pernyataan profesional sebelum praktikum

3
PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM Program praktikum atau latihan mengajar adalah program wajib yang perlu dijalani oleh setiap guru pelatih institut pendidikan guru. Amalan profesional ini merupakan laluan utama pelajar untuk merealisasikan teori pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan profesionalisme dan memartabat profesion keguruan yang selaras dengan perubahan- perubahan yang berlaku di dalam bidang pendidikan khususnya pendidikan guru. Program ini merupakan latihan mengajar yang bakal memberikan pengalaman yang menarik dan berharga kepada setiap guru pelatih. Program ini yang berjalan selama empat minggu memerlukan guru pelatih untuk memenuhi segala tugasan yang telah diberikan dengan baik. Hal ini kerana, penilaian akan dijalankan untuk setiap tugasan yang dijalankan. Saya sebagai pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu Pt Jawa Muar yang tersenarai sebagai sekolah luar bandar. Program yang berjalan selama 4 minggu ini bermula pada 12 April 2014 sehingga 08 Mei 2014. Pada kali ini, saya wajib untuk menjalankan latihan mengajar berkaitan dengan subjek major iaitu Reka Bentuk Dan Teknologi. Masa yang diperuntukkan paling minimum adalah 6 masa. Oleh itu, saya perlu menjalankan latihan mengajar paling minimum 6 masa iaitu 3 jam. Antara perkara yang perlu dijalankan sebelum praktikum adalah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini

Upload: muhammad-haziq

Post on 19-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

IPGKTHO PRAKTIKUM 1 (SK PARIT BULAT)

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

Program praktikum atau latihan mengajar adalah program wajib yang perlu

dijalani oleh setiap guru pelatih institut pendidikan guru. Amalan profesional ini

merupakan laluan utama pelajar untuk merealisasikan teori pengajaran dan

pembelajaran, meningkatkan profesionalisme dan memartabat profesion keguruan

yang selaras dengan perubahan- perubahan yang berlaku di dalam bidang

pendidikan khususnya pendidikan guru. Program ini merupakan latihan mengajar

yang bakal memberikan pengalaman yang menarik dan berharga kepada setiap

guru pelatih. Program ini yang berjalan selama empat minggu memerlukan guru

pelatih untuk memenuhi segala tugasan yang telah diberikan dengan baik. Hal ini

kerana, penilaian akan dijalankan untuk setiap tugasan yang dijalankan.

Saya sebagai pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu Pt Jawa Muar yang

tersenarai sebagai sekolah luar bandar. Program yang berjalan selama 4 minggu ini

bermula pada 12 April 2014 sehingga 08 Mei 2014. Pada kali ini, saya wajib untuk

menjalankan latihan mengajar berkaitan dengan subjek major iaitu Reka Bentuk Dan

Teknologi. Masa yang diperuntukkan paling minimum adalah 6 masa. Oleh itu, saya

perlu menjalankan latihan mengajar paling minimum 6 masa iaitu 3 jam.

Antara perkara yang perlu dijalankan sebelum praktikum adalah sesi taklimat

bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah dijalankan pada 08 April 2015 di

Dewan Balai Ilmu, IPTHO. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Asmadi

selaku Ketua Unit Praktikum. Penekanan dalam taklimat yang telah disampaikan

adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab

pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan

kokurikulum di sekolah.

Sebelum menjalani praktikum banyak persediaan yang perlu dilakukan seperti

persediaan emosi, persediaan fizikal, dan persediaan dari sudut kewangan.

Keadaan emosi perlulah sentiasa berada dalam keadaan baik. Antara persediaan

yang paling penting adalah persediaan dari segi fizikal dan mental. Perasaan yang

ada kini sukar untuk digambarkan kerana takut dengan masalah yang mungkin

dihadapi semasa di sekolah nanti. Sepanjang menjalani praktikum selama empat

Page 2: Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum

minggu ini, saya perlu merancang sesi pengajaran dengan menulis Rancangan

Pengajaran Harian yang lengkap beserta dengan bahan bantu mengajar yang

menarik. Hal ini kerana, segala tugasan yang dijalankan ini akan dinilai oleh guru

pembimbing subjek serta pensyarah pembimbing iaitu Puan Radziah Bt Muhamad.

Selain itu, saya juga perlu melengkapkan portfolio praktikum sebagai bukti menjalani

praktikum.

Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu berkaitan dengan

hubungan baik dengan pengurusan sekolah, staf serta kakitangan sekolah. Perkara

ini merupakan perkara yang sangat penting kerana hubungan yang baik dan mesra

akan memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan sepanjang berada di Sekolah

Kebangsaan. Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjalinkan hubungan

yang baik dengan warga sekolah.

Saya berharap, Praktikum Fasa Pertama yang berjalan selama empat minggu

yang saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu Pt Jawa Muar ini

akan dapat saya sempurnakan dengan sebaiknya. Saya juga berharap saya akan

dapat menguruskan masa dengan baik sepanjang empat minggu ini tanpa

memikirkan untuk balik awal ke rumah. Azam saya adalah untuk menyiapkan kerja

di sekolah tanpa membawa balik kerja tersebut ke rumah bagi mengelakkan kerja

yang penting daripada tertangguh. Selain itu, saya berharap saya akan dapat

menyempurnakan tugasan tepat pada masa yang diperuntukkan tanpa perlu

mengulang, menangguh dan sebagainya.

‘Amanah dipikul akan dipertanggungjawabkan’ adalah kata azimat yang

menjadi prinsip saya sepanjang menjalani praktikum kelak. Prinsip ini saya pegang

untuk mengelakkan diri daripada terleka atau terlupa untuk menjalankan

tanggungjawab dengan penuh kesungguhan.

Abdul Latif Bin Abd Hamid

{910916-01-6671}