ppt satera melayu

Upload: shamsuddin-wahab

Post on 03-Mar-2016

52 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

KESUSASTERAAN MELAYU

KESUSASTERAAN MELAYUKONSEPFUNGSICIRI-CIRIJENIS ATAU BENTUKSEJARAH KESUSASTERAAN1KESUSASTERAAN MELAYU Merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Contoh :- seorang ibu yang mendodoikan bayinya. seorang dukun yang membacakan mantera untuk menyembuhkan orang sakit.Dalam masyarakat moden pada hari ini, sastera menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Contoh : - ibu yang bekerja tidak sempat untuk mendodoikan bayinya- upacara perkahwinan dilakukan di hotel dan dewan.Banyak pekerjaan dilakukan oleh mesin dan jentera industri.Sastera menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf oleh masyarakat melalui hasil-hasil karyanya yang dianggap bermutu.

KONSEP KESUSASTERAANAPA ITU KESUSASTERAAN? Ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

Menurut makna kamus : Hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu.

Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataanSanskrit. Susastera huruf atau buku indah Pembentukan istilah kesusasteraan dalam bahasa Melayu :

Berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu sastra. sas- bermaksud mengarahkan, mengajar / memberikan petunjuk. -tra yang merujuk kepada alat. sastra bermaksud alat untuk mengajar.

Kesusasteraan : Awalan su- bermaksud baik /indah. Imbuhan ke- dan an bermaksud segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetik. Juga bererti memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.

Kepelbagaian makna sastera Seni bahasa.Ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam.Ekspresi fikiran melalui medium bahasa.Inspirasi kehidupan manusia yang diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah.Semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan.4 unsur dalam sasteraIsi kandungan :Fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dll. Ekspresi:Keupayaan mengeluarkan sesuatu dari dalam diri manusia.Bentuk :Sastera dapat diungkapkan dalam pelbagai bentuk.Contoh : bentuk suara yang disertai bunyi-bunyian.Bahasa :Bahan utama bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.Secara umumnya, sastera dapat dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat dan keyakinan dalam suatu bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa.

FUNGSI KESUSASTERAANSebagai didikan dan pengajaran . Sebagai kepuasan estetika.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

a) KeindahanMelalui gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera.Hasil karya dikatakan indah jika memenuhi 4 syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur.

KeindahanMencerminkan pengalamanPengalaman seniKarya senib) Mencerminkan pengalamanPengalaman di sini merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara realiti.Dalam karya sastera, pengalaman diungkapkan melalui bahasa.

c) Pengalaman seniMelalui peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya.Pengkarya juga mendapat kepuasan sekiranya dia tahu hasil karyanya dapat diterima dengan baik oleh pembaca.Nilai karya sastera terletak pada perkara yang disampaikan, cara dan bentuk penyampaian.Hasil karya sastera dapat memberikan pengalaman dan nilai-nilai seni kepada pembacanya.

d) Karya seni Terdapat tiga pekara yang mermbezakan karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.Fiksyen bermaksud karya sastera itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti.Nilai-nilai estetik membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan jelas dan mendalam.

Sastera sebagai karya seni mempunyai 4 ciri iaitu :Keutuhan setiap bahagian dalam karya sastera menunjang kepada usaha mengungkapkan isi hati pengkarya.Keseimbangan unsur-unsur karya sastera, baik dari segi ukuran atau pemberatannya harus seimbang dengan fungsinya.Keselarasan unsur dalam karya menjadi asas bagi mengukuhkan unsur yang lain dan bukan mengganggu atau mengaburkannya.Penekanan unsur yang penting harus mendapat penekanan yang lebih berbanding unsur yang kurang penting.

- Terdapat beberapa ciri sastera sebagai satu kegiatan seni yang berhubung ekspresi dan penciptaan iaitu :Sastera ialah seni dan bukan ilmu semata-mata.Sastera ialah satu komunikasi.Sastera mempunyai keteraturan.Sastera ialah alat hiburan.Sastera ialah karya yang berintegrasi.Sastera ialah ekspresi pengkarya.

14JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAANJenis kesusasteraan berbeza-beza mengikut bentuk dan tujuan sesuatu karya tersebut.

Kesusasteraan Melayu tradisionalKesusasteraan Melayu klasikKesusasteraan Melayu modenKesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional)Klasik secara umumnya bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa.Sastera Melayu klasik mempunyai ciri-ciri yang tetap dan tidak berubah.Istilah klasik lebih sesuai digunakan daripada istilah lama atau tradisional kerana istilah klasik dapat merangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri.

Perkembangan Sastera Melayu Klasik :Sebelum AbadKe-7Masyarakat Melayu menerima kepercayaan Buddha. Buktinya, kesan pada tapak kuil dan batu bersurat .Selepas itu, muncul kerajaan Srivijaya yang menjadi pusat pentadbiran agama Buddha. Karya-karya pada zaman itu adalah dalam bahasa Sanskrit seperti puisi Jakatamala.Cerita yang dipaparkan masih dalam pengaruh Hindu-Buddha. Contohnya, cerita-cerita epik dan tokoh agama tersebut.Sastera pada zaman ini kurang membantu dalam perkembangan sastera Melayu klasik kerana menggunakan bahasa yang sukar difahami, iaitu bahasa Sanskrit dan Melayu kuno.Cerita dewa-dewa yang digambarkan pula jauh daripada kehidupan seharian masyarakat Melayu.

Abadke-13hinggake-14 AbadKe-14HinggaKe-16Kesusasteraan Melayu klasik berkembang pesat dengan kedatangan agama Islam.Kemunculan tulisan Jawi.Agama Islam mula bertapak di istana-istana dan mengambil alih peranan agama Hindu dan Buddha.

Sastera Melayu klasik / tradisional dapat dibahagikan kepada 2 genre iaitu sastera lisan / sastera rakyat dan sastera tulisan / sastera istana.Sastera Rakyat (Lisan)Sastera bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan imaginatif pencipta yang mengandungi nilai-nilai world view masyarakat itu sendiri.Masyarakat sastera rakyat agak tertutup dan kurang berhubung dengan masyarakat luar. Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan agak primitif.Rakyat merujuk kepada orang biasa / masyarakat desa yang hidup secara kolektif dalam satu bentuk kekeluargaan yang besar.Konsep tersebut menjelaskan bahawa sastera rakyat merupakan hasil-hasil sastera yang dilahirkan oleh masyarakat / rakyat yang diaspirasikan melalui bentuk lisan.

Ciri- ciri Sastera Rakyat :Penyebaran dan diwariskan secara lisan.Bersifat tradisional dan lama.Wujud dalam variasi yang berbeza-beza.Bersifat anonimi, iaitu menggunakan nama samaran / langsung tiada nama penciptaMenjadi hak milik bersama masyarakat yang menghasilkannya.Mempunyai bentuk berumus / berpola dengan plot yang lebih kurang sama.Mempunyai fungsi tertentu. Misalnya, memberikan pengajaran.Penulisan yang bersifat sederhana, spontan dan kadangkala agak kasar.

Sastera rakyat (sastera lisan)NaratifPuisi rakyatBukan naratifCerita rakyatLagendaMitosJenis sastera rakyat (sastera lisan)

Sastera Rakyat Jenis Naratif :

Mitos ialah cerita yang dianggap benar -benar terjadi dan suci serta di luar jangkauan akal manusia.

Ciri-ciri mitos : Dianggap benar-benar terjadi. Peristiwa yang berlaku aneh, tetapi penting. Dianggap keramat dan memberikan kesan kepada masyarakat. Latar belakang berlaku pada zaman lampau. Tokoh yang terlibat ialah Tuhan atau dewa-dewa.

Jenis-jenis mitos :

Asal-usul : cerita yang mengemukakan corak pemikiran yang mistik dan bersangkut-paut dengan sesuatu rahsia dan magis. Contoh : Kisah Tasik Chini.

