pjj tugasan individu s1201415

7
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU 40% ___________________________________________________________________ KOD KURSUS: KRB3063 NAMA KURSUS: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU SEMESTER: 1 SESI 2014/2015 ___________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan individu ini dibahagikan kepada DUA (2), iaitu Tugasan A (25%) dan Tugasan B (15%). Jumlah markah ialah 40%. 2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman atau saiz fon 11 Arial dan jarak langkau baris ialah 1.5. 3. Tugasan 1 hendaklah ditulis 2000 patah perkataan (maksimum) tidak termasuk rujukan. Tugasan 2 pula hendaklah ditulis maksimum 1500 patah perkataan (maksimum), juga tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung setiap tugasan. Jangan salin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 4. Anda dikehendaki menghantar tugasan kepada tutor e-pembelajaran masing-masing SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) sahaja. Sila rujuk kepada portal tentang arahan serta prosedur penghantaran tugasan anda secara dalam talian (on-line). Anda dinasihatkan supaya menyimpan senaskhah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 5. Bagi penyerahan secara dalam talian, sila namakan fail tugasan anda mengikut nombor matrik diikuti dengan kod kursus. Fail tugasan yang tidak dinamakan mengikut contoh di bawah akan ditolak. Contoh nama fail tugasan: D20102042367_KRB3063 6. Pastikan kedua-dua tugasan (Tugasan A dan Tugasan B) diserahkan dalam dalam SATU fail sahaja. 7. Sila rujuk kepada portal tentang tarikh akhir penghantaran tugasan. Serahan selepas tarikh yang ditetapkan TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Upload: jun-emy

Post on 26-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pjj Tugasan Individu s1201415

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU 40%

___________________________________________________________________ KOD KURSUS: KRB3063 NAMA KURSUS: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

SEMESTER: 1 SESI 2014/2015

___________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan individu ini dibahagikan kepada DUA (2), iaitu Tugasan A (25%) dan Tugasan B (15%). Jumlah markah ialah 40%.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New

Roman atau saiz fon 11 Arial dan jarak langkau baris ialah 1.5.

3. Tugasan 1 hendaklah ditulis 2000 patah perkataan (maksimum) tidak termasuk rujukan. Tugasan 2 pula hendaklah ditulis maksimum 1500 patah perkataan (maksimum), juga tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung setiap tugasan. Jangan salin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

4. Anda dikehendaki menghantar tugasan kepada tutor e-pembelajaran masing-masing

SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) sahaja. Sila rujuk kepada portal tentang arahan serta prosedur penghantaran tugasan anda secara dalam talian (on-line). Anda dinasihatkan supaya menyimpan senaskhah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

5. Bagi penyerahan secara dalam talian, sila namakan fail tugasan anda mengikut

nombor matrik diikuti dengan kod kursus. Fail tugasan yang tidak dinamakan mengikut contoh di bawah akan ditolak.

Contoh nama fail tugasan: D20102042367_KRB3063

6. Pastikan kedua-dua tugasan (Tugasan A dan Tugasan B) diserahkan dalam dalam SATU fail sahaja.

7. Sila rujuk kepada portal tentang tarikh akhir penghantaran tugasan. Serahan selepas tarikh yang ditetapkan TIDAK akan diterima.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: Pjj Tugasan Individu s1201415

SOALAN TUGASAN A (25%)

SOALAN

Hikayat Raja-Raja Pasai dan novel Interlok (karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain)

adalah dua buah karya agung yang masing-masing mewakili zaman sastera klasik dan zaman sastera moden.

Pilih salah satu karya tersebut dan bincangkan kekuatan karya berkenaan sebagai Karya

Agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut: a) Falsafah b) Pandangan Hidup c) Nilai Ilmu

Catatan: i. Gunakan rujukan yang sesuai dan mencukupi. ii. Gunakan cara penulisan rujukan yang berpandukan gaya APA.

_______________________________________________________________________

PENILAIAN TUGASAN A

Tugasan ini menyumbangkan 25% markah kepada kursus ini dan akan dinilai dengan berpandukan Rubrik. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH BAGI TUGASAN A

Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

o Tugasan dengan kandungan 10% - 30% yang sama dengan yang lain: 20%

potongan daripada jumlah markah yang diperoleh. o Tugasan melebihi kandungan 30% yang sama dengan yang lain: Markah sifar akan

diberikan.

