pernyataan profesional selepas

5
PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS PRAKTIKUM Setelah selesai menjalani praktikum selama tempoh Dua Belas minggu, saya dapat merasakan perubahan yang sangat ketara antara minggu pertama dengan minggu terkahir saya di sini. Perubahan yang saya alami dapat saya jelaskan dalam tiga aspek iaitu fizikal ,mental dan emosi. Menurut Daoed Yoesoef (1980) seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan. Tugas-tugas profesional seorang guru adalah meneruskan atau menyampaikan ilmu pengetahuan, keterampilan serta nilai-nilai lain yang belum diketahui oleh murid dan seharusnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik- baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berfikir sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi memperbaiki hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat disekelilingnya. Tugas kemasyarakatan merupakan tanggungjawab guru sebagai warga negara yang baik, turut mengembang dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Bagi melaksanakan tugas-tugas ini, perkara yang mustahak adalah keupayaan fizikal kita sebagai seorang guru. Sebagai

Upload: nur-arif-shah

Post on 26-Sep-2015

1.413 views

Category:

Documents


80 download

DESCRIPTION

tfi

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS PRAKTIKUM

Setelah selesai menjalani praktikum selama tempoh Dua Belas minggu, saya dapat merasakan perubahan yang sangat ketara antara minggu pertama dengan minggu terkahir saya di sini. Perubahan yang saya alami dapat saya jelaskan dalam tiga aspek iaitu fizikal ,mental dan emosi. Menurut Daoed Yoesoef (1980) seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan. Tugas-tugas profesional seorang guru adalah meneruskan atau menyampaikan ilmu pengetahuan, keterampilan serta nilai-nilai lain yang belum diketahui oleh murid dan seharusnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berfikir sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi memperbaiki hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat disekelilingnya. Tugas kemasyarakatan merupakan tanggungjawab guru sebagai warga negara yang baik, turut mengembang dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan negara.Bagi melaksanakan tugas-tugas ini, perkara yang mustahak adalah keupayaan fizikal kita sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru, saya perlu sentiasa aktif dan memastikan kecergasan diri sentiasa berada di tahap yang optimum. Jadual harian saya setelah menjadi seorang guru dalam tempoh praktikum ternyata lebih padat jika dibandingkan dengan semasa waktu kuliah biasa. Saya tidak menjangkakan hal ini kerana pada mulanya saya menyangkakan waktu kuliah saya yang tamat pada pukul 4.30 petang lebih memenatkan berbanding dengan waktu praktikum yang tamat pada pukul 1.00 tengahari. walaupun sesi persekolahan tamat awal, tetapi banyak perkara perlu dibereskan. Sebagai contoh, merancang pengajaran untuk keesokan hari, mengumpul bahan-bahan sumber pengajaran dari buku dan internet, menyediakan latihan-latihan dan menyediakan alat bantu mengajar. Transformasi daripada kehidupan seorang pelajar kepada seorang guru ini telah menuntut pengorbanan yang besar. Setiap pagi saya perlu bangun awal dan tidur pula pada dinihari. Sesuatu yang jarang saya lakukan pada sebelum ini.Pada minggu pertama saya berasa sangat letih dan tertekan. Namun, masuk minggu yang ke empat, saya sudah dapat membiasakan diri dengan keadaan ini. Saya dapat merasakan fizikal saya lebih baik dan tahan lasak untuk melaksanakan aktiviti sepanjang hari. Tempoh praktikum ini juga telah menjadi kayu ukur ketahanan fizikal saya dan saya dapat melihat sejauh mana kemampuan saya untuk berhadapan dengan pelbagai tugasan yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal ini.Perubahan dari segi mental boleh dikatakan adalah perubahan paling besar yang saya rasakan berlaku terhadap diri saya setelah menjalani praktikum. Sebelum ini, diri saya boleh diibaratkan seperti tin kosong sewaktu melangkah masuk ke sekolah. Saya hanya berbekalkan teori-teori pedagogi yang pernah dipelajari sebelum ini dan saya tidak mempunyai seberang pengalaman untuk berhadapan dengan murid-murid. Namun setelah menjalani dua kali praktikm sebelum ini, saya telah menimba banyak pengalaman dan pengajaran khususnya dalam kawalan kelas. Untuk memastikan kelancaran kawalan kelas, saya mencuba Model Disiplin Asertif Canter telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter tahun 1976 dan hasilnya terbukti sangat positif.Saya bersyukur kerana di sekolah ini murid-murid tidak banyak kerenah dan jarang membuat masalah seperti melakukan kesalahan disiplin yang teruk seperti mencuri, membuli rakan, vandalisme atau sebagainya. Secara umumnya, saya tidak menghadapi masalah yang besar tentang murid di sekolah. Cuma kadangkala ada juga sedikit masalah kecil semasa di dalam kelas iaitu murid kurang memberi perhatian terhadap pengajaran yang berlangsung di dalam kelas. Ini pun mungkin berlaku kerana kelemahan saya sendiri dari sudut pemilihan kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang disediakan.Sementara itu, kesedaran turut timbul dalam diri saya bahawa seseorang guru juga harus bersedia dari segi mental seperti cara berfikir iaitu boleh berfikir secara terbuka. Setelah ditempatkan di sekolah, saya yakin saya telah mampu menerima teguran dan mampu berhadapan dengan manusia dari pelbagai lapisan masyarakat terutama sekali daripada pensyarah, guru pembimbing saya dan pihak pengurusan sekolah. Mereka memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini. Pihak pengurusan terutamanya guru besar telah banyak memberikan bantuan kepada saya sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah tersebut. Pengurusan di sekolah ini saya lihat berjalan dengan baik kerana guru besar sekolah tersebut mengamalkan corak pengurusan yang berdiplomasi di mana beliau mengambil kira pandangan orang bawahan beliau dalam segala hal. Beliau juga seorang yang mudah mesra dan senang dibawa berbincang. Begitu juga dengan guru-guru penolong kanan di sekolah tersebut yang begitu mesra dan tidak lokek untuk membantu saya jika saya menghadapi sebarang masalah ketika menjalani praktikum di sekolah tersebut.Dalam tempoh Praktikum ini, saya dapat mengesan pelbagai kelemahan yang perlu saya perbaiki pada masa akan datang. Saya berharap pada sesi praktikum yang seterusnya, saya dapat menyumbangkan sesuatu yang lebih bermakna buat pihak sekolah. Hal ini kerana, pada kali ini tidak banyak sumbangan yang dapat saya berikan kerana kekangan masa. Selain menyediakan rancangan mengajar, bahan-bahan dan melaksanakan pengajaran saya juga perlu menyiapkan tiga kerja kursus sekaligus. Perkara ini sedikit sebanyak telah menganggu tumpuan saya terhadap aktiviti di sekolah.Sebagai penutup, saya merasakan bahawa praktikum yang telah saya jalani ini adalah amat bermakna dan cukup membantu saya dalam menyedarkan saya di tahap mana sebenarnya saya berada sekarang. Oleh itu, saya akan memperbaiki segala kelemahan diri saya untuk menjadi bakal guru yang cemerlang. Ia juga dapat menyediakan saya dalam semua aspek yang dperlukan untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat bahawa praktikum ini adalah amat relevean untuk diteruskan untuk melahirkan bakal guru yang berkualiti.