peraturan bola tampar

Upload: vasumathy-kaliani-bk

Post on 03-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Peraturan Bola Tampar

    1/5

    1

    KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD JOHOR BAHRUL18 DAN P18 TAHUN 2012

    1.0 PENGANJUR

    Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

    2.0 PENGELOLASMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru.

    3.0 TARIKH KEJOHANAN8 hingga 9 Februari 2012. Sekiranya berlaku sebarang penangguhan perlawananke hari yang berikutnya, maka tarikh 10 Februari 2012 akan digunakan.

    4.0 TEMPAT KEJOHANANDewan SJK(C) Foon Yew 1 atau Dewan SJK(C) Foon Yew 2 (Atas kebenaran)

    5.0 PENYERTAAN5.1 Bagi kedua-dua penyertaan (lelaki & perempuan), setiap pasukan hanya

    dibenarkan mendaftar 3 orang pegawai pasukan (pengurus pasukan, ketuajurulatih, Penolong Jurulatih) dan 12 orang pemain sahaja.

    5.2 Sumbangan penyertaan setiap kategori (L dan P) adalah RM 100.00 dalambentuk wang tunai atau cek atas nama PENGETUA SMK TAMAN MUTIARARINI 2.

    5.3 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah menengah daerah JohorBahru.

    6.0 ANGGARAN PERBELANJAANBIL ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

    1 Makan minum mesyuarat 30 5.00 100.00

    2 Bayaran pengadil 6 29 permainan 550.00

    3 Score sheet 1 80.00

    4 Hadial (medal) 12 orang 12.00 X 6 pasukan

    X 12 orang

    864.00

    11 Makan minum pembantu (pelajar) 35 orang 5.00 X 35 X 3 hari 350.00

    13 Alat Tulis 56.00

    JUMLAH 2000.00

    Anggaran pasukan menyertai : 20 pasukan X RM100.00 = RM2000.007.0 PERATURAN AM

    7.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang PersekutuanBola Tampar Antarabangsa (Federation International of Volleyball FIVB)dan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan sekarang.

    7.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

  • 7/28/2019 Peraturan Bola Tampar

    2/5

    2

    7.3 Semua keputusan dan undian yang dibuat oleh Jawatankuasa KejohananBola Tampar MSSD Johor Bahru 2012 adalah MUKTAMAD.

    8.0 KELAYAKAN PEMAINSetiap pemain hanya dibenarkan mewakili dan bermain untuk satu pasukan

    sahaja.

    9.0 SISTEM PERTANDINGAN9.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 9 orang

    pemain.9.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan pertama.

    Peraturan ini tertakluk kepada perubahan, bergantung kepada jumlahpasukan yang akan bertanding.

    9.3 Sekiranya penyertaan 10 pasukan atau kurang daripadanya, pasukanakan dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B. Pertandingan akandijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan masing-masing.Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan akan bertemu di peringkatSeparuh Akhir secara bersilang (crossing) di mana A1 akan bertemudengan B2 dan A2 akan bertemu dengan B1. Pemenang di peringkatSeparuh Akhir akan bertemu di perlawanan Akhir bagi menentukan Johandan Naib Johan, sementara kedua-dua pasukan yang kalah akan bermainuntuk tempat Ketiga dan Keempat.

    9.4 Sekiranya penyertaan melebihi 10 pasukan, pasukan akan dibahagikan

    kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D dan dimainkan secara liga satu

    pusingan. Johan dan naib johan setiap kumpulan sahaja akan bertemu di

    peringkat Suku Akhir secara bersilang (crossing) di mana suku akhir 1 (A1

    akan bertemu dengan B2), suku akhir 2 (D1 akan bertemu dengan C2),

    suku akhir 3 (B1 akan bertemu A2) dan suku akhir 4 (C1 akan bertemu D2).

    Pemenang di peringkat suku akhir akan mara ke peringkat separuh akhir di

    mana pemenang suku akhir 1 akan bertemu pemenang suku akhir 2 dan

    pemenang suku akhir 3 akan bertemu pemenang suku akhir 4. Pemenangdi peringkat Separuh Akhir akan bertemu di perlawanan Akhir bagi

  • 7/28/2019 Peraturan Bola Tampar

    3/5

    3

    menentukan Johan dan Naib Johan, sementara kedua-dua pasukan yang

    kalah akan bermain untuk tempat Ketiga dan Keempat.

