politeknik kementerian pendidikan malaysia · ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran...

244
MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA P P 4 4 7 7 0 0 8 8 PENYELIDIKAN PEMASARAN Amimah Binti Talib ( PPD ) Harziah Binti Ahmad Hanif (PPD) K. Devaki a/p Kanapathi ( PPD ) Norleza Binti Lehat (PPD) http://modul2poli.blogspot.com/

Upload: lybao

Post on 27-Jun-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PP 44770088

PENYELIDIKAN PEMASARAN

Amimah Binti Talib ( PPD ) Harziah Binti Ahmad Hanif (PPD) K. Devaki a/p Kanapathi ( PPD )

Norleza Binti Lehat (PPD)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 2: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

( i ) P 4708 PENYELIDIKAN PEMASARAN GRID KURIKULUM Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

TOPIK

UNIT

PENGENALAN

1

2

3

‘OVERVIEW’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN

4

5

6

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

7

8

9

10

REKABENTUK PERSAMPELAN

11

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

12

13

LAPORAN PENYELIDIKAN

14

15

UNIT 1 : PENGENALAN : DEFINISI DAN JENIS PENYELIDIKAN (3 JAM)

1.1 Definisi dan peranan penyelidikan pemasaran 1.2 Jenis-jenis Penyelidikan

UNIT 2 : PENGENALAN : KEPENTINGAN DAN KERJAYA (3 JAM)

2.1 Kepentingan penyelidikan pemasaran 2.2 Kerjaya dalam bidang penyelidikan pemasaran

UNIT 3 : PENGENALAN : CADANGAN PENYELIDIKAN (4 JAM) DAN ULASAN KARYA 3.1 Penyediaan cadangan penyelidikan 3.2 Ulasan karya

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 3: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

UNIT 4 : ‘OVERVIEW’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : (4 JAM) PERNYATAAN MASALAH

4.1 Menentukan pernyataan masalah 4.2 Objektif penyelidikan 4.3 Pembentukan Hipotesis

UNIT 5 : ‘OVERVIEW’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : (4 JAM) KAEDAH PENYELIDIKAN

5.1 Menentu dan membezakan pemilihan kaedah penyelidikan (kaedah “survey” dan pemerhatian)

5.2 Kaedah eksperimen dan perbincangan kumpulan focus

UNIT 6 : ‘OVERVIEW’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : (2 JAM) MENGUMPUL DATA, MENENTUKAN PENSAMPELAN, MENGANALISIS DATA SERTA LAPORAN. 6.1 Mengumpul data

6.2 Menentukan persampelan 6.3 Menganalisis data serta menyedia dan menulis laporan

UNIT 7 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA : DATA PRIMA (5 JAM) 7.1 Menentukan jenis–jenis data prima 7.2 Mengenal pasti sumber data prima

UNIT 8 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA : DATA SEKUNDER (2 JAM) 8.1 Definisi, jenis-jenis dan sumber data sekunder 8.2 Kebaikan dan kelemahan

UNIT 9 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA : SOAL SELIDIK (5 JAM)

9.1 Soal selidik

UNIT 10 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA : (2 JAM) PENGUKURAN DAN PENSKALAAN

10.1 Rekabentuk instrumen pengukuran dan penskalaan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 4: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

UNIT 11 : REKABENTUK PERSAMPELAN (10 JAM) 11.1 Definisi persampelan 11.2 Sebab pembentukan persampelan 11.3 Menentukan proses persampelan 11.4 Jenis–jenis persampelan dan perbandingannya 11.5 Menentukan saiz sampel

UNIT 12 : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA : (6 JAM) PEMPROSESAN DATA

12.1 Cara memproses data

UNIT 13 : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA : (4 JAM) INTERPRETASI DATA

13.1 Interpretasi dapatan

UNIT 14 : LAPORAN PENYELIDIKAN : (3 JAM) FUNGSI DAN JENIS

14.1 Fungsi-fungsi Laporan 14.2 Jenis-jenis laporan

UNIT 15 : LAPORAN PENYELIDIKAN : (3 JAM) FORMAT, KRITERIA DAN DOKUMENTASI

15.1 Format laporan 15.2 Kriteria laporan yang baik 15.3 Menyediakan dokumentasi

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 5: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

( ii ) P 4708 PENYELIDIKAN PEMASARAN PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Modul ini dibahagikan kepada 15 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama.

2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada kod subjek, unit dan halaman.

Contoh : P4708 / UNIT 1 / 5 Subjek unit 1 halaman 5

3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.

4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut :

OBJEKTIF : Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus bagi setiap pembelajaran.

INPUT : Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

AKTIVITI : Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS AKTIVITI : Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI : Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI : Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan–soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 6: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

( iii ) P 4708 PENYELIDIKAN PEMASARAN PERNYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar–pelajar semester 3 yang mengikuti kursus Diploma Pemasaran di Jabatan Perdagangan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah. PRASYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN Prasyarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam Pemasaran I dan Pemasaran II. OBJEKTIF AM Di akhir modul ini pelajar–pelajar akan dapat :-

Mempelajari dan memahami mengenai kaedah penyelidikan Memahami bagaimana melaksanakan penyelidikan dan cara penyediaan laporan

penyelidikan. Memperolehi pengalaman secara langsung melalui penyelidikan pemasaran yang

dijalankan. Memahami peranan yang dimainkan oleh penyelidikan pemasaran bagi membolehkan

eksekutif mengurangkan ketidaktentuan dalam membuat keputusan pemasaran. PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA MODUL

1. Kalkulator 2. Komputer dan perisian SPSS / SAS 3. Buku rujukan / teks 4. Contoh karya penyelidikan (Jurnal dan Internet)

RUJUKAN

1. Burns, Alvin C & Bush R. F. , Marketing Research, Prentice Hall, 2nd Edition, 1998.

2. Churchill G. A. , Basic Marketing Research, 3rd Edition, Dryden Press, 1996. 3. Churchill Jr. Gilbert A. , Marketing Research Methodology Foundations, 5th

Edition, The Dryden Press Int. Texas, 1991. 4. Crask, Melvin R. J. & Shout R. G. , Marketing Research : Principles &

Application, Prentice Hall, 1995. 5. Dillon, Madden, & Firtle, Marketing Research in Marketing Environment, 3rd

Edition, Irwin, 1994. 6. Naresh, Malhotra K. , Marketing Research : An Applied Orientation , Prentice

Hall, 2nd Edition, 1996. 7. Wong Toon Quee, Marketing Research, Marketing Institute of Singapore and

Heinemann Asia, latest edition.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 7: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 8: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 1

PENGENALAN : DEFINISI, PERANAN DAN JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

PEMASARAN

OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami peranan penyelidikan pemasaran,

definisi dan jenis-jenis penyelidikan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar sepatutnya dapat :

Memberikan definisi penyelidikan pemasaran

Menjelaskan peranan penyelidikan pemasaran

Menerangkan jenis-jenis penyelidikan

Mengenalpasti ciri-ciri yang membezakan di antara

jenis- jenis penyelidikan.

Definisi penyelidikan…

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 9: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT 1.0 Pengenalan

Pemasaran adalah satu sistem aktiviti pemasaran yang lengkap bertujuan

merancang, meletakkan harga, mempromosi dan mengagihkan barang dan

perkhidmatan untuk memberi kepuasan kepada pengguna. Konsep pemasaran

mementingkan kepuasan pengguna dan bukannya keuntungan semata-mata.

Dengan kata lain, sesebuah syarikat/organisasi harus berorientasikan pengguna

dan cuba memahami keperluan dan kehendak pengguna serta menyediakannya

dengan segera dan efisyen yang memanfaatkan kedua-dua pihak (syarikat dan

pengguna).

Ini bermakna, setiap penyelidikan yang akan dijalankan oleh organisasi/syarikat

perlulah mengumpulkan seberapa banyak maklumat tentang keperluan pengguna

dan memenuhinya melalui strategi pemasaran yang berkesan.

Penyelidikan pemasaran merupakan kajian secara sistematik dan ia memainkan

peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. Penyelidikan

boleh dikategorikan kepada beberapa jenis dan penggunaannya adalah

berdasarkan kepada pertimbangan penyelidik dan kesesuaiannya dengan

penyelidikan yang akan dijalankan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 10: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 3

Jabatan Perdagangan / PPD

1.1 Definisi dan Peranan Penyelidikan Pemasaran

• Penyelidikan pemasaran adalah cara mengenalpasti yang sistematik dan

objektif, mengumpul, menganalisis, menyebarkan dan menggunakan

maklumat yang ada bagi tujuan untuk memperbaiki pembuatan keputusan

yang berkaitan dengan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam

pemasaran.

(Naresh K. Malhotra, 1999)

• Penyelidikan pemasaran adalah fungsi yang menghubungkan pengguna,

pelanggan dan orang ramai/masyarakat dengan pemasar melalui maklumat :

maklumat digunakan untuk mengenalpasti dan mentakrifkan peluang pasaran

dan masalah ; menjana, menapis dan menilai tindakan pemasaran, mengawasi

pelaksanaan pemasaran dan memperbaiki kefahaman terhadap pemasaran

sebagai satu proses.

(The American Marketing Association)

• Penyelidikan pemasaran adalah sesuatu yang kritikal dalam sistem pemasaran

di mana ia menyediakan maklumat-maklumat yang relevan, tepat dan terkini

untuk pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan.

(David A. Aaker, V. Kumar, George S. Day, 1995)

Penyelidikan pemasaran memainkan peranan yang penting dalam pembuatan

keputusan pengurusan kerana ia memberikan maklumat asas tentang isu-isu

penembusan pasaran baru, kaedah peragaan produk, pemilihan saluran agihan,

promosi, perletakan harga dan lain-lain aktiviti pemasaran. Penyelidikan

pemasaran merupakan proses yang berterusan dan memainkan peranan dalam

setiap proses perancangan pemasaran. Ini dapat ditunjukkan dalam rajah 1.1 di

sebelah :

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 11: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 4

Jabatan Perdagangan / PPD

rajah 1.1: PERANAN PENYELIDIKAN DALAM

PROSES PERANCANGAN PEMASARAN

Implementasi • Mengawasi pelaksanaan pemasaran • Menjana semula strategi dan program Analisis Situasi • Memahami persekitaran dan pasaran • Mengenalpasti peluang dan ancaman • Menilai tahap persaingan Pembangunan Strategi • Menentukan skop perniagaan dan sasaran pasaran. • Membangunkan kelebihan bersaing • Menentukan objektif strategi Pembangunan Program Pemasaran • Keputusan tentang produk dan saluran agihan • Komunikasi • Perletakan harga

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 12: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 5

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 1A Pelajar-pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4/5

orang dan setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan maklumat (dari mana-mana

sumber yang sahih) bagi menjawab tugasan :

1. Mengenalpasti sebuah syarikat yang aktif menjalankan penyelidikan pemasaran dan

bagaimana penyelidikan ini berperanan membantu syarikat tersebut dalam mencapai

kejayaan dalam perniagaan.

Tugasan perlu dibentangkan dalam kelas.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 13: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 6

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1A 1. Semasa sesi pembentangan pelajar-pelajar hendaklah menjelaskan beberapa perkara

penting iaitu :

a) di mana artikel diperolehi.

b) tajuk artikel

c) siapa penulis dan tahun artikel diterbitkan.

d) Adakah syarikat aktif menjalankan penyelidikan pemasaran dan sejak bila ia mula

dilaksanakan.

e) Kejayaan yang telah dicapai oleh syarikat.

f) Bagaimana penyelidikan pemasaran memainkan peranan membantu syarikat

tersebut dalam mencapai kejayaannya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 14: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 7

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT 1.2 Jenis-jenis Penyelidikan

a) Penyelidikan Asas

Terlibat secara langsung untuk menyelesaikan sesuatu masalah khusus dan

semata-mata untuk mengesahkan sesuatu teori. Kajian ini menyumbang

kepada pembinaan ilmu atau pengetahuan terkini. Hasil kajian tidak

mempunyai aplikasi terdekat.

Contoh : Bumi itu bulat atau tidak.

b) Penyelidikan Gunaan

Terlibat secara langsung dalam penyelesaian sesuatu masalah yang spesifik.

Hasil dari penemuan dapat diaplikasikan sebaik sahaja kajian itu selesai.

Penyelidikan dijalankan untuk :

• memberi panduan dalam membuat keputusan ke atas masalah sebenar

kehidupan yang khusus

• menjawab persoalan-persoalan yang khusus

• membuat keputusan bagi sesuatu tindakan atau polisi tertentu

c) Penyelidikan Penerokaan

Usaha untuk menentukan sama ada fenomena itu wujud atau tidak. Ia tiada

asas teoritikal yang kukuh dan dilakukan untuk membina teori tentang satu-

satu fenomena bagi kajian masa hadapan. Setiap teori yang dibangunkan perlu

diuji untuk mengetahui adakah ia benar-benar realistik. Kajian ini bertujuan

memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap penemuan idea/fenomena

baru. Proses penyelidikan ini adalah fleksibel dan tidak berstruktur. Sampel

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 15: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 8

Jabatan Perdagangan / PPD

adalah kecil dan kurang menggambarkan populasi sebenar. Kaedah yang

digunakan ialah “Expert surveys”, “Pilot surveys” dan penyelidikan kualitatif.

d) Penyelidikan Diskriptif

Mengkaji fenomena dengan lebih mendalam dan membezakan ia dengan

fenomena yang lain. Menggambarkan dan menghuraikan ciri-ciri serta sifat

fenomena kajian. Contoh: mengenalpasti potensi saiz pasaran dan jenama

produk, menerangkan ciri-ciri pelbagai kumpulan pengguna dan meramal

tahap jualan pada masa hadapan. Kajian ini bertujuan mengumpulkan

seberapa banyak maklumat dan kemudian dianalisa untuk mendapatkan satu

keputusan yang bermakna. Proses penyelidikan adalah formal, berstruktur

dan telah dirancang dengan rapi. Jumlah sampel adalah besar dan dapat

menggambarkan keseluruhan populasi. Kajian sebegini biasanya telah

dijelaskan oleh formula terdahulu atau melalui hipotesis yang spesifik.

Kaedah yang digunakan bagi pengutipan data ialah kaedah soal siasat

(surveys), pemerhatian dan mendapatkannya dari data sekunder.

e) Penyelidikan Causal

Mengkaji sebab dan akibat sesuatu perhubungan. A berlaku apabila C berlaku.

Contoh: Permintaan terhadap produk Z meningkat apabila tahap pendapatan

pengguna meningkat dan kurang produk pengganti dalam pasaran.

Memanipulasi 1 atau lebih pembolehubah tidak bersandar. Seperti Diskriptif,

kajian ini bertujuan mengumpulkan seberapa banyak maklumat dan kemudian

dianalisa untuk mendapatkan satu keputusan yang bermakna. Penyelidik akan

mengawal pembolehubah-pembolehubah perantara. Proses penyelidikan

adalah berstruktur dan kaedah yang biasa digunakan adalah eksperimen.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 16: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 9

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 1B

Pelajar-pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4/5

orang dan setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan maklumat (dari mana-mana

sumber yang sahih) bagi menjawab tugasan :

1. Mendapatkan satu artikel penyelidikan terdahulu sama ada melalui jurnal atau

internet. Melalui artikel tersebut, kenalpasti apakah jenis penyelidikan yang

digunakan dan terangkan kesesuaian jenis penyelidikan tadi dengan kajian yang

dijalankan (kajian dalam artikel).

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 17: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 10

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1B

1. Semasa sesi pembentangan pelajar-pelajar hendaklah menjelaskan beberapa perkara

penting iaitu :

a) Di mana artikel diperolehi.

b) Tajuk artikel

c) Siapa penulis dan tahun artikel diterbitkan.

d) Kajian mengenai apa.

e) Jenis penyelidikan yang digunakan.

f) Kesesuaian jenis penyelidikan yang dipilih dengan kajian yang dijalankan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 18: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 11

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1. Berikan definisi Penyelidikan Pemasaran? (5 markah)

2. Di dalam dunia perniagaan yang semakin berkembang, Penyelidikan Pemasaran

menjadi bertambah penting dan merupakan aset bagi kelebihan bersaing untuk

kebanyakan syarikat. Terangkan dengan jelas peranan Penyelidikan Pemasaran dan

hubungkaitkan ia dengan industri automotif di Malaysia.

(15 markah)

3. Penyelidikan terbahagi kepada beberapa jenis. Anda dikehendaki menerangkan jenis

penyelidikan berikut :

a) Penyelidikan Asas

b) Penyelidikan Gunaan

c) Penyelidikan Penerokaan

d) Penyelidikan Diskriptif

e) Penyelidikan Causal (25 markah)

4. Berikan perbezaan diantara Penyelidikan Penerokaan dan Penyelidikan Diskriptif.

(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 19: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 12

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Rujuk input 1.1. m/s 3.

2. Jawapan bagi peranan rujuk pada input 1.1 dan kemudian kaitkan dengan industri

automotif. Contoh: Melalui penyelidikan yang dijalankan, dapat memberi panduan

kepada syarikat dalam merekabentuk produk (kereta) yang dapat memenuhi kehendak

dan citarasa pengguna. Kaitkan dengan program-program pemasaran yang diadakan

dan bagaimana ia dapat terus kekal dalam memenuhi citarasa pengguna yang semakin

kompleks dan berubah-rubah.

3. Rujuk input 1.2. m/s 7.

4. Rujuk input 1.2. m/s 7.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 20: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 13

Jabatan Perdagangan / PPD

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 21: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 2

PENGENALAN : KEPENTINGAN PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN

KERJAYA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN PEMASARAN.

OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang kepentingan penyelidikan

pemasaran kepada pengurusan dan mengenalpasti peluang-

peluang pekerjaan dalam bidang penyelidikan pemasaran.

OBJEKTIF KHUSUS : Pada akhir unit ini, anda sepatutnya dapat;

Menjelaskan bagaimana penyelidikan pemasaran dapat

membantu pihak pengurusan membuat/merangka

perancangan bagi sesebuah organisasi.

Menghubungkaitkan penyelidikan pemasaran dengan

pengorganisasian sesebuah organisasi.

Menginterpretasi kepentingan penyelidikan pemasaran

dalam mengarah/pengarahan sesebuah organisasi.

Membentuk satu sistem kawalan bagi sesebuah organisasi

berdasarkan penyelidikan pemasaran yang telah dibuat.

Mengenalpasti peluang kerjaya dalam bidang

penyelidikan pemasaran.

Menjelaskan bidang tugas dan tanggungjawab mengikut

posisi yang ditawarkan di dalam bidang ini.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 22: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

2.1 Kepentingan Penyelidikan Pemasaran

Penyelidikan pemasaran yang dijalankan atau dilaksanakan mempunyai kepentingan

yang pelbagai untuk pihak-pihak tertentu. Kepentingan penyelidikan pemasaran

kepada pengurusan sesebuah organisasi merangkumi kepentingan dari aspek berikut;

a) Kepentingan kepada perancangan organisasi

Tugas merangka dan membuat perancangan bagi sesebuah organisasi adalah

menjadi tanggungjawab pihak pengurusan terutama pihak pengurusan atasan.

Perancangan sesebuah organisasi merangkumi perancangan keluaran (produk dan

perkhidmatan), promosi, harga, tempat dan saluran agihan. Sekiranya sesuatu

perkara dibuat tanpa perancangan yang teliti dan terperinci, maka matlamat

sebuah organisasi untuk memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kos tidak

akan tercapai.

Penyelidikan pemasaran yang dilaksanakan oleh Jabatan penyelidikan syarikat

atau agensi persendirian menyumbangkan maklumat dan data yang dapat

membantu syarikat membuat perancangan. Misalnya syarikat ingin mengetahui

kedudukan suatu keluaran dalam pasaran iaitu merujuk kepada Kitaran Hayat

Keluaran di peringkat tertentu supaya dapat merangka dan membentuk strategi

baru; contoh produk yang berada pada peringkat matang. Hasil penemuan dalam

penyelidikan pemasaran membantu syarikat dan pihak pengurusan merancang

samada untuk menghentikan pengeluaran produk tersebut atau cuba mencari

alternatif lain seperti mengubah ciri-ciri keluaran seperti pembungkusan, bentuk

saiz, atau rasa.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 23: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/3

Jabatan Perdagangan / PPD

Penyelidikan pemasaran juga membantu dalam menentukan harga suatu produk

terutama bagi syarikat yang baru memasuki satu pasaran. Syarikat tersebut dapat

memutuskan samada meletakkan harga sama dengan pesaing, harga lebih rendah

dari pesaing atau lebih tinggi dari pesaing.

Pemilihan saluran agihan samada panjang atau pendek dapat dirancang dan

diputuskan dengan teliti sekiranya penyelidikan pemasaran dibuat/dilaksanakan di

sesebuah syarikat. Penempatan barangan di satu kawasan atau lokasi tertentu juga

akan menjadi lebih mudah sekiranya syarikat mendapat maklumat yang lengkap

mengenai faktor persekitaran yang mempengaruhi pasaran sesuatu produk. Pihak

pengurusan juga dapat memilih campuran promosi yang paling efektif dan

melibatkan kos yang rendah dengan adanya maklumat dari penyelidikan

pemasaran.

Anda boleh kaitkan dengan pelbagai isu mengenai produk, promosi, tempat,

saluran agihan dan harga dengan maklumat yang diperolehi dari penyelidikan

pemasaran dalam membantu merancang dan menangani masalah dalam sesebuah

organisasi.

b) Kepentingan kepada pengorganisasian

Kewujudan sesebuah organisasi tidak akan lengkap sekiranya pelanggan tidak

mengenali organisasi itu. Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Sebuah

organisasi yang dinamik dan berdaya saing yang tinggi mempunyai misi dan visi

yang jelas serta struktur organisasi yang tersusun. Pengurusan teratur dan

bersistematik akan melancarkan lagi operasinya terutama semasa berurusan

dengan para pelanggan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 24: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/4

Jabatan Perdagangan / PPD

c) Kepentingan kepada pengarahan/arahan organisasi

Masalah “red-tape” merupakan fenomena biasa dalam menangani aduan

pelanggan. Penyelidikan pemasaran membantu pihak pengurusan dalam

menurunkan kuasa kepada pihak-pihak tertentu. Pembentukan sistem kualiti yang

berkesan seperti mewujudkan Piagam Pelanggan akan mengurangkan kesilapan,

pembaziran dan ianya akan membantu menaikkan imej dan nama baik sesebuah

syarikat.

Maklumat dan arahan yang disampaikan akan diterima dan dilaksanakan oleh

kakitangan yang dipertangunggjawabkan dengan cepat sekiranya jurang kuasa di

antara pihak atasan dan bawahan dapat diperkecilkan atau dihapuskan. Kadar

tekanan kerja dan bebanan tugas juga dapat diagih-agihkan secara adil supaya

wujud suasana kerja yang muhibah dan harmonis. Hubungan tidak formal dan

sikap terbuka yang diamalkan dapat membantu pihak atasan mengetahui masalah

kakitangan dan sama-sama berbincang untuk mencari penyelesaiannya.

Penyelidikan pemasaran yang dibuat dapat membantu pihak pengurusan

mengetahui situasi dan suasana persekitaran pekerjaan dan tugas serta

gelagat/sikap kakitangan sesebuah organisasi. Ia juga membantu pihak

pengurusan menentukan peraturan, prosedur atau polisi tertentu bagi

menjernihkan suasana.

d) Kepentingan kepada kawalan organisasi

Sistem kawalan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan adalah berdasarkan

maklumat atau cadangan yang diperolehi dari penyelidikan pemasaran. Polisi,

prosedur, kawalan stok, kawalan kewangan, kawalan pekerja, kawalan mutu dan

sebagainya boleh dijalankan dengan pembentukan kumpulan atau pasukan kerja

yang komitmen dengan tugas dan arahan yang diberikan. Penyelidikan

pemasaran membantu pihak pengurusan memastikan matlamat organisasi tercapai

dan pembaziran dapat dielakkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 25: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/5

Jabatan Perdagangan / PPD

Prosedur kawalan kewangan seperti Sistem Panjar Wang Runcit, Sistem

perakaunan syarikat seperti Penyata Aliran Tunai, Imbangan Duga, Akaun

Untung Rugi dan sebagainya. Sistem Kawalan stok barangan, bahan mentah,

barangan sokongan dan tambahan serta lain-lain stok yang membantu syarikat

mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran boleh dilaksanakan dengan

lebih efektif dan berkesan dengan bantuan dari maklumat penyelidikan

pemasaran.

e) Rumusan

Penyelidikan pemasaran merupakan sumber dan faktor terpenting dalam

menentukan kejayaan sesebuah syarikat. Ia memberi banyak sumbangan terutama

dalam membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi melaksanakan tugas dan

tanggungjawab dengan lebih bersistematik, terancang, tersusun dan efektif.

Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah hasil dari pengurusan yang cemerlang

oleh semua ahli dan kakitangan yang cemerlang serta penghasilan produk yang

berkualiti cemerlang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 26: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/6

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 2A Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan-kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai

bilangan ahli seramai tiga atau empat orang. Setiap kumpulan dikehendaki mencari

dan mendapatkan maklumat tertentu bagi menyelesaikan masalah/soalan di bawah:

1. Senaraikan EMPAT kepentingan utama penyelidikan pemasaran kepada pihak

pengurusan.

2. Penyelidikan pemasaran membantu sesebuah syarikat menentukan strategi

perletakan harga bagi sesuatu produk samada;

• Meletakkan harga lebih rendah daripada harga pesaing

• Meletakkan harga sama dengan harga pesaing

• Meletakkan harga lebih tinggi daripada harga pesaing

Berdasarkan pernyataan di atas, bincang dan kaitkan ia dengan produk beras.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 27: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/7

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A

1. Empat kepentingan utama penyelidikan pemasaran kepada pihak pengurusan

adalah;

• Kepentingan kepada perancangan organisasi

• Kepentingan kepada pengorganisasian

• Kepentingan kepada arahan

• Kepentingan kepada kawalan

2. Strategi perletakan harga bagi produk (beras) di dalam suatu pasaran akan

menentukan posisi produk syarikat bagi pasaran tersebut.

Penyelidikan pemasaran akan membantu syarikat mengetahui keadaan pasaran

dahulu, semasa dan masa depan dengan membuat analisis seperti analisis SWOT.

penyelidikan pemasaran yang dijalankan akan menyumbangkan maklumat-

maklumat berikut kepada pemasar produk (beras);

• Bilangan para pesaing bagi produk (beras) tersebut

• Permintaan terhadap produk

• Penawaran terhadap produk

• Harga semasa produk

• Sasaran atau potensi pasaran

• Sumber bekalan

• Bilangan orang tengah atau pemilihan saluran agihan

• Kemudahan yang disediakan

• Faktor-faktor penentu harga juga boleh dikenalpasti apabila penyelidikan

pemasaran dibuat

• Lain-lain maklumat yang relevan dan difikirkan munasabah boleh

dicadangkan sebagai jawapan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 28: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/8

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

2.2 Kerjaya Dalam Bidang Penyelidikan Pemasaran

Penyelidikan pemasaran membuka peluang-peluang pekerjaan kepada individu-

individu yang berminat dan mempunyai kelayakan tertentu. Peluang kerjaya dalam

bidang peyelidikan ini terbuka dan ditawarkan oleh;

• Firma penyelidikan pemasaran

• Firma perniagaan, firma bukan perniagaan dan agensi tertentu yang

mempunyai Jabatan penyelidikan pemasarannya sendiri.

