fenomena iklim luar biasa

29
TUTORIAL 7 FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

171 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

TUTORIAL 7FENOMENA IKLIM

LUAR BIASA

Page 2: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

1 (a) Bezakan konsep fenomena El-Nino dengan La-Nina. (4)

El-Nino : Merujuk kepada peningkatan suhu arus lautan Pasifik yang menyebabkan berlakunya proses pembuakan (upwelling). la mempengaruhi tekanan udara di permukaan laut sehingga mengubah pola tiupan angin timuran yang lembap menjadi kering. Kesannya cuaca menjadi panas dan kemarau yang berpanjangan di barat lautan Pasifik (Asia Tenggara Asia Timur dan Australia)

La- Nina : Merujuk kepada penurunan suhu arus lautan Pasifik yang meningkatkan tekanan udara di permukaan lautan Pasifik. Ini menambahkan halaju tiupan angin timuran yang lembab bermula di lautan pasifik menuju ke bahagian timurnya. Kesannya hujan lebat, banjir dan taufan di timur lautai, Pasifik (Arnerika Selatan seperti Peru, Chilie).

Page 3: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

1 (b) Bagaimanakah perubahan suhu yang dialami oleh lautan Pasifik boleh mempengaruhi cuaca di bahagian daratannya? (4)

Apabila suhu permukaan taut Pasifik menjadi panas ia menghasilkan proses pembuakan (termoklin) Seterusya suhu permukaan laut vang panas akan menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.Tekanan udara yang rendah akan melemah, menghenti atau mengubah pola tiupan angin timuran yang sebelumnya bergerak dari timur ke barat pasifik, dan kini bergerak dari barat ke timur pasifik

Kesannya di bahagian daratan tidak menerima hujan menyebabkan cuaca menjadi panas, kering dan kelembapan udara sangat rendah.

Page 4: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

1 (c) Bagaimanakah fenomena La-Nina terjadi? (6)

Arus lautan sejuk Antartic Humbert Curren - berubal arah, bergerak dari barat ke timui pasifik. Penurunan suhu arus lautan Pasifik yang mendadak selepas kejadian el-Nino di bahagian timur pasifik akan meningkatkan tekanan udara.

Ini menyebabkan angin timuran akan bertiup dengan kencang dari timur ke barat merentasi lautan Pasifik. Angin ini akan mengangkut kelemoapan udara (awan yang terbentuk di lautan Pasifik dan melepaskannya sebagai hujan lebat di bahagian barat Pasifik seperti di lndonesia, Malaysia dan Kepulauan Asia Tenggara yang lain.

Page 5: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

1 (d) Mengapakah kesan El-Nino di pesisir pantai Pasifik lebih besar berbanding dengan kawasan lain?(4)

Ini kerana pesisir pantai lautan pasifik lebih luas dari perubahan suhu yang dialami oleh lautan pasifik itu sendiri menjadi punca berlakunya El-Nino sebagai lautan yang paling besar, lautan Pasifik menjadi penentu kepada kejadian e-Nino dan La-Nina.Pengaruh lautan lain lebih bersifat tempatan manakala lautan Pasifik bersifat global. EI-Nino terkesan kerana liputan kawasan kejadiannya adalah lugs hingga ke negara China dan Afrika.

Page 6: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

1 (e) Bagaimanakah El-Nino mempengaruhi jerebu di Asia Tenggara.(4)El Nino menyebabkankan berlakunya kebakaran hutan secara

semula jadi sehingga membebaskan partikel partikel terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk jerebu.Dalam keadaan udara keying (dry air) dan cuaca panas, partikel-partikel tersebut terampai dan berlegar dalam ruang udara serta sukar untuk hilang.

Tiupan angin sumatera telah memindahkan jerebu dari Indonesia ke Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain. Fenomena ini dikenali sebagai jerebu yentas sempadan.

