wakaf di zaman turki

39
PEMBANGUNAN DAN ISU WAKAF DI ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYYAH Muhamad izzat bin mohd ishak 222157 Mohamad afif bin mohamad zamree 221415 Robitah binti abdul shata 222403 Siti noraisyah binti norizan 223177 Siti nurul aisyah syafiqah 222198

Upload: aisyah-norizan

Post on 15-Jan-2017

754 views

Category:

Law


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wakaf di zaman turki

PEMBANGUNAN DAN ISU WAKAF DI ZAMAN KERAJAAN

UTHMANIYYAHMuhamad izzat bin mohd ishak 222157

Mohamad afif bin mohamad zamree 221415Robitah binti abdul shata 222403

Siti noraisyah binti norizan 223177Siti nurul aisyah syafiqah 222198

Page 2: Wakaf di zaman turki

Isi kandungan1. PENDAHULUAN

2. SEJARAH PEMBANGUNAN DAN PERUNDANGAN WAKAF3. STRATEGI PENTADBIRAN TURKI UTHMANIYAH

4. WAKAF PADA ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAAN TURKI5. SUMBANGAN ZAMAN TURKI UTMANIYYAH

6. ISU SEMASA

7. CADANGAN

8. KESIMPULAN

9 RUJUKAN

Page 3: Wakaf di zaman turki

PENDAHULUAN

Page 4: Wakaf di zaman turki

PENDAHULUAN• Wakaf telah dipraktikkan semenjak zaman rasulullah saw. Menurut

dr mustafa as-siba’ee di dalam buku ‘civilization of faith’. Seorang sahabat bernama abu ad-dahdah telah mewakafkan satu-satunya harta beliau iaitu sebuah dusun dengan 700 pepohon buah. Abu ad-dahdah mewakafkan dusunnya selepas allah swt menurunkan ayat:

“barang siapa meminjam (menginfakkan hartanya di jalan allah) allah dengan pinjaman yang baik maka allah melipat gandakan ganti kepadanya dengan banyak. allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-nyalah kamu dikembalikan (245:al-baqarah)”• Pada zaman turki uthmaniyah, wakaf telah mula berkembang melalui

penaklukan constatinople oleh muhammad al-fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan sulaiman al-qanuni.

Page 5: Wakaf di zaman turki

• Secara dasarnya, pembentukan kerajaan turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan turki uthmaniyah telah mengalami pasang surut.

• Kerajaan uthmaniyah berkuasa selama lebih kurang tujuh abad (1300-1922) dan dipimpin oleh 36 sultan. Puncak kejayaan kerajaan uthmaniyah dicapai semasa pemerintahan sulaiman 1 (1520-1566) (utusan online, 2012).

Page 6: Wakaf di zaman turki

Sejarah Pembangunan dan

perundangan Wakaf

Page 7: Wakaf di zaman turki

Pada zaman KERAJAAN BANI UMAIYYAH, institusi wakaf telah ditadbir di bawah pengawasan hakim

ZAMAN ABASIYYAH dengan pemilihan staf lembaga wakaf bagi menjamin wakaf tersebut tidak disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu

Pemerintahan SALAHUDIN AL-AYUBI sehingga beliau sendiri telah mengambil inisiatif dengan mewakafkan harta kerajaan yang dikenali sebagai wakaf al-irshod untuk faedah kepada umat islam

Zaman TURKI UTHMANIYYAH, yang mana ada pihak yang mewakafkan pelajaran, sekolah dan sebagainya. Wakaf juga telah diperundangkan dengan wujudnya persijilan dan pendaftaran wakaf sekaligus menonjolkan lagi keunggulan sistem wakaf pada masa tersebut.

Pada abad yang ke 15Memperluaskan wilayah kekuasaanya, sehingga dapat menguasai sebahagian besar wilayah Negara arab. kekuasaan politik yang dicapai mempermudahkan penerapan syari’at islam diantaranya peraturan perwakafan.

