saham wakaf

34
SUMBER PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN HARTA WAKAF SECARA MODEN SITI NOR AMIRATUL AISYAH BT HALIM 221658 NURUL QILAH BT AB RAHIM 221723 SITI ZULAIKHAN BT YUSOFF@MD NASIR 223988 NURJANNAH NAEMA BT NASIR 224081 NURUL FARHAN BT IBRAHIM 224209

Upload: nurul-farhan-ibrahim

Post on 15-Jan-2017

554 views

Category:

Economy & Finance


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saham wakaf

SUMBER PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN HARTA WAKAF SECARA MODENSITI NOR AMIRATUL AISYAH BT HALIM 221658NURUL QILAH BT AB RAHIM 221723SITI ZULAIKHAN BT YUSOFF@MD NASIR 223988NURJANNAH NAEMA BT NASIR 224081NURUL FARHAN BT IBRAHIM 224209

Page 2: Saham wakaf

Isi Kandungan

• WAKAF TUNAI• WAKAF SAHAM• WAKAF SUKUK• PELAN TAKAFUL WAKAF• PENGKORPORATAN WAKAF

Page 3: Saham wakaf

WAKAF TUNAI

Page 4: Saham wakaf

Berwakaf dengan menggunakan wang tunai yang dikumpul dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan

untuk mengurus wakaf ini bagi tujuan kebajikan dan manfaat ummah.

Page 5: Saham wakaf

Hukum wakaf tunai• Syarat wakaf yang telah ditetapkan oleh

para ulama ialah harta yang diwakafkan harus bersifat tetap (tsabit), iaitu barang tersebut mestilah boleh memberi manfaat dan tidak berubah bentuk. • Para ulama bersepakat dengan kebolehan

barang tidak boleh alih tetapi berbeza pendapat mengenai barang boleh alih.

Page 6: Saham wakaf

• Abu Hanifah dan riwayat imam Ahmad - tidak boleh wakaf dengan barang al-manqul secara mutlak

• Abu Yusuf dan Muhammad al-Hasan - boleh wakaf barang al-manqul jika barang tersebut adalah pelengkap kepada barang ghairu al-manqul.

Page 7: Saham wakaf

• Pendapat Ibnu Abidin dari Hanafiyah dan mazhab Syafi’I mengatakan wakaf tunai adalah tidak boleh• Pendapat Imam Zuhri – boleh wakaf tunai• Boleh- kaedah yang pada dasarnya sesuatu

perkara itu mubah (dibolehkan) selama tidak ada dalil yang mengharamkannya

Page 8: Saham wakaf

Wakaf tunai di Malaysia

• Beribu-ribu ekar tanah yang masih belum digunakan dan tidak aktif - kekurangan sumber dana = dana wakaf• Sumber dari wakaf tunai• Hasil semua kutipan wakaf tunai – akaun

taslim (satu bentuk harta kekal)

Page 9: Saham wakaf

• Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk disalurkan kepada mana-mana pelaburan yang menguntungkan dan membeli harta tak alih (tanah)• Untung – digunakan untuk membuat

projek kemasyarakatan yang boleh digunakan oleh orang awam.

Page 10: Saham wakaf

• Telah diamalkan oleh beberapa buah majlis agama Islam negeri dan juga syarikat swasta – MAIS (Majlis agama Islam Selangor)• Skim saham wakaf – peserta beli dan

wakafkan• Wakaf tunai - lebih senang untuk

dilaksanakan berbanding wakaf tak alih

Page 11: Saham wakaf

WAKAF SAHAM

Page 12: Saham wakaf

Definisi Saham WakafSAHAM

Bahasa: bahagian iaitu bahagian dalam sesuatu modal perniagaan.

Istilah : merupakan sebahagian daripada modal sesebuah syarikat perniagaan yang akan mendapat kerugian dan keuntungan mengikut kerugian dan keuntungan perusahaan tersebut.

SAHAM WAKAFModal yang dikeluarkan oleh para

pewakaf kepada pihak tertentu yang mempunyai kelayakan menguruskan dana

wakaf.

Page 13: Saham wakaf

Wakaf saham ini berlaku apabila pewakaf mewakafkan saham-saham tersebut kepada badan-badan yang bertauliah yang bertindak sebagai pemegang

amanah.Wang akan

dikumpulkan di dalam Tabung Dana

Wakaf untuk ditukarkan kepada

harta kekal. Manakala hasil harta wakaf

tersebut akan digunakan untuk kebajikan ummah dan

agama Islam.

Page 14: Saham wakaf

• Dikenali sebagai wakaf tunai• Pandangan ulama fiqh iaitu harta wakaf

yang bernilai, jelas dan diketahui tentang harta tersebut sama ada harta alih atau harta tak alih.

• Ulama’-ulama’ terawal didalam golongan Mazhab Hanafi membolehkan wakaf wang dirham dan dinar sebagai pengecualian atas dasar istihsan bi al-urf iaitu kebajikan atau keperluan dengan keadaan semasa.

