kreativiti dan seni kanak kanak

47
Kemaskini 1 Disember 2009 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jan 2011 MODULPENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH PSV3103 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Upload: saidatun-atikah-said

Post on 31-Dec-2014

170 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

Kemaskini 1 Disember 2009

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jan 2011

MODULPENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH

PSV3103

KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Page 2: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

Cetakan Jan 2011 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

Kemaskini 1 Disember 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafal Pendidikan Guru i Kata-Alu-aluan iv Panduan Pembelajaran v Pengenalan vii Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) viii Tajuk 1 Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak 1

1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Tajuk 1.4 Kandungan

Tajuk 2 Kreativiti, Estetika Dan Ekspresi Visual 16

2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka Tajuk 2.4 Kandungan

Rujukan 37 Panel Penulis Modul 40 Panel Pemurni Modul 41 Ikon Modul 42

KANDUNGAN MUKASURAT

Page 4: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

Kemaskini 1 Disember 2009 v

PENGENALAN Modul panduan pembelajaran ini disediakan bertujuan membantu pelajar

melengkapkan diri untuk menguasai ilmu dan kemahiran Kreativiti dan Seni

Kanak-Kanak . Kandungan buku ini terbahagi kepada dua tajuk iaitu :

i. Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak

ii. Kreativiti, Estetika Dan Ekspresi Visual

Setiap tajuk mengandungi beberapa aktiviti sebagai

pengukuhan pembelajaran. Pelajar boleh menggunakan kemudahan

Pembelajaran Melalui Talian(OLL) sebagai input tambahan serta

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pembelajaran secara ekses

kendiri dan perbincangan bersama rakan atau pensyarah juga membantu

pelajar untuk menjawab soalan tugasan. Pelajar perlu menyiapkan tugasan

aktiviti yang diberi dalam tempoh yang ditentukan.

Kandungan pembelajaran anda penting didokumentasikan untuk

tujuan refleksi kendiri. Pelajar juga perlu mengikuti setiap topik dalam buku ini

mengikut urutan agar berlaku perkembangan ilmu yang sistematik.

Page 5: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

Kemaskini 1 Disember 2009 vi

AGIHAN TAJUK (PSV3103) Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

Bil. Tajuk/Topik Jum.

Jam1 Latar Belakang Teori Perkembangan

Pengutaraan Tampak Kanak-kanak

6

2 Tokoh-tokoh Pendidik dan Pengkaji Lukisan Kanak-kanak

6

3 Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak

6

4 Imaginasi dan Kreativiti Kanak-kanak

6

5 Kreativiti, Estetika Dan Ekspresi Visual

9

6 Rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan Kanak-kanak

6

7 Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak

3

8 Apresiasi Hasil Seni 3 Dimensi Kanak-kanak

3

JUMLAH

45

Page 6: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

1.1 Sinopsis

Tajuk ini merangkumi peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak. Topik-topik kursus ini meliputi latar belakang teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak, peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, estetika dan ekspresi visual, rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak, apresiasi hasil seni 2 dimensi kanak-kanak dan apresiasi hasil seni 3 dimensi kanak-kanak.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Menganalisis ciri lukisan kanak-kanak berdasarkan peringkat perkembangan fizikal, emosi, rohani, sosial, mental dan estetik.

2. Membanding beza peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak mengikut

pandangan tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

3. Mengaplikasikan rangsangan lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan.

4. Membuat apresiasi dan menghargai lukisan kanak-kanak

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

TAJUK 1 PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK‐KANAK 

Peringkat Perkembangan

Lukisan

Herbert Read

Vicktor Lowenfeld

Laura H.Chapman

Page 7: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

1.4 Kandungan

Pengenalan

Tajuk Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak merupakan kesinambungan dari tajuk satu dan dua PSV3103. Semasa sesi tutorial di IPG, anda telah menyenaraikan kekuatan beberapa teori yang merupakan latar belakang yang memberi sumbangan atau memainkan peranan terhadap teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak. Anda juga telah menganalisis tumpuan setiap Tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak dan menghubungkaitkan kurikulum PSV KBSR dengan pandangan tokoh-tokoh tersebut. Manakala tajuk ini lebih menumpukan kepada pendapat tiga tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak iaitu Herbert Read, Viktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. Pendapat tiga tokoh ini akan dihuraikan secara terperinci berkaitan kajian mereka mengenai peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Perbincangan akan meliputi beberapa faktor yang mempengaruhi peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak tersebut seperti faktor budaya,sosial dan

persekitaran. Untuk modul ini, anda juga akan menghuraikan salah satu peringkat dari aspek budaya, sosial, persekitaran dan sebagainya serta membuat perbandingan secara terperinci peringkat-peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut pandangan tiga tokoh tersebut.

Herbert Edward Read

Nama penuh : Herbert Edward Read

Tarikh Lahir : 4 Disember 1893

Tempat Lahir : Kirkbymoorside, North Yorkshire.

Pekerjaan : Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan Sastera.

Bangsa : Inggeris

Meninggal dunia : 12 Jun 1968

Sumber 

:http://en.wikipedia.org/wiki/File:Herbert_Read_1958 

Page 8: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

Sejarah awal Read dalam bidang seni

Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni. Aktif dalam membincangkan tentang seni moden British bersama dengan Paul

Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth. Menjadi rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash. Menjadi seorang professor seni halus di University of Edinburgh (1931 –

1933). Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada 1936

dan editor majalah Surrealism. Latar belakang keadaan masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada zaman 1920an-1930an di UK Peranan National Society of Art Masters(NSAM) dan Art Teacher Guild(ATG) NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka bentuk, pengikhtirafan kompetensi

akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan. ATG: Lukisan kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan

Kanak-kanak. Mengalakkan kreativiti individual kanak-kanak. Kreativiti berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti, dan kespontanan.

Mengikut Frank Cizek setiap individu kanak-kanak mempunyai kreativiti yang tersendiri dan patut diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri.

