wakaf tunai malaysia 040309

45
(PPAB-02/2008) ه ت ركا ب ه و ل ل ا ه م ح م ور ك ي ل ع لام س ل ا

Upload: muhamad-asyraf-kamal

Post on 01-Dec-2015

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

wakaf tunai

TRANSCRIPT

Page 1: Wakaf Tunai Malaysia 040309

(PPAB-02/2008)

ورحمة عليكم السالموبركاته الله

Page 2: Wakaf Tunai Malaysia 040309

PELAKSANAAN WAKAF TUNAI MALAYSIA OLEH YAYASAN

WAQAF MALAYSIA

Page 3: Wakaf Tunai Malaysia 040309

TUJUAN PEMBENTANGANMemaklumkan mengenai latar belakang serta objektif penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan peranannya sebagai entiti wakaf kebangsaan.

Mengemukakan cadangan kutipan dan promosi Wakaf Tunai Malaysia kepada peserta.

Memberi makluman mengenai perlaksanaan Skim Wakaf Tunai oleh YWM yang dijenamakan sebagai ‘Wakaf Tunai Malaysia’.

Page 4: Wakaf Tunai Malaysia 040309

25 Mac 2006

PENUBUHAN YWMPENUBUHAN YWMMesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Kebangsaan (JPBK) yang telah diadakan di Kuala Terengganu telah bersetuju agar satu entiti kebangsaan bagi menguruskan hal ehwal wakaf diwujudkan.

16 Julai 2007 Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi telah bersetuju agar satu entiti wakaf peringkat kebangsaan diwujudkan dengan segera bagi menyelesaikan masalah pembangunan harta wakaf di negara ini.

Page 5: Wakaf Tunai Malaysia 040309

14 Februari 2008YWM dilancarkan oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

1 Jun 2008Ketua Pegawai Eksekutif dilantik untuk mengetuai operasi YWM.

YWM dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini dan dianggotai 18 orang ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri dari pegawai kerajaan, pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan ahli korporat.

Samb..

Page 6: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Samb..

23 Julai 2008YWM telah didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258].

5 Januari 2009 Memperolehi kod potongan gaji kakitangan awam Persekutuan (No. Kod 4474) daripada Jabatan Akauntan Negara

25 Jun 2008Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bil 1/2008 telah diadakan di JAWHAR. Ahli mesyuarat bersetuju dengan pelaksanaan Skim Wakaf Tunai.

Page 7: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Membentuk satu badan nasional bagi menyatu dan menggembleng sumber-sumber wakaf

Penglibatan MAIN merupakan fokus utama pada peringkat penubuhan selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di peringkat negeri

Page 8: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Mengumpul dan menyatukan dana serta menggembleng sumber-sumber wakaf yang berpotensi di dalam dan luar negara agar dapat dimanfaatkan oleh umat Islam

Membangun dan memajukan aset wakaf di Malaysia melalui jalinan kerjasama dengan MAIN selaku pemegang amanah tunggal aset wakaf di Malaysia

Menjana modal melalui kaedah-kaedah kontemporari dan inovatif bagi memaksimumkan manfaat wakaf

OBJEKTIF PENUBUHAN YWMOBJEKTIF PENUBUHAN YWM

Page 9: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Membangun dan memajukan harta wakaf dan harta umat Islam bagi tujuan khairat dan amal jariah melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan

Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi di kalangan umat Islam secara progresif dan produktif, khususnya bagi mengurangkan jurang kemiskinan

Menyempurnakan amanah pewakaf

Samb..

Page 10: Wakaf Tunai Malaysia 040309

MATLAMAT TERAS YWMMATLAMAT TERAS YWMMengumpul dana wakaf

Membangun & memajukan harta wakaf

Membuat pelaburan yangdibenarkan oleh Syarak

Merangka program kebajikan& sosial untuk faedah umat Islam

Mempromosi & membuat penerbitanuntuk mengembangkan institusi wakaf

Penubuhan YWM

adalah untuk

mencapai 5 matlamat

teras berikut:

Page 11: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Pengertian Wakaf

Terjemahan

Wakaf berasal dari perkataan Arab: waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.