Pandangan Ulama berkaitan Saham Wakaf

Page 15: Saham wakaf

1) Operasi Syarikat• Syarikat yang ingin berwakaf hendaklah sebuah syarikat yang

menjalankan operasi perniagaan yang mematuhi hukum syarak.2) Keuntungkan dari saham syarikat untuk diwakafkan• Sesebuah syarikat yang memperolehi keuntungan dari operasi

yang dijalankan, boleh mewakafkan keuntungan sebahagian atau keseluruhannya dengan persetujuan semua pemegang saham syarikat.

3) Penggunaan wakaf saham dan keuntungan saham• Kadar agihan penggunaan saham dan keuntungan saham adalah

sebanyak 30% untuk fisabilillah dan 70% untuk pelaburan dan pembangunan.

Garis Panduan Wakaf Saham

Page 16: Saham wakaf

1. Dapat menyediakan alternative dan kelebihan kepada masyarakat Islam khususnya untuk melakukan ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan wakaf berbentuk aset kekal.

2. Dapat melaksanakan dan merencanakan strategik pembangunan harta-harta wakaf dan ekonomi dengan baik, bersepadu dan skop yang lebih meluas.

3. Dapat mempertingkatkan lagi pegangan aset umat Islam dan dapat disalurkan untuk pembangunan ummah dan kepentingan agama.

4. Dapat membangunkan institusi wakaf yang lebih produktif dan berwibawa

Kelebihan Wakaf Saham

Page 17: Saham wakaf

WAKAF SUKUK

Page 18: Saham wakaf

Sukuk merupakan suatu ikatan perjanjian bertulis antara peminjam sukuk dengan pemilik sukuk yang menyatakan perihal pembayaran

modal (hutang) secara tertangguh yang telah dilaburkan oleh pemilik sukuk dengan sejumlah wang keuntungan berkadaran

tertentu sehingga tamat tempoh waktu matang

Didagangakan di pasaran modal islam

satu produk pelaburan dan pembiayaan

Page 19: Saham wakaf

SUKUK WAKAF

Dikeuarkan oleh institusi wakaf untuk

mendapatkan pembiayaan

Pembangunan wakaf yang dilaksanakan

mestilah sesuatu yang

boleh mendapatkan

keuntunga

Keuntungan akan dibahagi

sama rata mengikut

persetujuan bersama

Melalui dua konsep iaitu pembiayaan

dan pelaburan

Page 20: Saham wakaf

ARAB SAUDI

Menggunakan konsep sukuk al-

intifa’

Pembinaan kompleks

menara zam-zam

Page 21: Saham wakaf

PELAN TAKAFUL WAKAF

Page 22: Saham wakaf

Pelan Takaful Waqaf telah diperkenalkan oleh Syarikat Takaful Malaysia bermula pada tahun 1997 yang menggabungkan produk Takaful dan wakaf di bawah kontrak Mudharabah setelah wakaf tunai diperkenalkan.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad merupakansatu-satunya syarikat takaful di Malaysia yangmelancarkan produk yang menggabungkan antaratakaful dan wakaf yang dikenali sebagai pelantakaful wakaf.

Produk ini masih lagi mengekalkan kontrak sedia ada di dalam takaful seperti mudarabah, wadiah, wakalah, tabarru’, kafalah, musyarakah dan begitu halnya dalam prinsip wakaf.

Page 23: Saham wakaf

Pelan waqaf ini boleh dilakukan dengan mana-mana pelan yang anda ambil dari Takaful Ikhlas berhad dan peserta hanya perlu menyatakan berapa peratuskah yang ingin diwaqafkan dari nilai pampasan yang bakal diperolehi.

Mengikut amalan di Malaysia, kontrak yang diguna pakai adalah mudarabah.

Nilai waqaf ini tidak boleh melebihi 1/3 dari keseluruhan nilai pampasan dan jumlah yang diwaqafkan itu akan disalurkan kepada pihak-pihak yang menerima wakaf yang dipilih oleh peserta.

Peserta boleh mengasingkan sebahagian daripada nilai pampasan yang bakal diperolehi oleh waris untuk tujuan waqaf.

Page 24: Saham wakaf

1.   Sumber pertama wang tunai yang akan diwaqafkan ialah bahagian keuntungan yang akan dikreditkan ke dalam Akaun Peserta (AP) berasaskan prinsip mudharabah.

2.   Sumber kedua pula perolehan yang akan dibayar daripada Akaun Khas Peserta (AKP) yang menyerupai bayaran khairat kematian yang akan dikeluarkan jika ditakdirkan peserta meninggal dunia sebelum genap tempoh penyertaan.

3. Sumber ketiga adalah daripada lebihan/keuntungan aset ke atas liabiliti Akaun Khas Peserta (AKP) mengikut penilaian aktuari yang dibuat secara tahunan dan dibayar apabila tempoh penyertaan matang.

SUMBER WANG TUNAI YANG AKAN DIWAQAFKAN

Page 25: Saham wakaf

Peserta-peserta yang menyertai pelan takaful wakaf perlu bersetuju dengan kontrak yang dibuat.