Page 7: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

1 (f) Jelaskan kesan El-Nino dan La-Nina ke atas sektor pertanian di Asia Tenggara. (4)

EI-Nino: Kemarau akibat cuaca panas El Nino menjejaskan pengeluaran hasil tanaman makanan khususnya padi sawah terjejas teruk. Ini kerana Keadaan cuaca panas menyebabkan sistem pengairan tidak berfungsi dan sungai dan empangan kekeringan air seterusnya pokok-pokok padi akan mati.

La-Nina: Hujan lebat dan banjir akan memusnahkan kawasan pertanian terutamanya tanaman padi sawah apabila ditenggelami air. Selain itu merugikan industri akuakultur – ternakan ikan air tawar apabila kolam ternakan ditenggelami air.

Page 8: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan siklon tropika (3)

Siklon tropika adalah [ribut taufan yang bergerak secara berputar] yang mempunyai [kelajuan tinggi melebihi 120 km/jam]. la terbentuk [di perairan (lautan) tropika iaitu antara garis lintang (5° U dan S hingga 35°U dan S)].

Page 9: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

2 (b) Jelaskan dua ciri sesebuah siklon tropika yang matang.(4)

Ada Mata siklon. la wujud di tengah-tengah siklon dan menjadi pusat utama sistem siklon. Mata siklon mempunyai tekanan udara paling rendah dan menjadi tumpuan angin kencang di sekelilingnya. Terhasil kesan daripada daya putaran memusat. Kawasan mata siklon lazimnya tenang dan bebas daripada awan, dan mudah dikesan menggunakan satelit.

Ada Zon vorteks. Merupakan jaluran awan paling tebal yang wujud di sekeliling mata siklon. Di bahagian ini, angin bertiup kencang, berpusar serta berlaku ribut petir.

Page 10: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

2 (c) Jelaskan perbezaan antara zon vorteks dengan matan siklon.(4)

Zon vorteks merupakan jaluran awan paling tebal yang wujud di sekeliling mata siklon. Di bahagian ini, angin bertiup kencang, berpusar serta berlaku ribut petir.

Manakala mata siklon wujud di tengah-tengah siklon dan menjadi pusat utama sistem siklon. Mata siklon mempunyai tekanan udara paling rendah dan menjadi tumpuan angin kencang di sekelilingnya.

Page 11: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

2 (d) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi pembentukan siklon tropika. (4)

Suhu yang tinggi di permukaan laut. Suhu yang tinggi ini menghasilkan tenaga haba yang menyebabkan aktiviti perolakan di permukaan laut yang seterusnya menghasilkan daya cerun tekanan yang ketara.

Tekanan udara yang rendah di lapisan atmosfera bawah khususnya berhampiran dengan permukaan laut. Apabila wujudnya tekanan udara yang sangat rendah (akibat suhu tinggi) maka angin dari luar yang bertekanan tinggi akan menyerbu masuk dengan kencang. Semakin besar daya cerun tekanan ini maka Semakin kencanglah angin bertiup.

Page 12: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

2 (d) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi pembentukan siklon tropika. (4)

Adanya Daya putaran memusat. laitu pergerakan angin secara berpusar melingkari sate pusat yang dipanggil sebagai "mata siklon" yang terletak di tengah-tengah dan dikelilingi pula oleh zon vorteks.

Page 13: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

2 (e) Jelaskan dua kesan siklon tropika ke atas persekitaran fizikal. (4)

Pokok tumbang atau tercabut akibat angin kencang. Langkisau yang kuat boleh memusnahkan tumbuhan yang ada.

Merosakkan ekosistem paya apabila ditenggelami air akibat luruan ribut. Banjir besar boleh berlaku di pesisiran pantai

Page 14: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan proses pembentukan el-Nino dan la-Nina. (13)

Page 15: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan proses pembentukan el-Nino dan la-Nina. (13)

Proses Pembentukan El - Nino• Arus lautan sejuk Antartic Humbolt Current - berubah arah, bergerak dari barat

ke timur pasifik. Ini menyebabkan suhu permukaan laut bahagian BARAT lautan pasifik menjadi PANAS.

• Suhu permukaan laut yang panas menghasilkan proses pembuakan (termoklin). Seterusnya suhu PANAS akan menghasilkan tekanan udara yang RENDAH.