Page 12: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Pengertian WakafWakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.

Page 13: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Pengertian WakafPengertian Kontemporari

Wakaf ialah penahanan harta, baik mu’abbad (bersifat kekal) atau mu’aqqat (bersifat tidak kekal) untuk dimanfaatkan harta tersebut mahupun hasilnya, secara berulang-ulang, bagi tujuan kebajikan amal jariah (Dr. Monzer Khaf, cendekiawan Islam terkenal dalam bidang wakaf).

Page 14: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Pengertian Kontemporari?Dalam era moden, manfaat yang boleh disalurkan untuk kebajikan/dinikmati oleh masyarakat boleh diperolehi daripada berbagai sumber dan bentuk harta.

Harta-harta yang boleh dimanfaatkan secara berulang kali termasuk harta intelek, surat-surat berharga dan wang tunai.

Page 15: Wakaf Tunai Malaysia 040309
Page 16: Wakaf Tunai Malaysia 040309

PEWAKAF

Baligh

Berakal

Berkelayakan untuk berwakaf

Sukarela (tidak dipaksa untuk berwakaf)

Merdeka

Page 17: Wakaf Tunai Malaysia 040309

HARTA YANG DIWAKAFKAN

Harta yang mempunyai nilai

Harta yang boleh dipindah milik

Harta adalah milik sempurna pewakaf

Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan

Page 18: Wakaf Tunai Malaysia 040309

PENERIMA MANFAAT WAKAF

Penerima khusus samada seorang atau lebih

Penerima tidak khusus (menentukan penerima wakaf)

Page 19: Wakaf Tunai Malaysia 040309

LAFAZ AKAD

Akad ialah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf.

Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.

Akad ialah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf.

Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.

Page 20: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Wakaf TunaiWakaf tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai sebagai harta yang diwakafkan untuk mengumpul dana wakaf yang kemudiannya ditukar kepada harta kekal.

Harta kekal ini akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat secara berulang kali/berterusan.

Page 21: Wakaf Tunai Malaysia 040309

WAKAF WANG TUNAI

Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.

(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)

Page 22: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Ilustrasi Transaksi Wakaf

PewakafLafaz Akad

Penerima manfaat

Urus & majukan

hartaMewakafkan

Harta

Nota: Nazir ialah pemegang amanah ke atas harta wakaf, iaitu MAIN

Page 23: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Ilustrasi Transaksi Wakaf TunaiPewakaf Lafaz Akad

Penerima manfaat

Urus & agihMewakafkan

Tunai

YWM ialah pemegang amanah Dana Wakaf, yang kemudiannya ditukar kepada harta wakaf kekal di bawah pemegang amanah kekal, iaitu MAIN

Page 24: Wakaf Tunai Malaysia 040309

WAKAF TUNAI SEBAGAI INSTRUMEN UTAMA MENGUMPUL DANA WAKAF

Berwakaf dengan memberi wang tunai kepada nazir atau entiti pengurusan yang sah untuk dikumpul dan dijadikan modal bagi menukar

dana kepada harta kekal atau membiayai aktiviti berkaitan wakaf

Page 25: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Berkembang pesat di Turki semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah mulai penghujung

abad ke-15 hingga abad ke-18.

Wujud 1,161 wakaf tunai di Istanbul (1456 hingga 1551), sementara di Busra, wujud 761 wakaf

tunai dalam abad ke-18.

PERANAN WAKAF TUNAI DALAM KOMUNITI ISLAM

Page 26: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran

dan sebagainya kepada masyarakat dan pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan oleh

kerajaan.

Di Singapura, Majlis Agama Islam Singapura telah melaksanakan wakaf tunai yang mengumpul SG$6 juta setahun melalui

potongan gaji bulanan warga-warga Islam (minima SG$2 hingga SG$11) dan berjaya membiayai pembangunan serta

penyelenggaraan tempat-tempat beribadah Islam di Singapura.

