ppt anatomi

12
ANALISIS KOMPONEN ANATOMI DAN FISIOLOGI -PERGERAKAN MENJARING DALAM PERMAINAN BOLA KERANJANG- NUR AMALINA BINTI SAMSUDIN 2 PISMP PJ2

Upload: leeynaa

Post on 24-Jun-2015

429 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PPT Anatomi

ANALISIS KOMPONEN ANATOMI DAN FISIOLOGI-PERGERAKAN MENJARING DALAM PERMAINAN BOLA KERANJANG-

NUR AMALINA BINTI SAMSUDIN

2 PISMP PJ2

Page 2: PPT Anatomi

BOLA KERANJANG SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan ini mula dimainkan pada 1891 di Springfield, Massachusetts,

Amerika Syarikat. James Naismith telah memperkenalkan permainan ini di sebuah sekolah sebagai permainan semasa musim sejuk. Permainan ini dicipta berdasarkan permainan kuno Kaum Indian Mexico.

Naismith telah menggunakan dua buah bakul sebagai gol untuk permainan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah.

Page 3: PPT Anatomi

ALATAN.

Baju Kasut Bola Keranjang Bola Gelanggang Tiang Keranjang Papan Tampan. Jaring

Page 4: PPT Anatomi

TEKNIK-TEKNIK DALAM PERMAINAN INI.

Menggelecek bola

Menghantar bola

Menjaringkan bola

Menghalang dan menghadang.

Page 5: PPT Anatomi

KEMAHIRAN YANG DIKAJI – MENJARINGKAN BOLA.

1) Jenis otot yang terlibat dan fungsinya : Triseps

Mengfleksikankan lengan dari bahagian siku Biseps

Fleksikan supinated forearm dan pronated forearm. Deltoids

Otot bahu yang menarik, memanjang serta mengfleksikan lengan.

Pectoralis MajorMengekstensikan bahu (deltoids) kebawah dan kehadapan

Wrist FlexorMerotasikan pergelangan tangan sebanyak 360 darjah.

Page 6: PPT Anatomi

2) Jenis tulang yang terlibat dan fungsinya: Humerus

Merupakan tulang panjang pada lengan yang menyambungkan bahu ke siku.Berfungsi sebagai tuas untuk menggerakkan tangan kesemua arah iaitu 360 darjah dan memberi sokongan yang paling kuat kepada tangan.

UlnaSalah satu daripada dua tulang panjang dibahagian bawah tangan, sejajar dengan jari kelingking.Tulang ini membentuk siku di bahagian hujungnya dan membolehkan fleksi dan ekstensi pada pergerakan tangan.

RadiusMerupakan tulang yang bersambung di capitulum humerus dan tulang dihujung ibu jari.Berfungsi untuk menghubungkan lengan dan membolehkan pronasi dan supinasi.

Page 7: PPT Anatomi

CarpalsTerdapat 8 karpals dalam setiap pergelangan tangan.Berfungsi untuk pergerakan menggelongsor (gliding).

MetacarpalsTerdiri daripada 5 tulang yang panjang dan kecil.Berfungsi untuk menggerakkan jari

PhalangesSambungan pada metacarpals hingga ke hujung jari.Membentuk struktur jari dan mengawal pergerakan motor halus pada bahagian jari.

Page 8: PPT Anatomi

3) Jenis sendi yang terlibat dan fungsinya. Elipsoid

Terletak antara metacarpals dan phalanges pada bahagian jari tangan.Membolehkan jari fleksi dan ekstensi.

MelongsorTerletak pada carpals di pergelangan tangan.Membolehkan pergelangan tangan melakukan pergerakan melongsor (gliding)

EngselTerletak antara humerus dan ulna.Membolehkan pergerakan tangan untuk fleksi dan ekstensi sebanyak 180 darjah.

Page 9: PPT Anatomi

AKSI PERGERAKAN

Jari tangan yang

menjaring

Pada masa ini, bola berada dalam keadaan “rehat” di tengah tapak tangan dan disokong oleh jari tangan yang akan menjaring. Tangan yang satu lagi memegang bola sebagai sokongan. Walaupun genggaman tangan kepada bola tidak terlalu kuat namun ia seharusnya kukuh untuk bersedia mengangkat bola ke posisi menjaring.

Page 10: PPT Anatomi

Fasa bersedia untuk menjaring

Pada fasa ini, tangan diangkat sehingga melepasi bahu dan selari dengan kedudukan mata. Kedudukan pergelangan tangan dan bola seharusnya selari dengan tangan,bahu,mata,pinggul, lutut dan kaki untuk membentuk satu garis lurus supaya jaringan kita tepat pada sasaran. Dalam posisi ini, pemain telah bersedia untuk melompat dan menjaring dalam satu gerakan yang licin. Fasa pertama dalam menjaring iaitu elevation dilakukan di dalam gambar ini. Tangan diangkat sebagai persediaan untuk menjaring.

Page 11: PPT Anatomi

Fasa Jaringan

Tiga fasa jaringan iaitu hand push , arm push dan follow through telah ditunjukkan di dalam gambar ini. Dalam fasa ini, tangan diekstensikan untuk menjaring. Pergelangan tangan memainkan peranan untuk menolak bola diikuti kuasa dari lengan semasa lengan diekstensikan. Apabila tangan diekstensikan, bola akan mendapat daya dan kuasa untuk bergerak ke depan menghampiri jaring. Jika kita perhatikan perlakuan ini, tangan berubah posisi semasa menjaring dari bengkok ke lurus. Fenomena ini telah mengaitkan perlakuan menjaring dengan pergerakan antagonis otot bisep dan trisep.

Page 12: PPT Anatomi

Apabila tangan difleksikan, bisep akan meregang (contract) dan memendek manakala trisep pula akan rehat(relax) dan mengendur. Apabila tangan diekstensikan, bisep akan rehat(relax) dan mengendur manakala trisep akan meregang(contract) dan memendek. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua otot ini berkerja secara berlawanan ataupun dipanggil antagonis. Semasa fasa elevation, tangan diangkat dalam keadaan fleksi . Apabila tiba fasa arm push dan hand push, tangan akan diekstensikan dan kuasa yang diberikan oleh pergerakan antagonis bisep dan trisep ini akan memberikan daya kepada bola untuk bergerak maju kehadapan dan masuk ke dalam jaring.