politik permuafakatan

33
POLITIK PERMUAFAKATAN: BERKESANKAH DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK DI NEGARA MAJMUK?

Post on 01-Dec-2015

791 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

POLITIK PERMUAFAKATAN

TRANSCRIPT

POLITIK PERMUAFAKATAN: BERKESANKAH DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK DI NEGARA MAJMUK?

PENGENALAN

Politik konsosiasional (baca permuafakatan) merupakan amalan sistem politik yang

digunakan oleh kebanyakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk.  Kajian

Lijphart (Lijphart) (1968) di negara-negara maju seperti, Belanda, Austria dan

Switzerland mendapati sistem politik permuafakatan ini terbukti berjaya dalam

mengekalkan kestabilan politik dan juga kemakmuran ekonomi.  Di negara sedang

membangun, kajian Nordlinger (1977) di 77 buah negara yang mempunyai kepelbagaian

masyarakat juga mendapati sistem politik ini telah berjaya dalam mengekalkan kestabilan

politik.  Antara lain, Lijphart menamakan Surinam, Cyprus dan Malaysia sebagai negara-

negara dunia ketiga yang berjaya dalam mengadakan permuafakatan ini.

Assignment ini akan membincangkan tentang praktik politik permuafakatan di negara

yang sedang membangun dan sejauh manakah sistem ini dapat mengekalkan kestabilan

politik di negara berkenaan.  Bagi memfokuskan perbincangan kepada tajuk yang

sebegini luas, maka analisis akan hanya ditumpukan kepada pengalaman Malaysia

sahaja.  Ini kerana Malaysia, sebagai sebuah negara majmuk juga mengamalkan politik

permuafakatan dalam pemerintahannya.  Malaysia sebagai negara yang mempunyai

aneka ragam budaya, bahasa, kepercayaan dan cara hidup sentiasa mendapat perhatian

daripada sarjana-sarjana politik yang berminat untuk mengkaji perkembangan politik di

negara-negara membangun.  Milne dan Mauzy (1978:3) berpendapat politik di Malaysia

adalah berkait rapat dengan keanekaragaman struktur masyarakat.   Kata mereka:

…the racial composition of Malaysia is the key to understanding the whole picture.  It

dictates the pattern of the economy, has helped to shape the constitution, and has

influenced the democratic process and the party system.1

Justeru kerana masyarakatnya yang heterogenous, maka sistem politik Malaysia adalah

unik.  Ini kerana Malaysia, sejak merdeka hingga kini diperintah secara muafakat antara

tiga parti etnik yang utama iaitu Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC). 

Kerjasama antara parti-parti perkauman ataupun apa yang digelar oleh ahli-ahli sains

politik sebagai permuafakatan (consociational) ini adalah penting demi untuk menjamin

kestabilan politik negara.  Dengan menggunakan teori politik permuafakatan Lijphart,

esei ini akan menganalisis teori tersebut dalam konteks politik Malaysia sejak merdeka

sehingga kini.  Persoalan yang hendak diberi tumpuan ialah bagaimanakah sebuah negara

yang mempunyai masyarakat majmuk boleh mengekalkan kestabilan politik dan

mengelak dari berlakunya rusuhan kaum?  Dalam menjawab persoalan ini, tumpuan akan

hanya diberikan kepada ciri pertama demokrasi permuafakatan iaitu perkongsian kuasa

ataupun kerjasama antara kaum sahaja.

1 http://www.jstor.org/pss/2642976

TEORI POLITIK PERMUAFAKATAN

Teori politik permuafakatan diperkenalkan oleh Lijphart pada tahun 1967 di Kongres

Pertubuhan Sarjana-sarjana Sains Politik Sedunia di Brussels.  Dalam teorinya ini,

Lijphart menghujah satu persoalan: bagaimanakah caranya untuk menstabilkan politik

negara yang mempunyai masyarakat majmuk.  Hasil kajiannya ke atas negara-negara

yang mempunyai masyarakat majmuk, Lijphart mendapati caranya ialah melalui politik

permuafakatan.  Mengikut Lijphart, terdapat empat ciri utama untuk menjayakan konsep

politik permuafakatan (Lijphart 1969: 208-9).  Ciri-ciri tersebut ialah:

1. Perkongsian kuasa yang memerlukan penglibatan tiap-tiap pemimpin kumpulan

etnik dalam eksekutif.  Dalam hal ini pemimpin-pemimpin politik dari tiap-tiap

kumpulan etnik mestilah bersedia untuk berkompromi antara satu sama lain. 

