perjanjian wakaf

7
PERJANJIAN WAKAF PERJANJIAN INI diperbuat pada haribulan , 2015. DI ANTARA MD ZIN BIN HJ. TALIB (No. K/P: 381011-04-5215 / 0878766) yang beralamat di No. 481, Felda Pasir Besar, 73420 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus (kemudian dari ini dipanggil Pihak Pertama ) di satu pihak DAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA CAWANGAN PASIR BESAR yang beralamat di Lot 4786, Jalan Rambutan, Taman Pasir Besar, 73420 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus (kemudian dari ini dipanggil Pihak Kedua ) di satu pihak yang lain. MUKADIMAH I. Bahawasanya MD ZIN BIN HJ. TALIB (No. K/P: 381011-04-5215 / 0878766) adalah tuanpunya berdaftar tanah yang dikenali sebagai PM 2730, Lot 3368, terletak di Tempat Felda Pasir Besar, Mukim Gemas, Daerah Tampin Negeri Sembilan Darul Khusus mengandungi tanah getah yang berkeluasan sebanyak 3.003 Hektar (kemudian dari ini disebut tanah tersebut ). Suratan Hakmilik tanah tersebut tertakluk kepada pentadbiran pihak FELDA.

Upload: hanisz-shoppin-house

Post on 23-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

perjanjian wakaf untuk wakafkan sebahagian tanah.

TRANSCRIPT

Page 1: PERJANJIAN WAKAF

PERJANJIAN WAKAF

PERJANJIAN INI diperbuat pada haribulan , 2015.

DI ANTARA

MD ZIN BIN HJ. TALIB (No. K/P: 381011-04-5215 / 0878766) yang beralamat di No. 481,

Felda Pasir Besar, 73420 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus (kemudian dari ini dipanggil

“Pihak Pertama”) di satu pihak

DAN

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA CAWANGAN PASIR BESAR yang beralamat di Lot 4786,

Jalan Rambutan, Taman Pasir Besar, 73420 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus (kemudian

dari ini dipanggil “Pihak Kedua”) di satu pihak yang lain.

MUKADIMAH

I. Bahawasanya MD ZIN BIN HJ. TALIB (No. K/P: 381011-04-5215 / 0878766) adalah

tuanpunya berdaftar tanah yang dikenali sebagai PM 2730, Lot 3368, terletak di

Tempat Felda Pasir Besar, Mukim Gemas, Daerah Tampin Negeri Sembilan Darul

Khusus mengandungi tanah getah yang berkeluasan sebanyak 3.003 Hektar (kemudian

dari ini disebut “tanah tersebut”). Suratan Hakmilik tanah tersebut tertakluk kepada

pentadbiran pihak FELDA.

Page 2: PERJANJIAN WAKAF

II. Bahawasanya disebabkan hakmilik tanah tersebut adalah tertakluk kepada pentadbiran

pihak FELDA, maka pindahmilik kepada nama Pihak Kedua adalah mustahil pada masa

material.

III. Bahawasanya atas permintaan Pihak Pertama, Pihak Pertama dengan ini memberi secara

wakaf dan Pihak Kedua telah bersetuju untuk menerima sebahagian tanah tersebut yang

berkeluasan 1 Ekar bagi tujuan Pihak Kedua (kemudian dari ini disebut “bahagian wakaf

tanah tersebut”). Sesalinan Pelan Tanah tersebut dikepilkan di dalam Jadual 1 bersama-

sama perjanjian ini, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di

dalam Perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:-

1. Dengan balasan persetujuan ini dan akujanji kedua-dua belah pihak kepada Perjanjian ini,

Pihak Pertama dengan ini memberi sebahagian tanah tersebut yang berkeluasan sebanyak

1 Ekar sahaja sebagai wakaf kepada Pihak Kedua dan Pihak Kedua dengan ini bersetuju

untuk menerima sebahagian tanah tersebut.

2. Pihak Pertama juga dengan ini berakujanji tidak akan menganggu sebarang aktiviti Pihak

Kedua ke atas bahagian wakaf tanah tersebut.

3. Pihak Pertama dengan ini membernarkan Pihak Kedua untuk membuat sebarang aktiviti

ke atas tanah tersebut bagi sebarang tujuan tanpa sebarang gangguan daripada pihak

Pertama.

4. Pihak Pertama dengan ini berwaad dengan Pihak Kedua seperti berikut:-

a) Akan membenarkan Pihak Kedua dan/atau ahli-ahli Pihak Kedua untuk memasuki

tanah tersebut tanpa sebarang sekatan;

1

Page 3: PERJANJIAN WAKAF

b) Akan membenarkan Pihak Kedua untuk membuat sebarang aktiviti, bangunan dan

lain-lain ke atas tanah tersebut mengikut kehendak Pihak Kedua sebagaimana sesuai

oleh Pihak Kedua; dan

c) Pihak Kedua akan secara aman dan menggunakan tanah tersebut secara eklusif untuk

sebarang kegunaan tanpa gangguan atau dikacau oleh orang atau orang perseorangan

yang menuntut bagi Pihak Pertama.

d) Jika terdapat sebarang pengambilan tanah bagi tanah tersebut oleh pihak kerajaan,

sebarang pembayaran pengambilan yang dibuat kepada Pihak Pertama dan/atau

warisnya, Pihak Pertama dan /atau warisnya hendaklah membayar kepada Pihak

Kedua pampasan bahagian wakaf tanah tersebut mengikut nilaian semasa tanah

tersebut kepada Pihak kedua.

