasekolah.v. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)Setiap pengurus premis swasta, perlu mendaftarkan guru masing-masing di Jabatan Pendidikan Negeri. Mereka diwajibkan mengikuti khusus ketika cuti sekolah. Sebagai penghargaan KPM kepada guru-guru prasekolah, kementerian telah menganegerahkan Anugerah Guru Inovatif kepada guru prasekolah di Malaysia. Mereka bertanding di peringkat daeah, negeri dan kebangsaan. BPG, KPM juga turut menobatkan Anugerah Pensyarah Pakar Bidang Prasekolah pada pensyarah terlibat di IPGM.

3.3Keluarga Sebagai Sumber Sokongan

3.3.1Hubungan kakitangan dan keluargaIbu bapa adalah sekolah utama dan pertama dalam pendidikan kanak-kanak. Berpegang kepada pesanan Rasulullah tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad, wajarlah ibu bapa dan guru prasekolah bekerjasama demi mewujudkan generasi berkualiti dan bertakwa. Dalam konteks prasekolah, guru dan ibu bapa adalah rakan. Komunikasi yang baik antara guru dan ibu bapa merupakan faktor persekitaran yang penting. Ikatan hubungan yang baik memerlukan rasa hormat-menghormati, persefahaman, perkongsian maklumat, pengetahuan dan kemahiran secara dua hala.3.3.2Penglibatan Keluarga Kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005). Dapatan kajian oleh penulis (Mariani et al., 2006) mengenai faktor persekitaranseperti ibu bapa yang mempengaruhi penyesuaian kanak-kanak di bilik darjah prasekolahadalah seperti berikut:a) Bahan Pembelajaran

- membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang sesuai, menyediakan bahan bantu belajar elektronik seperti CD Pendidikan

b) Persekitaran Kondusif

- menyediakan alat tulis yang sesuai untuk

kanak-kanak. Sebilangan besar juga peka terhadap keperluan ruang dan kemudahan lain untuk anak-anak mereka belajar.

c) Komitmen Ibu Bapa

- menyemak kerja rumah anak-anak merekaAspek MembacaTerdapat hubungan yang rapat antara penglibatan keluarga dengan pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa . Trelease (1989) berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa mahupun ahli keluarga yang membaca kuat kepada murid prasekolah bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca murid tersebut tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Misalnya ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Berbincang mengenai perkara yang sama, Safiah (1990) berpendapat bahawa kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun yang kerap dibacakan cerita akan mempunyai satu tanggapan yang agak jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerita.Misalnya, mereka tahu bahawa setiap cerita ada bahagian permulaan , ada peristiwa-peristiwa yang terjalin antara satu dengan lain dan ada pula bahagian penutupnya. Lebih banyak mendengar cerita, lebih kukuh pemahaman mereka tentang bagaimana cerita diolah. Ringkasnya, pengetahuan latar tentang cerita atau skema cerita sangat penting kerana akan membantunya memahami cerita-cerita lain. Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah:- terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah. masa yang diuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak. masa yang diuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca. sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan.Sebagai kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya. 3.3.3Sumbangan KeluargaGuru hendaklah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh prasekolah. Ibu bapa dan keluarga boleh menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan, memberi sumbangan tenaga dan bahan serta memberi khidmat kebajikan. Keluarga juga bolehmenyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan seperti: Memberi penerangan tentang pekerjaan Membuat demonstrasi serta memberi latihan dalam kraf Membantu dalam aktiviti pembelajaran seperti bercerita, menyanyi atau menggunakan komputer Memberi khidmat nasihat dan runding caraSelain daripada itu, keluarga boleh memberi sumbangan tenaga dan bahan seperti:

Menyediakan alat bantu penagajaran dan pembelajaran Membaiki alat permainan luar Membina taman sains Menderma alat permainan terpakai Mengadakan lawatan atau berkelah Menyediakan propsAkhir sekali keluarga turut boleh memberi khidmat kebajikan seperti:

Memberi sumbangan untuk aktiviti sukaneka atau persembahan tahunan Menjadi ahli Jawatankuasa Prasekolah Bergotong royong membersihkan sekolah

Fikirkan.