Mereka mesti mampu untuk berkompromi dalam membuat sesuatu keputusan tanpa

kehilangan sokongan dari kumpulan etnik mereka.  Jika syarat-syarat ini berjaya

dipenuhi, maka potensi untuk mengekalkan sebuah kerajaan demokratik akan

tercapai.

2. Autonomi segmental bagi membolehkan tiap-tiap kumpulan menentukan isu-isu

utama kaum mereka, biasanya yang melibatkan pendidikan, bahasa dan budaya.

3. Proposionaliti bagi membolehkan tiap-tiap kumpulan memilih secara berkadar

peruntukan kumpulan mereka untuk tabung awam dan pelantikan dalam

perkhidmatan awam.

4. Kuasa veto yang membenarkan tiap-tiap kumpulan mempertahankan kepentingan

utama mereka.

Walaupun teori politik permuafakatan diterima oleh ramai pengkaji-pengkaji politik,

terdapat juga pandangan yang menentang teori ini.  Pandangan konvensional ini

berpendapat demokrasi Westminster adalah lebih baik kerana ianya memberi kebebasan

berpolitik kepada masyarakat.  Pendokong-pendokong demokrasi ala-Westminster ini

berpendapat teori Lijphart adalah tidak demokratik kerana ianya tidak menggalakkan

adanya pembangkang untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan.  Pada mereka, tugas-

tugas check and balance ini tidak dapat dilakukan jika semua kumpulan etnik mewakili

kerajaan.  Justeru kerana politik permuafakatan banyak bergantung kepada konsep

perundingan dan tawar-menawar, terutama sekali di peringkat elit dalam membuat

sesuatu keputusan, maka ianya dikatakan bersifat oligarki, iaitu sebagaigovernment by

elite cartel.

Mereka juga berpendapat kuasa veto yang diberikan kepada golongan minoriti

mendiskriminasikan keputusan majoriti.  Proposionaliti pula dikritik kerana ianya

membolehkan parti-parti kecil mempunyai wakil yang dilantik.  Ini akan menghalang

kekuatan kerajaan majoriti, manakala penggunaan proposionaliti dalam melantik

kakitangan awam pula bermakna kerajaan menafikan pelantikan berdasarkan kepada

merit.  Jika ini berlaku, maka pentadbiran kerajaan akan menjadi kurang berkesan

berbanding dengan pemerintahan majoriti.  Mereka juga berpendapat demokrasi

permuafakatan mengakui kewujudan kumpulan-kumpulan kecil dan ini akan

menyebabkan sektarianisme menjadi semakin nyata dan jelas.

Bagi sarjana-sarjana yang menyokong teori politik permuafakatan pula, mereka

berpendapat bahawa teori ini adalah penting untuk menyatukan negara-negara yang

mempunyai masyarakat berbilang kaum.  Pemerintahan secara majoriti seperti di Ireland

Utara semasa Protestant berkuasa (1921-1972) telah menunjukkan bahawa kumpulan

majoriti lebih mementingkan golongan mereka dengan mendiskriminasikan golongan

minoriti (Huntington 1981).  Keadaan ini menyebabkan berlakunya tentangan dari

kumpulan minoriti dan seterusnya mengancam kestabilan politik.

Melihat dari sudut ini, kritikan-kritikan dari pendokong model Westminster adalah tidak

boleh dipakai.  Walaupun model Westminter dianggapsuperior, rekod sebenarnya dalam

masyarakat majmuk adalah disastrous.  Ketiadaan prinsip proposionaliti dalam melantik

wakil kerajaan misalnya, akan menyebabkan tiadanya wakil pembangkang langsung

(seperti yang berlaku di Wilayah New Brunswick, Kanada pada tahun 1987).  Jika di

dalam sesebuah kerajaan tidak ada pembangkang, di manakah demokrasinya sistem itu?

Selain dari itu, tidak ada bukti nyata menunjukkan bahawa negara-negara yang

mengamalkan politik permuafakatan lebih mundur dari negara-negara demokrasi

Westminter.  Misalnya, tidak ada bukti yang boleh dipercayai bahawa kerajaan

Switzerland adalah kurang berkesan berbanding dengan kerajaan Perancis ataupun proses

politik di Belanda adalah lebih tertutup dari England (lihat Barry 1975: 479-50).

