eed 3217 : ekspresi kreativiti kanak-kanak

36
EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK- KANAK PROF.MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN [email protected]

Upload: bedros

Post on 23-Jan-2016

104 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK. PROF.MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN [email protected]. Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak. Seni tergolong dalam bidang ilmu kemanusiaan . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

PROF.MADYA DR. ABDUL RASID BIN [email protected]

Page 2: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

Page 3: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Seni tergolong dalam bidang ilmu kemanusiaan.

Karya seni dan sastera, tidak menyediakan ilmu pengetahuan dalam bentuk jadi seperti ilmu kimia, ilmu fizik dan sebagainya.

Bentuk karya yang dihasilkan, lebih bersifat mengimbau kanak-kanak untuk menyelami dan menemui sesuatu melalui kehalusan daya rasa dan ketajaman daya tanggapan.

Antara tujuan kreativiti yang dapat dipilih adalah untuk mencapat keperluan-keperluan berikut:

Page 4: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

A. memupuk serta menghidupkan kehalusan perasaan dan menanamkan rasa kecintaan kepada keindahan.

B. Pendedahan ‘penemuan diri’ kepada manusia yang sempurna akal budinya, tinggi hemah dan peribadinya dan berperikemanusiaan serta tabah menghadapi cabaran zaman.

Page 5: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

C. Menanamkan rasa simpati, keterbukaan serta kerendahan hati kepada sesama manusia dengan sentiasa menghormati nilai-nilai kejujuran dan kebenaran.

Memelihara serta mengukuhkan tradisi keinsanan dari generasi ke generasi.

D. Memperluas serta memperdalam pengetahuan tentang hakikat manusia, perjalanan sejarah dan keperibadian bangsa.

•Memperluas serta memperdalam pengetahuan tentang hakikat manusia, perjalanan sejarah dan keperibadian bangsa.

Page 6: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Untuk memastikan tercapainya tujuan-tujuan ini, pendidikan yang mempunyai nilai seni bukan sekadar memberi penekanan kepada aspek-aspek teori dan kognitif sahaja.

Yang lebih penting ialah memimpin perkembangan afektif, iaitu pembentukan sikap, daya pemikiran kritis, kreatif dan daya penikmatan.

Page 7: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Proses pengajaran perlu bermula daripada pemahaman, berkembang ke arah penikmatan atau penghayatan

Melalui proses ini, murid dibekalkan nilai-nilai pembentukan watak, sikap dan moral di samping memupuk rasa keinsafan, keakraban, kekaguman serta kenikmatan artistik.

Page 8: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak mempunyai kelainan dari segi perkembangan jasmaniah dan rohaniah.

Kanak-kanak atau awal remaja dalam lingkungan umur yang sama atau hampir sama memperlihatkan sifat-sifat umum dan kecenderungan mereka tentang seni.

Page 9: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
Page 10: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

i. Umur 1-2 tahun Pada peringkat ini kanak-kanak sudah

boleh bertutur. Mula meniru apa-apa yang mereka dengar.

Peniruan mereka berperingkat-peringkat. Dari segi perkataan (bahasa), kanak-kanak meniru sebutan kata mudah-mudah, dan sebilangan yang lain boleh menggunakan ayat-ayat atau frasa-frasa mudah, berkisar hal-hal dalam kehidupan mereka seperti kehidupan bersama ahli keluarga yang lain.

Page 11: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Pada peringkat ini, buku yang sesuai diperkenalkan kepada mereka jenis bergambar tanpa perkataan (wordless book), yang mengandungi gambar seperti gambar haiwan, kenderaan, benda-benda yang rapat dengan kehidupan seharian mereka.

Page 12: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
Page 13: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

ii. Umur 3-5 tahun Kanak-kanak sudah menggunakan bahasa

dan membentuk citra fikiran melalui pertuturan.

Mereka sudah boleh menyatakan apa yang mereka suka dan tidak suka.

Mula minat dan keinginan meneroka fenomena hidup seperti tertarik dengan benda-benda dan kehidupan sekitarnya seperti binatang, burung, cakerawala dan kenderaan.

Page 14: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
Page 15: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Mereka mengumpul pelbagai jenis barang permainan kesukaan mereka.

Dari sudut sahsiah, selalu dilihat cergas, lasak dan tidak suka duduk diam.

Tumpuan amat singkat tetapi sudah mempunyai fokus dari segi minat atau kegemaran.

Sudah tumbuh keinginan untuk menyoal atau bertanya: Siapa, Apa dan Mengapa?

Page 16: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Kanak-kanak ini suka cerita yang bercorak romantik-klasik.

Dapat meluaskan imaginasi dan nilai kemanusiaan sejagat seperti keberanian, baik hati, jujur, rajin, bersih, kasih sayang.

Page 17: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Wujud sedikit perbezaan dari segi keupayaan sosial dan pertuturan.

Kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun, kelas di TASKA atau TADIKA, boleh diperkenalkan dengan buku Cerita Bergambar.

Pemilihan buku pada peringkat ini, perlu didasarkan kepada beberapa kriteria dan pertimbangan.

Page 18: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

A.Ketebalan buku, mengandungi teks dan gambar, tebal kira-kira 20 halaman.

B.Bahasa yang digunakan mudah, pendek, ringkas, tidak mempunyai struktur ayat yang kompleks sehingga boleh menyukarkan kanak-kanak memahaminya.

C.Perkataan atau frasa yang bersifat pengulangan perlu digalakkan.