    10.0 SISTEM PEMBERIAN MATA / CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN10.1 Pertandingan akan dijalankan secara 3 set (Best of Three) di peringkat liga

    kumpulan, suku akhirdan penentuan tempat ke tiga dan ke empat. Pasukanyang memenangi 2 set dikira sebagai pemenang. Dalam separuh akhirdanperingkat Akhir, pertandingan akan dijalankan dalam 5 set (Best of Five) danpasukan yang menang 3 set dikira sebagai pemenang.10.2 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut :

    Menang - 2 mata

    Kalah - 1 mata

    Lucutan teknik/menarik diri - 0 mata10.3 Di peringkat liga, sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mendapat

    jumlah mata yang sama, kaedah berikut akan digunakan:

    Peringkat 1 = Jumlah Mata Menang Nisbah Mata Jumlah Mata Kalah

    Peringkat 2 = Jumlah Set Menang

    Nisbah Set Jumlah Set Kalah10.4 Peringkat 3

    Sekiranya kedudukan masih SERI juga, kaedah berikut akan diambil kira:10.4.1 Jika hanya 2 pasukan terlibat, keputusan perlawanan di antara

    kedua-dua pasukan berkenaan akan diambil kira. Pasukan yangmenang perlawanan itu menduduki tempat teratas.

    10.4.2 Jika 3 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akanditentukan dengan cabutan undi atau lambung pilih atau Toss of

    Coin

  • 7/28/2019 Peraturan Bola Tampar

    4/5

    4

    11 KELEWATANLima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas

    masa itu sesebuah pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5)orang pemain atas alasan yang munasabah, maka pasukan berkenaan dikiramenarik diri daripada pertandingan.

    12 PAKAIAN PEMAIN10.1 Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang seragam dan lengkap

    bernombor kecuali libero. Keseragaman seluar adalah di kecualikan.

    10.2 Saiz nombor 15 cm di depan dan 20 cm di belakang jersi.

    10.3 Nombor jersi haruslah berada di bahagian tengah baju di depan danbelakang.

    10.4 Setiap pasukan haruslah mengikut syarat pemakaian yang ditetapkan untukmengelak sebarang kesulitan.

    13 MENARIK DIRIMenarik diri tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan berkenaan dianggap

    menarik diri daripada keseluruhan perlawanan dan pasukan berkenaan tidakdibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.

    14 PENANGGUHAN12.1 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut : -

    14.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, makaperlawanan akan disambung mengikut baki mata dan set yang tinggal.

    14.2.2 Sekiranya perlawanan yang ditangguhkan ke hari yang lain, makaperlawanan tersebut hendaklah dimulakan dari set 0-0 semula.

    14.2.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkanatau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan tanpa terlebihdahulu memberitahu pasukan yang terlibat.

    15 PEGAWAI TEKNIKALPengerusi Pertandingan dan Pegawai Teknikal akan dilantik oleh JawatankuasaKejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012.

    16 BANTAHAN DAN RAYUAN14.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus

    Pasukan secara bertulis dalam borang yang disediakan kepada PengerusiJawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minitselepas sesuatu perlawanan itu tamat.

    14.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan Wang Bantahansebanyak RM 100.00.

    14.3 Wang bantahan akan luput sekiranya bantahan atau rayuan ditolak.

    17 TINDAKAN TATATERTIB15.1 Tindakan Tatatertib akan diambil mengikut Undang-undang Peraturan Bola

    Tampar Malaysia.

  • 7/28/2019 Peraturan Bola Tampar

    5/5

    5

    15.2 Seorang pemain yang diarahkan keluar gelanggang dan tidak dibenarkanmeneruskan permainan adalah dengan automatiknya digantung bermaindalam perlawanan berikutnya sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telahmengambil tindakan yang sewajarnya.

    18 HADIAHHadiah akan diberi kepada Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

    19 JURI RAYUAN17.1 Juri Rayuan terdiri daripada lima ( 5 ) orang yang dilantik oleh

    Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012 iaitu : -

    Dua (2) orang Pegawai daripada SMK Taman Mutiara Rini 2.

    Pengerusi Teknik Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012

    Dua (2) orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat.

    17.2 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa satu (1) jam setelah menerimabantahan atau rayuan dan akan menyampaikan keputusan kepadaJawatankuasa Teknikal Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2012

    20 YURAN & TARIKH TUTUP PENYERTAAN18.1 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2012 jam 3.00 pm.

    18.2. Sumbangan penyertaan: RM 100.00 untuk setiap pasukan. Bayaran danBorang Penyertaan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran dibuat. Sijilpenyertaan akan diserahkan hanya selepas bayaran selesai diterima.

    18.3. Resit haruslah di simpan sebagai bukti pembayaran.

    18.4. Bayaran tidak akan di kembalikan.

    21 HAL-HAL LAIN19.1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kejadian yang

    tidak diingini seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan lain- lain ke atas para peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

    19.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos pengangkutan,penginapan dan makan minum pasukan.

    19.3. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat keputusan untuk sebarangkejadian yang tidak termaktub di dalam syarat - syarat dan PeraturanPertandingan.

    19.4. Jawatankuasa Kejohanan ini berhak membuat sebarang perubahan dalamperkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat kejohanan ini. Semuakeputusan Jawatankuasa ini adalah Mutlak dan Muktamad.

    19.5 Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan kepada En S. Mugunen A/LChendu di talian 019 - 773 6105.