pernyataan profesional semasa praktikum

5
S emasa Praktikum Saya Mohd Firdauz Bin Shariff telah menjalani latihan praktikum padasemester enam iaitu Praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2,Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Praktikum ini mengambilmas a selama dua bulan (26hb Julai 2009 20hb Ogos 2009) dan saya mestimengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untukmemboleh kan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah sertamendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlumengajar subjek major saya iaitu Bahasa Melayu selama 9 masa dan juga 2masa bagi subjek minor saya iaitu Pendidikan Jasmani. Setelah saya menelitikandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran jug amenjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara inisedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusanstrategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antaralain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiranb erinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utamaaktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selaindaripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah padamasa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahamitingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori danamalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melaluipemerhatia n, interaksi dan refleksi.Oleh yang demikian, pendedahan awal saya di Sekolah KebangsaanKedai Buloh 2 seme mangnya memberikan impak yang positif kepada sayadalam membentuk keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru dimasa akan datang. Semoga guru-guru pelatih gembira dalam menjalankan tugasini.Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalanipraktikel ini ialah saya dan rakan saya diberi tugas oleh Guru Besar SKKB2 iaituProjek Top 10. Kami menjalankan tugas kami dengan baik dan guru besar b erpuas hati dengan hasil kerja kami. Satu lagi hasil kerja kami ialah, menghiassetor sukan sekolah. Kami telah membersih dan mengubahsuai susun at ur bahagian setor sukan itu. Kami berasa bangga kerana diberi peluang seperti itu.Moga kerja-kerja kami kekal dan ada perubahan dan peningkatan selepas ini. PERNYATAAN PROFESIONAL a) Apa yang diharapkan melalui praktikum ini.

Upload: mas-zuriyana-bt-janudin

Post on 16-Feb-2015

781 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

Cuba apa yang ada..

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional Semasa Praktikum

S emasa Praktikum

Saya Mohd Firdauz Bin Shariff telah menjalani latihan praktikum padasemester enam iaitu Praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2,Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Praktikum ini mengambilmasa selama dua bulan (26hb Julai 2009 – 20hb Ogos 2009) dan saya mestimengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untukmembolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah sertamendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlumengajar subjek major saya iaitu Bahasa Melayu selama 9 masa dan juga 2masa bagi subjek minor saya iaitu Pendidikan Jasmani. Setelah saya menelitikandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran jugamenjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara inisedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang

 

pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusanstrategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antaralain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiranberinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utamaaktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selaindaripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah padamasa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahamitingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori danamalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melaluipemerhatian, interaksi dan refleksi.Oleh yang demikian, pendedahan awal saya di Sekolah KebangsaanKedai Buloh 2 sememangnya memberikan impak yang positif kepada sayadalam membentuk keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru dimasa akan datang. Semoga guru-guru pelatih gembira dalam menjalankan tugasini.Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalanipraktikel ini ialah saya dan rakan saya diberi tugas oleh Guru Besar SKKB2 iaituProjek Top 10. Kami menjalankan tugas kami dengan baik dan guru besar berpuas hati dengan hasil kerja kami. Satu lagi hasil kerja kami ialah, menghiassetor sukan sekolah. Kami telah membersih dan mengubahsuai susun atur bahagian setor sukan itu. Kami berasa bangga kerana diberi peluang seperti itu.Moga kerja-kerja kami kekal dan ada perubahan dan peningkatan selepas ini.

Page 2: Pernyataan Profesional Semasa Praktikum

PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa yang diharapkan melalui praktikum ini.

Praktikum pengajaran di sekolah merupakan satu pengalaman baru bagi saya untuk 3 bulan akan datang. Kini saya telah hampir untuk menjadi seorang guru siswazah yang bertauliah dan terlatih. Melalui penyataan tersebut, saya akan menjalani praktikum KPLI daripda 26 Mei 2009 sehingga 17 Sepetember 2009. Melalui praktikum ini, satu pendedahan awal pengalaman pengajaran murid sekolah dapat dilalui oleh guru pelatih. Semua ini adalah berkaitan dengan pengalaman guru untuk manghadapi keadaan sebenar alam persekolahan.

Sebelum ini guru pelatih telah menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) selama lebih kurang 5 bulan lamanya. Semua ini adalah berkaitan pembelajaran secara teoritikal tanpa amali dengan ilmu pedagogi dan psikologi pendidikan kanak-kanak. Semua ini juga termasuklah ilmu tentang strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah, pengurusan, kurikulum pendidikan dan sebagainya. Praktikum yang akan dijalani ini sebenarnya akan menterjemahkan segala dapatan tersebut secara sebenar dan konkrit mengikut situasi semasa di sekolah. Di sekolah, guru pelatih akan menggunakan teori yang dipelajari di IPGM dengan mengikut kesesuaian penggunaannya. Oleh itu, praktikum yang akan dijalani adalah satu instrumen praktik yang amat penting di dalam menjana perkembangan proses pembelajaran dan pembentukan guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajarannya di sekolah kelak.

