potongan gaji skim wakaf tunai

2
PUSAT PEMBANGUNAN PEMBIAYAAN WAKAF Menerajui Pembiayaan Wakaf Dalam Institusi Pengajian Tinggi Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf Aras 3, Bangunan Canselori Universiti Sains Islam Malaysia 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Tel: 06-798 8007 / 6292 Fax: 06-798 6290 Email: [email protected] No. K/P : No. Tel : Nama : Alamat : ................................................................................... .................................................................................................. .................................................................................................. .................................................................................................. No. Gaji Kakitangan : .............................................................. No. Fail Cukai : ........................................................................ Jawatan : ................................................................................. No. Tel. Majikan : ..................................................................... Nama dan Alamat Majikan : .................................................... .................................................................................................. .................................................................................................. Email : ..................................................................................... ........................................................... Tandatangan Tarikh : ........................... Nota: *Pihak USIM akan berurusan dengan pihak majikan tuan/puan untuk tindakan selanjutnya. *Pembayaran melalui cek hendaklah di atas nama ‘UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA’ POTONGAN GAJI SKIM WAKAF TUNAI POTONGAN GAJI SKIM WAKAF TUNAI Saya dengan ini membenarkan gaji bulanan saya dipotong sebanyak RM....................................... sebulan mulai ................................ hingga .............................. dan mengamanahkan USIM untuk mewakafkan mana-mana harta kekal atas nama Skim Wakaf Tunai Al-Abrar USIM untuk ............................................................................... .................................................................... kerana Allah Ta’ala selama-lamanya.

Upload: phamdan

Post on 17-Jan-2017

280 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: POTONGAN GAJI SKIM WAKAF TUNAI

PUSAT PEMBANGUNAN

PEMBIAYAAN WAKAFMenerajui Pembiayaan Wakaf Dalam Institusi

Pengajian TinggiPusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf

Aras 3, Bangunan CanseloriUniversiti Sains Islam Malaysia

71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: 06-798 8007 / 6292Fax: 06-798 6290

Email: [email protected]

No. K/P :

No. Tel :

Nama :

Alamat : .........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................No. Gaji Kakitangan : ..............................................................No. Fail Cukai : ........................................................................Jawatan : .................................................................................No. Tel. Majikan : .....................................................................Nama dan Alamat Majikan : ........................................................................................................................................................................................................................................................Email : .....................................................................................

........................................................... Tandatangan

Tarikh : ...........................

Nota: *Pihak USIM akan berurusan dengan pihak majikan tuan/puan untuk tindakan selanjutnya.*Pembayaran melalui cek hendaklah di atas nama ‘UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA’

POTONGAN GAJI SKIM WAKAF TUNAI

POTONGAN GAJI

SKIM WAKAF TUNAI

Saya dengan ini membenarkan gaji bulanan saya dipotong sebanyak RM....................................... sebulan mulai ................................ hingga .............................. dan mengamanahkan USIM untuk mewakafkan mana-mana harta kekal atas nama Skim Wakaf Tunai Al-Abrar USIM untuk ............................................................................... .................................................................... kerana Allah Ta’ala selama-lamanya.

Page 2: POTONGAN GAJI SKIM WAKAF TUNAI

Penubuhan Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) pada bulan Mac 2013. PPPW berfungsi sebagai urusetia untuk Jawatankuasa Dana Wakaf Al-Abrar USIM dan Majlis Wakaf USIM-MAINS. USIM bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam pembangunan pembiayaan wakaf di dalam Institusi Pengajian Tinggi Islam. USIM telah mendapat kelulusan dari MAINS sebagai mutawalli wakaf di dalam jajahan Negeri Sembilan di mana terletaknya kampus utama USIM.

Usaha USIM untuk menerajui dan menggalakkan pembiayaan pembangunan wakaf adalah melalui dua pertimbangan. Pertama ialah kesedaran bahawa mekanisma wakaf mempunyai potensi besar dalam menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi ummah. USIM merupakan satu-satunya universiti awam yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli yang diaplikasikan dalam semua program akademik untuk menggalakkan individu yang terkehadapan di dalam masyarakat untuk menyumbang sebahagian harta mereka untuk digunakan bagi tujuan tertentu seperti pembinaan masjid, hospital, klinik pakar, asrama pelajar, tadika Islam, taman permainan dan lain-lain lagi untuk kepentingan generasi di masa kini dan akan datang. Permohonan sumbangan wakaf dari Badan Wakaf dan Badan Korporat juga akan diusahakan. Kedua ialah jangkaan bahawa pada masa akan datang, universiti-universiti awam akan diminta oleh kerajaan untuk menceburi bidang pembiayaan wakaf atau mendapatkan penjanaan untuk mendapat bantuan kewangan dari kerajaan.

Skim ini diperkenalkan untuk memudahkan semua kakitangan awam dan swasta untuk menunaikan ibadah wakaf dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang sering berlaku dalam menunaikan ibadah wakaf.

Antara masalah yang sering timbul ialah:Lokasi kaunter PPPW yang terletak jauh dari rumah atau pejabatKesuntukan masaKesulitan untuk mencari pejabat PPPW

Kelayakan Penyertaan:Terbuka kepada semua kakitangan awam dan swasta yang beragama Islam tanpa mengira bangsa, keturunan dan warganegara.Orang bukan Islam juga boleh memberi sumbangan wakaf tunai secara potongan gaji, asalkan mereka bersetuju mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh PPPW dari semasa ke semasa.Penyertaan dan sumbangan juga terbuka kepada kakitangan syarikat dan agensi dari dalam dan luar Negeri Sembilan yang berminat untuk memberi sumbangan wakaf tunai secara potongan gaji.Sekiranya pemohon hendak melakukan sebarang perubahan alamat surat-menyurat, jumlah sumbangan (penambahan, pengurangan dan pemberhentian) hendaklah dimaklumkan kepada pihak PPPW.

Setiap sumbangan akan dikreditkan pada tarikh penerimaan bayaran. Surat pengesahan akan dihantar kepada pihak majikan sebagai bukti penerimaan bayaran.

Pembayaran melalui cek hendaklah ditulis di atas nama:UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh terus menghubungi pihak PPPW.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:“Apabila mati seseorang anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim No. 4310)

Menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah wakaf USIM berdasarkan keputusan Majlis Wakaf USIM-MAINS dan Jawatankuasa Dana Wakaf Al-Abrar USIM.

Mengenalpasti dan menentukan aktiviti projek yang boleh dibiayai dengan Dana Wakaf Al-Abrar USIM.

Membangunkan produk-produk wakaf berasaskan syariah.

Menjalankan penyelidikan berkaitan wakaf pendidikan.

Dana Wakaf Al-Abrar USIM-MAINS akan digunakan untuk aktiviti dakwah, pendidikan, penyelidikan, penerbitan, kesihatan, pembangunan pendidikan dan fasiliti kesihatan.

Firman Allah S.W.T. yang mafhumnya:“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan (al-birr) yang sebenarnya sehingga kamu belanjakan sebahagian daripada harta yang paling kamu sayangi dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”. (Surah Al-‘Imran, 3:92)

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT PEMBANGUNAN PEMBIAYAAN WAKAF

PENGENALAN POTONGAN GAJI SKIM WAKAF TUNAI DANA WAKAF AL-ABRAR USIM

i)

i)

i)

ii)

ii)

ii)

iii)

iii)

iii)

iv)

PANDUAN MAJIKAN

OBJEKTIF