nota ekspresi kreativiti kanak (1)

Upload: ishc1981

Post on 18-Oct-2015

122 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    1/26

    Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Unit 1-6 (Modul UPSI-PJJ)

    Unit 1 : Teori Kreativiti dan Pemikiran Kreatif

    1. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti senivisual dan seni persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi,kemampuan dan kemahiran.

    2. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkanidea, menerokai dan membuat keputusan.

    3. Menurut Kamus Dewan (2010)kreativitisebagai kemampuan (kebolehan)mencipta, daya kreatif dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud

    mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkansesuatu idea baru dan asli.

    4. May (1975) : kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru kedalamnya.

    5. Torrance (1970): Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

    6. Schirmacher (1998) : Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagikepada dua iaitu ;

    a) menerusi aktiviti senib) aktiviti harian mengikut umur.

    7. Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.2-3 tahun : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.4-5 tahun : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-

    kata.6-7 tahun : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi8-9 tahun : bercerita, permainan dan pakaian beragam.

    10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

    8. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untukmencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea.

    9. Pemikiran kreatif dapat merangsang kanak-kanak untuk menghasilkanidea baru dalam aktiviti seni. Membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkankarya seni yangunik dan mencungkil bakat.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    2/26

    10. Empat cir i pemikiran kreat i f :a) imaginatifb) keberanianc) perkembangan idead) merekacipta

    11. Teori-teori berkaitan kreativiti :a) Teori d ua belahan otak- Hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir.

    Otak kananmerupakan bahagian otak yang melihat sesuatu secaramenyeluruh. Otak kanan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativitiseseorang kanak-kanak.Otak kiri fokus pada urutan, kemahiran analisis danpemikiran logikuntuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi.

    b) Teori Six Thinking Hats (Edward de Bon o) - Emosi sangat penting

    dalam proses berfikir. Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi.Enam warna menjadi pemikiran untuk memakai topi ketika berdepan dengansituasi tertentu.

    Topi put ih -mendapat informasi yang meliputi fakta, figura dan maklumat.Topi merah - menghadapi situasi perasaan yang meliputi luahan mood danemosi.Topi hitam - semasa membuat penilaian negatif pada kesalahan danhalangan.Topi kuning - semasa membuat penilaian positif.Topi h i jau - semasa situasi yang berkaitan dengan kreativiti.Topi biru -semasa situasi metakognitif yang berkaitan aspek seseorangyang berfikir.

    c) Teori Kreativit i Paul Torrence - 7 perkara dalam proses mencung ki lkreativiti iaitu :

    i) Penyoalan : Stimulasi minda kanak-kanak.ii) Penemuan : Galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak.iii) Pemerhatian : Menggunakan pancaindera.

    iv) Percubaan : Eksperimen dan usaha untuk terbaik.v) Penerokaan : Galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di

    sekeliling.vi) Memanipulasi : Menggunakan bahan atau situasi di sekeliling.vii) Aktiviti : Mencungkil aktiviti

    (4PMA)

    d) Teori Mu lt iple Creative Talent (Calvin W Taylor) - Bukan semuaindividu mempunyai bakat yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak

    berkait rapat dengan cara guru m erangsangpemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    3/26

    iaitu :i) Kreativiti bersifat ekspresif (Bebas. Bimbingan untuk meluahkan

    idea mengikut kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.)ii) Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk

    penambahbaikan karya)

    iii) Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi. Bimbingan kepada ideabaru yang lebih bermakna)

    iv) Kreativiti bersifat inventif. ( Keupayaan mencipta melalui prosespenerokaan. Guru beri pujian dan galakan).

    v) Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsipformal diterjemah dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkanbentuk asalnya)

    e) Teori Lowenfeld Stages of Arist ist ics Development (Low enfeld) -

    Aktiviti seni yang dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepadakanak-kanak untuk menggunakan deria pencaindera secara menyeluruhsebagai proses pengamatan dan merekod . 8 kategori kreatif Lowenfeldiaitu :

    i) Cabaran - Menerima cabaran masalah dan dapat sesuaikandengan situasi

    ii) Kelancaran - Berimaginasi dan berfikiran terbuka untukmengaitkan idea

    dengan hasil kerja kreatif.iii) Kelenturan - Sanggup menerima perubahan.iv) Keaslian - Idea asli tanpa meniru sesiapav) Pemikiran bercapah - Mengembangkan ideavi) Keinginan - Perasaan ingin tahu dan berupaya membuat analisis.

    vii) Kompleks - Membuat sintesisviii) Makna baru - Menghasil sesuatu produk atau idea yang kreatif

    dan inovatif.* 4 komponen kreativiti Lowenfeld boleh diukur ialah ;

    i) kelancaran - menterjemah idea secara spontan dan pantas.ii) flesibel - mampu menyesuaikan diri dengan situasi yang

    berbeza.iii) keaslian - Idea yang baru dan asliiv) kepekaan - Daya kepekaan yang tinggi terhadap sesuatu

    keperluan.

    f) Teori Perkembangan K reativit i Fisher (Fisher 1943) -Terdapat limatahap pemikiran kreatif

    iaitu :i) Peringkat rangsangan - Guru mengemukakan soalan untuk

    merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Interaksi secara aktif keranaingin tahu.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    4/26

    ii) Peringkat penerokaan - Guru membimbing mencari jawapan danpenyelesaian. Berupaya mencari dan pemikiran ke hadapan.

    iii) Peringkat perancangan - Proses perbincangan, pemerhatian,interaksi sebelum aktiviti sebenar.

    iv) Peringkat aktiviti - Pemikiran kreatif melalui tindakan setelah

    merancang. Guru membimbing semasa kanak-kanak melaksanakan aktiviti.v) Kajian semula - Menilai keberkesanan aktiviti/ tindakan.