Hubungan antara institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan komuniti memangkinkan kebaikan bukan sahaja kepada institusi itu sendiri, bahkan kepada kanak-kanak. Bincangkan.

Latihan.

1. Mengapa kepakaran diperlukan untuk program awal kanak-kanak?

2. Bagaimana kolaborasi dapat membantu kanak-kanak?

Rujukan.

Hamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for creative teaching in early childhood education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc.

Edgington, M. (2004). The foudation stage teacher in action teaching 3, 4 and 5 year-olds. UK: Paul Chapman Publishing.

Kail, R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human development. A lifespan view. USA: Wadsworth Thomson.Jackman, H.L. (2001). Early education curriculum a childs connection to the World. USA: Delmar Thomson Learning.

Campbell, R. Drury, R. Miller, L. (2002). Exploring early years education and care. London: David Fulton Publishers.

Driscoll, A., & Nagel, N.G. (2002). Early childhood education: The World of children, families, and educators (2nd. ed). Boston: Allyn & Bacon.http://myais.fsktm.um.edu.my/4917/1/8.pdfTAJUK 4PEMBENTUKAN DISPLIN KANAK-KANAK (4 JAM)

SINOPSIS :

Topik ini akan membincangkan mengenai pembentukan disiplin kanak-kanak. Antara aspek yang berkaitan dengan pembentukan disiplin adalah jenis-jenis tingkah laku yang tidak diterima dan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi tingkah laku tersebut. Langkah-langkah mengatasi tingkah laku yang tidak diterima melalui peneguhan dan dendaan.HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan mengenai panduan disiplin kanak-kanak2. Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku yang tidak diterima

3. Menghuraikan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi tingkah laku yang tidak diterima dalam kalangan kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.2. Disiplin dan Kanak-kanak

4.2.1. Panduan Disiplin

Mendisiplinkan kanak-kanak merupakan satu perkara yang penting tetapi satu proses yang amat menyukarkan terutama kepada ibu bapa. Tidak ramai ibu bapa mendapat pendedahan mengenai cara mendisiplinkan kanak-kanak secara formal. Usaha mendisiplinkan kanak-kanak adalah bertujuan untuk mengajar mereka bertingkah laku yang boleh diterima oleh masyarakat. Apakah disiplin ?

Dari segi bahasa, disiplin adalah kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan . Disiplin adalah mengajar dan bukannya bermaksud menghukum. Ianya perlu dilakukan dengan penuh kasih sayang. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)- disiplin merupakan kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri. Satu peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini, Kanak-kanak belajar berdidsiplin dan bertingkah laku positif, jika diajar dan diberi tunjuk cara bertingkah laku yang sesuai. Kanak-kanak akan lebih bertingkah laku positif hasil daripasa motivasi dan peneguhan yang diterima berbanding hukuman atau dendaan. Masalah tingkahlaku yang tidak boleh diterima atau negatif dalam kalangan kanak-kanak perlu diambil perhatian dengan serius oleh semua pihak terutama ibu bapa, para guru dan pentadbir sekolah. Oleh yang demikian para ibu bapa dan para guru perlu memainkan peranan yang proaktif untuk mendidik dan mebimbing kanak-kanak agar dapat bertingkah laku positif seterusnya mengurangkan masalah tingkahlaku negatif dalam kalangan mereka. Tingkah laku yang tidak diterima ini membawa kesan yang hebat dalam proses pembelajaran dan sosialisasi kanak-kanak. Pendidikan dan bimbingan ke atas kanak-kanak bertingkah laku positif perlu bermula dari peringkat usia yang muda bagi melahirkan masyarakat yang berbudaya, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri tinggi. Sebagaimana kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, iaitu mendidik anak-anak biarlah bermula dari usia muda.4.2.2. Jenis-jenis Tingkah laku yang tidak diterima

Kanak-kanak secara semula jadinya suka bergerak bebas dan bertingkah laku di luar jangkaan. Kanak-kanak juga berkebolehan menunjukkan pelbagai tingkah laku bergantung kepada tahap perkembangan dan situasi. Tingkah laku yang tidak boleh diterima atau tingkah laku negatif . Tingkah laku negatif adalah tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.Tingkah laku negatif boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

tingkah laku destruktif

tingkah laku disruptif tingkah laku pergantungan berlebihan dan tingkah laku pengunduran diri.