Page 27: Wakaf Tunai Malaysia 040309

HIKMAH WAKAF“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi maha mengetahui”

Surah Al-Baqarah: Ayat 261

Page 28: Wakaf Tunai Malaysia 040309

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui”

Surah Al-Imran: Ayat 92

Page 29: Wakaf Tunai Malaysia 040309

“Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) dia akan beroleh pahala besar!”

Surah Al-Hadid: Ayat 11

Page 30: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Sabda Rasulullah S.A.W.:

“Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya”

Hadith Riwayat Muslim

Page 31: Wakaf Tunai Malaysia 040309

WAKAF TUNAI MALAYSIA

Wakaf Tunai Malaysia ialah skim wakaf tunai yang dilaksanakan oleh

Yayasan Waqaf Malaysia

Page 32: Wakaf Tunai Malaysia 040309

OBJEKTIF WAKAF TUNAI MALAYSIAOBJEKTIF WAKAF TUNAI MALAYSIA Menggalakkan amalan sedekah jariah dikalangan umat Islam

Sebagai alternatif untuk melaksanakan ibadah wakaf

Menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa

Penggerak pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam

Meningkatkan pegangan aset umat Islam yang akan digunakan untuk kepentingan agama dan pembangunan ummah

Meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan

Menyumbang kepada pembangunan harta wakaf dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu

Page 33: Wakaf Tunai Malaysia 040309

METODOLOGI PELAKSANAAN KUTIPAN WAKAF TUNAI MALAYSIA

KUTIPAN DANA SECARA TRADISIONAL

memberi penjelasan secara individu atau taklimat berkumpulan

mendekati pewakaf secara peribadi

memperolehi persetujuan daripada pewakaf untuk menyalurkan wang tunai secara berterusan dan berkala (setiap bulan) melalui potongan gaji atau pembayaran keluar daripada akaun simpanan tunai.

Kod potongan gaji = 4474

Page 34: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Dana Terkumpul

Harta Kekal

Melalui:

Pembinaan bangunan seperti sekolah, kedai, pejabat

Pelaksanaan Wakat Tunai Malaysia ini adalah wakaf musytarak (wakaf berkelompok)

PENYALURAN MANFAAT WAKAF TUNAI MALAYSIAPENYALURAN MANFAAT WAKAF TUNAI MALAYSIA

ditukarkan

Pembangunan tanah wakaf sedia ada

Pembelian /pembangunan aset

Pembangunan perladangan, ternakan, dan perkilangan

Page 35: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Wakaf adalah sedekah jariah atau pemberian dari keikhlasan hati seorang Muslim bagi tujuan menyalurkan manfaat kepada masyarakat.

YWM mencadangkan satu kadar minima iaitu RM10.00 bagi memudahkan pelaksanaan dalam mencapai sasaran kutipan dana wakaf.

KADAR MINIMA BERWAKAF MELALUI WAKAF TUNAI MALAYSIA

Page 36: Wakaf Tunai Malaysia 040309

KELEBIHAN BERWAKAFKELEBIHAN BERWAKAF

Rebet cukai pendapatan kepada pewakafRebet cukai pendapatan kepada pewakafRebet cukai pendapatan kepada pewakafRebet cukai pendapatan kepada pewakaf

Manfaat kepada umat IslamManfaat kepada umat IslamCONTOHCONTOHmembantu Majlis Agama Islam Pulau Pinang membantu Majlis Agama Islam Pulau Pinang menyelesaikan masalah kekurangan tanah menyelesaikan masalah kekurangan tanah perkuburan di Jelutong, Pulau Pinang. perkuburan di Jelutong, Pulau Pinang.

Manfaat kepada umat IslamManfaat kepada umat IslamCONTOHCONTOHmembantu Majlis Agama Islam Pulau Pinang membantu Majlis Agama Islam Pulau Pinang menyelesaikan masalah kekurangan tanah menyelesaikan masalah kekurangan tanah perkuburan di Jelutong, Pulau Pinang. perkuburan di Jelutong, Pulau Pinang.