    Membimbing untuk penambahbaikan dan memberi pendapat.(RPPAK)

    Unit 2 : Pendekatan dan Teori Seni

    1. Seni bermaksud sesuatu yang halus. Terbahagi kepada dua iaitu senivisual dan seni persembahan.

    2.Teori Seni Klasik (Plato, Ari sto t le dan Socrates) :i) Menekankan kesejagatan(nilai rentas budaya tanpa mengira ras,

    ruang dan waktu serta nilai dalam masyarakat), keabadian(konsepkehidupan dari segi fizikal, nilai, sikap dan kerohanian)dan kebenaran( kemanusiaan dan kerohanian yang berkaitan dengan keadilan, tatasusiladan kebijaksanaan)

    ii) Plato : Teori peniruan. Seni berasaskan idea yang berciri idealistik/

    menekankan isi. Kecantikan hanya sementara.

    iii) Aristo t le :Menolak teori Plato kerana kecantikan ialah sifat fizikal

    manusia. Menekankan bentuk dan waktu.

    iv) Socrates : Penciptaan seni berkonsep keseluruhan dan kesatuan

    disamping mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan

    dan kesempurnaan.

    3. Teor i Kosm ologi : Berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan

    fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata

    serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. Contohnya : Ukiran

    patung oleh orang asli kaum Jah Hut melambangkan kepercayaan animisme.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    5/26

    4. Teori Seni Kon tempo rari (Teori Erwin Panofsky dan Teory Susanne K.

    Langer): Membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri.

    i) Teori Erwin Panofsk y- membincangkan tentang objek dan makna

    melalui pernyataan ikonografi (persoalan tentang objek dan makna). 3 objek

    makna dalam karya seni :

    Objek yang natural (primari) - meliputi manusia, binatang, tumbuhandan persekitaran. Makna daripada peristiwa dan ekspresi perasaan.

    Objek yang biasa (sukender) - menggambarkan arca(objek) yang

    menunjukkan peristiwa dan makna. Contoh gadis pegang buah peach(kejujuran)

    Makna intrinsik (isi) - makna menentukan sikap, pendirian dan falsafah.

    ii) Teori Sus anne K. Langer :Menolak teori peniruan Plato. Karya senimerupakan perasaan pengkarya yang hanya sebagai ilusi. Bentuk menjaditumpuan utama dalam falsafah seni.

    Terdapat 7 konsep dalam karya seni iaitu bentuk, abstrak, ekspresi,

    perasaan, lambang, ilusi dan imej.(BAEPLII)

    5. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanakmeliputi pendekatan kon struk t iv is, teori sos ial-interaksi Piaget dan teoriGestalt yang boleh diaplikasi dalam pdp.

    6. Pendekatan kon struk t iv is membimbing kanak-kanak belajarberdasarkan pengalaman mereka.

    Bruner telah menggariskan tiga prinsip iaitu :i) Pengajaran berdasarkan kesediaan dan pengalaman serta mengikut

    konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar.ii) Mengorganisasi pengajaran mengikut struktur atau urutan dengan

    mudah.iii) Pengajaran perlu melangkau maklumat guru yang dirangka untuk

    memudah cara penghasilan ilmu.

    7. Pendekatan kon struk t iv is boleh diaplikasikan dengan menggunakanempat cara iaitu:

    i) Menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan

    maklumat yang diterima.ii) Menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    6/26

    iii) Menyampaikan maklumat secara berkesan.iv) Memberi pujian ketika berjaya dan galakan ketika gagal kepada kanak-

    kanak.

    8. Teori Sos ial-Interaks i Piaget : Berkaitan dengan perkembangan kognitif

    kanak-kanak.i) Pengetahuan kanak-kanak tidak mencukupi. Justeru, interaksi sosial

    bersama rakan danguru dapat menambah pengetahuan.

    ii) Dua proses yang digunakan kanak-kanak untuk menyesuaikan diridengan persekitaran ialah proses asimi las i dan pros es akomodasi (yangmenggalakkan perkembangan kognitif)

    iii) Pering kat kognit i f terbahagi kepada empat peringkat iaitu

    a) deria pergerakan (0-2 tahun) : interaksi melalui pancaindera.b) praolahan ( 2-6 tahun) : imaginasi untuk meningkatkan daya

    ciptaan. Mula menguasai nama untuk setiap objek.c) pengolahan konkrit (7-11 tahun) : kemahiran bahasa dan

    komunikasi tinggi. Memahami konsep lain seperti angka, pengklasifikasianserta mampu melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.

    d) pengolahan formal (12 tahun ke atas) : perkembangan fizikal lebihdaripada perkembangan mental. Mula memahami konsep abstrak danmembentuk identiti diri. Namun kekurangan pengalaman menghadkanpengetahuan dan kebolehan mereka.

    9. Teori Gestalt : Tumpuan kepada kognitif untuk mengenal pastiotak individu bertindak pada persepsi yang diterima melalui deria penglihatan.Persepsi pengalaman diambil secara menyeluruh bukannya sebahagian.Enam hukum dalam teori gestalt ialah :

    i) Pragnanz : Apabila individu berhadapan dengan pengalaman baru,persepsi menjadi tidak teratur.

    ii) Persamaan : Mengkategorikan rangsangan yang mempunyai

    persamaan.iii) Keintiman : Rangsangan yang mempunyai hubungkait diletakkan

    dalam kategori yang sama.iv) Lengkap : Meletakkan rangsangan yang lengkap dalam kategori yang

    sama.v) Kesinambungan positif : Sifat rangsangan yang kekal dan tidak

    berubah.vi) Ciri-ciri bahagian : Menilai objek secara menyeluruh.

    (PPKLKC)

    Teori Gestalt adalah rapat dengan pandangan konstruktivis dan

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    7/26

    diaplikasikan dalam kaedah penyelesaian masalah dalam pdp. TeoriGestalt bukan melihat produk karya seni tetapi menekankan prosespenghasi lanproduk karya seni.

    Unit 3 : Tokoh-tokoh Seni dan Kreativiti Kanak-kanak

    1. Paul Torrance dikenali sebagai bapa kreativit i . Menggunakan TorranceTest of Creative

    Thinking untuk menguji tahap kreativiti kanak-kanak bagi menggantikanUjian IQ (Intelligent Quotes) yang dikatakan tidak sempurna.

