pngtr falsafah full

Upload: syafiq-azhar

Post on 04-Nov-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

About pengntr falsafah

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANDi dunia ini, tidak dapat kita elakkan diri kita untuk mengutarakan pelbagai persoalan yang boleh dianggap sebagai soalan yang tidak masuk akal. Namun, persoalan-persoalan sebegini sering kita akan dapat jawapannya melalui kajian bidang falsafah. Namun, bidang falsafah itu sendiri perlu kita kaji dan dalami sebelum pelbagai persoalan menarik lain yang perlu kita jawab. What do you do?; people sometimes ask me. I am a philosopher. If I am lucky, the conversation ends there, but often it continues: Well, I suppose we are all of us philosophers in our different ways; I mean we all have our own ideas about the purpose of life. Now what I think O r else: A philosopher: I envy you in these difficult times. To be able to take things calmly, to rise above the petty vexations that trouble us ordinary men, Or again: That must be fascinating: really to understand people, to be able to reach their souls. I am sure you could give me some good advice. Or, worst of all: What is philosophy?[footnoteRef:1] [1: Soren Overgaard, Paul Gilbert, Stephen Burwood, An Introduction To Metaphilosophy, Cambridge University Press, United Kingdom, 2013, hlm 1]

Kenyataan yang diatas ini dipetik daripada sebuah buku yang bertajuk An Introduction To Metaphilosophy yang mana daripada kenyataan tersebut sering kali berlaku keadaan dimana orang ramai musykil dengan bidang falsafah yang mana kebanyakan orang tahu setiap manusia akan ada falsafah hidup masing-masing daripada keadaan tersebut akan berlakunya satu lagi situasi dimana sesorang pasti akan bertanyakan soalan-soalan seperti maksud falsafah.Dari situ jelas menunjukkan falsafah merupakan sebuah bidang yang dianggap kurang penting oleh masyarakat sehinggakan mereka tidak tahu tentang maksud falsafah. Kebanyakan masyarakat kurang menceburkan diri dalam bidang ini mungkin disebabkan oleh faktor bidang itu sendiri yang mana persoalan-persoalan falsafah sering kali susah untuk diterima akal apabila persoalan tersebut dikeutarakan. Soalan-soalan yang menyentuh tentang dunia misalnya seperti mengapa dunia ini berbentuk bulat dan bukannya berbentuk empat segi, apakah tujuan manusia hidup di dunia ini, apakah yang mendorong seseorang manusia untuk melakukan sesuatu perbuatan itu dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung, persoalan tersebut memberikan kepayahan kepada kita untuk menjawabnya.Bidang falsafah yang ada amatlah luas dan pelbagai sehinggakan disesetengah universiti mereka akan menggunakan nama subjek mereka seperti Philosophy of Science, Philosophy of Religion, Philosophy of Mathematics, Philosophy of Art, Philosophy of Technology, Philosophy of Life dan macam-macam lagi. Di situ dapat dijelaskan bahawa sememangnya bidang falsafah amat luas pembahagian bidangnya. Disebabkan keadaan tersebut, para sarjana dalam bidang falsafah sendiri turut tidak bersetuju diantara satu sama lain apabila membincangkan tentang skop yang sesuai bagi bidang falsafah ini, apakah cara yang sesuai mempelajarinya dan pelbagai lagi perkara-perkara pokok tentang falsafah. Jika dilihat dari sudut lain pula, falsafah boleh dipelajari jika kita memahami tentang sesuatu permasalahan itu terlebih dahulu kerana dengan adanya permasalahan tersebut, kita dapat pastikan apakah yang kita ingin cari daripada permasalahan tersebut. Dari situ, falsafah mula dapat dipelajari dengan mudah.Kita sedari dalam dunia ini, pemikiran falsafah sering kali dimulakan dengan adanya permasalahan yang berkaitan. Teknologi seperti radio, televisyen, kapal terbang, dadah dan sebagainya. Dengan kemunculan pengetahuan baru ini muncul pula cabaran baru untuk menghasilkan perkara-perkara sebegitu. Hasilnya, persoalan seperi bagaimana teknologi-teknologi tersebut dapat dihasilkan mula timbul.[footnoteRef:2] Oleh itu, bidang falsafah mula memainkan peranannya dalam menjana jawapan yang diperlukan. Perkara-perkara tersebut merupakan perkara asas dalam bidang falsafah dan melalu bahagian ini, akan dihuraikan tentang takrifan falsafah agar mudah untuk kita fahami tentang apakah itu falsafah dan juga mengapa kita sebagai manusia perlu mempelajari pemikiran falsafah itu sendiri. [2: James K. Feibleman, Understanding Philosopy, Horizon Press, New York, 1973, hlm 11]

2.0TAKRIFAN FALSAFAHSecara amnya, falsafah merupakan cantuman 2 ayat berasal daripada perkataan Greek iaitu Philos dan Sophia yang mana Philos itu membawa maksud cinta atau sayang dan Sophia pula membawa maksud ilmu pengetahuan atau kecerdikan. Hasilnya, apabila kedua-dua perkataan ini dicantumkan dan munculah perkataan falsafah yang bererti cintakan kepada ilmu pengetahuan.[footnoteRef:3] Jika dilihat dari sudut sejarahnya, perkataan ini mula-mula digunakan oleh ahli falsafah Greek kuno dalam bidang matematik dan juga ahli agama iaitu Pythagoras. Mereka jugalah yang telah menemui perkataan ini dan menjadikan perkataan tersebut sebagai terma bagi bidang falsafah. Bagi Pythagoras, falsafah bukan semata-mata sebagai sebuah pemikiran berkaitan dunia yang digunakan di dalam bidang pendidikan sahaja, tetapi falsafah merupakan sebuah bidang yang jauh lebih luas daripada pemikiran tersebut. Ia berfungsi sebagai alat untuk mengenali diri sendiri dan juga merupakan cara untuk mendapatkan kesempurnaan diri. Sebagai contoh, bagi diri Pythagoras sendiri, beliau merupakan individu yang telah menghasilkan formula Pythagoras Theorem yang merupakan formula di dalam bidang M=matematik yang telah dihunakan di dunia ini secara meluas. Pythagoras telah menaikkan reputasi dirnya sendiri untuk menjadi seorang manusia yang bijak dan besar pengaruhnya. Dari situ, falsafah telah membentuk dirinya untuk menjadi lebih sempurna. [3: The Path of Philosophy, Truth, Wonder and Distress, Wadsworth, Cengage Learning, United State of America, 20012, hlm xxiii]

Di dalam buku The Concept System of Philosophy: The Case of Jacob Bruckers Historiography of Philosophy ada menyatakan tentang pandangan daripada sesorang ahli pengkaji sejarah falsafah tentang maksud atau takrifan falsafah itu sendiri. Menurut beliau, perkataan falsafah yang asalnya adalah daripada perkataan Greek iaitu Sophia telah digantikan kepada perkataan asal daripada bahasa Latin iaitu Sapientia yang mana ia tetap membawa maksud yang sama iaitu cinta akan ilmu pengetahuan. Dalam kajian Jacob Brucker, beliau menyatakan yang perkataan Sapientia merujuk kepada disiplin ilmu yang mampu membuatkan akal manusia (ingenium) menjadi lebih sempurna. Oleh itu, berdasarkan dapatan daripada kajian beliau itu, beliau menyatakan bahawa maksud falsafah adalah menjadikan akal manusia lebih tetap dan sempurna mengikut peredaran waktu.[footnoteRef:4] [4: Leo Catana, The Concept System of Philosophy: The Case of Jacob Bruckers Historiography of Philosophy, Wiley and Wesleyan University, 2005, hlm 75]

Selain itu, falsafah turut membawa maksud yang lain seperti yang telah dinyatakan oleh tokoh seperti Socrates. Beliau menyatakan bahawa falsafah merupakan perasaan ingin tahu (curiosity) dalam bidang intelektual. Perasaan ingin tahu tersebut tetap aka nada di setiap fikiran manusia yang mana perasaan tersebut akan mendorong mereka untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara. Bagi Socrates, beliau memikirkan bahawa tidak gunanya beliau atau manusia lain hidup di dunia ini dengang hanya menjalani hidup setiap hari seperti biasa tanpa mempersoalkan dan memikirkan jawapan mengapa mereka hidup di dunia ini. Sekurang-kurangnya mereka perlu mempersoalkan tentang hal-hal kehidupan mereka. Oleh itu, sekiranya mereka tidak mengkaji tentang hal-hal kehidupan, Socrates mempercayaai bahawa hidup orang-orang sebegitu adalah sia-sia dan tidak layak untuk terus hidup.[footnoteRef:5] [5: Abraham Kaplan, In Persuit of Wisdom: The Scope of Philosophy, Glencoe Press, Canada, 1977, hlm 3]

