pernyataan profesional

2
PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM Sebagai pelajar semester 5, saya dikehendaki ke sekolah untuk berpraktikum buat kali pertama. Saya berasa agak berdebar dan gembira pada masa yang sama. Keputusan pemilihan sekolah telah diputuskan oleh Unit Praktikum yang mana saya telah terpilih untuk melaksanakan praktikum fasa 1 di SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Praktikum Fasa 1 ini akan bermula pada 31 Mac 2014 hingga 24 April 2014. Praktikum fasa 1 ini melibatkan subjek major saya iaitu subjek Matematik pendidikan rendah. Latihan praktikum ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Seminggu sebelum itu, saya dan rakan-rakan diberi taklimat mengenai Praktikum Fasa 1. Taklimat tersebut disampaikan oleh Datin Zaitun binti Othman selaku wakil pensyarah Jabatan Matematik. Kami diberi beberapa tips untuk diamalkan di sekolah nanti seperti memberi salam, beramah mesra dengan guru-guru dan cara berpakaian. Selain itu, kami diberikan penerangan cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan format KSSR dan KBSR. Beliau telah menyampaikan pesanan supaya kami sentiasa menjaga tingkah laku di sekolah. Kami juga diberi penerangan awal mengenai suasana yang bakal kami hadapi nanti. Kemudian, beliau juga memberikan taklimat mengenai cara-cara penulisan jurnal yang betul dan mengikut format yang telah ditetapkan. Melalui penerangan yang diberikan, saya mendapat gambaran awal tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang praktikum.

Upload: fazlin-ayuni

Post on 25-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PRAKTIKUM

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM

Sebagai pelajar semester 5, saya dikehendaki ke sekolah untuk berpraktikum buat kali pertama. Saya berasa agak berdebar dan gembira pada masa yang sama. Keputusan pemilihan sekolah telah diputuskan oleh Unit Praktikum yang mana saya telah terpilih untuk melaksanakan praktikum fasa 1 di SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Praktikum Fasa 1 ini akan bermula pada 31 Mac 2014 hingga 24 April 2014. Praktikum fasa 1 ini melibatkan subjek major saya iaitu subjek Matematik pendidikan rendah. Latihan praktikum ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.

Seminggu sebelum itu, saya dan rakan-rakan diberi taklimat mengenai Praktikum Fasa 1. Taklimat tersebut disampaikan oleh Datin Zaitun binti Othman selaku wakil pensyarah Jabatan Matematik. Kami diberi beberapa tips untuk diamalkan di sekolah nanti seperti memberi salam, beramah mesra dengan guru-guru dan cara berpakaian. Selain itu, kami diberikan penerangan cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan format KSSR dan KBSR. Beliau telah menyampaikan pesanan supaya kami sentiasa menjaga tingkah laku di sekolah. Kami juga diberi penerangan awal mengenai suasana yang bakal kami hadapi nanti. Kemudian, beliau juga memberikan taklimat mengenai cara-cara penulisan jurnal yang betul dan mengikut format yang telah ditetapkan. Melalui penerangan yang diberikan, saya mendapat gambaran awal tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang praktikum. Kemudian, saya juga berbincang dengan beberapa rakan-rakan mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai dan menarik untuk diaplikasikan di dalam kelas nanti. Kami cuba menyusun tugasan yang perlu dilaksanakan di sekolah untuk memenuhi keperluan tugasan Praktikum Fasa 1.Saya berharap agar dapat menyiapkan rancangan pengajaran harian setiap kali sebelum masuk mengajar dalam kelas. Saya akan cuba untuk memastikan portfolio praktikum saya dikemaskinikan mengikut masanya. Saya berdoa agar dipermudahkan urusan saya sepanjang berpraktikum di sekolah tersebut. Oleh itu, saya akan berusaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan semua warga sekolah dan memahami budaya mesra dan penyayang di sekolah nanti. Semoga pengalaman Praktikum Fasa 1 akan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.