    2. Calvin W. Taylor penerima anugerah American Psycolog y Assoc iationRichardso n Creat iv i ty pada tahun 1970. Bakat kanak-kanak tidak sama.Oleh itu, 9 bidang dikenalpasti untuk membentuk kanak-kanak yang kreatif

    dan inovatif iaitui) pemikiran kreatif dan bernas untuk mendapat idea,ii) mengimplementasikan idea,iii) kemahiran merancangiv) kemahiran meramal,v) membuat keputusan,vi) kemahiran berkomunikasi,vii) kemahiran sosialviii) peluang yang menyerlah,ix) pencapaian akademik yang baik.

    Guru perlu mengesan dengan mencari kaedah alternatif untukmembangunkan kreativiti kanak- kanak dan memberi impak positif

    3.Victor Lowenfeld berpendapat nalur i dan keingingan merupakanfaktor utama bagi mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secarakreatif. Kanak-kanak akan mengalami dan menyedari masalah,menyampaikan idea dan proses imaginasi dan kreativiti. Pelbagaihalangan dihadapi iaitu psikologi dan persekitaran serta budaya yang

    memerlukan peranan guru untuk membimbing murid-murid.

    4. June King McFee berpendapat seni untuk kanak-kanak perluberbentuk komunikasi. McFee menekankan seni seharusnya mengambilkira konteks budayaserta elemen orentasi komunit i. Perlu adapengalaman estetika dalam semua objek di persekitaran yangdipengaruhi konteks bud aya untuk berkomunikasi dan menyampaikanmesej kepada masyarakat.

    5. Carl Rogers mengatakan kreativiti merupakan satu proses yang wujudapabila seseoran itu bertindak ke atas sesuatu. Beliau memperkenal teor i

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    8/26

    terapi iaitu :i) keterbukaan kepada pengalamanii) cuba menikmati kehidupan yang dialamiiii) menghargai diri sendiriiv) mengamalkan kebebasan

    v) menjadi individu yang kreatif , sihat, bebas, bertanggungjawab sertadapat berfungsi

    sepenuhnya dalam kehidupan.

    Tindakan seseorang yang bebas dan bertanggung jawabmencetuskan keunik an dan kekuatan kepada individu sepertipenggunaan bahan seni secara kreat i fdan member i sumgangankepada masyarakat.

    Torrance : Torrence Test of Creative Thinking Taylor : Kreatif dan Inovatif Lowenfeld : Naluri dan keinginan McFee : Konteks budaya dan komuniti Rogers : Teori Terapi

    Unit 4 :Estetika dan Kanak-kanak

    1. Estetikakanak-kanak melibatkansifat kemanus iaanmelatih kanak-kanak mencintai dan

    menghargai kecant ikandi bumi ini.

    2. Estetika bersifat subjekt i fyang mempunyai makna yang pelbagai dalamlukisan, kraf mudah, muzik, pergerakan kreatif, tarian, drama dan lain-lainlagi.

    3. Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu:i) Estetika sikap : spontan, kekaguman, kegembiraan kanak-kanak dan

    perasaan ingin

    tahu dalam jiwa kanak-kanak.ii) Estetika pengalaman : penglibatan aktif dalam seni visual dan

    persembahan memberipengalaman mendengar, eksplorasi visual dan manipulasi bahan

    kepada kanak-kanak.iii) Estetika respon : menyatakan pandangan dan luahan perasaan pada

    karya seni. Responf is io logimelalui ketawa, takut manakala respon mental melalui

    keputusan dan

    pandangan.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    9/26

    4. Estetika adalah cabang i lmu falsafahyang menekankan penggunaanpancainderadalam

    mengapresiasi karya seni seperti melihat, mendengar, sentuhan, merasadan menghidu.

    5. Tindak balas spontan karya seni yang mempengaruhi tindak balas estetikaialah kual i t ikarya seni dan maksud karya seni.

    6. Pandangan golo ngan relat iv isme menyatakan kecantikan adalahsubjektif dan terletak pada persepsi seseorang untuk menilainya.

    7. Golongan ob jektiv isme berpandangan kecantikan wujud dalam sesuatukarya seni dan bukannya terletak pada persepsi seseorang.

    8. Lima strategi untuk membimbing kanak-kanak mengapresiasi ni laiestet ikakarya seni ialah :i) Membuat perancangan

    ii) Menunjukkan contoh hasil seniiii) Berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatifiv) Membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatifv) Idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba pengalaman

    estetika

    Unit 5 : Imaginasi Kanak-kanak

    1. Imaginasi kanak-kanak merupakan khayalan yang tinggi, sukar diduga dankadang kala di luar jangkaan kita.

    2. Imaginasi Kreatif merupakan imaginasi yang hebat yang dapatdiketengahkan dan difahami. Kita perlu berfikiran positif dan membantukanak-kanak merealisasikan imaginasi mereka.

    3. Pemikiran Simbolik merujuk pada imaginasi kanak-kanak sama ada

    dilakukan bagimenunjukkan dun ia sebenaratau dun ia khayalan. Kanak-kanak dipupuk

    untukmempertingkatkan pemik iran imaginat i fsupaya dapat menyelesaikan

    masalahsecara kreat if dan posit i f . Boleh dirangsang melalui modelingatau peniruan dan amalan pedagogi yang sihat seperti sosiodrama, nyanyiandan ekspresi seni. Kanak-kanak boleh menoko k tambahplot cerita duniasebenar dengan dunia khayalan. Walau bagaimanapun tingkahlaku merekaharus dipantau.

