perlaksanaan inovasi di dalam bilik darjah.docx

Upload: hzhafirah

Post on 03-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah.docx

    1/5

    Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah (PowerPoint Interaktif)

    Kelebihan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik Darjah

    Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan lagi. Boleh

    dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama ada dalam bidang

    pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya. Namun, sejauh manakah teknologi

    maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai

    bahan mengajar di kelas.

    Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa

    mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di sekolah

    dan sebagainya. Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan

    kurang menepati citarasa guru serta murid di sekolah. Ada kalanya terlalu canggih sehingga

    sukar dipelajari dan digunakan di sekolah.

    Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk

    menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah

    diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan

    gambar atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikankebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas. Namun,

    ianya bersifat statik dan berpusatkan guru.

    Sebenarnya, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan

    perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai. Cuma ianya

    perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan

    kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.

    Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah untuk

    disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah. Tentulah keadaan ini

    menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya. Selain itu, perisian

    dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh negara.

    Justeru, kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-

    murid. Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang

  • 7/28/2019 Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah.docx

    2/5

    dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran

    mereka.

    Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang,

    mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah.Sebagai guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid

    mereka. Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.

    Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT terutamanya

    komputer. Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan ICT sejak

    sekolah rendah supaya mereka sudah biasa dengannya. Apabila mereka sudah terbiasa sejak

    kecil dan dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke

    pusat pengajian tinggi dan alam pekerjaan.

    Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu menjadi

    mudah. Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh serta dikongsi

    dengan mudah melalui softcopy. Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel atau

    salinan dalam cakera keras. Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan

    menggunakan bahan inovasi ini. Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

    Kelemahan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik Darjah

    Walaupun bahan pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan

    kepada proses pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan.

    Oleh kerana bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer,

    projektor dan monitor, kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah

    tinggi. Ia boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai

    objektif pembelajaran.

    Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam bilik

    darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir

    daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer

    merupakan sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari

    sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak

    mampu mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.

  • 7/28/2019 Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah.docx

    3/5

    Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur permainan,

    hiburan dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid

    pada peringkat umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

    Mereka akan mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan

    pembelajaran mereka.

    Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman

    sebenar kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai

    simulasi, contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak

    mampu memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih

    berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar.

    Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid belajar

    secara pasif dengan hanya duduk di hadapan komputer. Komunikasi antara murid dengan guru

    dan murid dengan murid mungkin tidak berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan

    perisian komputer tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal

    ini sudah tentu menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.

    Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT, mereka akan

    mula mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran. Bahan sedia ada akan hanya

    diubah mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran kreatif dan

    kritis guru dalam menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalahpelbagai, bukan hanya tertumpu pada ICT semata-mata.

    Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak pelbagai.

    Jika dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan tersendiri

    dan tidak harus dibuang begitu sahaja.

    Pelaksanaan Inovasi Dalam Bilik Darjah

    Seterusnya, mari kita bincangkan tentang huraian pelaksanaan inovasi ini dalam bilik darjah.

    Perisian inovasi ini memerlukan bilik darjah atau makmal komputer yang lengkap dengan

    komputer. Sekiranya bilangan komputer terhad, ia masih boleh digunakan. Keperluan asas

    peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci dan pembesar suara diperlukan. Untuk

  • 7/28/2019 Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah.docx

    4/5

    pengetahuan, perisian inovasi ini hanya menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dan tidak

    memerlukan proses install yang kadang-kala merumitkan. Perisian ini hanya memerlukan guru

    copy and paste dalam komputer. Perisian yang tidak memerlukan proses install boleh

    menjimatkan masa dalam kelas.

    Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan animation untuk

    menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan dua hala dengan pengguna.

    Bahan audio dan video diselitkan dalam PowerPoint untuk meransang minat dan deria murid.

    Semasa digunakan dalam bilik darjah, guru boleh membahagikan murid kepada kumpulan atau

    individu. Dalam perisian PowerPoint ini, terdapat unsur multimedia seperti gambar, video, audio

    dan animasi. Terdapat juga butang-butang akses (button) untuk memudahkan murid meneroka

    perisian ini. Setiap fakta dan maklumat isi pelajaran yang perlu diingat murid, disusun secara

    tersembunyi supaya murid mencari sendiri. Kaedah ini bertujuan agar murid mudah menghafal

    dan faham perkara yang dipelajari.

    Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan PowerPoint dalam kelas, murid

    menunjukkan reaksi teruja. Namun, murid jarang diberi peluang untuk mencuba sendiri

    PowerPoint tersebut. Justeru, dengan adanya perisian ini, ia dapat memberi peluang murid

    merasai sendiri pengalaman belajar yang menyeronokkan. Murid dibiarkan bermain, mencuba,

    menjawab dan meneroka sendiri perisian inovasi ini.

    Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan bahagian. Ianya dibuat

    berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid akan mempelajari setiap tajuk dengan

    teratur seperti yang dirancang oleh guru. Pada akhir bahagian diselitkan dengan soalan-soalan

    ujian pemahaman. Soalan pemahaman dibuat secara menyeluruh oleh guru mengikut tahap

    dan kemampuan murid. Di sini guru boleh memantau terus perkembangan murid.

    Memandangkan perisian ini hanya menggunakan PowerPoint dan boleh diubah bila-bila masa,

    guru boleh menambah atau mengubah soalan yang lebih sesuai dengan murid sekiranya murid

    gagal atau tidak faham.

    Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan, maka ianya dapat

    membantu murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk belajar dengan lebih berkesan.

    Seterusnya motivasi murid juga semakin bertambah baik. Hal ini menepati matlamat

    penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/28/2019 Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah.docx

    5/5

    Selalunya, apabila dalam kelas murid kurang berkeyakinan untuk mencuba sesuatu perkara.

    Dengan adanya inovasi ICT ini, ianya dapat membantu murid mencuba dan melakukan perkara

    yang sukar dilakukan semasa proses pengajaran guru biasa. Hal ini memupuk nilai yakin diri

    dan keberanian murid semasa proses pembelajaran.

    Akhir sekali, semasa ia dilaksanakan dalam bilik darjah guru boleh memasukkan sedikit

    pengisian tentang kemahiran asas menggunakan komputer seperti belajar menaip,

    menggunakan tetikus dan sebagainya. Walaupun kemahiran ini nampak remeh, namun ianya

    tetap memberi kesan kepada murid dalam membiasakan diri mereka dengan komputer.