Oleh yang demikian, sepanjang lebih kurang tiga bulan tempoh praktikal ini perkara yang paling utama sekali yang diharapkan, adalah guru pelatih dapat mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPGM di sekolah. Ianya disusuli dengan latihan sebenar proses P&P di bilik darjah. Apa yang diharapkan, praktikum ini dapat membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai guru pelatih adalah bagi memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta pendekatan sedia ada. Hal ini akan menjana pengetahuan yang baru. Sememangnya, sekolah adalah salah satu gedung ilmu yang mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber rujukan. Ilmu yang akan diperolehi itu akan bermakna kepada guru pelatih dalam menjana perkembangan ke arah pembinaan guru yang cemerlang.

Selain itu, perlaksanaan proses akademik dan kokurikulum di sekolah adalah begitu kompleks sekali sifatnya kerana menjalinkan semua unsur ilmu itu menjadi satu dan diterjemahkan kepada pembentukan insan yang sempurna. Semuanya dijalankan sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial (JERI+S). Ianya ditadbir dengan pengurusan sekolah yang melibatkan sebahagian besar pihak guru itu sendiri dengan dibantu oleh sebahagian kecil sahaja pihak bukan guru.

Justeru itu, praktikum yang akan dijalani nanti diharapkan akan dapat membantu saya mengetahuipengurusan di sekolah secara holistik. Hal ini akan dapat melatih saya kearah menguasai urus tadbir pengurusan sekolah yang sebenar. Ianya penting kepada guru pelatih kerana, guru akan terlibat sama secara langsung di dalam pengurusan sekolah apabila bertugas kelak.

Pengurusan ini adalah perkara yang begitu rumit untuk dilaksanakan kerana melibatkan semua pihak dan kebanyakan hal. Kalau dilihat dari peringkat rendah sekali melibatkan tukang kebun, pengurusan 

Page 3: Pernyataan Profesional Semasa Praktikum

kantin, pengkeranian dan operasi, pentadbiran, aktiviti kokurikulum sehinggalah ke peringkat lebih tinggi melibatkan perancangan jangka pendek/panjang sekolah adalah dilaksanakan sendiri oleh pihak sekolah. Ianya juga melibatkan proses melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak kementerian kepada pengurusan sekolah. Semua itu, memerlukan kepada guru yang berpengetahuan dalam hal-hal pengurusan. Dengan itu, setelah berada dalam pengurusan sekolah selama tiga bulan ini diharapkan guru pelatih dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti di sekolah selain daripada perlaksanaan proses P&P harian. Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum guru KPLI-SR untuk sesi kali ambilan januari 2009 ini, agar ianya akan dapat memberi kesan langsung kepada guru pelatih seperti saya, seperti apa yang telah diharapkan.

b) Apa yang telah dilalui sepanjang praktikum ini

1. Minggu 1 - Ujian diagnostik telah dijalanakan dengan berjaya.

Ianya dilakukan untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas murid pemulihan khas bagi mendapatkan perbezaan tahap akademik mereka.

2. Minggu 2 - Sesi P&P pertama dalam penulisan RPH rasmi.

Penulisan Rancangan pengajaran harian yang lengkap dan mengikut format yang betul.

3. Minggu 3 - Ubahsuai suasana bilik pemulihan.

Saya telah mengemas dengan menyusun atur semula bilik pemulihan agar ianya lebih mewujudkan suasana tempat pembelajaran yang kondusif dan selesa.

4. Minggu 4 - Projek pertandingan eureka peringkat negeri.

Saya ditugaskan untuk menjadi guru penasihat pertandinagan ini. Diantara khidmat yang telah saya sumbangkan selama seminggu setiap waktu petang adalah membina model rumah tenaga dan membuat buku idea. Hasilnya pasukan ini berjaya mendapat naib johan.

5. Minggu 5 - Penyeliaan pertama subjek minor.

Saya telah dinilai oleh pensyarah subjek minor iaitu subjek Bahasa Melayu kelas 3 Berlian. Pensyarah yang menilai saya adalah Encik Abdul Manaf bin Ahmad.

6. Minggu 6 - Peperiksaan ujian bulanan ketiga.

P&P minggu ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana murid tahap 1 menjalani ujian bulanan akademik ketiga.

Saya ditugaskan untuk menanda kertas jawapan dan memberi markah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik kelas 3 Firus.

7. Minggu 7 - Hari anugerah kecemerlangan murid.

Saya menjadi Ajk persiapan dewan. Kerja-kerja memasang ‘skirting’ dan ‘backdrop’ pentas dewan utama dan dewan persembahan.

Page 4: Pernyataan Profesional Semasa Praktikum

8. Minggu 8 - Lawatan murid skim baoucher tuisyen.

Saya ditugaskan oleh pihak sekolah untuk mengiring murid SBT melawat beberapa tempat akademik disekitar negeri kedah. Antara tempat lawatan tersebut adalah seperti ke Muzium Padi, Pusat Sains, Rumah merdeka dan Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir.