Tingkah laku desruktif Tingkah laku destruktif merupakan tingkah laku merosak dan anti sosial yang sangat bahaya kerana disamping melakukan kerosakan dan mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan sekolah, pelakunya juga terlibat melakukan aktiviti jenayah. Tingkah laku agresif ini dapat dikenalpasti melalui perbuatan, tindakan merosakkan atau perkataan melalui sindiran atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,melukai atau menyakiti seseorang yang lain dan hal ini boleh membawa kepada permusuhan nyata, gengtarisme dan vandalisme. Pelaku juga mungkin bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Pelaku ini seronok melihat kesusahan atau penderitaan orang lain. Tingkah laku disruptif

Tingkah laku disruptif adalah tingkah laku melampau yang mengganggu aktiviti dan ketenteraman orang lain atau pengajaran seperti membuat bising, bercakap pada waktu yang tidak sesuai, pergerakan yang berlebihan atau tidak perlu, mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain.

Hamzah (1996) menggariskan beberapa tingkah laku kacau bagi kanak-kanak. Istilah kacau laku dicipta untuk mewakili pelbagai bentuk tingkah laku yang tidak sesuai, Antara tingkah disruptif yang tidak sesuai dan tidak diterima adalah:

Bertindak agresif tanpa provokasi

Mengacau rakan yang sedang belajar

Bercakap pada masa yang tidak sesuai

Bergerak dengan kerap tanpa perlu

Ketawa dengan kuat untuk menarik perhatian

Tidak mahu bekerjasama dan degil

Tingkah laku pergantungan berlebihan Tingkah laku penggantungan berlebihan adalah merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk berdikari, kebimbangan dan kurang keyakinan diri dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan aktiviti sosial. Kanak-kanak yang bertingkah laku enggantungan berlebihan ini sentiasa mengahrapkan bantuan dan pertolongan otrang lain seperti ibu bapa , guru dan rakan sebaya untuk menyiapkan tugasan, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Sekiranya orang yang diharapkan tiada, kanak-kanak tersebut akan berasa bimbang, takut dan cemas. Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak bertingkah laku begini adalah kerana ibu bapa memberi perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak. Tingkah Laku pengunduran diriTingkah laku pengunduran diri atau pengasingan diri merupakan penarikan diri daripada situasi yang mengancam atau tidak selamat. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri berkaitan dengan pengalaman pahit di masa lalu. Tingkah laku kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau aktiviti berpunca dari rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam, kurang kemahiran atau perasaan malu.Tingkah pengunduran diri ini akan mengakibatkan kanak-kanak menyimpan perasaan, tidak mahir berkomunikasi, bersosialiasi dan seterusnya membentuk konsep kendiri yang negatif.4.3. Langkah Mengatasi tingkah laku yang tidak boleh diterima