• Tekanan udara yang rendah akan melemah, menghenti atau mengubah pola tiupan angina timuran yang sebelumnya bergerak dari timur ke barat pasifik dan kini bergerak dari barat ke timur pasifik.

• Oleh sebab itu hujan yang sepatutnya di bawa oleh angin timuran akan turun di tengah lautan atau berubah arah ke timur Pasifik dan bukan di kawasan sepatutnya iaitu di barat Pasifik (di Asia Tenggara).

Page 16: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan proses pembentukan el-Nino dan la-Nina. (13)

Page 17: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan proses pembentukan el-Nino dan la-Nina. (13)

Proses Pembentukan La-Nina• Arus lautan sejuk Antartic Humbolt Current - berubah arah, bergerak

dari barat ke timur pasifik. Ini menyebabkan suhu permukaan laut bahagian TIMOR lautan pasifik menjadi SEJUK.

• Suhu permukaan laut yang SEJUK menghasilkan tekanan udara yang TINGGI.

• Tekanan udara yang tinggi akan mengubah pola tiupan angin timuran yang sepatutnya bergerak dari timur ke barat Pasifik dan kini berubah arah, bertiup dari barat ke timur pasifik.

• Angin yang bertiup dari laut ini membawa wap‑wap air banyak untuk dilepaskan sebagai hujan lebat di bahagian timur pasifik (Amerika Selatan)

Page 18: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

3 (b) Bandingkan kesan el-Nino dengan la-Nina ke atas persekitaran fizikal dan manusia di kawasan Asia Tenggara. (12)

Kesan EI-Nino Ke Atas Alam Sekitar Fizikal:• Kemarau: Cuaca panas EI-Nino menyebabkan udara menjadi

kering (dry air), lembapan tanih dan sistem akuifer tanah kekurangan air serta mengurangkan peratus kelembapan udara dan keberangkalian untuk menurunkan hujan adalah amat tipis.

• El-Nino menyebabkankan berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk jerebu

Page 19: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

3 (b) Bandingkan kesan el-Nino dengan la-Nina ke atas persekitaran fizikal dan manusia di kawasan Asia Tenggara. (12)

Kesan EI-Nino Ke Atas Alam Sekitar Manusia:• Produktiviti pertanian terjejas. Kemarau akibat cuaca panas El

Nino menjejaskan pengeluaran hasil tanaman makanan khususnya padi sawah terjejas teruk. Ini kerana Keadaan cuaca panas menyebabkan sistem pengairan tidak berfungsi dan sungai dan empangan kekeringan air.

• Menjejaskan kesihatan penduduk. Cuaca terlalu panas dan berpanjangan menjejaskan kesihatan penduduk seperti deman panas dan stroke haba. Selain itu wabak penyakit akibat cuaca panas seperti denggi, H1N1 dan selserna burung juga cepat merebak dalam keadaan cuaca kering.

Page 20: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

3 (b) Bandingkan kesan el-Nino dengan la-Nina ke atas persekitaran fizikal dan manusia di kawasan Asia Tenggara. (12)

Kesan La-Nina Ke Atas Alam Sekitar Fizikal:• Banjir. Akibat hujan lebat luar biasa, kawasan rendah di pesisir

pantai akan mengalami banjir yang besar. Ini kerana awan lembab yang terbentuk di laut akan di bawa oleh angin dan akan melepaskannya sebagai hujan lebat.

• Ribut/ Taufan: Tiupan angin yang kencang dari laut boleh menghasilkan ribut/ taufan sekiranya angin tersebut bergerak secara berpusar melebihi 120 km sejam. Ribut akan memusnahkan infrasturktur Fizikal kawasan pinggir pantai.

Page 21: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

3 (b) Bandingkan kesan el-Nino dengan la-Nina ke atas persekitaran fizikal dan manusia di kawasan Asia Tenggara. (12)

Kesan La-Nina Ke Atas Alam Sekitar Manusia:• Memusnahkan kawasan pertanian terutamanya

tanaman padi sawah apabila ditenggelami air. Selain itu merugikan industri akuakultur ternakan ikan air tawar apabila kolam ternakan ditenggelami air.