    4. Lima aspek penting yang terdapat dalam Pemikiran Simbol ik iaitu :

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    10/26

    i) Kreativitiii) Kemahiran berfikiriii) Perwakilan realitiiv) Penyelesaian masalahv) Bermain

    5. Kitaran PBM (Pembelajaran Berasaskan Masalah) -i) Pengetahuan Kumpulan

    ii) Mengenal pasti masalahiii) Menjana Ideaiv) Menjana isu pembelajaranv) Menyediakan pelan tindakanvi) Mencari dan mengumpul bahanvii) Mensintesis dan mengaplikasi

    viii) Membuat rekfleksi dan membuat maklum balas

    6. Carta FILA (Facts, Ideas, Learning Issues dan Action Plan )

    7. Bran for d dan Stein (1984)memperkenalkan kaedah penyelesaianmasalah kepada 5 langkah :

    i) mengenal pasti masalahii) mendefinisikan masalahiii) mencari jalan penyelesaianiv) mengambil tindakanv) menilai tindakan

    Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Unit 6-12 (Modul UPSI-PJJ)

    Unit 6 - Seni dan Perkembangan Kanak-kanak

    1. Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar

    meny ediakan peralatan melukis

    dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang img aginasi, kreat iv i t idan

    gembira untuk

    meluahkan emosi .

    2. Perkembangan estetika boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti

    visual, emos i, j iwa dan

    pemik iran mereka.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    11/26

    3. Guru perlu berbual dan bertanya kanak-kanak semasa aktiviti seni kerana

    melalui pergerakan

    badan, guru dapat memahami maksud di sebalik pergerakan dan

    perlakuan yang ditunjukkan.

    Pergerakan badan menjadi refleksi pada perkembangan estetika kanak-

    kanak.

    4. Kom unikasi l isandan buk an lisanmemberi isyarat visual yang

    menggambarkan emosi dalaman

    kanak-kanak.

    5. Pada umur 6 tahun, gerak geri menunjukkan elemen ps ikologi.

    Contohnya apabila sedih, mereka

    menundukkan muka manakala jika berfikir, mereka menongkat

    dagu. Perlakuan ini dilakukan

    secara spontan.

    6. Perkembangan art ist ik kanak-kanak berlaku mengikut transisi

    perkembangan iaitu daripada

    contengan hingga perwaki lan sebenar. Perkembangan artistik berlaku

    tanpa mengira

    sos ioekonomikeluarga.

    7. Teori Perkembangan Art is t ik ( Hurwitz dan Day) terbahagi kepada 3

    peringkat iaitu :

    i) Peringkat manipulat i f dan zaman awal kanak-kanak (2-4 tahun):

    Pergerakan tangan kurang

    kawalan maka mereka akan menconteng apa sahaja seperti dinding,

    lantai atau meja dengan

    mengguna pelbagai medium. Lukisan tidak realistik : a)contengan

    garisan tidak terkawal, b)

    contengan garisan terkawal c) contengan rupa.

    ii) Peringkat membuat simbo l ( 6-9 tahun ): Terpengaruh dengan

    keadaan sekeliling mereka.

    iii) Peringkatprarem aja (10-13 tahun) : Mula melukis figura dalam saiz

    sebenar atau saiz yang

    betul.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    12/26

    8. Seni dalam perkembangan kanak-kanak:

    i) Perkembangan persepsi: melukis mengikut kefahaman bukan apa

    yang mereka lihat. Lukisan

    mereka ditafsir mengikut dunia mereka sendiri

    ii) Perkembangan f izikal: Koordinasi mata, tangan, kawalan motor halus,

    perkembangan otot

    kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk.

    iii) Perkembangan emosi: Melukis peristiwa yang dilalui setiap hari, objek

    yang disukai atau

    individu yang disayangi. Kemudian diperelokkan dengan penggunaan

    warna, saiz, bentuk dan

    garis yang akan menambah emosi kepada lukisan mereka.

    iv) Perkembangan kognitif: Melukis berdasarkan apa yang mereka tahu

    melalui pengalaman

    mereka, daya ingatan, imej dan konsep lukisan. Perkembangan kognitif

    dapat dilihat menerusi

    contengan tidak terkawal, contengan terkawal dan contengan

    bermakna.

    v) Perkembangan umum : Bersifat menyeluruh dengan menggabungkan

    pengalaman sosial,

    budaya, personaliti dan persekitaran. Perkembangan ini merupakan

    proses sehingga mereka

    berjaya menghasilkan gambar.

    Unit 7 : Pengajaran Seni Lukis Kanak-kanak

    1. Seni lukis melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni

    kanak-kanak terutama

    lukisan.

    2. Kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan

    menunjukkan ekspresi seni. Kanak-

    kanak meningkatkan sensi t iv i titerhadap dunia fizikal untuk member i

    maknadan meluahkan

    emosi .

    3. Kanak-kanak berf ik ir secara simbolikuntuk menggambarkan bentuk

    seni yang unik. Hasil seni

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    13/26

    menggambarkan konsep dir ikanak-kanak pada perkembangan

    personal i t imereka. Seterusnya

    dapat membentuk peribadi yang baikdan proses penghasilan lukisan

    dimanfaatkan.

    4. Proses penghasilan lukisan dapat menggabung jalinkan emos i, sos ial

    dan nilai estet ika.

    5. Proses estetika dan daya kreativiti boleh dibahagikan kepada empat iaitu :

    i) proses penajaman daya intuisi

    ii) persepsi

    iii) imaginasi

    iv) konsepsi

    6. Peringk at Skemata (Chapm an 1978) merangkumi :

    i) peringkat manipulatif

    ii) peringkat membuat simbol

    iii) peringkat praremaja

    (Unit 6,no.7 : Teori Perkembangan Art is t ik ( Hurw itz dan Day))

    7. Gardner (1980) mencadangkan orang dewasa menyediakan peluang

    kepada kanak-kanak untuk

    melakukan aktiviti seni tanpa sekatan supaya kanak-kanakm eluahkan

    apa yang mereka rasai dan

    mempunyai ceri ta sendir imenerusi lukisan.

    8. Garisanmerupakan satu tanda jelas yang dibuat menggunakan peralatan

    luk isandi atas satu

    permukaan.

    9. Garisan boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut kreativiti masing-

    masing kerana garisan

    mempunyai dimensi tersendiri termasuk saiz (besar dan kecil), arah

    (kanan dan kiri), ukuran

    (panjang dan pendek), ketebalan, ketinggian dan berat.

