projek moral

73
Projek moral Nilai moral

Upload: calvinng11

Post on 03-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Moral Project

TRANSCRIPT

Projek moral

Nilai moral

1.Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Definisi: Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan Prinsip Rukun Negara

Komen:Kita harus mematuhi segala suruhan Tuhan kerana Tuhan yang mecipt dunia ini

1.2Amanah

Definisi: Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.Komen:Kita harus bertanggungjawab apabila membuat sesuatu

1.3BertanggungjawabDefinisi:

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Komen:

Kita mesti bertanggungjawab apabila membuat sesuatu.

1.4Hemah TinggiDefinisi:

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

Komen:

Hemah yang tinggi adalah lebih penting daripada pengetahuan

1.5ToleransiDefinisi:

Kesanggupan bertolak-ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Komen:

Kita mesti bertoleransi dengan orang lain supaya tidak akan bergaduh antara satu sama lain

TOLERANSI

1.6BerdikariDefinisi:

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

Komen:

Sikap berdikari sangat penting dalam kehidupan

1.7KerajinanDefinisi:

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melalukan sesuatu perkara.

Komen:

Jika kita rajin membuat sesuatu, kita pasti akan berjaya

1.8Kasih sayangDefinisi:

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Komen:

Kita harus menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan keluarga kita.

1.9KeadilanDefinisi:

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

Komen:

Setiap orang harus bersikap adil.

1.10RasionalDefinisi:

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

Komen:

Kita mesti berfikir dengan rasional dalam keadaan yang bahaya dan tidak panic

1.11KeserdahanaanDefinisi:

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Komen:

Kita perlu mengguna wang dengan sederhana dan tidak memborosnya

1.12Harga DiriDefinisi: Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

Komen: Kita mesti menjaga maruah diri supaya akan disanjungi orang lain

2. NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

2.1 Kasih sayang terhadap keluarga

Definisi:

Perasaan cinta, kasih dan sayng yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

Komen:

Kita mesti menunjukkan kasih sayng terhadap semua ahli keluarga

2.2 Horm at dan taat kepada anggota keluarga

Definisi: Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan

secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

Komen: Kita mesti menghormati setiap ahli keluarga dan tidak pilih kasih

2.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan

Definisi: Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga

Komen: Kita mesti mengekalkan tradisi kekeluargaan supaya tradisi-tradisi tidak kn hilang

2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga

Definisi: Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

Komen: Tanggungjawab yang paling banyak dalam keluarga ialah bapa/ibu, kerana meraka yang membesarkan kita

3. NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

3.1 Menyayangi dan menghargai alam sekitar

Definisi: Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk

mengekalkan keseimbangan ekosistem

Komen: Kita mesti menghargai alam sekitar supaya tidak ada

pencemaran

3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar

Definisi: Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekitar supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

Komen: Kita patut menjaga alam sekitar dengan baik

3.3 Kemapanan alam sekitar

Definisi: Pengekalan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

Komen: Semua orang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar kerana alam sekitar merupakan rumah kepada semua hidupan

3.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Definisi: Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikan

Komen: Jika kita menjaga alam sekitar, masa hadapan akan lebih baik

4. NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME

4.1 Cinta akan Negara

Definisi: Perasaan saying dan bangga kepada Negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri

Komen: Kita mesti berasa bangga dan cinta akan Negara kita kerana Negara kita merupakan tempat kita dilahirkan

4.2 Taat setia kepada Raja dan Negara

Definisi: Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara

Komen: Kita patut menghormati Raja kita kerana beliau adalah orang yang berusaha untuk memajukan Malaysia

4.3 Sanggup berkorban untuk Negara

Definisi: Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara

Komen: Kita mest sanggup berkorban untuk Negara seperti askar-askar Negara kita

5. NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

5.1 Melindungi hak kanak-kanak

Definisi: Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna

Komen: Kita mesti melindungi hak kanak-kanak kerana mereka juga merupkan manusia

5.2 Menghormati hak wanita

Definisi: Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara

Komen: Dulu, semua hal yang penting dibuat oleh lelaki. Sekarang, perempuan juga boleh menjadi Perdana Menteri

5.3 Melindungi hak pekerja

Definisi: Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara

Komen: Kita mesti melindungi hak pekerja kerana jika tidak ada mereka, kita tidak akan mendapat apa-apa

5.4 Menghormati hak golongan kurang upaya

Definisi: Memberi layananyang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

Komen: Kita patut menolong golongan kurang upaya dan tidak ketawakan meraka kerana mereka juga manusia seperti kita

5.5 Melindungi hak pengguna

Definisi: Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

Komen: Kita sendiri juga pengguna. Oleh itu, kita mesti menghormati orang lain.

6.1Mematuhi peraturan dan undang-undangDefinisi: Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada

Komen: Dunia ini akan lebih aman jika semua orang mematuhi peraturan

6.2Kebebasan bersuaraDefinisi: Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

Komen: Semua orang yang hidup di dunia in mempunyai hak untuk bersuara

6.3Kebebasan beragamaDefinisi: Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

Komen: Kita boleh memilih agama sendiri dan tidak ada orang boleh memaksa kita

6.4Penglibatan diri dalam pembangunan negaraDefinisi: Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia

Komen: Kita patut menglibatkan diri dalam pembangunan Negara supaya Negara akan lebih maju

6.5Sikap keterbukaanDefinisi: Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia

Komen: Kita tidap harus marah akan pandangan orang lain dan

menerima kritikan mereka

7.NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

7.1Hidup bersama secara aman

Definisi: Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

Komen: Kita patut hidup tanpa peduli akan agama dan warna kulit

orang lain

7.2Saling membantu dan bekerjasamaDefinisi: Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat

Komen: Kita perlu membantu orang lain kerana kita juga memerlukannya.

5.6 Saling menghormati antara Negara

Definisi: Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

Komen: Kita perlu menghormati Negara kita macam kita menghormati keluarga kita.

The EndProject by Ng Cal-Vin 2W