Page 8: Wakaf di zaman turki

Undang-undang Yang Dikeluarkan Oleh Kerajaan Turki Uthmani

• PEMBUKUAN PELAKSANAAN WAKAF (1280 hijriyyah)

1. Pendaftaran wakaf,

2. Pensijilan wakaf,

3. Cara pengelolaan wakaf,

4. Keupayaan dalam mencapai tujuan wakaf

5. Mewujudkan lembaga wakaf untuk merealisasikan wakaf dari sudut pentadbiran dan perundangan

• MENJELASKAN KEDUDUKAN TANAH KEKUASAAN TURKI UTHMANIYYAH DAN TANAH-TANAH PRODUKTIF YANG BERSTATUS WAKAF

(1287 hijriyah )

Page 9: Wakaf di zaman turki

STRATEGI PENTADBIRAN TURKI UTHMANIYAH

Page 10: Wakaf di zaman turki

Sistem Pentadbiran Harta Wakaf di Turki 

PERBEZAAN HARTA WAKAF DI TURKI

Wakaf peninggalan sejak zaman saljuk dan turki uthmaniyah

Wakaf mazbutah, diuruskan oleh ketua pengarah wakaf

Wakaf mulhaqah, diuruskan oleh mutawwali dan diketuai oleh

pengarah wakaf

Page 11: Wakaf di zaman turki

• Ketua pengarah wakaf diberi kuasa untuk mentadbir harta wakaf mazbutah dan juga menguruskan harta wakaf mulhaqah.

• Ketua pengarah wakaf juga bertanggungjawab menjalankan semua tugas-tugas kementerian wakaf yang dahulu berlaku pada era kesultanan turki ustmani.

• Bahkan selepas itu, pada tahun 1983, kementerian wakaf telah ditubuhkan secara khusus untuk memantau tadbir urus wakaf tersebut.

• Selepas itu, kerajaan republik turki telah menubuhkan peraturan berdasarkan undang-undang sivil turki wakaf, antaranya: Mesti mempunyai lembaga pengurusan wakaf (artikel 77) Ketua pengarah mesti mengawal harta wakaf (artikel 78) Hendaklah diaudit sekurang-kurangnya 2 tahun Pengarah wakaf yang mempunyai hak untuk mendapatkan 5% daripada

pendapatan bersih wakaf sebagai upah menyelia dan audit.

Page 12: Wakaf di zaman turki

• Harta wakaf di negara turki diuruskan oleh dua pihak iaitu oleh :i. ketua pengarah wakaf ii. kementerian wakaf [mutawalli] – yang menguruskan urusan atau

di jabatan (hanya untuk lelaki)• Ketua pengarah wakaf hanya dilantik dan dipilih oleh perdana menteri

dan berada di bawah pejabat perdana menteri.• Untuk membangunkan wakaf, ketua pengarah wakaf juga melakukan

pelaburan didalam syarikat-syarikat besar, antaranya ialah :i. taksim hotel (sheraton).ii. aydin textile industry.iii. black sea copper industry.iv. turkish auqaf bank.

Page 13: Wakaf di zaman turki

Antara hasil wakaf yang diuruskan oleh Direktorat Jeneral Wakaf adalah dapat menghasilkan:

Page 14: Wakaf di zaman turki

WAKAF PADA ZAMAN KEGEMILANGAN

KERAJAAAN TURKI

Page 15: Wakaf di zaman turki
Page 16: Wakaf di zaman turki

Wakaf tunai

Wakaf tunai adalah wakaf yang dilakukan seseorang, suatu kelompok, lembaga atau badan dalam bentuk wang tunai, contohnya surat-surat berharga, seperti saham dan cek.

Wakaf tunai boleh dijadikan sebagai modal dalam akad mudharabah yang keuntungannya disalurkan sebagai wakaf, atau dengan meminjamkan wang dalam akad pinjaman (qardh)

Konsep wakaf tunai: Wakaf tunai ialah berwakaf dengan menggunakan wang tunai

yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini bagi tujuan kebajikan dan manfaat ummah.

Secara umumnya wakaf tunai ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana dari kalangan umat islam yang kemudianya dapat dimanfaatkan bagi kepentingan pembangunan ummah.

Page 17: Wakaf di zaman turki

Matlamat wakaf tunai

Melaksanakan ibadah wakaf secara berkelompok Memberi alternatif kepada umat Islam untuk turut

menyumbang ke arah pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam.

Melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa.

Page 18: Wakaf di zaman turki

Pendapat ulama mengenai wakaf tunai Alasan ulama yang tidak memperbolehkan wakaf

dengan wang tunai :1) Bahawa wang zatnya boleh habis dengan sekali

pakai. wang hanya boleh dimanfaatkan dan dibelanjakan. Konsep utama wakaf adalah harta yang tetap. Oleh itu ada syarat utama wakaf adalah benda yang diwakafkan harus tahan lama dan tidak habis ketika dipakai.