Seperti Cizek, Read memberi hujahan bahawa sistem pendidikan itu yang menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti, dan kespontanan kanak-kanak pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu melibatkan kanak-kanak umur 10 tahun dalam pendidikan yang begantungkan intellek dan mengabaikan kespontanan dan kreativiti kanak-kanak. Read menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read menggunakan rujukan seni advant gard.

Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial politik antara golongan yang kaya

dan golongan pertanian. Seni telah menjadi sesuatu kepunyaan golongan kaya. Read terus mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap individu yang secara kolektifnya akan membawa ke kehendak sosil masyarakat. Read menulis tentang “Pendidikan Melalui Seni”. Persamaan simbol dan imej universal dalam lukisan digunakan sebagai alat untuk komunikasi dan seterusnya pendidikan kepada semua dalam komuniti.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak

Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan beriringan pertamanya semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avant-garde.

Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang penting; hujah mengenai intisari ‘pra-logikal’ dalam kreativiti avant-garde boleh disokong dengan rujukan kepada keadaan yang nyata dalam seni purba dan lukisan kanak-kanak.

Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Mengabungkan falsafah ahli

Page 9: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

Psyikologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. Maka Read membantahkan sistem pendidikan seni yang merupakan replikasi kepada reality. Pada Read yang lebih penting juga adalah untuk mengeluarkan saranan baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada.

Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat perjuangannya terhadap avant-garde.

Bincangkan bagaimanakah pengalaman persekitaran dan sosial budaya seseorang kanak-kanak itu dapat membantu perkembangan lukisan mereka? ( 60 minit )

Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah

Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu untuk memperlihatkannnya dalam perlambangan.

"Art is an attempt to create pleasing forms"

Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan persepsi

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 10: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolic lukisan-kanak-kanak berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak

Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti, dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-garde orang dewasa.

Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan avant-garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu

Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi maksud yang tersirat.

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 11: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

Cuba anda fahamkan pandangan Vicktor Lowenfeld mengenai peringkat perkembangan artistik kanak-kanak .

VIKTOR LOWENFELD

Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak.

Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik.

Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh.

Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh diaktifkan melalui cara-cara yang mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secar serentak.

Aksi kanak-kanak,objek yang knokrit, tajuk/isikandungan yang sesuai akan menggalakkan lukisan, pengutaraan tampak, pembelajaran,perkembangan dan tumbesaran.

Berdasarkan tiga lukisan kanak-kanak di atas nyatakan kenapa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. ( 60 minit )

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 12: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

Faktor faktor luaran seperti sosial budaya, alam persekitaran, latar belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap pengutaraan kanak-kanak

Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan

koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan

badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan

Contoh : Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan

mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi.

Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek diualang-ulangkan dengan cara yang sama.

Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.

Contoh :Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas

lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong.

Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

Page 13: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara

realistik dan teliti dengan butir-butiran. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula

menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini

menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan

Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan

Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di

hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya

dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek

Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Cuba anda buat catatan ringkas mengenai ciri-ciri lukisan kanak-kanak mengikut enam peringkat umur berdasarkan kajian yang dibuat oleh Vicktor Lowenfeld. ( 60 minit )

Peringkat Umur

Ciri-Ciri Lukisan

2 – 4 tahun

4 – 7 tahun

7 – 9 tahun

Page 14: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

 

9 – 12 tahun

12 – 14 tahun

14 – 17 tahun

Contengan Tidak Terkawal

(20 bulan) oleh Mohd Shazlee Amir

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Azam

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 15: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

10 

 

Lukisan Kanak-kanak Usia 7- 9 tahun oleh Nur Aliffah Shazelee

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Ariff

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 16: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

11 

 

Lukisan Kanak-kanak Usia 12-14 tahun oleh Mohd Shazlee Amin

1. Nyatakan dua sebab yang menyekat proses perkembangan kreativiti kanak-kanak mengikut Vicktor Lowenfeld.

2. Bincangkan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat membantu perkembangan kreativiti dan artistik murid tahap satu dan tahap dua di sekolah rendah.

( 60 minit )

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Page 17: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

12 

 

LAURA H. CHAPMAN

Sumber : The Department of Art Education, The College of the Arts, The Ohio State University http://arted.osu.edu/departmentNews/?q=node/47 

Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolah-sekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program-program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois dan University of Cincinnati.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman

Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya)

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.

Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.

Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Page 18: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

13 

 

Tahap Perkembangan Kreativiti

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.

Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.

Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Page 19: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

14 

 

(Sumber: Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak OUM )

Dalam siri buku “Discover Art”, Chapman telah memberi contoh setiap pelajaran yang mengikut lankah berikut:

1. Pemerhatian

2. Penerokaan

3. Penghasilan

4. Apresiasi

Bincangkan persamaan dan kelainan langkah-lankah ini dengan yang disarankan dalam organisasi sukatan pelajaran KBSR

Terangkan dengan contoh bagaimana seorang guru dapat mereka aktiviti kelas untuk tujuan berikut

1. Untuk murid-murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang singkat.

2. Untuk murid-murid membuat penerokaan yang melibatkan kreativiti

3. Untuk murid menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya dengan tertib kerja dan tata cara berkerja.

4. Untuk murid membuat apresiasi secara mudah.

Cuba anda buat perbandingan secara terperinci peringkat-peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut pandangan Herbert Read,Vicktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. ( 60 minit )

Tahap Perkembangan Kreativiti ( Proses Artistik ) Laura H. Chapman

Terbahagi kepada 2 fasa, iaitu:

1. Pewujudan idea

2. Perkembangan dan penghalusan idea

Bincangkan tahap perkembangan kreativiti (Proses Artistik) lukisan kanak-kanak menurut pandangan Laura H. Chapman. ( 60 minit )

Page 20: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

15 

 

Rumusan:

Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan latarbelakang teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.Maklumat mengenai mengapa kanak-kanak melukis dan memahami lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya mempunyai interpretasi dan makna yang tertentu.Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak juga kebiasaannya merupakan satu cara untuk kita mengenalpasti proses perkembangan minda dan kreativiti mereka. Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kita untuk mengadakan aktiviti untuk menggalakkan perkembangan artistik kanak-kanak dan kita boleh juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka dengan rakan yang sebaya supaya pengalaman mereka dapat dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran yang berfaedah.

