peraturan moral

12
PERATURAN MORAL, ADAT, AGAMA DAN UNDANG- UNDANG

Upload: mauna-sugumaran

Post on 26-Dec-2015

100 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Peraturan Moral

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Moral

PERATURAN MORAL, ADAT,

AGAMA DAN UNDANG-UNDANG

Page 2: Peraturan Moral

PERATURAN MORAL Peraturan moral merupakan kajian tentang

tingkah laku manusia yang betul dan salah mengikut peraturan moral dan undang-undang yang ada dalam masyarakat

Menekankan cara-cara manusia berfikir, undang-undang yang ideal dan sifat-sifat tertentu tentang moral.

sambungan

Page 3: Peraturan Moral

CIRI-CIRI PERATURAN MORAL:Boleh berubah-ubahTiada pengasas, contoh:

seseorang yang bermoral haruslah menghormati orang lain.

Dicipta oleh manusiaSambungan…

Page 4: Peraturan Moral

PRINSIP-PRINSIP PERATURAN MORAL PRINSIP AUTONOMI- Meliputi pertimbangan bebas

dan kebebasan memilih- Pertimbangan dan tingkah laku

yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.

Sambungan…

Page 5: Peraturan Moral

PRINSIP KEADILAN- Merupakan tindakan yang

saksama dan menghormati hak orang lain.

- Menggunakan kuasa dengan saksama, tiada perasaan pilih kasih, tamak, dan mementingkan diri sendiri.

- Sambungan…

Page 6: Peraturan Moral

PRINSIP ALTRUISME- Merujuk kepada sebarang tingkah laku atau

pertimbangan moral yang akan melibatkan atau berkait rapat dengan orang lain

- Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya amat berperikemanusiaan.

- Contohnya sikap simpati, belas kasihan, kasih sayang dan sebagainya.

- Tidak sekali-kali mementingkan diri sendiri.

Page 7: Peraturan Moral

PERATURAN ADAT Adat berasal dari bahasa arab yang

bermaksud “kebiasaan hidup manusia”, termasuklah cara hidup harian, budaya, dan hubungan masyarakat.

Himpunan tatasusila dalam masyarakat Cara-cara dan hidup yang diwarisi dari

nenek moyang diturunkan kepada anak cucu melalui tunjuk cara, ajaran, teguran dan cerita

Adat adalah kesusilaan dan cara kehidupan dalam masyarakat.

Page 8: Peraturan Moral

CIRI-CIRI PERATURAN ADAT Cara hidup manusia yang mementingkan

sifat-sifat tingkah laku yang murni serta baik.

Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat, teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi.

Page 9: Peraturan Moral

PERATURAN AGAMA Mempunyai peraturan-peraturan tertentu dan

berlainan mengikut ajaran agama masing-masing. Merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Termaktub dalam kitab agama Menetapkan panduan tingkah laku dan menyatakan

balasan jika peraturan itu dilanggar. Peraturan boleh mendorong penganutnya mematuhi

tuntutan agamaSambungan…

Page 10: Peraturan Moral

CIRI-CIRI PERATURAN AGAMA Tidak boleh diubah-ubah Bukan ciptaan manusia Setiap penganutnya mestilah

mematuhi peraturan yang terdapat di dalam agama masing-masing

Peraturan agama adalah satu cara hubungan manusia dengan Tuhan

Page 11: Peraturan Moral

PERATURAN UNDANG-UNDANG Bermaksud norma, nilai dan peraturan

sesebuah masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah.

Satu perintah yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyat, dan jika tidak ditaati, pemerintah akan mengenakan undang-undang.

Page 12: Peraturan Moral

CIRI-CIRI PERATURAN UNDANG-UNDANG Peraturan-peraturan masyarakat telah

diluluskan oleh autoriti Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu

kesalahan Perlu dipatuhi,kesalahan didenda dengan

wang atau penjara Kejahilan tentang undang-undang tidak

boleh dijadikan alasan membela diri Perasaan kasih sayang, belas kasihan,

bertolak ansur dan baik hati tidak wujud.