Page 3: Pjj Tugasan Individu s1201415

RUBRIK TUGASAN A (25%)

KOD KURSUS: KRB3063

SEMESTER: 1 SESI 2014/2015

NO. KRITERIA PENILAIAN

LEMAH

SEDERHANA

BAIK

CEMERLANG

MARKAH MAKSIMUM

PATAH PERKATAAN (MAKSIMUM)

1. Pengenalan

Pengenalan disampaikan secara umum. Tidak ada sumber rujukan.

Pengenalan yang disampaikan pada tahap sederhana. Terdapat sumber rujukan, tetapi kurang sesuai.

Penyampaian pengenalan adalah baik dan jelas. Sumber rujukan adalah sesuai dan berkaitan.

Penyampaian pengenalan adalah baik, jelas dan terperinci. Sumber rujukan amat sesuai dan berkaitan.

2 100

2. Falsafah

.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya daripada aspek falsafah tidak jelas.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya daripada aspek falsafah adalah dalam tahap sederhana. Ulasan disokong oleh satu sumber rujukan sahaja.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya daripada aspek falsafah adalah jelas dan sesuai. Ulasan disokong oleh dua sumber rujukan sahaja.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya daripada aspek falsafah amat jelas, sesuai dan matang. Ulasan disokong oleh empat atau lebih sumber rujukan yang berkaitan.

6 600 (termasuk huraian)

3. Pandangan Hidup

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya dari segi Pandangan Hidup tidak jelas.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya dari segi Pandangan Hidup adalah dalam tahap sederhana. Ulasan disokong oleh satu sumber rujukan sahaja.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya dari segi Pandangan Hidup adalah jelas dan sesuai. Ulasan disokong oleh dua sumber rujukan sahaja.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya dari segi Pandangan Hidup amat jelas, sesuai dan matang. Ulasan disokong oleh empat atau lebih sumber rujukan yang berkaitan.

6 600 (termasuk huraian)

Page 4: Pjj Tugasan Individu s1201415

4. Nilai Ilmu

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya daripada aspek nilai ilmu tidak jelas.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya daripada aspek nilai ilmu adalah dalam tahap sederhana. Ulasan disokong oleh satu sumber rujukan sahaja.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya daripada aspek nilai ilmu adalah jelas dan sesuai. Ulasan disokong oleh dua sumber rujukan sahaja.

Perbincangan tentang tentang kekuatan karya daripada aspek nilai ilmu aspek nilai ilmu amat jelas, sesuai dan matang. Ulasan disokong oleh empat atau lebih sumber rujukan yang berkaitan.

6 600 (termasuk huraian)

5. Rumusan Tidak menunjukkan rumusan penulisan yang menyeluruh.

Menunjukkan penulisan rumusan yang sederhana.

Menunjukkan penulisan rumusan yang baik dan jelas.

Menunjukkan penulisan rumusan yang amat baik, jelas, yakin dan matang.

2 100

6. Organisasi Format dan peraturan penulisan tidak dipatuhi.

Penulisan mengandungi bahagian pengenalan, perbincangan dan rumusan, tetapi tidak tersusun.

Penulisan mengandungi bahagian pengenalan, perbincangan dan rumusan yang disusun mengikut format. Penulisan bibliografi tidak berpandukan gaya APA.

Penulisan mengandungi bahagian pengenalan, perbincangan dan rumusan yang amat tersusun mengikut format. Penulisan bibliografi adalah kemas dan mengikut gaya APA.

3

JUMLAH MARKAH

5.0 13.0 20.0 25.0

25

2000

Page 5: Pjj Tugasan Individu s1201415

SOALAN TUGASAN B (15%)

SOALAN

Berdasarkan salah satu karya agung yang anda bicarakan dalam Soalan Tugasan A, bincangkan 2 (dua) aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menerapkan mana-mana aspek berkenaan ke dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah.

diskusi,

main peranan,

simulasi,

permainan bahasa,

sosio-drama,

bercerita

aktiviti lain yang bersesuaian Catatan: i. Gunakan rujukan yang sesuai dan mencukupi. ii. Gunakan cara penulisan rujukan yang berpandukan gaya APA.