5. Pihak Pertama berwaad sehingga pindahmilik kepada nama Pihak Kedua dibenarkan

kelak oleh pentadbiran pihak FELDA, Pihak Pertama hendaklah dengan kadar segera

menandatangani Borang Pindahmilik tersebut kepada Pihak Kedua tanpa sebarang

bayaran.

6. Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki disampaikan oleh mana-mana

pihak kepada Perjanjian ini kepada pihak yang satu lagi dibawah Perjanjian ini hendaklah

secara bertulis dan hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang mencukupi sekiranya

dihantar oleh pihak itu melalui surat pos berdaftar ke alamat pihak yang satu lagi seperti

yang tersebut terdahulu dari ini dan dalam keadaan hal sedemikian ia hendaklah

disifatkan telah diterima pada masa bila surat berdaftarnya akan diserahkan mengikut

Perjanjian biasa pos.

7. Tiada peruntukan dalam Perjanjian ini boleh terbatal, dipinda, diketepikan, dilepaskan,

dibebaskan atau ditamatkan secara lisan mahupun segala kemungkiran atau mana-mana

2

Page 4: PERJANJIAN WAKAF

peruntukan dalam Perjanjian ini diketepikan secara lisan melainkan dengan persetujuan

bertulis oleh kedua-dua pihak.

8. Dengan ini adalah dipersetujui bahawa dan diistiharkan oleh kedua-dua pihak bahawa

tanpa menyentuh sebarang yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau Perjanjian

bertulis yang lain, segala terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini dan

Perjanjian yang lain akan pada bila-bila masa ke semasa diubah dan dipinda dengan

persetujuan oleh kedua-dua pihak dengan secara bertulis atau cara lain yaang dipersetujui

oleh kedua-dua pihak dari masa ke semasa dan selepas itu apa ubahan dan pindaan

diambil kira sebagai berkuatkuasa dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini

dan Perjanjian yang lain akan disifatkan sebagai telah diubah dan dipinda sebagaimana

yang patut dan akan dibaca dan diterangkan seolah-olah ubahan dan pindaan tersebut

telah dilakukan dan diterima sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini dan segala

Pajakan berikutnya pada masa menandatangani Perjanjian ini.

9. Masa hendaklah menjadi intipati kontrak berhubung dengan peruntukan dalam Perjanjian

ini.

10. Duti setem dan yuran guaman Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh

Pihak Kedua.

11. Dalam Perjanjian ini, jika konteknya menghendaki sedemikian:-

a) “Pihak Pertama” dan “Pihak Kedua” termasuk warisnya, wakil peribadinya,

penganti dalam hakmiliknya dan penerima serahaknya yang dibenarkan; dan

b) Perkatan-perkatan yang membawa erti gender maskulin hendaklah disifatkan dan

dikira termasuk gender feminin dan neuter dan bilangan tunggal termasuk

bilangan banyak dan sebaliknya.

3

Page 5: PERJANJIAN WAKAF

12. Perjanjian ini hendaklah menjadi pengikat kepada pengganti dalam hakmilik dan

penerima serahak yang dibenarkan kepada Pihak Pertama, waris, wakil peribadi,

pengganti dalam hakmilik serahak yang dibenarkan kepada Pihak Pertama.

[KESELURUHAN MUKASURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]

4

Page 6: PERJANJIAN WAKAF

PADA MENYAKSIKAN PERSETUJUAN di atas kedua-dua pihak menurunkan

tandatangan mereka di bawah ini pada tarikh yang tersebut di atas:-

Ditandatangani oleh Pihak Pertama )

Di hadapan:- )

) …………………………….…………..

) (MD ZIN BIN HJ. TALIB)

No. K/P: 381011-04-5215 / 0878766

Ditandatangani oleh Pihak Kedua )

Di hadapan:- )

)

) ……………………………………..

) (MD. RAIS BIN MOHAMAD)

) No. K/P: 650925-05-5367

) Pengerusi Parti Islam Se-Malaysia

)

)

)

) ……………………………………..

) (AHMAD FADHLI BIN MARULAH)

) No. K/P: 671025-10-5683

) Bendahari Parti Islam Se-Malaysia

)

)

) ……………………………………..

) (MOHD AMRAN BIN NORDIN)

) No. K/P: 621024-05-5439

) Setiausaha Parti Islam Se-Malaysia

5