wakaf produktif

Upload: abu-izzah

Post on 29-May-2018

257 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    1/14

    Sebuah pendekatan yang baru dalam mengembangkan asetuntuk tujuan kebajikan masyarakat Islam.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    2/14

    y Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak

    pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarangurusan jualbeli, pewarisan, hibah(hadiah) danwasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya(ain).

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    3/14

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    4/14

    y Firman Allah S.W.T;

    y Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yangmembelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialahseperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkantujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi

    seratus biji. Dan(ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNyadan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputiilmu pengetahuanNya.

    (Surah al-Baqarah: ayat 261)

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    5/14

    y Hadith yang di riwayatkan oleh imam MuslimDaripada AbuHurairah r.a. bahawa Rasullullah S.A.W.telah bersabda yang bermakud: Apabila mati anak

    Adam akan terhentilah amalannya kecuali tigaperkara: sedekah jariah atau ilmu yangdimanfaatkannya atau anak yang soleh yangmendoakannya.

    y

    Sedekah jariah yang dimaksudkan ialah wakaf.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    6/14

    y Wakaf terbahagi kepada dua bahagian:

    y 1) Wakaf Ahli. ( wakaf untuk keluarga).

    y wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan

    maukuf alaih seperti anak,cucu dan seterusnya.Contoh, Saya mewakafkan kesemua harta sayakepada anak cucu dan keturunan saya untukselamanya.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    7/14

    y 2)Wakaf Khairi (Kebajikan)y terbahagi kepada 2 iaitu ;y i) Wakaf Am;

    Wakaf yang tidak dikhaskan oleh pewakaf kepada pihaktertentu. Contohnya seperti seorang mewakafkan sebidangtanah untuk kebajikan am. Dalam wakaf ini, Nazir Wakaf(Pemegang Amanah) mentadbirkan tanah tersebut untuk apa

    jua bentuk pembangunan yang boleh memberikan hasil sebaikmungkin tanpa terikat dengan jenis kebajikan/bentuk

    pembangunan tertentu. Manakala manfaatnya pula diagihkankepada apa juga bentuk kebajikan am yang mana pahalanyaberterusan kembali kepada pewakaf.

    y ii) Wakaf Khas;Wakaf yang manfaatnya dikhaskan kepada pihak tertentu

    sebagaimana yang di tentukan oleh pewakaf. Contohnya;y Wakaf rumah khas untuk anak-anak yatim,Wakaf kedai hasilnya

    dikhaskan kepada masjid atau surau atau madrasah tertentusahaja dan Wakaf untuk masjid, surau, madrasah, tanahperkuburan dan sebagainya

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    8/14

    y Wakaf Irsod

    y Wakaf bukan daripada pemiliknya, bahkan wakaf daripada Rajaatau harta Baitulmal pada masarifnya atau wakaf yang dijadikanoleh pihak kerajaan seperti yang diwartakan sebagai tapakmasjid , surau , madrasah, rumah kebajikan Islam. Anak-anak

    yatim, tanah perkuburan termasuk tanah perkuburan awam.

    y Wakaf Saham

    y Wakaf Saham ertinya mewakafkan saham-saham syarikatperniagaan dengan belian atau saham-saham yang sedia ada.

    y Saham Wakaf

    y Saham Wakaf ertinya mewujudkan suatu wakafmusytarak(kolektif) melalui saham-saham dengan syarat-syarat

    wakaf atau yang kemudian daripadanya diwakafkan.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    9/14

    y Wakaf Musytarak

    y Ialah penyatuan beberapa wakaf termasuklahwakaf yang diwujudkan melalui Istibdal dansaham wakaf.

    y Wakaf Musya

    y Ialah mewakafkan apa-apa hak ke atas mana-mana harta yang dimiliki bersama yang tidak

    boleh dipecah bahagikan.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    10/14

    y Kebanyakan harta-harta yang diwakafkan di zaman awalIslam ialah

    y Harta yang bersifat kekal atau tahan lama, seperti tanah,rumah dan lain-lain.

    y Harta yang diwakafkan oleh Umar Ibn Khattab ialahsebidang tanah.

    y Uthman pula mewakafkan telaga Al-Rahmah untukkegunaan kaum Muslimin.

    y H

    arta-harta yang berkekalan itu bukanlah terbatas kepadaharta-harta tidak boleh alih sahaja. Tetapi termasuk hartaboleh alih, seperti senjata atau alat-alat pertanian.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    11/14

    y Yang dimaksudkan berkekalan itu ialah yang tahanlama kegunaannya. Ini dinyatakan di dalam hadithriwayat Al-Bukhari, dan Ahmad daripada AbuH

    urairah bahawa Nabi Muhammad S.A.W

    . menyerusupaya diwakafkan alat-alat peperangan.

    y Alat-alat peperangan bukanlah kekal, tetapi ia adalahsesuatu yang tahan lama.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    12/14

    y Menurut sesetengah ahli hukum, unsur terpenting didalam harta yang diwakafkan ialah kegunaannya.

    y Pendapat ini, dianggap pendapat yang kukuh dalammazhab Syafie.

    y Justeru, tanaman kekal yang ditanam di tanah yangdisewakan boleh diwakafkan.

    y Menurut Al-Qoylubi, syarat berkekalan sudah memadaidengan jarak masa antara permulaan perjanjian sewa danmasa tamatnya. Jika bangunan atau tanaman di tanah yangdisewakan itu dipindahkan ke tempat lain dan masih bolehdigunakan, bangunan dan tanaman itu, masih kekalsebagai wakaf.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    13/14

    y Pengembangan kepada harta wakaf.

    y Objektifnya ialah untuk menjana pendapatan yangberterusan.

    y

    Untuk membiayai rawatan untuk harta kekal yangdiwakafkan seperti sebidang tanah,rumah,atau masjid.

    y Untuk memberikan dana wakaf tersebut kepada golonganyang memerlukan.

    y Seperti; membantu golongan susah danmemerlukan(pendidikan),membantu dalampembangunan aset wafkaf yang lain,dan menjana ekonomiumat Islam melalui wakaf produktif.

  • 8/9/2019 Wakaf Produktif

    14/14

    Hasilnya setiap setahun 1 ekor kambing betinaakan melahirkan 2 ekor anak kambing

    Selepas 1 tahun hasilnya dibahagi Mengikut sistem mudharabah

    Mewakafkan untuk tujuan kebajikan anak-anak yatim

    Di kelolakan oleh penerima wakaf Memberikan peluang pekerjaan

    Dana Wakaf daripada pewakaf

    Membeli 10 ekor kambing 8 betina 1 jantan