Falsafah turut boleh dianggap sebagai alternatif sekular kepada komponen bagi kebijaksaan tuhan. Ini bermakna, kebijaksanaan atau pemikiran yang diperolehi oleh manusia itu hanyalah hasil daripada pemberian tuhan. Setiap apa yang difikirkan oleh manusia di dunia ini adalah merupakan kuasa daripada tuhan. Oleh itu, pemikiran manusia yang diberikan oleh tuhan adalah semata-mata untuk memahami tentang kehidupan di dunia. Apa yang pasti, falsafah atau ilmu pengetahuan bukanlah merupakan satu sistem pemikiran yang tinggi (high thinking) tetapi ia lebih menjurus kepada pemikiran tentang sesuatu perkara dengan cara yang betul (right thinking). Selain itu, falsafah turut mengetengahkan tentang melihat sesuatu perkara dengan jelas. Dengan adanya falsafah ini, kebanyakan tokoh pemikir tidak lagi hanya memandang atau memikirkan perkara yang tersurat atau sudah nyata tetapi melalui falsafah, mereka akan memikirkan dan menyiasat sebab atau akibat disebalik sesuatu perkara tersebut. Wisdom excels folly as far as light excels darkness. Now we see through a glass, darkly, says Paul; now I know in part; then I shall understand fully. What James said about metaphysics applies, I think, to all branches of philosophy: it is nothing but an unusually obstinate effort to think clearly.[footnoteRef:6] [6: Abraham Kaplan, In Persuit of Wisdom: The Scope of Philosophy, Glencoe Press, Canada, 1977, hlm 16]

3.0BIDANG-BIDANG FALSAFAHApabila bercerita tentang bidang falsafah, terdapat banyak sub-bidang yang berada di dalamnya. Kesemua sub-bidang ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri di mana ia mempunyai dan memainkan peranannya yang tersendiri. Sub-bidang falsafah tersebut adalah aesthetic, epistemologi, etika, falsafah sejarah, logic, metafizik, falsafah bahasa, falsafah minda, falsafah agama, falsafah politik dan pelbagai lagi. Jika dilihat secara sepintas lalu, kita akan dapat mentakrifkan bahawa sub-bidang seperti falsafah bahasa pasti akan menceritakan tentang bahasa-bahasa yang ada yang digunakan di dalam bidang falsafah. Bagi sub-bidang logik pula, pastinya ia akan menyentuh tentang perkara-perkara yang difikirkan oleh akal secara rasional dan begitu juga dengan sub-bidang yang lain. Oleh itu, di dalam bahagian ini, akan dihuraikan tentang sub-bidang falsafah yang telah digunakan oleh kebanyakan tokoh pemikir di dunia ini.3.1MetafizikDalam bidang falsafah ini, sub-bidang Metafizik ini dianggap sebagai sub-bidang yang sering mengutarakan pelbagai soalan yang hebat dan susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia dan susah juga untuk mencari jawapannya. Disaat sesuatu soalan dikeutarakan, tidak akan ada jawapan yang dapat dikeluarkan dengan mudah. Para pengkaji falsafah berpendapat bahawa mereka inginkan untuk melihat sesuatu perkara itu dengan jelas dan memahami walau sekecil mana pun masalah tersebut. Untuk memudahkan pemahaman kita terhadap sub-bidang Metafizik ini, di bahagian ini akan diterangkan apakah yang dikaji melalui sub-bidang ini dengan kata yang mudah.Metafizik memperlihatkan para pengkaji ataupun manusia mencari dan memahami tentang sifat fizikal dunia ini secara khusus. Persoalan-persoalan berkaitan dunia akan dikaji melalui bidang ini yang mana soalan seperti bentuk dunia ini, cirri-ciri dunia ini dan sebagainya. Di awal kemunculan pemikiran falsafah, para pengkaji ini mempercayai bahawa dunia sememangnya dunia adalah diliputi dengan air dan beransur-ansur berubahkepada keadaan yang lain. Terdapat juga daripada pemikiran mereka yang menyatakan bahawa dunia yang mereka duduki ini adalah pusat kepada alam semesta ini dan mereka memperlihatkan bahawa matahari dan bulan yang mengelilingi dunia ini. Begitu juga yang berlaku kepada planet-planet yang lain turut mengelilingi dunia yang mereka duduki.Terdapat contoh soalan yang melibatkan dunia ini iaitu perkara yang paling asas yang sentiasa kita perlukan iaitu masa. Di dalam buku Four Philosophies And Their Practice In Education And Religion, terdapatnya pernyataan yang ditulis berkaitan soalan yang telah ditanya oleh seorang kanak-kanak kepada bapanya yang berbunyi What is time? atau apakah itu masa?[footnoteRef:7] Soalan tersebut memberi kepayahan kepada si bapa untuk menjawabnya walaupun pada hakikatnya di dunia ini, manusia saling hidup di dunia ini dengan masa. Namun, hakikatnya manusia tidak dapat menjawab dengan betul apakah itu masa. Jawapan yang telah diberikan oleh bapa kanak-kanak tersebut adalah sesuatu yang kita dapat lihat bergerak ke hadapan. Pada dasarnya berkemungkinan jawapan tersebut adalah betul dan dapat memuaskan hati anaknya tetapi para pengkaji falsafah menyatakan terdapatnya jawapan lain yang lebih tepat. Masa dalam bahagian kosmologi, ia dianggap sebagai suatu perkara objektif dan bersifat luaran dan ia akan dialami oleh setiap manusia sebagai sebuah peristiwa. [7: J. Donald Butler, Four Philosophies and Their Practice In Education and Religion, Harper & Row, Publishers, Incorporated, New York, 1968, hlm 16]

Selain itu, metafizik juga menyentuh tentang kajian berkaitan manusia. Perkara ini boleh juga dianggap seperti kajian berkaitan dunia yang mana kita sebagai manusia turut tidak tahu tentang cirri-ciri dia kita sendiri. Para pengkaji falsafah mempercayai bahawa kajian manusia ini adalah penting memangdangkan manusia mempunyai komposisi diri yang unik. Jika difikirkan secara mudahnya, melalui falsafah, manusia mengkaji tentang diri mereka sendiri. Contoh persoalan yang muncul dalam fikiran pengkaji melalui bidang metafizik ini adalah seperti: What am I? Just a body, a physical organism, a machine? Or am I a soul, a spirit, a mind? Or, perchance, am I both soul and body?[footnoteRef:8] [8: J. Donald Butler, Four Philosophies and Their Practice In Education and Religion, Harper & Row, Publishers, Incorporated, New York, 1968, hlm 18]

Soalan tersebut memperlihatkan bahawa manusia mempersoalkan ciri-ciri diri mereka sendiri. Antara jawapan yang muncul adalah pengkaji menjawab yang manusia adalah organism fizikal atau pun sebuah mesin. Ada juga jawapan yang menyatakan manusia adalah merangkumi roh di dalam badan dan akhirnya ada juga yang menjawab mereka iaitu manusia lebih dianggap sebagai sesuatu yang wujud dalam sifat spiritual berbanding dalam bentuk fizikal.

