pernyataan profesional

1
Pernyataan sebelum PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut disamping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir. Sebelum kami menjalankan PBS, kami telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada Unit Praktikum. Taklimat kami diadakan di Dewan Kuliah. Ini merupakan kali keempat kami guru pelatih semester 4 menjalankan PBS. Kami telah diberikan senarai penyediaan portfolio untuk PBS kali ini. Dalam PBS kali ini, kami juga diberikan tugas untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah kami. Saya harus memberi guru Sejarah untuk memeriksa Rancangan Pengajaran Harian saya. Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang ditetapkan oleh pihak institut. Soalan tersebut mengekendaki saya melihat bagaiman perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran pembelajaran, bagaiman murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan, bagaimana pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan, bagaimana cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid, bagamanakah murid digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, bagaimana guru menangani gangguan luar jangkaan semasa proses P&P sedang berjalan dan bagaimanakah guru menangani masalah tingkah laku murid dalam proses P&P. Saya juga telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rangalau Lama bermula daripada 28 September 2015 sehingga 2 Oktober 2015. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.

Upload: low

Post on 07-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pengalaman Berasaskan Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

Pernyataan sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang

kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di

dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan

komuniti sekolah. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan

yang telah diberikan oleh pihak institut disamping membiasakan guru pelatih dengan suasana di

sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus

utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk

melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir.

Sebelum kami menjalankan PBS, kami telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS

daripada Unit Praktikum. Taklimat kami diadakan di Dewan Kuliah. Ini merupakan kali keempat

kami guru pelatih semester 4 menjalankan PBS. Kami telah diberikan senarai penyediaan

portfolio untuk PBS kali ini. Dalam PBS kali ini, kami juga diberikan tugas untuk menyiapkan

kerja kursus Sejarah kami. Saya harus memberi guru Sejarah untuk memeriksa Rancangan

Pengajaran Harian saya.

Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang ditetapkan oleh

pihak institut. Soalan tersebut mengekendaki saya melihat bagaiman perhatian murid dibina

dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran pembelajaran, bagaiman murid dilibatkan dalam

aktiviti perbincangan, bagaimana pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan,

bagaimana cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid, bagamanakah murid

digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, bagaimana guru menangani

gangguan luar jangkaan semasa proses P&P sedang berjalan dan bagaimanakah guru

menangani masalah tingkah laku murid dalam proses P&P.

Saya juga telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rangalau Lama bermula daripada

28 September 2015 sehingga 2 Oktober 2015. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan

sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang

jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.