4.3.1. Peneguhan positif

Tingkah laku yang positif atau yang diingini perlu dikukuh dan dipertingkatkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Antara kaedah atau langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru dan ibu bapa adalah peneguhan positif. B.F. Skinner mengemukakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif bagi menggalakkan kanak-kanak mengulangi sesuatu perbuatan yang diingini. Peneguhan positif diberikan kepada kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku positif. Peneguhan positif yang diberikan oleh ibu bapa atau guru dapat mendorong dan menggalakkan kanak-kanak mengulangi dan mengekalkan tingkah laku yang diingini tersebut. Di antara contoh peneguhan positif yang boleh dilaksanakan oleh guru seperti memberi pujian, senyuman yang ikhlas, ganjaran, hadiah atau sesuatu yang menyenang dan menyeronokkan kanak-kanak. Menurut Brophy (1981) pujian yang diberikan kepada kanak-kanak yang menunjukkan tingkah positif perlu ikhlas ,spontan dan segera, tidak pilih kasih, spesifik dan berterusan. 4.3.2. Peneguhan negatif Peneguhan negatif merupakan tindak balas yang tidak menyenangkan atau menyakitkan dilaksanakan jika kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang tidak diterima atau negatif. Peneguhan negatif berbeza dengan hukuman atau dendaan. Bagi melaksanakan peneguhan negatif, guru atau ibu bapa boleh menarik keistimewaan atau keseronokan dengan tujuan untuk menghapuskan tingkah yang tidak diingini. 4.3.3. Dendaan dan HukumanDendaan atau hukuman bertujuan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini.4.3.4.Panduan menghadapi disiplin kanak-kanak:

i. Guru perlu realistik terhadap tingkah laku kanak-kanak. Jangkaan yang diberikan harus sesuai dengan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

ii.Melihat kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak merupakan satu pembelajaran daripada kesilapan. Guru perlu memberi bimbingan untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak.

iii. Guru menunjukkan contoh yang bertingkah laku yang baik dan sesuai. Contoh bagaimana guru mengawal kemarahan dan kekecewaan perlu dilakukan secara eksplisit.

iv.Kanak-kanak yang berumur tiga tahun atau lebih, boleh diberi peluang untuk memilih melakukan sesuatu tindakan. Peluang yang diberikan hendaklah selamat dan memberi peluang untuk meneroka pengalaman baru.

v.Perlu menggunakan perkataan yang sesuai bagi menegur kesalahan dan bukannya memukul kanak-kanak tersebut. Memukul tidak memberi kesan yang positif. Kanak-kanak belajar melayan orang lain sebagaimana mereka dilayan. Jika kanak-kanak dipukul, mereka belajar menyelesaikan masalah dengan keganasan.

vi.Jika hukuman perlu dilaksanakan, alasan yang logik perlu dimaklumkan kepada kanak-kanak.

Fikirkan Cuba fikirkan apakah cara yang sesuai untuk meningkatkan kualiti disiplin kanak-kanak prasekolah pada hari ini.

TAJUK 5MELAYANI PERASAAN (6 JAM)

SINOPSIS:

Topik ini membincangkan tentang definisi perasaaan, memahami perasaan , perasaan yang positif serta ekspresi perasaan dan adaptasi perasaan. Turut didedahkan ialah bagaimana kanak-kanak belajar memahami perasaan mereka dan membuat perkaitan diantara perasaan dan tingkah laku mereka. Selain daripada itu adaptasi perasaan diri sendiri, berpasangan dan berkumpulan turut dibincangkan.HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep perasaan;

2. Mengenal pasti perasaan yang positif;

3. Menjelaskan konsep ekspresi perasaan;

4. Mengenal pasti ekspresi diri sendiri;

5. Mengenal pasti ekspresi orang lain; dan

6. Mengenal pasti adaptasi perasaanKERANGKA TAJUK-TAJUK:

5.1PERASAAN5.1.1 Definisi Perasaan

Menurut Chaplin (1972) perasaan adalah keadaan (state) individu berdasarkan persepsi mereka sendiri akibat daripada ransangan secara dalaman mahupun luaran. Chaplin berpendapat bahawa terdapat berbagai definisi mengenai perasan yang dikemukakan oleh para ahli psikologi dari berbagai aspek yang melibatkan emosi.Perasaan adalah sesuatu yang melibatkan emosi yang terdapat dalam diri Kanak-kanak yang membesar dengan perasaan positif yang jauh lebih cenderung untuk mencari kebahagiaan berbanding dengan mereka yang dihimpit oleh konflik dan emosi.