Berkaitan dengan kritikan yang mengatakan politik permuafakatan boleh menyebabkan

wujudnya sektarianisme yang bertambah nyata dan jelas, pendokong politik

permuafakatan menjawabnya sebagai berikut.  Adakah dengan mengikut demokrasi

Westminter, sektarianismehomogenous?  Mungkin anggapan ini benar jika ianya wujud

di negara yang perbezaan masyarakatnya tidak nyata, tapi di negara-negara yang

keanekaragaman masyarakatnya adalah jelas, ini tidak boleh diterima.  Adalah satu

pendapat yang salah untuk mengandaikan segmen masyarakat akan terhapus sekiranya

sistem demokrasi Westminter diamalkan.  Ini boleh dilihat dari kes Ireland Utara. 

Walaupun Ireland Utara adalah negara demokrasi Westminter, sampai hari ini pun

perpecahan masyarakat tidak dapat dibendung, malah perpecahan menjadi semakin nyata

dan huru-hara berleluasa di negara tersebut.  Apa yang gagal dilihat oleh pembela-

pembela demokrasi Westminter adalah cara-cara yang terbaik untuk mengekalkan

kestabilan politik di negara-negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang

kaum. atau tahap kemajmukan masyarakat akan terhapus dan seterusnya menjadi

Selepas memahami asas utama politik permuafakatan yang dikemukakan oleh Lijphart,

maka perbincangan lanjut kertas ini adalah untuk menilai sejauh manakah amalan politik

permuafakatan ini penting dalam mengekalkan kestabilan politik di negara yang

mempunyai masyarakat majmuk.  Bagi menjawab persoalan ini, hanya pengalaman

Malaysia sahaja yang akan dibincangkan.

POLITIK PERMUAFAKATAN: PENGALAMAN MALAYSIA SEBELUM 1969

Teori politik permuafakatan mengatakan kestabilan politik akan hanya tercapai jika elit-

elit dari berbagai segmen sosial bersetuju untuk bekerjasama.  Di Malaysia,

permuafakatan antara kaum bermula dengan terbentuknya Perikatan pada tahun 1952,

bila dua parti utama, UMNO (Melayu) dan MCA (Cina) bekerjasama dalam menghadapi

pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.  Dalam pilihan raya 1955, parti-parti ini

sekali lagi bersetuju untuk bekerjasama, tetapi kali ini dengan memasukkan sekali MIC,

parti India.  Pemimpin-pemimpin dari ketiga-tiga kumpulan ini boleh bekerjasama kerana

mereka berkongsi keyakinan dan kepercayaan antara satu sama lain.  Tambahan pula,

seperti kata Bedlington (1978: 87):

... they were rational and pragmatic, they were essentially conservative, they were drawn

mainly from the English language schools and had many shared values and experiences,

and they appreciated that direct electoral confrontation between unabashedly communal

parties would be likely to lead to interethnic violence.

Mengikut Tunku Abdul Rahman (1969: 26), terdapat tiga sebab utama mengapa

Perikatan ditubuhkan.  Pertama, kemerdekaan dari British adalah sangat-sangat

diperlukan.  British tidak akan memberikan kemerdekaan pada Malaya selagi orang-

orang Melayu tidak dapat bekerjasama dengan orang-orang bukan Melayu.  Menyedari

hakikat ini, maka pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India mengambil keputusan

untuk bersatu demi kemerdekaan Malaya.  Kedua, darurat yang berlaku pada masa itu

telah menguatkan idea untuk bekerjasama dalam usaha untuk menghadapi ancaman

komunis.  Ketiga, pengalaman UMNO, MCA dan MIC dalam menghadapi dua pilihan

raya bersama telah mengeratkan hubungan sesama mereka (lihat perbincangan lanjut

dalam Ratnam 1965; dan Means 1970).

Semangat kompromi di antara tiga kumpulan utama atau apa yang

dipanggil permuafakatan ini adalah asas-asas utama Perikatan ditubuhkan.  Dalam

kerjasama ini, ketiga-tiga kumpulan bersetuju menerima tanggungjawab bersama untuk

membangunkan negara.  Untuk mengekalkan kestabilan politik, orang-orang bukan

Melayu bersetuju menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Islam

sebagai agama rasmi negara.  Mereka juga bersetuju supaya kawasan persempadan

pilihan raya disusun menyebelahi kawasan-kawasan luar bandar.  Melalui kerjasama ini

juga orang-orang Melayu akan menikmati berbagai-bagai keistimewaan.  Antara

keistimewaan-keistimewaan tersebut ialah keutamaan (dan quota) dalam perkhidmatan

awam, khasnya dalam perkhidmatan tadbir dan diplomatik, hak simpanan tanah Melayu,

keutamaan dalam mendapatkan lesen dan kontrak awam, biasiswa dan latihan. 

