perkembangan kreativiti kanak 2

Upload: tachainee-vasu

Post on 05-Apr-2018

343 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Perkembangan Kreativiti Kanak 2

    1/7

    Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

    Definisi Kreativiti

    Walaupun pada amnya perkataan kreativiti biasa dikaitkan dengan bidang seni, ia

    digunakan dalam berbagai cara dalam berbagai konteks. Akibat sifat kompleks

    konsep kreativiti, berbagai teori telah dikembangkan bagi tujuan menjelaskannya.

    Oleh itu terdapat berbagai defini si kreativiti yang berlainan.

    Ada kalangan yang mengatakan kreativiti adalah anugerah semulajadi tuhan yang

    tidak boleh dipelajari. Ada pula yang mengatakan kreativiti boleh dikembangkan dan

    mereka membentangkan cara-cara meningkatkannya.

    Kreativiti semestinya berhubung dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau

    bagaimanapun terdapat berbagai pendapat mengenai

    a) proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan

    b) kemudahan mengembangkannya dalam manusia. Sebagai contoh, Pfeiffer

    (dalam Goetz, 1981:297) mendefinasikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta

    produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang

    tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli ps ikologi yang paling banyak

    memenyumbangkan terhadap bidang kreativiti adalah Professor Ellis Paul Torrance.

    Kerangka Pemikiran Kreatif Torrance

    Professor Ellis Paul Torrance dikenali kerana kajian pelopor beliau dalam bidangkreativiti. Dalam model belia u yang dinamakan "the threshold hypothesis, beliau

    cuba mencari perhubungan antara kreativiti dan kecerdasan. Dia mendapati bahawa

    orang yang berkreatif tinggi biasanya juga mempunyai kecerdasan yang tinggi.

    Walaubagaimana pun beliau berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak

    memadai, terdapat factor-faktor lain yang mempengaruhi kreativiti.

    Torrance (1989) mendefinisikan kreativiti sebagai proses menjadi sensitif kepadamasalah, kekurangan, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan

  • 7/31/2019 Perkembangan Kreativiti Kanak 2

    2/7

    sebagainya; mengidentifikasikan masalah, mencari penyelesaian membuat andaian

    atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji dan menguji semula hipotesis,

    cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya mengkomunikasikan dapatan.

    Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji kreativiti pada

    tahun 1976 yang dikenali sebagai Torrance Tests of Creative Thinking. Ujian

    kreativiti Torrance meliputi empat aspek;

    Kefasihan

    Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilan idea-idea yang berbeza dan

    untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

    Keanjalan

    Penghasilan idea yang berpunca dari kebolehan melihat sesuatu dari perspektif-

    perspektif yang berlainan serta pengunaan berbagai kaedah dan pendekatan.

    Keaslian

    Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luarbiasa. Ia juga kebolehan

    menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan

    berlainan.

    Huraian

    Huraian merupakan kaedah memperbaikkan idea dengan menambahkan butir-butir

    lanjut supaya lebih jelas dan mudah difahami.

    Ciri-Ciri Kreativiti

    Terdapat 4 ciri kreativiti iaitu;

    Pengunaan Imaginasi

    Aktiviti yang bersifat imaginative adalah proses menjanakan suatu yang asli. Ia juga

    memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa/dijangka. Ia melibatkan proses-proses

    berfikir dan perlakuan. Ia boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan

    terhadap suatu objektif yang kreatif dimana fokus adalah terhadap memperbaikkansesuatu situasi mengunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku bila

  • 7/31/2019 Perkembangan Kreativiti Kanak 2

    3/7

    idea yang sedia ada digabungkan atau di interpretasi semula dengan cara yang baru

    atau diaplikasikan dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasa tidak ada

    kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang

    pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea atau objek yang sebelum ini belum

    pernah dilihat.

    Pada abad ke 15, Leonardo Da Vinci merupakan orang yang pertama yang mengkaji

    secara terperinci bagaimana manusia boleh membina sebuah jentera untuk terbang.

    Dia mendapat idea-idea penerbangannya dari mengkaji burung. Walaupun di tidak

    berjaya membina jentera terbangnya yang dinamakan Ornithopter, idea-ideanya dan

    lukisannya dikaji semula oleh pelopor-pelopor kajiterbang abad ke 19. Berikutan itu

    penciptaan helikopter zaman moden adalah berdasarkan konsep beliau.

    2. Mempunyai Tujuan

    Imaginasi atau pemikiran kreatif bertujuan. Ia biasanya berlaku secara kebetulan bila

    seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif lain. Objektif ini

    pada awalnya tidak semestinya berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang

    dihaslikan. Walau bagaimanapun disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa

    idea baru ini objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali.

    Ini bermaksud bahawa kreativiti adalah adalah gabungan aksi dan tujuan. Sebagai

    contoh, jika bot yang Samad naiki tenggelam dia akan cuba sedaya upaya

    memikirkan berbagai keadah untuk selamatkan diri.

    Bersifat Asli

    Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini

    bermaksud ianya suatu idea yang dihasilkan secara unik oleh seseorang individu

    atau kumpulan. Terdapat tiga kategori keaslian

    Hasil kerja seorang individu mungkin asli bila dibanding dengan hasil kerjanyasendiri yang lama.

  • 7/31/2019 Perkembangan Kreativiti Kanak 2

    4/7

    Ianya juga boleh dikatakan asli bila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan

    sebayanya

    Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-

    mana pihak dalam mana-mana bidang

    Kategori keaslian pertama dan kedua lebih berfokus kepada perkembangan individu

    manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global.

    Bernilai

    Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada

    tujuan atau objektif ditangan. Berikutan ini terpulang kepada individu yang terlibat

    untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana

    sesuatu idea menyumbang terhadap objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai

    berguna di kekalkan dan idea yang kurang berguna disingkirkan. Kriteria penilaian

    sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan.

    Sebagai contoh penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan

    praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.

    Ellis Paul Torrance

    Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik

    yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang

    kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini.

  • 7/31/2019 Perkembangan Kreativiti Kanak 2

    5/7

    Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang

    kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti

    (Fathers Of Creativity).

    Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda

    aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang

    individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan

    adalah Torrence Test of Creative Thinking (TTOCT). Di samping membangunkan

    pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan

    teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah

    mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan

    kreativiti individu.

    Tujuh perkara tersebut adalah:

    (a) Penyoalan

    Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan

    adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh

    mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam prosespembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan

    cetusan pemikiran kritikal yang baik.

    (b) Penemuan

    Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk

    memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan

    mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga

    penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai

    ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni

    visual.

    (c) Pemerhatian

    Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai

    deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang

    pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di

  • 7/31/2019 Perkembangan Kreativiti Kanak 2

    6/7

    dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada

    pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria

    sentuhan, rasa, hidu dan dengar.

    (e) Percubaan

    Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik

    adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan

    pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi

    memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak

    lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa

    dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang

    berguna ketika menghasilkan karya.

    (f) Penerokaan

    Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan

    menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam

    konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing

    pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka

    dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan

    membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping

    berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan

    keadaan sekeliling.

    (g) Memanipulasi

    Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui

    bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yangsempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan

    dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka

    proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran

    seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping

    mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan

    karya.

    (h) Aktiviti / Bermain

  • 7/31/2019 Perkembangan Kreativiti Kanak 2

    7/7

    Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak

    bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan

    cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-

    aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung

    akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang

    sihat.