• Merosakkan harta benda seperti rumah kediaman, kenderaan danjuga boleh mengancam nyawa akibat banjir dan taufan yang dibawa oleh fenomena La –Nina.

Page 22: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

4 (a) Jelaskan bagaimana siklon tropika terjadi? (8)

Perubahan suhu lautan yang mendadak. • Akibat pemanasan yang tinggi dari haba matahari, arus

lautan juga menjadi panas .Ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalu naik ke atas mewujudkan Bel tekanan udara yang rendah di bawahnya. Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi maka angin akan bertiup masuk dengan kencangnya ke kawasan tekanan udara rendah tersebut

Page 23: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

4 (a) Jelaskan bagaimana siklon tropika terjadi? (8)

Daya putaran memusat. • Di bantu oleh daya putaran memusat, maka

pergerakan angin akan berputar, melingkari satu pusat yang dipanggil sebagai "mata siklon" yang terletak di tengah-tengah. Semakin ke pusat, tekanan menjadi semakin rendah dan angina semakin kencang bertiup. Keadaan udara di dalam mata siklon adalah tenang dan hujan tidak terbentuk.

Page 24: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

4 (b) Mengapakah kawasan perairan Tropika sering dilanda kejadian siklon tropika.(8)

Perairan/ lautan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang banyak dari matahari ekoran daripada lokasinya yang dekat dengan garisan khatulistiwa. Ini menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami aktiviti perolakan apabila suhu lautan Tropika meningkat.

Page 25: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

4 (b) Mengapakah kawasan perairan Tropika sering dilanda kejadian siklon tropika.(8)

Kawasan perairan/ lautan Tropika merupakan lokasi/ zon pertemuan angin utama dunia (5° U dan S hingga 35°U dan S) seperti angin timuran, angin baratan serta angin monson. Di zon pertemuan angin ini menyebabkan kekacauan atmosfera yang mendorong berlakunya ribut taufan atau siklon Tropika.

Page 26: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

4 (c) Huraikan kesan siklon tropika terhadap aktiviti manusia di kawasan pesisir pantai tropika.(9)

Aktiviti perikanan• Perikanan pinggir pantai terjejas teruk. Siklon

Tropika menyebabkan angin kencang dan laut bergelpra. Nelayan tidak dapat turun ke laut.

• Kesan luruan ribut/ ombak akan merosakkan kapal-kapal nelayan dan nelayan sama sekali tidak boleh turun ke laut.

Page 27: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

4 (c) Huraikan kesan siklon tropika terhadap aktiviti manusia di kawasan pesisir pantai tropika.(9)

Aktivit pelancongan• Kesan luruan ribut/ ombak boleh merosakkan

infrastruktur pelancongan pantai seperti resort, chalet, kemudahan snorkling dll.

• Hujan lebat yang dibawa oleh siklon Tropika boleh menyebabkan banjir di kawasan pinggir pantai

• dan menenggelamkan kawasan pelancongan.

Page 28: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

4 (c) Huraikan kesan siklon tropika terhadap aktiviti manusia di kawasan pesisir pantai tropika.(9)

Pengangkutan dan Telekomunikasi• Menjejaskan aktiviti pengangkutan dan

telekumunikasi. Angin kencang (Langkisau kuat) boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian lektrik yang boleh menyebabkab gangguan besar kepada penduduk.

• Sistem danjaringan telekomunikasi seperti talian telefon juga turut rosak dan terputus.

Page 29: FENOMENA IKLIM LUAR BIASA

4 (c) Huraikan kesan siklon tropika terhadap aktiviti manusia di kawasan pesisir pantai tropika.(9)

Aktiviti Perniagaan• Aktiviti pemiagaan juga tergendala akibat

jalan pengangkutan dan perhubungan terputus seperti jambatan runtuh, bahu jalan runtuh dll yang menggangu kelancaran trafik terutamanya lori-lori jabatan dan kementerian yang terbabit.