peta minda bmm 3117

17
PETA MINDA ARTIKEL 1 : PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH. Objektif kajian Mengenalpasti sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Mengenalpasti aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di kalangan guru sekolah rendah. Mengenalpasti maslah pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah Latar belakang responden Dapatan kajian Permasalahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis

Upload: hailmi-othman

Post on 19-Jul-2015

216 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peta minda bmm 3117

PETA MINDA

ARTIKEL 1 :

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DI

SEKOLAH RENDAH.

Objektif kajian

Mengenalpasti sikap

guru terhadap

pengajaran dan

pembelajaran

kemahiran menulis

Mengenalpasti aplikasi

strategi pengajaran

dan pembelajaran

kemahiran menulis di

kalangan guru sekolah

rendah.

Mengenalpasti maslah

pengajaran dan

pembelajaran

kemahiran menulis di

sekolah rendah

Latar belakang

responden

Dapatan kajian

Permasalahan

pengajaran dan

pembelajaran

kemahiran menulis

Sikap guru terhadap

pengajaran dan

pembelajaran

kemahiran menulis

Aplikasi strategi

pengajaran dan

pembelajaran

kemahiran menulis

Page 2: Peta minda bmm 3117

Sikap guru terhadap pengajaran dan

pembelajaran kemahiran menulis

(skor tertinggi)

Melaksanakan

pengajaran

kemahiran menulis

adalah

tangggungjawab

guru.

Menyedari kemahiran

menulis membantu

penguasaan

kemahiran membaca

Guru mengambil

berat tentang

pengajaran

kemahiran menulis

Aplikasi strategi pengajaran dan

pembelajaran kemahiran menulis

1.Mengajar kemahiran menulis

dari mudah kepada sukar

2. Sentiasa memberi pendedahan

kepada murid sebelum menulis.

3. Merancang terlebih dahulu

sebelum mengajar kemahiran

menulis.

Page 3: Peta minda bmm 3117

Permasalahan

pengajaran dan

pembelajaran

kemahiran menulis

Masalah pengajaran Masalah pembelajaran

Guru tidak memahami isi

kandungan sukatan pelajaran

Guru tidak mahir mengajar

kemahiran menulis

Guru tidak mahir mengajar

kemahiran berformat.

Murid tidak memahami

bahan ransangan

Murid menyalin soalan

sahaja semasa ujian.

Murid tidak memahami

kehendak soalan.

Murid tidak memahami

arahan soalan.

Page 4: Peta minda bmm 3117

Cadangan

Guru harus cekap

menggunakan pelbagai

strategi pengajaran dan

pembelajaran

Menganjurkan kursus

dalaman mengenai

kurikulum baru Bahasa

Melayu.

Guru harus memantau

pemahaman dan

pencapaian murid dari

masa ke semasa.

Menggunakan pelbagai

kemudahan seperti kelas

dan bahan bantu mengajar

yang sesuai bagi

meningkatkan penguasaan

kemahiran menulis.

Panitia Bahasa Melayu

membantu melalui aktiviti

pemulihan dan pengayaan

bagi membantu murid

menguasai kemahiran

menulis.

Guru Bahasa Melayu tidak

dibebani dengan tugas

yang terlalu banyak hingga

mengganggu tugas

mengajr.

Page 5: Peta minda bmm 3117

ARTIKEL 2 :

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENYOALAN LISAN DALAM PENGAJARAN GURU

BAHASA MELAYU : KAEDAH PEMERHATIAN

Tujuan kajian

mengenal pasti teknik penyoalan

guru Bahasa Melayu

mengenal pasti kekerapan

penggunaan penyoalan

berdasarkan enam tahap kognitif Bloom

menemukan pola lingkaran soalan

yang dikemukakan.

Kaedah

kajian

Pemerhatian terhadap sesi pengajaran

dan pembelajaran guru-guru Bahasa

Melayu.

Analisis data melalui min bagi setiap

aspek pemerhatian.

Peserta kajian iaitu 2 orang guru

Bahasa Melayu

Instrumen pemerhatian menggunakan

borang bimbingan semasa

pemerhatian dibuat.