Rasionalnya hak-hak istimewa orang-orang Melayu ini adalah untuk membolehkan

orang-orang Melayu bersaing dengan bukan Melayu (Cina dan India) dalam

meningkatkan taraf hidup mereka.  Ini kerana berbanding dengan bukan Melayu, taraf

sosioekonomi orang Melayu adalah jauh lebih mundur.

Sebagai balasan kepada persetujuan bukan Melayu mengakui hak-hak istimewa orang

Melayu, maka orang-orang Melayu bersetuju mengiktiraf taraf kerakyatan penuh kepada

semua bukan Melayu yang lahir dan menetap di negara ini melebihi dari 15 tahun. 

Bukan Melayu juga diberi hak untuk melibatkan diri dalam politik dan juga hak untuk

bergiat bebas dalam ekonomi.  Selain itu, bukan Melayu juga diberi kebebasan untuk

mengamalkan agama dan bahasa masing-masing.  Kemunculan konsep tawar menawar

ini telah dianggap oleh Esman sebagai ‘satu tawar menawar politik yang istimewa, satu

penyelesaian berbentuk perpaduan yang boleh dimanfaat oleh semua parti, dan dalam

kebanyakan hal melebihi dari apa yang dijangkakan oleh orang-orang bukan Melayu

(Esman 1972: 76).

Seperti yang telah dinyatakan, salah satu stail politik permuafakatan adalah kesediaan elit

untuk bertolak ansur dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan isu-isu

perkauman.  Walaupun kadang-kadang ada ketegangan dalam membuat sesuatu

keputusan, mereka tetap berusaha mencari penyelesaian dengan semangat penuh

setiakawan untuk berbincang dan berunding.  Sekali keputusan dibuat ianya

dipertahankan oleh setiap ahli, sepertimana kata Goh Cheng Teik (1971: 34):

The only answer lies in ‘mesyuarat’.  Chinese and Indian political leaders must sit down

with their Malay counterparts and talk, talk, talk.  Since all of them have one common

denominator – they all are Malaysian – they should be able to see each other’s view

point and defend the time bomb.

Stail politik permuafakatan ini juga dapat dilihat dari sistem pengundian.  Sistem

mengundi di Malaysia adalah berdasarkan kepada single member constituencies di mana

setiap pengundi cuma mengundi seorang calon.  Melalui sistem ini, Perikatan menaungi

pengundi-pengundi Melayu, Cina dan India.  Ini bermakna parti-parti komponen, selain

dari mendapat undi dari kaum sendiri akan juga mendapat undi dari kaum-kaum lain

yang disalurkan melalui Perikatan.  Ini berbeza dengan parti-parti pembangkang seperti

PAS dan DAP yang terpaksa menghadapi pilihan raya secara bersendirian dengan PAS

hanya bergantung kepada undi Melayu dan DAP kepada undi bukan Melayu.  Oleh itu

walaupun di kawasan yang majoriti pengundi Melayunya kurang, UMNO tetap

berkeupayaan untuk mendapat kemenangan kerana selain dari mendapat undi dari orang

Melayu, mereka juga mendapat undi dari kaum Cina dan India yang disalurkan melalui

MCA dan MIC.  Begitu juga dengan MCA dan MIC.  Walaupun terpaksa bersaing

dengan DAP di kawasan yang majoriti penduduknya bukan Melayu, mereka masih boleh

menang dalam pilihan raya kerana mampu mendapat undi Melayu yang disalurkan

melalui UMNO (lihat inter alia Enloe 1970; Vasil 1971; Chu Eh-Hung 1976; Ismail

Kassim 1979; dan Crouch 1982).

Keberkesanan strategi politik Perikatan dalam sistem pengundian cara ini boleh dilihat

dengan jelas dalam pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952 dan pilihan raya umum

1955, 1959 dan 1964.  Dalam pilihan raya 1955, Perikatan memenangi 51 dari 52 kerusi. 

Dalam pilihan raya 1959 sekali lagi Perikatan mencapai kemenangan yang besar iaitu

memenangi 74 dari 104 kerusi.  Dalam pilihan raya tersebut, Perikatan berkempen atas

rekod cemerlangnya membawa Malaya mencapai kemerdekaan.  Selain daripada itu,

Perikatan juga menonjolkan imej kerjasama antara kaum sebagai satu proses penting

untuk meneruskan kestabilan politik dengan memberi peluang kepada tiap-tiap kumpulan

etnik menganggotai badan pembuatan keputusan negara.

RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969

Politik permuafakatan yang sebelum ini menunjukkan kejayaan yang cemerlang dalam

menyatukan masyarakat majmuk telah gagal untuk mengekalkan rekodnya bila pada Mei

1969, rusuhan kaum berlaku.  Rusuhan ini berlaku apabila Perikatan gagal memenangi

majoriti 2/3 kerusi Dewan Rakyat.  Sebab utama mengapa Perikatan tewas dalam pilihan

raya tersebut adalah kerana parti-parti pembangkang menggunakan isu-isu perkauman

dalam kempen mereka.  DAP misalnya menggunakan isu bahasa dan isu hak-hak

istimewa orang Melayu yang dikatakan mendiskriminasikan orang-orang bukan Melayu

sebagai satu taktik untuk mendapatkan sokongan dari pengundi-pengundi bukan Melayu. 

Taktik dan strategi ini telah berjaya menaikkan sentimen orang-orang bukan Melayu,

khasnya Cina untuk menentang kerajaan Perikatan.  Sebab itulah dalam pilihan raya

1969, Perikatan telah tewas teruk di kawasan-kawasan pengundi bukan Melayu, khasnya

di bandar-bandar besar yang majoriti penduduknya adalah orang-orang Cina.

Dalam pilihan raya 1969, Perikatan cuma memenangi 66 daripada 104 kerusi, 23 kurang

dari yang diperolehinya pada 1964.  UMNO memenangi 51 dari 68 kerusi yang

ditandinginya, MCA 13 dari 33 kerusi dan MIC 2 dari 3 kerusi.  Di pihak pembangkang

pula, DAP memenangi 13 kerusi, PAS 12, Gerakan 8 dan PPP (Parti Progresif Rakyat) 4

kerusi (Laporan Pilihan Raya Umum 1969).

Setelah memenangi jumlah kerusi yang banyak dan berjaya mengurangkan majoriti 2/3

Perikatan, DAP dan Gerakan mengadakan perarakan melalui jalan-jalan utama menuju ke

arah rumah Datuk Harun di Kampung Baru meminta beliau meletakkan jawatan sebagai

Menteri Besar Selangor.  Di tengah-tengah jalan mereka menyanyi dan berteriak meminta

Melayu untuk menjilat kasut mereka sendiri, memberitahu Melayu supaya ‘balik

kampung’ – frasa yang menakutkan orang-orang Melayu.  Mereka juga melaungkan

slogan seperti ‘Melayu Sudah Jatuh!’, ‘Melayu Sudah Tiada Kuasa Lagi!’ dan ‘Kuala

Lumpur Sekarang Cina Punya!’.  Mendengar tempik sorak orang-orang Cina tersebut,

orang-orang Melayu pun bertindak balas lalu berlakulah rusuhan berdarah pada 13 Mei

1969 (lihat Goh Cheng Teik 1971).  Rusuhan ini telah mengakibatkan rumah dan harta

benda bernilai berjuta-juta ringgit musnah dan beratus-ratus orang terkorban.  Anggaran

yang dibuat ke atas jumlah kematian dan kecederaan akibat rusuhan ini adalah berbeza-

beza.  Mengikut The May Thirteenth Tragedy Report (1969), jumlah kematian ialah 143

Cina dan 22 Melayu.  Jumlah kecederaan pula ialah 270 Cina dan 119 Melayu.  Mengikut

laporan lain pula, angka kematian ialah antara 600-700 orang (Von Vorys 1975: 148). 

Peristiwa 13 Mei ini telah dilihat oleh Tun Dr. Ismail, Menteri Dalam Negeri pada masa

itu sebagai ‘matinya demokrasi di tangan pembangkang’.

Sebagai kesan dari rusuhan tersebut, kerajaan berparlimen digantung dan pemerintahan

kerajaan dijalankan secara MAGERAN di bawah arahan Timbalan Perdana Menteri pada

masa itu, Tun Abdul Razak.  Pada tahun 1971, kerajaan berparlimen ini dipulihkan

kembali.  Menyedari bahawa konflik perkauman ini perlu diatasi bagi menjamin

keamanan negara, maka Perikatan telah menawarkan kepada parti-parti pembangkang

untuk bersama-sama dalam kerajaan.  Sebagai reaksi dari tawaran kerajaan ini, parti-parti

pembangkang kecuali DAP, Pekemas dan PSRM, menerima tawaran tersebut.  Lanjutan

dari ini, terbentuklah Barisan Nasional (BN) pada 1 Januari 1973.  Pembentukan BN

bermakna pola grand coalition pattern of government berterusan, malah ianya adalah

lebih luas dan menyeluruh lagi berbanding dengan Perikatan.  Dalam gabungan BN ini,

tiap-tiap kumpulan etnik diwakili oleh lebih dari satu parti.  Misalnya, UMNO dan PAS

mewakili pihak Melayu, dan MCA, MIC, Gerakan dan PPP mewakili pihak bukan

Melayu.