    10. Unsur seni lukis dalam lukisan kanak-kanak meliputi garis an, warn a,

    bentuk , j is im atau isipadu ,

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    14/26

    rekaan atau gub ahan, imaginasi dan kon sepsi.

    11. Proses melukis : i) menconteng bagi meluah perasaan secara spontan, ii)

    mula melakar, iii)

    melukis secara bersistematik iv) berjinak-jinak untuk mendapat kesan ton,

    jalinan, pencahayaan,

    ruang, perspekt i f dan komposis i dengan menggunakan media kering

    (bukan warna basah)

    12. Tiga teknik melukis iaitu

    i) teknik pensel : teknik gosokan dan teknik garisan selari.

    ii) teknik pensel warna : teknik garisan kontur dan teknik garisan

    menyilang tidak menentu.

    iii) teknik oi l pastel : teknik campuran

    13. Warna boleh dikategorikan kepada empat peringkat iaitu:

    i) Warna asas : Warna premari (Biru, Kuning dan Merah )

    ii) Warna sekunder : campuran dua warna asas dalam kuantiti yang

    sama. (Hijau, Jingga, Ungu)

    iii) Warna tertier : campuran warna asas dan warna sekunder

    iv) Warna neutral : hitam dan putih

    14. Catan merupakan proses penghasilan seni menggunakan bahan

    berwarna atau cat yang disapu ke

    atas seusatu permukaan yang rata seperti di atas kertas, kanvas dan

    kadbod.

    Unit 8 : Pengajaran kraftangan kanak-kanak

    1. Kraf mudahmembantu perkembangan motor kasar dan motor halus yang

    menggalakkan

    penggunaan dan kawalan otot secara berkesan seperti menggunting

    dan menggunakan tanah liat.

    2. Kraf mudah memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan

    teknik menggambar,

    membuat corakdan rekaanserta bentuk binaan.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    15/26

    3. Aktiviti menggambaruntuk kanak-kanak ialah lukisan, catan, kolaj, montaj,

    cetakan, resis,

    gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek.

    4. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak ialah ikatan dan

    celupan, tiupan, titisan,

    renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman,

    lipatan dan guntingan.

    5. Aktiviti membentuk binaan ialah topeng, boneka, origami, mobail, stabail,

    model dan diorama.

    6. Kraf mudah 2 Dimensi atau 2Dadalah bentuk kraf yang mempunyai

    panjang dan lebarseperti

    kolaj, topeng dan kad ucapan.

    i) Ko laj : Dibuat dengan perca kain, kertas warna, bahan-bahan alam

    seperti rempah ratus, daun

    dan ranting. Tampalan disusun dan ditindih pada permukaan. Aktiviti ini

    melibatkan pemilihan

    bahan, menggunting, menyusun dn menampal.

    ii) To peng : Dibuat dengan menggunakan kertas manila, gunting, gelung

    getah, pensel dan warna.

    Dua jenis topeng iaitu topeng penuh atau topeng separuh (contoh zorro)

    berdasarkan wajah

    manusia, flora dan fauna.

    iii) Kad ucapan : Menggunakan teknik corak dan rekaan yang melibatkan

    guntingan dan tampalan.

    Kemahiran bahasa dalam kad ucapan untuk menggalakkan murid

    menghargai orang yang

    tersayang seperti perayaan, hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari guru dan

    sebagainya.

    Kitaran m embuat kad ucapan :

    a) Guru mengaitkan peristiwa seperti perayaan dan hari lahir

    b) Guru menunjukkan cara meghasilkan kad ucapan

    c) Sediakan peralatan dan bahan.

    d) Lipat kertas kepada dua bahagian

    e) Buat ukuran kad di atas kertas keras

    f) Lukis atau buat corak mengikut kreativiti

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    16/26

    g) Buat sampul surat

    7. Kraf mudah 3 Dimensi atau 3D adalah bentuk kraf yang mempunyai

    panjang, lebar dan tinggi

    seperti boneka dan mobail.

    i) Boneka: Bahan-bahan yang diperlukan ialah sarung tangan, stoking,

    kertas, kelongsong telur,

    bekas kertas, bekas minuman, kotak, blok kayu, tin susu dan

    sebagainya. Aktiviti boneka

    mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran

    intrapersonal dan kemahiran

    interpersonal kanak-kanak.

    ii) Mobail :hasil kerja seperti lipatan, lukisan dan objek yang senang

    digantung pada

    imbangan yang sesuai seperti penggantung baju, kayu, pembaris dan

    sebagainya.

    Kitaran membuat mobai l :

    a) Bercerita satu tajuk atau tema

    b) Minta kanak-kanak menamakan watak/isi penting

    c) Tunjukcara membuat lipatan /origami

    d) Ikat selembar benang pada lipatan

    e) Sediakan bahan penggantung

    f) Gantung lipatan/origami pada kayu penggantung

    g) Gantung mobail yang sudah siap

    iii) Model : Satu bentuk yang digubah daripada kotak dan bahan buangan

    lain untuk membuat

    sesuatu objek konkrit.Teknik yang digunakan adalah acuan, menampal,

    mewarna yang disusun

    mengikut imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Contoh : model kereta,

    rumah dan lain-lain lagi.

    Unit 9 : Pengajaran Muzik, Lagu dan Nyanyian serta Pantun dan Sajak

    Kanak-kanak

    1. Konsep pic , irama dan lir ik dipraktikkan oleh kanak-kanak dalam aktiviti

    nyanyian.

    2. Tod dan Heffeman 1997 membahagikan pengalaman muzik mengikut

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    17/26

    peringkat :

    i) 0 - 1 bu lan : Memberi reaksi pergerakan seluruh badan apabila

    mendengar muzik.

    ii) 1- 4 bu lan : Menoleh kepala dan mata mengikut muzik. Menerima bunyi

    dan nyanyian dengan

    tenang.

    iii) 4 - 8 bu lan : Tertarik dengan pukulan gendang.

    iv) 8 -12 bulan : Bunyi tepukan tangan, gendang, zilofon dan alat perkusi

    meningkatkan

    pengalaman muzik bayi.

    v) 12-18 bulan : Membuat eksperimen dengan memukul alatan muzik

    dengan cara berbeza.

    vi) 18-24 bu lan :Menyambung dan meniru pergerakan orang dewasa.

