pernyataan profesional

Upload: eric-sham-samit

Post on 05-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

Internship merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk menjalankan tugasan projek serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar di sekolah di bawah bimbingan seorang mentor yang merupakan guru di sekolah. Internship ini memfokuskan kepada tugasan projek yang perlu dilaksanakan di sekolah di samping dua hingga empat waktu mengajar mata pelajaran major dalam seminggu. Tugasan projek adalah secara berkumpulan mahupun secara individu yang mana setiap orang mestilah melaksanakan tiga buah projek di sekolah yang terpilih. Tugasan projek yang dilaksanakan perlulah dilakukan sedari awal bermula dari penyediaan kertas kerja, diikuti dengan pelaksanaan seterusnya adalah menyediakan laporan tentang projek yang dijalankan.Program Internship pada kali ini telah menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang selama sebulan. Penempatan sekolah ini telah ditetapkan oleh Unit Praktikum IPG Kampus Pulau Pinang. Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil merupakan sekolah yang sama saya menjalankan praktikum ketiga pada semester lepas. Sekolah ini terletak di Seberang Perai Selatan yang agak jauh dari IPG Kampus Pulau Pinang yang mana memerlukan saya untuk menyewa rumah di kawasan tersebut yang berhampiran dengan sekolah agar dapat memudahkan saya untuk berulang-alik ke sekolah setiap hari disamping menjimatkan duit belanja. Memandangkan praktikum kali ketiga ini memerlukan saya untuk menyewa rumah di luar, sudah pasti banyak perkara baru tentang kehidupan yang perlu saya pelajari sepanjang berada di tempat orang nanti. Semoga saya memperoleh keberkatan seterusnya dapat memberi manfaat kepada orang lain terhadap apa yang saya lakukan sepanjang menjalani internship pada kali ini. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa menjalankan internship di sekolah. Memandangkan internship ini dijalankan selama sebulan, maka kami telah disusun dengan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan sepanjang empat minggu berada di sini. Pada minggu pertama, kami diarahkan untuk menyiapkan kertas kerja cadangan tugasan projek yang hendak dilaksanakan. Seterusnya pada minggu kedua dan ketiga, kami perlu melaksanakan tugasan projek seperti yang telah dirancang. Dan yang terakhir pada minggu keempat kami perlu menyiapkan laporan berdasarkan projek yang telah dijalankan. Dalam masa yang sama juga saya perlu menyiapkan beberapa tugasan lain seperti mengajar di kelas sebanyak dua hingga empat waktu seminggu, sentiasa bersedia untuk melakukan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri pada setiap perjumpaan guru-guru. Selain itu, saya juga perlu menyiapkan semua perkara yang telah disenaraikan dalam senarai semak portfolio internship.Sebagai bakal guru juga saya perlu menjalin hubungan yang baik bersama semua warga sekolah termasuk jaga, tukang kebun dan juga pekerja kantin. Memandangkan Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil ini merupakan sekolah yang pernah saya jalani praktikum di sini, maka hubungan dengan pihak sekolah sudah terbina dengan baik sebelum ini. Maka adalah diharapkan agar hubungan baik yang telah dibina sebelum ini akan memudahkan kerja-kerja kami untuk melaksanakan tugasan projek seperti yang diarahkan oleh IPG sebagai persediaan terakhir sebelum keluar mengajar kelak. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa persediaan mental dan fizikal perlu dilakukan memandangkan internship dan praktikum merupakan dua perkara yang berbeza. Oleh itu, diharapkan agar saya dapat menempuhi internship pada kali ini dengan jayanya. Untuk internship pada kali ini, saya berharap agar dapat melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya juga sentiasa bersedia untuk menerima tunjuk ajar, nasihat dan teguran dari pihak sekolah sekiranya terdapat kesalahan di mana-mana kerana mereka sememangnya mempunyai banyak pengalaman dan layak untuk menjadi pembimbing saya dalam menjalankan tugasan projek yang diberikan. Semoga segala perkara yang saya lakukan tidak sia-sia sebaliknya dapat mendatangkan manfaat jika tidak untuk orang lain, cukuplah untuk diri sendiri sekurang-kurangnya.