3.2EpistemologiSub-bidang yang seterusnya adalah Epistemologi. Dengan kata mudahnya, epistemologi adalah persoalan tentang ilmu pengetahuan. Bila membincangkan tentang epistemology dalam bidang falsafah ini, manusia pasti akan mempunyai 2 kebarangkalian keadaan yang akan berlaku iaitu mampu memahami atau pun tidak mampu untuk memahami tentang sesuatu perkara. Di dalam bidang bidang ini, terdapatnya 3 tahap persoalan tentang ilmu pengetahuan iaitu agnosticism, skepticism dan affirmation of knowledge.[footnoteRef:9] Ketiga-tiga tahap ini mempunyai cirri yang berbeza di antara satu sama lain. Bagi agnosticism, kata mudahnya ialah manusia tidak mampu untuk memahami sesuatu ilmu tersebut atau not being able to know. Skepticism pula satu perasaan curiga terhadap ilmu dan affirmation of knowledge adalah suatu keadaan yang mana kepastian kewujudan sesuatu ilmu itu masih diragui. [9: J. Donald Butler, Four Philosophies and Their Practice In Education and Religion, Harper & Row, Publishers, Incorporated, New York, 1968, hlm 122]

Selain itu dalam bidang epistemology ini, perkara yang menjadi keutamaan ialah bagaimana manusia boleh mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam bahagian ini, sekurang-kurangnya terdapat 5 cara untuk manusia mendapatkan ilmu pengetahuan iaitu melalui cara pengalaman deria rasa, sebab, gerak hati, kuasa dan juga wahyu. Bagi mereka yang menggunakan cara melalui deria rase, cara tersebut boleh didistilahkan sebagai empiricism. Untuk cara yang kedua iaitu melalui sebab, cara ini diistilahkan sebagai rationalism, gerak hati pula satu cara yang muncul hasil daripada kesedaran secara serta merta. Cara keempat iaitu kuasa atau dikenali sebagai authoritarianism dan yang terakhir ialah wahyu yang mana ia lebih bersangkut paut kepada aspek agama.Namun melalui bahagian ini, kebanyakan ilmu penegtahuan yang dimiliki oleh para pengkaji falsafah adalah berkisar tentang deria rasa. Ini bermakna bahawa ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh manusia kebanyakannya dimiliki melalui cara deria rasa. Memang tidak dinafikan bahawa 4 lagi cara yang lain turut memainkan peranan masing-masing tetapi teras kepada pengumpulan ilmu pengetahuan tersebut adalah melalui rasa dan melalui pandangan mereka.

3.3LogikSub-bidang yang seterusnya ini adalah logic. Logik dikatakan mempunyai persamaan dan perkaitan dengan sub-bidang yang sebelum ini iaitu epistemologi. Bagi memudahkan pemahaman tentang apakah itu logik, maka ayat yang mudah digunakan untuk menerangkan tentang bidang ini ialah logik menyentuh tentang kajian berkaitan kesimpulan sesuatu ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh manusia yang mana kesimpulan tersebut akan mempengaruhi cara pendekatan manusia untuk mendapatkan pengalaman. Atau dengan kata lainnya, pengalaman yang lepas akan mempengaruhi sesuatu pendekatan manusia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Selain itu, dalam bidang falsafah logik, terdapat juga perkara lain yang termasuk di dalam bidang ini seperti ciri-ciri prinsip tentang sesuatu penyataan yang kukuh, apa yang menyebabkan ia menjadi salah dan sebagainya.Sebagai contoh, di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh sepasang suami isteri, mereka ingin menukar sudut atau kedudukan perabot yang ada di dalam rumah. Mereka telah memikirkan tentang kedudukan-kedukan yang mungkin mereka boleh dibuat oleh mereka dan ada juga kedudukan yang dipikirkan oleh mereka tidak sesuai dan tidak mampu dibuat. Dari keadaan tersebut,para pengkaji falsafah logik merumuskan bahawa terdapatnya beberapa idea tentang kombinasi kedudukan perabot yang boleh disusun dan ada pula diantaranya tidak masuk akal untuk dibuat. Disebabkan terdapatnya banyak idea yang ada, tidak ada konklusi yang boleh dibuat berdasarkan keadaan tersebut yang mana hanya ada 2 sahaja cadangan. Secara tidak langsung, ini telah menerangkan tentang pemikiran para pengkaji falsafah logik terhadap pemikiran sebegitu.Walau bagaimanapun, terdapat juga ahli falsafah yang menggunakan cara melalui sebab, deria rasa dan eksperimen. Kenyataan dan pemikiran ahli falsafah mengenai falsafah logic ini adalah berbeza di antara satu sama lain. Francis Bacon menyatakan bahawa logik adalah mengenai pemerhatian terhadap fakta sesebuah pengalaman yang mana beliau mempercayai dengan menggunakan cara pemerhatian, manusia mampu mendapatkan ilmu pengetahuan. Bagi John Dewey pula, beliau menyatakan dengan adanya pembangunan teknik dan formulasi yang di masukkan ke dalam usaha untuk membuat hipotesis, ia merupakan suatu cara untuk mendapatkan pengalaman.4.0 FALSAFAH ILMUDalam kajian Falsafah Ilmu ini aspek Epistemologi (sumber ilmu) merupakan persoalan yang sangat utama.Malah sesetengah sarjana mentakrifkan yang epistemologi itulah yang merupakan falsafah ilmu atau lebih terkenal dengan nama Theory of Knowledge (Nazriyatul Ma'rifah) iaitulah "teori pengetahuan".Sebenarnya Istilah epistemologi berasal dari perkataan Yunani "episteme" yang bererti pengetahuan.Ada dua persoalan utama dalam epistemologi iaitu sumber ilmu pengetahuan dan kebenaran atau hakikat ilmu pengetahuan itu sendiri.

Timbul satu persoalan apakah kebenaran dalam mencapai hakikat pengetahuan ini? Sebenarnya epistemologi bermaksud membahaskan tabi'at untuk mencapai makrifat hingga mampu membantu ketahap mengetahui hakikat kewujudan (ontologi) dan nilai ilmu (aksiologi).Epistemologi ini juga membahaskan tentang kaedah-kaedah dan perkembangan serta sumber pengetahuan melalui penggunaan akal dan pancaindera serta segala yang telah diberikan.

Pertama sekali mengenai masalah sumber ilmu pengetahuan ini.Antara yang terpenting ialah sumber rasionalisme yang menekankan kepercayaan kepada kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran.Aliran ini menekankan bahawa manusia mempunyai kekuatan sendiri untuk mengetahui dengan pasti tentang berbagai-bagai perkara.Yakini ianya bersifat fitrah dimana idea tentang kebenaran dikatakan sudah ada dalam diri setiap orang tanpa perlu mencarinya melalui pengalaman dan pengamatan terlebih dahulu.Dalam erti kata yang lain rasionalisme ialah kepercayaan bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk mengetahui sesuatu.Bahkan rasionalisme berpendirian bahawa hanya melalui sumber akal sahajalah kita dapat memperolehi pengetahuan malah paling benar.Boleh dikatakan begitu pentingnya sumber hingga seseorang yang cacat pancainderanya pun masih boleh mendapat pengetahuan melalui renungan akal dan matahatinyayang seharusnya diyakini.

Yang kedua adalah kaedah yang mementingkan pengalaman pancaindera atau deria sebagai sumber pengetahuan.Ia juga disebut sumber empirisisme (al-hissi wat tajribi) Secara ringkasnya beberapa contoh aliran yang menjadikan impirisisme ini sebagai satu kaedah dan ikutan diera kemuncaknya falsafah khususnya dibarat.Antaranya seperti eksistensialisme (wujudiyah) materialisme (maddiyah),positivisme (wad'iyyah).Hampir kesemua aliran ini menganggap bahawa manusia dilahirkan dengan selembar akal yang kosong yang baru dicorakkan oleh pengalaman indera kemudianya.Positivisme yang diasaskan olehAugustus comte(gambar) mendukung teori tiga proses sejarah manusia yang bermula dengan tahap teologi diikuti tahap metafizik dan akhirnya tahap positif.Pada tahap positif inilah membawa kepada keingkaran manusia terhadap metafizik dengan erti kata yang lain manusia tidak lagi memerlukan kepada agama sebaliknya lebih meyakini ilmu pengetahuan yang berasaskan pengalaman positif iaitu melalui pancaindera semata.