    Mendengar radio dan

    membuat pergerakan mengiringi muzik.

    v) 2 tahun : Menikmati dan belajar lagu mudah dalam masa yang

    singkat.

    vi) 3 tahun : Suka melompat semasa mendengar muzik. Boleh

    mendengar arahan.

    vii) 4 tahun : Mematuhi peraturan semasa aktiviti muzik. Boleh mencipta

    lagu mengikut muzik.

    viii) 5-6 tahun : Kawalan motor semakin baik. Dapat bermain alat perkusi.

    Mengekspresi muzik dan

    pergerakan mengikut pola irama dan melodi lagu.

    ix) 7-8 tahun : Boleh membaca dan menulis simbol muzik. Menikmati

    pengalaman dalam muzik

    dan boleh membaca perkataan dalam lirik lagu.

    x) 9-11 tahun : Membaca lirik lagu yang lengkap dan mula mencipta lirik

    lagu. Menikmati muzik

    dalam kumpulan. Memahami elemen muzik seperti ton,

    harmoni dan melodi lagu.

    Menikmati budaya yang pelbagai dalam aktiviti muzik dan

    gerakan.

    3. Jenis-jenis lagu dan nyanyian kanak-kanak merangkumi :

    i) permainan jar i : fokus pada pergerakan jari dan diiringi dengan

    nyanyian. Contoh : Labah-

    labah, Apa khabar jari.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    18/26

    ii) lagu permainan: menyanyi sambil bermain dan mengingati lagu

    dengan melakukan aksi.

    Contoh lagu ialah Enjit-enjit semut dan Nenek si

    Bongkok Tiga.

    iii) Lagu b eraksi : Lagu yang diikuti dengan pergerakan atau aksi

    mengikut lirik lagu yang

    dinyanyikan. Contoh lagu, Tanya sama pokok dan Pak

    Mamat.

    iv) Lagu rakyat : Wujud dalam masyarakat sejak dahulu lagi dan tidak

    diketahui sumber dan

    penciptanya. Contoh, Lagu Anak Itik Tok Wi dan Anak

    Ayam.

    v) Lagu nasihat : Mempunyai unsur-unsur peringatan dan pedoman

    yang boleh dijadikan

    panduan hidup kanak-kanak. Contoh lagu, Bangun

    pagi dan Rajin Adik Rajin.

    vi) Lagu serantau : Menggunakan bahasa dialek atau loghat bahasa asal

    sesuatu tempat yang

    memperkenalkan budaya, kaum atau lokasi sesebuah

    negara. Contoh Wau

    bulan dan Ke Ren lai

    4. Pantunkanak-kanak juga boleh dinyanyikan dalam bentuk lagu

    merangkumi pantun 2 kerat,

    pantun 4 kerat dan pantun 6 kerat. Pantun mudah dicipta dan dideklamasi

    secara spontan.

    5. Sajak kanak-kanak mempunyai keharmonian, baris-baris ayat yang

    membangunkan rangkap tetapi

    bilangan baris ayat pada tiap rangkap tidak tetap (bebas daripada

    peraturan).

    6.Muzik, lagu dan n yanyian serta sajak dan pantundapat

    mempertingkatkan kemahiran muzikal

    ( menyanyi melodi mudah, menyanyi lagu dengan iringan muzik dan

    menyanyi mengikut tempo )

    dan juga kreativit i( berimaginasi, kreatif dan ekspresif, serta nilai

    estetika )kanak-kanak.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    19/26

    7. Pengajaran lagu atau pantun atau sajak boleh dilaksanakan dengan

    pelbagai kaedah seperti

    i) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak fasa demi fasa.

    ii) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak lengkap

    iii) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak daripada rakaman.

    Unit 10 : Pengajaran Tarian dan Pergerakan Kreatif Kanak-kanak

    1. Pengajarantariandan pergerakan kreatif kanak-kanak dapat

    mempertingkatkan kemahiran

    kinestet ikdan kreativit ikanak-kanak.

    2. Aktiviti tar ian d an pergerakan kreat i f memberi peluang kepada kanak-

    kanak untuk bergerak

    mengikutrentak dan irama muzik.Aktiviti tersebut mewujudkan bentuk

    pengalaman yang

    kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untukmenilai estetika

    gerakdalam persembahan

    tarian dan pergerakan kreati f .

    3. Tarian merupakan gerakan yang berirama. Kanak-kanak melakukan

    gerakan, apresiasi s eni gerak

    dan eks presi p erasaan.

    4. Pergerakan kreatif ialah gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi

    dan kreativiti kanak-

    kanak.

    5. Pergerakan psikomotor dapat membantu kanak-kanak memahami

    struktur dan fungsi anggota

    badan, kemampuan, menyelesaikan masalah dan ekspresi perasaan

    semasa membuat

    gerakan.

    6. Jenis-jenis tarian pelbagai budaya di Malaysia ialah :

    a) Kuda Kepang : menunjukkan perjuangan dan peperangan.

    Menggunakan props kuda kepang dan

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    20/26

    alat-alat muziknya ialah gendang, gong dan angklong. Terkenal di Johor

    dengan mendapat

    pengaruh Jawa dan Islam.

    b) Zapin :berasaskan gerak geri kaki penari. Berasal dari Timur Tengah

    (kesenian Arab-Parsi).