Institusi sosial / budaya : Cerita yang mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu. Contoh : Mitos kedatangan Islam, adat berandam.

Politik : Cerita yang berkaitan struktur pemerintahan dan kerajaan. Contoh : Mitos keturunan raja-raja Melayu.

Lagenda ialah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku, tetapi tidak dianggap suci.

Ciri-ciri lagenda :Komunikasi lisan bercorak cerita berasaskan kisah-kisah.Latar masa tidak semestinya masa lampau, tetapi masih berkaitan dengan masa silam.Terdapat kesan atau tanda seperti kubur, binaan, bentuk bumi.Ada kaitannya dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramatnya seperti perigi Hang Tuah.Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa.Dianggap sebagai sejarah kolektif.Universal, iaitu boleh berlaku di tempat lain seperti cerita Si Tanggang.Dipercayai benar-benar berlaku.

Jenis-jenis lagenda :

Keagamaan

Alam ghaib

Perseorangan

Tempat

Lagenda keagamaan :Cerita mengenai orang alim dan penyebar agamaContoh : Makam Habib Noh Tok Kenali

Lagenda alam ghaib / memorat :Kisah yang dianggap benar-benar terjadi dan pernah dialami oleh seseorang seperti pengalaman dengan makhluk ghaib.Fungsi : - untuk meneguhkan kebenaran sesuatu kepercayaan.

Lagenda perseorangan :Cerita mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap benar-benar terjadi.Contoh :Tokoh kepimpinan : Tok Perak.Tokoh agama : Sheikh Omar BashyirKetokohan / ahli dalam pelbagai bidang : Mahsuri

Lagenda tempat :Cerita yang berhubung sesuatu tempat.Nama tempat kadangkala berkaitan dengan nama tokoh / binatang.Berunsur historiografi berkaitan peristiwa yang rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan.Berunsur tokoh istimewa tempat dikaitkan dengan tokoh istimewa yang menjadi pengasas tempat itu.Berunsur tanda-tanda alam / bentuk muka bumi kesan dan tanda tersebut masih dapat dilihat.

Cerita rakyat adalah dalam bentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi.Sebagai sumber hiburan dan mempamerkan kebenaran serta mengandungi moral atau sindiran.

Terdapat 4 jenis cerita rakyat iaitu :

Cerita binatangCerita lipur laraCerita jenakaCerita teladan

Cerita binatang ialah cerita yang bersifat menghibur dan mendidik.

Ciri-ciri :Ditokohi oleh binatangBinatang mempunyai sifat dan bertingkah laku seperti manusia.Ada persamaan struktur cerita binatang antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.Binatang yang dijadikan tokoh biasanya bersaiz kecil dan cerdik.Binatang yang besar biasanya kurang akal dan dianggap bodoh.

Contoh :Sang Kancil menipu gergasiSang Buaya kena hukumSang Kancil dengan siputUlar sawa kehilangan bisa

Cerita lipur lara ialah cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara.

Ciri-ciri :Ditutur dan diturunkan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.Berlaku tokok tambah.Milik bersama masyarakat.Sebagai hiburan dan pendidikan.Menggambarkan sistem masyarakat Melayu.Mengandungi ciri-ciri tempatan walaupun terdapat pengaruh luar.Mengandungi puisi.Tema biasanya tentang peperangan, percintaan dan pengembaraan.Terdapat amanat atau panduan.Mengandungi plot kronologi.Watak utama.Ada kuasa sakti / unsur magisLatar tempat di istana, dunia, kayangan / alam ghaib.

Contoh cerita lipur lara :- Hikayat Malim Dewa- Hikayat Malim Deman- Hikayat Awang Sulung Merah Muda- Hikayat Anggun Cik Tunggal

Cerita jenaka ialah cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan ketawa kepada orang yang mendengarnya.