5.0 PERKEMBANGAN FALSAFAH 5.1 SEJARAH AWAL EROPAHSejarah awal Eropah dikatakan bermula dengan wujudnya tamadun Aegean iatu tamadun yang terawal dalam Eropah yang berkembang sekitar 2000 S.M-1200 S.M.di mana di sekitarnya dikelilingi oleh Laut Aegean. Tamadun ini mempunyai 2 peringkat pengembangan iaitu pertama dari 2000 S.M-1450 S.M sebagai zaman kegemilangan dan kedua pula dari 1450 S.M-1200 S.M sebagai zaman kemerosotan. Tahap pertama tamadun ini dikenali sebagai minon iaitu bersempena dengan nama lagenda Crete iaitu raja Minos. Crete adalah pusat bagi tamadun Minoan yang juga merupakan pulau terbesar Greek. Kemudian tamadun ini telah berkembang ke Kepulauan Aegean,Troy di Asia Kecil dan Greek. Selepas 1450 S.M, tamadun ini mengalami kemerosotan di peringkat kedua apabila pusat kuasa politik dan kebudayaan Aegean berpindah ke Tanah Besar Greek yang dinamakan Mycenaean yang bertempat di Mycenae.[footnoteRef:10] [10: Sivachandralingam Sundara Raja. Siri Sejarah Fajar Bakti. Tamadun Eropah. FAJAR BAKTI SDN. BHD. 1996. Shah Alam. hlm 1]

5.2 ZAMAN PERTENGAHAN DI EROPAHZaman pertengahan di Eropah boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Zaman Pertengahan Awal yang dikatakan bermula pada (500-1050 Masihi),kedua iaitu Zaman Kemuncak Pertengahan yang bemula dari (1050-1270 Masihi ) dan ketiga pula ialah Zaman Pertengahan Akhir bermula (1270-1520 Masihi ).[footnoteRef:11] [11: Ibid . hlm. 97]

Zaman Pertengahan secara amnya dianggap sebagai zaman yang dikuasai oleh agama Kristian melalui institusinya iaitu gereja. Boleh dikatakan seluruh nilai kehidupan dan kandungan keilmuan serta asas-asasnya telah dikuasai oleh agama tersebut dan juga gerejanyaZaman Pertengahan Awal di Eropah dikatakan bermula dari tahun 500 Masihi dan berlanjutan hingga tahun 1050 Masihi apabila orang-orang Gasar mula menyerang wilayah Eropah Barat. Serangan ini kemudian telah mengheret Eropah ke dalam dunia kemerosotan. Serangan orang Gasar hanya berlaku di Rom Barat, manakala Byzantium ataupun Rom Timur masih bediri teguh dan kekal hingga 1453 Masihi.[footnoteRef:12] [12: Ibid. hlm. 54]

Pembahagian empayar Rom ini bermula sewaktu Empayar Rom berada di ambang kemerosotan semasa pemerintahan Maharaja Rom iaitu maharaja Diocletion (284-305 T.M ). Maharaja Diocletion membahagikan kepada dua wilayah iaitu Timur dan Barat. Wilayah Timur dikenali sebagai Empayar Byzantium manakala Barat pula dikenali sebagai Empayar Rom Barat.[footnoteRef:13] [13: Ibid ..]

Serangan orang Gasar telah menyebabkan Eropah menempuh keadaan zaman gelap yang digelar Zaman Belenggu ataupun Dark Ages. Pada zaman ini keadaan menjadi kucar-kacir kerana berlaku peperangan, kebuluran dan penyakit yang menjadi lumrah. Hampir 500 tahun lamanya masayarakat Eropah mengalami kemerosotan dalam perkembangan pendidikan, kehidupan yang bercorak perbandaran, perdagangan dan pentadbiran pusat yang baik.Semasa pemerintahan Costantine pada (323-337 Masihi) yang menjadi Maharaja Rom, beliau memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Constantinople pada 330 Masihi. Oleh kerana empayar Rom yang begitu luas, pengganti-pengganti selepas Costantine membahagikan kepada dua wilayah iaitu pertama yang berpusat di Rom dan satu lagi di Constantinople.Zaman Kemuncak Pertengahan juga disifatkan sebagai medieval ataupun perkembangan satu bentuk tamadun. Zaman ini menyaksikan pergelutan yang panjang antara empayar dan gereja, pertumbuhan kuasa diraja di Perancis dan Norman England, permusuhan yang berkekalan antara Kristian dan Islam, perluasan Kristian Eropah ke tanah-tanah Slavic di Timur dan ke atas tanah-tanah Islam di Sepanyol. Sesungguhnya zaman ini menyaksikan kehidupan riang yang diwujudkan dalam lingkungan suatu masyarakat yang diintegrasikan. Lebih daripada ini, ia adalah zaman agung Respublica Christiana apabila semua negara Eropah Barat membentuk sebahagian daripada Kesatuan Dunia Kristian ataupun Commonwealth of United Christendom.[footnoteRef:14] [14: Ibid. hlm. 98]

6.0 SEJARAH ISTILAH FALSAFAH Istilah falsafah tidak dapat diberikan takrif yang tunggal, tepat, muktamat dan mutlak. Falsafah sejarah adalah suatu istilah yang kompleks yang dikelilingi dengan berbagai-bagai persoalan. Barnes misalnya mengimbaskan bahawa seolah-olah falsafah sejarah dapat disamakan dengan melakukan spekulasi tentang masa lalu ataupun berfalsafah tentang perjalanan manusia.[footnoteRef:15] Pandangan Walsh tentang bentuk falsafah sejarah yang muncul pada akhir abad kelapan belas dan berkembang sehingga pertengahan abad yang berikutnya adalah mirip sepeti pandangan Barnes. Collingwood pula iaitu ahli falsafah sejarah Inggeris tahun tiga puluhan yang sangat berpengaruh hinggalah ke saat ini , menerima hakikat adanya bentuk falsafah sejarah yang demikian (spekulatif dan seterusnya ketakdiran sejarah atau historicism). Beliau mengatakan bahawa bentuk yang spekulatif adalah mengkhayalkan manakala bentuk ketakdiran adalah sesuatu yang telah tersedia dan kemungkinan berbentuk teologi. [15: H. E Barnes. A Historical Writing, 2nd rev. ed. (New York: Dover Publications, Inc ,1963). hlm. 192]

Collingwood juga mengatakan bahawa falsafah sejarah ialah kajian terhadap pemikiran sejarah; bukan sahaja analisis psikologi terhadap tatacaranya yang sebenar, tetapi analisis terhadap adicita yang telah dirangkakannya. Pemikiran sejarah itu adalah antara beberapa sikap yang diwujudkan oleh akal dalam menghadapi dunia yang objektif; ia adalah sikap yang menganggap dunia yang objektif; ia adalah sikap yang menganggap bahawa alam fakta-fakta itu wujud bukan hukum-hukum yang umum, tetapi fakta-fakta tersendiri. Falsafah sejarah mestilah perbincangan tentang sikap ini, andaian dan implikasi-implikasinya iaitu suatu percubaan untuk mengetahui kedudukannya dalam keseluruhan pengalaman manusia, hubungannya dengan bentuk-bentuk pengalaman yang lain, asal-usul dan keabsahannya.[footnoteRef:16] [16: R.G. Collingwood. Essays in the Philosophy of History. 2nd print. Edited with an Introduction by William Debbins (Austin: University of Texas Press, 1967). hlm.44]

Pada Zaman Pertengahan Awal menurut St. Augustina, beliau melihat sejarah sebagai suatu takdir daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan manusia wujud dalam alam bukan untuk mencipta sejarah tetapi untuk menjalani takdir tersebut. Keadaan ini berterusan sehinggalah kira-kira awal abad kelima belas apabila muncul Zaman Pembaharuan yang telah berusaha menimbulkan dan menggunakan semula konsep sejarah dari Zaman Klasik.[footnoteRef:17] [17: R.G.Collingwood. Idea Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985, Kuala Lumpur. hlm. 59-60]