    Bermula daripada amalan zikir untuk menyebarkan sejarah tamadun

    Islam. Terkenal di Johor.

    c) Joget : Tertumpu pada tangan dan kaki penari. Dipengaruhi kebudayaan

    Portugis dan ditari

    secara beramai-ramai di pesta. Contoh lagu joget ialah Serampang Laut

    dan Joget 106.

    d) Tarian Singa : tarian adat warisan masyarakat Cina yang meniru

    pergerakan singa dengan

    kostum singa. Perlu ada keberanian dan penataan gerak tarian yang

    tepat. Alat-alat muzik yang

    mengiringi ialah gendang lagu cina dan simbal.

    e) Tarian Naga : pergerakan yang berbelok-belok dan beralun-alun. Penari-

    penari memegang

    sebatang kayu sebagai tiang untuk menghidupkan naga. Alat muzik

    ialah gendang lagu cina dan

    simbal.

    f) Tarian Bharata Natyam : Gerakan pada kepala, tangan dan kaki. Rentak

    tarian dikenali sebagai

    Jat is dan muzik mengikut rentak Shol lukatus. Ditarikan oleh penari

    wanita secara solo dari

    negeri Tamil Nadu di Selatan India.

    g) Tarian Bhangra : Pergerakan kepala dan tangan untuk meraikan

    penglibatan dan kejayaan.

    Berasal dari Punjab, India dari suku kaum Sikh. Kostum berwarna

    terang dan berseri-seri.

    h) Tarian Ngajat : ditarikan kaum Iban ketika menyambut Hari Gawai.

    Penari melompat dengan

    iringan lagu bersesuaian dengan situasi menuai. Alat muzik yang

    digunakan ialah gendang,

    gong, bebendai, tawa, kengkurumong dan sapeh.

    i) Tarian Sumazau : Gerak geri tarian adalah perlahan dan lemah lembut

    dengan tangan penari

    kepakkan keluar seperti burung terbang. Ditarikan oleh rakyat Sabat

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    21/26

    suku kaum Kadazandusun

    semasa majlis jamuan dan keramaian. Alat muzik ialah gong dan

    gendang.

    j) Tarian buluh : Sepasang buluh panjang dipegang mendatar pada paras

    buku lali. Penari-penari

    akan mengetuk kedua-dua buluh mengikut rentak manakala penari

    yang lain menari sambil

    melompat antara kedua-dua buluh tanpa tersepit. Tarian tradisi kaum

    Kwijau dari Keningau

    Sabah.

    k) Tarian orang asli : menggambarkan amalan seharian seperti berkebun,

    mencari hasil laut dan

    upacara yang berkait rapat dengan kepercayaan kerohanian. Alat muzik

    ialah gendang daripada

    kulit haiwan dan tiupan daripada daun atau buluh.

    7. Pergerakan Kreatif Kanak-kanak menggabungkan elemen-elemen

    pergerakan iaitu :

    a) Elemen Tubuh Badan: merangkumi bahagian luaran tubuh seperti

    kepala, bahu , kaki dan

    tangan. Contoh pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai

    tangan. Penggunaan tubuh

    badan melatih kanak-kanak menjelajah ruang persembahan secara kreatif.

    b) Elemen Ruang : merangkumi ruang am, ruang dir i , aras dan arah.

    Ruang amialah ruang

    pentas, padang atau bilik. Ruang dir iialah pergerakan kreatif merujuk

    kepada ruang yang

    digunakan. Ruang arasmerangkumi rendah, sederhana dan tinggi.

    Ruang arahpula merangkumi

    ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas. Justeru, dapt

    melatih imaginasi dan kreativiti

    kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta

    gambaran mental dan

    mengamati dunia visual.

    c) Elemen Masa : merangkumi tempo , rentak, pola beritma, aksen dan

    jangkamasa. Tempo

    merujuk pada kelajuan muzik iaitu cepat atau perlahan. Rentak merujuk

    pada ukuran masa. Pola

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    22/26

    beritma merujuk pada suatu pergerakan atau bunyi dalam jangka masa

    yang berubah, aksen

    merujuk pada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan

    sebelum atau selepas.

    Jangkamasa merujuk pada pendek atau panjang setiap rentak

    pergerakan.

    d) Elemen Daya : merangkumi pergerakan perkusi f(bertenaga kuat),

    pendular(berayun), staccato

    (terputus-putus), bergetar(menggigil), meruntuh(lemah dan tidak

    bertenaga),dan kawal lambat

    (dikekalkan dalam tempo panjang).

    8. Rangsangan dalam aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak ialah :

    a) Muzik : memberi mood dan emosi gembira, sedih, marah dan takut

    b) Props : memahami hubungan objek, ruang dan diri sendiri. Contohnya;

    reben, bola dan gelung.

    9. Kaedah merancang aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak

    ialah :

    a) Kaedah latihan profesional : menjemput jurulatih, membuat demonstrasi,

    latihan, pratonton dan

    persembahan.

    b) Kaedah menonton persembahan : menonton persembahan di panggung,

    perbincangan, improvisasi

    gerakan, analisis gerakan, latihan penuh, pratonton, persembahan.

    c) Kaedah tayangan video : memilih jenis tarian atau pergerakan,

    menyatakan tujuan tayangan,

    penyoalan secara umum, penyoalan tentang video, kanak-kanak meniru

    gerakan, memberi pujian

    kepada kanak-kanak, kanak-kanak menyatakan perasaan, guru membuat

    rumusan.

    Unit 11 : Pengajaran Drama Kanak-kanak

    1. Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan berdasarkan

    pengalaman kanak-kanak

    melibatkan dialog, gerakan dan pemikiran yang menyeluruh. Drama

    adalah untuk perkembangan

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    23/26

    imaginasi dan kreativiti serta menunjukkan ekspresi kanak-kanak.

    2. Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkatkan kemahiran so sial

    dan emosi .

    3. Jenis-jenis drama ialah :

    a) Drama kreatif: berbentuk permainan dan berlaku secara spontan

    untuk menggalakkan

    perkembangan imaginasi, krreativiti dan konsep kendiri kanak-kanak.

    b) Drama dalam pendid ikanmerangkumi

    i) impovisasi: secara spontan berdasarkan situasi,alatan, kostum,

    gambar dan watak. Contoh,

    gambar polis dan murid melakukan aksi polis

    ii) pantomin: seorang atau kumpulan membaca skrip lakonan

    manakala seorang atau

    kumpulan lain berlakon berdasarkan skrip lakonan yang dibaca.

    iii) memos: lakonan bisu yang disampaikan melalui mimik muka dan

    pergerakan anggota badan

    yang dapat melatih kanak-kanak memahami dan menaakul

    pergerakan anggota badan.

