2-peraturan moral, adat,agama & undang

Post on 08-Oct-2015

385 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

-Peraturan Moral, Adat,Agama & Undang

TRANSCRIPT

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

PERATURAN MORAL, ADAT, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG

PERATURAN MORALPengertian Peraturan Moralsatu hasil kajian tentang betul salah tingkah laku manusia.menyediakan undang-undang yang sistematik tentang tanggapan-tanggapan / matlamat-matlamat yang unggul.bersifat rasional dan autonomous kerana manusia sentiasa berminat dalam tingkah laku sendiri, berfikir dan bersoal jawab tentang tingkah laku-tingkah laku, membandingkan tingkah laku manusia dan cuba mencari prinsip-prinsip dan rasional atas tingkah lakunya sendiriCiri-Ciri Peraturan MoralBoleh diubah-ubah.Dicipta oleh manusia.Tiada pengasas, seseorang bermoral haruslah menghormati orang lain.

Prinsip-Prinsip Peraturan MoralPrinsip AutonomiPrinsip ini meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Contoh : Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun.

Prinsip KeadilanKeadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan kesaksamaan. Oleh itu keadilan tidak akan membenarkan individu menyalahgunakan kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri. Contoh : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja. Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut.

Prinsip AltruismeBelas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Altruisme juga akan menjauhkan individu daripada sifat mementingkan diri sendiri. Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa. Contoh 2 : Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. Wang tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik, seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu banyak. Satu sen pun tidak diambilnya. Tanpa apa-apa tujuan mencari nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya.PERATURAN ADATPengertian Peraturan AdatPerkataan adat adalah suatu istilah yang berasal dari bahasa Arab yang bererti kebiasaan dalam mengharungi kehidupan manusia.

Himpunan Definisi AdatDr. R. Van Dijk: Semua kesusilaan dan kebiasaan dalam semua lapangan hidup, juga semua peraturan tingkah lakuSyed Alwi: Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk nenek kita dan yang diperturunkan daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk, diajar ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang bertulis. (Koo dan Tang, 1990)

Ciri-Ciri Peraturan AdatCara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni serta baik.Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat, teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lain.Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasiPerbezaan antara Peraturan Moral dengan Peraturan AdatPeraturan MoralPeraturan AdatPerbezaanSama dan dipatuhi setiap masa dan di mana-mana tempatSetiap kaum mempunyai adat sendiri dan penafsiran adat berbeza antara suku kaumDisampaikan secara lisanDipengaruhi oleh perkembangan sosial ekonomi kaumPeraturan AgamaPengertian Peraturan AgamaMenurut Alan Harris, agama mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Peraturan-peraturan ini berlainan mengikut ajaran agama masing-masing (Koo dan Tang, 1990). Peraturan agama merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Peraturan ini termaktub dalam kitab agama. Peraturan ini menetapkan panduan tingkah laku dan menyatakan balasan jika peraturan itu dilanggar. Justeru, peraturan boleh mendorong penganutnya mematuhi tuntutan agama.

Ciri-Ciri Peraturan AgamaTidak boleh diubah-ubahBukan ciptaan manusiaSetiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat di dalam agama masing-masingPeraturan agama adalah satu cara hubungan antara manusia dengan TuhanPeraturan agama juga merangkumi cara hubungan antara manusia dengan manusia.

Perbezaan antara Peraturan Moral dengan Peraturan AgamaPeraturan MoralPeraturan AgamaPerbezaanRekaan manusia untuk diikuti demi menjaga kebaikan individu dan masyarakat sejagatUnsur kerelaan diri sendiri untuk mematuhi peraturan moralTidak menentukan tempat dan waktu untuk menjalankan amalan moralSetiap agama mempu yai peraturan dan nilai murni yang tercatat dalam kitab-kitab suci masing-masingSemua kebaikan yang dilakukan adalah atas diri sendiri dan tanggungjawabnya adalah antara individu dengan TuhannyaMenetapkan tempat dan waktu untuk sembahyangPERATURAN UNDANG-UNDANGPengertian Peraturan Undang-UndangHimpunan Definisi Peraturan Undang-UndangMengikut Weber, norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah. (Koo dan Tang, 1990).Austrinm, seorang ahli fikir Inggeris menyifatkan peraturan undang-undang sebagai satu perintah yang diberikan oleh pihak pemerintah kepada rakyat dan sekiranya perintah itu tidak ditaati, pihak pemerintah akan menggunakan kekerasan supaya undang-undang dipatuhi. (Koo dan Tang, 1990)

Ciri-Ciri Peraturan Undang-Undang

Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti.Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan.Perlu dipatuhi oleh setiap individu. Individu yang membuat kesalahan boleh didenda wang atau dipenjarakan.Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak boleh menjadi alasan bagi membela diri dari tuduhan atau dakwaan.Perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan baik hati tidak wujud.Tidak ada unsur pilih kasih dan faktor-faktor kronisme dalam pelaksanaan undang-undang.

Perbezaan antara Peraturan Moral dengan Peraturan Undang-UndangPeraturan MoralPeraturan Undang -UndangPerbezaanMerupakan satu nilai perikemanusiaan yang merupakan satu persetujuan kelompok manusia tertentu yang tetap kekal dalam hati manusiaTingkah laku buruk hanya dibenci dan dipandang hina oleh masyarakatDitulis, dibahas, dilulus dan dikuatkuasa oleh parlimenNilai membentuk tingkah laku adalah lahir daripada kepatuhan individu terhadap undang-undang yang sahKesalahan atau kejahatan tingkah laku didenda dengan wang atau penjaraPerbezaan Antara Moral Dan Undang-undangMORALUNDANG-UNDANG1. Moral merupakan perkara yang dikaji dan diselidiki oleh etikaUndang-undang dikuatkuasakan oleh mahkamah.2. Amalan praktikal dan yang dilaksanakan oleh manusiaUndang-undang dipatuhi oleh manusia dan tidak semestinya mematuhi etika.Perbezaan Antara Moral Dan Undang-undangMORALUNDANG-UNDANGContoh:Manusia harus bersikap sopan santun dan berhemah tinggi terhadap orang lain dalam pergaulan sehariannya.Contoh:Tidak melanggar lampu merah serta mematuhi segala peraturan dan isyarat jalan raya.

Menghormati ibubapa yang telah bersusah payah membesarkan kita dengan penuh kasih sayangMembunuh dan merogol adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang.Berlaku jujur kepada rakan dan tidak sesekali mengkhianati sesama rakan.Mengedar dadah adalah jenayah berat dan boleh dihukum gantung sampai mati.SEKIAN, TERIMA KASIHDisediakan oleh:SIEU CHIN YEE