St.Augustina telah menghasilkan karya beliau yang berjudul De Civitas Dei iaitu The City of God antara T.M 413-426 iaitu pada saat-saat Empayar Rumawi sedang menghadapi zaman keruntuhannya. Kejatuhan Bandar Rome menyebabkan amalan keagamaan pada zaman pra-Kristian muncul dan berkembang semula dengan pantasnya. Mereka mengatakan bahawa kejatuhan Bandar Rom adalah disebabkan oleh perbuatan orang Kristian yang telah mengetepikan dan tidak menyembah dewa-dewa purba yang dianggap telah sekian lama menjaga kesejahteraan Bandar tersebut.[footnoteRef:18] Dari sudut keamanan pula, St. Augustina adalah seorang paderi agama Katolik Rumawi yang alim dan terkenal. Beliau memeluk agama itu sejak berumur kira-kira tiga puluh dua tahun lagi. Setelah dilantik menjadi paderi di Hippo, beliau telah menumpukan usahanya untuk mengajar dan memperkembangkan agama tersebut.[footnoteRef:19] [18: Ferdinand Scheville. Six Historians, The University of Chicago Press. 1996. Chicago. hlm. 47] [19: G. L.Keyes. Christian Faith and the Interpretation of History (Lincoln: University of Nebraska Press, 1996). hlm. 85]

Menurut karya beliau yang terdiri daripada 22 jilid ini, karya beliau menceritakan tentang hal-ehwal manusia yang tinggal dalam dua bentuk kota yang bertentangan antara satu sama lain itu yang dinamakan kota tuhan yang melambangkan kelompok manusia yang taat mengerjakan suruhan Tuhan manakala kota syaitan adalah sebaliknya.[footnoteRef:20] Secara amnya, perbezaan antara kedua-duanya ialah, yang satu iaitu kota tuhan terdiri daripada manusia yang hidup dengan kerohanian, manakala yang satu lagi ialah tahap nafsu yang berbentuk kecintaan terhadap diri, walaupun kecintaan itu akan menghina Tuhan tetapi yang satu lagi akan kekal terbentuk kecintaan yang kekal bertakhta dengan tuhan. Sedangkan yang satu lagi menerima seksa yang kekal bersama sama dengan Iblis.[footnoteRef:21]Begitu juga sebaliknya penghuni kota syaitan, mereka adalah manusia yang ingkar teradap ajaran agamanya dan hidup dengan penuh maksiat serta dalam kekejian. [20: H.E. Barnes. A History of Historical Writing. hlm. 43] [21: Trygve R. Tholfsen. Historical Tinking. Harper and Row Publishers. 1967. New York. hlm. 62-63]

Dalam proses pergerakan sejarah, perjuangan kosmik pula mempunyai tahap-tahap ataupun zaman-zaman yang tertentu yang bergerak secara mendatar iaitu tidak berkitar atau berulang-ulang, berlaku terus menerus sehinggalah ia sampai ke peringkat terakhirnya iaitu hari akhirat.[footnoteRef:22] Ini bermakna sejarah secara amnya adalah suatu proses yang mempunyai tahap permulaan dan pengakhiran yang bermuktamad. Sejarah manusia menurut beliau adalah sejarah yang menjalani proses permulaan dan seterusnya pergerakan yang mendatar menuju matlamat terakir bagi semua sejarah iaitu alam akhirat ataupun kerajaan Tuhan [22: Hans Meyerhoff (ed). The Philosophy of History our Times,Double Day Anchor Books. 1959, New York. hlm. 3]

Sesungguhnya karya St. Augustina bukanlah bermaksud untuk menghasilkan karya pensejarahan yang bertujuan mencari kebenaran sejarah semata-mata. Tujuan sebenar beliau adalah untuk kepentingan keagamaan sama ada dari sudut peribadi, masyarakat mahupun sudut ilmu. St . Augustina juga telah menganalisa tentang pergerakan sejarah manusia menurut pandangan serta keyakinan agama Kristian yang telah dianutinya. Hasilnya sebuah karya yang dianggap sebagai satu percubaan untuk mengemukakan suatu bentuk falsafah sejarah agama telah berjaya dihasilkan.[footnoteRef:23] [23: Colin Brown. Philosophy and the Christian Faith. Inter-Varsity Press. 1974. London. hlm. 15]

Analisis yang dilakukan oleh St. Augustina dianggap sebagai bentuk falsafah sejarah yang pertama bagi Eropah yang telah mewarisi agama Kristian dan pensejarahan.[footnoteRef:24] St Augustina sendiri juga telah dianggap sebagai tokoh yang paling terkemuka dalam bidang pensejarahan agama malah sebagai ahli fikir yang teragung dalam kesusasteraan Latin satu-satunya tokoh Rumawi yang disamakan dengan Plato.[footnoteRef:25] Beliau berpegang teguh serta yakin terhadap kebenarannya kerana bagi beliau falsafah sejarah adalah melambangkan kekuasaan dan kebenaran Tuhan Yang Maha Berkuasa. [24: H .E. Barnes. A History of Historical Writing. hlm. 42] [25: Frederick B. Artz. The Mind of te Middle Ages. Alfred A. Knoff, 1967. New York. hlm. 84]

Sebagai sebuah penulisan yang bertujuan mempertahankan agamanya daripada serangan tomahan golongan bukan Kristian, sudah pasti karyanya itu menimbulkan kesan serta pengaruh yang meluas, khususnya di kalangan masayrakat seagamanya yang berpendidikan pada ketika itu. Malah kesan serta pengaruhnya boleh menjangkau waktu dan khalayak masyarakatnya. Sesunguhnya penulisan St. Augustina yang berjudul De Civitas Dei telah menggariskan falsafah sejarah agama Kristian dan seterusnya menguasai pensejarahan masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan mereka, iaitu suatu jangka waktu yang menjangkau lebih daripada seribu tahun.[footnoteRef:26] [26: Hans Meyerhoff (ed). The Philosophy of History our Times. hlm. 3]

Ianya mula tercabar dengan munculnya Zaman Pembaharuan dan seterusnya dianggap tersingkir apabila tokoh-tokoh Zaman Kesedaran atau para philosophy, berjaya memperjuangkan dalam menyingkirkan kekuasaan dan cengkaman agama tersebut terhadap masyarakat Eropah.Menurut Edward Gibbon pula melalui karyanya yang berjudul Sejarah Kemerosotan dan Kejatuhan Empayar Rumawi (The History of the Decline and Fall of Roman Empire) yang telah ditulis oleh Hans Mayerhoff dalam buku beliau yang bertajuk The Philosophy of History our Times telah menganggap Empayar Rumawi sebagai suatu lambang bagi peradaban yang terpaksa mengalah kepada serangan bersama oleh kebiadaban dan agama, iaitu Kristian.[footnoteRef:27] Tetapi anggapan yang dilontarkan oleh St. Augustina ternyata berbeza kerana beliau mempertahankan agamanya dan mengatakan bahawa kejatuhan empayar tersebut bukanlah disebabkan oleh ajaran-ajaran agama, tetapi adalah kerana ditakdirkan demikian akibat tindakan dan perbuatan mereka yang dianggapnya sebagai penghuni kota syaitan itu. [27: Ibid, hlm. 4]

Tokoh-tokoh seperti Vico, Voltaire, Rousseau, Herder, Kant dan Condorcet telah menghasilkan teori-teori pada abad kelapan belas mempunyai tujuan yang sama iaitu membebaskan sejarah dan masyarakat daripada cengkaman agama Kristian dan menggantikannya dengan asas-asaas sejarah dan kehidupan yang baru. Teori mereka iaitu antara lain telah sepenuhnya membebaskan sejarah daripada agama dan menjadikannya suatu bidang yang sekular dan rasional.[footnoteRef:28] Dengan tersingkirnya falsafah sejarah St. Augustina, maka suatu era baru dalam pemikiran sejarah telah muncul di Eropah. Aliran itu berbentuk sekular dimana tidak melihat sejarah serta pergeraknnya dari sudut ketuhanan. Oleh itu manusia Eropah mencari suatu landasan ataupun asas titik tolak yang baru bagi sejarah dan falsafah sejarahnya. [28: Ibid. , hlm. 5-6]

