pernyataan profesional

2
PERNYATAAN PROFESIONAL Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian idea dan pemuafakatan antara agensi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum menjalani praktikum fasa tiga, saya telah mengikuti empat Pengalaman Berasaskan Sekolah semasa semester satu hingga empat dan juga praktikum fasa 1 dan fasa 2. Itu merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum fasa tiga ini. Saya juga telah mendengar taklimat daripada unit praktikum terlebih dahulu. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankansesi praktikum yang kedua ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan juga fizikal. Pengalaman PBS serta praktikum satu dan dua sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bakal menjadi masalah utama tetapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah adalah lebih tinggi. Saya juga berharap agar sepanjang tempoh praktikum fasa tiga ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga sekolah. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang praktikum lebih-lebih lagi jarak antara sekolah dan juga kampus adalah tidak jauh. Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa tangguh. Perkara ini penting agar tidak terbeban dengan tugasan praktikum yang tertangguh. Bagi buku persediaan mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum dan juga pensyarah penyelia, saya kira tiada masalah akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat dterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang praktikum ini akan tercapat.

Upload: tiang-elektrik

Post on 24-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

FGDGD

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program

pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar

bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan

kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian idea dan pemuafakatan

antara agensi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum menjalani praktikum fasa tiga, saya telah mengikuti empat Pengalaman

Berasaskan Sekolah semasa semester satu hingga empat dan juga praktikum fasa 1

dan fasa 2. Itu merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum

menjalani praktikum fasa tiga ini. Saya juga telah mendengar taklimat daripada unit

praktikum terlebih dahulu.

Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum

menjalankansesi praktikum yang kedua ini adalah membuat persediaan dari segi

mental dan juga fizikal. Pengalaman PBS serta praktikum satu dan dua sedikit

sebanyak membantu saya dalam persediaan untuk menempuh kehidupan sebagai

seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bakal menjadi masalah utama

tetapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah adalah lebih tinggi. Saya

juga berharap agar sepanjang tempoh praktikum fasa tiga ini, saya akan dapat

menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga sekolah. Untuk persediaan dari

segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada

setiap hari sepanjang praktikum lebih-lebih lagi jarak antara sekolah dan juga

kampus adalah tidak jauh.

Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini

portfolio praktikum setiap minggu tanpa tangguh. Perkara ini penting agar tidak

terbeban dengan tugasan praktikum yang tertangguh. Bagi buku persediaan

mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum dan juga pensyarah

penyelia, saya kira tiada masalah akan timbul dan saya berharap agar segala

perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat dterima oleh

murid dan objektif pengajaran sepanjang praktikum ini akan tercapat.

Page 2: Pernyataan Profesional

Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri tetapi kami telah

berpakat antara ahli PISMP semester tujuh untuk mencabut undi bagi penempatan

kami di sekolah. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan sekurang-

kurangnya dua hingga tiga orang sahaja untuk satu sekolah bagi setiap opsyen. Undi

telah dicabut dan saya telah ditugaskan untuk berpraktikal di Sekolah Kebangsaan

Bukit Guntong, Kuala Terengganu.