Latihan 1.1

Kumpulkan lukisan kanak-kanak tahap satu dan tahap dua dari sekolah anda. Huraikan ciri-ciri lukisan tersebut. Adakah lukisan yang menunjukkan ciri seperti yang dinyatakan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain. Terangkan, dengan contoh lukisan tersebut, faktor-faktor yang memberi kesan kepada lukisan kanak-kanak tersebut. Sebagai seorang guru pendididikan seni visual, jelaskan dengan sokongan rujukan, bagaimana anda dapat memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi, intellek dan estetik untuk menggalakkan lukisan murid tahap satu dan tahap dua. Dengan rujukan kepada Lowenfeld dan Brittain, beri tumpuan anda kepada tema/kandungan, alat dan bahan, olahan ruang. Cuba hubungkaitkan tumpuan anda dengan faktor budaya, sosial dan persekitaran. Bincangkan bagaimana anda menghadapi cabaran yang anda temui disekolah.

.............................................................................................

................................................................................................

................................................................................................

...................................................................................................

................................................................................................

Page 21: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

16 

 

................................................................................................

...................................................................................................

................................................................................................

................................................................................................

................................................................................................

................................................................................................

( 60 minit )

Latihan 1.2

Reka satu aktiviti untuk murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang sengkat bagi sesi Menggambar. Nyatakan pertimbangan-pertimbangan yang diperlukan untuk reka bentuk aktiviti tersebut.

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Peringkat Perkembangan

Lukisan Kanak-Kanak dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut

terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan

rakan-rakan.

( 1 jam )

Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

Page 22: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

17 

 

TAJUK 2

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

2.1 Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan tentang huraian konsep-konsep kreativiti, estetika,

ekspresi visual kanak-kanak dari beberapa tokoh dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

Perhatian diberi kepada aspek kajian kepada konsep-konsep yang diketengahkan.

2.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1 Menjelaskan konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual

1.2.2 Menghurai ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekpresi visual dan faktor yang

menghalang kreativiti kanak-kanak

1.2.3 Menjelaskan kepentingan proses kreativiti dan artistik

1.2.4 Membandingkan pendapat beberap tokoh tentang kreativiti, estetika dan

ekspresi

2.3 Kerangka konsep tajuk modul ini. KOH 2.4 Kandungan

TOKOH‐TOKOH 

KONSEP 

KREATIVITI 

KONSEP 

ESTETIKA 

KONSEP     

EKSPRESI 

VISUAL 

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

PROSES KREATIVITI

DAN ARTISTIK

Page 23: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

18 

 

Pengenalan Tajuk Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual merupakan kesinambungan dari tajuk 6

Imaginasi dan Kreativiti kanak-Kanak. Semasa sesi interaksi bersemuka, anda telah

didedahkan dengan pelbagai ragam gaya lukisan kanak-kanak merangkumi ciri lukisan

kanak-kanak, watak-watak dan gaya bahasa kanak-kanak menerusi analisis lukisan yang

telah anda laksanakan. Apa yang anda perolehi itu kesemuanya adalah petunjuk kepada

ekspresi visual kanak-kanak berdasarkan imaginasi serta daya kreativiti kanak-kanak.

Hasil lukisan kanak-kanak itu mempunyai nilai estetiknya tersendiri. Kesinambungan

daripada tajuk itu kita akan menumpu secara lebih spesifik kepada konsep seperti

kreativiti, estetika dan ekspresi visual seperti yang dinyatakan.

Kreativiti (Senario Guru di Sekolah Pendalaman) :

Dalam sebuah artikel mengatakan; Ada sebuah sekolah di pendalaman negeri

Sabah, guru menggunakan daun keladi sebagai menggantikan kertas lukisan

semasa menjalankan kelas seni . Ini berikutan kesukaran guru mendapatkan

sumber bekalan kertas lukisan kerana kedudukan sekolah agak jauh dari pekan.

Guru berkenaan terpaksa berkorban masa saban minggu untuk mengumpul

helaian daun keladi di sekitar kampung untuk dibawa ke sekolah.

Merujuk kepada senario di atas, adakah anda pernah mengambil tindakan yang

serupa bila berhadapan dengan masalah ? Bolehkah kita mengatakan guru

berkenaan sebagai guru yang kreatif ? Bagaimana pula jika anda mendapati

pelajar di sekolah anda suka mencipta roket kertas ? Bolehkah anda mengatakan

pelajar anda pelajar yang kreatif ?

Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud

“membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud

“memenuhi”. Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan

daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran

kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran

kreatif mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang

Page 24: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

19 

 

sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil

ciptaan yang baru dan lebih baik daripada yang sebelumnya.

Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud

berfikir di luar kotak. Ia juga berkait dengan keupayaan seseorang menyelesaikan

masalah. Kathy Goff, dalam. http://www.creativitycentre.com/Ret.2001,

mengatakan pemikiran kreatif itu melewati imaginasi kita untuk mencipta idea-idea

baru. Ia adalah gaya hidup, sifat personaliti seseorang, cara melihat dunia dan

cara kita berinteraksi dengan sesuatu. Dalam sebuah laporan 'All our futures:

Creativity, Culture and Education', the National Advisory Committee's report

(DfEE, 1999). Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri ; pertama yang

Jika anda boleh mendefinisikan kreatif dengan cara metafora, apa yang boleh anda kata dan mengapa ?

Contoh : Kreativiti seperti kucing mengejar ekornya.