Kemunculan falsafah sejarah berlaku kerana disebabkan kurangnya keyakinan terhadap falsafah sejarah yang sekular itu yang semata-mata bergantung kepada manusia, alam semula jadi dan rasional pada kemanusiaan sahaja. Jika ditinjau secara amnya, karya-karya pensejarahan yang dihasilkan pada Zaman Pertengahan kebanyakkan terdiri daripada babad-babad, sejarah kegerejaan dan riwayat-riwayat hidup.Paulus Orosius (1k 380-420 T.M) iaitu paderi kanan St. Augustina telah memadankan karya sejarahnya dengan St. Augustina yang telah melihat proses pergerakan sejarah sebagai suatu ciptaan ataupun rencana Tuhan sedangkan manusia hanya menjalaninya sahaja. Kemudian pada abad kelapan Masihi, seorang lagi paderi yang berbangsa Inggeris iaitu Bede telah menulis Sejarah Kegerejaan Bangsa Inggeris (Ecclesiastical History of the English Nation). Dalam karya itu, beliau telah menulis tentang sejarah awal suku kaum Anglo-Saxon di Britain sejak akhir abad yang terakhir sebelum Masihi hinggalah kira-kira pada akhir abad keenam selepas Masihi, iaitu apabila wilayah Canterbury mendapat biskop besarnya yang pertama, bernama St. Augustina.Terdapat juga percubaan untuk menghasilkan karya yang berupa falsafah sejarah seperti Otto dan Freisingen iaitu paderi yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga diraja Jerman. Penulisan beliau berupa Chronican (atau Babad) dihasilkam anatara T.M. 1143-1146 telah dikatan sebagai satu-satunya penulisan Zaman Pertengahan yang cuba membicarakan falsafah sejarah.[footnoteRef:29] Percubaan beliau adalah lebih kepada kepada usaha yang memaparkan suatu tesis tentang teologi Kristian melalui pembicaraan terhadap perkembangan sejarah. .Malahan beliau masih berpegang teguh kepada konsep dualisme falsafah sejarah St. Augustina iaitu konsep manusia di kota Tuhan dan kota syaitan serta pertentangan antara kerajaan manusia dengan kerajaan Nabi Isa A.S.[footnoteRef:30] [29: R. Flint, History of the Philosophy of History. Introduction. Charles Scribners Sons. 1894. New York. hlm. 72] [30: Ibid., hlm. 71-72]

Tidak hairanlah jika ada penulis mengatakan bahawa zaman Eropah Pertengahan tidak menghasilkan sebarang penulisan yang wajar dinamakan falsafah sejarah. Hakikat ini mengingatkan kembali kepada Zaman Klasik bahawa keadaan yang sama dimana kedua-dua zaman ini didapati tidak menghasilkan sebarang penulisan yang berupa falsafah sejarah walaupun kedua-duanya memang sedikit sebanyak menyedari akan kepentingan sejarah. Walau bagaimanapun persamaan sekadar diluar sahaja. Zaman Klasik dikatakan tidak menghasilkan penulisan yang khusus dalam membincangkan atau melihat sejarah dari sudut pengertian yang sama ada berupa semantik mahupun falsafah yang asli. Manakala pada Zaman Pertengahan pula melihat dari sudut sejarah keagamaan.Walau bagaimanapun jika ditinjau dari sudut Zaman Pertengahan dan agama Kristian, pemikir sejarah seperti St. Augustina dan Bede merupakan bentuk falsafah sejarah yang telah mewakili zamannya. Antara kedua-dua tokoh itu, St. Augustina dan ideanya tentang falsafah sejarah keagamaan termuat dalam karyanya iaitu De Civitas Dei merupakan seorang tokoh yang unggul. Beliau bukan sahaja unggul dalam bidang falsafah sejarah tetapi unggul dalam bidang ilmu seperti psikologi, pemikiran politik dan etika.[footnoteRef:31] [31: Frederick B. Artz. The Mind of te Middle Ages. Alfred A. Knoff. 1967, New York. hlm. 85]

Oleh kerana pengaruh beliau adalah kuat terutama dalam bidang falsafah sejarah dan teologi, jika idea-ideanya dicabar ia seolah-olah mencabar agama Kristian itu sendiri. Dengan perkataan lain, suatu falsafah sejarah baru yang ingin dikemukakan bukan sahaja terpaksa mengambil kira kedudukan falsafah sejara St. Augustina tetapi agama Kristian itu sendiri.Pada zaman Kemuncak Pertengahan ini juga menyaksikan perkembangan falsafah pemikiran yang digelar Summa Theologica oleh Thomas Aquinas pada (1225-1274). Theological ialah raja kepada sains di Zaman Pertengahan yang menerangkan tentang agama dan menunjukkan manusia ke arah jalan keselamatan. Perkembangan falsafah ini berkait dengan peranan pengajar-pengajar di university yang digelar Scholastic theologians.[footnoteRef:32] [32: Sivachandralingam Sundara Raja. Siri Sejarah Fajar Bakti. Tamadun Eropah. hlm. 108-109]

Hal ini menyebakan beberapa ahli teologi berminat terhadap Kitab Injil ataupun gereja yang mempunyai autoriti utama. Perkembangan kuasa akal berpunca daripada penyingkapan falsafah Greek yang kemudiannya berkembang berdasarkan lojik akal. Akan tetapi peringkat falsafah awal tidak menggalakkan pemecahan masalah, hal ini demikian kerana mereka terikat dengan ketetapan anjuran Augustine.Thomas Aquinas berpendapat falsafah dan teori perlu diasingkan dalam menyelesaikan konflik antara kuasa akal dan wahyu. Perkara-perkara yang ditekankan oleh Aquinas ialah kuasa akal dan kepercayaan adalah cara yang berbeza dalam menemui kebenaran. Beliau juga menambah iaitu konflik tidak harus ada di antara kedua-duanya kerana kebenaran semuanya adalah datang dari tuhan.[footnoteRef:33] [33: Ibid..]

Falsafah yang dianjurkan oleh Aquinas ini menekankan gabungan nilai-nilai agama dan duniawi dalam pentadbiran. Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kuasa akal tidak harus mengatasi kepercayaan. Menurutnya lagi, jika hal ini berlaku akan menjejaskan perkembangan kemajuan.Kesimpulan daripada aspek perkembangan falsafah sejarah pada Zaman Pertengahan di Eropah memperlihatkan pergelutan yang berlaku antara kuasa gereja yang mahu menguasai keseluruhan aspek kehidupan manusia. Akan tetapi kemunculan tokoh-tokoh seperti Vico, Voltaire, Rousseau, Herder, Kant dan Condorcet telah mengubah persepsi di mana mereka semua mahu membebaskan kehidupan masayarakat mereka daripada belenggu agama Kistian yang boleh menyekat perkembangan tamadun mereka. Sesungguhnya perkembangan daripada Zaman Pertengahan kepada Zaman Pembaharuan telah mengubah seluruh aspek kehidupan masayarakat Eropah menjadi lebih menyerlah sehingga hari ini.

7.0 KEPENTINGAN FALSAFAHKebanyakan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan berasa pendidikan ini merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat dan susah. Apabila perkataan falsafah ini disebut, ramai individu yang akan mejauhi dan mengelakkan perbincangan mengenai topik ini. Walhal, falsafah adalah satu ilmu pengetahuan yang penting serta terlalu beharga bagi insan yang mempelajarinya. Falsafah hanya akan wujud serta difahami oleh individu yang mempunyai cintakan ilmu pengetahuan serta kuat akal pemikirannya. Sama ada sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hariini.