Sebagai seorang guru dan juga ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk mencipta seberapa banyak perasaan positif yang mungkin dalam diri kanak-kanak. Semua ini memang perlu dimulakan oleh orang dewasa.Apabila kanak-kanak dapat berinteraksi yang baik sesama rakan di prasekolah dan juga keluarga di rumah, mereka akan pergi ke sekolah dengan penuh keyakinanseseorang individu. Ia adalah berbentuk fisiologi dan psikologi yang merupakan tindak balas manusia kepada peristiwa yang sesuai dengan keperluan dan matlamat peribadi seseorang. Perasaan adalah subjektif. Keadaan emosi ini menggerakkan pemikiran dan tindakan luaran yang biasanya sesuai dengan sesuatu situasi.

5.1.2 Perasaan yang positif

Kanak-kanak yang membesar dengan perasaan positif yang jauh lebih cenderung untuk mencari kebahagiaan berbanding dengan mereka yang dihimpit oleh konflik dan emosi. Sebagai seorang guru,kita bertanggungjawab untuk mencipta seberapa banyak perasaan positif yang mungkin dalam diri kanak-kanak. Semua ini memang perlu dimulakan oleh orang dewasa. Apabila kanak-kanak dapat berinteraksi yang baik sesama rakan di prasekolah dan juga dengan keluarga di rumah, perasaan yang positif akan turut terpancar diwajah mereka.

Untuk membentuk perasaan yang positif dalam diri kanak-kanak, guru perlu menyediakan suasana yang kondusif dan selesa di dalam bilik darjah. Guru perlu cuba mengelakkan emosi yang negetif seperti marah, benci, dendam dan sebagainya.

Secara amnya, emosi adalah perasaan atau komponen kesan daripada tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan emosi sebagai perasaan kesan yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi atau perasaan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu perasaan yang positif dan perasaan yang negatif. Manakala yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak. Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mastura Badriz, berkata bahawa ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.

Perasaan dan implikasinya pada kanak-kanak:

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.

Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.

Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.

Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

5.1.3 Memahami PerasaanMenurut Teori Perkembangan Kanak-kanak , emosi asas telah terbentuk beberapa bulan setelah kanak-kanak dilahirkan. Ekspresi muka dapat menunjukkan sama ada kanak-kanak itu gembira, marah, takut, benci, sedih atau terperanjat. Kanak-kanak memulakan hidup dengan perasaan yang asas. Perasaan terbentuk secara perlahan-lahan. Emosi baru terbentuk disebabkan peluasan pengalaman sosial dan interaksi dengan orang-orang di persekitaran. Perasaan lain yang terbentuk semasa awal kanak-kanak ini ialah perasaan bimbang, malu, bangga, rasa bersalah, minat dan perasaan puas hati.

Diantara cara yang dapat membantu mewujudkan perasaan positif kanak-kanak :

Menyediakan bahan sokongan yang berkesan bagi perkembangan emosi kanak-kanak bermula dengan memberi perhatian kepada perasaan kanak-kanak dan bagaimana mereka menguruskannya. Dengan menyedari perkembangan emosi kanak-kanak, guru dapat dan kakitangan sekolah boleh membantu kanak-kanak memahami dan menerima perasaan mereka dan juga orang lain. Guru juga boleh merancang strategi yang berkesan untuk menguruskan emosi.

Beri fokus kepada perasaan dan emosi kanak-kanak.Emosi yang mudah dikenal pasti , manakala yang lain adalah kurang jelas. Emosi kanak-kanak boleh dilihat melalui bahasa tubuh kanak-kanak , mendengar apa dan bagaimana mereka menyatakan sesuatu perkara dan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak. Kemahiran memahami bahasa tubuh kanak-kanak ini akan dapat membantu anda memberi respon yang lebih berkesan sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Anda juga dapat memberi panduan yang lebih khusus kepada ibubapa mereka tentang bagaimana cara yang sesuai untuk membantu kanak-kanak menguruskan emosi mereka.

