laporan aktiviti sudut inovasi 2010 - yuenchoon...

7
______________________________________________________________________________ LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 Nama Sekolah : SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG Jenis : Sudut Inovasi Panitia Mata Pelajaran dan Pusat Sumber Sekolah Tarikh : 8/2/2010 – 11/10/2010 Tempat : Lokasi yang telah ditetapkan – Rujuk Lampiran 1 Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 (ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran berkenaan) Rasional : Mewujudkan kerjasama Panitia Mata Pelajaran ke arah pemantapan proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar. Objektif : i. Memangkin proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar. ii. Mempromosi koleksi bahan P&P termasuk bahan bercetak PPS secara produktif. iii. Merancang bahan-bahan sokongan kepada bahan P&P yang terpilih seperti soalan-soalan kuiz. iv. Menetapkan kriteria-kriteria umum untuk pengurusan sudut inovasi. Kandungan : Sukatan Mata Pelajaran – ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran Metadologi : Pendekatan Bersepadu / Integrasi dengan mata pelajaran Kriteria : i. Label sudut inovasi ii. Label tajuk / tajuk pameran iii. Bahan pameran yang menepati tajuk iv. Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan : i. Bulan Januari : Menentukan lokasi dan kriteria kepada setiap Panitia Mata Pelajaran. ii. Bulan Februari – Oktober : Mempamerkan bahan-bahan pameran dan mengemaskini bahan-bahan pameran dari semasa ke semasa. iii. Bulan Julai & September : Memantau sudut inovasi supaya mematuhi semua kriteria yang telah ditetapkan. iv. Bulan Ogos: Tajuk sudut inovasi untuk panitia masing-masing yang seragam telah dicetak dan dilekatkan ke atas sudut inovasi masing-masing untuk menambahkan kekemasan dan kecantikan.

Upload: phungminh

Post on 02-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 - yuenchoon …yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2010/12/LAPORAN-AKTIVITI... · Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan

______________________________________________________________________________

LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 Nama Sekolah : SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

Jenis : Sudut Inovasi Panitia Mata Pelajaran dan Pusat Sumber Sekolah

Tarikh : 8/2/2010 – 11/10/2010

Tempat : Lokasi yang telah ditetapkan – Rujuk Lampiran 1

Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 (ditentukan oleh Panitia

Mata Pelajaran berkenaan)

Rasional : Mewujudkan kerjasama Panitia Mata Pelajaran ke arah pemantapan

proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.

Objektif : i. Memangkin proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.

ii. Mempromosi koleksi bahan P&P termasuk bahan bercetak PPS

secara produktif.

iii. Merancang bahan-bahan sokongan kepada bahan P&P yang

terpilih seperti soalan-soalan kuiz.

iv. Menetapkan kriteria-kriteria umum untuk pengurusan sudut

inovasi.

Kandungan : Sukatan Mata Pelajaran – ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran

Metadologi : Pendekatan Bersepadu / Integrasi dengan mata pelajaran

Kriteria : i. Label sudut inovasi

ii. Label tajuk / tajuk pameran

iii. Bahan pameran yang menepati tajuk

iv. Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz

v. Kekemasan

Perlaksanaan : i. Bulan Januari : Menentukan lokasi dan kriteria kepada setiap

Panitia Mata Pelajaran.

ii. Bulan Februari – Oktober : Mempamerkan bahan-bahan pameran

dan mengemaskini bahan-bahan pameran dari semasa ke semasa.

iii. Bulan Julai & September : Memantau sudut inovasi supaya

mematuhi semua kriteria yang telah ditetapkan.

iv. Bulan Ogos: Tajuk sudut inovasi untuk panitia masing-masing

yang seragam telah dicetak dan dilekatkan ke atas sudut inovasi

masing-masing untuk menambahkan kekemasan dan kecantikan.

Page 2: LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 - yuenchoon …yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2010/12/LAPORAN-AKTIVITI... · Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan

______________________________________________________________________________ v. Bulan November : Membuat dokumentasi dalam bentuk fotografi

dan laporan bertulis untuk simpanan dan rujukan.

Kekangan : Terdapat beberapa sudut inovasi mata pelajaran yang dipamerkan

tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Terdapat juga sudut inovasi yang tidak dikemaskinikan mengikut

tempoh yang telah ditetapkan.

Akan tetapi, kekerapan sudut inovasi dikemaskini telah

bertambah baik jika berbanding dengan tahun yang lalu selepas

peringatan telah dibuat dalam mesyuarat guru.

Pameran sudut inovasi yang tidak menarik menyebabkan pelajar

tidak merujuk kepada sudut inovasi tersebut.