Disampaikan secara santai dengan menggunakan bahasa pertuturan seharian.Ciri-ciri :Unsur kebetulan.Kelucuan yang ditimbulkan adalah daripada jalan cerita itu sendiri.Ada permainan kata-kata yang melucukan.Sifat-sifat pintar bodoh, bodoh sial dan pintar.

Contoh cerita jenaka :Pak PandirLebai MalangPak KadukPak BelalangSi Luncai

Cerita teladan ialah cerita yang mempunyai unsur deduktif / pengajaran.

Ciri-ciri :Tokohnya manusia biasaTokoh bertingkah laku baik, mulia dan jujur.Selalunya anak bongsu / anak tunggal.Mendapat pertolongan daripada kuasa sakti Tokoh dapat keluar daripada kesengsaraan, pada akhir cerita

Contoh :Bawang Merah Bawang PutihBatu belah Batu Bertangkup.

Sastera Rakyat Jenis Bukan Naratif.

Puisi rakyat ialah karangan berangkap yang mempunyai kalimat yang tidak bebas.Puisi mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu.Puisi ialah ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa.

Jenis dan bentuk puisi rakyat PantunSyairGurindamSelokaTeka-teki berpuisiPeribahasa berangkapTerombaTalibunTerasul

Pantun ialah karangan berangkap yang tidak bebas dari segi bentuk dan perkataan.

Ciri-ciri pantun :Jumlah baris yang genap (2-16 baris serangkap)Bilangan suku kata pada setiap baris ada 8-12.Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksudRima akhir a-b-a-b

Jenis pantun berdasarkan tema :NasihatAdatKanak-kanakAgamaSindiran atau kiasanJenakaTeka-tekiCinta dan kasih sayangBudi

Jenis pantun berdasarkan bentuk :Dua keratEmpat keratEnam keratLapan keratSepuluh keratDua belas kerat

Syair ialah puisi rakyat yang dilagukan apabila diperdengarkan.

Ciri-ciri syair :Empat baris serangkapRima akhir adalah sama a-a-a-a.Keseluruhan rangkap menggambarkan maksud dan idea yang berurutan.

Ada 2 bentuk tema syair :Naratif romantis, sejarah, keagamaan, kiasan/sindiran.Bukan naratif nasihat, agama

Gurindam ialah sejenis puisi yang tidak tentu bentuknya.

Ciri-ciri gurindam :Biasanya dalam bentuk terikat.2 baris serangkap.3 6 patah perkataan sebaris.Rima akhir sama, a-aMemerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.Dalam bentuk tidak terikat.Tidak berpasangan dan tidak berangkap/terus-menerus.

Fokus kepada pengajaran / panduan hidup yang sempurna.Digubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.Tidak dituturkan secara meluas.

Seloka ialah puisi yang bebas dari segi rangkap, baris dan rima.

Ciri-ciri seloka :Memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan keseluruhan idea.Bentuk hampir sama seperti gurindam dan talibun.Isi mengandungi maksud mengejek, sindiran sama ada serius / jenaka.Mempunyai tema dan isi yang amat umum.

Contoh seloka :- Seloka Pandai Pak Pandir

Teka-teki berpuisi ialah ungkapan tradisional yang memerlukan jawapan.

Ialah ungkapan lisan tradisional yang mengandungi 1 atau lebih unsur pelukisan dan jawapannya harus dapat diteka.Kadang-kadang dalam bentuk syair atau pantun.Berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa lapang bagi menguji ketajaman akal / merendah-rendahkan kecerdikan seseorang.Juga dapat meningkatkan daya kreativiti seseorang.Ada pelbagai tema tetapi lebih tertumpu kepada benda-benda yang hampir dengan persekitaran masyarakat.

Peribahasa berangkap juga disebut peribahasa berirama.Terdiri daripada ungkapan peribahasa.Ada perimbangan irama dan sekurang-kurangnya sama dari segi rentaknya.

Teromba ialah ungkapan adat / mengungkapkan perbilangan adat.Contohnya mengandungi norma-norma adat dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, pertunangan dan pelantikan ketua adat.Tergolong sebagai puisi bebas.