Membantu kanak-kanak mengenali dan memahami emosi.Guru mengambil peluang untuk bercakap dengan kanak-kanak dan mengajar mereka tentang emosi. Ini dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih sedar tentang emosi mereka sendiri serta orang lain. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk berasa selesa dengan emosi mereka dan melatih mereka menjadikan amalan untuk meluahkan perasaan kepada ibubapa atau orang yang dipercayai. Cara ini juga dapat membantu kanak-kanak menguruskan emosi mereka.

Menetapkan had ke atas ungkapan emosi yang sesuai.Ia adalah sangat penting untuk kanak-kanak untuk memahami bahawa ia adalah normal untuk mempunyai pelbagai emosi dan perasaan , tetapi perlu dihadkan kepada cara-cara tertentu. Mereka perlu dijelaskan tentang batasan terhadap tingkah laku agresif atau tingkah laku lain yang tidak sesuai. Kanak-kanak juga perlu dilatih untuk menguruskan kemarahan.

Menjadi contoh atau role modelKanak-kanak belajar tentang emosi dan bagaimana menyatakan perasaan yang sesuai terhadap diri dengan melihat orang lain - terutama ibu bapa , penjaga dan guru.

5.2 EKSPRESI PERASAAN

Rajah 5.1 : Wajah emosi yang berbeza

Ibu bapa dan keluarga perlu membantu kanak-kanak memahami perbezaan antara perasaan dan tindakan. Sejak kecil kanak-kanak perlu difahamkan tentang perasaan yang positif dan negetif. Bagaimana memberi maklum balas terhadap perasaan mereka juga perlu diberi perhatian. Contohnya jika kanak-kanak berkata, "Saya lapar." Jangan berkata, "Tidak . Sepatutnya awak tidak lapar. Awak baru saja makan makan dua puluh minit yang lalu." Respon yang sepatutnya ialah , " Oh begitu, kasihannya kamu. Saya baru sahaja mengemaskan dapur dan tidak ada makanan lain selain daripada roti. Bolehkah awak makan roti dahulu sementara menunggu makan malam disediakan. Respon seperti ini adalah menunjukkan anda lebih menghormati perasaan dan keperluan kanak-kanak tersebut.

Ekspresi emosi melibatkan pengurusan emosi kendiri dan kecerdasan kendiri membawa kepada perhatian dan keinginan melakukan sesuatu. Guru perlu membina keyakinan dan penghargaan kendiri kanak-kanak. Berikut adalah aktiviti untuk meningkatkan ekspresi emosi kanak-kanak.

(a) Membina hubungan kanak-kanak dengan rakan sebaya dan orang dewasa, berkongsi pendapat dan mengambil giliran untuk bercakap, menghormati perbezaanbudaya, agama dan bahasa.

(b) Keupayaan mengatasi emosi bimbang contohnya, ibu bapa lambat datang mengambil mereka di sekolah.

(c) Berdikari mengurus diri ke tandas, adab makan, mengenakan pakaian, mengurus masa bermain, bertanggungjawab untuk menyimpan barang sendiri.

(d) Peraturan bercakap iaitu bercakap dan mendengar. Bercakap bermakna berkongsi dan dalam berkomunikasi adalah mustahil untuk memisahkan pemikiran dan bahasa. Guru menyediakan persekitaran di mana kanak-kanak bebas bercakap dan mengekspresikan emosi mereka dengan menggunakan bahasa.

(e) Peraturan bermain dan bercakap. Kanak-kanak perlu diberi peluang bersoal jawab, bukan mendengar penerangan guru semata-mata. Pengalaman kanak-kanak perlu didengar supaya mereka dapat melahirkan emosi kepada rakan sebaya dan orang dewasa.

5.2.1 Diri Sendiri

Kanak-kanak lebih mudah memahami perasaan mereka dengan berkesan sekiranya ibu bapa atau keluarga memandang serius terhadap perasaan mereka sewaktu berurusan dengan mereka. Ini sesuai dilakukan dengan sokongan ibubapa dan keluarga di d