Cadangan : Guru yang bertanggungjwab perlu menjelaskan kepada pelajar

dengan teliti mengenai kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Guru juga perlu memantau hasil kerja pelajar supaya menepati

dan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Guru juga perlu memastikan pelajar untuk mengemaskinikan

sudut inovasi masing-masing dengan menukar bahan pameran

mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Guru perlu memantau pameran pelajar dan memberi cadangan

untuk meningkatkan daya tarikan sudut inovasi tersebut.

Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar

dalam proses pemilihan bahan pameran untuk memastikan

kesesuaian bahan.

Page 3: LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 - yuenchoon …yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2010/12/LAPORAN-AKTIVITI... · Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan

______________________________________________________________________________ Ulasan Keseluruhan:

Walaupun sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran dijalankan sepanjang tahun dan setiap

tahun, namun masih terdapat guru dan pelajar yang tidak memahami perkara yang perlu

dilaksanakan oleh mereka. Justeru, sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran masih terdapat

kelemahan dan kekurangan dari pelbagai aspek. Pihak-pihak yang terlibat sepatutnya

melaksanakan tanggungjawab mereka dalam berkongsi ilmu pengetahuan dengan pelajar-pelajar

yang lain menerusi pameran sudut inovasi yang telah dihasilkan. Oleh itu, bahan yang

dipamerkan perlu mematuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran

pembelajaran kendiri di kalangan pelajar dan menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu

yang boleh dikongsi dengan semua warga sekolah di sekolah ini. Oleh itu, pameran yang

menarik dan kandungan yang bersesuaian amatlah penting untuk menarik perhatian pelajar yang

berlalu di lokasi sudut inovasi. Dengan itu, pelajar-pelajar dapat meneroka maklumat yang

dipamerkan dan juga menimbulkan keinginan mereka untuk turut menunjukkan kebolehan

mereka dalam mencari maklumat terkini dan membantu mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

Usaha Panitia Pendidikan Moral harus dipuji dan diikuti oleh Panitia Mata Pelajaran yang

lain. Sejak tahu lalu, Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan pertandingan menghiasi papan

kenyataan mengikut kelas. Pemenang-pemenang pertandingan ini akan mengemaskini sudut

inovasi panitia Pendidikan Moral dengan hasil kerja mereka. Jadi, tindakan ini telah

menjimatkan masa guru-guru dan pelajar dalam memikirkan bahan-bahan yang perlu dipaparkan

di sudut inovasi setiap tiga bulan.

Sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama yang

baik antara Panitia Mata Pelajaran dengan Pusat Sumber Sekolah. Maka, adalah diharapkan

kekurangan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang sudut inovasi akan dapat diperbaiki dengan

kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak ini. Kekangan ini perlu diatasi supaya hasil

sudut inovasi yang terbaik dapat dipamerkan dan seterusnya memanfaatkan pelajar dan

membentuk pelajar yang berilmu pengetahuan.

Disediakan oleh, _____________________ (CHEAH PHAIK HOON) Unit Sudut Inovasi & Literasi Maklumat.

Disahkan oleh, _________________ (Cik YEO ENG SIM) Pengetua SMJKPCPP

Page 4: LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 - yuenchoon …yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2010/12/LAPORAN-AKTIVITI... · Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan

______________________________________________________________________________

Lampiran 1 – Lokasi Penempatan Sudut-sudut Inovasi A) Foyer

Pejabat A B

Bilik Guru Kanan

Bilik Kebajikan

C D E A - Sudut Inovasi Pendidikan Moral C, D, E - Sudut Inovasi 3 Bahasa B - Sudut Inovasi Pendidikan Sivik

B) Laluan Kedai Buku ke Tandas H I J K

Kedai Buku

H - Sudut Inovasi Matematik J - Sudut Inovasi Perdagangan & Akaun I - Sudut Inovasi Sejarah K - Sudut Inovasi Ekonomi

C) Kantin

Bengkel Kemahiran Hidup Kantin Guru

L M

L - Sudut Inovasi PSS 1 M - Sudut Inovasi Kemahiran Hidup

Page 5: LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 - yuenchoon …yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2010/12/LAPORAN-AKTIVITI... · Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan

______________________________________________________________________________

Lampiran 2 – Gambar-gambar Sudut Inovasi

Sudut Inovasi Sejarah Sudut Inovasi Perdagangan & Akaun

Sudut Inovasi Pendidikan Ekonomi Sudut Inovasi Matematik

Page 6: LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 - yuenchoon …yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2010/12/LAPORAN-AKTIVITI... · Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan

______________________________________________________________________________

Sudut Inovasi Pendidikan Moral Sudut Inovasi Pendidikan Sivik

Sudut Inovasi Sains - Kimia Sudut Inovasi Sains - Fizik

Page 7: LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 - yuenchoon …yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2010/12/LAPORAN-AKTIVITI... · Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan

______________________________________________________________________________

Sudut Inovasi Sains – Biologi

Sudut Inovasi Pendidikan Jasmani

Sudut Inovasi PSS