Dalam tindakan kita mencipta atau menyelesaikan masalah cara kreatif kita sering memusing keliling seperti dalam bulatan yang tiada penghujungnya bagi mendapatkan idea. Kadang kala jawapan atau penyelesaian itu betul sebelum kita sedar tapi sayang kita tidak melihatnya. Jadi untuk mendapatkan penyelesaian, himpunkan cebisan-cebisan yang tertinggal, selesaikan masalah. Apa yang perlu, kita harus melihat sesuatu yang sering kita lihat itu dengan cara baru dan berlainan.

http://www.uwsp.edu/education/lwilson/creativ/define.htm-Dikeluarkan pada 28/8/09

Kreativiti pada dasarnya ialah satu bentuk penyelesaian masalah. Tapi ia adalah sejenis penyelesaian masalah yang istemewa – suatu yang melibatkan masalah yang mana tiada jawapan mudah : iaitu masalah yang popular atau biasa tapi sukar untuk diselesaikan. Kreativiti melibatkan penyesuaian dan kemudahlenturan/fkelsibeliti pemikiran. Inilah satu-satunya kemahiran yang banyak dalam laporan pendidikan.(Contoh : Laporan Carnegie 1986) yang dicadangkan dan kritikal bagi pelajar. Sumber : http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.html- Dikeluarkan pada 28/8/09

Page 25: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

20 

 

melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif. Kedua ialah aktiviti imaginatif

(penghayalan) yang bertujuan, iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif.

Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original). Keempat ialah nilai

yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan itu. Laporan ini juga mengatakan

bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi berkurang atau lebih jika diberi

peluang.        

 

Aktiviti 1 :

 

               Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan

aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang

membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar

kotak). Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir

seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu. 

Aktiviti 2 :

Beri satu contoh anda berfikir di luar kotak bila mana sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan di bilik darjah ?

( 30 minit )

David Peat – Creativity and Education dalam http://www.paricenter.com /library/paper/peat19.php, mengatakan : “ I would argue that there can be no program, no system of training or education for creativity. Whatever definition or boundry we draw around it, something else that is totally creative will emerge in a different place. Creativity is not a skill, it is not a sort of muscle of the brain, or a technology of the mind. Creativity makes use of knowledge and skill but that is not where its roots lie”.

“Creativity has been considered in terms of process, product or person (Barron and Harrington, 1981) and has been defined as the interpersonal and intrapersonal process by means of which original, high quality, and genuinely significant products are developed”.

Dipetik dari sumber :http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.html- dikeluarkan pada 28/8/2009,

Page 26: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

21 

 

Setelah anda menyambung titik tersebut , adakah anda menyedari tindakan kreatif

anda itu? Tahukah anda apakah ciri-ciri individu kreatif tersebut ?

Berikut adalah antara ciri-ciri individu kreatif.

Uji pemikiran kreatif anda, cuba sambungkan kesemua sembilan titik

hitam yang terdapat dalam rajah di bawah ini dengan tidak melebihi

empat garis lurus tanpa mengangkat pensil.

( 30 minit )

Bersifat fleksibel

Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam apa-apa keadaan.

Sensitif dan peka

Sensitif menggunakan deria dan alam sekeliling

Idea asli / Tulen

Cetusan idea yang asli , membuat kerja mengikut cetusan rasa bukan cedokan.

Bersifat terbuka

Mengambil perhatian, membuat pertimbangan, menganalisis, menerima pandangan dan pendapat orang lain.

      

 

 

        

Page 27: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

22 

 

Bandingkan idea / pandangan pakar-pakar berikut mengenai kreativiti ;

E. Paul Torrance

Pencipta kepada “Torrence Test of Creative Thinking” iaitu satu kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang. Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu : Penyoalan, Penemuan, Pemerhatian, Percubaan, Penerokaan, Memanipulasi, Aktiviti bermain

June King McFee

Melihat bahawa kreativiti seseorang mampu dirobah bagi melahirkan satu idea yang baru.

Carl Rogers

Melihat bahawa faktor kesihatan adalah menjadi asas kepada menjadi manusia kreatif: keterbukaan kepada pengalaman, menikmati keindahan, Menghargai diri, Mengamalkan kebebasan

Victor Lowenfeld

Pakar ini percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Melihat kreativiti pada seorang murid boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan

Guilford

Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180 kebolehan (termasuk kreativiti) dalam dimensi operasi, kandungan dan hasilan http://www.en.wikipedia.org/wiki/jpguildford#bibliography

Alexander Osborne

Pengasas kepada Creative Problem Solving (CPS). Banyak mengutarakan model-model pemikiran produktif. Menganjurkan sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif melalui model CPS. Perluasan Kaedah kreatif: Membesarkan, mengecilkan, membanyakkan, mengurangkan,mengubahsuaikan menukar kedudukan. Kaedah kreatif Alexander Osborne akan disentuh dengan lebih terperinci dalam kursus yang akan datang

 

Logik

Berfikir secara logik dan rasional.

Berfikiran bebas

Mempunyai daya fikir yang tidak terkongkong

Page 28: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

23 

 

Aktiviti 3 :

Pada pandangan anda apakah yang menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak ? ( 30 minit )

Meransang Kreativiti

Cuba anda ikuti keterangan di bawah : Antara strategi yang dapat dilakukan

untuk merangsang ke arah pemikiran kreatif ialah melalui kaedah sumbangsaran

(Brainstorming). John Baer (1997) menggariskan 4 panduan utama semasa

menjalankan sesi sumbangsaran . Cuba anda teliti 4 strategi di bawah ini.

Aktiviti 4 :

Pada fikiran anda apakah bentuk ransangan yang boleh anda lakukan untuk murid-murid anda di sekolah, khasnya murid-murid di tahap 1 dan 2? ( 30 minit )

Strategi Ketiga. Main peranan sebagai guru untuk menjelaskan kepada murid-murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan meniru cara yang telah sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses seterusnya.

Strategi Pertama. Elakkan daripada membuat penilaian awal terhadap pemikiran murid-murid semasa proses awal sumbangsaran. Tindakan ini boleh membantutkan keyakinan dan usaha murid-murid untuk menyalurkan idea-idea kreatif mereka.