_____________________________________________________________________

PENILAIAN TUGASAN B

Tugasan ini akan menyumbangkan 15% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai dengan berdasarkan Rubrik. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH TUGASAN B

Amaran:

Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

o Tugasan dengan kandungan 10% - 20% yang sama dengan yang lain: 12% potongan

daripada jumlah markah yang diperoleh. o Tugasan melebihi kandungan 20% yang sama dengan lain: Markah sifar akan diberikan.

Page 6: Pjj Tugasan Individu s1201415

RUBRIK TUGASAN B (15%)

KOD KURSUS: KRB3063

SEMESTER: 1 SESI 2014/2015

NO. KRITERIA PENILAIAN

LEMAH

SEDERHANA

BAIK

CEMERLANG

MARKAH MAKSIMUM

PATAH PERKATAAN (MAKSIMUM)

1. Pengenalan

Penyampaian pengenalan adalah terlalu umum. Tiada sumber rujukan.

Penyampaian pengenalan adalah dalam tahap sederhana. Terdapat sumber rujukan, tetapi kurang sesuai.

Penyampaian pengenalan adalah baik dan jelas. Kesesuaian sumber rujukan dan berkaitan.

Persembahan pengenalan adalah baik, jelas dan terperinci. Sumber rujukan amat sesuai dan berkaitan.

2 100

2. Aktiviti penerapan pertama

Ulasan tentang pelaksanaan aktiviti tidak jelas.

Ulasan tentang pelaksanaan aktiviti adalah sederhana. Mengemukakan satu langkah sahaja. Ulasan disokong oleh satu sumber rujukan sahaja.

Ulasan tentang pelaksanaan aktiviti adalah jelas dan sesuai. Mengemukakan dua langkah sahaja. Ulasan disokong oleh tiga sumber rujukan sahaja.

Ulasan tentang pelaksanaan aktiviti amat jelas dan sesuai. Mengemukakan tiga langkah atau lebih. Ulasan disokong oleh empat atau lebih sumber rujukan yang berkaitan.

5 650 (termasuk huraian)

3. Aktiviti penerapan kedua

Ulasan tentang pelaksanaan aktiviti tidak jelas.

Ulasan tentang pelaksanaan aktiviti adalah sederhana. Mengemukakan satu langkah sahaja. Ulasan disokong oleh satu sumber rujukan sahaja.

Ulasan tentang pelaksanaan aktiviti adalah jelas dan sesuai. Mengemukakan dua langkah sahaja. Ulasan disokong oleh tiga sumber rujukan sahaja.

Ulasan tentang pelaksanaan aktiviti amat jelas dan sesuai. Mengemukakan tiga langkah atau lebih. Ulasan disokong oleh empat atau lebih sumber rujukan yang berkaitan.

4 650 (termasuk huraian)

Page 7: Pjj Tugasan Individu s1201415

4. Rumusan Tidak memaparkan penulisan rumusan yang menyeluruh.

Memaparkan penulisan rumusan yang sederhana.

Memaparkan penulisan yang baik, selain menunjukkan kejelasan dalam rumusan.

Memaparkan penulisan yang amat baik, selain menunjukkan kejelasan, kematangan dan keyakinan dalam merumuskan penulisan secara menyeluruh.

2 100

5. Organisasi Format dan peraturan penulisan tidak dipatuhi.

Penulisan mengandungi bahagian pengenalan dan perbincangan tentang tajuk dan rumusan, tetapi tidak tersusun.

Penulisan mengandungi bahagian pengenalan dan perbincangan tentang tajuk dan rumusan yang disusun mengikut format. Penulisan bibliografi tidak berpandukan gaya APA.

Penulisan mengandungi bahagian pengenalan dan perbincangan tentang tajuk dan rumusan yang amat tersusun mengikut format. Penulisan bibliografi adalah kemas dan mengikut gaya APA.

2

JUMLAH MARKAH

4.0 8.0 12.0 15.0

15

1500