pernyataan profesional

4
PERNYATAAN PROFESIONAL (21 JANUARI 2013 – 19 APRIL 2013) Tempoh 12 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga SJK(T) Ladang Seremban. Bagi saya, banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini kerana golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan dapat meningkatkan minat murid khususnya murid-murid berkeperluan khas. Pada masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan kata-kata. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

Upload: yugashan

Post on 21-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pernyataan profesional

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

(21 JANUARI 2013 – 19 APRIL 2013)

Tempoh 12 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan

banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman

yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga SJK(T) Ladang Seremban.

Bagi saya, banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik.

Ini kerana golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung

dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang

dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari

segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa

kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti menggunakan alat bantu

mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan dapat meningkatkan minat murid

khususnya murid-murid berkeperluan khas. Pada masa yang sama, saya perlu

melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-murid yang

dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu

perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan

dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang

dijalankan. Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid

menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan

gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang

diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan

kata-kata.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus

menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi

yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi

dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk

menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan

Page 2: Pernyataan Profesional

pembelajaran dalam bilik darjah, saya perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari

masa ke semasa.

Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada

penyelaras pendidikan pemulihan iaitu Pn. S. Janaki yang juga bertindak selaku guru

pembimbing. Dengan pengalaman mengajar hampir daripada 4 tahun, banyak ilmu

yang dicurahkan kepada saya dan beliau sedikit pun tidak lokek berkongsi idea dengan

saya. Saya sering mendapatkan pandangan beliau terutamanya dalam pembinaan

rancangan pengajaran harian bagi memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang

bersesuaian dengan keupayaan dan minat mereka. Sesungguhnya saya amat

bersyukur dan menghargai bimbingan mereka kerana cetusan idea dan nasihat

membina yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan melaksanakan

P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann.

Pertemuan tiga mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah pembimbing

dan guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri saya untuk melakukan

yang terbaik. Nasihat dan pesanan En. Ahmad Ridzwan Bin Basri dan Pn. Shamsiah

Binti Abd. Samad supaya saya komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan

telah meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk masa akan

datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan input-input yang

berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan. Malahan setiap

kekurangan yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan bersama di samping

setiap pandangan dan teguran saya terima secara positif dan membina agar dapat

memperkuatkan lagi keberkesanan aktiviti yang dirancang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya

supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan

daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan

dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali

disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah

berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk

Page 3: Pernyataan Profesional

memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum

tersebut dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya senantiasa

menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan

panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang

masalah.

Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai

guru pemulihan ini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya

terhadap pelajar-pelajar pemulihan sekolah ini semakin mendalam. Telatah-telatah dan

gelagat yang ditunjukkan oleh mereka sangat menghiburkan hati. Walaupun, mereka

tidak sempurna insan lain, namun saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping

mereka. Sesungguhnya, kanak-kanak pemulihan khas merupakan kanak-kanak yang

sangat istimewa dan perlu dihargai kehadiran mereka bukannya dicaci. Hal ini

mengingatkan saya kepada detik di awal saya mendaftar ke Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar yang mana pada ketika itu, terdapat pelbagai cacian terhadap

kursus pendidikan pemulihan khas dan ada juga yang menyatakan bahawa jika

mengajar kanak-kanak pemulihan khas dan berada dekat dengan mereka. Setelah

menjalani praktikum, merasai hidup sebagai guru pemulihan khas serta melihat

kehidupan-kehidupan guru-guru pemulihan khas, ternyata kenyataan yang dikeluarkan

itu salah sama sekali dan tidak berasas.

Jika sebelum ini, saya sering mempertikaikan mengapa saya ditempatkan untuk

menjadi guru pemulihan khas, ternyata setelah menjalani praktikum selama 12 minggu

di SJK(T) Ladang Seremban, saya beroleh jawapan itu yang mana jiwa saya

sememangnya begitu serasi dengan pemulihan khas berbanding aliran perdana. hati

saya pada mulanya gelisah dengan kursus pendidikan pemulihan khas ini sudah

bertukar menjadi suka akan kursus ini dan sayang akan kanak-kanak pemulihan khas.

Melalui praktikum ini juga, saya banyak mempelajari mengenai kekuatan diri dan juga

kelemahan diri sebagai guru pendidikan pemulihan khas melalui penyeliaan pensyarah

dan guru pembimbing.

Saya berharap selepas saya menjadi seorang guru kelak, saya dapat memberi

sumbangan yang lebih kepada pelajar-pelajar pemulihan khas yang bakal menjadi

Page 4: Pernyataan Profesional

pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P.

Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada

murid pemulihan khas. Sebagai kesimpulannya, pengalaman menjalani praktikum ini

diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang.

Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa 3 ini sebaik mungkin tanpa

sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak.

Nescaya setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan

digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait

kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada

dan penghayatan serta pengamalan yang baik.

Page 5: Pernyataan Profesional