Strategi Kedua. Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana, apabila idea dan saranan dihakimi oleh individu atau kumpulan ianya akan menerbitkan perasaan ego maka kerjasama dalam kalangan murid akan berkurang. Sekiranya keadaan sebegini berlaku, biasanya akan wujud suasana tegang dalam kalangan murid kerana mereka akan cuba mempertahankan idea mereka dan secara tidak langsung akan berlaku kesukaran pada guru untuk memperbaiki idea tersebut.

Strategi Keempat. Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa daripada murid walau pun terkeluar idea yang tidak masuk akal. Galakan sebegini dapat merangsang murid berfikir di luar daripada kemampuan. Ini supaya murid dapat melahirkan idea yang menarik, jika tidak, idea hanya bersifat konvesional / biasa sahaja.

Page 29: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

24 

 

Fisher,R(2006) soalan untuk merangsang kreativiti boleh dirangkum dalam kumpulan huruf CREATE seperti:

Terangkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan rujukan ini dalam merangsang kreativiti kanak-kanak semasa membuat corak. Sumber:http//www.teach thinking.net

Proses Kreativiti dan Artistik Seperkara yang sangat signifikan dalam konteks pembelajaran seni,

khususnya dalam aktiviti melukis ialah “proses artistik”. Proses artistik ialah proses

penghasilan karya. Proses artistik memberi kuasa tujuk kepada guru pendidikan

seni bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea (proses kreativiti)

berdasarkan pemerhatian dan pengamatan mereka.

Laura H. Chapman di dalam bukunya Approach in Art Education (1978),

menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir

sama dalam proses penghasilan karya (proses artistik). Chapman juga menjelaskan bahawa

proses artistik itu adalah tidak rigid dan bersifat boleh ubah dari segi kaedah dan

tekniknya. Bagaimana pun beliau menyarankan prosesnya melalui tiga langkah seperti di

bawah :

I

Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Pengkarya/Pelukis menetapkan objektif dan hala tuju menghasilkan karya. Ini bergantung kepada idea / sumber idea yang datang kepada pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil masa yang agak lama.

II

Pengolahan/Pemurnian Idea (Elaboration & Refinement)

Peringkat penghalusan atau pemurnian idea. Ini dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan benar-benar menepati tema atau tujuan dan untuk memperolehi hasil terbaik. Peringkat ini biasanya diulang beberapa kali.

III

Kemahiran Mengguna Bahan (Execution in a Medium)

Pengkarya menentukan bahan yang sesuai untuk berkarya. Pemilihan bahan memberi kesan kepada hasilan karya dan jangkamasa menyiapkan karya.

Combine/Connect Rearrange Eleminate Adapt Try another use Extend

Page 30: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

25 

 

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah proses artistik adalah

merujuk kepada aturan berikut :

Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik

umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah

kepada siapnya sebuah hasil karya. Dalam hal ini pelajar sebenarnya telah

melalui satu proses di mana mereka membuat pemerhatian , meneroka,

menganalisa, menilai secara kritis serta menghasilkan karya , kemudian

menghargai hasil kerja seni mereka sendiri. Secara tidak langsung ini dapat

meningkatkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai artistik/estetika pada

sesebuah karya.

Aktiviti 5 :

i) Rakan A :______________________________________________________

ii) Rakan B : _____________________________________________________

iii) Rakan C : _____________________________________________________

Perlukah anda membimbing pelajar anda dalam menjana idea? Mengapa ? Bincangkan bersama rakan anda. Beri contoh bagaimana guru memudahcara supaya murid dapat menjana idea. ( 60 minit )

1 Pemerhatian

2 Penerokaan

3 Penghasilan

4 Apresiasi

Page 31: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

26 

 

Konsep Estetika

Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk

kepada perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering

dikaitkan dengan hasil karya seni, atau pada sesuatu yang ada nilai seninya. Bagi

sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau cantik. Dalam Bahasa

Inggeris disebut beautiful. Mampukah untuk kita mengukur keindahan atau

kecantikan itu ?. Cuba anda amati hasil karya di bawah :

Reformasi Series 1999 – Karya CatanZulkifli Yusoff . Sumber: The Art Gallery Penang 

Sumber : Student Art Gallery http://azarted.org/gallery.asp.dikeluarkan pada.26/07/08 

Lukisan Dayang Ai  Bt HamzahUmur : 6 Tahun/2009 Sumber : Tadika Sri Murni  IPGM Kampus Tawau 

Page 32: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

27 

 

Aktiviti 6 :

Berdasarkan pengamatan anda kepada empat hasil karya di atas, cuba jawab soalan di bawah. ( 60 minit )

i) Pada pandangan anda karya manakah yang lebih menarik ?

ii) Adakah karya itu mempunyai nilai estetika?

iii) Beri justifikasi kepada jawapan anda.

Ikuti keterangan seterusnya ; Secara lebih lanjut, dalam memahami konsep estetika,

usahawan seni Rahimie Harun (2004) mendefinisikan estetika dengan rumusan berikut:

Menurut beliau setiap hasil kerja seni mempunyai nilai seninya tersendiri . Nilai itu terbit

daripada gabungan keunikan beserta pelbagai elemen seni visual lain seperti rupa, bentuk,

jalinan (estetik) disertai dengan asimilasi idea, konteks, sejarah, antropologi, emosi dan

sebagainya. Dapatkah kita menentukan nilai hasil kerja seni murid-murid kita ?

Aktiviti 7:

Unique + A2 = Value

Aesthetics Asimillation 

Page 33: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

28 

 

Konsep estetika dalam seni seperti pendapat ahli kaji purba Jerman, Winckleman,

dianalisis oleh Rasilan Johnny @ Roslan (1999), Winckleman menggabungkan pemerhati

dan objek yang diperhatikan untuk tujuan mengenal atau menyedari keindahan. Walau

bagaimana pun Winckleman lebih memberikan tumpuan kepada pemerhati kerana

menurutnya jika tidak ada pemerhati, objek atau sesuatu benda itu tidak indah. Oleh itu

apa yang indah adalah apa yang difikirkan , diberi reka bentuk dan diusahakan. (Sila rujuk

Teks Pendidikan Seni Visual dan Muzik – Editor Mohd Johari Ab Hamid, 2004)

Menurut pandangan Al Ghazali, keindahan ialah nikmat yang tersendiri,

yang dihayati keranaNya dan bukan kerana tujuan yang lain. Keindahan tiap-tiap

satu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya.