Terdapat banyak kepentingan apabila seseorang insan itu mempelajari apa itu falsafah. Antara kepentingan falsafah ialah seseorang itu mampu untuk memahami idea idea dan pemikiran yang pernah muncul dalam sejarah kemanusiaan dan dunia sekaligus memantapkan seseorang individu. Ilmu falsafah menuntut pelajarnya untuk sentiasa melakukan aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan akal fikiran. Falsafah tidak boleh dipelajari seperti mana perkara lain. Falsafah memerlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani dan juga jasmani. Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu bersedia untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta membuat perhitungan yang sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang melanda masyarakatnya. Menurut Russell(1991, 14) dalam Ahmad Sunawari Long, 2006 mengatakan bahawa nilai yang ada pada sesebuah falsafah adalah keadaan ketidaktentuan (uncertainty) yang dibawanya kepada seseorang individu. Mereka yang tidak mempunyai rasa falsafah dalam diri akan mengalami suatu kehidupan yang terpenjara hasil pengaruh coomon sense. Kenyataan beliau adalah relevan apabila melihat sumbangan falsafah yang menyediakan suatu bentuk penilaian yang jitu bagi setiap hujah yang dikemukakan dalam mencari kebenaran, menyediakan bukti dan menjelaskan perkara yang dicari dan membuat beberapa spekulasi terhadap hasil yang bakal dihadapi berdasarkan ketaakulan.Dalam hal ini, Socrates menjelaskan bagaimana falsafah sebenarnya dapat memandu seseorang individu kepada hikmah dan meningkatkan ketaakulan dan keupayaan yang ada pada dirinya. Hikmah terhasil apabila diketahui kapasiti roh atau ketaakulan yang berupaya memberikan kehidupan yang baik. Seorang yang bijak(wise man) adalah seorang yang kenal dirinya, yang mengetahui kapasiti, batasan dan kekurangan yang ada pada dirinya. For I do nothing but go about persuading you all, old and young alike, not to take thought for your persons or you properties, but first and chiefly to care about the greatest improvement of the soul. I tell you that virtue is not given by money, but that from virtue comes money and every other good of man, public as well as private. This is my teaching (Apology,30).Selain itu, dengan mempelajari falsafah, seseorang individu itu mampu untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan sesebuah idea pemikiran yang diutarakan. Pada masa yang sama, individu itu dapat memahami apakah dasar dan asas sesebuah idea pemikiran itu dibuat. Dengan mengetahui dasarnya, ia dapat membuat kesimpulan dan keputusan sama ada idea tersebut mampu memberikan kesan dalam kehidupannya atau pun tidak.Menurut Sunawari Long, 2006, kehidupan seharian manusia dipengaruhi oleh falsafah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hal ini bergantung sejauh manakah dia terlibat dengan aktiviti falsafah atau sejauh mana pemikirannya dipengaruhi oleh corak pemikiran falsafah di sekelilingnya seperti falsafah masyarakat atau negara yang didiaminya. Pemikiran bersifat falsafah tersebar melalui ucapan pemimpin, karya sastera, akhbar dan tradisi lisan sehingga mempengaruhi pandangan dunia secara keseluruhan.Wittgenstein menjelaskan bahawa falsafah bermula dengan wonder, doubt and curiosity. Hal ini bermula daripada kesedaran manusia tentang kehidupannya dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Manakala, Thoreau menjelaskan hubung kait antara falsafah dengan kehidupan. To be a philosopher is not merely to have subtle thoughts, not even to found a school, but to love wisdom as to live, according to dictates, a life of simplicity, independence, magnaminity and trust. Dengan ini, dapat ditafsirkan bahawa kehidupan manusia sama ada daripada aspek perundangan, sains, seni, sosial, dan politik dipengaruhi atau didorong oleh falsafah. Umpamanya, dalam bidang undang undang (jurisprudence) falsafah yang bertindak untuk memahamkan maksud undang undang bagi rakyat biasa, peguam dan juga hakim. Ia juga mengemukakan etika kehakiman dan guaman supaya dapat dipatuhi oleh pengamal undang undang.Dalam konteks sains, falsafah bukanlah sesuatu yang terasing daripada penerokaan sains. Teori sains diasaskan oleh ahli falsafah yang berminat dalam bidang tersebut. Hasil budaya berfikir dan kajian akal mereka menghasilkan penemuan baru. Selain itu, falsafah juga mempengaruhi persepsi seorang ahli seni. Falsafah seni atau dikenali juga sebagai estetika mampu menggerakkan pancaindera individu. Seseorang yang mempelajari falsafah seni akan mempunyai perasaan yang lebih mendalam dan pengalaman yang berbeza dan kesannya mendapat kehidupan yang lebih bermutu. Manakala dalam aspek sosial, falsafah berperanan membentuk dan mempengaruhi perkembangan organisasi sosial. Dalam perkembangan politik dunia moden pula, falsafah Jean Jacques Rousseau (1712-1778) berperanan melahirkan kebangkitan Revolusi Perancis pada tahun 1789. Falsafah Eksistentialisme yang diperkenalkan oleh Jean-Paul Sartre (1905-1980) telah menjadi penggerak utama kepada rakyat Perancis yang ditewaskan oleh Jerman semasa perang Dunia Kedua dan banyak lagi falsafah yang digunakan dalam politik.Tambahan lagi, dengan mempelajari falsafah dapat memandu seseorang individu itu untuk mencari kebenaran atau hikmah sesuatu kejadian. Kebenaran atau hikmah yang dicari ini adalah bersesuaian dengan kemampuan akal manusia itu sendiri. Kebenaran yang cuba dicapai itu adalah bersifat umum dan bukannya bersifat khusus. Pada peringkat awal perkembangan falsafah terutamanya pada zaman pra-Socrates, manusia berusaha mencari hakikat sesuatu kerana memikirkan di sebalik zahir sesuatu itu tersembunyi rahsia yang perlu diselongkari. Pada peringkat tersebut terdapat golongan atomis seperti Democritus(460-370S.M), Epicurus(341-270S.M), dan Lucretius(99/94-55/51S.M) yang mendakwa bahawa di sebalik objek yang ditangkap pancaindera akan kewujudannya terhasil daripada gabungan beberapa atom yang sangat kecil yang gagal dilihat oleh mata kasar. Pada zaman moden, sains cuba menjelaskan bahawa objek alam yang diangkap pancaindera adalah gabungan daripada pelbagai atom dan molekul tergabung oleh sub-atom.Selepas beberapa tokoh Yunani atas cubaan mencari hakikat di sebalik kepelbagaian objek, Socrates beralih kepada membuat perbezaan dengan apa yang diungkapkan dan diterima umum kepada pengertian sebaliknya. Beliau mengajak masyarakat Yunani berfikir bahawa manusia bukan sahaja bersifat pancaindera, sebaliknya mereka dibekalkan pelbagai kelebihan seperti akal, sifat self-conscious kritis dan mempunyai ilmu pengetahuan. Kehidupan yang tidak menyelidiki hakikat sebenar manusia adalah tidak bermakna.Pemikiran yang ingin mencari di sebalik zahir manusia diteruskan kemudiannya oleh ahli falsafah lain seperti Plato, Karl Marx, dan Sigmund Freud. Mereka menegaskan walaupun manusia cerdik, sebenarnya mereka mungkin melakukan kesilapan sama ada dari segi psikologi, kehendak, keseronokan, kesakitan, kebahagiaan dan kesengsaraan, cinta, benci dan sebagainya.Selain itu, falsafah juga mampu menerangkan fenomena metafizik. Kehidupan manusia dilingkungi oleh fenomena fizik dan metafizik. Perkara berkaitan alam fizik boleh dijelaskan melalui kajian sains di makmal. Namun demikiantiada satu makmal sains dapat menunjukkan manusia mempunyai roh, alam ini mempunyai tujuan atau tidak, adakah manusia itu bebas atau sebaliknya, kemungkinan hidup selepas mati dan sebagainya. Oleh itu, bagi menyelesaikan persoalan di luar alam empirical ini, maka falsafah cuba membantu untuk mencari jawapannya. Dalam konteks ini, falsafah bukan bermakna boleh menyelesaikan kesemua perkara yang berkaitan alam metafizik, tetapi sekurang- kurangnya ia cuba menghuraikan atau mencari reality yang sebenarPada masa yang sama, tujuan mempelajari falsafah adalah untuk mengelakkan diri dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Dengan mempelajari falsafah, ia akan membuatkan kita berfikir, berfikir secara radikal, sistematik dan universal. Radikal berasal daripada perkataanradix(bahasa Yunani) yang bererti akar. Berfikir radikal ialah berfikir sehingga ke akar umbi atau sehingga ke peringkat paling dasar. Berfikir sebegini bukanlah hanya dengan imbasan sahaja atau seperti hangat-hangat tahi ayam semata-mata. Tiada yang tahu, tiada yang suci dan tiada yang terlarang bagi berfikir secara radikal. Seterusnya, berfikir sistematik ialah berfikir logik dan tersusun dengan bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dan urutan yang bertanggungjawab dan saling berhubungan secara teratur. Akhir sekali, adalah berfikir universal ialah berfikir secara umum dan mencakupi keseluruhan perspektif atauworldview. Berfikir sebegini tidak khusus atau terbatas pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, falsafah ialah ringkasan dari pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami hakikat alam sekelilingnya. Jikalau kita cuba bayangkan, kalau hendak bina badan atau kekalkan kesihatan, kita akan pergi ke gym, minum tongkat alia tau kacip Fatimah, ada yang bersukan dan sebagainya. Bagaimanapula dengan fikiran? Maka itu, untuk fikiran tiada jalan lain melainkan dengan melalui mempelajari ilmu falsafah. Falsafah sendiri adalah untuk exercise the brain. Ilmu falsafah ini dapat memastikan minda kita sentiasa fokus dan berfirikir secara radikal. Segala ilmu yang kita pelajari jugal melingkungi dalam kadungan falsafah tersebut. Ilmu-ilmu itu termasuklah dari segi etika, moral, sains dan matematik. Mungkin kita tidak sedar kerana ilmu-ilmu itu akan menggerakkan semua sel-sel otak kita untuk sentiasa berfungsi dengan cerdas.Menurut Plato, falsafah dapat membentuk untuk menjadi seorang pemimpin. Kerana untuk menjadi seorang pemimpin, kita haruslah mempunyai fikiran yang serius yang hanya diperolehi melalui latihan dan aktiviti falsafah. Seorang pemimpin mempunyai kebolehan untuk menyimpulkan masalah-masalah dengan satu ungkapan mudah yang akhirnya dapat mencari jalan penyelasain dan itulah falsafah. Masalah yang dihadapi seseorang itu akan membuatkan seseorang itu mengambil sikap tertentu dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Dengan sikap itu, ia akan menentukan kaedah atau cara untuk menyelesaikannya atau menghadapinya. Seterusnya, Ia akan mengambil tindakan atau melakukan kegiatan/aktiviti yang selaras dengan kaedah yang telah difikirkan dan sikapnya terhadap masalah tersebut hasil daripada kesimpulan masalah, sikap, kaedah dan kegiatan tadi. Kemudian, hasil dari itu akan memberi kesan. Inilah peranan ilmu falsafah itu yang mana dalam menghadapi masalah-masalah kehidupan seperti persoalan Ketuhanan, Kebenaran, Kebahagiaan dll akan memberi impak terhadap sikap, kaedah, kegiatan-aktiviti- kesimpulan dan kesan yang bakal diambil dalam kehidupan seorang manusia. Sebagai contoh, kita boleh lihat bekas perdana menteri kita yang keempat, DatuK Sri Dr Mahathir. Beliau merupakan pemimpin yang berwibawa dan sentiasa berfikiran tegas. Beliau mempunyai pendirian sendiri dalam menjalankan tugas. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu falsafah dengan lebih dalam dan itu memang jelas terbukti mengapa beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling disayangi serta paling disanjungi.