Talibun ialah ikatan puisi bebas yang hampir sama bentuk dengan prosa lirik atau prosa berirama.

Berperanan dalam cerita-cerita lipur lara.Juga dikenali sebagai bahasa berirama / runs.Tidak tentu berangkap atau tidak.Tidak tetap jumlah kata dalam serangkap.Kadang-kadang ada rima.Lazim digunakan secara berulang-ulang dalam konteks yang sama dalam cerita itu.Isi dan tema yang luas dan beragam bentuknya bergantung pada konteks.

Contoh pemerian :Benda-bendaWatak manusiaPerlakuan dalam adat istiadat.Suasana atau situasiPerasaanTradisi

Terasul menyamai prosa lirik tetapi berkaitan adat.

Khusus mengenai adat , menyatakan salasilah dan digunakan pada masa memasang adat kebesaran, kenduri atau menjamu tetamu.

Sastera Istana (Tulisan)Mula diperkenalkan selepas penerimaan Islam kira-kira pada abad ke-15.Terdapat dalam kalangan bangsawan dan istana.Jenis dan Bentuk Sastera IstanaSastera hikayatSastera undang-undangSastera epikSastera panjiSastera agama/kitabSastera ketatanegaraanSastera Hikayat* Menggunakan nama tempat dan negeri tertentu sebagai latar.* Terbahagi kepada 3 jenis berdasarkan unsur yang terdapat dalamnya.

Berunsur HinduHikayat Seri RamaBerunsur IslamHikayat Sultan DamsyikBerunsur Hindu-IslamHikayat Putera JayapatiSastera ini terdapat dalam prosa dan puisi(syair)Sastera Undang-undangDijadikan bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.Tergolong dalam 2 kumpulan :Adat TemenggungAdat PerpatihAdat TemenggungHukum Kanun MelakaUndang-undang PahangUndang-undang JohorAdat Perpatihundang-undang yang diamalkan di N.9 serta beberapa tempat di Melaka dan Perak.Mempunyai keterangan tertentu.Kuasa raja dan pembesar, pembahagian tugas dan kaitan dengan sistem pentadbiran negara.Undang-undang dalam bentuk kesalahan dan hukuman.Undang-undang awam yang berkaitan dengan pembahagian harta dan perkahwinan.Adat istiadat yang diamalkan oleh raja dan golongan bangsawan dalam upacara-upacara istana.Sastera Epik/PahlawanBersifat sejagat.Mementingkan nilai kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul.Menceritakan kepahlawanan tokoh yang disanjung.Tokoh digambarkan secara berlebih-lebihan.Terbahagi kepada 2 :Epik kebangsaanHikayat Hang Tuah.Epik berunsur IslamHikayat Muhammad Hanafiah* Sastera Romawi, Yunani, Jerman dan Inggeris mempamerkan konsep kepahlawanan yang sama dalam hasil karya epiknya seperti Archilles, Hercules dan Theseus.Sastera PanjiMenceritakan kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.Watak utama menggunakan gelaran Panji.Merupakan cerita Jawa-Melayu yang semuanya berpusatkan Sang Panji, Putera Kuripan yang ada sifat mitologi.Mengisahkan Panji yang berkelana untuk mencari kekasihnya. Selepas mengalami bermacam-macam peristiwa, akhirnya Panji berjaya menemui kekasihnya.Sastera Agama/KitabBerfokus pada cerita-cerita Nabi Muhammad SAW.Menceritakan keagungan dan kehebatan baginda dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia di dunia.Misalnya, Hikayat Bulan Berbelah yang bertujuan untuk memperlihatkan kelebihan dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW yang dapat melakukan sesuatu mukjizat yang luar biasa dan menakjubkan daripada mukjizat yang pernah diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu. Sastera KetatanegaraanKitab Nasihat Segala Raja-raja.Disadur daripada versi Arab oleh seorang ulama dari Terengganu iaitu Syeikh Abdul Kadir pada tahun 1300 H.Digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) sebagai panduan dalam pemerintahan baginda.Kesusasteraan Melayu ModenKarya sastera selepas tahun 1800M digolongkan sebagai sastera moden.Faktor pemisah sastera Melayu moden dengan sastera Melayu klasik ialah pembahagian masa dan cara sesuatu masyarakat itu berfikir.Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dianggap orang yang membawa pembaharuan dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden.Jenis dan Bentuk Kesusasteraan Melayu ModenCerpenNovelSajakCerpenCerita + Pendek = CerpenPada zaman awal berkembang melalui persuratkhabaran.Merangkumi pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi.Mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu.Memberikan gambaran tentang sesuatu zaman berhubung masalah sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.Cerpen tidak membawa tema yang berat, bilangan watak terhad dan jumlah perkataan antara 500-5000 pp.Cerpen lazimnya mengemukakan satu peristiwa yang menjadi fokus utama penceritaan.Cerpen hanya membawa 1 tema dan 1 atau 2 persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan mendalam kepada pembaca.Terdapat watak protagonis dan watak antagonis.Terdapat 1 plot yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit.