POLITIK PERMUAFAKATAN DI BAWAH BN

Pembentukan BN untuk menggantikan Perikatan telah berjaya mendapat sokongan

rakyat.  ini kerana rakyat telah sedar bahawa kegagalan untuk mengekalkan semangat

kerjasama antara kaum akan membawa kepada perpecahan.  Bukti penerimaan rakyat ini

dapat dilihat dengan jelas dalam pilihan raya umum 1974.  Dalam pilihan raya itu, BN

menang dengan majoriti yang menyakinkan apabila memenangi 93 peratus daripada

keseluruhan kerusi yang dipertandingkan (berbanding 63 peratus yang dimenanginya

pada 1969 semasa di bawah Perikatan).  Kemenangan ini adalah pencapaian terbesar

yang pernah dicapai oleh kerajaan sejak pilihan raya umum 1955.  UMNO yang berada

dalam Perikatan pada 1969 dan BN pada 1974 memenangi 62 kerusi (100 peratus

berbanding 33 peratus pada 1969) (Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1974).

Selepas pilihan raya umum 1974, hubungan UMNO-PAS menjadi semakin merosot

akibat dari konflik antara Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu dengan

pemimpin-pemimpin PAS dalam soal pelantikan Menteri Besar.  Konflik ini bermula

apabila Tun Razak mahukan Mohamed Nasir menjadi Menteri Besar Kelantan –

pemimpin PAS pilihan UMNO, bukan pilihan PAS.  Pemimpin PAS tidak berpuas hati

dengan pelantikan Nasir dan ketidakpuasan hati ini telah mencapai kemuncaknya pada

1977 apabila Nasir diminta meletakkan jawatan.  Apabila Nasir enggan berbuat

demikian, maka usul undi tidak percaya dikemukakan oleh ADUN PAS di Dewan

Undangan Negeri Kelantan (DUN) dan diluluskan pada 20 Oktober 1977.

Walaupun usul itu diluluskan, Nasir tetap enggan meletakkan jawatan dan ini membawa

kepada berlakunya krisis politik.  Keadaan ini dieksploitasi dengan bijaknya oleh UMNO

untuk mengambil alih teraju pemerintahan di Kelantan dengan mengisytiharkan darurat. 

PAS kemudiannya dipecat dari BN dan bila undang-undang darurat ditarik balik, DUN

Kelantan dibubarkan.  Beberapa bulan kemudiannya, parlimen pula dibubarkan (lihat

Alias Mohamad 1978; dan Kamarudin Jaafar 1979).  Pemecatan PAS dari BN bermakna

PAS kembali menjadi pembangkang dan ini telah menjadikan UMNO dan PAS kembali

berjuang untuk mendapatkan undi Melayu.  Walaupun BN terpaksa menghadapi pilihan

raya umum 1978 tanpa PAS, ianya masih mampu memenangi pilihan raya tersebut

dengan majoriti yang besar.  BN memenangi 131 dari 154 kerusi parlimen dengan jumlah

undi 57.6 peratus dan 239 dari 275 kerusi DUN.

Pada tahun 1981, Dr. Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat

apabila Tun Hussein Onn meletakkan jawatan.  Sembilan bulan selepas itu, Mahathir

telah mengadakan pilihan raya untuk mendapat mandat baru dari rakyat.  dengan

membawa slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’, BN telah memenangi pilihan raya

tersebut dengan majoriti yang besar.  Pembangkang hanya memenangi 11 kerusi parlimen

sahaja, iaitu 5 kepada PAS dan 6 kepada DAP (Mauzy 1983: 142).

Walaupun memenangi pilihan raya 1982, kerajaan tidak dapat lari dari menghadapi

masalah.  Pada November 1985, rusuhan telah tercetus antara polis dan pengikut Ibrahim

Libya di Memali, Kedah.  Dalam rusuhan tersebut 18 orang telah mati, iaitu 14 pengikut

PAS dan 4 anggota polis.  Pada November 1985 juga kepimpinan MCA berada dalam

krisis yang tenat apabila Tan Koon Swan mencabar Neo Yee Pan untuk jawatan Presiden

MCA.  Krisis ini berakhir dengan kemenangan Tan Koon Swan, tetapi kemenangannya

ini tidak kekal lama kerana pada 26 Januari 1986, beliau ditangkap di Singapura atas

tuduhan pecah amanah berikutan dengan kejatuhan sebuah syarikat Singapura, Pan El. 