Page 6: Peta minda bmm 3117

Dapatan kajian

penggunaan penyoalan

adalah sangat kerap

dan lebih banyak

dikawal oleh guru.

kemahiran penyoalan

terabai dalam beberapa komponen dari segi

pelajar yang menyoal

lingkaran soalan hanya berkaitan

dengan tajuk yang dipelajari

sahaja.

soalan yang dikemukan

berada pada tahap aras rendah iaitu pengetahuan

dan kefahaman

Page 7: Peta minda bmm 3117

Rumusan kajian

Guru-guru kerap

menggunakan penyoalan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru mengaplikasikan

kemahiran penyoalan

Aras soalan harus lebih

tinggi seperti soalan

berbentuk sintesis dan

analisis.

Guru harus memperluaskan

lingkaran soalan ke arah

individu dan persekitaran

Page 8: Peta minda bmm 3117

ARTIKEL 3:

KESAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI TERHADAP PENCAPAIAN

KEMAHIRAN MEMBACA BAHSA MELAYU MURID PEMULIHAN SEKOLAH

RENDAH.

Metodologi

Ujian pra dan ujian pasca

selepas pembelajaran

masteri di jalankan.

Sampel kajian

-60 orangmurid

pemulihan Tahun 3

dari 2 buah sekolah

dari sekitar Lembah

Bujang, Kuala

Muda/Yan.

-dibahagikan kepada

kumpulan kawalan

dan kumpulan

eksperimen.

Instrumen kajian

-ujian lisan

Reka bentuk kajian

-kuasi –eksperimen

-kumpulan

eksperimen dan

kumpulan kawalan

-mengukur dengan

ujian lisan bacaan.

Skor kemahiran

membaca disediakn

mengikut lima tahap

iaitu sangant lemah,

lemah, sederhana,

baik dan sangat baik.

Page 9: Peta minda bmm 3117

Dapatan

Tidak terdapat perbezaaan yang signifikan dari segi min pencapaian

di antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi

kemahiran membaca dalam ujian pra.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian

di antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi

kemahiran membaca dalam ujian pasca.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian ujian pra dan pasca bagi kumpulan kawaln dan kumpulan eksperimen

dalam kemahiran membaca.

Page 10: Peta minda bmm 3117

Implikasi

Pembelajaran masteri memberi banyak kebaikan dalam meningkatkan

penguasaan murid dalam kemahiran membaca murid pemulihan.

Pembelajaran masteri boleh digunakan sebagai pendekatan alternatif yang

berkesan.

Murid pemulihan lebih bermotivasi untuk belajar menguasai kemahiran

membaca.

Murid pemulihan lebih menunjukkan minat untuk membaca kerana guru

menggunakan pelbagai kaedah yang menyeronokkan dan memberangsangkan..

Rumusan

Pendekatan masteri sangat berkesan dalam membantu

kemahiran membaca murid lemah.

Kaedah ini dapat diaplikasikan oleg guru pemulihan untuk

menarik minat murid untuk membaca.

Pendekatan ini menyedikan ruang kepada kepada guru untuk

membaca yang tidak dapat menguasai isi pelajaran.

Page 11: Peta minda bmm 3117

ULASAN KRITIS

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DI

SEKOLAH RENDAH.

Artikel ini ditulis dan dihasilkan oleh Professor Che Zanariah Che Hassan dan

Dr. Fadzilah Abd Rahman yang diterbitkan melalui laman sesawang akademik

Universiti Kebangsaan Malaysia melalui arkib Mei 2011. Kedua-dua penulis ini

merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra

Malaysia. Kedua-dua universiti ini merupakan institusi ulung yang terlibat secara

langsung dalam penerbitan artikel serta jurnal berkaitan perkembangan Bahasa Melayu

di rantau ini mencakupi Malaysia, Borneo, Brunei dan Indonesia. Artikel ini

menerangkan mengenai pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di kalangan

murid sekolah rendah. Kajian yang telah dibuat adalah berdasarkan kepada soal selidik

terhadap guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu sekolah rendah. Melalui pembacaan

saya terhadap artikel ini, saya mendapati bahawa kemahiran menulis merupakan asas

kepada pemerolehan ilmu murid. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan medium yang

merentas semua kurikulum di Malaysia. Di samping itu kemahiran menulis ini adalah

amat penting untuk dikuasai dan sebagai seorang guru haruslah menitikberatkan

mengenai kemahiran menulis ini agar penguasaannya di kalangan murid berada tahap

yang amat baik. Kemahiran menulis yang efektif amat penting bagi murid dalam

menyampaikan maklumat dan penyusunan data.