• Agensi pengiklanan

Pemohon yang ingin menceburi bidang ini perlu membuat beberapa persediaan

tertentu;

• Mengambil kursus pemasaran sebanyak yang boleh

• Mengambil kursus dalam statistik dan kaedah kuantitatif

• Mempunyai kemahiran komputer dan internet, berpengetahuan dalam bahasa

pengaturcaraan adalah suatu kelebihan

• Mengambil kursus dalam psikologi dan gelagat pengguna

• Kemahiran menulis dan bercakap dalam beberapa bahasa

• Boleh berfikir secara kreatif

• Bersikap bebas, terbuka dan boleh memahami masalah serta dapat melihat

masalah tersebut dalam perspektif yang luas.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 29: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/9

Jabatan Perdagangan / PPD

2.2.1 Posisi yang ditawarkan

Penyelidikan pemasaran menawarkan posisi yang menarik dan memerlukan

kemahiran tertentu. Antaranya adalah;

Presiden penyelidikan pemasaran

Timbalan Presiden penyelidikan pemasaran

Pengarah penyelidikan pemasaran

Penolong Pengarah penyelidikan pemasaran

Pengurus Projek (Senior)

Pakar Pemprosesan Data/Statistik

Pengurus Projek Luar

Juruanalisis (senior)

Juruanalisis

Juruanalisis (Junior)

Penemuduga sepenuh masa

Penyelia Pengkeranian

Pembantu Pengkeranian dan Penjadualan

Pustakawan

2.2.2. Kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya ini

Kerjaya dalam bidang penyelidikan pemasaran memerlukan dua kemahiran

utama iaitu;

Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal merangkumi pengetahuan komputer, kemahiran

merekabentuk sampel, merekabentuk sistem, kemahiran numerik, analisa

statistik, pengurusan pangkalan data, membangunkan modul, pemprosesan

pemasaran, konsep projek, pengurusan projek, pengetahuan tentang

penyelidikan dan lain-lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 30: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/10

Jabatan Perdagangan / PPD

Kemahiran Pengurusan

Kemahiran Pengurusan merangkumi kemahiran berkomunikasi, analisis

statistik, koordinasi projek, koordinasi manusia, motivasi, mendefinisi

tugas, latihan dan pembangunan, perancangan dan strategi serta

pentadbiran kewangan.

2.2.3. Bidang Tugas dan Tanggungjawab

Bidang tugas dan tanggungjawab adalah berdasarkan posisi dalam

penyelidikan pemasaran yang dilaksanakan. Antara contoh-contoh bidang

tugas dan tanggungjawab mengikut posisi adalah seperti berikut:

Timbalan Presiden / Pengarah penyelidikan pemasaran

Merupakan senior dalam penyelidikan pemasaran.

Bertanggungjawab untuk keseluruhan program penyelidikan di

dalam syarikat.

Menerima tugasan dari pihak atasan, rakan sekerja, pelanggan atau

inisiatif sendiri untuk mencadangkan atau membangunkan

penyelidikan bagi memantapkan syarikat.

Mengambil pekerja, membahagi tugas, menyelia di Jabatan

Penyelidikan

Mempersembahkan penemuan penyelidikan kepada pelanggan dan

eksekutif syarikat.

Penolong Pengarah

Kedudukannya mewakili arahan kedua

Merupakan staf senior yang bertanggungjawab ke atas ahli staf

yang lain

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 31: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/11

Jabatan Perdagangan / PPD

Pakar Statistik/Pemprosesan Data

Sebagai pakar runding bagi teori dan aplikasi teknik untuk

permasalahan penyelidikan yang spesifik

Bertanggungjawab bagi menentukan rekabentuk penyelidikan

(experimental design) dan pemprosesan data

Juruanalisis Senior

Bertanggungjawab bagi Jabatan penyelidikan yang besar

Terlibat dengan pihak atasan dari peringkat permulaan/awal

perancangan sesuatu projek penyelidikan

Terlibat secara langsung dengan projek penyelidikan yang

ditugaskan

Beroperasi dengan penyeliaan yang minima

Penyediaan kerja dengan Juruanalisis dalam menyediakan

soalselidik, memilih teknik penyelidikan, membuat analisa dan

menulis laporan

Bertanggungjawab dalam mengawal belanjawan dan menentukan

agar projek penyelidikan mengikut masa atau jadual yang telah

ditetapkan

Juruanalisis

Memikul tugas berat dalam sesuatu projek penyelidikan

Bekerja di bawah penyeliaan Juruanalisis Senior

Ditugaskan untuk menyediakan soalselidik, melaksanakan pra-uji

dan membuat keputusan analisis awal

Bertanggungjawab terhadap kerja ‘library’ atau data.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 32: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/12

Jabatan Perdagangan / PPD

Juruanalisis Junior

Bekerja di bawah penyeliaan yang ketat

Menjalankan tugas rutin; mengedit, mengkod soalselidik dan

menjalankan pengiraan statistik dan melaksanakan sebahagian tugas

pengkeranian

Pengarah Projek Luar

Bertanggungjawab memilih, melatih, menyelia dan menilai

penemuduga dan lain-lain pekerja luar.

Alahai…Payahnya nak pilih calon untuk penolong pengarah projek!

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 33: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/13

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 2B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak

jawapan anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Terangkan kemahiran yang perlu ada bagi seseorang individu yang ingin menceburi

bidang penyelidikan pemasaran.

2. Berdasarkan kenyataan di bawah, sesuaikan ia mengikut posisi yang ditawarkan dalam

bidang penyelidikan pemasaran;

• Menjalankan tugas berat dalam suatu projek penyelidikan

_________________

• Bekerja di bawah penyeliaan yang ketat

_________________

• Bertanggungjawab ke atas ahli-ahli staf yang lain

_________________

• Bertugas sebagai pakar runding

_________________

• Terlibat dengan pihak atasan pada peringkat awal perancangan suatu projek

penyelidikan.

_________________

3. Nyatakan tugas dan tanggungjawab Pustakawan dalam membantu suatu

penyelidikan pemasaran yang sedang dijalankan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 34: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/14

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2B

a) Kemahiran yang perlu ada terbahagi kepada:

Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal merangkumi pengetahuan komputer, kemahiran

merekabentuk sampel, merekabentuk sistem, kemahiran numerik, analisa statistik,

pengurusan pangkalan data, membangunkan modul, pemprosesan pemasaran,

konsep projek, pengurusan projek, pengetahuan tentang penyelidikan dan lain-

lain

Kemahiran Pengurusan

Kemahiran Pengurusan merangkumi kemahiran berkomunikasi, analisis statistik,

koordinasi projek, koordinasi manusia, motivasi, mendefinisi tugas, latihan dan

pembangunan, perancangan dan strategi serta pentadbiran kewangan.

b) Posisinya adalah;

• Juruanalisis

• Juruanalisis Junior

• Penolong Pengarah

• Pakar Statistik

• Juruanalisis Senior

3. Tugas dan tanggungjawab Pustakawan adalah memastikan sumber rujukan dapat

dicapai dan digunakan oleh Jabatan penyelidikan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 35: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/15

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1. Syarikat TQ adalah pengeluar sos cili berjenama CABAI yang sangat popular di

kalangan pengguna Pantai Timur, Malaysia. Syarikat TQ bercadang untuk

meningkatkan pasaran sos cili ini ke seluruh Malaysia. Bagaimana penyelidikan

pemasaran dapat membantu syarikat ini mencapai matlamatnya.

(20 markah)

2. Encik Dollah telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Bank ZTA Sdn. Bhd. dan

dihantar bertugas di cawangan Tampin. Bank ZTA cawangan Tampin telah beroperasi

selama 5 tahun. Selepas 2 tahun berada di sana, pihak pengurusan atasan bank tersebut

mendapati, Bank ZTA cawangan Tampin di bawah pengurusan Encik Dollah telah

menunjukkan prestasi yang cemerlang terutama dari segi aduan pelanggan yang sangat

sedikit. Encik Dollah menyatakan bahawa penyelidikan pemasaran banyak membantu

beliau dalam menguruskan bank tersebut. Huraikan kenyataan Encik Dollah.

(15 markah)

3. Syarikat yang menawarkan perkhidmatan terutama yang berurusan di kaunter sering

menerima aduan rasa tidak puas hati dari para pelanggan. Bagaimana penyelidikan

pemasaran dapat membantu menangani masalah ini ?

(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 36: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/16

Jabatan Perdagangan / PPD

4. Senaraikan LIMA posisi yang ditawarkan dalam bidang penyelidikan pemasaran

dan nyatakan tugas/tanggungjawab setiap posisi tersebut.

(10 markah)

5. Jelaskan persediaan yang perlu ada pada individu yang ingin menceburi bidang

penyelidikan pemasaran

(7 markah)

Yes!!! I have completed Unit 2 ! Saya boleh… Anda pun boleh…

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 37: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT 2/17

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Maklumat tentang pasaran baru diperolehi dengan menjalankan penyelidikan

pemasaran. Kepentingan penyelidikan pemasaran dari segi perancangan banyak

membantu Syarikat TQ mencapai matlamatnya.

2. Kaitkan maklumat atau data yang diperolehi oleh Encik Dollah dari / melalui

penyelidikan pemasaran dengan pengurusan sebuah bank. Antaranya dari aspek;

• Perancangan

• Pengorganisasian

• Arahan

• Kawalan

3. Penyelidikan pemasaran dapat membantu memperbaiki mutu perkhidmatan di kaunter

dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan supaya mewujudkan piagam

pelanggan dan latihan berterusan kepada kakitangan yang berurusan dengan para

pelanggan secara bersemuka.

4. Rujuk input 2.2.1 m/s 9 dan input 2.2.3 m/s 10

5. Rujuk input 2.2 m/s 8

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 38: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 3

PENGENALAN : PENYEDIAAN CADANGAN PENYELIDIKAN DAN

ULASAN KARYA

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Menghuraikan cara-cara menyediakan cadangan

penyelidikan dan menjelaskan proses penulisan ulasan

karya.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

menghuraikan cara-cara penyediaan cadangan

penyelidikan.

memberi penjelasan tentang proses penulisan ulasan

karya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 39: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

3.0 Pengenalan

Sebelum Syarikat Mega Sdn. Bhd. meneruskan proses penyelidikan, syarikat harus

menyediakan cadangan penyelidikan (research proposal). Penyediaan cadangan

penyelidikan memastikan bahawa pihak penyelidik dan pihak pengurusan memahami

tujuan serta kaedah–kaedah yang akan digunakan dalam penyelidikan yang hendak

dijalankan.

Ulasan karya juga merupakan satu proses yang penting di mana pelbagai maklumat

boleh diperolehi daripada kajian–kajian dahulu yang mempunyai topik penyelidikan

yang hampir sama. Ulasan karya akan membantu kita mengenalpasti pembolehubah–

pembolehubah penting yang harus diberi tumpuan serta memberikan kita sedikit idea

tentang metodologi yang sesuai digunakan dalam kajian atau penyelidikan kita.

Cadangan penyelidikan?

Ulasan Karya? Amende ni!!!!

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 40: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/3

Jabatan Perdagangan / PPD

3.1 Penyediaan Cadangan Penyelidikan

Apabila rekabentuk penyelidikan, peruntukan dan jadual projek telah dapat

dikenalpasti, maka cadangan penyelidikan perlu dibuat. Cadangan penyelidikan juga

dikenali sebagai pelan kerja, prospektus atau “draf plan”. Cadangan penyelidikan

akan menunjukkan kepada kita apa kajian yang akan dilakukan, kenapa ia dilakukan,

bagaimana ia akan dilakukan, ke atas siapa kajian tersebut akan dilakukan dan apakah

kebaikan yang akan diperolehi daripada kajian yang akan dilakukan.

3.1.1 Kebaikan / Kepentingan Cadangan Penyelidikan

a) Cadangan penyelidikan akan bertindak sebagai kontrak antara pihak

pengurusan dan pihak penyelidik dalam syarikat ataupun di antara pihak

pengurusan dengan pihak penyelidik luar (sekiranya syarikat ingin

menggunakan khidmat penyelidik luaran).

b) Cadangan penyelidikan akan memberikan penerangan ringkas merangkumi

setiap fasa dalam proses penyelidikan. Ini dapat mengelakkan salah faham

berlaku antara pihak pengurusan dan pihak penyelidik tentang skop, tujuan

penyelidikan dan kaedah–kaedah atau metodologi yang akan digunakan

dalam penyelidikan yang akan dijalankan.

c) Ia menghuraikan tentang masalah penyelidikan, kaedah yang akan

digunakan, rekabentuk penyelidikan dan bagaimana data akan dikutip,

dianalisis serta direkodkan.

d) Ia juga menyatakan anggaran kos dan jadual waktu bagi menyiapkan projek.

3.1.2 Garis Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan

Format bagi cadangan penyelidikan adalah berbeza bergantung kepada

kehendak penyelidik atau pemasar yang ingin menjalankan penyelidikan.

Walau bagaimanapun, format di mukasurat sebelah adalah antara format yang

biasa digunakan dalam cadangan penyelidikan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 41: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/4

Jabatan Perdagangan / PPD

a) Ringkasan Eksekutif

Ringkasan tentang perkara-perkara penting dari setiap seksyen dan

gambaran secara umum mengenai penyelidikan.

b) Latar Belakang

Latar belakang masalah, termasuklah faktor–faktor persekitaran perlu

dibincangkan.

c) Pendefinisian Masalah / Objektif Penyelidikan

Biasanya, kenyataan tentang masalah perlu dinyatakan. Sekiranya

kenyataan ini masih belum dibangunkan kerana timbulnya masalah dalam

proses mendefinisi, maka objektif penyelidikan perlu ditentukan dengan

jelas.

d) Pendekatan kepada Masalah

Hasil penyemakan semula sumber akademik yang relevan dan ulasan

karya lalu perlu juga dinyatakan. Proses penulisan ulasan karya ini

diterangkan dengan lebih jelas dalam input 3.2. Jika persoalan kajian,

hipotesis dan faktor–faktor lain yang mempengaruhi rekabentuk

penyelidikan dapat dikenalpasti, maka ia perlu dinyatakan dalam cadangan

penyelidikan.

e) Rekabentuk Penyelidikan

Apakah rekabentuk yang dipilih (sama ada penerokaan, diskriptif atau

causal) perlu dipastikan. Maklumat perlu disediakan bagi perkara-perkara

berikut :

• maklumat yang ingin diperolehi.

• Kaedah yang digunakan bagi menguruskan soal selidik (surat, telefon

atau temuramah secara bersemuka).

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 42: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/5

Jabatan Perdagangan / PPD

• Teknik skala.

• Soalan yang dikemukakan (jenis soalan, soalan pendek atau panjang,

purata masa menemuramah).

• Perancangan dan saiz sampel.

f) Bidang tugas / Pengutipan Data

Bagaimana data dikutip dan siapa yang akan melaksanakannya. Sekiranya

mengupah pihak lain untuk membekalkan data, ia perlu dinyatakan.

Mekanisma kawalan yang digunakan bagi memastikan kualiti data yang

dikutip juga perlu dicatatkan dalam cadangan penyelidikan.

g) Analisis Data

Jenis analisis data yang akan digunakan (simple cross tabulations,

univariate analysis, multivariate analysis) dan bagaimana keputusan akan

diinterpretasikan perlu dihuraikan.

h) Laporan

Contoh persoalan: Adakah laporan perlu dibentangkan segera,

bagaimanakah bentuk laporan yang akan digunakan, adakah

pembentangan akan dibuat secara formal.

i) Masa dan Kos

Kos projek dan jadual waktu, yang dipisahkan oleh setiap fasa perlu

dinyatakan. Bagi projek yang besar, jadual pembayaran perlu diadakan.

j) Lampiran (Appendix)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 43: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/6

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 3A

Pelajar–pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli dalam

setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari satu laporan penyelidikan

tentang pemasaran daripada majalah/jurnal penyelidikan. Berdasarkan laporan

penyelidikan tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan satu cadangan

penyelidikan bagi laporan itu dengan mengandaikan bahawa penyelidikan tersebut belum

dilaksanakan lagi. Buatkan juga ramalan masa dan kos bagi penyelidikan itu.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 44: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/7

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 3A

Cadangan penyelidikan yang disediakan haruslah mengandungi perkara–perkara berikut :

a) Ringkasan Eksekutif

b) Latar Belakang

c) Pendefinisian Masalah / Objektif Penyelidikan

d) Pendekatan kepada Masalah

e) Rekabentuk Penyelidikan

• maklumat yang ingin diperolehi.

• Kaedah yang digunakan bagi menguruskan soal selidik (surat,

telefon atau temuramah secara bersemuka).

• Teknik skala.

• Soalan yang dikemukakan (jenis soalan, soalan pendek atau panjang, purata

masa menemuramah).

• Perancangan dan saiz sampel.

f) Bidang tugas / Pengutipan Data

g) Analisis Data

h) Laporan

i) Masa dan Kos

j) Lampiran (Appendix)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 45: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/8

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

3.2 Ulasan Karya

Ulasan karya adalah ulasan menyeluruh ke atas data yang telah diterbitkan atau yang

belum diterbitkan. Karya–karya para penyelidik lepas yang dicetak di antara 5–10

tahun yang lalu akan diulas dan ia merupakan sumber paling utama.

Ulasan karya juga membolehkan jurang penyelidikan dikenalpasti. Jurang

penyelidikan ialah bidang–bidang dalam topik penyelidikan tertentu yang masih

mempunyai peluang untuk dikaji.

3.2.1 Kepentingan Ulasan Karya

Ulasan karya yang baik akan memastikan bahawa :-

a) Tiada pembolehubah penting yang tertinggal.

b) Idea yang jelas terhadap pembolehubah dapat diperolehi.

c) Pernyataan masalah boleh dibuat dengan lebih jelas dan teliti.

d) Tiada pembaziran usaha ke atas perkara yang telah diketahui.

e) Membantu membangunkan kerangka teori dan prosedur metadologi.

f) Mengenalpasti “trend” berkaitan bagi membantu membentuk hipotesis

kajian.

g) Kajian penyelidik dilihat sebagai relevan dan signifikan.

h) Bertindak sebagai satu asas apabila penyelidik menginterpretasikan

keputusan kajian kelak.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 46: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/9

Jabatan Perdagangan / PPD

3.2.2 Proses Penyediaan Ulasan Karya

Proses penyediaan atau penulisan ulasan karya adalah bertumpukan kepada tiga

perkara berikut :-

a) Di mana informasi boleh diperolehi?

Informasi merujuk kepada maklumat–maklumat penting yang terdapat

dalam karya–karya atau laporan-laporan penyelidikan lain yang telah dibuat

ke atas pernyataan masalah yang hampir sama. Karya atau laporan

penyelidikan boleh diperolehi di perpustakaan, contohnya Jurnal Pemasaran,

Jurnal Perniagaan dan sebagainya. Adalah lebih mudah mendapatkan bahan

yang relevan melalui penggunaan buku-buku indeks atau “periodical”.

Selain daripada sumber jurnal–jurnal tersebut, pencarian maklumat juga

boleh dilakukan melalui penggunaan komputer yang memudahkan dan

mempercepatkan proses mendapatkan maklumat yang relevan, contohnya

penggunaan internet.

b) Apa yang perlu dilakukan terhadap informasi yang telah diperolehi?

Setelah karya atau laporan penyelidikan lalu yang relevan telah diperolehi,

maklumat-maklumat yang terdapat dalam karya atau laporan tersebut harus

diringkaskan dalam bentuk yang mudah digunakan atau dibaca.

c) Apa yang diperolehi daripada informasi tersebut?

Pada tahap ini. maklumat yang telah diringkaskan akan dianalisa secara

kritikal dan maklumat-maklumat relevan daripada pelbagai karya yang

dipilih tersebut boleh disatukan dan dilaporkan dalam cadangan

penyelidikan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 47: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/10

Jabatan Perdagangan / PPD

RAJAH 3.1: PROSES PENYEDIAAN ULASAN KARYA

Kenalpasti kata kunci yang relevan kepada pernyataan

masalah.

Kenalpasti sumber – sumber untuk mencari karya – karya

atau informasi yang diperlukan.

Kenalpasti tajuk – tajuk karya yang berpotensi dijadikan

laporan yang relevan.

Dapatkan salinan laporan

atau karya yang akan diulas.

Susunkan salinan karya yang relevan atau penting serta keluarkan

karya–karya yang tidak relevan.

Sediakan abstrak atau ringkasan bagi karya yang mengandungi

informasi relevan.

Tuliskan ulasan karya dan sediakan bibliografi yang lengkap

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 48: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/11

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 3B

Pelajar–pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli

dalam setiap kumpulan.

Berdasarkan karya atau laporan penyelidikan yang diperolehi dalam aktiviti 3A, pelajar-

pelajar dikehendaki menyediakan satu ulasan karya yang lengkap.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 49: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/12

Jabatan Perdagangan / PPD

Tahniah!!! Anda berjaya selesaikan unit ini dengan cemerlang. Teruskan usaha anda !

MAKLUMBALAS AKTIVITI 3B

Berdasarkan karya atau laporan penyelidikan yang diperolehi oleh pelajar- pelajar, ulasan

karya biasanya perlulah mempunyai maklumat–maklumat berikut :

a) Tajuk kajian

b) Nama penyelidik

c) Tahun kajian

d) Pernyataan masalah

e) Pembolehubah kajian

f) Rekabentuk kajian

• tempat kajian dilakukan

• sampel yang digunakan

• pengukuran pembolehubah

• cara pengutipan data

g) keputusan kajian

h) kesimpulan kajian serta saranan penyelidik terhadap masalah yang telah dikaji.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 50: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/13

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1. Senaraikan dan huraikan perkara-perkara yang perlu ada dalam cadangan

penyelidikan. (20 markah)

2. Penyediaan cadangan penyelidikan sememangnya dapat membantu proses

pelaksanaan penyelidikan. Terangkan kebaikan/kepentingan penyediaan cadangan

penyelidikan ini bagi pihak pengurus dan juga pihak penyelidik.

(15 markah)

3. Jurang penyelidikan ialah bidang–bidang dalam topik penyelidikan tertentu yang

masih mempunyai peluang untuk dikaji dan ia boleh memberikan beberapa maklumat

penting kepada penyelidik dari beberapa segi. Jelaskan bagaimanakah jurang

penyelidikan dapat memberikan maklumat yang penting kepada seseorang

penyelidik. (10 markah)

4. Jelaskan kepentingan ulasan karya. (8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 51: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

PENGENALAN P4708/UNIT3/14

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Rujuk input 3.1.2 m/s 4 - 5

2. Rujuk input 3.1.1 m/s 3

3. Maklumat yang boleh diperolehi daripada jurang penyelidikan :

a. Ketidak-konsistenan hasil kajian lalu

Setiap hasil kajian lalu mungkin memberikan kesimpulan yang berbeza

atau tidak memberikan keputusan majoriti. Contohnya, dalam satu kajian

ke atas “Harga dapat mempengaruhi pengguna”, ada penyelidik

memberikan keputusan positif (harga memang mempengaruhi pengguna)

manakala ada penyelidik lain memberikan jawapan negatif (harga tidak

mempengaruhi pengguna)

b. Penyelidik lalu membuat penerokaan yang tidak menyeluruh.

c. Pertambahan lebih banyak penyelidikan ke atas perkara-perkara yang

sama memberikan peluang untuk penyelidikan lain. Contohnya ramai

penyelidik membuat kajian tentang kes gangguan seks di pejabat tetapi

tidak ada yang membuat kajian tentang mangsa gangguan seks. Maka di

sini, terbuka satu peluang untuk membuat kajian terhadap mangsa

gangguan seks tersebut.

4. Rujuk input 3.2.1m/s 8

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 52: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 4

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : MENENTUKAN

PERNYATAAN MASALAH

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami bagaimana menentukan

pernyataan masalah serta membentuk hipotesis

penyelidikan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Mengenalpasti masalah kajian

Menulis masalah kajian dalam bentuk persoalan

atau pernyataan

Menentukan objektif penyelidikan

Memahami proses pembentuk hipotesis serta

membentuk hipotesis

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 53: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

4.0 Pengenalan

Sebelum penyelidikan dijalankan, beberapa persoalan perlu difikirkan iaitu:

a) Mengapa kita harus membuat penyelidikan?

Ini membolehkan kita membentuk tujuan kajian sepertimana yang

dikehendaki oleh pihak pengurusan yang akan menggunakan keputusan

kajian.

b) Apakah kajian yang perlu dilaksanakan?

Di dalam langkah ini, tujuan pengurusan akan diterjemahkan dalam bentuk

objektif yang menerangkan kepada penyelidik apa persoalan yang harus

dijawab melalui penyelidikan.

c) Adakah penyelidikan itu bernilai?

Keputusan harus dibuat untuk menentukan nilai maklumat yang diperolehi,

samada ia lebih bernilai daripada kos yang terlibat.

d) Bagaimana penyelidikan perlu direkabentuk untuk mencapai objektifnya?

e) Apa yang akan dilakukan dengan penyelidikan?

Apabila data telah dikumpulkan, bagaimana ia akan dianalisis,

diinterpretasikan dan digunakan dalam membuat cadangan untuk tindakan.

Proses penyelidikan yang sistematik meliputi 6 langkah-langkah yang harus

diikuti. Rajah 4.1 menunjukkan dengan jelas langkah-langkah dalam proses

penyelidikan pemasaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 54: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/3

Jabatan Perdagangan / PPD

RAJAH 4.1 : CARTA PROSES PENYELIDIKAN

Membangunkan pernyataan masalah /

objektif penyelidikan

Pembentukan teori

Pembentukan hipotesis

Pengutipan data

Analisis Data

Laporan Penyelidikan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 55: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/4

Jabatan Perdagangan / PPD

4.1 Pernyataan Masalah Penyelidikan

Masalah atau peluang kajian adalah keadaan atau situasi di mana wujud jurang

diantara keadaan sebenar dengan keadaan yang dikehendaki.

Contoh: Kenyataan bahawa orang ramai mengurangkan penggunaan gula

mungkin memberi masalah atau peluang kajian kepada sesebuah syarikat gula-

gula.

Berdasarkan contoh di atas, masalah atau peluang kajian adalah apa-apa sahaja isu

yang menarik minat dimana, hasilnya berkemungkinan dapat menolong

menyelesaikan situasi yang wujud kepada yang lebih baik. Apabila masalah

timbul, wujud keperluan untuk membuat penyelidikan dan menyelesaikan

masalah. Pihak pengurusan akan berbincang, seterusnya merangka masalah dalam

satu bentuk persoalan atau pernyataan yang boleh dikaji.

Contoh kes: Seorang pengurus cuba untuk meningkatkan produktiviti menerusi

pembiayaan yang lebih, tetapi tidak berjaya meningkatkan produktiviti. Masalah

sebenar berpunca daripada nilai moral dan motivasi pekerja yang rendah kerana

mereka tidak dianggap sebagai salah satu daripada penyumbang untuk sistem ini.

Mereka juga tidak mendapat pujian hasil daripada kerja mereka yang baik.

Sepatutnya pihak pengurusan dapat mengenalpasti masalah utama. Masalah

perlu dikenalpasti melebihi daripada tanda-tanda yang ada menerusi temubual

untuk mendapatkan maklumat.