    Contoh, menggosok gigi.

    iv) main peranan: guru mereka situasi manakala murid-murid

    melakonkan situasi itu. Contoh,

    ahli bomba datang untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan

    mangsa.

    v) simulasi: mewujudkan situasi secara bertulis atau lisan. Kanak-

    kanak kenalpasti masalah,

    peranan watak dan tempoh masa. Contoh, melakonkan watak guru

    dan murid yang bergaduh.

    vi) boneka: menyediakan boneka dan skrip. Skrip daripada cerita baru

    atau buku. Boleh

    dikendalikan atas pentas atau tanpa pentas.

    vii)teater membaca: Teknik teater dan membaca digabungkan iaitu

    nada dan intonasi

    berdasarkan cerita yang dibaca.

    viii)teater bercerita: Menggabungkan teknik teater dan bercerita.

    4. Kepentingan pengajaran drama kanak-kanak adalah untuk :

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    24/26

    a) Kemahiran berf ik ir: Membina kebolehan kanak-kanak dalam

    pemikiran dan kefahaman.

    Kanak-kanak menjelajahi dan mencari jalan untuk menyelesaikan

    masalah. Mengambil risiko

    dan mencuba sesuatu.

    b) Mempert ingk atkan Kreativ i t i : Memberi fokus kepada sifat kreatif dan

    ekspresif yang

    memerlukan mereka berfikir dalam menghayati watak, melihat sesuatu

    dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan.

    c) Meningkatkan imaginasi kanak-kanak : Kanak-kanak

    berimaginasi dalam minda bawah sedar

    dan sukar dibuktikan secara logik.

    5. Kaedah merancang aktiviti pengajaran drama :

    a) Kaedah demostrasi: menentukan jenis drama, menyatakan tujuan,

    melaksanakan, bersoal-jawab tentang drama, minta kanak-kanak

    mengulangi aksi drama, memberi pujian, kanak-kanak

    menyatakan pandangan, guru membuat rumusan.

    b) Kaedah tayangan v ideo: menentukan drama, menyatakan tujuan,

    menayangkan video, bersoal- jawab, minta kanak-kanak mengulangi aksi

    video, memberi pujian, kanak-kanak menyatakan

    pandangan, guru membuat rumusan.

    c) Kaedah penyelesaian masalah: mereka satu situasi, bersoal-jawab

    tentang situasi, minta kanak -kanak berlakon berdasarkan situasi, memberi

    pujian, kanak-kanak menyatakan pandangan, Guru membuat rumusan.

    Unit 12 - Penilaian Dalam Seni

    1. Penilaian Seni adalah untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan

    artistik kanak-kanak.

    Guru sebagai pemerhati, perekod dan penilai yang merangkumi

    pemerhat ian, hasi l kerja senidan

    penceritaan.

    2.. Prosedur-prosedur dalam penilaian ialah :

    a) pemerhatian

    b) merekod pemerhatian

    c) merekod perkembangan

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    25/26

    d)menyimpan rekod dan hasil seni

    e) mengumpul dan menyemak hasil seni dalam portfolio

    penglibatan dan kemajuan kanak-kanak dalam aktiviti seni.

    3. Kepentingan penilaian seni ialah :

    a) Memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak.

    Proses seni adalah lebih penting daripada produk akhir. Contohnya, untuk

    mengenal perkembangan art ist ikialah pemerhatian semasa menjalankan

    aktiviti melukis. Untuk mengenal perkembangan ekspresi kreat i f ialah

    semasa membuat binaan dengan menggunakan plastisin.

    b) Mencatatkan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak : Dicatat, direkod

    dan dirakam. Setelah

    mengumpul data pemerhatian, guru membuat laporan.

    c) Mengambil tindakan dan membantu kanak-kanak : Guru akan

    mengambil tindakan untuk membantu kanak-kanak dalam perkembangan

    kreativiti dan artistik. Guru menyediakan manual melukis dan tayangan

    video persembahan muzik, lagu, drama, nyanyian, tarian dan pergerakan

    kreatif.

    4. Peranan guru dalam proses penilaian:

    a) Sebagai pemerhati

    b) Sebagai perekod

    c) Sebagai penilai

    5. Merancang aktiviti penilaian :

    a) Peringkat perancangan : menentukan objektif dan menentukan

    prosedur penilaian.

    b) Peringkat pelaksanaan : Merakam apa yang dicakap oleh kanak-kanak

    termasuk isyarat

    nonverbal seperti ekspresi wajah, postur badan dan pergerakan. Guru

    perlu mengelak memberi

    komen.

    c) Peringkat penilaian : Dalam catatan perlu ada tarikh, masa dan

    peristiwa aktiviti seni.

    d) Peringkat dokumentasi : mengumpul, menjaga dan menyemak kembali

    portfolio yang

    disertakan dengan tarikh dan urutan hasil kerja seni tersebut.

  • 5/28/2018 Nota Ekspresi Kreativiti Kanak (1)

    26/26

    6. Melaksanakan aktiviti penilaian seni kanak-kanak :

    a) Rekod anekdo t: Rekod ringkas mengenai peristiwa atau tingkah laku

    kanak-kanak. Rekod ini

    mengandungi catatan tentang sesuatu peristiwa, masa dan tempat

    semasa pemerhatian

    dilaksanakan.

    b) Senarai semak: Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

    perkembangan kemahiran

    kanak-kanak. Digunakan untuk memerhati perkembangan kemahiran,

    sikap dan nilai kanak-

    kanak.

    c) Skala kadar : Mengenal pasti darjah pencapaian kanak-kanak dalam

    suatu aktiviti. digunakan

    untuk menilai dan merekod kemahiran dan tingkah laku kanak-kanak.

    d) Carta penyertaan : Merekod pencapaian dan penglibatan sekumpulan

    kanak-kanak dalam

    sesuatu aktiviti pada yang sama