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran intelek yang kompleks untuk

dikuasai oleh murid. Ini kerana kemahiran ini memerlukan koordinasi mata dan tangan

untuk menghasilkan huruf dan simbol yang boleh difahami dan dibaca. Ianya

merupakan tugas yang mencabar bagi seorang guru untuk mengajar kemahiran ini

supaya murid dapat menulis dengan baik. Kajian yang terkandung dalam artikel ini

meninjau pendapat guru mengenai sikap mereka terhadap perlaksanaan kemahiran

menulis. Kepentingan kemahiran perlu dikuasai oleh semua murid keran semua kertas

peperiksaan di negara ini memerlukan murid menulis dan menjawab dalam bentuk ayat

(Norazman Mahat 2009). Lantaran itu penguasaan terhadap kemahiran menulis

Page 12: Peta minda bmm 3117

membantu seseorang untuk menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah. Menurut

Suhaimi Yunus (2009) kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu.

Guru Bahasa Melayu sering menghadapi kesukaran ketika mengajar kemahiran

menulis. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kelemahan murid itu sendiri, sikap

negatif murid terhadap kerja menulis dan kelemahan strategi pengajaran oleh guru.

Sikap guru juga menajdi salah satu faktor kegagalan murid untuk menguasai kemahiran

menulis. Kebanyakan guru memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu

tajuk karangan demi memenuhi keperluan peperiksaan. Guru kurang memberikan

penekanan terhadap kemahiran, teknik dan strategi untuk menulis karangan

menyebabkan murid kurang bersedia untuk menulis.

Artikel ini ditulis bertujuan untuk mengkaji beberapa permasalahan dalam

pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di kalangan murid sekolah rendah.

Secara khususnya kajian yang terkandung di dalam artikel ini bertujuan untuk

mengenalpasti sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis,

mengenalpasti aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di

kalangan guru dan mendapatkan maklumat mengenai masalah pengajaran dan

pembelajaran kemahiran menulis. Kajian ini melibatkan guru-guru sekolah rendah di

daerah Kuala Terengganu. Saya berpendapat bahawa tujuan kajian ini menepati

kehendak penulis untuk menyelesaikan isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran

kemahiran menulis.

Kajian yang terkandung dalam artikel ini menggunakan instrumen borang soal

selidik yang dibuat di kalangan guru. Soal selidik ini dibahagikan kepada beberapa

aspek seperti sikap guru, aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran, ,masalah

pengajaran dan masalah pembelajaran murid terhadap penguasaan kemahiran

menulis. Melalui penyataan dan respon yang diberikan kepada guru, penulis membuat

kesimpulan berdasarkan kepada kiran min dan sisihan piawai. Kesimpulan bagi setiap

aspek dibuat berdasarkan nilai min dan sisihan piawai yang tinggi. Kekuatan yang

dapat dilihat pada kajian ini ialah bagaimana penulis menetapkan penyataan-penyataan

yang saling berhubung kait dengan setiap aspek yang dinilai. Selain itu, penulis

Page 13: Peta minda bmm 3117

menggunakan pengalaman dan sorotan kajian yang berkaitan kemahiran menulis

dalam penyediaan item penyataan. Setiap penyataan dinilai melalui pilihan jawapan

sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju. Penggunaan

penyataan seperti ini adalah perkara biasa apabila sesuatu kajian dibuat. Merujuk

kepada kajian dari artikel ini, kita dapat melihat dengan jelas pilihan jawapan telah

tersedia dan guru tidak diberikan ruang untuk menyatakan permasalahan lain mengenai

pengajaran dan pembelajaran. Ini memungkinkan penulis terlepas pandang beberapa

perkara berkaitan tajuk kajian yang dibuat.

Penggunaan borang soal selidik sememangnya popular di kalangan penyelidik,

tetapi pada pandangan saya respon yang diterima boleh dipertikaikan ketelusannya.

Penyataan dalam soal selidik nyata mempunyai jawapan yang terhad dan tidak

mencakupi ruang yang lebih luas dalam mengenalpasti masalah pengajaran dan

pembelajaran kemahiran. Kajian ini adalah berkaitan dengan kemahiran menulis yamg

mana ianya sejenis perlakuan atau perbuatan yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Oleh itu saya berpendapat adalah lebih baik sekiranya penulis artikel ini

menggunakan kaedah pemerhatian sebagai metod tambahan kepada kajian ini.