9. Minggu 9 - Aktiviti mengecat bangunan sekolah.

Saya mengecat bangunan sekolah iaitu didalam 8 bilik kelas tahun 6 dan 5 di bawah pemantauan guru GPK HEM. Saya dan rakan-rakan mengambil masa selama 3 hari untuk menyelesaikannya.

10. Minggu 10 - Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.

Saya menjadi pembaca perutusan kemerdekaan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas itu saya juga telah diberi tugas untuk mengetuai guru dan murid dalam acara melaungkan laungan “merdeka”.

11. Minggu 11 - Peperiksaan UPSR 2009.

Pada minggu ini, P&P juga tidak dapat berjalan sepenuhnya kerana murid tahap 1 diberi cuti kerana peperiksaan UPSR yang sedang dijalankan.

Page 5: Pernyataan Profesional Semasa Praktikum

PERNYATAAN PROFESIONAL b) Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum.

21 Mac 2010 jam 7.20 pagi saya melangkah masuk ke pejabat Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh ( 2 ) sebuah sekolah kategori luar bandar. Saya juga ada terdengar yang mengatakan sekolah ini merupakan ³Sekolah Berprestasi Rendah´. Namun ianya tidak mengganggu gugat fokus saya terhadap peraktikum yang akan saya jalankan selama 4 minggu di sini bersama seorang lagi rakan saya Zairuddin bin Muhammad Nafi.

Hari pertama seperi biasa sesi perkenalan bersama guru-guru serta warga sekolah. Pertemuan dengan GPK 1 sebagai tanda selamat datang setelah ketiadaan Guru Besar yang tidak hadir pada hari tersebut. Saya meneruskan perjalanan ke stor sukan bagi melihat alatan yang ada serta sebagai persediaan saya untuk mengajar. Beramah mesra bersama guru-guru seawal hari pertama adalah sangat penting. Secara kebetulan, terdapat 4 orang guru di sekolah berkenaan merupakan bekas anak murid pensyarah pembing kami, Miss foo Ai Peng, jadi ada juga cerita yang ingin disembangkan.

Saya mula mengajar pada hari kedua setelah mendapat waktu tugas pada hari pertama daripada GPK1. Perkenalan diri bersama anak murid saya lakukan sedikit. Sesi pengajaran berjalan dengan cukup menduga hati. Setiap hari situasi hampir sama iaitu, ³cikgu nak main bola´, ³main bla lagi seronok cikgu´. Namun saya terus lakukan tugas saya seperti yang saya rancang. Barulah saya tahu tugas sukar menanti saya ketika mula mengajar sebenar kelak.

Saya sempat menyertai beberapa aktiviti dan program sekolah terutamanya membentuk dan melatih pasukan sekolah. Hajat saya tercapai jua untuk melatih sukan bola tampar kepada murid-murid, namun jangka masa seminggu latihan sebelum ke hari pertandingan tidak cukup membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga bagi sukan bola sepak dan bola baling. ³English Camp´ di bawah panitia Bahasa Inggeris yang saya sertai sebagai Fasilitator memberi pendedahan terhadap matapelajaran Minor saya. Selain itu kami juga di beri tugas untuk melaksanakan Ujian SEGAK, satu ujian yang wajib dilakukan oleh murid tahu4 hingga tingkatan 5.

PERNYATAAN PROFESIONAL c) Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum

Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 1 telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan sebelum memasuki Praktikum 2 pada semester depan.

Berkaitan dengan apa yang telah dicapai sepanjang praktikum, dapat saya simpulkan bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran sehingga tangan ingin naik ke muka mereka. Semua telah saya lalui untu Praktikum 1 ini. Pergaulan bersama warga sekolah boleh dianggap memuaskan. Saya masih lemah dalam pergaulan atau dengan kata lain, kemahiran sosial yang lemah dengan masih ada sifat malu dan segan. Saya perlu perbaiki elemen itu. Namun terdapat guru yang telah menjadi rakan baik kami berdua. Kami sentiasa bantu membantu terutamanya dalam menjayakan beberapa program sekolah.

Dalam membentuk pasukan sekolah, saya telah cuba sedaya upaya saya namun masa yang diberikan tidak mencukupi untuk memberi kemahiran yang lengkap kepada mereka, kerenah mereka juga amat menguji kesabaran dan membuatkan saya perlu sentiasa memikirkan cara terbaik dalam 

Page 6: Pernyataan Profesional Semasa Praktikum

melatih mereka dalam masa yang singkat. Budaya suka juga telah berjaya diterapkan sedikit demi sedikit kepada murid-murid.

Kesimpulannya, Praktikum satu telah memeberi gambaran kepada saya situasi sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri sebelum menjadi guru berijazah pada tahun 2012 kelak.