Antara syarat-syarat diletakkan adalah:

1. Sumbangan diberikan untuk membentuk jumlah cagaran.

2. Persetujuan dengan tempoh pelan. Pelan ini menyediakan tempoh masa yang fleksibel iaitu 5, 10, 15 dan seterusnya sehingga 45 tahun. Walau bagaimanapun pelan ini mesti matang apabila peserta berumur 75 tahun.

3. Bayaran ansuran tidak boleh kurang daripada RM10 satu bulan. Kaedah pembayaran perlu diketahui. Bayaran boleh dibuat terus kepada syarikat, atau melalui penolakan gaji dan lain-lain.

4. Peserta boleh menamakan penama bagi penerima wakaf.

SYARAT-SYARAT

Page 26: Saham wakaf

KELEBIHAN PEMAKAIAN KONSEP WAKAF DALAM TAKAFUL

1. Memberi peluang kepada umat Islam memberi sumbangan walaupun dengan jumlah yang rendah

2. Bersifat bukan berorientasikan keuntungan

3. Peserta juga layak menikmati sumbangan wakaf yang disumbangkan.

4. Melaksanakan hasrat peserta

5. Membantu golongan yang tidak berkemampuan

Page 27: Saham wakaf

Menurut statistik (2002-2004), pelan ini telah berjaya menarik kira-kira 5000 orang peserta lingkungan umur 30 hingga 40 tahun.

Nilai cagaran yang diperoleh kira-kira RM7.5 juta dengan setiap seorang membuat cagaran kira-kira RM1500.

Hal ini menunjukkan pelan ini berjaya menarik golongan muda untuk membuat wakaf dan golongan yang berpendapatan sederhana.

Namun, pada akhir 2009, pelan ini telah ditarik keluar dari pasaran dan pengaplikasian takaful wakaf dalam pasaran ekonomi semasa semakin terkubur.

Page 28: Saham wakaf

WAKAF KORPORAT

Page 29: Saham wakaf

• Merupakan mekanisme khusus untuk memastikan manfaat atau hasil dari pemilikan saham iaitu terimaan dividen tahunan ke atas saham yang dipindahkan kepada wakaf akan dibelanjakan untuk menyokong aktiviti-aktiviti amal dan insitusi keagamaan

• Merujuk kepada suatu aspek pengurusan harta-harta wakaf yang berbentuk harta alih seperti tunai, saham syarikat dan dividen saham yang diurus tadbir secara penuh oleh entiti korporat ataupun secara kerjasama di antara syarikat korporat dan pihak berkuasa wakaf (magda 2013).

• Wakaf saham oleh institusi perniagaandengan agihan manfaat bersumberkan dividen pelaburan saham di bursa malaysia dan keuntugan tahunan syarikat

Page 30: Saham wakaf

Konsep wakaf korporat oleh Jcorp.

• Pada 3 Ogos 2006, Jcorp telah mewakafkan saham bernilai RM 200 juta(atas Nilai Aset Bersih) dalam tiga syarikat Jcorp yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu :

• - RM 142 juta dalam Kulim(Malaysia) Berhad• - RM 45 juta dalam KPJ Healthcare Berhad• - RM 13 juta dalam Johor Land Berhad• Pada tahun 2009, perolehan dividen dari saham-saham

yang telah diwakafkan berjumlah RM8.87 juta meningkat 245. 1 % berbanding tahun 2008 yang berjumlah RM2.57 juta.

Page 31: Saham wakaf

Permulaan penglibatan Jcorp dalam wakaf

Pewakafan tapak Masjid An-Nur Plaza Kota Raya JB

Klinik Wakaf An-Nur

Wakaf saham oleh Tiram Travel Sdn Bhd bernilia RM260 568

Page 32: Saham wakaf

Wakaf An-Nur Corporation

• mula beroperasi pada 25 oktober 2000• Tujuan – menguruskan rangkaian klinik wakaf An-Nur dan pusat dialisis

yang diuruskan oleh KPJ Healthcare Berhad• Peranan utama- pengurus dan pentadbir harta wakaf daripada JCorp khasnya

dan pewakaf- pewakaf lain. • Objektif penubuhan:

- pengurusan dan pentadbiran yang memberi penekanan kepada nilai- nilai Islam,- merancang dan menyelaras pelbagai aktiviti keagamaan- sekretariat jawatankuasa masjid dan juga menyelaraskan pengurusan masjid tersebut- menjalankan penyelidikan menggunakan pendekatan kontemporari - mencadangkan pelaksanaan projek yang bersesuaian dengan visi JCorp - berusaha untuk menjadi pusat rujukan dalam hal berkaitan pengurusan perniagaan secara Islam khasnya

Page 33: Saham wakaf

Sistem pengurusan harta waqaf korporat JCorp

Wakaf korporat JCorp

Pengurusan dan

pentadbiran

Pelaburan unit-unit saham yg

diwakafkan

Page 34: Saham wakaf