8.0 PENDAPAT GOLONGAN MUDA TERHADAP SUBJEK PEMIKIRAN FALSAFAHApabila bercerita tentang subjek pemikiran falsafah, kita sebagai masyarakat pada hari ini semestinya tidak akan dapat lari daripada memikirkan tentang beberapa nama tokoh besar di dalam bidang ini. Nama seperti Plato, Socrates, Aristotles, Kungfu Tze, Niccolo Machiavelli dan pelbagai lagi sering menjadi sebutan dikalangan para pelajar tidak kira pelajar sekolah mahupun pelajar di IPTA dan jika ingin dikhususkan lebih merujuk kepada golongan muda pada hari ini. Namun, kebanyakan daripada golongan muda ini mereka sering menganggap bahawa bidang pemikiran falsafah ini merupakan suatu bidang yang amat leceh untuk dipelajari memandangkan ianya merupakan bidang pelajaran yang menyentuh tentang cara-cara pemikiran seseorang tokoh falsafah itu sendiri. Ini sekaligus telah memberikan tamparan besar kepada dunia pendidikan pada hari ini yang mana kebanyakan pelajar merasakan bidang ini merupakan bidang yang susah untuk dipelajari ditambah pula terdapatnya pelbagai jenis pemikiran yang dibawa oleh tokoh-tokoh falsafah ini. Ia terus diburukkan lagi dengan adanya ramai tokoh pemikir yang sebegini.Tidak dapat dinafikan bahawa bidang pemikiran falsafah ini merupakan suatu bidang yang agak susah untuk dipelajari. Para pelajar memerlukan konsentrasi dan daya pemikiran yang tinggi bagi memahami setiap pemikiran yang dibawa oleh tokoh-tokoh pemikir tersebut. Ditambah lagi, kebanyakan cara pemikiran tokoh-tokoh falsafah boleh dianggap seperti pemikiran yang tidak mengambil peduli tentang agama. Ini sekaligus telah menyebabkan para pelajar atau golongan muda meragui tentang apa yang mereka pelajari melalui bidang falsafah ini. Bidang pemikiran falsafah juga banyak mengajar golongan muda untuk berfikiran di luar kotak atau berfikiran secara kreatif dan kritis kerana kebanyakan tokoh pemikir falsafah adalah merupakan golongan yang cerdik pandai. Secara tidak langsung, ini dapat memberikan satu latihan kepada golongan muda untuk berfikir dengan skala yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ada juga golongan muda yang menyedari bidang pemikiran falsafah ini turut memberikan kebaikan kepada diri mereka sendiri yang mana pemikiran falsafah mengajar mereka tentang kehidupan yang mana pelbagai tokoh banyak menghuraikan tentang kehidupan di dunia ini melalui pemikiran falsafah. Dengan itu, berdasarkan pemikiran falsafah golongan muda dapat mempelajari tentang aspek-aspek kehidupan di dunia ini dari sudut pandangan yang berlainan. Bukan itu sahaja, pemikiran berkaitan manusia, kejadian alam semesta dan pelbagai lagi dapat dipelajari melaluinya.9.0 KESIMPULAN Falsafah adalah satu bidang ilmu yang banyak mengemukakan masalah dan menunjukkan jalan penyelesaian untuk faedah individu, masyarakat, negara dan tamadun. Bangsa yang mementingkan falsafah terbukti telah membina tamadun dunia, seperti pembentukan tamadun Yunani sekitar 500S.M 300S.M, zaman kecemerlangan Islam pada Zaman Pertengahan di Semenanjung Tanah Arab serta era kebangkitan Renaissance dan zaman falsafah moden di Barat. Kejayaan Tersebut terhasil daripada kepentingan yang ada pada falsafah.Menurut Bahm, 1977, falsafah juga mempunyai bidang kajian yang begitu luas serta mencakupi keseluruhan bidang kehidupan manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah kerana ia sebenarnya merangkumi beberapa komponen atau subjek utama, iaitu masalah, sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah.Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang boleh diperoleh dengan mempelajari falsaafah antaranya ialah, falsafah membawa kebahagiaan, menjelaskan fenomena metafizik, memantapkan keperibadian individu, dan falsafah juga dapat membezakan kehadiran sesuatu yang zahir dan sesuatu yang batin.Walaupun muncul pelbagai ilmu sejajar dengan perubahan zaman, namun perbincangan dan sifat falsafah masih tersirat dalam pelbagai bidang ilmu.

10.0 RUJUKANAbraham Kaplan. 1977. In Persuit of Wisdom: The Scope of Philosophy. Glencoe Press. CanadaJames K. Feibleman. 1973. Understanding Philosopy. Horizon Press. New YorkJ. Donald Butler. 1968. Four Philosophies and Their Practice In Education and Religion. Harper & Row Publishers Incorporated. New YorkLeo Catana, 2005. The Concept System of Philosophy: The Case of Jacob BruckersHistoriography of Philosophy. Wiley and Wesleyan UniversitySoren Overgaard, Paul Gilbert, Stephen Burwood. 2013. An Introduction To Metaphilosophy.Cambridge University Press. United KingdomThe Path of Philosophy, Truth, Wonder and Distress. Wadsworth, Cengage Learning. United State of America. 2012Ahmad Sunawari Long, 2006, Sejarah Falsafah.R.G Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan Muhd Yusof Ibrahim (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka, 1985), h. 84B.A Haddock, An Introduction to Historical Thought ( London : Eduaard Arnold Ltd., 1980,h.79Hons Meyerhoff, ed. The Philosophy of History in Our Time, An Antology (New York : DoubleDan Anchor Books, 1959), Introduction, h. 5 Abdul Rahman Hj. Abdullah (2005). Wacana Falsafah Ilmu : Analisis Konsep-konsep Asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur : Utusan Publications.Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan (Edisi Ketiga). Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.1