2) seperti yang kita sedia maklum wang diciptakan sebagai medium pertukaran, bukan untuk digunakan manfaatnya.

Page 19: Wakaf di zaman turki

Alasan ulama yang membolehkan wakaf tunai1) wakaf tunai (Cash Wakaf/Waqf al-Nuqud)

merupakan wakaf yang dilakukan seseorang, sekumpulan orang, lembaga atau badan hukum dalam bentuk wang tunai (cash).

2) Contohnya adalah surat-surat berharga.3) Wakaf tunai hukumnya harus.4) Wakaf tunai hanya boleh disalurkan dan digunakan

untuk hal-hal yang dibolehkan secara Syar’I5) Nilai wakaf harus dijamin pelaksanaanya, tidak

boleh dijual, dihibahkan dan atau diwariskan.

Page 20: Wakaf di zaman turki

CONTOH WAKAF DI TURKI PADA MASA KINI

• Hizmet telah berjaya menubuhkan institusi pendidikan hospital, hotel, bank dan juga menerbitkan akhbar terbesar turki iaitu zaman.

• Keunikan wakaf di turki adalah iainya tidak dikaitkan dengan ideologi politik atau agama akan tetapi ianya berasaskan sifat tolong-menolong dan hormat-menghormati sesama insan.

Page 21: Wakaf di zaman turki

Wakaf tunai di Malaysia

Pendekatan wakaf tunai sudah mula diamalkan oleh beberapa buah majlis agama Islam negeri dan juga syarikat swasta. Apa yang dilaksanakan oleh beberapa buah majlis agama islam negeri (MAIN) seperti di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ialah satu bentuk wakaf tunai yang dikenali sebagai skim saham wakaf.

Konsep saham wakaf: MAIN akan bertindak sebagai pemegang amanah dan peserta perlu membeli saham-saham wakaf tadi dan kemudian mewakafkannya. Wang sumbangan jualan saham tadi akan dikumpulkan di bawah satu dana khas dan akan disalurkan kepada program-program berbentuk ekonomi, pendidikan, dan sosial

Page 22: Wakaf di zaman turki

Sumbangan kerajaan turki uthmaniyah

Page 23: Wakaf di zaman turki

WAKAF PENDIDIKAN DI TURKI• Terdapat sebanyak 142 buah universiti di Turki, 87 buah sekolah dan

universiti di Cyprus dan masing-masing 800 dan 786 buah universiti di Cecennestan dan Azerbaijan telah dibangunkan dan dibiayai oleh sumber wakaf.

• Salah satu universiti yang terkemuka adalah University Al-fateh.• Pada zaman pemerintahan Muhamad Al-fatih Bin Murad, Sultan

Muhammad ii telah membuat perubahan dengan memastikan pusat-pusat pendidikan dibangunkan melalui sumber wakaf.

• Pada zaman kerajaan uthmaniyyah, wakaf wang yang dilaksanakan lebih menjurus ke arah menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan ekonomi masyarakat seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, kebajikan dan lain-lain aktiviti.

Page 24: Wakaf di zaman turki

UNIVERSITI AL- FATEH

SULTAN MUHAMAD AL-FATIH II

Page 25: Wakaf di zaman turki

• Wakaf wang dilaksanakan dengan cara dilaburkan wang tersebut dan seterusnya hasil keuntungan dibelanjakan. ini bermaksud modal asal wang wakaf kekal dan tidak berkurangan.

• Teknik wakaf yang dilaksanakan olah kerajaan uthmaniyyah ini sangat memberi faedah kepada masyarakat dan perlu diketengahkan.

• Sebagai contoh wakaf yang telah dibuat oleh El-hac Sulayman El-hac, di mana beliau mewakafkan wang sebanyak 70,000 dirham perak pada tahun 1513m. Beliau mewakafkan sebanyak 30,000 dirham untuk pembinaan bangunan sekolah dan manakala baki sebanyak 40,000 dirham dijadikan modal dalam pelaburan dengan cara memberi pinjaman kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus setahun melalui kontrak murabahah.

Page 26: Wakaf di zaman turki

• Hasil keuntungan yang diperoleh dibelanjakan untuk perkara yang ditetapkan iaitu: 3 dirham gaji guru sekolah, 1 dirham kepada pembantunya, 1 dirham kepada orang yang membaca al-quran dan 2 dirham kepada nazir wakaf.