Justeru itu, cetusan rasa keindahan yang diamati secara luaran adalah pada

Cuba anda perhatikan karya di bawah. Dapatkah anda mengesan aspek estetika bagi kedua-dua karya ini? ( 60 minit )

A painting by artist Miquel Barcelo at the Spanish pavilion Picture: AFP/GETTY Sumber : http://www.telegraph.co.uk/culture/culturepicturegalleries 

Sumber : Gambarfoto Laman Arca 

UPSI Tahun 2002 

Page 34: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

29 

 

tahap yang dialami oleh kanak-kanak dan haiwan manakala rasa keindahan yang

timbul dari dalam diamati oleh mata hati dan cahaya penglihatan batin manusia

terdiri dari mereka yang dewasa.

…Beauty is not something that "exists" objectively but something that "is felt." Some element existing in the object gives the subject an emotional stimulation that is felt by the subject as beauty. Then, what is this element that stimulates the subject emotionally, in other words, what is the element of beauty? It is the combination of the purpose for which the object was created (the purpose of creation) and the harmony of the physical elements within the object. That is to say, when the physical elements, such as lines, shapes, sounds, colors, space are well harmonized centering on the purpose of creation, they give to the subject an emotional stimulation that is felt as beauty. When beauty is recognized as such by the subject, it becomes actual beauty.

Theory of Art  http://www.messagesfromspiritworld.info/UTW/Unification%20Thoughta8.html Dikeluarkan 26/6/2005 

    

Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek

tersebut. Ia tidak akan berlaku sekiranya salah satu antaranya tidak berinteraksi.

Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu bersifat sedia menerima dengan

mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang

membolehkannya membuat pentafsiran. Menurut kajian terdapat dua cara untuk

melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. Bagi yang

menginterpretasi sesuatu objek seni itu melalui konsep relativist ialah mereka

yang dipengaruhi oleh pengalaman, persekitaran individu, budaya dan cara hidup.

Maka sudah tentu wujud perbezaan persepsi dan pendapat tentang nilai

keindahan terhadap sesuatu objek seni. Misalnya mereka yang tinggal di daerah

Kalabakan, Tawau dimana masyarakatnya hidup serba kekurangan dalam

persekitaran pertanian kepala sawit jauh dari bandar akan berbeza persepsi rasa

keindahan atau nilai estetik berbanding masyarakat yang tinggal di Petaling Jaya.

Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan itu sudah ada bersama objek

seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Maka untuk mentakrif

Page 35: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

30 

 

 

kecantikan pada sesebuah karya adalah dilihat dari aspek formalistik yang

berkaitan dengan kandungan atau isi (subjek) dan bentuk (form) iaitu merujuk

kepada elemen-elemen seni (garisan ,rupa, jalinan, bentuk, ruang dan warna)

dan prinsip-prinsip seni (imbangan, kontra, penegasan, irama, pergerakan,

harmoni, kepelbagaian, kesatuan) pada karya. Dengan itu seseorang harus

menguasai pengetahuan formalistik atau aturan dalam bidang seni terlebih dahulu

sebelum ia dapat merakamkan pengalaman estetikanya terhadap objek-objek seni

di sekelilingnya.

Berdasarkan dua buah karya catan di bawah, cuba anda tafsirkan karya tersebut menurut kedua-dua konsep yang dijelaskan. Adakah terdapat perbezaan tafsiran ? ( 60 minit )

Karya 1 : Siri TariPelukis :  Yusof Ghani – Sumber : Balai Seni Lukis Negara 

Karya 2 : Pelukis Tan Choon Ghee Sumber: Balai Seni Lukis Negara 

Aktiviti 8 : 

Page 36: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

31 

 

Aktiviti 9 :

Bincangkan bagaimana dua orang yang tinggal dalam dua zaman yang berbeza memberi tafsiran tentang keindahan sesuatu objek seni yang sama secara berbeza? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua orang tersebut?

( 60 minit )

Konsep Ekspresi Visual

Sejak dari zaman batu hingga ke hari ini manusia adalah dikatakan sebagai

pembuat imej. Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux , Perancis atau gua

Niah di Sarawak. Tujuan utama menghasilkan imej ini adalah sebagai sumber

komunikasi. Hal yang sama pada kanak-kanak, seawal umur dua atau tiga tahun

sudah membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi berdasarkan

gaya mereka sendiri. Representasi imej yang dijelmakan itu adalah ekspresi

visual yang tidak sama bagi setiap individu. Ekspresi visual seseorang pelukis

terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya merupakan manifestasi rasa

dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan.

…the expressionist uses the term expression simply to record the obvious fact that art has something to do with human emotions and feelings. But by articulating this in term of “expression” a special and by no means obvious slant is placed on this intuitively obvious assumption which suggests that art is the venting or exhibition of emotion. And this slant is largely determined by ordinary meaning of the term expression… H.Gene Bloker dalam (Philosophy of Art: Expression : http://www.ebookrate.com/pal.htm)

31 

Page 37: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

32 

 

Berdasarkan teori ekspresi seperti yang diutarakan oleh Tolstoy, ekspresi datang

daripada peranan yang dimainkan oleh seni dalam masyarakat dan

perkembangan sejarah manusia. Seni muncul dalam segenap kehidupan dan

mempunyai keupayaan menyatukan manusia sebagai satu komuniti. Ekspresi

dalam seni menurutnya ialah satu bentuk komunikasi, seumpama bahasa.

Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau

mencipta imej sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan

lihat. Ini adalah tertakluk kepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza. Dalam

erti kata lain sebarang ungkapan yang terpancar melalui imej yang diciptakan

ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai satu ekspresi dalaman yang

mempengaruhi ekspresi visualnya. Dengan sebab itulah terdapatnya pelbagai

rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang diekspresikan

oleh seseorang pelukis. (The Expression Theory. http://www.david-

closs.com/express.html)

Bagi Collingwood pula melihat ekspresi sebagai perhubungan yang rapat

antara perasaan pelukis dan hasil kerjanya. Pelukis tidak perlu meluahkan

perasaannya untuk khalayak. Collingwood mempunyai teorinya sendiri yang

dinamakannya sebagai Korupsi Kesedaran (Corruption's of Consciousness).

Emosi sebegini tidak jujur dan telah difahami sebagai pernyataan pelukis.

Khalayak pula tidak berhajat untuk mengalami perasaan itu. Bagi Collingwood

karya seni yang sama memiliki kualiti ekspresi yang berlainan. Contohnya kerja

seni yang sama boleh berkongsi kualiti ekspresi tentang keriangan, kemurungan

dan kebimbangan juga boleh menggambarkan ketenangan. Collingwood melihat

perasaan yang sebenarnya adalah bersifat individual dan kontekstual.

Menurut Chapman (1985), ada tiga aspek yang menentukan perbezaan

ekspresi iaitu daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini

mempunyai pengertian yang berlainan dan ada pelbagai faktor pula yang akan

membawa kepada perbezaan bentuk ekspresinya.

Konsep ekspresi visual pada sebuah

lukisan umpamanya boleh membawa pelbagai

pengertian bergantung kepada si pelukis itu.

Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang

Page 38: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

33 

 

digunakan oleh manusia bagi tujuan ekspresi antaranya melalui lisan, perasaan

dan emosi , tulisan dan bahasa, penciptaan dan penghasilan pergerakan. Yang

paling lazim dan tradisional ialah membuat penggambaran visual. Bagi kanak-

kanak melalui aktiviti seni merupakan jalan yang paling mudah bagi mereka

memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual (pernyataan

hasrat diri atau ekspresi diri). Cuba anda perhatikan ekspresi visual kanak-kanak

di bawah ini :

Aktiviti 10 :

Perhatikan gerak geri murid anda, pilih satu daripada karya murid anda. Dengan merujuk kepada pandangan tiga orang tokoh tentang ekspresi visual, huraikan ekspresi visual dalam karya murid anda .

( 60 minit )

Sumber : http://shakk.us 

Page 39: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

34 

 

Rumusan

Anda telah didedahkan dengan konsep-konsep kreativiti, estetik dan ekspresi

visual. Anda juga telah dijelaskan dengan proses kreatif dan artistik. Menurut

G.Perry (1970), dalam “Metodologi Pendidikan Seni, oleh Hj. Iberahim Hassan

(2000), guru perlu mengambilkira tentang perkembangan individu seperti kreativiti,

idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Laura Chapman (1978) dan

Effland (1977) pula mencadangkan pelajaran Pendidikan Seni harus boleh

memberi latihan kepada pelajar untuk membuat pernyataan seni (ekspresi visual).

Menerusi pendekatan pengajaran seperti yang disarankan oleh Effland

(1977) pula terdapat enam pendekatan yang melibatkan ekspresi di mana wujud

aktiviti penerokaan, pengolahan dan penghasilan seni. Pelajar terlibat dalam

penemuan idea sendiri secara kreatif dan membentuk diri mereka bekerja dengan

media. Ketiga-tiga aktiviti ini menjadi proses kesenian yang dipelajari oleh pelajar

dalam aktiviti studio di sekolah.

Micheal (1983) pula menyatakan pengalaman seni akan membantu

pelajar dalam pembelajaran dan perkembangan mereka dari peringkat paling asas

seperti mengenali diri mereka, mengenali seni dan kebudayaan mereka,

perasaan, konsepsi dan ekspresi diri mereka melalui media. Dalam hal ini secara

tidak langsung ia membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, bagaimana

seseorang guru seni mengendalikan pengajarannya. Dalam konteks

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, seorang guru seni

harus berfikiran kreatif dan hendaklah sentiasa meransang serta membimbing

murid-muridnya agar sentiasa berfikiran kreatif dan fleksibel. Dengan demikian

murid-murid akan lebih mudah menjana idea dalam proses berkarya.

Page 40: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

35 

 

Latihan 1 :

Aspek manakah yang mempengaruhi kreativiti anda, budaya, latar belakang atau persekitaran ? Hasilkan sebuah kolaj, lukisan atau catan, sebagai mewakili idea anda. ( 120 minit ) Latihan 2 : Setelah anda mengetahui strategi meransang kreativiti , cuba anda senaraikan apakah perkara-perkara yang boleh menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak. ( 30 minit ) i)________________________________________________________________

__

ii)________________________________________________________________

__

iii)_______________________________________________________________

___

iv)_______________________________________________________________

___

Latihan 3 : Terdapat perbezaan ekspresi diri pada setiap seseorang. Bincangkan apakah faktor yang mempengaruhi gaya dan cara seseorang itu membuat ekspresi diri? ( 30 minit ) _________________________________________________________________________

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kreativiti estetika dan ekspresi visual dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

( 60 minit )

Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

Page 41: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak 

36 

 

Page 42: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV3103 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak

37

RUJUKAN :

Rujukan Asas

Hurwirtz, Al & Day, M. (2001). Children and their art –Methods for the elementary school.(7th.ed.)USA : Wardsworth Thomson Learning.

Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. NY: Thomson Delmar Learning.

Lowenfeld, V.& Brittain,W.L.(1987). Creative and mental growth, (8th. ed.). USA : MacMillan Pub.

Rujukan Tambahan

Cox, Maureen. (1992). Children’s drawing. London:Penguin Group.

Chang Hon Woon (1994). Teori Seni Tampak, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka

Cole, N.R. (1960). The Arts In The Classroom. New York : The John Day

Co.