NovelBerasal daripada bahasa Itali, novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu.Ialah prosa yang panjang, berkisar pada 1 tema dan beberapa persoalan.Ada pendapat yang menyatakan bahawa novel menceritakan kejadian yang luar biasa daripada kehidupan manusia. Isi novel menggambarkan perjuangan dalam kehidupan, pertentangan antara keadilan dengan penindasan, konflik antara manusia, alam, ketuhanan dan perasaan masyarakat yang bercampur baur dengan imaginasi dan sebagainya.Perkembangan novel sekitar tahun 1940-anNovel dipengaruhi oleh faktor sosial dan politik.Bercorak kemasyarakatan. Contoh :Karya Ahmad LuftiPelayan (1948)Bilik 169 (1949)Menceritakan segala permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pada zamannya.Karya Harun AminurrashidCinta Gadis Rimba (1947)Darah Kedayan (1947)Minah Joget Moden (1949)Novel bercorak semangat kebangsaan.Persoalan tentang politik dan kemerdekaan. Contoh :Karya Keris MasPahlawan Rimba Malaya (1946)Karya Harun Aminurrashid- Siapakah Yang Bersalah (1949)Novel bercorak peperangan.Persoalan tentang peperangan akibat Perang Dunia ke-2.Persoalan tentang peperangan menentang Jepun dan kesannya terhadap kehidupan rakyat.Karya Ahmad Lufti1374 Hari Berjuang (1948)Balik Dari Medan Perjuangan (1948)Sisa Neraka Dunia (1949)Bangkai Bernyawa (1949)

Karya Ahmad Murad NasaruddinNyawa Di Hujung Pedang (1948)Zain Zawiyah (1948)Zaman Kegemilangan Novel Melayu Tahun 1960-an.Peningkatan dari segi kuantiti dan kualiti.Peraduan mengarang diadakan pada tahun 1958, 1962 dan 1967.Melahirkan pengarang baharu seperti A. Samad Said, Arena Wati, Shahnon Ahmad, Ibrahim Omar, Yahya Samah, Alias Ali, Ruhi Hayat, Abdullah Hussein, Salmi Manja dan Khadijah Hashim.Karya A. Samad Said :Salina (1961)

Karya Khadijah Hashim :Merpati Putih Terbang Lagi

Karya Shahnon :Rentong (1965)Terdedah (1965)Ranjau Sepanjang Jalan (1966)Protes (1967)Menteri (1967)Perdana (1969)63Novel Tahun 1970-anShahnon Ahmad terus berkarya.Karya beliau yang seterusnya :Srengenge (1973)Sampah (1974)Kemelut (1977)Seluang Menodak Baung (1978) Karya Arena Wati :Sandera (1971)

Tokoh novel yang lain :Azizi Hj.AbdullahAnwar RidwanA.Talib HassanZahari AffandiFatimah BusuSajakIalah puisi moden yang bebas dan tiada ukuran tertentu dalam menghasilkannya.Muncul pada zaman Angkatan 45.Tidak dikongkong oleh apa-apa peraturan seperti bentuk-bentuk terikat puisi Melayu tradisional.