UkhrawiUkhrawi UkhrawiUkhrawi

Ganjaran pahala berterusan selagi harta wakaf Ganjaran pahala berterusan selagi harta wakaf dimanfaatkandimanfaatkanGanjaran pahala berterusan selagi harta wakaf Ganjaran pahala berterusan selagi harta wakaf dimanfaatkandimanfaatkan

DuniawiDuniawiDuniawiDuniawi

Page 37: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Program Agihan Kutipan Wakaf Tunai Malaysia

Page 38: Wakaf Tunai Malaysia 040309

CADANGAN PENAMBAHAN TAPAK PERKUBURAN MASJID KG. JELUTONG MELALUI CADANGAN PENAMBAHAN TAPAK PERKUBURAN MASJID KG. JELUTONG MELALUI PENGAMBIL-ALIHAN TANAH (Melibatkan Kos RM22 juta)PENGAMBIL-ALIHAN TANAH (Melibatkan Kos RM22 juta)

Page 39: Wakaf Tunai Malaysia 040309

CADANGAN MENYIAPKAN PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA CADANGAN MENYIAPKAN PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA MAAHAD ADDINI, ALOR SETARMAAHAD ADDINI, ALOR SETAR

Page 40: Wakaf Tunai Malaysia 040309

CADANGAN PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA CADANGAN PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN (IMTIAZ)WILAYAH PERSEKUTUAN (IMTIAZ)

Sekolah berkonsepkan dwi-aliran iaitu menyeimbangkan antara aliran akademik dan agama.

Keperluan yang mendesak untuk peningkatan kualiti ummah dan ada permintaan yang tinggi daripada ibu bapa. Akan memberi impak yang besar kepada masyarakat Islam di Malaysia di dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberi komitmen untuk membiayai RM30 juta, masih memerlukan antara RM30 juta hingga RM40 juta lagi untuk pembangunan projek ini.

Memandangkan projek ini perlu dilaksanakan dengan segera, YWM dan MAIWP bercadang untuk mengumpul dana melalui Wakaf Tunai Malaysia.

Page 41: Wakaf Tunai Malaysia 040309

CADANGAN PEMBANGUNAN KOMPLEKS SAUDARA BARU DI CADANGAN PEMBANGUNAN KOMPLEKS SAUDARA BARU DI MUKIM BATU, KUALA LUMPURMUKIM BATU, KUALA LUMPUR

Pusat penempatan dan perlindungan untuk saudara baru, sehingga mampu berdikari.

Memberi perlindungan seperti tempat penginapan dan makanan supaya saudara baru tidak tertekan untuk kembali kepada agama asal.

Pembangunan lengkap mengandungi fasiliti beribadah, pengajian agama serta kutub kanah ilmiah.

Boleh menempatkan tempat latihan untuk mendidik atau meningkatkan pengetahuan/kemahiran dalam bidang tertentu sebagai mata pencarian baru.

Tapak telah dikenal pasti, komponen pembangunan masih di peringkat perancangan.

Page 42: Wakaf Tunai Malaysia 040309

KERJASAMA STRATEGIK YWM UNTUK MEMBANTU PENCAPAIAN ‘QUICK WIN’

Page 43: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Perlu melaksanakan transformasi paradigma dan perspektif mengenai amalan wakaf

WAKAF TRADISIONAL WAKAF KOMTEMPORARI

TANAH WANG TUNAI

PERKUBURAN, MASJID, RUMAH ANAK YATIM

KOMPLEKS PERNIAGAAN, KOMPLEKS KEDIAMAN, KOMPLEKS PENDIDIKAN

Page 44: Wakaf Tunai Malaysia 040309

Berwakaf mengikut kemampuan.

Berwakaf bagi pihak orang lain seperti ibu/bapa yang telah meninggal dunia.

Selain daripada menyumbang ke arah peningkatan tahap sosio-ekonomi masyarakat Islam, ganjaran pahala yang berterusan selagi harta wakaf hasil daripada amaun yang diwakaf dimanfaatkan.

Page 45: Wakaf Tunai Malaysia 040309

والسالم