Eisner, E.W. (1976). The Arts, Human Development and Education,Berkeley : McCutchan Publishing Corporation

Efland, A.. (1977). Planning art education: in the middle/secondary schools of Ohio, USA. State of Ohio Department of Education

Feldman, E.B. (1986). Becoming human through art. New Jersey:

Prentice Hall Figg, G. (2003).Children’s Drawing. Dalam Janet Atkin (Ed.) Early EducationChild Development Series, Diperoleh Ogos 1,2003 daripada http://www.early-education.org.uk/1leaflet1.htm Feldman, E.B. (1996). Philosophy of Art Education, New Jersey :

Parentice Hall. Inc. Goleman D., Kaufman P., and Ray M. (1992) The creative spirit. New York: Penguin.Piirto, J. (1992) Understanding those who create, 1st ed. Dayton, Ohio. Ohio Psychology Press. Green, L. & Mitchell, R. (1997) Art 7-11: Developing Primary Teaching

Skills. London: Routledge.

Hargreaves, David J.(1987).Children and the arts Philadephia : Open University Press.

http://www.hno.harvard.edu/gazette/2003/10.23/01-creativity.html-

Ret.28/8/09

http://www.uwsp.edu/education/lwilson/creativ/levels.htm-ret 28/8/09

Hanes, J.M & Weisman, E. (2000). Use Drawing To Find Meaning : Art Education Journal.Vol.53, 2000 Pg.7 (The Journal of the N.A.E.A)

Page 43: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV3103 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak

38

Helen, R. (1994). Teaching From A Multicultural Perspective California, USA : Sagr Publication, Inc.

Herberholz, D. W. (1994) Artworks For Elementry Teachers: Developing

Artistic & Perceptual Awareness, 8th Edition. New York: Mc Graw.Hill.

Holcombe A.C. (2003). A guide to write a critique of an art exhibit, The Method of Edmund Feldman Diperoleh Ogos 21,2004 daripada http://www.ksu.edu/artsci/artcrit.html

Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan

Kepentingannya, (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Kissick, J. (1996). Art : Context & Critism. 2nd Edition. New York :

McGraw Hill.

Krieger, et. al. (2003). Children art. Munich : Frederking & Sheler. Leland, N. (1990). Creative Artist, Cincinnati Ohio USA: F&W

Publication.

Lansing, K.M. (1971) Art, Artist and Art Education.New York: Mc Grraw-

Hill Book Company

Lowenfeld, V. & Brittain, W.L (1970) Creative and Mental Growth. 5th Ed. New York: Macmillan Company.

Matil, et.al. (1981). Meaning in children art. New Jersey : Prentice Hall Inc

Mayesky,M. (2001). Creative activities for young children. New York : Thomson Delmar Learning

Mayesky,M. (2003). How to foster creativity in all children. New York :

Thomson Delmar Learning Mohd Johari Ab Hamid (Ed).(2004) Pendidikan Seni Visual dan Muzik,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim:Malindo Printers Sdn.Bhd.

Multiple Intelligence Theory. Diperoleh Sep 16,2003 daripada http://www.ed.psu.edu/insys/ESD/gardner/Mitheory.html

Parsons, M. (1987). How We Understand Art, Cambridge: Cambridge University Press

Peterson, B. (1996). Using design basics to get creative results. Cincinnati Ohio.USA : North Light Books, F&W Pub.Inc.

Piaget, J. (1955). The child’s concept of reality. London:Routledge.

Page 44: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV3103 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak

39

Simpson, J.W. (1998). Creating meaning through art: Teacher as choice maker. New Jersey USA: Prentice Hall.Inc.

Schirrmacher, R.( 2002). Art and creative development for young children. USA : Delmar Thomson

Page 45: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak

40

PANEL PENULISAN MODUL

PSV3103 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

CIK LIM HUEY KHING

Penolong Pengarah Unit Kurikulum

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia [email protected]

Kelulusan B.A.Hons (Seni Halus),USM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual :15 tahun Ketua Unit Pendidikan Seni Visual: 14 tahun Guru Pendidikan Seni Visual & Matematik : 8 thn Pegawai Kurikulum : 7 tahun

EN HAMZAH BIN LASA Pensyarah IPGM Kampus Tawau 91000 Tawau Sabah [email protected] 017-9386466

Kelulusan: Sarjana Pend.(Seni),UPSI B.Ed.Hons (PSV), UPSI Diploma Perguruan Khas (PSV) MPMK Sijil Khas (PSV) MPIK Pengalaman: Pensyarah Jabatan Kajian Sosial 5 Tahun Guru Pendidikan Seni Visual 18 Tahun

EN JOHAN BIN KADIS Pensyarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis Pahang [email protected] 013-9356047

Kelulusan: Sarjana Pendidikan ,UM B.A.Hons (Seni Halus),USM Sijil Seni Kreatif (Seni Halus) USM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Kajian Sosial 3 Tahun Guru Pendidikan Seni Visual 15 Tahun

Page 46: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV3103 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak

41

PANEL PEMURNIAN MODUL

PSV3103 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

CIK LIM HUEY KHING

Penolong Pengarah Unit Kurikulum

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia [email protected] Tel: 017-3172226

Kelulusan B.A.Hons (Seni Halus),USM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual :15 tahun Ketua Unit Pendidikan Seni Visual: 14 tahun Guru Pendidikan Seni Visual & Matematik : 8 tahun Pegawai Kurikulum : 7 tahun

EN HAMZAH BIN LASA Pensyarah Institut Perguruan Tawau 91000 Tawau Sabah [email protected] 017-9386466

Kelulusan: Sarjana Pend.(Seni),UPSI B.Ed.Hons (PSV), UPSI Diploma Perguruan Khas (PSV) MPMK Sijil Khas (PSV) MPIK Pengalaman: Pensyarah Jabatan Kajian Sosial 5 Tahun Guru Pendidikan Seni Visual 18 Tahun

EN JOHAN BIN KADIS Pensyarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis Pahang [email protected] 013-9356047

Kelulusan: Sarjana Pendidikan ,UM B.A.Hons (Seni Halus),USM Sijil Seni Kreatif (Seni Halus) USM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Kajian Sosial 3 Tahun Guru Pendidikan Seni Visual 15 Tahun

Page 47: Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak

PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak

42

LAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir