pernyataan profesional (semasa)

3
Pernyataan Profesional Pada hari pertama saya tiba di SK Kampong Pasir, saya telah melaporkan diri kepada pihak pentadbir SK Kampong Pasir.Pn.Rafidah BT Mohd Yussup, guru besar SK Kampong Pasir, telah berkongsi pengalaman beliau bersama kami tantang perkhidmatannya di bidang pendidikan. Beliau turut menasihati kami agar sentiasa sabar apabila menempuh cabaran. Selain itu, saya turut berjumpa dengan GPK Pentadbir. Beliau telah mengagihkan jadual waktu kepada kami. Saya telah diarah untuk mengajar murid pemulihan Tahun 2T bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya dikehendaki mengajar sebanyak 6 waktu dalam satu minggu. Saya mula menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu kedua. Pada minggu pertama saya memasuki kelas, saya telah memerhati tingkah laku murid saya. Saya telah mengenal pasti masalah mereka dan merancang aktiviti yang menjurus kepada masalah yang mereka hadapi. Saya mendapati murid 2T lebih aktif dan suka membuat bising dalam kelas, Saya menganalisis setiap masalah dan tingkah laku murid agar saya dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan efektif. Tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Saya sedar bahawa guru memainkan peranan yang penting

Upload: liew-hui-hui

Post on 11-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional (Semasa)

Pernyataan Profesional

Pada hari pertama saya tiba di SK Kampong Pasir, saya telah melaporkan diri

kepada pihak pentadbir SK Kampong Pasir.Pn.Rafidah BT Mohd Yussup, guru besar

SK Kampong Pasir, telah berkongsi pengalaman beliau bersama kami tantang

perkhidmatannya di bidang pendidikan. Beliau turut menasihati kami agar sentiasa

sabar apabila menempuh cabaran. Selain itu, saya turut berjumpa dengan GPK

Pentadbir. Beliau telah mengagihkan jadual waktu kepada kami. Saya telah diarah

untuk mengajar murid pemulihan Tahun 2T bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya

dikehendaki mengajar sebanyak 6 waktu dalam satu minggu.

Saya mula menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu kedua.

Pada minggu pertama saya memasuki kelas, saya telah memerhati tingkah laku murid

saya. Saya telah mengenal pasti masalah mereka dan merancang aktiviti yang

menjurus kepada masalah yang mereka hadapi. Saya mendapati murid 2T lebih aktif

dan suka membuat bising dalam kelas, Saya menganalisis setiap masalah dan tingkah

laku murid agar saya dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

lebih terancang dan efektif.

Tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik penting untuk

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Saya sedar bahawa guru

memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan untuk anak muridnya. Saya turut sedar bahawa murid yang menghadapi

masalah dalam pembelajaran dapat menyelesaikan masalah mereka jika mereka

menemui guru yang baik dan sanggup membantu mereka. Namun, bukan mudah untuk

mengendali murid yang terdiri daripada pelbagai karenah. Bak kata pepatah “Berat

mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Saya menghadapi kekangan apabila

murid 2T tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran saya. Penguasaan Bahasa

Melayu yang lemah dalam kalangan murid 2T menyebabkan mereka tidak memahami

pengajaran saya sehingga kurang motivasi untuk belajar. Justeru, perancangan dan

tumpuan yang khusus harus diberi kepada mereka agar masalah ini dapat diatasi.

Page 2: Pernyataan Profesional (Semasa)

Sehubungan itu, saya meminta tunjuk ajar daripada pensyarah dan guru yang

lebih berpengalaman untuk menimba ilmu saya dalam mengurus tingkah laku negatif

murid dalam kelas. Saya telah berbincang bersama guru pemulihan SK Kampong Pasir,

Pn Hjh Diwi Melati binti Hj Hamzah tentang aktiviti yang boleh saya laksanakan

terhadap murid pemulihan. Beliau telah memberi cadangan dan berkongsi

pengalamannya bersama saya. Perkongsian ini memang memanfaatkan saya. Selain

itu, saya juga merujuk kepada bahan bacaan serta melayari internet untuk

menambahkan ilmu pengetahuan saya.

Selain itu, saya turut diarah untuk bertugas dalam aktiviti kokurikulum di sekolah

ini. Saya telah dipertanggungjawab untuk mengendali aktiviti sukan bola keranjang. Ini

menambahkan ilmu pengetahuan saya terhadap perlaksanaan kokurikulum di sekolah

serta cara pengendalian murid dalam aktiviti sukan.

Sepanjang praktikum selama satu bulan ini, saya berpeluang mempraktikkan

pengetahuan yang diajar oleh pensyarah semasa melaksanakan pengajaran terhadap

murid pemulihan serta mengendali aktiviti kokurikulum. Pengalaman sebenar ini dapat

membuka minda saya serta meningkatkan penguasaan dan pemahaman saya terhadap

bidang pendidikan. Tambahan pula, saya boleh mengenali dunia kanak-kanak dengan

lebih mendalam dengan mendampingi mereka. Pengalaman ini memang membantu

saya dalam kerjaya saya kelak.