Page 19: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

D.Buku dapat menimbulkan rima dan melodi juga baik untuk kanak-kanak. Ini dapat memudahkan kanak-kanak menghafaz dan meningatkan ungkapan.

E. Mewujudkan aksi dan rentak yang boleh dinyanyikan oleh kanak-kanak dengan panduan guru.

Page 20: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

iii. Umur 6-8 tahun (Tahap Autistik) Imaginasi kanak-kanak belum banyak diisi

atau dihubungkan dengan hal-hal realiti tetapi fantasi.

Bersekolah rendah. Mereka sudah memiliki keupayaan kognitif yang mencakupi elemen kreatif, tetapi masih belum dicungkil oleh guru.

Menguasai kosa kata dan mampu berkomunikasi dengan ahli keluarganya dan orang lain yang mempunyai hubungan rapat.

Page 21: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
Page 22: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang mengikuti kelas TADIKA, telah boleh membaca, menulis, melukis dan mempunyai kemahiran tangan.

Dari sudut psikologi, perkembangan naluri kanak-kanak terus berkembang ke arah yang lebih luas, iaitu dari hal dalam keluarga dan hal-hal luar masyarakat.

Mulai tertarik untuk mempelajari peraturan-peraturan dalam pergaulan.

Page 23: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Mempelajari untuk memelihara hubungan baik dengan ahli keluarga ataupun dengan kawan-kawan dalam kumpulan adalah sebahagian daripadanya.

Nilai diawasi dan dibina perkembangannya oleh setiap ibu bapa dan guru.

Nilai ini menjadi asas kepada fahaman sosiolisasi atau bermasyarakat.

Page 24: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Dari sudut sahsiah, kanak-kanak masih bersifat “egocentricism”, iaitu kebanggaan peribadi.

Rasa bangga ini wujud nilai miliknya. Keluarga akan menjadi model

kebanggaan. Pembacaan buku berkaitan sarwajagat

seperti kasih sayang, baik hati, jujur, setia, amanah di samping nilai sosial seperti kerjasama, berterima kasih.

Page 25: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

iv. Umur 9-11 tahun (Tahap Romantika)

Kanak-kanak mula meninggalkan fantasi-fantasi dan mengarah kepada realiti.

Tanggapannya tentang realiti masih sederhana tetapi telah menyenangi peristiwa atau persoalan-persoalan kepahlawanan, kebaikan dan kejahatan.

Page 26: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
Page 27: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Mampu berdikari, membaca dan mendengar cerita yang lebih panjang.

Imaginasi dan fantasi mereka lebih luas dan berkembang.

Kecenderungan meneroka, mengembara dan menjelajah pelbagai dimensi kehidupan mulai subur.

Mula membentuk kumpulan sendiri di luar lingkungan keluarga.

Page 28: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Kanak-kanak sudah memperlihatkan minat dan hobi yang tersendiri sifatnya.

Mereka suka mengumpul barang-barang yang mereka gemar, buku-buku cerita, memerlukan buku-buku yang berbentuk sains, matematik, geografi dan sejarah.

Page 29: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Gemar aktiviti lasak dan mencabar seperti berkelah, mendaki bukit dan bersilat.

Aktiviti mengisi keinginan membentuk peribadi dan identiti sendiri

Memenuhi perasaan ingin tahu terhadap sesuatu yang menarik minat mereka.

Page 30: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Ibu bapa dan guru perlu memberi perangsang dan bimbingan agar minat mereka berkembang mengikut kreativiti masing-masing.

Pengalaman pergaulan dapat membentuk keyakinan dan ketabahan diri.

Guru menyediakan bahan yang sesuai. Tujuannya supaya mereka dapat pengetahuan dan nilai yang sesuai dijadikan panduan dalam pergaulan kehidupan harian dan masa depan mereka.

Page 31: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

v. Umur 12-15/16 tahun ( Tahap Realistik) Sudah terlepas daripada dunia fantasi dan

sudah berminat dengan alam realiti. Berusaha dan bersedia mengikuti dengan teliti

fakta-fakta untuk memahami pelbagai masalah dalam kehidupan yang nyata.

“zaman menutup diri” iaitu kalau tidak ada orang lain yang menjadi tempat mencurah isi hatinya, biasanya ibu atau orang lain yang rapat dengannya menjadi pilihan untuk mencurah perasaan

Page 32: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
Page 33: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Gemar ‘retorika’, iaitu keindahan berbahasa atau kata-kata.

Estetika mula mengembang di samping meningkatkan kegemaran.

Anak perempuan lebih emosional dan lembut, manakala lelaki lebih spontan dan sensational.

Anak perempuan mendekati ibunya, anak lelaki bersama dengan kumpulannya untuk mencari pengalaman yang hebat.

Page 34: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Anak lelaki telah timbul rasa erotik yang sering bangga dengan ciptaan.

Tahap perkembangan kanak-kanak tidak sama.

Terdapat beberapa keberuntungan dan keberkesanan yang dapat dicapai.

Page 35: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Antaranya, tahap-tahap itu sangat mempengaruhi sebilangan besar kanak-kanak iaitu:

terhadap minat, daya ingatan, keinginan melaksanakan karya atau aktiviti, kesediaan bekerjasama dan kemungkinan memahami situasi atau penyelesaian masalah

Page 36: EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TERIMA KASIHUSAHA TANGGA KEJAYAAN

HANG TUAH HANG JEBAT; ANDA INSAN HEBAT.