Masalah : Pekerja kurang motivasi kerana sumbangan mereka tidak

dihargai

Pernyataan masalah : Merekabentuk satu sistem ganjaran yang efektif dan

berterusan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 56: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/5

Jabatan Perdagangan / PPD

Pernyataan masalah mewujudkan keperluan kepada penyelidik untuk menyelidik

dan menyelesaikan masalah. Masalah semasa yang wujud dalam

organisasi/pemasaran yang harus diselesaikan. Proses mendalami masalah yang

hendak dikaji dalam skop yang semakin kecil dan jelas di mana soalan yang

umum akan diperincikan kepada soalan atau set soalan yang lebih khusus.

Contoh :

a) Masalah: Meningkatkan strategi pertumbuhan pasaran melalui pembukaan

cawangan baru.

Pernyataan Masalah: Mengenalpasti dan menilai lokasi yang “prospective”

b) Masalah: Memperkenalkan produk baru.

Pernyataan Masalah: Merekabentuk ujian pasaran yang akan menentukan

apakah produk yang paling disukai dan diterima oleh pengguna?

Masalah?

Pernyataan Masalah?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 57: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/6

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 4A

Pelajar- pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli.

Pelajar ditugaskan untuk menjawab persoalan berdasarkan kes berikut:

Syarikat Samudera Sdn Bhd mengeluarkan produk penapis air berjenama “CLEAR”.

Jualan produk ini sangat menggalakkan tetapi sejak kebelakangan ini, hasil jualan

menunjukkan sedikit penurunan. Masalah ini berterusan sehingga beberapa bulan. Encik

Azmil, Pengurus syarikat merasakan perlu diadakan perbincangan untuk mengatasi

masalah tersebut. Hasil perbincangan menunjukkan masalah jualan berlaku kerana

terdapat produk penapis air berjenama “TULEN” yang memberi saingan hebat kepada

produk “CLEAR”. Walaupun produk “TULEN” masih baru di pasaran tetapi ia mendapat

sambutan yang menggalakkan, malah pelanggan produk “CLEAR” turut beralih kepada

produk “TULEN”. Syarikat membuat keputusan untuk mengadakan promosi yang agresif

bagi menyaingi produk “TULEN” dan seterusnya menguasai pasaran produk penapis air

di Malaysia.

Sebagai penyelidik, kenalpasti:

1. Apakah masalah pengurusan?

2. Penyataan masalah bagi kes di atas.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 58: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/7

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 4A 1. Kemerosotan hasil jualan produk “CLEAR” akibat dari persaingan produk “TULEN”

di pasaran.

2. Menilai keberkesanan strategi alternatif promosi syarikat bagi produk “CLEAR”.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 59: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/8

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

4.2 Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan merupakan satu pernyataan yang mengandungi

terminologi-terminologi yang tepat tentang maklumat yang diperlukan. Ia

dibentuk untuk memastikan maklumat yang diperolehi menepati tujuan

penyelidikan.

Merujuk kepada contoh kes dalam input 4.1, objektif penyelidikan yang sesuai

bagi kes tersebut adalah seperti berikut;

a) Mengkaji tentang peningkatan motivasi pekerja melalui ganjaran

kewangan (elaun, bonus, dan sebagainya)

b) Mengkaji tentang peningkatan motivasi pekerja melalui ganjaran bukan

kewangan (penghargaan, pakej percutian, Anugerah Pekerja Cemerlang

dan sebagainya)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 60: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/9

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 4B

Pelajar–pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli.

Pelajar ditugaskan untuk menjawab persoalan berdasarkan kes berikut:

Berdasarkan kes dalam aktiviti 4A, anda dikehendaki mengenalpasti apakah objektif

penyelidikan?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 61: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/10

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 4B

Objektif penyelidikan adalah;

Meningkatkan tahap jualan produk “CLEAR” melalui perlaksanaan salah satu strategi-

strategi promosi seperti berikut;

a) Peraduan

b) Pemberian Kupon

c) Baucer hadiah

d) Insentif produk percuma

e) Pengiklanan melalui media massa dan elektronik

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 62: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/11

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

4.3 Pembentukan Hipotesis

Pembentukan hipotesis bermula dengan pembentukan kerangka teori. Kerangka

teori merangkumi komponen-komponen berikut :

a) Mengenalpasti dan melabelkan pembolehubah yang terlibat dalam kajian.

Pembolehubah merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan sesuatu nilai

berbeza. Pembolehubah terdiri daripada :-

• Pembolehubah Bersandar (DV) : merupakan pembolehubah utama yang

akan diukur.

• Pembolehubah Tidak Bersandar (IV) : merupakan pembolehubah yang

akan dimanupulasikan oleh penyelidik dan boleh terdiri daripada satu atau

lebih.

b) Menyatakan bagaimana satu atau dua pembolehubah berkait antara satu sama

lain.

c) Menyatakan hubungan pembolehubah menjadi negatif atau positif.

Rajah 4.2 di mukasurat sebelah menunjukkan contoh kerangka teori yang

menunjukkan hubungan di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah

tidak bersandar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 63: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/12

Jabatan Perdagangan / PPD

RAJAH 4.2 : HUBUNGAN DI ANTARA HARGA TUNAI DAN

HARGA ANSURAN KE ATAS PERMINTAAN PENGGUNA.

HARGA TUNAI (-ve)

PERMINTAAN PENGGUNA

(-ve)

HARGA ANSURAN

(IV) (DV)

Hipotesis ialah “educated guess” dan satu pernyataan yang boleh diuji dengan

menggunakan analisis saintifik atau analisis kes. Ia juga merupakan satu peralatan

asas untuk menguji kajian kuantitatif. Hipotesis juga merupakan saranan

berbentuk sementara sebagai jawapan kepada persoalan kajian. Sifat sementara ini

berakhir apabila ia disahkan benar ataupun sebaliknya oleh data (maklumat atau

keterangan yang dikutip).

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 64: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/13

Jabatan Perdagangan / PPD

4.3.1 Jenis–jenis Hipotesis

a) Hipotesis Null (HO)

• Tiada hubungan statistik yang signifikan di antara pembolehubah

kajian. Contoh, tiada hubungan statistik yang signifikan di antara

harga dan permintaan pengguna terhadap produk Z.

• Tiada perbezaan statistik yang signifikan di antara eksperimen

kajian. Contoh, tiada perbezaaan statistik yang signifikan di antara

harga jualan tunai dengan harga jualan ansuran ke atas permintaan

produk Z.

b) Hipotesis Alternatif (H1)

• Menekankan kewujudan perhubungan diantara dua pembolehubah

atau menunjukkan wujud perbezaan diantara dua pembolehubah.

• Jika Hipotesis null ditolak, maka hipotesis alternatif akan diterima

dan sebaliknya

• Contoh :

HO : Tiada hubungan/tiada perkaitan diantara harga dan

permintaan pengguna.

H1 : Wujud hubungan di antara harga dan permintaan

pengguna.

c) Hipotesis Tidak Terarah

• Terdapat hubungan statistik yang signifikan di antara pembolehubah

kajian (arah hubungan tidak dinyatakan seperti lebih kecil, lebih

besar, positif, negatif, menurun atau meningkat). Contoh, wujud

hubungan statistik yang signifikan di antara harga dan permintaan

pengguna terhadap produk Z.

• Terdapat perbezaan statistik yang signifikan di antara eksperimen

kajian. Contoh, wujud hubungan yang signifikan di antara harga

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 65: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/14

Jabatan Perdagangan / PPD

jualan tunai dengan harga jualan ansuran ke atas permintaan

pengguna produk Z.

d) Hipotesis Terarah

• Terdapat hubungan statistik yang signifikan di antara pembolehubah

kajian (arah hubungan dinyatakan). Contoh, terdapat hubungan

statistik yang negatif di antara harga dan permintaan pengguna

terhadap produk Z.

• Terdapat perbezaan statistik yang signifikan di antara eksperimen

kajian (arah perbezaan dinyatakan). Harga jualan tunai adalah lebih

kecil signifikannya berbanding dengan harga jualan ansuran ke atas

permintaan pengguna produk Z.

• Contoh : Rujuk Rajah 4.2

4.3.2 Ciri–ciri Hipotesis

a) Konsisten dengan penyelidikan lalu dimana hubungan pembolehubah

dalam hipotesis perlu mengikut majoriti hipotesis kajian lalu. Jika kajian

lalu tidak konsisten, kita perlu membuat kajian yang lebih konsisten.

b) Jelas dan ringkas. Pembolehubah dinyatakan dalam bentuk yang boleh

diukur.

c) Boleh diuji.

d) Boleh dipercayai (reliability)

e) Kesahihan (validity)

4.3.3 Membentuk Hipotesis

Setelah mengenalpasti kerangka teori, langkah seterusnya ialah membentuk

hipotesis.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 66: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/15

Jabatan Perdagangan / PPD

Contoh 1:

Satu penyelidikan dilakukan oleh pelajar politeknik untuk mengkaji reaksi

responden terhadap penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar-pelajar

politeknik di Malaysia. Cadangan hipotesis null dan hipotesis alternatif bagi

penyelidikan tersebut ialah seperti berikut :

HO : Pilihan telefon bimbit di kalangan pelajar politeknik tidak dipengaruhi

oleh jenama telefon bimbit.

H1 : Pilihan telefon bimbit di kalangan pelajar politeknik dipengaruhi

oleh jenama telefon bimbit.

Contoh 2

Berdasar pernyataan: “reaksi pengguna terhadap pembungkusan produk BZ

yang baru.”

HO : Pembungkusan baru produk BZ tidak mempengaruhi tindakan

pengguna.

H1 : Pembungkusan baru produk BZ mempengaruhi tindakan pengguna.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 67: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/16

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 4C

Pelajar- pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli.

Pelajar ditugaskan untuk menjawab persoalan berdasarkan kes berikut:

Seorang pengurus pemasaran ingin mengetahui sama ada jualan syarikat akan meningkat

jika dia menggandakan perbelanjaan dalam pengiklanan. Di sini pengurus ingin

membentuk satu hubungan di antara pengiklanan dan jualan. Sebagai penyelidik

bentukkan satu hipotesis bagi hubungan tersebut. Untuk memudahkan, anda dikehendaki

menyatakan pembolehubah-pembolehubah (bersandar atau tidak bersandar) serta

melakarkan kerangka teoritikal.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 68: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/17

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 4C

Kerangka Teori :

Pengiklanan (+ve) Jualan

( IV ) ( DV )

Hipotesis :

HO : Pengiklanan tidak meningkatkan tahap jualan.

H1 : Pengiklanan meningkatkan tahap jualan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 69: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/18

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1. Senaraikan langkah-langkah dalam proses penyelidikan pemasaran.

(6 markah)

2. Terangkan perbezaan di antara tujuan penyelidikan (research purpose) dengan

objektif penyelidikan (research objective).

(5 markah)

3. Senaraikan dan jelaskan:

a) Jenis-jenis hipotesis (8 markah)

b) Ciri-ciri hipotesis (5 markah)

4. Pada tahun 1988 , syer pasaran General Motors ( GM ) di Amerika Syarikat telah

jatuh kepada 37% berbanding 43% pada tahun 1983. Kemerosotan ini sedikit

sebanyak adalah disebabkan oleh persaingan daripada kereta–kereta lain yang

mempunyai rekabentuk yang hampir sama seperti Buick, Pontiac, Oldsmobile,

Chevrolet dan Cadillac. Berikutan itu, GM telah cuba mewujudkan satu rekabentuk

baru untuk menyaingi kereta-kereta pesaing tersebut.

Berdasarkan kes di atas, anda dikehendaki :

a) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh GM. (2 markah)

b) Membentuk satu pernyataan masalah yang sesuai. (5 markah)

c) Mengenalpasti objektif penyelidikan. (4 markah)

d) Membentuk hipotesis penyelidikan yang sesuai bagi penyelidikan

yang akan dijalankan.

(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 70: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/19

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Rujuk input 4.1 m/s 3

2. Rujuk input 4.2 m/s 8

3. Rujuk input 4.3.1 m/s 13 - 14

4. a) Kemerosotan jualan akibat daripada rekabentuk kereta pesaing yang hampir

sama.

b) Merekabentuk satu sistem penilaian yang menguji keberkesanan rekabentuk–

rekabentuk kereta.

c) Syer pasaran GM boleh dipertingkatkan melalui salah satu cara berikut :

• rekabentuk fizikal luaran yang unik.

• rekabentuk fizikal dalaman yang lebih selamat dan selesa.

d) Hipotesis :

HO : Sistem penilaian yang direkabentuk tidak berkesan.

H1 : Sistem penilaian yang direkabentuk berkesan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 71: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 5

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : KAEDAH

PENYELIDIKAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Memahami dan mengenalpasti kaedah-kaedah

penyelidikan

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Menentukan dan memilih kaedah penyelidikan yang

sesuai

Membezakan/membandingkan kaedah penyelidikan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 72: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

5.0 Pengenalan

Sekiranya anda ingin mendapatkan/memperolehi maklumat tentang persepsi

orang lain terhadap diri anda sendiri, apakah tindakan yang akan anda lakukan?

Pengutipan data yang baik memerlukan seseorang penyelidik bijak dalam

memilih kaedah peyelidikan yang sesuai. Kaedah pengutipan data secara saintifik

yang popular terdiri daripada kaedah “survey” (soal siasat), pemerhatian,

eksperimentasi dan perbincangan kumpulan fokus.

5.1 Kaedah “Survey”

Penyelidik menyoal subjek atau responden dan mengutip maklumbalas mereka

secara peribadi dan tidak peribadi. Data dikutip melalui temuduga bersemuka,

percakapan telefon (temubual), temuduga melalui telefon, soal selidik yang

dihantar melalui surat/ditinggalkan di tempat-tempat awam dan soal selidik

melalui komputer.

5.2 Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini meliputi kajian pemerhatian di mana penyelidik memerhati aktiviti

subjek atau responden atau sifat sesuatu bahan kajian tanpa cuba untuk

memperolehi maklumbalas daripada sesiapa. Pemerhati hanya mengambil nota

dan merekod maklumat daripada pemerhatiannya.

Contoh :

Kiraan lalulintas di persimpangan jalan, pencarian maklumat di perpustakaan,

memerhati tindak-tanduk sekumpulan individu dan lain-lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 73: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/3

Jabatan Perdagangan / PPD

5.2.1 Jenis Pemerhatian

Pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu:

a) “Visible” (terang-terangan) – Kehadiran objek (pemerhati)

diketahui oleh subjek (orang atau benda yang dikaji).

b) “Hidden” (sembunyi-sembunyi) – Kehadiran objek tidak

diketahui oleh subjek.

5.2.2 Penglibatan Pemerhati

Pemerhati boleh terlibat sebagai:

a) Peserta : Pemerhati bersama-sama dengan subjek. Penyelidik

akan mendapat maklumat langsung/terus disebabkan kehadiran mereka

dalam persekitaran kajian secara terang-terangan atau secara

sembunyi-sembunyi. Walau bagaimanapun penglibatan pemerhati

sebagai peserta sama ada secara terang-terangan atau sembunyi-

sembunyi mempunyai kelemahan tertentu seperti berikut:

• Jika “visible” : Maklumat salah kerana subjek tahu penyelidik

sebagai peserta, maka subjek akan tunjukkan perkara yang

baik-baik sahaja.

• Jika “hidden” : Penyelidik akan menghasilkan kajian yang

dipengaruhi oleh emosi kerana telah bersama-sama dengan

peserta.

b) Bukan peserta : Merupakan peranan penyelidik sebenar kerana

penyelidik hanya memerhati gelagat yang ditunjukkan oleh

pembolehubah kajian dan merekod apa yang sebenarnya berlaku.

Pemerhati boleh hadir secara terang-terangan atau sembunyi-

sembunyi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 74: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/4

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 5A Pelajar-pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli.

Setiap kumpulan akan membuat aktiviti pemerhatian ke atas fenomena-fenomena yang

berlaku di dalam kawasan politeknik. Contoh :

a) memerhati gelagat kumpulan–kumpulan pelajar di kantin.

b) memerhati jumlah kereta di tempat letak kereta (adakah jumlah kereta sama pada

setiap hari dan adakah jumlah kereta konsisten dari pagi hingga ke petang).

Pelajar-pelajar perlu merekod pemerhatian mereka dan tugasan ini perlu disiapkan dalam

masa seminggu.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 75: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/5

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A Pensyarah boleh menilai tugasan melalui laporan yang disediakan. Antara perkara-

perkara penting yang perlu ditekankan adalah :

a) Bila pemerhatian dibuat – pukul berapa, tempoh, hari apa, waktu (pagi, masa rehat

dan petang).

b) Keadaan persekitaran semasa pemerhatian dibuat – hari hujan, cuaca panas dan lain-

lain.

c) Kaedah yang digunakan – bersembunyi atau terang-terangan.

d) Bagaimana mengendalikan pemerhatian – adakah waktu memerhati sama pada setiap

hari, pembahagian tugas, bagaimana data direkod dan lain-lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 76: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/6

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

5.3 Kaedah Eksperimentasi

Kaedah ini membolehkan penyelidik melakukan manipulasi ke atas pembolehubah

tidak bersandar dan melihat kesannya ke atas pembolehubah bersandar. Penyelidik

mesti mengawal pembolehubah-pembolehubah lain agar pembolehubah bersandar

memang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Eksperimen terbahagi

kepada dua :

a) Eksperimen dalam makmal di mana pembolehubahnya dimanipulasi dalam

situasi tiruan. Contoh: pra uji iklan televisyen, ujian rasa dalam makmal, aktiviti

denyutan nadi (psychogalvanometer)

b) Eksperimen luar makmal yang mana pembolehubahnya dimanipulasi dalam

situasi yang sebenar. Contoh: ujian perletakan produk di rumah (sampel

percuma), ujian perletakan harga di pelbagai kawasan.

5.3.1 Kebaikan Kaedah Eksperimen

• Keputusan mengenai hubungan sebab dan akibat boleh di buat.

• Membolehkan manipulasi ke atas pembolehubah tidak bersandar.

• Boleh mengadakan kawalan iaitu menghalang faktor-faktor lain

dari mempengaruhi pembolehubah bersandar.

• Replikasi membolehkan penyelidik melihat kesan IV ke atas DV

pada masa, keadaan dan subjek yang berbeza.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 77: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/7

Jabatan Perdagangan / PPD

5.3.2 Kelemahan Kaedah Eksperimen

• Di dalam sesuatu keadaan, hubungan antara sebab dan akibat

selepas menjalankan kajian di makmal tidak semestinya

mempunyai kesan yang sama ke atas hubungan sebab dan akibat di

dalam organisasi kerana tidak dapat dipastikan adakah hubungan

sebab dan akibat yang diperolehi akan berlaku pada keadaan

sebenar.

• Kos yang lebih tinggi diperlukan berbanding kaedah penyelidikan

yang lain.

• Kajian dalam bidang pengurusan melibatkan manusia. Oleh sebab

itu, sukar bagi penyelidik memanipulasi pembolehubah kerana ia

mungkin menyentuh persoalan etika.

5.4 Perbincangan Kumpulan Fokus

Kaedah ini sebenarnya adalah sebahagian daripada kaedah “survey”. Ia

merupakan pengumpulan individu yang terpilih untuk bercakap secara bebas

mengenai topik tertentu. Sesi tidak formal untuk mendengar perbualan orang

lain tentang pandangan, perasaan, kekecewaan dan sikap mereka terhadap

sesuatu isu. Kaedah ini hanya mengambil masa 1 jam hingga 2 jam.

5.4.1 Kebaikan Perbincangan Kumpulan Fokus

• Stimulasi kumpulan: Kespontanan bercakap adalah tinggi, memberi

jawapan yang kreatif dan menggalakkan responden yang pemalu untuk

turut sama bercakap.

• Penghasilan andaian atau hipotesis: menghasilkan idea-idea baru atau

andaian-andaian untuk diuji.

• Menggalakkan pengeluaran idea.

• Kepantasan: Menyusun perbincangan hingga kepada membuat laporan

akhir mengambil masa antara dua hingga tiga minggu sahaja.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 78: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/8

Jabatan Perdagangan / PPD

• Melibatkan kos yang lebih rendah berbanding kaedah-kaedah lain

disamping maklumat yang lebih banyak dapat dihasilkan.

• Hubungan yang erat diantara responden kerana perbincangan

dijalankan di dalam bilik tertutup dan tiada kawalan daripada

penemuduga.

• Fleksibiliti: Responden tidak terikat dengan soalan yang berstruktur.

• Struktur soalan soal selidik adalah bebas.

• Laporan: Kandungan data bernombor adalah kurang, ini menjadikan

laporan yang dihasilkan nampak realistik dengan ungkapan ayat dan

perkataan yang dibina.

5.4.2 Kelemahan Perbincangan Kumpulan Fokus

• Data sukar diukur: Tidak boleh menggunakan analisis statistik dan ia

memerlukan kepakaran menulis yang tinggi supaya laporan menjadi

realistik.

• Sukar untuk mengumpul responden di satu lokasi yang dipersetujui

bersama.

• Kesan ‘banyak mulut’: Perbincangan terdorong untuk didominasikan

oleh seorang individu atau beberapa individu sahaja.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 79: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/9

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 5B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklum balas di halaman seterusnya.

1. Jelaskan kebaikan kaedah eksperimen. 2. Berikan kelemahan perbincangan kumpulan fokus.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 80: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/10

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A

1. Rujuk input 5.3.1 m/s 6.

2. Rujuk input 5.4.2 m/s 8.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 81: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/11

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1. Nyatakan jenis eksperimentasi yang dijalankan bagi situasi berikut :

a) Pembekal peralatan pejabat bercadang untuk melaksanakan satu program

persembahan jualan baru untuk tenaga jualannya. Satu kawasan pasaran telah

dipilih, program baru tersebut telah dilaksanakan dan kesan ke atas jualan telah

diukur.

(2 markah)

b) P & G ingin mengenalpasti sama ada pembungkusan baru bagi produk “TIDE”

lebih efektif daripada rekabentuk sedia ada. 12 buah pasaraya telah dipilih secara

rawak di Kuala Lumpur. 6 buah daripada 12 buah pasaraya dipilih sacara rawak

menjual TIDE dalam pakej baru. Sementara 6 buah lagi menjual TIDE pakej

lama. Jualan kedua-dua kumpulan diselia selama 3 bulan.

(2 markah)

2. Sebuah gedung membeli-belah baru telah dibuka disebuah pusat bandar di Utara

Semenanjung Malaysia. En. Firdaus yang merupakan pengurus pemasaran ingin

mengetahui tentang kadar kehadiran orang ramai ke gedung membeli-belah tersebut

pada 6 bulan pertama pembukaannya. Sebagai pelajar yang telah mempelajari

penyelidikan pemasaran :

a) berikan kaedah penyelidikan yang sesuai bagi situasi di atas. (2 markah)

b) berikan kebaikan menggunakan kaedah tersebut berdasarkan kes. (6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 82: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/12

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. a) Eksperimentasi dalam makmal

b) Eksperimentasi luar makmal

2. a) Kaedah Pemerhatian

b) Kebaikan :

• Kos rendah

• Menjimatkan masa dan tenaga

• Tidak mengganggu pengguna atau pembeli kerana pemerhatian tidak

memerlukan responden untuk bekerjasama atau memberi tindakbalas.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 83: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 6

“OVERVIEW’’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : mengumpul data,

menentukan persampelan , menganalisis data serta laporan.

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mengenali kaedah-kaedah mengumpul data, menentukan

persampelan, menganalisis data serta mengetahui secara

ringkas tentang laporan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Mengenalpasti kaedah-kaedah mengumpul data.

Menentukan persampelan bagi sesuatu penyelidikan.

Menyenaraikan langkah-langkah menganalisis data.

Menyenaraikan kategori-kategori laporan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 84: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

6.0 Pengenalan

Dalam unit ini, kita akan mengenal secara ringkas bagaimana kita mengumpul

data, menentukan persampelan serta bagaimana hendak menganalisis data yang

telah dikumpul dari penyelidikan yang telah atau hendak dibuat. Setelah melalui

proses-proses tersebut , kita seterusnya akan membincangkan sedikit sebanyak

tentang penyediaan dan penulisan laporan.

Untuk makluman para pelajar sekalian, proses-proses yang dibincangkan di atas

akan dihuraikan secara terperinci dalam unit-unit seterusnya.

6.1 Kaedah Mengumpul Data

Dalam penyelidikan, terdapat 2 jenis data iaitu:

a) data prima

• juga dikenali sebagai data utama

• merupakan sumber maklumat

ataupun pengutipan maklumat dari

sumber asal bagi tujuan tertentu.

b) data sekunder

• merupakan data yang sedia ada atau direkodkan oleh pihak penyelidik

lain sebelum wujudnya keperluan semasa penyelidikan.

• Boleh diperolehi dari pelbagai sumber bercetak yang dikeluarkan dari

masa ke semasa.

Individu kumpulan sasaran atau responden yang dikaji oleh penyelidik adalah

merupakan contoh sumber data prima. Data juga boleh diperolehi daripada

sumber sekunder seperti melalui rekod syarikat terbitan kerajaan atau arkib.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 85: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/3

Jabatan Perdagangan / PPD

Data boleh dikumpulkan dengan pelbagai cara dan dari sumber yang berbeza.

Pengumpulan data boleh dibahagikan kepada tiga kaedah asas iaitu :

a) Komunikasi

• Temuduga bersemuka

• Telefon

• Temuduga Berkomputer

• Pos

b) Pemerhatian

• Eksperimentasi

c) Pengunaan Internet

Kaedah–kaedah pengumpulan data di atas kesemuanya menggunakan borang soal

selidik. Borang soal selidik adalah jadual atau borang formal yang mengandungi

soalan-soalan yang dibentuk dengan berhati-hati dan bersistematik untuk

memperolehi maklumat secara langsung dari responden mengenai sesuatu perkara

yang dikaji oleh penyelidik.

Pemilihan cara-cara pengumpulan data adalah bergantung kepada kemudahan

yang disediakan oleh organisasi, had ketepatan, kepakaran penyelidik, jarak dan

masa kajian serta kos dan sumber yang bersesuaian dengan pengumpulan data.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 86: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/4

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 6A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1) Berikan 2 jenis data dalam Penyelidikan Pemasaran

2) Senaraikan kaedah asas pengumpulan data.

3) Apakah itu borang soal selidik?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 87: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/5

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6A Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab

kesemua soalan dalam aktiviti 6A.

1. a) Data Prima

b) Data Sekunder

2. a) Komunikasi

• Temuduga bersemuka

• Telefon

• Temuduga Berkomputer

• Pos

b) Pemerhatian

• Eksperimentasi

c) Penggunaan Internet

3. Borang soal selidik adalah jadual atau borang formal yang mengandungi soalan-

soalan yang dibentuk dengan berhati-hati dan bersistematik untuk memperolehi

maklumat secara langsung dari responden mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh

penyelidik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 88: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/6

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

6.2 Menentukan Persampelan

Apa itu pensampelan? Pensampelan sebenarnya adalah teknik yang melibatkan

penggunaan sebilangan kecil item, ahli ataupun elemen daripada populasi sebagai

asas untuk membuat kesimpulan atau ramalan terhadap keseluruhan populasi.

Contohnya , katakanlah kita sedang membuat penyelidikan tentang purata belanja

harian pelajar Politeknik Port Dickson di kantin politeknik. Populasi kajian kita

adalah semua pelajar Politeknik Port Dickson. Adalah tidak mungkin untuk kita

mendapatkan maklumat atau data daripada kesemua pelajar kerana ia memakan

masa serta kos yang terlalu tinggi. Justeru itu, kita akan memilih sebahagian

pelajar-pelajar secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Hasil maklumat yang

diperolehi akan digunakan untuk membuat satu kesimpulan yang menjelaskan

tentang perbelanjaan harian kesemua pelajar politeknik tersebut.

Sebelum kita melihat kaedah-kaedah persampelan , harus diingatkan bahawa anda

perlu tahu akan terma-terma berikut :

a) Populasi – keseluruhan individu atau elemen

atau peristiwa yang sifat-sifat ahlinya dianalisis sampel

atau dikaji .

b) Unsur atau Elemen – ahli kepada populasi.

c) Sampel – subset kepada populasi

dan ia terdiri daripada beberapa ahli yang

dipilih daripada populasi.

d) Subjek – ahli kepada sampel.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 89: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/7

Jabatan Perdagangan / PPD

Terdapat 2 jenis pensampelan iaitu :

a) Persampelan berkemungkinan (Persampelan Berkebarangkalian)

• Dalam kaedah ini, setiap elemen dalam populasi mempunyai

kebarangkalian tertentu (bukan sifar) untuk dipilih sebagai ahli sampel.

• Jenis-jenis persampelan berkemungkinan adalah:

i. Persampelan rawak mudah

ii. Persampelan berkelompok

iii. Persampelan sistematik

iv. Persampelan berstrata

b) Persampelan tidak berkemungkinan.

• Persampelan ini bergantung sepenuhnya atas kebijaksanaan dan

keperluan penyelidik .

• Jenis-jenis persampelan tidak berkemungkinan adalah :

i. Persampelan kuota

ii. Persampelan “convenience”

iii. Persampelan “snowball”

Untuk makluman pelajar sekalian, penerangan secara terperinci tentang jenis-jenis

persampelan akan dibincangkan di dalam Unit 11.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 90: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/8

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 6B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Terangkan dengan ringkas perkara-perkara berikut :-

a) Populasi

b) Sampel

c) Subjek

2. Berdasarkan tajuk penyelidikan “Promosi yang berkesan dapat meningkatkan

permintaan terhadap telefon mudah alih di kalangan penduduk Wilayah Persekutuan”,

tentukan populasi kajian.

3. Senaraikan kaedah-kaedah Persampelan berkemungkinan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 91: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/9

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6B Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab

kesemua soalan dalam aktiviti 6B.

1. a) Populasi – keseluruhan individu atau elemen atau peristiwa yang sifat-sifat

ahlinya dianalisis atau dikaji .

b) Sampel – merupakan subset kepada populasi dan ia terdiri daripada beberapa

ahli yang dipilih daripada populasi.

c) Subjek – merupakan ahli kepada sampel.

2. Populasi kajian adalah kesemua penduduk Wilayah Persekutuan.

3. Jenis-jenis persampelan berkemungkinan adalah:

i. Persampelan rawak mudah

ii. Persampelan berkelompok

iii. Persampelan sistematik

iv. Persampelan berstrata

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 92: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/10

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT 6.3 Menganalisis Data

Analisis data adalah proses yang dibuat selepas melalui kaedah pengumpulan data

bagi sesuatu penyelidikan. Analisis data dilakukan untuk menguji setiap hipotesis

yang diwujudkan dan hasilnya dapat ditafsirkan. Data-data yang dikumpulkan akan

melalui beberapa peringkat pemprosesan iaitu :

a) Pengeditan

• Merupakan langkah pertama dalam analisis

• Di sini, kita akan mengenalpasti kesilapan data dan memperbaikinya.

• Mempastikan data yang dikumpul adalah tepat, konsisten dengan

maklumat yang lain, mencukupi dan disusun bagi memudahkan

langkah berikutnya iaitu pengkodan.

b) Pengkodan

• Merupakan proses mengkelaskan data dan memberi nombor atau simbol pada

kelas tertentu. Contohnya, bagi kelas jantina, nombor berikut biasanya

digunakan :

1 – lelaki 2 – perempuan

• Pengkodan akan membantu penyelidik kerana maklumbalas yang banyak

dapat dianalisa dengan lebih sistematik serta memudahkan penganalisaan data

melalui program komputer.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 93: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/11

Jabatan Perdagangan / PPD

c) Penjadualan dan Pencartaan

• Didalam proses penjadualan ini, kita akan menukarkan data mentah kepada

bentuk jadual iaitu dengan memberikan kategori tertentu kepada elemen-

elemen yang dikaji. Pelajar boleh merujuk contoh di dalam input seterusnya

dalam Unit 12.

• Setelah kita menyiapkan jadual, kita akan membuat carta statistik yang

bersesuaian, menarik dan mudah difahami. Contoh carta-carta yang boleh

dibuat adalah carta histogram, carta pai, carta berpalang, carta poligon, ogif

dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

• Teknik analisis terhadap data sampel membolehkan kita menghasilkan min,

varians, sisihan piawai dan lain-lain pengiraan yang amat diperlukan dalam

sesuatu ujian. Kita juga boleh menggunakan pakej statistik seperti SPSS dan

SAS. Penggunaan statistik ujian adalah bergantung kepada penganggar

sampel dan saiz sampel.

d) Penginterpretasian

• Dalam proses ini kita memberi makna kepada hasil data yang telah diproses

dan membuat rumusan samada hipotesis yang dibentuk diterima atau ditolak

serta memastikan samada objektif penyelidikan tercapai.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 94: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/12

Jabatan Perdagangan / PPD

6.4 Menyedia dan Menulis Laporan

Menulis laporan penyelidikan memerlukan perancangan dan pemikiran yang teliti.

Keberkesanan sesuatu laporan itu bergantung kepada kemampuannya menarik

perhatian pembaca atau pendengar. Ukuran, fokus kepada data dan ilustrasi serta cara

data dipamerkan juga akan mempengaruhi minat pembaca atau pendengar. Di dalam

kebanyakan kes adalah penting untuk kita mengetahui siapakah kumpulan sasaran

kita dan apakah sebenarnya tujuan laporan itu disediakan

Terdapat tiga kategori laporan :

a) Laporan yang sangat mudah

• Bertujuan untuk menawarkan data-data ke atas beberapa faktor khusus secara

mudah seperti yang dikehendaki.

b) Laporan untuk menjual idea

• Bertujuan untuk mejual idea kepada pihak atasan di mana laporan yang

disediakan perlu lebih lengkap dan meyakinkan.

c) Laporan menyeluruh yang menawarkan alternatif penyelesaian selepas mengkaji

sesuatu situasi

• Laporan ini lebih terperinci bagi setiap langkah yang dikaji, menitikberatkan

analisis data, keputusan dan menyediakan asas yang kuat kepada perakuan

yang pelbagai.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 95: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/13

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 6C Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan unit selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Nyatakan langkah-langkah utama dalam menganalisis data.

2. Senaraikan dan terangkan dengan ringkas kategori-kategori laporan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 96: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/14

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6C Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab

kesemua soalan dalam aktiviti 6C.

1. Langkah-langkah utama dalam menganalisis data adalah :

a) Pengeditan

b) Pengkodan

c) Penjadualan dan Pencartaan

d) Penginterpretasian Data

2. Kategori-kategori laporan adalah :

a) Laporan yang sangat mudah

• Bertujuan untuk menawarkan data-data ke atas beberapa faktor khusus secara

mudah seperti yang dikehendaki.

b) Laporan untuk menjual idea

• Bertujuan untuk mejual idea kepada pihak atasan di mana laporan yang

disediakan perlu lebih lengkap dan meyakinkan.

c) Laporan menyeluruh yang menawarkan alternatif penyelesaian selepas mengkaji

sesuatu situasi

• Laporan ini lebih terperinci bagi setiap langkah yang dikaji, menitikberatkan

analisis data, keputusan dan menyediakan asas yang kuat kepada perakuan

yang pelbagai.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 97: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/15

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1. Kriya Enterprise merupakan syarikat pengeluaran yang bersaiz sederhana. Aktiviti

syarikat adalah menjual dan membekal peralatan yang diperlukan dalam industri

perubatan. Syarikat ini mempunyai 320 orang pekerja yang bekerja mengikut tiga

syif. Syarikat ini menghadapi masalah lantik henti di setiap jabatan dan peringkat

pengurusan. Kajian telah dilakukan untuk mengkaji masalah tersebut. 50 orang

pekerja dari pelbagai peringkat dan jabatan dipilih sebagai sampel. Berdasarkan kes

ini, sila jawab soalan berikut.

a) Berikan populasi kajian yang dijalankan (2 markah)

b) Siapakah sampel kajian (2 markah)

c) Berapa peratuskah daripada populasi kajian yang telah dipilih sebagai sampel

kajian

(2 markah)

d) Pada pandangan anda, apakah kaedah yang paling sesuai yang boleh digunakan

oleh penyelidik untuk mengumpul data bagi kajian ini?

(3 markah)

2. Senaraikan jenis-jenis pensampelan berkemungkinan dan pensampelan tak

berkemungkinan. (7 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 98: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/16

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. a) Populasi kajian adalah 320 orang pekerja Kriya Enterprise dari pelbagai peringkat

dan jabatan

b) 50 orang pekerja Kriya Enterprise dari pelbagai peringkat dan jabatan

c) 50/320 X 100 = 15.625 %

d) Kaedah temuduga bersemuka atau temuramah

2. i) Jenis-jenis persampelan berkemungkinan adalah:

Persampelan rawak mudah

Persampelan berkelompok

Persampelan sistematik

Persampelan berstrata

ii) Persampelan tidak berkemungkinan adalah:

Persampelan kuota

Persampelan “convenience”

Persampelan “snowball”

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 99: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 7

KAEDAH PENGUMPULAN DATA: JENIS-JENIS DATA Prima

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mengenalpasti dan memahami jenis-jenis data utama

serta teknik-teknik pengumpulan data.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Mendefinisikan data prima.

Mengkelaskan dan membezakan jenis-jenis data

prima.

Mengenalpasti sumber-sumber mendapatkan data

prima.

Menjelaskan kaedah atau teknik-teknik mendapatkan

data prima.

Tulip merah= 7 Tulip Biru =3 Tulip ungu= 6…

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 100: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

7.0 Pengenalan

Masih ingatkah anda tentang data prima yang telah kita bincangkan dalam Unit 6 ?

Dalan unit ini, kita akan lebih mendalami tentang data prima di mana kita akan

membincangkan bagaimana data prima ini dikelaskan dan dibezakan antara satu sama

lain. Kita juga akan mengenalpasti sumber-sumber untuk mendapatkan data prima.

Baiklah, sudahkah anda bersedia!!! Mari kita lihat dahulu definisi data prima.

7.1 Definisi Data Prima

Data prima atau data utama adalah data atau maklumat yang dikutip dari sumber asal

bagi tujuan tertentu terutama untuk menyelesaikan masalah dalam tangan seperti

masalah perniagaan.

7.2 Jenis–Jenis Data Prima

Data prima boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu :

a) Demografi / Sosioekonomi

Merupakan jenis data prima yang diminati oleh para penyelidik pemasaran.

Contohnya umur, jantina, bangsa, pekerjaan, pendapatan, status perkahwinan dan

kelas sosial. Penyelidik biasanya akan menyesuaikan perubahan ini dengan data

yang diperolehi untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih berkenaan subjek.

Misalnya para penyelidik pemasaran boleh mengkaji samada penggunaan sesuatu

produk itu dipengaruhi oleh umur seseorang, jantina, tahap pendidikan,

pendapatan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini kemudiannya akan

digunakan oleh para pemasar untuk membuat segmentasi pasaran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 101: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/3

Jabatan Perdagangan / PPD

Antara soalan-soalan yang boleh ditanya adalah seperti berikut:

1. Berapakah pendapatan bulanan anda.

2. Jantina

Lelaki

Perempuan

b) Psikologi / Cara hidup

Merupakan data yang dikumpul bagi mengetahui karakteristik seperti personaliti,

aktiviti, minat dan nilai yang dipegang oleh mereka. Pemasar biasanya berminat

dengan data-data ini kerana psikologi dan cara hidup akan mempengaruhi gelagat

membeli pengguna. Contohnya produk yang digunakan, tempat membeli produk

serta maklumbalas pengguna terhadap sesuatu iklan yang dikeluarkan. Contoh

persoalan: Jika anda kehabisan minyak wangi, di manakah anda akan

membelinya?

c) Sikap / Pendapat

Merujuk kepada perasaan, keyakinan pengguna, perlakuan dan sikap pengguna

terhadap sesuatu produk atau servis. Sikap dan perlakuan sebenar pengguna

mencerminkan kepentingan untuk menentukan segmentasi pasaran, strategi

perletakan dan keberkesanan pengiklanan oleh pemasar. Contoh: Adakah anda

setuju atau tidak bahawa merokok perlu dilarang di tempat-tempat awam?

d) Kesedaran / Pengetahuan

Merujuk kepada keperluan atau pengetahuan pengguna terhadap sesuatu

fenomena dibawah kajian. Kesedaran individu biasanya bermaksud kesedaran

RM500 – RM1000

RM1001 – RM1500

RM1501 – RM2500

RM2501 – RM5000

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 102: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/4

Jabatan Perdagangan / PPD

individu terhadap produk. Penyelidik berminat dalam menentukan samada

responden mempunyai kesedaran terhadap perkara-perkara berikut.

i) produk

ii) sifat atau ciri-ciri produk

iii) di mana ia boleh diperolehi

iv) harga

v) pengeluar produk tersebut

vi) di mana ia dibuat

vii) bagaimana mengguna dan untuk tujuan apa

viii) ciri-ciri istimewa yang ada pada produk

e) Hasrat

Merujuk kepada harapan atau perancangan individu terhadap gelagat akan datang.

Contohnya menunjukkan rasa ingin membeli atau menggunakan produk tertentu.

Data-data ini membolehkan pemasar menganggar saiz potensi pasaran. Walau

bagaimanapun anda harus ingat bahawa hasrat membeli tidak bermakna pengguna

akan membeli produk tersebut. Contoh soalan yang boleh dikemukakan kepada

subjek adalah: Jika anda melihat produk ini dalam pasaran, adakah anda akan

membelinya?

f) Motivasi

Data prima motivasi adalah data berkenaan keperluan, kemahuan, keinginan,

kehendak atau sebarang tingkah laku pengguna yang mendorong ke arah sesuatu

matlamat. Data ini membantu pemasar memahami kenapa pengguna bertindak

atau memberi maklum balas tertentu terhadap produk atau perkhidmatan. Ia juga

menerangkan mengapa pengguna menerima atau menolak sesuatu produk.

Contohnya jika pengguna ingin membeli kereta yang melambangkan status, maka

Mercedes Benz akan menjadi pilihan utama pengguna, manakala jika keselamatan

merupakan kepentingannya, Volvo akan menjadi pilihan utama pengguna.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 103: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/5

Jabatan Perdagangan / PPD

g) Gelagat

Data gelagat adalah data-data prima yang dikumpul dalam pengkajian tingkahlaku

lepas untuk meramal tingkahlaku masa depan bagi merangka strategi pemasaran.

Antara soalan-soalan yang biasanya dibentuk untuk mengumpul maklumat

tentang perlakuan ini adalah “Apakah jenama baju yang selalu anda beli?”, “ Di

manakah kali terakhir anda membeli syampu cap X?”, “Bilakah kali terakhir anda

membeli jus buah-buahan?”. Untuk makluman para pelajar, soalan-soalan untuk

mendapatkan data ini biasanya bermula dengan persoalan apa, berapa banyak, bila

dan siapa.

You all mesti ingat apo jenis-jenis data prima. Kalau tak ingat, baca sampai ingat, faham!!! Saya tak nak you all dapat markah rendah. Okay…Mari kita cuba buat soalan latihan..

Banyaknya kena ingat……

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 104: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/6

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 7A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Berikan definisi data prima.

2. Senaraikan jenis-jenis data prima dan terangkan mana-mana dua jenis.

3. Sila bentukkan kumpulan (4 atau 5 orang setiap kumpulan). Setiap kumpulan

dikehendaki mendapatkan maklumat atau data daripada setiap pelajar kelas anda.

Anda boleh memilih mana-mana satu perkara berikut:-

a) Tinggi (cm)

b) Berat (kg)

c) Kadar nadi seminit

d) Markah kuiz 1 bagi matapelajaran Penyelidikan Pemasaran

Berdasarkan data-data yang telah dikumpul, setiap kumpulan dikehendaki:-

(i) Membina jadual kekerapan

(ii) Membina histogram

(iii) Mencari min, mod dan median

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 105: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/7

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 7A Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab

kesemua soalan dalam aktiviti 7A.

1. Definisi data prima : Data prima atau data utama adalah data atau maklumat yang

dikutip dari sumber asal bagi tujuan tertentu terutama untuk menyelesaikan masalah

dalam tangan seperti masalah perniagaan.

2. Sila rujuk input 7.2 m/s 2 – 5

3. Jawapan adalah bergantung kepada data yang anda perolehi. Sila rujuk kepada

pensyarah anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 106: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/8

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

7.3 Sumber Data Prima

Terdapat pelbagai sumber untuk mendapatkan data prima. Kita telahpun

membincangkannya secara ringkas dalam Unit 6. Baiklah, sebelum kita mendalami

data prima, marilah kita lihat dahulu dua pendekatan utama dalam mengutip data

prima iaitu :

a) Pendekatan Pasif

Pendekatan ini melibatkan pemerhatian ke atas ciri-ciri elemen yang dikaji oleh

manusia itu sendiri seperti pemerhatian atau melalui penggunaan alatan

mekanikal seperti komputer. Terdapat 3 kriteria yang perlu diperhatikan iaitu :

• Memenuhi tujuan penyelidikan

• Mesti dikutip dan dikumpul secara sistematik

• Merujuk kepada penyemakan dan pengawalan ke atas kesahihan dan

kebolehpercayaan.

b) Pendekatan Aktif

Sekiranya penyelidik menggunakan pendekatan aktif, ia melibatkan pertanyaan

kepada responden atau subjek secara peribadi, bukan peribadi, interaksi antara

individu dengan individu atau interaksi antara individu dengan alat mekanikal.

Pendekatan ini menggunakan beberapa jenis kaedah yang utama iaitu :-

• Temuduga bersemuka

• Eksperimentasi

• Telefon

• Mel / Pos

• Komputer

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 107: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/9

Jabatan Perdagangan / PPD

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pendekatan aktif atau pendekatan

pasif adalah :-

• Darjah penyamaran

- merujuk kepada samada responden mengetahui atau tidak tujuan

penyelidikan.

• Darjah penstrukturan

- merujuk kepada jumlah formalisasi proses data-data yang

dikutip.

• Kaedah kutipan

- merujuk kepada bagaimana data itu dikutip samada melalui

individu atau alatan mekanikal.

Setelah kita meneliti pendekatan yang digunakan, marilah kita teruskan dengan

sumber-sumber data prima. Seperti yang telah kita bincangkan dalam Unit 6,

data prima boleh diperolehi daripada tiga kaedah berikut :

a) Komunikasi

• Temuduga bersemuka

• Telefon

• Temuduga Berkomputer

• Soal selidik melalui pos

b) Teknik pemerhatian

• Eksperimen

c) Penggunaan Internet

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 108: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/10

Jabatan Perdagangan / PPD

Kita lihat dahulu sumber data yang diperolehi melalui kaedah komunikasi iaitu :-

a) Temuduga Bersemuka

Penemuduga membentuk dan

merancang soal selidik bertulis yang

mengandungi beberapa soalan yang

memfokus kepada objektif dan

masalah kajian yang dikenali sebagai

rangka temuduga. Ia juga merupakan

komunikasi bersemuka antara

penemuduga dengan responden.

Temuduga bersemuka digunakan jika soal selidik adalah terlalu panjang untuk

dilakukan melalui telefon. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja seperti di

rumah, tempat kerja responden, di tepi-tepi jalan dan tempat-tempat awam

(pasaraya atau di simpang-simpang jalan). Adalah lebih baik sekiranya alat

perakam suara digunakan untuk merekod data bagi memudahkan proses

menganalisis data.

b) Temuduga telefon

Temuduga melalui telefon adalah paling sesuai apabila terdapat ramai responden,

kawasan geografi yang luas dan masa bagi setiap sesi temuramah adalah pendek.

Contohnya kurang daripada 10 minit. Temuduga melalui telefon membolehkan

sesi yang banyak dan berbeza dilakukan dalam tempoh masa yang pendek dan

dari jarak yang jauh. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai bagi

responden yang mempunyai kemudahan telefon.

Azrina 06-6512568 Norly 07-7994352 Zaidi 09-7831222

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 109: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/11

Jabatan Perdagangan / PPD

c) Temuduga berkomputer

Kita dapat melihat bahawa kemunculan komputer memberi kesan yang besar

kepada pengutipan pada masa kini. Kemajuan teknologi yang pesat terutamanya

teknologi maklumat dan kos pemilikan komputer yang rendah menyebabkan

temuduga melalui komputer menjadi satu mekanisma pengumpulan data yang

popular digunakan masa kini. Pakej temuduga berkomputer yang sering

digunakan oleh para penyelidik adalah CATI (Computer Assisted Telephone

Interviewing) dan CAPI (Computer Assisted Personnal Interviewing).

Temuduga melalui komputer adalah cepat dan

dapat mengumpul lebih banyak maklumat yang

boleh dipercayai. Kelebihan kaedah ini adalah,

data-data yang diperolehi mudah dianalisis, kos

adalah rendah dan penjadualan secara automatik

dapat dilakukan. Walau bagaimanapun temuduga

ini memerlukan pelaburan yang agak besar tetapi

ia adalah efektif bagi kajian yang dijalankan

secara besar-besaran.

d) Pos

Penyelidik akan menghantar set soal selidik kepada responden yang terpilih

melalui perkhidmatan pos. Kita akan memilih para responden secara rawak

daripada senarai nama dan alamat yang terdapat dalam buku panduan telefon,

daripada syarikat dan agensi kerajaan atau swasta yang mempunyai rekod tentang

para pekerja serta pelanggan mereka. Kaedah ini membolehkan kajian meliputi

kawasan geografi yang luas dengan kos kajian yang lebih rendah berbanding

kaedah-kaedah lain. Walau bagaimanapun kaedah ini cenderung untuk

memberikan data yang bias serta darjah maklum balas yang rendah. Maksudnya,

responden mungkin tidak jujur menjawab soalan, tidak menjawab soal selidik

yang dihantar kepada mereka atau responden tiada di alamat yang ditujukan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 110: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/12

Jabatan Perdagangan / PPD

e) Pemerhatian

Kaedah ini telahpun kita bincangkan dalam unit 5. Walaupun ketepatan data bagi

kaedah ini adalah tinggi namun, maklumat yang diperolehi boleh menjadi bias

sekiranya masa atau tempoh pemerhatian terlalu pendek atau apabila subjek

menampilkan gelagat berbeza sepanjang tempoh pemerhatian.

f) Internet

Teknik yang seterusnya adalah mendapatkan data atau maklumat melalui

penggunaan internet. Kajian yang dibuat adalah melalui “on-line” dengan

komputer peribadi responden yang disambungkan kepada rangkaian komputer.

Salah satu rangkaian komputer yang membolehkan syarikat-syarikat kecil

menggunakan perkhidmatan “on-line” ini adalah Rangkaian Komputer Nasional

yang menyediakan perkhidmatan bagi mengendalikan kajian berkaitan dengan

pemasaran. Penyelidik boleh menganalisis data semasa bidang kajian sedang

berlangsung dan selepas itu keputusan boleh dipindahkan kepada pelanggan

melalui modem dalam bentuk mentah atau borang penjadualan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 111: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/13

Jabatan Perdagangan / PPD

Penggunaan internet juga membolehkan para penyelidik atau penemuduga menemuduga

subjek secara langsung melalui “on-line”. Soal selidik boleh dihantar melalui mel

elektronik (e-mail) dengan menggunakan alamat yang boleh didapati dalam sistem

internet itu sendiri. “Teleconference” juga boleh digunakan untuk menemuduga

responden bagi mendapatkan maklumat atau data. Sebenarnya, perkhidmatan yang

ditawarkan dalam internet membolehkan para penyelidik meneroka atau melayari mana-

mana “web site” yang dikehendaki pada bila-bila masa sahaja.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 112: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/14

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 7B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Data prima boleh diperolehi daripada beberapa kaedah tertentu. Nyatakan kaedah-

kaedah tersebut.

2. Bentukkan kumpulan (4 atau 5 orang setiap kumpulan), bincangkan tentang kebaikan

dan keburukan kaedah mengumpulkan data prima berikut:-

a) Temuduga bersemuka

b) Temuduga melalui telefon

c) Temuduga berkomputer

d) Pos

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 113: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/15

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 7B Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke Unit 8 sekiranya anda dapat menjawab

kesemua soalan dalam aktiviti 7B.

1. Sumber data prima adalah :-

a) Komunikasi iaitu temuduga bersemuka, temuduga melalui telefon, temuduga

berkomputer dan pos

b) Pemerhatian

c) Penggunaan internet

2. Kebaikan dan keburukan bagi setiap kaedah adalah seperti berikut:- Kaedah mengumpul data kebaikan Keburukan

temuduga bersemuka

- Penyelidik boleh mengadaptasi soalan yang bersesuaian, memperjelaskan keraguan dan memastikan tindak balas difahami dengan mengulangi atau menyatakan soalan. - Responden juga boleh memberi isyarat bukan lisan kepada penyelidik - Sebarang ketidakselesaan, tekanan atau masalah responden boleh dikenalpasti melalui isyarat bukan lisan seperti mimik muka, kerutan di dahi dsb. - Sesuai untuk pengumpulan data yang banyak. - Meningkatkan peluang setiap soalan yang ditanya akan dijawab. - Peratus responden yang sanggup ditemuduga hingga selesai akan meningkat.

- kos tinggi yang melibatkan kos menemuduga dan kos pengangkutan - masa agak panjang kerana bilangan sesi temuduga yang dapat dilakukan dalam sesuatu jangkamasa adalah terhad bergantung kepada kemahiran dan bilangan penemuduga. - penyelewengan di mana penemuduga mungkin menipu dalam menyiapkan soal selidik - Penemuduga boleh mempengaruhi jawapan responden.

temuduga melalui

telefon

- Bilangan temuramah yang banyak dan berbeza boleh dibuat dalam tempoh masa yang pendek dan meliputi jarak jauh

- Responden boleh secara automatik menamatkan temuramah tanpa memberi amaran atau penjelasan terlebih

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 114: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/16

Jabatan Perdagangan / PPD

- Ia boleh mengelakan sebarang ketidakselesaan yang dirasai oleh responden apabila berdepan dengan penemuduga

dahulu - Penyelidik tidak dapat melihat komunikasi isyarat bukan lisan responden - tidak boleh menemuramah responden yang tiada kemudahan telefon.

pos

-Kajian boleh meliputi kawasan geografi yang luas -kos yang lebih murah - Responden lebih selesa kerana boleh memilih masa dan tempat yang sesuai untuk menjawab soal selidik.

-Responden tidak meberi maklumbalas -responden tiada di alamat yang dinyatakan - data mungkin bias kerana responden tidak menjawab dengan betul - Soal selidik mungkin di jawab oleh orang lain

temuduga berkomputer - cepat dan boleh mendapatkan lebih maklumat yang boleh dipercayai -memudahkan analisis data -lebih efisyen dari segi kos dan masa

-memerlukan pelaburan yang besar -hanya melibatkan responden yang mempunyai komputer peribadi dan mempunyai pengetahuan tentang komputer.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 115: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/17

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1. Berikan contoh-contoh data prima yang berkaitan dengan data demografi dan

sosio ekonomi.

(5 markah)

2. Nyatakan dengan spesifik kebaikan bagi setiap kaedah pengumpulan data prima

(15 markah)

3. Anda bercadang untuk menjalankan satu penyelidikan melalui pos ke atas 1000

orang pengurus syarikat di seluruh Malaysia. Penyelidikan ini adalah berkaitan

dengan polisi syarikat ke atas perbelanjaan perpindahan seseorang pekerja yang

dipindahkan tempat kerjanya. Apakah yang anda akan lakukan untuk

meningkatkan kadar maklumbalas bagi soal selidik yang anda poskan kepada

subjek kajian?

(15markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 116: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/18

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Contoh data demografi dan sosio ekonomi adalah jantina, umur, tahap

pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kelas sosial, bangsa dan lain-lain.

2. Anda boleh merujuk maklumbalas aktiviti 7B pada soalan 2.

3. Bagi meningkatkan kadar maklumbalas responden jika menggunakan

kaedah pos adalah seperti berikut:-

a) Susulan semula – menghantar peringatan kepada para responden

supaya memberi kerjasama (menjawab soalan yang

dikemukakan).

b) Memberi notis awal – menghantar surat pemberitahuan atau

menelefon subjek tentang soal selidik yang akan diposkan dan

meminta kerjasama responden mengisinya.

c) Soalan yang mudah dan ringkas – soal selidik yang mudah dan

ringkas akan menggalakkan respon yang tinggi

d) Membekalkan sampul surat bersetem dan beralamat penyelidik

untuk memudahkan subjek mengeposkan semula maklumbalas

mereka.

e) Insentif kewangan – memberi insentif kewangan kepada

responden yang menghantar borang soal selidik awal.

f) Menetapkan tarikh hantar

* Lain-lain maklumat yang difikirkan bersesuaian bolehlah

disertakan. (Sila rujuk pensyarah anda)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 117: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 8

KAEDAH PENGUMPULAN DATA : DATA SEKUNDER

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang data sekunder

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Mendefinisikan data sekunder.

Menyenaraikan sumber-sumber dalaman dan sumber-

sumber luaran data sekunder.

Mengenalpasti kaedah mendapatkan sumber data

sekunder.

Menerangkan kebaikan dan keburukan data sekunder.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 118: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

8.0 Pengenalan

Pernahkah kita diminta ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tentang

organisasi tertentu. Misalnya kita diberi tugasan oleh pensyarah samada secara

individu atau berkumpulan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat

tentang syarikat tertentu seperti sejarah syarikat, saiz pekerja, aset, carta, polisi,

falsafah pengurusan, lokasi, sumber manusia, modal, hubungan dengan

persekitaran, posisi dalam pasaran, data kewangan dan sebagainya.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah bagaimana kita boleh mendapatkan

maklumat tentang organisasi atau apa sahaja jenis maklumat melalui sumber-

sumber tertentu yang boleh kita dapati bukan sahaja di perpustakaan tetapi di

mana-mana saja kerana maklumat tersebut telah sedia ada dan disediakan oleh

pihak tertentu untuk kemudahan dan kepentingan bersama. Maklumat tersebut

dikenali sebagai data sekunder atau data sejarah (seperti yang diterangkan di

Unit 6).

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 119: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/3

Jabatan Perdagangan / PPD

Rajah 8.1 : Sumber Data Sekunder

Sumber dalaman Rekod jualan (Hasil)

Aktiviti pemasaran (input) Maklumat kos

Laporan & maklumbalas pengedar

Maklumbalas pelanggan

Sumber data Sekunder Data bercetak kerajaan

Persatuan perdagangan

Majalah, surat khabar, buku

Laporan tahunan

Sumber luaran Kajian persendirian

Data pemasaran Audit stor

Dari sumber yang Perkhidmatan gudang

standard panel pembelian pelanggan

Servis multimedia dll

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 120: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/4

Jabatan Perdagangan / PPD

8.1 Definisi Data Sekunder

Kita telah mengetahui bahawa data sekunder adalah data sedia ada. Ia terdiri daripada

buku-buku statistik, penerbitan oleh kerajaan, swasta atau persendirian, data sedia

ada dari penyelidik terdahulu serta rekod-rekod di perpustakaan atau laman-laman

web dalam industri teknologi maklumat terkini. Data sekunder adalah data yang

dikutip bukan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam tangan tetapi untuk

tujuan sebaliknya.

8.2 Ciri-ciri Data Sekunder

Data sekunder juga dikenali sebagai data sejarah atau data lampau. Bersesuaian

dengan namanya, data ini mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan

data prima atau data utama iaitu:

a) Bersifat sejarah atau lampau

b) Telah sedia ada

c) Tidak memerlukan penyelidik bersemuka dengan responden

8.3 Jenis-Jenis Data Sekunder dan Sumber Data Sekunder

Kita boleh bahagikan data sekunder kepada dua jenis iaitu data sekunder dalaman

dan data sekunder luaran

Sumber data sekunder boleh

Dirujuk pada Rajah 8.1

– Data dalaman adalah data yang diperolehi dari dalam organisasi di mana penyelidikan dijalankan.

– Data-data ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan akan datang.

– Antara maklumat yang boleh diperolehi dari sumber dalaman adalah nama dan lokasi pelanggan, produk/perkhidmatan yang dijual, volum transaksi yang telibat, terma jualan, diskaun yang diberikan, syarat bayaran, cara kutipan dan sebagainya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 121: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/5

Jabatan Perdagangan / PPD

Data Sekunder luaran adalah data-data yang diperolehi dari luar organisasi. Misalnya, maklumat bercetak yang diperolehi dari firma-firma lain samada kerajaan atau swasta, panduan dan informasi pemasaran oleh agensi tertentu dan pencarian data melalui komputer/internet. Baiklah pelajar sekelian, ada apa-apa persoalan ?

Encik Ayub, boleh terangkan di mana kita boleh mendapatkan data

Eleh Amin, itupun engkau tak tahu ke. Ini mesti tak baca modul. Kalau kau nak tahu, engkau rujuk le Rajah 8.1, semua dah ada kat situ.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 122: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/6

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 8A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

Bentukkan kumpulan (4 atau 5 orang setiap kumpulan), Setiap kumpulan dikehendaki

mendapatkan maklumat tentang indeks harga saham bagi mana-mana satu syarikat yang

tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Pastikan setiap

kumpulan memilih syarikat yang berlainan. Anda boleh mendapatkan data-data tersebut

dari surat khabar.

Data indeks harga saham ini hendaklah dicatatkan pada setiap hari selama 30 hari

berturut-turut. Anda dikehendaki membentuk jadual dan membina carta yang sesuai

menggunakan data-data yang telah dikumpul itu.

Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan atau rumusan berkenaan syarikat dan harga

saham syarikat yang anda pilih berdasarkan maklumat yang telah anda perolehi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 123: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/7

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8A Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab

kesemua soalan dalam aktiviti 8A.

Anda perlu merujuk kepada pensyarah anda dan input-input dari Unit 6 dan Unit 7 untuk

membina jadual dan carta. Rumusan adalah berdasarkan data yang anda perolehi

sepanjang 30 hari anda mengumpulkan data tersebut dari sumber data sekunder iaitu surat

khabar.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 124: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/8

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

8.4 Kebaikan Data Sekunder

• Pengumpulan data sekunder tidak melibatkan kos yang tinggi

• Ia menjimatkan masa dan tenaga kerja

• Membantu penyelidik membina pernyataan masalah yang baik

• Memberi maklumat tentang cara-cara pengumpulan data atau kaedah

penyelidikan yang sesuai digunakan bagi satu penyelidikan yang hampir sama

dengan penyelidikan terdahulu. (Sebagai rujukan atau contoh)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 125: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/9

Jabatan Perdagangan / PPD

8.5 Kelemahan Data Sekunder

• Mudah luput – disebabkan perubahan masa dan persekitaran seperti sikap

pengguna, nilai dan faktor-faktor demografik. Ini mengurangkan

kebolehpercayaan data

• Kesahihan data tidak dapat dipastikan.

• Unit pengukuran tidak sama – tidak selaras dengan kehendak asal penyelidikan

• Perbezaan istilah – kemungkinan timbulnya kekeliruan dan salah faham ketika

menterjemahkan penyelidikan lalu.

• Tidak selaras dengan keperluan penyelidik – data sekunder perlu dinilai

sebelum ianya digunakan terutama dari segi keselarasan data dengan sumber-

sumber lain, sebab-sebab data dikutip, cara-cara atau kaedah pengutipan data,

tujuan data dikutip, jenis data yang diperlukan oleh penyelidik serta masa ia

diperolehi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 126: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/10

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 8B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan Unit 9. Sila semak jawapan anda pada

maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Berikan dua (2) kebaikan menggunakan data sekunder.

2. Berikan dua (2) kelemahan menggunakan data sekunder.

3. Terangkan perbezaan diantara sumber data luaran dan sumber data dalaman

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 127: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/11

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8B Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke Unit 9 jika anda dapat menjawab kesemua

soalan dalam aktiviti 8B.

1. Sila rujuk input 8.4 pada m/s 8.

2. Sila rujuk input 8.5 pada m/s 9.

3. Sila rujuk input 8.3 pada m/s 4 – 5.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 128: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/12

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1) Berikan ciri-ciri data sekunder (3 markah)

2) Terangkan perbezaan di antara data prima dengan data sekunder ( 8 markah)

3) Katakan anda ingin membuka sebuah kedai menjual komputer dan alat-alat gantian

komputer. Anda bercadang untuk membukanya di bandar yang berdekatan dengan

tempat tinggal anda. Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu menentukan

lokasi perniagaan anda. Apakah maklumat yang anda perlukan dan bagaimanakah

anda akan mendapatkan maklumat tersebut untuk menetapkan lokasi yang strategik

bagi kedai anda.

(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 129: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/13

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Sila rujuk input 8.2 m/s 4.

2. Sila rujuk Unit 7 dan Unit 8.

3. Anda perlu mendapatkan maklumat tentang faktor demogafi, sosio ekonomi,

pelan kawasan bandar tempat tinggal anda, maklumat tentang syarikat pesaing,

pasaran, permintaan, rekod jualan dan sebagainya yang merangkumi faktor-faktor

pemilihan lokasi yang strategik. (Sila rujuk pensyarah anda untuk mendapatkan

penerangan lebih lanjut)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 130: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 9

KAEDAH PENGUMPULAN DATA : SOAL SELIDIK

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang definisi, fungsi dan

proses pembentukan soal selidik yang baik

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Mendefinisikan soal selidik.

Menjelaskan fungsi soal selidik.

Memberi penjelasan tentang proses-proses yang perlu

dilaksanakan bagi membentuk soal selidik yang baik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 131: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

9.0 Pengenalan

Sekiranya seorang pensyarah mengarahkan pelajar-pelajarnya mendapatkan

maklumat daripada pelajar-pelajar senior tentang pendapat mereka terhadap

subjek penyelidikan pemasaran, adakah maklumat yang diperolehi oleh pelajar

nanti dapat dianalisis dan dinilai dengan mudah ?

Biasanya, maklumat-maklumat yang diperolehi adalah pelbagai dan mungkin

menyimpang atau tidak menepati kehendak pensyarah tadi. Persoalannya,

bagaimanakah cara yang paling berkesan dalam mendapatkan maklum balas yang

tepat dan konsisten walaupun jumlah penemuduga atau responden adalah ramai

serta mungkin berbeza dari segi bangsa, tahap sosial dan negeri tempat tinggal ?

Jawapannya adalah melalui soal selidik. Soal selidik bukan sahaja menyediakan

satu set soalan yang “standard” tetapi ia juga turut memberikan kemudahan dalam

proses pengutipan dan analisis data.

Input seterusnya akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dan memahami

definisi soal selidik, fungsi dan bagaimana cara membentuk soal selidik yang

baik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 132: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/3

Jabatan Perdagangan / PPD

9.1 Definisi Soal Selidik

Merupakan satu senarai soalan yang dibentuk secara berhati-hati dan sistematik.

Bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada responden berkaitan dengan

sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Soal selidik boleh berbentuk bertulis/bercetak

di atas kertas atau secara verbal melalui temuduga secara bersemuka atau telefon.

“Soal selidik yang juga dikenali sebagai jadual, borang temuduga atau alat

pengukuran merupakan satu set soalan berbentuk formal yang bertulis atau secara

verbal bagi mendapatkan maklumat daripada responden.”

( Naresh K. Malhotra, 1999 )

9.2 Fungsi Soal Selidik

Mendapatkan maklumat data prima daripada responden dimana set soalan akan diberi

dan responden perlu menjawab atau memberikan maklum balas bagi soalan tersebut.

Soal selidik yang baik membolehkan data dibanding, mempercepatkan proses

merekod, memastikan ketepatan data yang diperolehi dan memudahkan penyelidik

sewaktu pemprosesan data.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 133: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/4

Jabatan Perdagangan / PPD

9.3 Proses Pembentukan Soal Selidik yang Baik

RAJAH 9.3 : PROSES PEMBENTUKAN SOAL SELIDIK YANG BAIK

Menentukan maklumat yang diperlukan

Menentukan jenis soal selidik dan kaedah pentadbiran

Menentukan kandungan soalan individu

Menentukan maklum balas kepada soalan

Menentukan struktur ayat kepada setiap soalan

Menentukan urutan setiap soalan

Menentukan ciri-ciri fizikal soal selidik

Mengkaji semula langkah-langkah di atas sekiranya perlu

Menguji soal selidik dan mengkaji semula sekiranya perlu

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 134: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/5

Jabatan Perdagangan / PPD

9.3.1 Menentukan maklumat yang diperlukan

• Penyelidik perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang

masalah bagi membentuk hipotesis bagi memandu arah penyelidikan.

• Penyelidik perlu mengumpul maklumat berkenaan pembolehubah yang

telah dikenalpasti bagi tujuan mengkaji hipotesis.

• Adalah penting menentukan apakah maklumat yang diperlukan dan

mengumpul maklumat dari individu yang betul serta dalam unit/kuantiti

yang sesuai.

• Jika soalan tidak menepati secara kukuh penyelidikan yang sedang

dijalankan maka lupakan saja.

9.3.2 Menentukan jenis soal selidik dan kaedah pentadbiran

• Setelah menentukan/mengenalpasti maklumat asas yang diperlukan,

penyelidik perlu menentukan bagaimana cara untuk mengumpulkannya.

• Keputusan tertumpu kepada struktur soal selidik yang perlu digunakan dan

menentukan sama ada menggunakan kaedah pos, telefon atau temuramah

secara bersemuka serta bagaimana ia perlu diuruskan.

9.3.3 Menentukan kandungan soalan individu

Dalam menentukan soalan individu ia bergantung kepada langkah-langkah

sebelumnya (1 dan 2) tetapi penyelidik boleh bertanyakan beberapa soalan

tambahan.

9.3.3.1 Adakah soalan ini perlu

Penyelidik perlu bertanya sama ada sesuatu isu itu telahpun

benar-benar dirangkumi oleh soalan lain.

Soalan perlu mendapatkan jawapan yang sebenar bukannya

jawapan yang perlukan huraian seterusnya.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 135: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/6

Jabatan Perdagangan / PPD

9.3.3.2 Adakah beberapa soalan diperlukan atau hanya satu soalan

Contoh : Mengapa menggunakan colgate?

Responden A – untuk kurangkan karies gigi

Responden B – kerana doktor gigi mencadangkannya

DUA rangka jawapan diperlukan untuk menjawab persoalan ini.

SEPATUTNYA :

a) Bagaimana anda mula menggunakan Colgate?

b) Apakah sebab utama menggunakan Colgate?

9.3.3.3 Adakah responden mempunyai maklumat yang diperlukan

Penyelidik perlu memeriksa setiap isu secara berhati-hati untuk

memastikan sama ada responden mampu memberikan maklumat

yang diperlukan.

Untuk memastikan jawapan bermakna soalan perlulah

mendatangkan sesuatu maksud kepada responden.

Ini bererti :

a) Responden perlulah diberitahu mengenai isu-isu yang

diajukan

Contoh : Didalam keluarga ini siapa yang menguruskan

perbelanjaan? KEMUDIAN barulah bertanyakan

berapa perbelanjaan sebulan?

b) Responden perlulah ingat maklumat–maklumat

tersebut

- Mempunyai maklumat yang diperlukan dan

mengingatinya.

- Keupayaan mengingat pelbagai peristiwa dipengaruhi

oleh peristiwa itu sendiri dan kepentingannya.

- Berapa lama ia berlaku dan kehadiran responden

ketika peristiwa sedang berlaku.

Contoh : Apakah kereta pertama yang anda beli?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 136: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/7

Jabatan Perdagangan / PPD

- Untuk peristiwa yang lebih penting terdapat DUA

perkara yang mungkin berlaku kepada responden:

i. Telescoping error

Merujuk kepada individu yang merasakan bahawa

sesuatu peristiwa kerap berlaku sedangkan ia

tidaklah selalu berlaku.

ii. Recall Loss

Kesilapan akibat lupa bahawa peristiwa telah

berlaku.

9.3.3.4 Adakah responden akan memberikan jawapan

Walaupun responden mempunyai maklumat tidak semestinya

mereka ingin berkongsi mengenainya.

Oleh itu penyelidik perlu menimbangkan jenis dan amaun soalan

dalam usaha untuk mendapatkan maklumat.

Apabila soalan terlalu panjang atau melampau responden

mungkin tidak mahu menjawab atau memberi jawapan secara

sambil lewa.

Soalan yang memerlukan huraian jawapan yang panjang adalah

lebih sesuai.

Soalan-soalan yang menyentuh isu-isu sensitif atau yang boleh

menakutkan responden perlulah diabaikan namun sekiranya

soalan itu sangat penting bagi kajian maka penyelidik perlu

memikirkan bagaimana isu boleh disampaikan secara lebih

berkesan atau dalam ungkapan yang sesuai.

Mulakan dengan soalan-soalan yang ringan dan biasa untuk

mewujudkan keselesaan dan perhubungan yang erat antara

responden dan penyelidik. Isu sensitif diletakkan dibelakang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 137: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/8

Jabatan Perdagangan / PPD

Terdapat beberapa teknik yang dapat mengurangkan rasa takut

responden apabila diajukan soalan-soalan sensitif:

i. Sebelum bertanyakan soalan yang lebih spesifik beritahu

bahawa sikap atau kelakuan tersebut adalah perkara biasa.

Beri responden jalan yang mudah untuk menerima atau

mengaku tentang sikap buruk mereka.

Contoh : Kajian menunjukkan 1 dari 10 keluarga

mengalami masalah apabila ibubapa tidak menjalankan

kewajipan dengan baik.

ii. Nyatakan soalan dalam terma orang lain dan bagaimana

perasaan atau tindakan responden terhadap perkara tersebut.

Contoh : Adakah anda rasa kebanyakan orang menipu

dalam memberikan jumlah cukai pendapatan. Mengapa?

iii. Letakkan jawapan dalam bentuk kategori

Contoh : Umur 1) 20-29

2) 30-39

3) 40-49

4) 50-59

5) 60 dan ke atas

iv. Gunakan model maklumbalas secara rawak.

Teknik temuramah di mana soalan-soalan yang agak sensitif

digabungkan dan jawapan responden dapat ditentukan

secara rawak tetapi penemuduga tidak mengetahui siapa

yang memberikan jawapan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 138: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/9

Jabatan Perdagangan / PPD

9.3.4 Menentukan maklumbalas kepada soalan.

• Apabila kandungan soalan individu telah ditentukan, penyelidik perlu

memutuskan untuk memilih sama ada menggunakan soalan “open

ended”, pelbagai pilihan, 2 pilihan atau berskala.

9.3.4.1 “Open ended”

Responden bebas menjawab. Diadakan di awal sesi temuramah

Contoh: “Berapakan umur anda, apakah pendapat anda”

9.3.4.2 “Multichotomous Question”

Jawapan pelbagai pilihan

Contoh : “Adakah anda merasakan tindakan kerajaan

mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar kepada semua

penumpang perlu?”

Jawapan : a) memang perlu

b) perlu

c) tidak perlu

d) memang tidak perlu

e) tidak pasti

Kelemahan kaedah ini:

Tidak memberi peluang kepada responden memberitahu

pendapat sebenar.

Jawapan mungkin bukan jawapan yang diingini oleh

responden.

Jawapan alternatif terlalu banyak, maka penyelidik perlu

menghadkan jawapan. Pilih jawapan yang paling relevan.

Responden dipengaruhi oleh jawapan tersedia.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 139: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/10

Jabatan Perdagangan / PPD

9.3.4.3 “Dichotomous Question”

Soalan yang terdapat DUA alternatif jawapan.

Contoh: Ya ATAU Tidak / Lebih mahal ATAU Lebih murah

Kelemahan sama seperti “Multichotomous Question”

9.3.4.4 Skala

Contoh : Kekerapan anda datang membeli belah di Parkson

1) Tidak pernah

2) Ikut musim

3) Kadang-kadang

4) Selalu

Soalan adalah berbentuk “Multichotomous”. Walau

bagaimanapun responden turut diberi skala:

Tidak Pernah

Ikut Musim

KadangKadang Selalu

Betul ke tak ni…..???

Macam betul, tapi ……..

Ye ke??

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 140: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/11

Jabatan Perdagangan / PPD

9.3.5 Menentukan struktur ayat pada setiap soalan

• Merupakan tugas yang kritikal dalam membangunkan soalan.

• Kesilapan boleh mengakibatkan responden enggan menjawab atau

tidak memberi jawapan yang sebenar sama ada sengaja atau benar-

benar tidak memahami soalan.

• Terdapat beberapa prinsip asas yang boleh digunakan penyelidik untuk

mengelakkan bias dalam merangka soalan.

a) Menggunakan perkataan yang mudah

b) Mengelakkan dari menggunakan perkataan atau soalan yang kabur

(jawapan yang hampir sama)

JAWAPAN KABUR JAWAPAN JELAS

1) Tidak pernah 1) Tidak pernah

2) Ikut musim 2) Sebulan sekali

3) Kadang-kadang 3) Seminggu sekali

4) Selalu 4) Setiap hari

c) Mengelakkan “Leading Question”

Soalan yang dirangka untuk memberi tanda / klu / pembayang

tentang bagaimana seseorang itu harus memberikan jawapan.

Contoh : “Adakah anda berpendapat menghadkan cukai

pendapatan merupakan cara berkesan untuk menghentikan

kerajaan dari mengambil poket anda pada setiap kali

pembayaran gaji?”

Jawapan : YA. TIDAK. TIDAK PASTI.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 141: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/12

Jabatan Perdagangan / PPD

d) Mengelakkan alternatif tersirat

Jawapan alternatif yang tidak nyata.

Contoh : soalan berkenaan sama ada suri rumah mempunyai

hasrat untuk bekerja di luar rumah.

Soalan :

1) Adakah anda ingin bekerja?

2) Adakah anda memilih untuk mendapatkan kerja atau

anda lebih suka melakukan kerja rumah?

Soalan di atas memerlukan jawapan yang sama, elakkan

agar kajian lebih bermakna.

e) Elakkan andaian tersirat

Masalah yang timbul apabila soalan tidak jelas dimana

maklumat dan maklumbalas yang diperolehi dari individu

adalah berbeza kerana akibat yang difikirkan adalah tidak

sama.

Contoh :

Tidak spesifik : apa pendapat anda mengenai isu

penagihan dadah di kalangan remaja.

Lebih spesifik : apa pendapat anda berkenaan isu

penagihan dadah di kalangan remaja dan

perkaitannya dengan masalah disiplin

sekolah.

f) Mengelakkan soalan berbentuk umum dan kiraan

Contoh soalan kurang baik:

“Berapa ramaikah wakil penjual yang datang ke rumah

anda tahun lepas?”

Contoh soalan lebih baik:

“Berapa ramaikah wakil penjual yang datang ke rumah anda

pada minggu lepas?”

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 142: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/13

Jabatan Perdagangan / PPD

g) Mengelakkan “Double–Barreled Question”

Soalan yang memerlukan dua jawapan yang mengakibatkan

responden terkeliru.

Contoh : “Boleh anda huraikan tentang harga dan

kemudahan yang disediakan oleh Hotel Murni.”

Terdapat dua soalan yang ditanya, cuba elakkan.

9.3.6 Menentukan urutan setiap soalan

9.3.6.1 Garis panduan yang boleh diikuti oleh penyelidik:

Berikan soalan yang mudah dan menarik sewaktu memulakan

sesi. Gunakan pendekatan corong atau “funnel approach”.

Memulakan soalan yang memerlukan huraian yang panjang

kepada soalan yang memerlukan jawapan yang pendek.

Contoh :

Soalan yang perlukan huraian panjang :

“Apakah pendapat anda tentang apa yang akan dilakukan

oleh syarikat untuk memperbaiki servis yang ditawarkan.”

Soalan yang perlukan huraian pendek :

“Adakah anda berpuas hati dengan servis yang

ditawarkan.”

9.3.6.2 Merekabentuk “ Branching Question” dengan teliti

Satu teknik yang digunakan untuk mengarahkan responden ke

tempat yang berbeza dalan soal selidik berdasarkan kepada

jawapan yang telah diberi.

Contoh :

“Adakah anda membeli kereta pada tahun lepas?” Jika ya,

pergi ke soalan 5, Jika tidak pergi ke soalan 3.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 143: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/14

Jabatan Perdagangan / PPD

9.3.6.3 Mendapatkan klasifikasi maklumat.

Kebiasaannya soal selidik mengandungi 2 jenis maklumat.

Maklumat asas adalah perkara kajian

Maklumat pengkelasan adalah data-data lain yang

dikumpulkan untuk mengkelaskan responden dimana lebih

banyak maklumat berkenaan fenomena yang dikaji boleh

diperolehi.

Ciri-ciri demografi atau sosio ekonomi responden biasanya

digunakan sebagai pembolehubah pengkelasan bagi

membantu memahami keputusan.

Susunan soal selidik yang betul perlu untuk memastikan

ketepatan maklumat asas terlebih dahulu.

Maklumat asas adalah paling kritikal, tanpanya tidak mungkin

ada pengkajian.

Soalan awal bagi mengetahui pendapat responden mungkin

memberi kesan kepada sesi temuramah secara keseluruhan.

Oleh itu bagi mengelakkan kemungkinan ini maka letakkan

maklumat pengkelasan pada akhir sesi.

Contoh : Responden yang telah bersedia memberi pendapat

mereka tentang program televisyen, mungkin akan menjadi

keberatan atau enggan menjawab apabila ditanya tentang

pendapat mereka berkenaan harga televisyen yang dibeli.

Harga televisyen di sini dikelaskan sebagai maklumat

pengkelasan manakala minat merupakan maklumat asas.

9.3.6.4 Meletakkan soalan-soalan yang sensitif atau susah di bahagian

akhir soal selidik.

Soalan awal tidak sepatutnya soalan sensitif.

Soalan sensitif diletakkan di tengah-tengah soal selidik atau

diselang-selikan di antara soalan-soalan yang tidak sensitif.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 144: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/15

Jabatan Perdagangan / PPD

9.3.7 Menentukan ciri-ciri fizikal soal selidik.

• Dalam menentukan format fizikal soal selidik, penyelidik perlu

berusaha agar responden dapat menerima dengan baik soalan-soalan

yang diberi serta membolehkan penyelidik mengawal dan mengurus

sesi dengan baik.

9.3.7.1 Memastikan soal selidik diterima

Bentuk fizikal soal selidik boleh mempengaruhi kerjasama

responden. Contohnya borang soal selidik yang cantik dan

kemas serta berwarna boleh mempengaruhi responden

bahawa soal selidik adalah penting.

Setiap pengenalan di hadapan borang soal selidik, temuramah

bersemuka atau melalui telefon mestilah ringkas, dapat

meyakinkan responden tentang kepentingan penyelidikan dan

penglibatan mereka, diberitahu tentang faedah-faedah,

kerahsiaan dan insentif yang akan diberi sekiranya mereka

memberikan kerjasama.

9.3.7.2 Kemudahan mengurus dan mengawal soal selidik

Soalan pendek lebih baik. Ia nampak lebih mudah untuk

dijawab dan memerlukan masa yang singkat, mudah dibawa,

dikira dan direkodkan oleh penyelidik serta menampakkan

kekemasan.

Soalan yang panjang boleh mengakibatkan kesilapan

pengumpulan data.

Sekiranya borang soal selidik mempunyai beberapa helaian

adalah lebih baik jadikan ia dalam bentuk “booklet” atau

naskhah berbanding diklipkan atau di “stapler”.

Setiap soalan mesti disusun dan dinomborkan bagi

memudahkan analisis data.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 145: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/16

Jabatan Perdagangan / PPD

Meletakkan nombor pada borang soal selidik membantu

penyelidik mengenalpasti sekiranya ada set soalan yang

hilang, mengawal persembahan dan mengenalpasti bias yang

dilakukan oleh penemuduga.

9.3.8 Mengkaji semula langkah-langkah di atas sekiranya perlu.

• Setelah draf pertama siap, penyelidik perlu memeriksa semula setiap

langkah untuk memastikan soalan mudah dijawab, tidak mengelirukan,

tidak kabur dan tidak mendatangkan rasa tidak puas hati responden.

9.3.9 Menguji soal selidik dan mengkaji semula sekiranya perlu.

• Pengutipan data tidak boleh dimulakan selagi pra ujian (pretest) yang

mencukupi bagi soal selidik tidak diselesaikan. Pra ujian boleh

menilai soalan individu dan aturan soalan-soalan tersebut.

• Adalah lebih baik jika pra ujian diadakan 2 kali. Kali pertama

melibatkan temuramah secara individu. Penemuramah boleh melihat

sama ada individu dapat mengingati maklumat, terdapat soalan yang

mengelirukan individu dan boleh mendatangkan keraguan atau

kebimbangan kepada responden.

• Temuramah akan diadakan di kalangan responden yang mempunyai

ciri-ciri yang hampir sama dengan responden sebenar.

• Pra ujian kedua akan diadakan. Ia bergantung kepada kaedah yang

akan digunakan bagi kajian sebenar.

• Akhir sekali, keputusan maklumbalas dari pra ujian perlu dikodkan

dan ditabulasikan.

• Pra ujian merupakan kaedah paling murah yang boleh digunakan oleh

penyelidik bagi memastikan kejayaan soal selidik dan projek

penyelidikan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 146: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/17

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 9A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Berikan definisi bagi soal selidik merujuk kepada definisi yang diberikan oleh penulis

Naresh K. Malhotra. ( 4 markah )

2. Soal selidik sangat penting bagi memastikan data yang dikutip adalah konsisten dan

menepati hala tujuan kajian yang sedang dijalankan. Berikan fungsi sebenar soal

selidik dalam proses pengutipan data. ( 2 markah )

3. Soalan berbentuk “Multichotomous” merupakan salah satu bentuk soalan yang paling

popular digunakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun, soalan ini masih

mempunyai beberapa kelemahan. Berikan kelemahan-kelemahan tersebut.

( 8 markah )

4. Jelaskan maksud bagi terma-terma berikut beserta contoh.

a) “Leading Question” ( 4 markah )

b) “ Double-Barreled Question” ( 4 markah )

c) “ Branching Question” ( 4 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 147: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/18

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 9 Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab

kesemua soalan dalam aktiviti 9.

1. Soal selidik yang juga dikenali sebagai jadual, borang temuduga atau alat pengukuran

merupakan satu set soalan berbentuk formal yang bertulis atau secara verbal bagi

mendapatkan maklumat daripada responden.

2. Fungsi soal selidik. Rujuk input 9.2 m/s 3

3. Kelemahan “Multichotomous Question”. Rujuk input 9.3.4.2 m/s 9

4. a) “Leading Question”. Rujuk input 9.3.5(c) m/s 11

b) “ Double-Barreled Question”. Rujuk input 9.3.5(g) m/s 13

c) “ Branching Question” . Rujuk input 9.3.6.2 m/s 13

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 148: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/19

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,

sila berbincang dengan pensyarah anda.

1. En. Abu telah ditugaskan oleh pihak pengurusan atasan syarikat Silver untuk

menyediakan satu set borang soal selidik yang berkaitan dengan tahap kepuasan kerja

bagi pekerja yang bekerja di syarikat tersebut. Setelah soalan-soalan bagi soal selidik

disiapkan, tibalah masanya untuk En. Abu menentukan ciri-ciri fizikal bagi soal

selidik tersebut. Sebagai seorang individu yang mempunyai pengetahuan dalam

penyelidikan pemasaran, cadangkan kepada En. Abu ciri-ciri fizikal soal selidik yang

baik.

( 16 markah )

2. Anda diminta untuk mengadakan satu sesi temuduga secara bersemuka dengan

seorang responden. Sesi tersebut akan diadakan di sebuah bilik khas di bangunan

pejabat anda. Anda mengetahui bahawa responden ini dipanggil kerana telah

melakukan beberapa kesalahan semasa menjalankan tugas. Selain itu anda juga

menerima maklumat bahawa responden tersebut turut mengalami tekanan akibat

masalah peribadi. Anda sedar, dalam sesi itu nanti anda perlu bertanya soalan-soalan

sensitif yang mungkin akan mengakibatkan responden tidak mahu memberikan

jawapan. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam sesi temuduga, apakah

tindakan yang perlu dilakukan bagi menghadapi situasi ini.

( 20 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 149: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/20

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Ciri-ciri fizikal soal selidik yang baik

• Kertas warna-warni

• Kertas berkualiti

• Soal selidik tersusun kemas dan bersih

• Sekiranya banyak helaian dibuat dalam bentuk naskhah

• Setiap soalan disusun dan dinomborkan (sistem pengkodan yang baik)

• Dinomborkan pada borang

• Pengenalan di bahagian hadapan borang soal selidik

• Soalan pendek

2. Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan:

• Menimbangkan jenis dan amaun soalan dalam usaha untuk mendapatkan

maklumat.

• Soalan jangan terlalu panjang

• Soalan yang memerlukan huraian jawapan yang panjang adalah lebih sesuai.

• Memikirkan bagaimana isu boleh disampaikan secara lebih berkesan atau dalam

ungkapan yang sesuai.

• Mulakan dengan soalan-soalan yang ringan dan biasa untuk mewujudkan

keselesaan dan perhubungan yang erat antara responden dan penyelidik.

• Isu sensitif diletakkan dibelakang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 150: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/21

Jabatan Perdagangan / PPD

• Menggunakan beberapa teknik yang dapat mengurangkan rasa takut responden

apabila diajukan soalan-soalan sensitif:

i. Sebelum bertanyakan soalan yang lebih spesifik beritahu bahawa

sikap atau kelakuan tersebut adalah perkara biasa. Beri responden

jalan yang mudah untuk menerima atau mengaku tentang sikap

buruk mereka.

- Contoh : “Kajian menunjukkan 1 dari 10 keluarga mengalami

masalah apabila ibubapa tidak menjalankan kewajipan dengan

baik.”

ii. Nyatakan soalan dalam terma orang lain dan bagaimana perasaan

atau tindakan responden terhadap perkara tersebut.

- Contoh : “Adakah anda rasa kebanyakan orang menipu dalam

memberikan jumlah cukai pendapatan. Mengapa?”

iii. Letakkan jawapan dalam bentuk kategori

- Contoh : Umur – 1) 20-29

2) 30-39

3) 40-49

4) 50-59

5) 60 dan ke atas

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 151: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 10

KAEDAH PENGUMPULAN DATA : REKABENTUK INSTRUMEN

PENGUKURAN DAN PENSKALAAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Menerangkan tentang rekabentuk instrumen pengukuran

dan penskalaan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Memahami kaedah pengukuran.

Menerangkan jenis-jenis skala pengukuran.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 152: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

10.0 Pengenalan

Berdasarkan statistik kemasukan pelajar baru sesi Disember 2001 yang disediakan

oleh Jabatan Hal-Hal Pelajar, Politeknik Port Dickson daripada 670 orang pelajar

yang mendaftar, didapati bilangan kemasukan paling ramai adalah pelajar dari

Jabatan Elektrik (240 orang), kedua tertinggi adalah pelajar dari Jabatan

Mekanikal (187 orang), diikuti oleh pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (140

orang) dan paling sedikit adalah dari Jabatan Perdagangan (103 orang).

Berdasarkan fenomena di atas, bagaimana anda boleh menginterpretasikan ia ke

dalam bentuk yang mudah difahami?

Cuba kita lihat dalam situasi yang berbeza pula….

Jika anda ingin bertanya tentang keutamaan pekerjaan, minat, pilihan jenama

pakaian dan lain-lain lagi kepada individu tertentu, bagaimanakah cara terbaik

yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan jawapan?

Setelah jawapan diperolehi, bagaimana pula anda boleh memastikan yang

jawapan tersebut mudah diproses dan dianalisis?

Ooo…..ramai gak geng aku yang masuk politeknik ni…..jabatan

manalah..yang penuh!

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 153: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/3

Jabatan Perdagangan / PPD

10.1 Pengenalan Kaedah Pengukuran

Pengukuran sememangnya wujud dalam kehidupan harian kita iaitu apabila kita

menggunakan ukuran untuk menentukan ketinggian, berat ataupun apabila kita

menilai rupabentuk sesuatu objek fizikal. Sejauhmana kita meminati sesuatu

lagu, lukisan atau personaliti rakan kita juga merupakan satu bentuk ukuran.

Dalam penyelidikan, pengukuran didefinisikan sebagai pemberian nombor atau

simbol kepada ciri-ciri objek berdasarkan spesifikasi tertentu yang telah

ditetapkan oleh penyelidik.

Ia melibatkan proses seperti berikut:

1) Memilih peristiwa empirik.

2) Menggunakan nombor atau simbol untuk mewakili setiap aspek peristiwa.

3) Mengaplikasi satu set peraturan untuk mengaitkan simbol dengan

peristiwa.

Contohnya, katakan anda sedang mengkaji tentang pengunjung yang hadir ke

pameran automatif di mana semua model-model kereta terbaru pada tahun ini di

pamerkan. Anda berminat untuk mengetahui nisbah pengunjung lelaki dan

wanita yang hadir. Ketika anda membuat pemerhatian, bagi pengunjung wanita

anda akan merekodkan huruf “f” dan bagi setiap pengunjung lelaki, anda akan

merekodkan huruf “m”. Anda mungkin juga ingin mengukur sejauhmana rasa

minat pengunjung terhadap rekabentuk Van Escape yang terbaru. Anda boleh

menjalankan sesi temuduga dan merekodkan pendapat mereka seperti berikut:

Apakah pendapat anda tentang rekabentuk Van Escape?

Sangat Berminat Sangat Tidak Berminat

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 154: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/4

Jabatan Perdagangan / PPD

10.2 Jenis-Jenis Skala Pengukuran

Sikap boleh diukur menggunakan skala pengukuran yang berlainan iaitu:

a) Skala Nominal

• Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang “mutual eksklusif”,

di mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori.

• Tidak perlu aturan atau ruangan

• Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain di

antaranya).

• Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa.

b) Skala Ordinal

• Objek disusun dengan mengaturnya mengikut satu aturan angkubah

umum.

• Skala mengkategorikan pembolehubah untuk melambangkan perbezaan

kualitatif diantara pelbagai kategori dan menyusun atur pembolehubah

berkenaan. Penyusunan dibuat mengikut keutamaan dan diberi nombor 1,

2 dan seterusnya.

• Contoh : Responden dikehendaki menyatakan keutamaan mereka dengan

menyusun 5 kebaikan menggunakan periuk nasi eletrik.

Kegunaan Susunan

1. Mengukus ikan _______________

2. Memasak nasi _______________

3. Memasak sup _______________

4. Menggoreng ikan _______________

5. Memasak kari ayam _______________

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 155: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/5

Jabatan Perdagangan / PPD

c) Skala Interval

• Membenarkan kita untuk melaksanakan operasi aritmatik ke atas data

yang dikumpul dari responden.

• Ia mempunyai ciri-ciri skala nominal dan skala ordinal juga “Equality of

Interval”.

• Ia bukan sahaja membahagikan individu kepada kategori dan membuat

susunan keutamaan tetapi juga mengukur besarnya perbezaan dalam

keutamaan individu itu.

• Contoh :

Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

Pasti

Setuju Sangat

Setuju

Mengukus ikan 1 2 3 4 5

Memasak nasi 1 2 3 4 5

Memasak sup 1 2 3 4 5

Menggoreng ikan 1 2 3 4 5

Memasak kari ayam 1 2 3 4 5

d) Skala Nisbah

• Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal

yang unik (bukan titik rambang yang asal).

• Ia mengumpulkan semua sifat diantara semua skala.

• Contoh : Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat

dari orang yang mempunyai berat 40 kg. Mengganda atau membahagikan

kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor diberi akan memberikan

nisbah 2:1

• Contoh lain : umur sebenar, pendapatan dan lain-lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 156: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/6

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 10A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Berikan definisi bagi pengukuran. ( 5 markah )

2. Terangkan 4 jenis skala pengukuran. ( 20 markah )

ANDA PASTI BOLEH……

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 157: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/7

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 10A

1. Dalam penyelidikan, pengukuran didefinisikan sebagai pemberian nombor atau

simbol kepada ciri-ciri objek berdasarkan spesifikasi tertentu yang telah

ditetapkan oleh penyelidik.

2. Skala Nominal. Rujuk input 10.2(a) m/s 4.

Skala Ordinal. Rujuk input 10.2(b) m/s 4.

Skala Interval. Rujuk input 10.2(c) m/s 5.

Skala Nisbah. Rujuk input 10.2(d) m/s 5.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 158: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/8

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul, sila

berbincang dengan pensyarah anda.

1. Pelajar diminta berbincang dalam 1 kumpulan. Ahli kumpulan adalah seramai 4 – 5

orang. Pensyarah akan menentukan jenis skala pengukuran yang akan digunakan oleh

setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan 1 set borang soal

selidik berdasarkan jenis skala pengukuran yang telah diberi oleh pensyarah. Pelajar

diberi masa selama 60 minit untuk menyiapkan tugasan ini.

interval nominal

ordinal

Nisbah

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 159: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/9

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Sila rujuk contoh dalam input 10.2, m/s 4-5. Kemudian, sila rujuk dengan

pensyarah anda.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 160: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 11

REKABENTUK PENSAMPELAN : DEFINISI, SEBAB-SEBAB

PEMBENTUKAN SAMPEL, PROSES PENSAMPELAN, JENIS-JENIS DAN

SAIZ SAMPEL

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang definisi, sebab-sebab

membentuk pensampelan, proses dan jenis-jenis

pensampelan serta menentukan saiz sampel.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Mendefinisikan pensampelan.

Memberi penjelasan mengapa membentuk

pensampelan.

Memahami proses dalam pensampelan.

Menjelas dan membuat perbandingan diantara jenis-

jenis pensampelan (kebarangkalian, bukan

kebarangkalian).

Menetapkan saiz sampel.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 161: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

11.0 Pengenalan

Salah satu langkah penting dalam proses penyelidikan pemasaran adalah proses

pengutipan data dari sampel. Pemilihan sampel/responden perlulah dibuat secara

berhati-hati dan teliti agar maklumat yang diingini diperolehi daripada individu

yang sepatutnya.

BERHATI-HATI!!!! Kesilapan memilih sampel akan menyebabkan

penyelidikan menjadi sia-sia. Penyelidikan yang sia-sia akan turut menyebabkan

syarikat mengalami kerugian!

Cikgu……macamana nak pilih sampel ni……susahnya, sakit kepala!

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 162: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/3

Jabatan Perdagangan / PPD

11.1 Definisi Sampel

Merupakan aktiviti memilih sebahagian elemen dalam populasi di mana maklumat

yang diperolehi boleh digunakan untuk menganggarkan maklumat tentang populasi

yang dikaji.

11.2 Sebab-Sebab Membentuk Pensampelan

• Sebahagian masalah muncul pada masa tertentu. Oleh itu perlu kajian segera

semasa masalah itu masih hangat. Contoh : isu pembuangan bayi

• Kebanyakan agensi penaja memerlukan hasil atau laporan penyelidikan dalam

tempoh tetentu/terdekat. Pensampelan boleh menjimatkan waktu. Contoh :

agensi pendidikan yang menaja keperluan komputer di sekolah-sekolah

mungkin memerlukan laporan kajian sebelum keputusan tentang kurikulum

baru pengenalan komputer di sekolah dibuat.

• Penggunaan tenaga kerja yang sedikit di mana memudahkan dari segi

pengawasan dan perlaksanaan.

• Sumber kewangan mestilah mencukupi. Kajian ke atas setiap individu dalam

populasi sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang besar terutama apabila

invidu tersebut sukar dihubungi dan berjauhan antara satu sama lain.

• Memudahkan pengumpulan data.

• Mengurangkan kesilapan dalam pemprosesan data.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 163: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/4

Jabatan Perdagangan / PPD

11.3 Proses Pensampelan

Ia melibatkan ENAM langkah yang boleh anda rujuk pada Rajah 11.1

Rajah 11.1 : Proses Pensampelan

Menentukan Populasi Sasaran

Menentukan Rangka Pensampelan

Memilih Teknik Pensampelan

Menentukan Saiz Sampel

Memilih Elemen Bagi Sampel

Mengumpul Data Dari Sampel

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 164: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/5

Jabatan Perdagangan / PPD

11.3.1 Menentukan populasi sasaran

• Kesilapan mengenalpasti populasi sasaran akan menyebabkan

kegagalan atau menghasilkan keputusan kajian yang sia-sia.

• Istilah penting yang terlibat:

i. Populasi – keseluruhan Malaysia, peristiwa atau maklumat kajian.

ii. Populasi sasaran – merujuk kepada sekumpulan atau keseluruhan

kejadian dimana penyelidik berminat untuk menjalankan kajian.

iii. Elemen – setiap ahli dalam populasi.

11.3.2 Menentukan rangka pensampelan

• Merupakan sumber bagi memperolehi senarai semua elemen dalam

populasi sasaran/sampel

• Contoh :

Rekod pelajar politeknik, senarai nama pekerja pejabat pos Seremban

dan buku rujukan telefon.

11.3.3 Memilih teknik pensampelan

• Keputusan yang paling penting dalam memilih teknik pensampelan

ialah samada memilih sampel kebarangkalian atau sampel bukan

kebarangkalian.

11.3.4 Menentukan saiz sampel

• Merupakan bilangan elemen yang diambil untuk dikaji.

• Ianya penting kerana akan memberi kesan kepada hasil atau rumusan

kajian.

• Lebih besar saiz sampel lebih tepat/baik maklumat yang diperolehi

bagi menggambarkan populasi sebenar, tetapi ia mengambil masa

yang lama dan meningkatkan kos.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 165: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/6

Jabatan Perdagangan / PPD

11.3.5 Memilih elemen bagi sampel

• Penyelidik perlu memilih elemen yang terbaik atau sesuai untuk

diambil sebagai sampel sewaktu kajian dijalankan.

11.3.6 Mengumpul data dari sampel

• Merupakan proses yang terakhir.

• Kemungkinan timbul pelbagai masalah.

• Maklumat yang lebih spesifik dan terperinci diperlukan bagi

mengetahui bagaimana keputusan proses rekabentuk pensampelan

akan dilaksanakan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 166: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/7

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 11A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Berikan sebab-sebab mengapa kaedah pensampelan digunakan dalam penyelidikan.

(12 markah)

2. Lakarkan gambarajah Proses Pensampelan. (8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 167: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/8

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 11A

1. Sebab-sebab membentuk pensampelan. Sila rujuk input 11.2, m/s 3 .

2. Gambar rajah Proses Pensampelan. Sila rujuk input 11.3, m/s 4.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 168: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/9

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

11.4 Jenis-Jenis Pensampelan

11.4.1 Kaedah pensampelan kebarangkalian

• Semua sampel yang dipilih menggunakan kaedah ini adalah berdasarkan

pemilihan secara rawak dan ini dapat mengelakkan daripada berlakunya

bias ataupun ketidakadilan dalam proses pemilihan seperti yang terdapat

dalam teknik bukan kebarangkalian. Berikut adalah teknik-teknik

pensampelan yang dimaksudkan:

11.4.1.1 Pensampelan rawak mudah

• Adalah satu kaedah atau teknik pensampelan yang agak

mudah digunakan. Kaedah ini mengandaikan bahawa setiap

elemen dalam populasi mempunyai kebarangkalian atau

peluang yang sama untuk dipilih sebagai ahli sampel.

Kaedah ini sesuai digunakan sekiranya populasi dikenalpasti

mempunyai sifat seragam ataupun hampir-hampir seragam.

• Berikut ialah langkah-langkah yang biasa digunakan dalam

membuat pemilihan elemen.

i. Dapatkan rangka pensampelan bagi kajian yang

dijalankan.

ii. Pilih satu cara untuk mendapatkan elemen sampel

daripada rangka pensampelan. 3 cara yang boleh

digunakan ialah dengan menggunakan jadual nombor

rawak, penjana nombor rawak ataupun secara loteri.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 169: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/10

Jabatan Perdagangan / PPD

iii. Cara pemilihan elemen mestilah tidak menjejaskan

kebarangkalian elemen seterusnya.

• Contoh: Katakan seorang penyelidik berminat untuk memilih

sampel yang terdiri daripada Pengetua di sekolah-sekolah

kebangsaan di seluruh negeri Kedah untuk satu kajian

mengenai pencapaian pelajar dalam UPSR. Setiap nama

pengetua sekolah kebangsaan yang terdapat di negeri Kedah

akan diberikan satu nombor daripada 1 hingga 130, kemudian

setiap nombor ditulis di atas kepingan kertas dan semua

kepingan kertas bernombor ini dimasukkan ke dalam satu

bekas seperti kotak. Setelah kepingan kertas dicampur

adukkan sepenuhnya, sekeping kertas dipilih bagi setiap

elemen sampel yang dikehendaki. Jadi, sekiranya sampel

yang ditetapkan ialah seramai 55 orang pengetua sekolah,

maka langkah pemilihan hendaklah diulang sebanyak 54 kali

lagi selepas kepingan pertama dipilih. Cara pemilihan elemen

sampel seperti ini dipanggil loteri dan ianya sesuai bagi saiz

populasi yang kecil.

11.4.1.2 Pensampelan bersistem

• Kaedah menyusun item ataupun elemen yang terdapat

dalam populasi mengikut susunan tertentu seperti mengikut

abjad ataupun tarikh.

• Satu tempat mula dipilih secara rawak dan seterusnya

setiap elemen populasi dalam rangka pensampelan pada

selang yang ke-i diambil sebagai ahli-ahli sampel. Kaedah

ini sesuai digunakan apabila populasi telah dikenalpasti

adalah seragam dan kadangkala dipanggil juga kaedah

selang sama.

• Dengan menggunakan kaedah pensampelan bersistem, kita

akan pilih 100 invois daripada 3000 invois. Kita boleh

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 170: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/11

Jabatan Perdagangan / PPD

kenalpasti selang i dengan mendapatkan nisbah N/n di

mana N ialah saiz populasi dan n ialah saiz sampel. Jadi,

bagi kes ini i = (3000/100) = 30. Langkah seterusnya

memerlukan kita memilih satu nombor daripada 1 hingga

30 secara rawak. Andaikan nombor yang terpilih ialah

nombor 21, maka invois yang ke 21 adalah elemen pertama

daripada populasi. Kemudian, 21+30 = 51, maka invois ke

51 adalah sampel kedua dan begitulah seterusnya. Maka,

100 elemen sampel yang terpilih menggunkan kaedah

pensampelan bersistem ini ialah invois yang ke 21, 51, 81,

111, 141, 171, 201, 231, 261, 291, 321, 351, 381, 411, 441

,471, 501, 531, 561, 591,…..2931 ,2961, 2991.

• Walaupun tatacara begini tidaklah sebenarnya satu pilihan

rawak tetapi telah dibuktikan ianya menghasilkan

keputusan yang bersifat rawak sekiranya susunan elemen

dalam rangka pensampelan adalah bersifat rawak.

11.4.1.3 Pensampelan Berstrata

• Merupakan proses mendapatkan sesuatu sampel dengan

mengasingkan populasi kepada beberapa kumpulan yang

tidak bertindih (Mutually Exclusive) yang dikenali sebagai

strata.

• Contoh strata : Umur, bangsa dan jantina.

• Pemilihan elemen sampel adalah daripada strata-strata

berkenaan.

• Kaedah ini digunakan apabila penyelidik merasakan strata

tertentu adalah berbeza daripada strata lain dari segi ciri-

ciri penting populasi yang hendak dikaji (populasi tidak

seragam).

• Jika strata tidak dikelaskan terlebih dahulu, kemungkinan

besar elemen-elemen yang terpilih sebagai sampel akan

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 171: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/12

Jabatan Perdagangan / PPD

terdiri daripada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja dan

menyebabkan sampel tidak sebenarnya mewakili populasi.

• Terdapat 2 ciri penting: elemen yang berada di dalam satu

strata yang sama memiliki sifat-sifat yang sama sementara

elemen di dalam strata yang berbeza mempunyai sifat yang

berbeza.

• Setelah populasi dikelaskan kepada strata, maka sampel

bolehlah dipilih secara berkadaran ataupun secara tidak

berkadaran.

• Sampel secara berkadaran memastikan bilangan elemen

yang dipilih daripada setiap strata adalah berkadaran

dengan saiz strata berkenaan. Contoh adalah seperti di

bawah :

i. Bahagikan pensyarah kepada 3 kumpulan strata

mengikut bangsa: Melayu, Cina dan India.

Melayu Cina India

00 22 40 64 82 06 35 66 02 42

01 24 43 67 85 07 35 66 12 46

03 26 45 69 86 10 47 72 17 52

04 29 48 70 89 13 51 77 18 60

05 30 49 71 91 15 53 78 21 65

08 31 50 73 93 19 56 80 23 74

09 32 54 75 94 20 58 83 28 84

11 34 55 76 96 25 59 87 38 88

14 36 57 79 97 27 61 92 39 90

16 37 63 81 99 33 62 98 41 95

n1 = 50 n2 = 30 n3 = 20

Jadual 11.1 : Nombor Rawak yang Diberikan

Kepada Setiap Guru

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 172: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/13

Jabatan Perdagangan / PPD

ii. Kirakan kesemua pecahan pensampelan (f) seperti

berikut:

f = n/N = 10/100 = 1/10

di mana, n = saiz sampel

N = saiz populasi

- Kemudian, tentukan bilangan sampel yang akan

dipilih dari strata bangsa Melayu (n1 = 50, f x 50 =

1/10 x 50 = 5).

- Jumlah sampel yang dipilih dari strata bangsa Melayu

adalah seramai 5 orang sahaja.

- Secara rawak katakanlah, kita memilih sampel yang

mengandungi ahli-ahli bernombor 09 32 54 75 94

sebagai sampel kajian.

- Seterusnya, bilangan sampel dari strata bangsa Cina

n2 = 30, 1/10 x 30 = 3), dan ahli-ahlinya bernombor

15 53 78 dipilih sebagai sampel kajian.

- Akhir sekali dapatkan bilangan sampel dari strata

bangsa India (n3 = 20, 1/10 x 20 = 2), dan ahli-

ahlinya bernombor 41 95 dipilih sebagai sampel

mewakili strata ini.

iii. Maka sampel berstrata yang dipilih secara

keseluruhan adalah 09 32 54 75 94 15 53 78 41

95.

• Dalam pensampelan secara tidak berkadaran, bilangan

elemen yang dipilih dari setiap strata adalah tidak

berkadaran dengan saiz strata berkenaan. Ia bergantung

kepada sama ada strata itu penting ataupun tidak dalam

kajian yang hendak dijalankan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 173: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/14

Jabatan Perdagangan / PPD

• Pensampelan berstrata menjamin setiap elemen dari setiap

strata akan dipilih walaupun adakala sesuatu strata hanya

mempunyai bilangan elemen yang sedikit.

11.4.1.4 Pensampelan Berkelompok

• Selalu digunakan untuk mengurangkan kos dalam proses

memilih sampel jika populasi kajian berselerak dalam

kawasan yang luas.

• Andaikan seorang penyelidik perlu menemuduga 450

individu yang berada di seluruh Malaysia.

• Kos perjalanan sudah pasti tinggi dan masa yang

dihabiskan untuk perjalanan juga adalah panjang.

• Sebaliknya penyelidik bolehlah membahagikan populasi

kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil yang dipanggil

kelompok.

• Contoh kelompok: negeri, daerah, mukim, kampung,

sekolah ataupun kilang.

• Bagi kajian di atas, penyelidik boleh membahagikan

populasi kepada 13 kelompok mengikut negeri. Kemudian,

memilih secara rawak beberapa kelompok.

• Katakan, 4 kelompok telah dipilih secara rawak.

Penyelidik hanya perlu menumpukan aktiviti menemuduga

responden yang berada dalam 4 kelompok negeri yang

terpilih sahaja. 9 kelompok yang tidak terpilih diabaikan.

11.4.2 Kaedah Pensampelan Bukan Kebarangkalian

Pemilihan sampel menggunakan kaedah ini bergantung sepenuhnya

diatas kebijaksanaan dan keperluan penyelidik. Sampel yang

diperolehi menggunakan kaedah ini tidak menggunakan tatacara

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 174: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/15

Jabatan Perdagangan / PPD

pemilihan secara kebarangkalian. Oleh itu, ia mempunyai kekurangan

tertentu.

11.4.2.1 Pensampelan Kuota

• Matlamat pensampelan ini ialah memastikan beberapa

kumpulan kecil dalam sesuatu populasi itu diwakili hingga

ke tahap yang dikehendaki oleh penyelidik sendiri.

• Teknik ini adalah mudah di mana bilangan elemen sampel

ditetapkan oleh penyelidik terlebih dahulu, kemudian

penyelidik akan memilih elemen sampel sehinggalah kuota

dicapai.

• Kaedah ini biasanya menghasilkan elemen yang agak bias.

Walaupun begitu, sekiranya pengutipan data diawasi dan

dibuat secara berhati-hati, ia masih dapat menghasilkan

sampel yang baik.

• Kelebihan: Mudah dilaksanakan, kos rendah dan proses

pengutipan data mengambil masa yang singkat.

• Contoh: Kajian untuk meninjau pendapat pelajar tentang

tempoh pengajian yang telah dipendekkan di Institusi

Pengajian Tinggi. Sekiranya seramai 100 orang pelajar

akan ditemuduga, penyelidik bolehlah menetapkan kuota

20% terdiri daripada pelajar tahun pertama, 30% daripada

tahun kedua dan 50% daripada tahun akhir. Dengan

kaedah ini penyelidik akan memilih responden mengikut

kemudahan dan budi bicaranya sehinggalah beliau

mencapai kuota yang ditetapkannya.

11.4.2.2 Pensampelan “Convenience”

• Merujuk kepada tatacara memilih elemen sampel dengan

cara yang paling memberikan kemudahan kepada

penyelidik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 175: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/16

Jabatan Perdagangan / PPD

• Contoh : Dalam kajian seperti di atas, sekiranya penyelidik

menggunakan kaedah “convenience” bagi mendapatkan

sampel, maka beliau bolehlah menemuduga seramai 100

orang pelajar yang ditemuinya di dewan kuliah,

perpustakaan ataupun di kantin.

• Penyelidikan yang memerlukan maklumat daripada

responden yang agak ramai selalunya menggunakan kaedah

ini. Selain itu kaedah ini turut digunakan pada peringkat

permulaan penyelidikan. Penyelidikan tambahan dilakukan

dengan menggunakan kaedah pensampelan kebarangkalian.

11.4.2.3 Pensampelan “Snowball”

• Kaedah “snowball” atau bola salji adalah satu teknik yang

boleh digunakan apabila elemen atau unsur kajian yang

diperlukan sukar dikenalpasti.

• Pada peringkat permulaan, responden diperolehi dengan

menggunakan sama ada kaedah kebarangkalian atau kaedah

bukan kebarangkalian tetapi responden seterusnya

diperolehi dengan menggunakan maklumat yang

dibekalkan oleh responden pada peringkat permulaan tadi.

• Proses ini diteruskan terhadap responden yang telah

dikenalpasti untuk menghasilkan bilangan responden yang

diperlukan.

• Kaedah ini biasanya digunakan dalam kajian-kajian seperti

masalah penagihan dadah, aktiviti samseng, perniagaan

haram dan lain-lain lagi di mana responden adalah sukar

dikenalpasti dan dihubungi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 176: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/17

Jabatan Perdagangan / PPD

11.5 Menentukan Saiz Sampel

• Kebanyakan penyelidik menganggar terlebih dahulu saiz sampel yang

berpatutan dengan saiz populasi berdasarkan keupayaan masa, tenaga dan

wang yang ada untuk menjalankan penyelidikan.

• Digalakkan menggunakan saiz sampel melebihi 30 unit kerana andaian

taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit.

• Bertambah saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan akan lebih

mengurangkan ralat pensampelan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 177: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/18

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 11B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Terdapat beberapa jenis pensampelan yang boleh dipilih oleh penyelidik untuk

digunakan dalam proses pengutipan data. Sekiranya seorang penyelidik ingin memilih

jenis pensampelan kebarangkalian yang dapat meliputi kawasan kajian yang luas

dengan kos yang murah, apakah jenis pensampelan yang paling sesuai? Terangkan

juga berkenaan pensampelan tersebut.

(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 178: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/19

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 11B

1. Pensampelan Berkelompok. Sila rujuk 11.4.1.4, m/s 14

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 179: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/20

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,

sila berbincang dengan pensyarah anda.

1. Syarikat Maju Sdn. Bhd mengadakan “contest” bagi menentukan sama ada orang

ramai di sekitar kawasan Seremban lebih sukakan Jus Kurma MAJU (jus kurma

keluarannya) atau Jus Kurma SODAP yang ada di pasaran.

Berdasarkan situasi di atas;

a) Apakah teknik pensampelan yang paling sesuai digunakan dan jelaskan tentang

teknik pensampelan tersebut.

(10 markah)

b) Nyatakan lokasi yang paling sesuai untuk mengambil sampel dan mengapa

lokasi tersebut dipilih.

(4 markah)

c) Siapakah sampel kajian. (2 markah)

d) Penyelidik bagi Syarikat Maju Sdn. Bhd perlulah menetapkan saiz sampel yang

sesuai dan tepat. Berikan DUA kebaikan dan DUA keburukan sekiranya

penyelidik memilih saiz sampel yang besar.

(8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 180: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/21

Jabatan Perdagangan / PPD

2. Sebagai seorang pelajar yang telah memahami Penyelidikan Pemasaran, berikan

SATU PERBEZAAN yang PALING KETARA diantara Pensampelan Berstrata

dengan Pensampelan Berkelompok.

(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 181: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/22

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. a) “Convenience Sampling” (Rujuk input 11.4.2.2, m/s 15)

b) Pusat membeli belah di sekitar Bandar Seremban kerana ia dikunjungi oleh orang

ramai dan penyelidik boleh memilih dan mendapatkan responden dengan mudah.

c) Orang ramai yang datang ke pusat membeli belah tersebut.

d) Kebaikan :

- Lebih besar sampel, lebih tepat atau lebih hampir ia menggambarkan populasi.

- Mengurangkan kesilapan dalam pembuatan keputusan

Keburukan :

- Kos tinggi

- Penggunaan masa dan tenaga yang lebih

2. Pensampelan berstrata menjamin setiap elemen dari setiap strata akan dipilih

walaupun adakala sesuatu strata hanya mempunyai bilangan elemen yang sedikit.

Pensampelan berkelompok pula tidak menjamin semua kelompok akan dipilih,

hanya sebahagian sahaja yang dipilih. Kelompok yang tidak dipilih akan diabaikan.

Ini bermakna, elemen dalam kelompok yang diabaikan tidak akan diambil sebagai

sampel.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 182: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 12

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA : cara memproses data

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Memahami dan mengenalpasti cara-cara memproses data

atau menganalisis data

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Membezakan jenis pengeditan data

Menerangkan tujuan pengeditan

Mendefiniskan pengkodan

Menghuraikan langkah-langkah dalam proses

pengkodan.

Mendefinisi dan membezakan jenis-jenis tabulasi

Membentuk carta yang bersesuaian.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 183: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

12.0 Pengenalan

Setelah anda mendapat maklumat daripada kaedah penyelidikan dan kaedah

pengumpulan data yang anda pilih, maklumat-maklumat tersebut perlu diproses

dan dianalisis kepada bentuk yang boleh diuji dan diterjemahkan mengikut

objektif dan hipotesis penyelidikan. Pemprosesan data melibatkan EMPAT

langkah utama, sila rujuk Rajah 12.1. Maklumat yang diperolehi akan diperiksa

dan dipilih berdasarkan TIGA faktor iaitu:

• Perkaitan

Maklumat yang diperolehi mestilah berkaitan dengan masalah yang dikaji.

• Kesahihan

Ianya bergantung kepada ujian yang dijalankan dalam perancangan dan

operasi penyelidikan. Ini adalah untuk memastikan maklumat-maklumat

tersebut mempunyai data sokongan dan tiada pertikaian tentang kesahihan

maklumat (data dikumpul atau data sedia ada) bagi penyelidikan yang

dijalankan.

• Praktis

Ia mengambil kira dari segi perkaitan data dengan tujuan penyelidikan

dan keupayaan data untuk menghasilkan pembentangan yang baik dan

meyakinkan pembaca.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 184: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/3

Jabatan Perdagangan / PPD

RAJAH 12.1 : LANGKAH-LANGKAH PEMPROSESAN DATA

PENGEDITAN

PENGKODAN

TABULASI

PENCARTAAN

Ingat rajah ni! Jangan lupa, Nayo nanti !!!

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 185: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/4

Jabatan Perdagangan / PPD

12.1 Pengeditan

Pengeditan melibatkan kerja-kerja penyemakan bagi memastikan perkara-

perkara berikut :

• Kesempurnaan Data

Tiada jawapan yang tertinggal samada semua atau sebahagian daripada

jawapan. Sekiranya ada, anda atau pengedit perlu mengambil tindakan

berikut untuk mengatasinya:

Mendapatkan maklumat tentang data tersebut daripada

penemuduga

Menelefon responden untuk mendapatkan jawapan

Menghantar surat untuk meminta responden menjawab semula

soalan yang tertinggal

Atau penemuduga melakukan sesi temuduga semula dengan

responden

• Ketekalan Data

Menyemak jawapan yang tidak konsisten dan jawapan yang bercanggah

serta mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh penyelidik atau

penemuduga.

• Ketepatan Data

Pengedit perlu mengenalpasti bias penemuduga yang mungkin wujud

dalam memasukkan data-data yang diperlukan. Misalnya, apabila soalan-

soalan yang dikemukakan mempunyai jawapan yang sentiasa sama.

Penyemakan juga dibuat bagi memastikan ketidaktepatan yang mungkin

wujud.

Perfect!!!

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 186: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/5

Jabatan Perdagangan / PPD

• Kelayakan

Memeriksa samada responden sesuai atau layak dengan sampel kajian

yang ditetapkan. Contohnya, sampel kajian memerlukan para Eksekutif

Pemasaran sebagai responden, tetapi para kakitangan pentadbiran yang

menjawabnya, maka sampel itu tidak “valid” kerana tiada kelayakan.

• Keseragaman pengukuran

Angka-angka yang dimasukkan untuk item-item soalan tertentu,

dinyatakan dalam unit pengukuran yang biasa. Misalnya, jumlah

pendapatan individu merujuk kepada gaji harian, mingguan atau bulanan

supaya sama dan seragam.

12.1.1 Jenis Pengeditan

Terdapat DUA jenis edit yang boleh anda pilih dalam

menjalankan kerja-kerja mengedit.

“Field Editing”

Ia adalah untuk mencari kemungkinan wujudnya kesalahan

didalam merekod jawapan semasa proses pengumpulan

data. Walau bagaimanapun jenis edit ini tidak diaplikasikan

dalam kaedah tinjauan melalui pos.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 187: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/6

Jabatan Perdagangan / PPD

“Central Editing”

Ia dilaksanakan pada tahap di mana soal selidik telah

disempurnakan dan dikembalikan kepada penyelidik. Ia

lebih komprehensif kerana jangkamasanya yang lebih lama.

12.1.2 Cara Pengeditan

Proses mengedit terbahagi kepada TIGA cara iaitu:

• Manual

Pengedit diberi satu garis panduan dan peraturan-peraturan khusus untuk

diikuti sepanjang tempoh penilaian dibuat

• Mekanikal

Maklumat yang terdapat dalam soal selidik dipindahkan ke “punched

card”, kemudiannya diedit bagi mengasingkan antara jawapan yang tepat

dengan jawapan yang tidak tepat mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan

• Komputer

Merupakan cara paling efisyen dan canggih kerana kaedah ini boleh

menjalankan kerja pengeditan dalam kuantiti yang banyak dengan masa

yang singkat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 188: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/7

Jabatan Perdagangan / PPD

12.1.3 Mengendalikan Jawapan Kosong

Jawapan kosong diperolehi oleh penyelidik apabila terdapat responden

yang tidak faham soalan, tidak mahu jawab soalan tertentu atau sengaja

tidak mahu jawab semua soalan dalam borang soal selidik yang diberikan

kepada mereka.

SEKIRANYA, lebih daripada 25% soalan tersebut tidak dijawab, borang

tersebut boleh dibuang.

TETAPI, jika beberapa soalan sahaja yang tidak dijawab, kita boleh

melaksanakan perkara berikut;

• Menetapkan titik tengah bagi item yang berskala interval.

• Membenarkan komputer mengabaikan sahaja jawapan yang kosong

semasa dianalisis.

• Menetapkan nilai purata berdasarkan nilai yang dijawab oleh responden

lain bagi soalan tersebut.

• Memberikan nilai purata jawapan bagi responden yang tidak menjawab

soalan ini berdasarkan soalan-soalan lain yang telah dijawabnya.

• Berikan nombor rawak kepada soalan yang tidak berjawab itu dalam

satu julat nombor yang mungkin wujud.

• Bagi soalan yang jawapannya “tidak tahu” atau “tidak pasti”, ia boleh

dianggap sebagai jawapan yang tidak bernilai dan boleh diabaikan

semasa analisis.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 189: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/8

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 12A Pelajar-pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 - 5 orang ahli.

Kemudian mereka dikehendaki berbincang bagi menjawab soalan-soalan berikut.

1. Nyatakan perbezaan “Field Editing” dan “Central Editing”.

2. Proses pengeditan secara berkomputer dikatakan sebagai cara yang paling efisyen

dan canggih berbanding dengan kaedah-kaedah yang lain. Bincangkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 190: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/9

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 12A

1. Rujuk input 12. 1.1, m/s 5.

2. i. mudah

ii. dapat mengesan kesilapan sekiranya penyelidik tertinggal maklumat

sewaktu memasukkan data

iii. dapat mengesan kesilapan sewaktu memasukkan data

iv. dapat mengesan sekiranya data tidak konsisten

v. dapat mengedit dalam kuantiti yang banyak

* lain-lain jawapan yang dirasakan sesuai boleh ditambah. Sila rujuk

dan berbincang dengan pensyarah.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 191: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/10

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

12.2 Pengkodan

Pengkodan adalah prosedur teknikal di mana data dikategorikan. Data-data

mentah akan ditukarkan kepada simbol-simbol tertentu dalam bentuk nombor atau

huruf-huruf. Penukaran ini bukannya secara serta-merta tetapi melibatkan

penilaian terhadap bahagian-bahagian tertentu oleh pengkod (orang yang memberi

kod terhadap data tertentu ).

Tujuan pengkodan adalah

a) Mengelakkan kekeliruan terutama apabila soalan dalam soal selidik itu

terlalu banyak.

b) Maklumbalas yang banyak boleh dianalisis dengan lebih sistematik.

c) Mengelakkan kebosanan kerana data yang banyak boleh mengakibatkan

kesilapan. Oleh sebab itu setiap 10% data yang telah dikodkan perlu

diperiksa untuk memastikan ketepatannya.

d) Borang boleh dipilih melalui pensampelan sistematik.

e) Menyenaraikan pembolehubah yang dikodkan mengikut turutan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 192: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/11

Jabatan Perdagangan / PPD

Terdapat dua kaedah pengkodan iaitu:

• “Pre-Coding”

Setiap nombor atau kod telah ditentukan terlebih dahulu oleh penemuduga

samada dengan cara membulat atau menanda kotak-kotak atau

menggunakan kod-kod tertentu. Ianya digunakan bagi soal selidik

berstruktur.

• “Post-Coding”

Kaedah ini memerlukan anda mengkelas jawapan-jawapan yang

diperolehi sebelum memberi kod-kod tertentu. Ia digunakan bagi soalan

atau soal selidik tidak berstruktur. Ia juga dikenali sebagai kaedah

“Simply Coding”.

12.2.1 Proses Pengkodan

Proses pengkodan melibatkan TIGA (3) langkah utama iaitu:

• Mengkategorikan atau mengkelaskan data dalam kelas-kelas tertentu. Ianya

bergantung kepada permasalahan yang dikaji.

• Memasukkan kod nombor atau huruf pada kelas tersebut. Contohnya; bagi

lelaki kodnya 1 dan bagi perempuan kodnya 2.

• Menyediakan buku kod, iaitu buku yang mengandungi arahan am yang

menjelaskan bagaimana setiap item data dikodkan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 193: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/12

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 12B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Apakah tujuan utama proses pengkodan dibuat.

2. Terangkan perbezaan di antara “simply coding” dan “pre-coding”.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 194: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/13

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 12B

1. Rujuk input 12.2, m/s 10

2. Rujuk input 12.2, m/s 11

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 195: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/14

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

12.3 Tabulasi dan Pencartaan

Tabulasi merujuk kepada pengiraan bilangan elemen yang termasuk di bawah setiap

kategori kod. Ia boleh dilakukan secara manual atau berkomputer, bergantung

kepada jumlah data yang terlibat dan program-program perisian komputer yang

bersesuaian. Tujuan utama tabulasi adalah untuk mempersembahkan data atau

maklumat kepada format berangka yang boleh dikira dan mudah difahami.

Pencartaan pula adalah satu bentuk persembahan atau peragaan data yang

membantu pembaca memahami sesuatu laporan. Ia juga membantu para penyelidik

menukarkan data mentah (maklumat) yang diperolehi kepada suatu maklumat yang

lebih bermakna, jelas dan mudah difahami, terutama apabila melihat sebarang

pergerakan atau perubahan data dalam sesebuah carta yang dipilih.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 196: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/15

Jabatan Perdagangan / PPD

12.3.1 Bentuk-bentuk Penjadualan/Tabulasi

Tabulasi boleh dibahagikan kepada DUA bentuk yang utama iaitu;

Penjadualan Mudah

Ia juga dikenali sebagai penjadualan marginal. Ia melibatkan 1

pembolehubah dan memaparkan jumlah kekerapan bilangan elemen-

elemen yang wujud dalam satu-satu kategori jawapan (taburan

kekerapan)

Contoh : jadual berdasarkan bangsa, umur, jantina dan sebagainya.

Jadual di bawah meunjukkan kekerapan pengunjung yang hadir di

sebuah pameran buku dalam seminggu. Pengunjung dikategorikan

berdasarkan bangsa.

Kategori Kekerapan

Melayu 503

Cina 450

India 437

Jumlah 1390

Jadual 12.1 : Jadual Kekerapan Kunjungan mengikut Bangsa

Penjadualan Bersilang

Melibatkan hubungan atau perkaitan antara 2 atau lebih

pembolehubah. Ia bertujuan bagi melihat hubungan/perkaitan

antara pembolehubah-pembolehubah kajian mengikut kumpulan,

kategori atau kelas tertentu. Penjadualan silang boleh

dikategorikan kepada:

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 197: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/16

Jabatan Perdagangan / PPD

Penjadualan Bersilang Dua (2) Hala

Ia melibatkan dua pembolehubah.

Contoh ditunjukkan seperti di bawah.

Jantina

Kekerapan membuat panggilan

Jumlah

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Setiap hari

3 kali seminggu

2 kali seminggu

950

741

167

42

500

310

161

29

450

431

13

6

Jadual 12.2: Jadual kekerapan membuat panggilan menggunakan

telefon bimbit dikalangan pelajar mengikut jantina

Penjadualan Bersilang Tiga (3) Hala

Ia melibatkan tiga pembolehubah.

Contoh ditunjukkan seperti di bawah.

Jantina & Umur

Kekerapan membuat panggilan

Jumlah

Lelaki

Jumlah 15 – 20 >21

Perempuan

Jumlah 15 – 20 >21

Jumlah 950 500 235 265 450 212 238

Setiap hari 741 310 137 173 430 203 228

3 kali seminggu 167 161 81 80 6 1 5

2 kali seminggu 42 29 17 12 13 8 5

Jadual 12.3 : Jadual kekerapan membuat panggilan menggunakan

telefon bimbit mengikut jantina dan umur

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 198: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/17

Jabatan Perdagangan / PPD

12.3.2 Jenis-jenis Carta

Anda telah belajar dan diberi pendedahan yang jelas serta terperinci tentang jenis-

jenis carta statistik dalam mata pelajaran Pengantar Statistik, Statistik 1 dan

Statistik 2.

Carta-carta statistik yang sering digunakan oleh penyelidik dalam persembahan

atau peragaan data adalah seperti berikut:

i) Carta Bar atau Carta Palang

• Carta Palang terdiri daripada Carta Palang Mengufuk/Mendatar

dan Carta Palang Menegak

• Ia boleh dikategorikan kepada TIGA jenis iaitu

o Carta Palang Am/Biasa

o Carta Palang Berganda

o Carta Palang Berkomponen

ii) Carta Pai atau Carta Bulatan

iii) Histogram

iv) Jadual Kekerapan

v) Poligon kekerapan

vi) Ogif

vii) Graf Garis

viii) Piktogram atau Carta Bergambar

ix) Carta Gantt.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 199: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/18

Jabatan Perdagangan / PPD

Contoh-contoh pencartaan

Rajah 12.2 : Carta Palang Biasa

Rajah 12.3 : Graf Garis

Rajah 12.4 : Carta Pai

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 200: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/19

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 12C Pelajar-pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 - 5 orang ahli.

Kemudian mereka dikehendaki berbincang bagi menjawab soalan-soalan berikut.

1. Encik Azmi telah menjalankan satu penyelidikan terhadap pencapaian pelajar

semester satu Jabatan Perdagangan bagi mata pelajaran Perakaunan Awalan.

Berikut adalah hasil yang diperolehi bagi Sesi Jun 2000 dan Sesi Disember 2000

a) Pencapaian pelajar DAT1 pada sesi Jun 2000 adalah 94% , sementara sesi

Disember 2000 adalah 97%

b) Pencapaian pelajar DPR1 pada sesi Jun 2000 adalah 98% , sementara sesi

Disember 2000 adalah 95%

c) Pencapaian pelajar DSK1 pada sesi Jun 2000 adalah 95% , sementara sesi

Disember 2000 adalah 99%

Bentukkan satu jadual yang bersesuaian.

2. Hasil jualan bagi tahun 1997, 1998 dan 1999 sebuah syarikat adalah seperti berikut:

Produk

1997 (unit)

1998 (unit)

1999 (unit)

Kereta 950 800 900 Motosikal 600 750 700 Basikal 200 350 400

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 201: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/20

Jabatan Perdagangan / PPD

Anda dikehendaki membentuk carta-carta berikut berdasarkan maklumat di atas.

a) Carta palang biasa b) Carta palang berganda c) Carta palang khas d) Carta pai bagi tahun 1997, 1998 dan 1999

TAHNIAH !!!! Anda Sememangnya pintar dan pantas

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 202: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/21

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 12C

1. Jadual Pencapaian Pelajar Semester 1 Jabatan Perdagangan Bagi Mata

Pelajaran Perakaunan Awalan Sesi Jun dan Disember 2000

Pelajar

Kursus

Markah bagi sesi Jun 2000

(%)

Markah bagi sesi Dis 2000

(%)

DAT1

DPR1

DSK1

94

98

95

97

95

99

2. Anda dikehendaki merujuk kepada bentuk carta palang dan carta pai di dalam buku

rujukan seperti Pengantar Statistik. Ikutilah prosedur yang betul supaya anda

mendapat jawapan yang tepat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 203: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/22

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,

sila berbincang dengan pensyarah anda.

1. Johar dan rakan-rakannya telah ditugaskan oleh pensyarah kelas menyiapkan

projek penyelidikan bagi memenuhi keperluan subjek Penyelidikan Pemasaran.

Objektif kajian bagi projek Johar adalah bagi mengenalpasti faktor penentu yang

mempengaruhi pengguna membeli produk QQ. Pembolehubah-pembolehubah

bersandar yang terlibat adalah harga, promosi jualan dan kualiti produk. Johar dan

rakan-rakannya memilih untuk menyediakan borang soal selidik bagi pengutipan

data. Selepas diedar dan borang dipungut kembali, Johar mendapati borang soal

selidik tidak dijawab sepenuhnya oleh responden. Apakah yang perlu dilakukan

oleh Johar sekiranya:

a) Soalan yang tidak terjawab melebihi 25% (2 markah)

b) Hanya beberapa soalan sahaja yang tidak berjawab (10 markah)

2. Berikan perbezaan di antara DUA jenis tabulasi. (8 markah)

3. Senarai dan lakarkan 4 jenis carta yang biasa digunakan oleh penyelidik dalam

mempersembahkan data-data yang telah dikumpul.

(12 markah)

4. Bincangkan cara pemprosesan data yang berkesan. (25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 204: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/23

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Rujuk Input 12.1.3, m/s 7.

2. Rujuk Input 12.3.1, m/s 15.

3. Rujuk Input 12.3.2, m/s 17 - 18.

4. Rujuk Input 12.1, 12.2, 12.3 dan 12.4 m/s 3 – 18.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 205: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 13

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA : INTERPRETASI DATA

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang penterjemahan

dapatan kajian menggunakan pengiraan statistik yang

sesuai.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Memahami jenis-jenis pengukuran yang digunakan

dalam analisis data.