Pemerhatian boleh dibuat semasa murid menulis karangan. Hasil penulisan murid boleh

dijadikan bukti kukuh terhadap permasalahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran

menulis.Selepas pemerhatian dibuat , barulah soal selidik dibuat terhadap guru. Selain

daripada itu juga borang soal selidik juga boleh diberikan kepada murid dengan syarat,

ayat- ayat di dalam borang soal selidik diubahsuai supaya sesuai dengan tahap

pemikiran murid. Dapatan-dapatan daripada murid ini akan dapat membantu penulis

mendapatkan maklumat yg lebih jelas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh

murid. Maklumat mengenai permasalahan murid di dalam artikel ini dipetik dari sorotan

kajian-kajian yang telah dibuat mengenai kemahiran menulis. Ini menunjukkan bahawa

penulis tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai permasalahan murid. Kajian ini

akan menjadi lebih lengkap dan jitu jika beberapa penambahbaikan yang dicadangkan

dibuat.

Berdasarkan kajian ini penulis telah mencadangkan beberapa langkah yang

boleh dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan kemahiran menulis ini. Kreativiti guru

Page 14: Peta minda bmm 3117

dalam pemilihan strategi dan teknik mengajar berperanan untuk mendapatkan aktiviti

pengajaran yang berkesan. Guru yang mempunyai pengalaman luas mengenai

kemahiran menulis harus mengoptimumkan peluang yang ada bagi meningkatkan

penguasaan murid terhadap kemahiran menulis. Penulis juga mencadangkan agar guru

sentiasa memantau perkembangan dan pencapaian murid dalam aspek penulisan.

Selain itu pihak sekolah harus membantu dan menggembeleng tenaga bagi membantu

murid-murid pemulihan agar mereka dapat menguasai kemahiran menulis. Penulis juga

berharap seboleh-bolehnya guru Bahasa Melayu tidak dibebani tugas yang terlalu

banyak sehingga mengganggu masa mereka untuk merancang aktiviti pengajaran

dengan lebih berkesan.

Kekuatan jurnal ini adalah ianya mengandungi banyak maklumat mengenai

proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu di sekolah

rendah. Aspek yang dibincangkan dalam memberi gambaran yang jelas mengenai

situasai pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Kelemahan yang dapat

dikenalpasti pada jurnal ini ialah cadangan yang diberikan lebih menumpu kepada guru

dan murid-murid diabaikan. Saranan mengenai situasi pelajar juga harus dimuatkan di

dlama penulisan ini.

Kesimpulan yang dapat diulas selepas pembacaan artikel jurnal ini ialah

pemerhatian semasa murid melakukan aktiviti penulisan haruslah dilaksanakan.

Pemerhatian ini membolehkan kita melihat dengan jelas permasalahan yang dihadapi

oleh murid untuk menguasai kemahiran menulis. Di samping itu juga bukti-bukti seperti

contoh karangan yang telah disemak oleh guru boleh disertakan dalam artikel ini.

Secara keseluruhannya saya berpendapat artikel ini boleh dijadikan panduan kepada

guru-guru seperti saya dalam menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran

kemahiran menulis di sekolah rendah.

Page 15: Peta minda bmm 3117

REFLEKSI

Syukur alhamdulillah berkat usaha, tungkus lumus dan bersengkang mata

hampir setiap malam, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan BMM 3117 ini.

Terima kasih juga kepada pensyarah iaitu Encik Abu Zaki bin Romli kerana telah

menyampaikan maklumat penting kepada saya dan rakan-rakan sekelas yang lain

mengenai tugasan ini. Penerangan yang diberikan ketika interaksi pertama yang lalu

amat berguna untuk saya melaksanakan tugasan ini mengikut prosedur yang

ditetapkan. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sekelas MTE A yang sentiasa

tidak lokek untuk berkongsi maklumat dan sumber rujukan untuk menyiapkan tugasan

ini. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan ini. Ini kerana

faktor kekangan masa dan tugas sebagai guru di sekolah. Untuk memastikan segala

tugasan ini berjalan lancar. Saya terpaksa mengorbankan masa tidur saya. Hampir

setiap malam saya bersengkang mata bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan.

Ketika menerima tugasan ini saya dapat merasakan kesukaran yang bakal

timbul. Membuat tinjauan bacaan (literature review) merupakan satu perkara baru bagi

saya. Selepas penerangan yang diberikan oleh pensyarah, saya telah berulang kali

membaca jadual penentu tugasan bagi memahami apa kehendak tugasan. Saya juga

telah membuat beberapa rujukan di internet untuk mendapatkan maklumat dan rujukan.