• Kajian sejarah mendapati bahawa kebanyakan hasil keuntungan dari wakaf wang ketika kerajaan uthmaniyyah telah digunakan untuk urusan perbelanjaan ‘pentadbiran’ wakaf, pendidikan, keluarga pewakaf, institusi keadilan, perbelanjaan untuk penyelenggaraan harta wakaf, masjid, sewa, keagamaan, sosial, cukai , nazir wakaf dan makanan.

Page 27: Wakaf di zaman turki

ISU SEMASA

Page 28: Wakaf di zaman turki

Isu- isu Berkaitan Konsep Wakaf

Wakaf Wang

Wakaf Bertempoh

Wakaf Bersyarat

Wasiat Wakaf

Page 29: Wakaf di zaman turki

Isu 1: Wakaf Wang

Apakah wang menggunakan mata wang itu diharuskan atau sebaliknya, kerana sifat mata wang akan habis apabila digunakan.

para ulama telah memutuskan bahawa wakaf menggunakan mata wang itu bergantung kepada kegunaannya mata wang itu sendiri.

Page 30: Wakaf di zaman turki

Isu 2: Wakaf Bertempoh

Apakah wakaf secara bertempoh itu diharuskan atau sebaliknya, kerana secara umumnya wakaf hendaklah bersifat kekal buat selama-lamanya.

Ulama’ mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali tidak membenarkan wakaf dibatasi oleh waktu

Page 31: Wakaf di zaman turki

Isu 3: Wakaf Bersyarat

Apakah wajar wakaf bersyarat dilaksanakan.

Jumhur ulama membenarkan amalan wakaf bersyarat asalkan syarat yang dikenakan itu tidak bercanggah dengan syarak.

Page 32: Wakaf di zaman turki

Isu 4: Wasiat Wakaf

Bolehkah wakaf wasiat yang dibuat ketika pewakaf sedang sakit tenat ( marad al-maut).

wasiat wakaf atau wakaf ketika sedang sakit yang tiada harapan untuk sembuh adalah diharuskan syarak, namun jumhur ulama’ menegaskan bahawa segala hutang pewakaf mestilah diselesaikan terlebih dahulu

Page 33: Wakaf di zaman turki

CADANGAN

Page 34: Wakaf di zaman turki

• Usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memperluaskan pelaksanaan wakaf di seluruh tempat.

• Penawaran sistem ekonomi islam sebagai alternatif kepada penyelesaian persoalan ekonomi masyarakat perlu dilihat pada nilai-nilai islam dan digabungkan dengan amalan praktikal.

• Kefahaman mendalam tentang wakaf melalui perkhidmatan perlu diterapkan ke dalam diri setiap individu yang terlibat dalam pergurusan dan pengamal perubatan termasuk para doktor, jururawat, pembantu makmal dan lain-lain.

Untuk penambahbaikkan institusi wakaf di malaysia

Page 35: Wakaf di zaman turki

KESIMPULAN

Page 36: Wakaf di zaman turki

KESIMPULANMembantu dalam memajukan sistem pendidikan sejak dahulu lagi dan banyak

menyumbang kepada faktor positif keberlangsungan institusi pendidikan negara

Wakaf adalah salah satu syariat yang menjurus kepada kepentingan umat Islam.

Ibadat wakaf itu dianggap salah satu syariat Islam yang patut dilaksanakan demi kepentingan masyarakat Islam. Oleh itu umat Islam digalakkan beramal dengan ibadat

wakaf agar tercapai maksud maqasid syari’ah yang tersembunyi dibawahnya segala rahsia kehidupan manusia.

Wakaf boleh menggerak roda pembangunan dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan dan kesihatan ke seluruh dunia.

Page 37: Wakaf di zaman turki

RUJUKAN

Page 38: Wakaf di zaman turki

RUJUKANRaja Nor Ashikin binti Raja Ramli, D. N. (2014). KELESTARIAN WAKAF DALAM MEMBANGUNKAN INSTITUSI PENDIDIKAN: KAJIAN AWAL. International Conference on Postgraduate Research 2014 (ICPR 2014).

http://www.zakatpahang.my

http://wakafproduktif.org/perkembangan-wakaf-di-turki

Page 39: Wakaf di zaman turki