Beliau dibicarakan di Singapura dan dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara.  Kemudiannya

beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA dan tempatnya diganti oleh Ling

Liong Sik.

Masalah lain yang dihadapi oleh kerajaan ialah krisis BMF yang melibatkan kerugian

$2.5 bilion.  Pada Februari 1986 pula, Timbalan Perdana Menteri, Muda Hitam

meletakkan jawatan atas alasan beliau telah kehilangan keyakinan Perdana Menteri dan

oleh itu adalah tidak wajar untuk beliau terus berada dalam kerajaan (lihat perbincangan

lanjut dalam Drummond 1986; Micheal Ong 1983; Patmanaban 1985; Tan Chee Khoon

1985 dan Lim Kit Siang 1986).

Kesemua masalah di atas adalah isu-isu yang terpaksa dihadapi oleh BN dalam

menghadapi pilihan raya umum 1986.  Isu-isu tersebut telah dieksploitasi dengan

bijaknya oleh pembangkang untuk merendahkan keupayaan BN dalam mentadbir

negara.  Walaupun BN telah diserang dari segenap sudut oleh parti-parti pembangkang,

khususnya PAS dan DAP, BN tetap memenangi pilihan raya tersebut dengan

cemerlangnya.  BN memenangi 148 dari 177 kerusi parlimen.  BN juga mengekalkan

kemenangannya di kesemua Dewan Undangan Negeri dengan memenangi 299 dari 351

kerusi.  PAS hanya memenangi satu kerusi parlimen sahaja iaitu di Pengkalan Chepa. 

DAP pula menang dengan jumlah undi yang agak besar di kawasan-kawasan yang

majoriti penduduknya Cina, iaitu 19 kerusi di Semenanjung dan 5 kerusi di Sabah dan

Sarawak, menjadikan 24 kerusi kesemuannya (Chandra Muzaffar 1986; dan Drummond

1987).

Kemenangan BN ini bukanlah bermakna pengundi-pengundi bersetuju dengan apa yang

telah dilakukan oleh kerajaan.  Banyak dasar-dasar kerajaan yang tidak dipersetujui oleh

pengundi, namun mereka tetap mengundi BN kerana mereka percaya bahawa kerjasama

kaum yang sedia ada perlu dikekalkan demi untuk menjamin kestabilan politik negara. 

Dalam sejarah politik negara, parti yang tidak dapat menonjolkan imej perpaduan antara

kaum akan ditolak oleh rakyat.  Selain itu, sejarah pilihan raya juga menunjukkan hanya

parti yang dapat mewujudkan kerjasama politik antara kaum sahaja yang akan menang

kerana kesemua kaum akan mengundi menyokong permuafakatan politik tersebut,

manakala parti yang hanya berasaskan satu kaum akan hanya mendapat undi dari kaum

yang didokongnya sahaja.  Sistem pengundian sebegini tidak memungkinkan parti

berasaskan perkauman tanpa kerjasama dengan kaum lain akan menang dalam pilihan

raya.   Inilah strategi kejayaan Perikatan dan kemudiannya BN untuk terus mendapat

sokongan rakyat dalam pilihan raya.

POLTIK PERMUAFAKATAN BN SELEPAS KRISIS UMNO 1987

Pada tahun 1987, berlaku pertandingan merebut jawatan presiden UMNO antara Dr.

Mahathir Mohamed dengan Tengku Razaleigh Hamzah.  Dalam pertandingan ini, Dr.

Mahathir menang dengan majoriti yang tipis.  Akibatnya UMNO berpecah dan kumpulan

Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46.

Sebagai bekas pemimpin UMNO, beliau sedar bahawa seandainya Semangat 46

bertanding secara sendirian, harapan untuk mencapai kemenangan adalah tipis.  Beliau

lalu mempelopori penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), iaitu gabungan parti-

parti pembangkang antara Semangat 46, Hamim dan Berjasa.  APU juga mengadakan

kerjasama dengan parti bukan Melayu seperti DAP dan AMIPF (parti baru yang diketuai

oleh M.G. Pandithan yang dipecat dari MIC).  Kerjasama APU dengan DAP dan AMIPF

ini jelas menunjukkan bahawa kesemua parti-parti politik di negara ini mengakui bahawa

kerjasama politik antara kaum adalah penting bagi memperolehi kemenangan dalam

pilihan raya.  Ini kerana tanpa sokongan dari semua kaum, maka adalah sukar untuk satu-

satu parti politik mencapai kemenangan kerana untuk menang orang-orang Melayu

perlukan undi dari orang-orang Cina dan India dan begitulah sebaliknya.