Selain itu perbincangan bersama rakan-rakan sekelas melalui perbualan telefon dan

media sosial banyak membantu untuk menyiapkan tugasan ini. Tinjauan bacaan ini

memerlukan penelitian terhadap jurnal-jurnal yang telah diterbitkan mengenai

penyelidikan bahasa. Hasil bacaan ini pula perlu diterangkan melalui ulasan kritis.

Berbanding dengan tugasan BMM sebelum ini, ini merupakan satu pengalaman

baru buat saya. Sebelum ini saya tidak pernah ambil kisah mengenai artikel berkaitan

penyelidikan bahasa. Ini kerana saya merupakan seorang guru Matematik. Walaupun

Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan seharian, saya tidak pernah

menyangkakan bahawa begitu banyak isu yang telah diketengahan oleh penyelidik

bahasa terutamanya Bahasa Melayu. Setelah membuat rujukan di beberapa-beberapa

laman sesawang seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, barulah saya sedar bahasa

isu-isu bahasa ini sentiasa dibincangkan dan begitu banyak jurnal yang telah diterbitkan

Page 16: Peta minda bmm 3117

berkaitan dengan masalah bahasa. Pembacaan jurnal ini telah membuka minda saya

tentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pada semester yang lalu, saya

telah mempelajari mengenai isi kandungan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah.

Pada kali ini, saya dapat menimba pengalaman baru melalui pembacaan jurnal ini.

Melalui pembacaan jurnal dan artikel ini, saya telah mengetahui pelbagai teknik

dan pendekatan yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu.

Sebagai contoh teknik permainan bahasa yang jelas terbukti dapat menarik perhatian

murid untuk belajar. Di samping itu teknik penyoalan yang baik dari guru mampu

meningkatkan pemikiran murid semasa teknik soal jawab digunakan. Artikel yang yang

telah dibaca ini meningkatkan kefahaman saya terhadap isu-isu berkaitan penguasaan

kemahiran bahasa. Sebagai contoh, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang

penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian yang telah dibuat

menunjukkan terdapat faktor daripada guru dan murid yang menyumbang ke arah

peningkatan penguasaan kemahiran menulis.

Sesungguhnya melalui tugasan tinjauan bacaan ini saya telah beroleh banyak

maklumat mengenai pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain daripada

mengajar Matematik, saya berharap dengan berbekalkan pengalaman ini sayaberupaya

unutk mengajar Bahasa Melayu pula buat murid-murid saya selepas ini. Ketika

membuat ulasan kritis, saya lebih mendalami aritkel yang dibaca. Terima kasih kepada

rakan-rakan sekelas yang banyak membantu untuk membuat ulasan kritis. Melalui

ulasan kritis ini saya dapat memberikan pandangan mengenai kekuatan dan kelemahan

kajian yang telah dibuat. Selain itu juga saya juga dapat membuat penilaian kendiri

mengenai teknik dan pendekatan yang sesuai untuk menguasai kemahiran dalam

Bahasa Melayu.

Tugasan kedua yang perlu disiapkan ialah rancangan pelajaran. Penulisan

rancangan pelajaran Bahasa Melayu bukanlah perkara baharu buat saya. Pada

semester yang lalu, saya telah mempelajari mengenai kurikulum dan cara penyediaan

rancangan pelajaran. Menggunakan pengalaman yang lalu, saya berjaya menghasilkan

satu rancangan pelajaran dengan mengaplikasi pelbagai teknik. Tugasan ini

diselesaikan secara berkumpulan bersama rakan sekelas Muhammad Effendi. Beilau

Page 17: Peta minda bmm 3117

telah menghasilkan rangka untuk rancangan pengajaran dan seterusnya disiapkan oleh

saya. Penghasilan rancangan pelajaran ini menambahkan lagi ilmu saya tentang cara

menyampaikan pengajaran kepada murid. Melalui pelbagai pendekatan yang

digunakan saya berharap pengalaman ini dapat diaplikasikan ketika mengajar kelak.

Selain itu saya sentiasa bersikap positif apabila menghadapi tugasan yang mencabar

dan menuntut ketekunan ini. Saya sentiasa yakin bahawa tugasan ini akan disiapkan

masa dalam tempoh yang ditetapkan.

Secara keseluruhanya, tugasan projek ini telah membantu saya dalam aspek

pemerolehan ilmu dan banyak memberi faedah kepada saya untuk mengharungi

profesion perguruan dengan yakin dan positif.