Mengira ukuran-ukuran statistik seperti sisihan

piawai, min, median dan mod.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 206: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

13.0 Pengenalan

13.1 Min, Median dan Mod

13.1.1 Min

Min atau nilai purata merupakan pengiraan yang sering digunakan untuk

mengetahui gambaran umum tentang data.

Contoh: Berapa unitkah, secara puratanya, botol-botol sos yang telah

dikeluarkan oleh Jabatan Pengeluaran Syarikat OK dalam masa enam

bulan yang lepas?

Pengukuran min memberikan satu idea yang baik tentang berapa banyak

bahan yang harus disimpan dalam stok.

13.1.2 Median

Merupakan item di tengah dalam sesuatu data yang telah disusun secara

menaik atau menurun.

Contoh: 4, 5, 6, 7, 8 Median = 6

Tau tak apa itu min, median, mod dan sisihan piawai. Tentu anda pernah mendengarnya bukan ?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 207: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/3

Jabatan Perdagangan / PPD

13.1.3 Mod

Merujuk kepada fenomena yang mempunyai frekuensi yang paling tinggi

dalam sesuatu penyelidikan.

Contoh : Berikut adalah catatan berat sekumpulan pelajar seramai 10

orang.

65 43 50 65 55

70 46 65 49 53

Oleh itu mod bagi data di atas adalah 65

Contoh :

Rajah di bawah menunjukkan tahap kebiasaan pekerja di sebuah syarikat dengan

sistem komputer. Nilai 1 menunjukkan pekerja sangat tidak biasa dengan

komputer dan nilai 8 menunjukkan sebaliknya. (Semakin tinggi nilai, semakin

biasa pekerja dengan sistem komputer).

Label Nilai Nilai Frekuensi Peratusan

Sangat

tidak biasa

Sangat

biasa

1 0 0.0

2 2 6.7

3 6 20.0

4 6 20.0

5 3 10.0

6 8 26.7

7 4 13.3

8 1 3.3

JUMLAH 30 100.0

Jadual 13.1 : Tahap kebiasaan Pekerja dengan Sistem Komputer

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 208: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/4

Jabatan Perdagangan / PPD

Berdasarkan jadual 13.1, cari min, median dan mod.

Min : 4.833

Median : 5

Mod : 6

Terjemahan dapatan:

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat

keputusan untuk menggunakan min, mod atau median. Berikut adalah beberapa

panduan yang boleh pelajar ikuti:

1. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala nominal, mod perlu digunakan.

2. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala ordinal, median digunakan.

3. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala interval/ratio, min digunakan.

Walau bagaimanapun, min adakalanya tidak dapat menggambarkan data sebenar

sekiranya nilai min cenderung untuk menjadi terlalu kecil atau terlalu besar

(Outliers). Oleh itu, sisihan piawai boleh digunakan dalam membantu pembuatan

keputusan yang berkaitan dengan min.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 209: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/5

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 13A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan unit selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Berikan maksud bagi istilah-istilah di bawah:

a) Min

b) Median

c) Mod

2. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mempunyai bilangan ahli

seramai 3 atau 4 orang. Setiap kumpulan dikehendaki mengukur ketinggian

setiap pelajar di dalam kelas dan mencatatkan data-data ukuran tersebut.

Berdasarkan data tersebut kirakan min, mod dan median.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 210: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/6

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 13A

1. Rujuk input 13.1 m/s 2 - 3

2. Sila rujuk dan berbincang dengan pensyarah anda untuk mendapatkan

maklumbalas.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 211: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/7

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

13.2 Sisihan Piawai

Sisihan piawai digunakan bagi mengukur serakan sesuatu data daripada

nilai puratanya atau min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin

dekat data tersebar dari min. Ini bermakna nilai min boleh dipercayai dan

peratus ketepatan adalah tinggi.

Contoh : Merujuk kepada jadual 13.1 nilai sisihan piawainya ialah 1.663.

Terjemahan Dapatan.

Nilai sisihan piawai yang kecil menggambarkan data-data tidak tersebar

jauh dari nilai min. Oleh itu keputusan min diandaikan sebagai boleh

dipercayai dan peratus ketepatan adalah tinggi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 212: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/8

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 13B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan unit selanjutnya. Sila semak jawapan

anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Dengan menggunakan maklumat di dalam aktiviti 13A soalan 2, kirakan nilai

sisihan piawai dan terjemahkan dapatan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 213: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/9

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 13B

1. Sila rujuk dan berbincang dengan pensyarah anda untuk mendapatkan maklumbalas.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 214: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/10

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,

sila berbincang dengan pensyarah anda.

1. Berdasarkan data di atas, kirakan :

a) Min (5 markah)

b) Sisihan Piawai (10 markah)

2. Terjemahkan dapatan tersebut. (3 markah)

Ketinggian Air (meterpadu ) Frekuensi

5.00 dan kurang daripada 5.01 23

5.01 dan kurang daripada 5.02 15

5.02 dan kurang daripada 5.03 47

5.03 dan kurang daripada 5.04 31

5.04 dan kurang daripada 5.05 13

5.05 dan kurang daripada 5.06 16

5.06 dan kurang daripada 5.07 5

5.07 dan kurang daripada 5.08 3

5.08 dan kurang daripada 5.09 4

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 215: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/11

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. a) Min : 5.031

b) Sisihan Piawai : 0.08

2. Data-data tidak tersebar jauh dari nilai min. Ini bermakna nilai min yang

diperolehi boleh mewakili populasi.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 216: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 14

LAPORAN PENYELIDIKAN : FUNGSI DAN JENIS LAPORAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mengetahui tentang fungsi-fungsi laporan serta

mengenali jenis-jenis laporan dalam penyediaan laporan

penyelidikan.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Menerangkan fungsi-fungsi laporan

Menentukan jenis-jenis laporan

REPORT

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 217: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

14.0 Pengenalan

Penyediaan dan persembahan sesuatu laporan penyelidikan merupakan langkah

keenam dan terakhir dalam usaha penyelidikan pemasaran. Unit ini menerangkan

tentang fungsi-fungsi laporan dan jenis-jenisnya.

14.1 Fungsi-Fungsi Laporan

• Merupakan satu produk ketara dalam sesuatu usaha penyelidikan. Ia adalah

bukti tentang penyelidikan yang telah dijalankan dan akan disimpan sebagai

rekod rujukan pada masa hadapan.

• Keputusan pengurusan adalah berdasarkan laporan yang dihasilkan.

Sekiranya lima langkah pertama dalam sesuatu penyelidikan disediakan

dengan baik tetapi langkah keenam tidak diberikan perhatian sepenuhnya,

maka nilai sesuatu projek penyelidikan akan menjadi kurang berkesan.

• Penglibatan kebanyakan pengurus pemasaran dalam sesuatu projek

penyelidikan adalah terhad kepada laporan bertulis dan persembahan

laporan sahaja. Justeru itu, kebanyakan mereka akan menilai keseluruhan

kualiti projek penyelidikan berdasarkan kualiti laporan dan persembahan

laporan.

• Keputusan pihak pengurusan untuk membuat penyelidikan dan

menggunakan penyelidik yang sama pada masa akan datang akan

dipengaruhi oleh laporan dan persembahan laporan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 218: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/3

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 14A Uji kefahaman anda terlebih dahulu sebelum meneruskan input seterusnya. Sila

semak jawapan pada maklumbalas di sebelah.

1. Terangkan berkenaan fungsi-fungsi laporan penyelidikan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 219: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/4

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 14A

1. Rujuk input 14.1 m/s 2.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 220: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/5

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT

14.2 Jenis-Jenis Laporan

14.2.1 Laporan bertulis

Laporan yang tidak berkualiti merosakkan sebahagian besar penyelidikan.

Ini kerana kebanyakan pembaca akan menilai penyelidikan berdasarkan

kualiti laporan. Seorang penyelidik perlu mempunyai kemahiran

bagaimana memastikan laporan berkualiti. Laporan perlu menerangkan

dengan jelas setiap langkah penyelidikan dan boleh menarik perhatian

pembaca. Kandungan perlu menepati dengan apa yang kita selidiki.

Laporan bertulis terbahagi kepada dua iaitu :

a) Laporan Pendek

b) Laporan Panjang

a) Laporan Pendek

• Laporan pendek dibuat apabila masalah telah dikenalpasti.

Melibatkan skop yang kecil dan mengandungi metadologi yang

mudah dan jelas.

• Lebih kurang lima mukasurat.

• Adakalanya seperti surat atau memo dan ia didalam bentuk

yang tidak formal.

Contohnya: Laporan mengenai perubahan kos hidup akibat dari

persaingan pesaing luar negeri.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 221: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/6

Jabatan Perdagangan / PPD

b) Laporan Panjang

• Ada dua jenis :

i) Laporan Teknikal

• Bertindak memaparkan laporan terperinci setiap

langkah yang terlibat dalam projek penyelidikan

dan penyelidik bebas menggunakan istilah-istilah

teknikal. Contohnya sisihan piawai, analisis varians,

darjah kebebasan dan lain-lain lagi. Bagi istilah

yang agak sukar, perlulah diberi pendefinisian yang

ringkas.

• Laporan ini penting kepada penyelidik yang

berminat dalam perincian teknikal seperti

rekabentuk penyelidikan, bentuk pensampelan,

kaedah statistik dan sebagainya.

ii) Laporan Pengurusan

• Adakalanya pembaca atau audien tidak mempunyai

asas dalam penyelidikan pemasaran. Oleh itu

mereka lebih berminat dengan keputusan dan

cadangan kajian berbanding metodologi yang ada.

• Oleh itu laporan ditulis dalam ayat dan perenggan

yang pendek dan tidak berputar belit.

• Mengandungi banyak gambarajah dan graf, tajuk

akan ditebalkan, terdapat ayat bergaris, mempunyai

margin yang besar (contohnya langkau dua baris)

dan sebagainya yang mudah difahami oleh

pembaca.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 222: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/7

Jabatan Perdagangan / PPD

14.2.2 Laporan Secara Lisan

Kajian pemasaran yang telah dibuat akan dibentangkan kepada firma

pelanggan. Pembentangan akan menolong pihak pengurusan memahami

dan seterusnya menerima laporan kajian yang telah dibuat.

Pembentangan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:

a) Pembentangan mesti mengikut format pembentangan bertulis.

b) Ia hendaklah mampu menarik perhatian penonton. Untuk mencapai

objektif tersebut, pembentang hendaklah mengambilkira latar belakang,

minat dan penglibatan audien di dalam projek.

c) Menggunakan pelbagai kaedah persembahan seperti menggunakan

jadual, graf, papan putih, slaid, program komputer dan video untuk

memudahkan pemahaman.

d) Mempunyai “eye contact” berterusan dengan penonton. Pembentangan

menjadi lebih menarik sekiranya ianya diselitkan dengan cerita yang

berkaitan seperti pengalaman, contoh dan sebagainya.

e) Mempunyai intonasi suara yang sesuai dan kuat.

f) Satu petua yang baik ialah menggunakan prinsip KISS (Keep It Simple

and Straight Forward).

g) Menggunakan bahasa badan seperti lenggok badan, gerakan mata,

senyuman, mimik muka dan lain-lain.

h) Menutup pembentangan dengan rumusan yang baik.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 223: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/8

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 14B Uji kefahaman anda terlebih dahulu sebelum meneruskan input seterusnya. Sila

semak jawapan pada maklumbalas di sebelah.

1. Terangkan secara ringkas jenis laporan pendek dalam laporan bertulis.

2. Jelaskan berkenaan 2 jenis laporan panjang.

3. Apakah ciri-ciri pembentangan laporan secara lisan yang baik?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 224: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/9

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 14B

1. Rujuk input 14.2.1 (a) m/s 5

2. Rujuk input 14.2.1 (b) m/s 6

3. Rujuk input 14.2.2 m/s 7

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 225: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/10

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,

sila berbincang dengan pensyarah anda.

1. Pelajar dikehendaki mencari satu artikel tentang penyelidikan lalu. Berpandukan

artikel tersebut sediakan satu laporan lisan untuk dibentangkan di hadapan kelas.

(30 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 226: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/11

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Pembentangan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Sehubungan itu, laporan

lisan pelajar perlulah memenuhi ciri-ciri tersebut (rujuk 14.2.2 m/s 7). Kemudian, sila

rujuk dan berbincang dengan pensyarah masing-masing.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 227: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/1

Jabatan Perdagangan / PPD

UNIT 15

LAPORAN PENYELIDIKAN : FORMAT, KRITERIA DAN

DOKUMENTASI

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami bagaimana menentukan

format dan kriteria laporan yang baik serta menyediakan

dokumentasi.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :

Menentukan format laporan

Menentukan kriteria-kriteria laporan yang baik

Menyediakan dokumentasi seperti bibliografi,

lampiran dan nota kaki dengan baik

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 228: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/2

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT 15A

15.0 Pengenalan

Dalam unit ini kita akan mengenal secara ringkas apakah format laporan serta

menentukan kriteria-kriteria laporan yang baik. Kita juga seterusnya akan

membincangkan sedikit sebanyak tentang penyediaan dan penulisan dokumentasi

seperti bibliografi, nota kaki serta lampiran.

15.1 Format Laporan

Dalam penyediaan laporan yang baik ia mestilah mengikut format menulis

laporan yang betul. Terdapat 10 perkara yang perlu ada dalam sesebuah laporan

iaitu:

a) Muka Hadapan (Title Page)

• Mengandungi tajuk laporan, informasi (nama, alamat dan no. telefon)

tentang peyelidik atau organisasi yang menjalankan penyelidikan, nama

penerima laporan dan tarikh penyerahan laporan.

b) Surat Penyerahan (Letter of Transmittal)

• Merupakan laporan formal yang secara umumnya mengandungi surat

penyerahan laporan kepada pelanggan dan mengandungi ringkasasn

tentang pengalaman penyelidik ke atas keseluruhan projek tanpa

menyatakan keputusan hasil kajian.

• Surat ini juga menyatakan tentang tindakan yang harus diambil oleh

pelanggan seperti mengimplimentasikan cadangan dalam laporan atau

membuat penyelidikan lanjutan pada masa akan datang.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 229: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/3

Jabatan Perdagangan / PPD

c) Surat Penyerahan Kuasa (Letter of Authorization)

• Surat yang ditulis oleh pelanggan kepada penyelidik sebelum kajian

dimulakan. Surat ini memberi kuasa kepada penyelidik untuk menjalankan

kajian dengan menyatakan skop kajian serta terma-terma kontrak.

d) Isi Kandungan (Table of Contents)

• Menyenaraikan tajuk-tajuk yang diliputi dalam laporan beserta mukasurat.

Dalam kebanyakan laporan, hanya topik utama dan subtopik akan

disenaraikan.

• Senarai ini juga diikuti oleh senarai jadual, graf, rujukan serta lampiran.

e) Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)

• Ia adalah elemen yang paling penting kerana merupakan apa yang akan

dibaca oleh pihak pengurusan. Ringkasan ini seharusnya menerangkan

masalah penyelidikan, pendekatan serta rekabentuk kajian yang

digunakan, keputusan hasil kajian, kesimpulan serta cadangan.

• Ringkasan eksekutif ini ditulis selepas penyedian laporan kajian yang lain.

f) Pernyataan Masalah (Problem Definition)

• Menggambarkan latar belakang masalah kajian.

• Ia harus mengandungi satu pernyataan masalah kajian yang jelas.

g) Pendekatan kepada Masalah (Approach to the Problem)

• Elemen ini membincangakan pendekatan yang akan digunakan dalam

mengenalpasti masalah kajian. Ia harus mengandungi deskripsi kerangka

teori yang menjadi panduan laporan, hipotesis dan faktor-faktor yang

mempengaruhi rekabentuk kajian.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 230: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/4

Jabatan Perdagangan / PPD

h) Rekabentuk Kajian (Research Design)

• Eleman ini harus dinyatakan secara terperinci tentang bagaimana kajian

dilakukan.

• Ini termasuklah rekabentuk kajian, informasi yang diperlukan,

pengumpulan data (data prima dan data sekunder), penyediaan soal

selidik, teknik penskalaan dan teknik persampelan.

i) Analisis Data ( Data Analysis)

• Menerangkan tentang analisis data dan strategi analisis yang digunakan.

Teknik-teknik yang digunakan untuk analisis harus diterangkan secara

mudah tanpa penggunaan terma-terma teknikal .

j) Keputusan (Result)

• Merupakan elemen yang paling panjang dan boleh dipecahkan kepada

beberapa bab. Keputusan haruslah tersusun dengan baik dan logik.

k) Limitasi Kajian ( Limitation)

• Semua kajian mempunyai limitasi yang disebabkan oleh masa,

belanjawan dan lain-lain batasan organisasi.

• Elemen ini harus disediakan dengan berhati-hati dan mempunyai

perspektif yang seimbang.

• Penyelidik harus memastikan pihak pengurusan tidak terlalu bergantung

kepada keputusan penyelidikan atau menggunakan keputusan tersebut ke

atas tujuan yang lain. Contohnya menggunakan keputusan kajian ke atas

populasi yang berlainan.

• Pada masa yang sama, elemen ini tidak boleh mengurangkan keyakinan

penyelidikan atau memperkecilkan penyelidikan yang di buat.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 231: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/5

Jabatan Perdagangan / PPD

l) Kesimpulan dan Cadangan (Conclusion and Recommendation)

• Merupakan penerangan ringkas tentang keputusan statistik dan

menginterpretasikan keputusan kajian berhubung dengan permasalahan

yang sedang dikaji.

• Berdasarkan kepada keputusan dan kesimpulan, cadangan boleh

dikemukakan oleh para penyelidik. Cadangan yang dikemukakan haruslah

praktikal, sahih, boleh diambil tindakan dan boleh digunakan dalam

pembuatan keputusan pihak pengurusan.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 232: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/6

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 15A

Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak

jawapan anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Senaraikan format laporan yang lengkap.

2. Apakah yang dikatakan surat penyerahan kuasa?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 233: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/7

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 15A 1. Format laporan yang lengkap mengandungi elemen-elemen berikut:

Muka Hadapan (Title Page)

Surat Penyerahan (Letter of Transmittal)

Surat Penyerahan Kuasa (Letter of Authorization)

Isi Kandungan (Table of Contents)

Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)

Pernyataan Masalah (Problem Definition)

Pendekatan kepada Masalah (Approach to the Problem)

Rekabentuk Kajian (Research Design)

Analisis Data (Data Analysis)

Keputusan (Result)

Limitasi Kajian (Limitation)

Kesimpulan dan Cadangan (Conclusion and Recommendation)

2. Surat penyerahan kuasa adalah surat yang ditulis oleh pelanggan kepada penyelidik

sebelum kajian dimulakan. Surat ini memberi kuasa kepada penyelidik untuk

menjalankan kajian dengan menyatakan skop kajian serta terma-terma kontrak.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 234: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/8

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT 15.2 Kriteria Laporan Yang Baik

Laporan yang baik perlu mempunyai empat ciri berikut: a) Lengkap (Completeness)

• Sesuatu laporan harus dilengkapi dengan semua informasi yang diperlukan

oleh pembaca dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

• Sesuatu laporan menjadi tidak lengkap apabila ianya terlalu ringkas atau

terlalu panjang. Penulis mungkin telah tertinggal beberapa definisi yang

penting sekiranya penerangan laporan pendek. Sebaliknya sesuatu laporan

menjadi terlalu panjang kerana keengganan penulis menolak data-data

yang tidak diperlukan.

• Sesuatu laporan yang penuh dengan informasi yang tidak relevan akan

menjadikan isu perbincangan utama akan menjadi kabur. Tambahan lagi,

laporan yang tebal dan panjang tidak mungkin menarik perhatian

pembaca.

• Secara umumnya, jumlah maklumat yang disalurkan dalam laporan

haruslah sesuai dengan kawalan yang dipegang oleh seseorang yang akan

membuat tindakan. Contohnya, sekiranya laporan penyelidikan disediakan

untuk pengurus pengiklanan produk, adalah wajar sekiranya penulis tidak

membincangkan teknik membaikpulih teknik pengeluaran secara

terperinci kerana ianya berada di luar kawalan pengurus pengiklanan

produk.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 235: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/9

Jabatan Perdagangan / PPD

b) Tepat (Accuracy)

• Ketepatan merupakan salah satu kriteria penulisan laporan yang baik.

• Walaupun input-input bagi sesuatu laporan itu tepat, namun ketepatan

laporan secara keseluruhan boleh menjadi kabur disebabkab oleh kecuaian

dalam pemprosesan data, penakulan yang tidak logik atau penulisan frasa

yang tidak betul.

• Ketidaktepatan juga boleh berlaku kerana kesalahan tatabahasa seperti

penggunaan simbol-simbol, kesalahan ejaan, kata nama, kata kerja dan

lain-lain.

c) Jelas (Clarity)

• Apabila laporan tidak jelas,vpembaca sukar memahami isi kandungan dan

mungkin akan menyebabkan mereka meneka (guess).

• Justeru itu, laporan mestilah tersusun, tidak kabur dan berputar belit.

• Gunakan perkataan dengan berhati–hati supaya laporan benar-benar jelas

dan mudah difahami.

d) Ringkas (Conciseness)

• Laporan hendaklah lengkap dan pada masa yang sama ia juga haruslah

ringkas.

• Penyelidik mestilah memilih tentang apa yang hendak dimasukkan dalam

laporan.

• Penyelidik harus mengelakkan perbincangan yang berpanjangan tentang

sesuatu yang telahpun dikenali secara umum.

• Laporan tidak boleh berputar-belit. Oleh itu laporan hendaklah ditulis

dengan lengkap dan jelas dengan menggunakan perkataan-perkataan yang

minimum.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 236: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/10

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 15B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak

jawapan anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Senaraikan dan terangkan dengan ringkas kriteria-kriteria laporan yang baik.

2. Bagaimanakah sesuatu laporan yang ditulis boleh menjadi lengkap dan ringkas

dalam masa yang sama ?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 237: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/11

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 15B

1. Rujuk input 15.2, m/s 8

2. Laporan hendaklah lengkap dan pada masa yang sama ia juga haruslah ringkas.

Penyelidik mestilah memilih tentang apa yang hendak dimasukkan dalam laporan.

Penyelidik harus mengelakkan perbincangan yang berpanjangan tentang sesuatu

yang telahpun dikenali secara umum. Laporan tidak boleh berputar-belit. Oleh itu

kita perlu menulis laporan yang lengkap dan jelas dengan menggunakan perkataan-

perkataan yang minimum.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 238: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/12

Jabatan Perdagangan / PPD

INPUT 15.3 Dokumentasi

Dokumentasi merujuk kepada elemen terakhir yang akan dilampirkan dalam

sesuatu laporan penyelidikan. Dokumentasi ini terdiri daripada:

a) Bibliografi

b) Nota kaki

c) Lampiran (appendix)

a) Bibliografi

• Merupakan senarai buku atau bahan yang telah digunakan sebagai rujukan

dalam penyelidikan.

• Mengandungi nama pengarang, tajuk buku, nama penerbit, tahun terbitan

dan muka surat.

i) Nama Pengarang

Nama pengarang yang panjang boleh diringkaskan dengan meletakkan

nama keluarga. Contohnya:

William Sir Cleveland W. S. Cleveland

Sekiranya terdapat beberapa pengarang maka, hendaklah ditulis seperti

berikut:

William S. Cleveland Edward Perre Belly Kenneth Roman

W. S. Cleveland., E. P. Belly., K. Roman.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 239: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/13

Jabatan Perdagangan / PPD

ii) Tajuk buku

Boleh dalam bentuk bergaris (line), ditebalkan (bold), dan condong

(italic).

Contoh :

William S. Cleveland, The Elements of Graphing Data (Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985). William S. Cleveland, The Elements of Graphing Data (Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985). William S. Cleveland, The Elements of Graphing Data (Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985).

William S. Cleveland, The Elements of Graphing Data ( Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985): 52-89

b) Lampiran (Appendix)

• Mengandungi bahan-bahn yang terlalu kompleks, terlalu spesifik atau

sesuatu yang tidak perlu dimasukkan dalam sesuatu teks laporan.

• Apa yang biasanya dilampirkan dalam bahagian ini ialah satu salinan

borang soal selidik atau borang pemerhatian yang telah digunakan untuk

mengumpul data. Ia juga mengandungi kaedah pemetaan sample yang

telah dibuat serta pengiraan untuk menentukan saiz sampel dan rekabentuk

sampel.

• Turut menjadi bahan lampiran ialah ujian-ujian statistik (test statistics)

yang mengandungi jadual-jadual terperinci.

Nama Pengarang Nama Penerbit

Tahun Terbitan

Tajuk Buku

Muka Surat

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 240: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/14

Jabatan Perdagangan / PPD

• Penulis harus mengetahui bahawa bahagian ini hanya akan dibaca oleh

pembaca-pembaca yang mengetahui terma-terma teknikal dan yang

berminat.

c) Nota Kaki

• Merupakan penerangan tentang darimana bahan rujukan tersebut diambil.

• Menggunakan saiz tulisan (font) yang kecil contoh saiz 7.

• Sekiranya seorang penyelidik mengambil sesuatu bahan rujukan

contohnya dari buku atau jurnal untuk dimasukkan sebagai teks laporan

maka penyelidik perlu menulis nombor di tepi teks laporan tersebut dan di

bahagian bawah teks akan dinyatakan dari mana teks tersebut didapati.

• Contohnya:

Pengiklanan adalah satu bentuk komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang barangan, keluaran, perkhidmatan, idea oleh penaja yang boleh dikenalpasti dan dilakukan melalui pelbagai media.1

1. C. Boyee., W. Arons. Advertising Strategy. (Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985): 52-89

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 241: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/15

Jabatan Perdagangan / PPD

AKTIVITI 15C Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak

jawapan anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.

1. Tuliskan maklumat rujukan di bawah dalam bentuk (dokumentasi) yang betul :

Nama pengarang : Thashvina Illangkumaran.

Tahun terbitan : 2001

Penerbit : Prentice Hall

Tajuk buku : How to Write A Good Report?

2. Apakah nota kaki? Mengapakah ianya penting ?

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 242: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/16

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS AKTIVITI 15C

1. Rujuk input 15.3(a), m/s 12-13.

2. Merupakan penerangan dari mana bahan rujukan tersebut diambil. Ianya

penting dinyatakan di bawah teks untuk mengelakkan berlakunya peniruan karya

penulis lain.

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 243: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/17

Jabatan Perdagangan / PPD

PENILAIAN KENDIRI

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

1. Terangkan secara ringkas format penulisan laporan penyelidikan pemasaran yang

biasa digunakan.

(25 markah)

2. Bincangkan kenapa ketepatan, keringkasan, kejelasan serta lengkap menjadi isu

utama dalam penulisan sesuatu laporan penyelidikan.

(25 markah)

3. Dokumentasi merujuk kepada elemen terakhir yang akan dilampirkan dalam

sesuatu laporan penyelidikan. Senaraikan dan terangkan dengan jelas unsur-unsur

yang terkandung di dalam elemen ini dan berikan 1 contoh.

(5 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/

Page 244: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ·  ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. ... satu fenomena bagi kajian masa hadapan

LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/18

Jabatan Perdagangan / PPD

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Rujuk input 15.1, m/s 2-5.

2. Rujuk input 15.2, m/s 8-9.

3. Rujuk input 15.3, m/s 12-14

http://modul2poli.blogspot.com/