Pilihan raya umum 1990 menunjukkan walaupun parti pembangkang mewujudkan

gabungannya sendiri, dan dikatakan mempunyai harapan yang cukup baik untuk

mencabar kekuatan BN, namun pakatan ini ditolak rakyat kerana dua sebab: pertama, ia

hanya berbentuk untuk kepentingan sementara sahaja, iaitu sebagai marriage of

convenience, dan keduanya, masing-masing parti yang bergabung mempunyai ideologi

politik yang berbeza.  Oleh sebab itulah, biarpun pembangkang mempunyai isu politik

yang banyak di tangan, mereka tetap gagal kerana sistem politik permuafakatan yang

menggabungkan kesemua kaum dalam satu barisan membolehkan BN mendapat undi

dari pengundi yang mahukan kestabilan dan kerjasama antara kaum yang harmoni.

Pada pilihan raya tahun 1995, gabungan APU dan Gagasan Rakyat yang dibentuk oleh

pembangkang pada tahun 1990 telah tidak bersatu lagi.  Maka keadaan ini membolehkan

BN memang besar dalam pilihan raya tersebut.  BN hanya dicabar kembali dengan kuat

oleh pembangkang dalam pilihan raya umum 1995 apabila parti pembangkang dan

bergabung membentuk Barisan Alternatif.  Gabungan BA dibentuk selepas Anwar

Ibrahim, timbalan perdana menteri Malaysia dipecat dari jawatannya atas tuduhan

melakukan hubungan seks luar tabii.  Pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatannya telah

menimbulkan krisis politik yang besar di Malaysia.  Pelbagai isu digunakan oleh

pembangkang dalam pilihan raya ini seperti isu keadilan, kebebasan kehakiman, isu

rasuah dan pelbagai lagi.  Namun, apabila keputusan pilihan raya diumumkan, BN masih

lagi mampu untuk mengekalkan kemnenangan dua pertiga majoritinya.   Pada pilihan

raya umum 2004, setelah BA tidak lagi bersatu, maka BN sekali lagi menang besar dalam

pilihan raya tersebut.

Kemenangan BN ini menguatkan hujah Lijphart bahawa bagi negara yang mempunyai

masyarakat majumuk, pendekatan terbaik untuk memenangi pilihan raya ialah dengan

mengamalkan sistem politik permuafakatan.  Kegagalan pembangkang untuk memenangi

pilihan raya walaupun mempunyai banyak isu yang boleh mempengaruhi rakyat adalah

kerana rakyat masih lagi percaya kepada kerjasama antara kaum sebagai asas untuk

mengekalkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.  Selagi parti pembangkang

gagal menunjukkan kepada rakyat tentang perpaduan di kalangan anggotanya, maka

selagi itulah sukar bagi pembangkang untuk memenangi pilihan raya di Malaysia dan

pengundi akan terus mengundi status quo untuk mengekalkan kerajaan BN.

RUMUSAN

Perbincangan di atas menunjukkan bahawa permuafakatan politik adalah penting untuk

menjamin kestabilan politik bagi negara-negara yang mempunyai masyarakat majmuk

seperti Malaysia.  Kemenangan besar Perikatan dalam pilihan raya 1955, 1959 dan 1964

dan seterusnya BN dalam pilihan raya 1974 hingga 2004 membuktikan bahawa amalan

politik permuafakatan ini diterima rakyat.  Kegagalan untuk bertolak ansur antara kaum

dan menggunakan isu-isu perkauman dalam kempen-kempen politik akan mengakibatkan

huru-hara dan ini dapat dilihat dalam peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.  Untuk

tahun-tahun yang seterusnya, adalah penting untuk tiap-tiap kumpulan etnik mengekalkan

tradisi bekerjasama dalam membuat dasar-dasar negara supaya sumber-sumber negara

dapat dikongsi bersama.  Hanya dengan cara inilah kestabilan politik negara dapat terus

dikekalkan.  Dengan hujah seperti di atas, maka jelaslah bahawa Malaysia, walaupun

menghadapi beberapa situasi politik yang tegang, namun masih mampu untuk

mengekalkan kestabilan politiknya hasil dari kerjasama antara kaum dan politik

permuafakatan yang dicapainya melalui gabungan BN.