Bentuk-bentuk SajakBaladaRomanOdaEpigramHimneElergiSatira

BaladaPuisi atau sajak yang mengandungi cerita, kisah dan hikayat yang berkait dengan perasaan sedih atau satu-satu kisah yang pernah dialami oleh pengarangnya.

RomanSajak tentang cinta kasih atau curahan kasih sayang yang digambarkan dalam bentuk sajak.

OdaSajak yang berisi sanjungan atau pujian terhadap seseorang, terutama terhadap mereka yang telah berjasa kepada masyarakat.

EpigramSajak yang diciptakan khusus untuk memberikan nasihat dan pengajaran.

HimneSajak yang mengandungi pujian dan pujaan yang ditujukan khusus kepada Tuhan.

Elergi- Sajak yang menggambarkan keluhan jiwa dan rintihan sukma pengarang kerana kesedihan yang dialaminya.Satira- Sajak sindiran atau kecaman yang lahir kerana pengarang biasanya tidak berkenan atau tidak bersetuju melihat sesuatu yang tidak benar, menyeleweng dan tidak wajar berlaku dalam masyarakat.SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYUSastera zaman awal tidak bernama kerana bersifat kolektif dan pengarang tidak mementingkan nama.Tradisi sastera Melayu bermula dengan kewujudan suku bangsa Melayu.Pada abad ke-17 / selepas tahun 1600M timbul kesedaran untuk membukukan hasil-hasil sastera lama.Sastera zaman awal berunsur hiburan, sejarah, lagenda dan mitos.Cerita-cerita disampaikan secara lisan dan berkaitan kehidupan masyarakat Melayu yang sejahtera dan dikelilingi alam semula jadi yang menghijau.Cerita-cerita ini disampaikan dengan gaya yang cukup menghiburkan, terutamanya kepada golongan kanak-kanak.Turut diselitkan dengan mesej dan ajaran yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian.Sastera tulisan bermula apabila wujud sistem tulisan.Sastera lebih berkonsepkan pengabdian kegagahan kerajaan Melayu serta jurai keturunan raja-raja Melayu.Sastera Melayu mempunyai unsur percampuran Hindu dan Islam semasa zaman peralihan antara Hindu dengan Islam.Hasil kesedaran dan keyakinan kepada ajaran Islam, hasil sastera saduran Hindu dengan latar Islam terhasil.Berlaku perubahan dalam sastera yang berunsur Hindu. Misalnya,perubahan dari segi tajuk karya, nama-nama watak yang terlibat dan penggunaan kata-kata daripada al-Quran. Abdullah Munsyi dikatakan mengubah sastera klasik kepada sastera moden.Karya beliau lebih bersifat realiti berbanding karya-karya terdahulu yang menceritakan kisah-kisah ghaib.Pembaharuan tersebut telah menimbulkan pandangan yang negatif malah, beliau dikatakan sebagai tali barut Barat oleh para pengkritik hasil karya sasteranya.Pada abad ke-19, banyak hasil sastera dicipta dengan menggunakan batu cetak.Kebanyakan hasil sastera merupakan sastera saduran dan terjemahan daripada hasil-hasil sastera luar.Pada penghujung abad tersebut, wujudnya hasil-hasil sastera terkenal seperti Syair Siti Zubaidah, Syair Dandan Setia dan Syair Surat al-Kiamat.Sastera berkonsepkan Seni Untuk Masyarakat wujud semasa Tanah Melayu menuntut kemerdekaan.Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) berperanan penting dalam melahirkan sastera yang bermutu dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan nilai kemerdekaan kepada semua bangsa.Selepas merdeka, sastera lebih bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat, meningkatkan hasil karya dan sasterawan yang semakin sedar tentang kedaulatan negara Malaysia.Terima kasih atas perhatian saudara saudari sekalian.